Transcript

Pasukan Pengakap Kumpulan Ke-17 Yan,SMK Gurun, Kedah Darul Aman.Rujukan : Pengakap SMKG/60/006 (05)Tarikh: 25 APRIL 2012

Penyelaras,Pusat Kegiatan Pelajar Daerah Kuala Muda/Yan,D/A Sekolah Menengah Kebangsaan Yan,06900 Yan, Kedah Darul Aman.

Tuan,

MEMOHON MEMINJAM KHEMAH UNTUK PERKHEMAHAN ASAS PENGAKAP DAN PANDU PUTERI SMK GURUN 2012

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pengakap dan Pandu Puteri SMK Gurun akan menganjurkan Perkhemahan Asas pada:

Tarikh: 3-5 MEI 2012Tempat: Kem ATACAMA SMK Gurun.Peserta: 120 orang.

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon meminjam 15 buah khemah untuk digunakan pada tarikh yang berkenaan.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(MOHD. NIZAR BIN YUSOFF)Pemimpin Pengakap,SMK Gurun, Kedah Darul Aman.


Top Related