Transcript
Page 1: Parlimen Sebagai Model Penggunaan Bahasa · PDF fileHalaman D ua BERITA HARIAN R abu, 17 Mei 2006 PENAUNG Datoí Dr. Firdaus Abdullah Ketua Pengarah DBP PENASIHAT Hjh. Noresah Baharom

BERITA HARIAN R abu, 17 Mei 2006Halaman D ua

PENAUNGDato� Dr. Firdaus AbdullahKetua Pengarah DBP

PENASIHATHjh. Noresah BaharomPengarah Jabatan BahasaDBP

Othman IsmailKetua Bahagian,Bahagian PengembanganBahasa Melayu DBP

KETUA EDITORMashitah Taharin([email protected]. my )

TIMBALAN KETUA EDITORNormala Mohamad Yusof(nor [email protected])

EDITOR DBPHajijah Jais([email protected]. my )

Rokiah Nordin(rok [email protected])

Raja Masittah Raja Ariffin([email protected]. my )

Shahrun Nizal Mohd. Nor([email protected]. my )

Wan KhairoslindaWan Mohd. Khairi([email protected]. my )

Wan Mohd Saophy AmizulWan Mansor([email protected]. my )

Ismail Karmun(k [email protected])

PENYELARAS LAMAN WEBNorawati Jalaluddin(nora 1 @ d b p. g ov. my )

EDITOR DAWAMA SDN. BHD.Norida Jalaluddin(nor [email protected])

EDITOR SASTERA BHSBSalbiah Ani(bhsastera @ n s t p. co m . my )

REKA LETAKNazarudin Abu Bakar(nazr69@yahoo. co m . )

PENGIKL ANANFarah Dibah(farah@nstp. co m . my )

FOTOJalil Kasim

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKAJalan Dewan Bahasa,50460 Kuala Lumpur.

Tel.: 03-21482875;Faks: 03-21422029

SIDANG EDITOR

RENCANA EDITOR

SURAT

NUKLEUS Bersama Hajah Noresah Baharom

MUTIARA KATA

�Peradaban dan tamadunsesuatu bangsa dibina de-

ngan bahasanya sendiri, baikdalam bentuk prosa ataupundalam bentuk kreatif keranabahasa menjadi jiwa sesuatubangsa. Keindahan estetika se-bagai emosi kepada jiwa ituialah karya kreatif�.

SN S. Othman Kelantan

Langkah Atasi Pencemaran Bahasa dalam Media

KLIK DBP terus menerima banyak su-rat pembaca yang melahirkan keti-dakpuasan hati dan kekecewaan me-

reka kerana pelbagai kesalahan bahasa da-lam media, terutama apabila media penyia-ran memilih bahasa rojak sebagai nama ran-cangan dan nama siaran mereka.

Selaras dengan Gelombang Baharu Mem-perkasakan Bahasa Kebangsaan, MesyuaratPemantauan Bahasa dalam Media Penyiarantelah berlangsung di Bilik Mesyuarat Lem-baga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) pada 4 Mei 2006 baru-baru ini. Me-syuarat tersebut telah dipengerusikan olehTimbalan Menteri Penerangan, Y.B. Dato’Zahid Hamidi. Mesyuarat tersebut telah me-mutuskan mekanisme yang akan digunakanbagi Pemantauan Bahasa dalam Media Pe-ny i a r a n .

Semoga dengan pelibatan serius Kemen-

terian Penerangan ini akan dapat mengatasimasalah pencemaran bahasa dalam mediaterutama, media penyiaran yang amat besarpengaruhnya dalam kalangan pendengarkhususnya, remaja. Sememangnya langkahini wajar kerana penggunaan bahasa yangbercampur aduk oleh penyiar, jika dibiarkanbukan sahaja akan merosakkan keindahanbahasa kita tetapi juga pemikiran anak bang-sa kita.

Mungkin ramai yang sudah lupa dan ramaijuga yang tidak tahu, betapa jerihnya paraAngkatan Sasterawan ‘50 memperjuangkankedaulatan bahasa Melayu melalui memo-randum kepada Suruhanjaya PerlembagaanRendel pada 15 Disember 1953 dahulu.

Antara yang terkandung dalam memoran-dum itu adalah… “Bagaimanapun, apa yangkami bantah ialah dasar yang menitikbe-ratkan kedudukan bahasa Inggeris sekarang

ini, dan juga colonial chauvinism yang te-rang-terang ditunjukkan oleh mereka yangmenitikberatkan bahasa Inggeris sementarasebaliknya memincangkan kemajuan baha-sa-bahasa anak negeri ini”.

Memorandum tersebut juga menentangRancangan Lima Tahun Frisby (Rancanganmenginggeriskan sekolah-sekolah Melayu diSingapura) dilaksanakan di Malaya (kini Ma-laysia). Oleh itu, DBP selaku badan yanglahir hasil daripada Kongres Bahasa danPersuratan Melayu Ketiga itu, mengalu-alu-kan langkah kerajaan yang kini turut me-ngambil berat usaha memartabatkan kem-bali bahasa kebangsaan. Langkah ini bo-lehlah dianggap sebagai hadiah paling ber-makna buat DBP yang bakal menyambutJubli Emasnya pada 22 Jun ini. Sesungguh-nya, “Bahasa dan bangsa itu tidak dijualbeli”. [email protected] ov.my

�driver� atau �drebar�?

Parlimen Sebagai ModelPenggunaan Bahasa IntelektualP

EMERHATIAN yang dibuat terhadaptelatah ahli parlimen yang mengemu-kakan pelbagai usul dan membahaskan

setiap usul yang dibentangkan pada 24 April2006 yang lalu di Dewan Rakyat sesungguhnyamenarik perhatian. Sebagai majlis atau dewantertinggi negara yang menggubal undang-un-dang, Dewan Rakyat telah memainkan pe-ranan yang sepatutnya dimainkan bagi men-daulatkan Perkara 152 Perlembagaan Perse-kutuan. Sepanjang Dewan bersidang, kesemuaYang Berhormat mengutamakan penggunaanbahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan ba-hasa kebangsaan Malaysia dalam perbahasantentang pelbagai perkara berhubung denganRMK-9.

Sesungguhnya bahasa Melayu hidup sebagaibahasa intelektual yang berupaya mengung-kapkan pelbagai perkara, daripada hal umumyang melibatkan kepentingan pelbagai lapisanmasyarakat, seperti pembinaan jalan raya danlebuh raya, pertanian, dan permohonan ke-lulusan penduduk tetap sehinggalah kepadaperkara yang lebih kompleks, seperti yang ber-kaitan dengan sains dan teknologi. Dalam mem-bahaskan pelbagai usul, pelbagai istilah sepertijalur lebar (bagi broadband), infrastruktur, he-patitis, kemoterapi, dan tadbir urus korporatdigunakan dengan mantap dan lancar.

Apabila ada keperluan untuk menjelaskansesuatu perkara dengan menggunakan ba-hasa Inggeris, mereka terlebih dahulu meng-

gunakan ungkapan “dengan izin”. Ternyatasebahagian besar ahli parlimen amat meng-hormati Dewan yang mulia itu dan jugakedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasarasmi dan bahasa kebangsaan. Masing-ma-sing nampaknya sebaik mungkin cuba meng-gunakan bahasa kebangsaan yang baik, betuldan berkesan. Di samping itu, aspek kesan-tunan berbahasa yang merangkumi nada sua-ra dan intonasi, pemilihan kata, bahasa ba-dan yang digunakan, serta bercakap mengi-kut giliran juga diberi perhatian walaupunada segelintir yang melanggar norma ini.Bagi menyerikan, dan menghidupkan sua-sana perbahasan, ada kalanya wacana in-telektual di parlimen ini diselitkan denganpepatah-petitih, bidalan serta pantun yangternyata menyegarkan dan mencuit perasa-an. Yang tidak kurang menariknya, ada jugaahli yang begitu petah dan spontan meng-ungkapkan kata yang berunsur jenaka se-hingga boleh mengendurkan suasana yangkadang-kadang begitu tegang dan hangat.

Kelancaran dan kepetahan ahli parlimenberhujah bukan hanya ketara dalam kalang-an yang berketurunan Melayu tetapi jugayang bukan Melayu. Y.B. Dr. Wee Ka Siong,ahli parlimen BN dari Air Hitam, dan Y.B. Dr.Tan Seng Giaw, ahli parlimen Kepong (DAP)merupakan contoh ahli parlimen bukan Me-layu yang berhujah dalam bahasa Melayubaku yang menarik dan berkesan.

Iktibar yang boleh diambil daripada pe-merhatian ini adalah jika di Dewan tertingginegara, bahasa Melayu layak dan mampumembicarakan pelbagai perkara dan perso-alan tentang cara kita mentadbirkan negara,dan jika ahli yang pelbagai latar belakangdan etnik berupaya menggunakan bahasaMelayu yang berkesan, mengapakah suasanayang serupa tidak dapat diwujudkan di tem-pat awam, dalam media penyiaran, di kom-pleks beli-belah, di majlis-majlis rasmi ne-gara dan di mahkamah? Apakah kita hanyaperlu memelihara kedaulatan bahasa Melayudi Parlimen sahaja? Sepatutnya apa yangberlaku di Parlimen itu perlu diperpanjang kedalam situasi lain bagi memastikan kelu-huran Perlembagaan, serta kedaulatan un-dang-undang, seperti yang diungkapkan da-lam Rukun Negara. Jika ahli parlimen kitaberjaya mendaulatkan bahasa Melayu di Par-limen, tidak mustahil mereka juga boleh te-rus memartabatkan bahasa kebangsaan kitadi luar Parlimen, dan seterusnnya mempe-ngaruhi warga di kawasan masing-masingmelakukan perkara yang serupa melaluiprogram atau kegiatan yang dilaksanakan.Syabas kepada semua ahli parlimen, tidakkira daripada pihak kerajaan mahupun pem-bangkang, tidak kira yang Melayu mahupunbukan Melayu. Gaya, cara dan keterampilanYang Berhormat semua menjadi perhatiandan ikutan rakyat jelata.

SAUDARA Ketua Editor,

Sebutan manakah yang betul, “driver” atau“drebar”? Bukankah “driver” sebutan yangsalah dalam bahasa Melayu? Tolong jelas-kan. Sekian, terima kasih.

Selvani S.N0. 25, Jalan Sopan 2E/KS 8,Johan Setia,41200 Kelang, Selangor D.E.

Saudara,

Perkataan “drebar” ialah bentuk bahasapasar bagi perkataan Inggeris dri v er. Padan-an yang tepat dalam bahasa Melayu bagidri v er ialah pemandu. Perkataan “drebar”tidak boleh digunakan dalam situasi rasmiapatah lagi dalam penulisan kerana ini akanmenyebabkan pencemaran bahasa kebang-saan. Oleh itu, dalam situasi rasmi, per-kataan pemandu hendaklah digunakan.

l Pengirim surat ini akan mene-rima cenderamata istimewa daripadaKlik DBP. Hantarkan pendapat ataupertanyaan anda kepada Ketua Edi-tor, Klik DBP, Bahagian Pengem-bangan Bahasa Melayu, Dewan Ba-hasa dan Pustaka, Jalan Dewan Ba-hasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel:[email protected] ov.my.

BH PILIH L2 17 emel

Top Related