Transcript

LAPORAN PROJEK MENGHIASKAN PAPAN KENYATAAN ANTI ROKOKPada praktikum fasa ketiga dari 1 Februari hingga 30 April 2015, saya dan tujuh orang rakan yang lain telah menjalani praktikum selama 3 bulan di Sekolah Kebangsaan Seri Puteri, Batu Pahat.Kami telah diberikan tanggungjawab untuk menghias dan mengemaskini maklumat di papan kenyataan tersebut. Hal ini kerana maklumat papan kenyataan tersebut telah lama tidak dikemaskini dan kelihatan tidak menarik. Perkara ini mengakibatkan murid-murid kurang berminat untuk membaca info-info yang terdapat pada papan kenyataan tersebut.Oleh itu, kami mengagihkan tugas untuk menghiaskan papan kenyataan tersebut berdasarkan kreativiti kami. Masa yang diambil untuk melaksanakan projek ini mengambil masa selama 3 hari. Bahan-bahan yang kami gunakan untuk perlaksanaan projek adalah kertas mahjung, kertas pembalut hadiah, pelekat bunga, dan plastik laminate.Kami membahagikan papan kenyataan tersebut kepada tiga bahagian. Di mana bahagian pertama berkaitan isi kandungan rokok, bahagian kedua penyakit-penyakit kronik yang akan dihidapi oleh perokok dan bahagian ketiga adalah langkah-langkah untuk berhenti merokok dan kebaikan tidak merokok.Setelah itu, kami memobilasi tenaga guru pelatih yang ada dengan membahagikan tugas kepada beberapa bahagian. Dimana terdapat guru pelatih yang akan mencari maklumat, mengunting dan laminate maklumat yang dicari, dan menghias dan menampal maklumat di papan kenyataan. Oleh itu, projek ini dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan teratur.Sejurus projek ini selesai disiapkan, guru-guru tetap akan menilai dan hasilnya mereka berpuas hati dengan hasil kerja yang kami lakukan serta murid-murid juga membaca beberapa info yang terdapat di papan kenyataan.

Papan Kenyataan semasa projek dilaksanakanPapan Kenyataan setelah selesai projek dilaksanakan.


Top Related