Download - Pantun nasihat
Transcript
![Page 1: Pantun nasihat](https://reader036.vdokumen.net/reader036/viewer/2022082519/5695cf9f1a28ab9b028ed477/html5/thumbnails/1.jpg)
Pantun
( nasihat )
Berjalan-jalan ke rumah Marlia,
Kaki lenguh tidak terasa;
Kalau mahu dipandang mulia,
Hendak baik budi bahasa.
Masak lemak pucuk paku,
Makan selepas mengaji;
Kalau silap cepat mengaku,
Itulah sikap yang terpuji.
Kalau pergi ke rumah Mamat,
Jangan lupa ajak Jusuh;
Kalau mahu hidup selamat,
Jangan suka mencari musuh.
Kalau pergi ke kebun kelapa,
Jangan lupa membawa raga;
Jikalau berjaya jangan lupa,
Kepada orang tua dan keluarga.