Download - pantun budi,ibnu sina
ZAWANAH BINTI A.HALIMJEA080161KARYA MELAYU KLASIK
PANTUN BUDI
Tenang-tenang air dilaut,Sampan kolek mudik ke tanjung,Hati terkenang mulut trsebut,Budi yang baik rasa nak junjung.
Yang korek kundi,Yang merah saga,Yang baik budi,Yang indah bahasa.
Bunga melati bunga di darat,Bunga seroja ditepi kali,Hina besi kerana karat,Hina manusia tidak berbudi.
Bunga Cina diatas batu,Jatuh daunnya kedalam ruang,Adat dunia memang begitu,Sebab emas budi terbuang.
Anak beruk ditepi pantai,Pandai melompat pandai berlari,Biar buruk kain dipakai,Asal hidup pandai berbudi.
Tingkap papan kayu bersegi,Sampan sukat di Pulau Angsa,Indah tampan kerana budi,Tinggi bangsa kerana bahasa.
Padang Temu padang baiduri,Tempat raja membangun kota,Bijak bertemu dengan jauhari,Bagai cincin dengan permata.
Pantun merupakan salah satu mentifak melayu yang bermaksud pengucapan
kemelayuan. Dalam pantun mengandungi pembayang dan maksud yang saling
memerlukan untuk menghasilkan sesuatu maksud atau mesej yang ingin disampaikan.
Terdapat beberapa jenis pantun, antaranya ialah pantun budi, pantun nasihat, pantun
agama, pantun kanak-kanak dan sebagainya. Di dalam pantun terkandung unsur jenaka,
nasihat, pengajaran dan kritikan. Pada zaman dahulu, pantun digunakan oleh masyarakat
Melayu untuk mengkritik golongan atasan atau pemerintah. Pantun juga digunakan oleh
ibu-ibu semasa mendodoikan anak mereka dengan harapan anaknya akan berjaya dalam
hidup. Pantun juga digunakan oleh masyarakat Melayu di dalam upacara tertentu,
antaranya upacara peminangan, pertandingan dan sebagainya.
Pantun yang saya kaji adalah pantun budi. Di dalam pantun ini penulis menitikberatkan
kepentingan budi dalam kehidupan. Menurut kamus dewan budi bermakna perbuatan
baik atau kebajikan seseorang terhadap orang lain. Sebagai seorang manusia yang hidup
di bumi ciptaan ALLAH ini hendaklah berbuat baik antara satu sama lain tidak mengira
bangsa atau agama. Berdasarkan pantun budi, ada diantara kita yang terlalu
mementingkan wang ringgit daripada berbuat baik sesama mnusia. Hal ini menunjukkan
bahawa kita terlalu mengejar kemewahan di dunia daripada berbuat amal kabajikan
antara satu sama lain. Orang yang berbudi walaupan sedikit akan dikenang sepanjang
hayat. Jika kita tidak berbudi, masyarakat akan memandang hina dan tidak akan
menghormati kita. Begitu besar peranan budi dalam kehidupan kita sebagai manusia
yang saling memerlukan antara satu sama lain.
Tenang – tenang air dilaut,Sampan kolek mudik ketanjung,Hati terkenang mulut menyebut,Budi yang baik rasa nak junjung.
Rangkap pertama dalam pantun budi menjelaskan kepada kita bahawa setiap perbuatan
baik akan sentiasa diingati setiap masa oleh orang lain. Masyarakat akan memuji kita ,
jika kita sentiasa berkelakuan baik dan menjaga tutur kata. Berbuat baik antara satu sama
lain amatlah digalakkan . Sebagai manusia , kita disarankan supaya tidak berbangga diri
dan mementingkan diri sendiri. Budi yang dibuat akan membuatkan orang ramai berasa
senang hati untuk berdampingan dengan kita. Didalam pantun budi terdapat falsafah
budi. Falsafah bermaksud meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara di
sifat luarannya. Pantun budi menerangkan kepada kita kepentingan hidup berbudi dan
kebaikkannya pada diri sendiri dan masyarakt sekeliling.
Yang korek kundi,Yang merah saga,Yang baik budi,
Yang indah bahasa.
Rangkap kedua pantun, penulis menegaskan lagi kepentingan berbudi. Sebagai
manusia kita hendaklah sentiasa berbuat baik . Berbuat baik antara satu sama lain
amatlah digalakkan . Selain daripada berbuat baik , kita hendaklah bertutur dengan
menggunakan bahasa yang sopan. Kita juga hendaklah sentiasa menjga pertuturan dan
kelakuan apabila berhadapan dengan orang lain. Penggunan perkataan yang baik dan
sopan membuatkan teman kita berasa senang dengan kita. Oleh itu, sebagai masyarakat
melayu yang kaya dengan adat dan bahasa yang indah hendaklah menggunakannya dan
mengamalkannya serta mengajarkannya kepada generasi akan datang agar mereka tahu
betapa indahnya bahasa dan adat masyarakat Melayu.
Bunga melati bunga di darat,Bunga seroja di tepi kali,Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.
Rangkap ketiga pula, penulis mengatakan bahawa jika kita tidak berbuat baik antara
satu sama lain, masyarakat tidak akan menghormati kita. Berbuat baik sesama insan
sangat penting untuk kita menjalani kehidupan yang aman sejahtera. Manusia akan
dicemuh jika tidak berbudi. Kita hendaklah sentiasa berbuat baik agar kita sentiasa
beringat dan tidak lupa diri. Jika kita lupa diri, kita akan mudah mengalami kegagalan
dalam hidup. Jadi sebagai manusia yang hidup di bumi ALLAH ini hendaklah sentiasa
berbuat baik dan sentiasa mengingati yang Maha Pencipta agar hidup diberkati dan di
redhai oleh-Nya.
Bunga cina diatas batu,Jatuh daunnya kdalam ruang,Adat dunia memang begitu,Sebab emas budi terbuang.
Rangkap keempat pantun budi menerangkan kepentingan budi. Masyarakat kini lebih
mementingkan wang ringgit dan harta benda daripada berbuat baik. Sudah menjadi
kebiasaan, masyarakat kini lebih terdorong mencari wang ringgit untuk menampung kos
hidup yang tinggi daripada berbuat baik sesama manusia. Sikap ini hendaklah dijauhi
agar kita tidak lupa untuk berbuat baik dan beramal kaebajikan antara satu sama lain.
Sebagai manusia kita hendaklah membantu golongan yang kurang bernasib baik agar
mereka dapat merasai dan berkongsi bersama nikmat hidup di dunia. Setiap perbuatan
baik yang kita lakukan dengan ikhlas akan mendapat balasan baik dan ganjaran pahala.
Oleh itu, kita mestilah menghulurkan sedikit bantuan kepada golongan yang kurang
bernasib baik agar rezeki yang dikurniakan itu diberkati.
Anak beruk di tepi pantai,Pandai melompat pandai berlari,
Biar buruk kain dipakai,Asal hidup pandai berbudi.
Rangkap kelima pantun bermaksud, walaupun kita miskin dan tidak berharta, kita
mestilah sentiasa berbuat baik. Dengan adanya sifat baik yang ada pada diri kita,
masyarakat tidak akan menghina kita karana kita miskin, tetapi mereka akan menyanjung
dan menghormati kita kerana sifat baik yang kita tunjukkan. Kekayaan tidak akan
menjamin kebahagiaan. Kekayaan juga tidak akan kekal selamanya. Jadi walaupun kita
tidak berharta, kita hendaklah sentiasa berbuat baik sesama insan agar masyarakat tidak
memandang hina terhadap kita. Sifat yang baik memainkan peranan yang penting kepada
kita demi menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Setiap apa yang kita
lakukan, kita mestilah sedar bahawa ALLAH sentiasa melihat walau dimana pun kita
berada.
Tingkap papan kayu bersegi,Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,Tinggi bangsa kerana bahasa.
Rangkap keenam pantun juga penulis mengutamakan dan menegaskan tentang
kepentingan hidup berbudi. Setiap orang yang melakukan perbuatan baik akan
dipandang mulia dan disayangi oleh masyarakat sekeliling. Berbuat baik adalah amalan
mulia. Kita hendaklah sentiasa berbuat baik dan menjaga kelakuan walau dimana kita
berada. Berkelakuan sopan juga merupakan budi dan perlu diamalkan setiap masa
dimana jua agar orang lain tidak memandang hina kepada kita. Ingatlah setiap apa yang
kita lakukan, orang sekeliling akan melihat dan menilainya. Justeru itu, kita mestilah
menjaga setiap kelakuan kita agar masyarakat tidak memandang hina terhadap kita.
Budi bermakna perbuatan baik, sifat baik atau kebajikan antara satu sama lain. Setiap
perbuatan baik yang kita lakukan akan mendapat ganjaran pahala dan mendapat
kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Individu yang berbudi akan sentiasa
dihormati dan diingati oleh orang lain sepanjang hidupnya. Budi sangat penting untuk
menjamin kebahagiaan hidup. Budi merupakan sesuatu yang tidak dapat dinilai dengan
wang ringgit. Kita sedia maklum bahawa budi tidak boleh dibayar dan dibeli dengan
wang ringgit dan harta benda, budi akan dikenang sepanjang hayat. Hal ini menunjukkan
kepada kita bahawa budi lebih penting dan lebih bernilai daripada wang ringgit.
Walaupun masyarakat zaman kini lebih mementingkan wang ringgit, namun kita tidak
boleh lupa akan kepentingan berbuat baik sesama insan. Kehidupan di dunia hanya
sementara, di akhirat yang kekal selamanya. Jadi selagi kita hidup, kita hendaklah
sentiasa berbuat baik dan beramal kebajikan agar paroleh kehidupan yang lebih
bermakna. Justeru itu, sebagai manusia, kita hendaklah sentiasa berbuat baik antara satu
sama lain dan ingatlah bahawa budi itu amalan mulia dan di sanjung tinggi oleh
masyarakat sekeliling. Kita juga hendaklah sentiasa prihatin dan peka dengan keaadaan
masyarakat yang kurang berkemampuan. Kita mestilah menghulurkan sedikit bantuan
kepada mereka agar mereka tidak berasa terpinggir daripada masyarakat sekeliling.
Setiap apa yang kita berikan dengan niat yang ikhlas akan mendapat ganjaran pahala.
Tanpa budi musnahlah hidup kita.
Sekian, terima kasih.
BIBLIOGRAFI
Abd.Rahman Kaeh dan Mohd.Yusof Mohd.Noor. 1985. Puisi Melayu Tradisi.Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti
Awang Sariyan. 2008. Falsafah dan Logika Melayu. Kuala Lumpur:Synergate. Sdn. Bhd.
Hashim Bin Musa. 1999. Falsafah dan Logika Melayu Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur:Akademi Pengajian Melayu.
http://ms.wikipedia.org/wiki/pantun.
ZAWANAH BINTI A. HALIMJEA 080161TOKOH FALSAFAH
Ibnu Sina atau nama sebenarnya Abu Ali Al- Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina merupakan
seorang tokoh falsafah perubatan Islam. Beliau dilahirkan di desa Afshanah, Kota
Kharmaitan, Propinzi Bukhara, Afghanistan pada tahun 375 hijrah. Ibnu Sina lebih
dikenali Avicenna oleh masyarakat barat. Beliau mempelajari ilmu perubatan Islam
ketika berumur 16 tahun dengan Al - Naili, Al- Misi bin Yahya , Abi Sahl Al- Masihi dan
Abu Mansur Al-Qamari, tetapi beliau telah meninggalkan semua itu dan
memperuntukkan waktunya dengan menatap buku – buku mendalami pembacaan dan
menghasilkn kajian. Ketika itu beliau telah mencapai taraf kedoktoran yang tinggi
menyebabkan beliau telah dipanggil untuk merawat penyakit gabenor Bukhara, Mansor
bin Noh setelah doktor-doktor lain tidak dapat menyembuhkannya. Hal ini merupakan
titik tolak bermulanya hubungan Ibnu Sina dengan pihak istana. Oleh sebab itu, beliau
telah dilantik untuk menjadi doktor istana. Pelantikan tersebut merupakan suatu peluang
keemasan kepada beliau kerana beliau telah diberikan kebebasan untuk menggunakan
perpustakaan istana yang mengandungi pelbagai jenis bahan bacaan. Hal ini telah
memberikan kemudahan kepada Ibnu Sina untuk menjalankan kajian- kajian tentang ilmu
perubatan dan sebagainya. Semenjak kecil lagi beliau terkenal dengan kepintaran
akalnya, kuat ingatan, berkebolehan melakukan analisa dan berkemampuan untuk
membuat kerja dan kajian. Beliau akan berusaha sehingga ke akar umbi permasalahan
dan sanggup berjaga sepanjang malam. Beliau terkenal dengan sifat tahan uji dan
sanggup berhadapan dengan apa juga kesulitan dan kesusahan.
Perkataan falsafah berasal daripada perkataan Yunani atau Greek yang mengandungi
dua perkataan iaitu Philo bermaksud cinta dan Sophia bermaksud kebijaksnaan. Oleh itu
Philosophia bermakna cinta akan kebijaksanaan. Menurut Plato falsafah boleh
ditakrifkan sebagai meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara di
sebalik sifat luarannya. Hasbullah Bakry menghuraikan falsafah daripada tiga sudut.
Sudut pertama, sudut bahasa iaitu cinta akan hikmah, sudut praktis ialah alam berfikir
atau fikiran secara mendalam tentang hakikat sesuatu dan sudut ketiga ialah sudut
perbedaannya daripada ilmu-ilmu lain ditandai oleh dua cara iaitu falsafah memandang
alam sebagai satu kesatuan yang boleh dipecah-pecahkn , manakala ilmu lain pula
membahas sebab akibat tentang sesuatu falsafah, menyelidik hakikatnya sekali iaitu apa,
dari mana dan ke mana.
Ibnu Sina merupakan tokoh falsafah perubatan. Beliau telah merumuskan pendapat
mengatakan perubatan ialah suatu cabang ilmu tentang kesihatan dan penyakit pada
tubuh manusia. Ibnu Sina mentakrifkan ilmu perubatan sebagai suatu bidang yang
memperkatakan tentang keadaan sakit dalam tubuh manusia, bermatlamat menggunakan
cara-cara yang sesuai untuk mempertahan serta memulihkan kesihatan. Beliau
mencatatkan bahawa punca penyakit berdasarkan umur, jantina, pekerjaan, tempat
kediaman, cuaca dan musim, adat dan kebiasaan, rehat dan pergerakan, makanan dan
minuman, udara dan air, aktiviti fizikal dan mental. Cara perubatan Ibnu Sina
merangkumi bahan makanan, udara, aktiviti fizikal serta mental.
Ibnu Sina banyak menghasilkan karya perubatan dalam bahasa Arab dan beberapa buah
dalam bahasa Farsi. Kini karya beliau telah dijadikan bahan rujukan oleh pelajar- pelajar
jurusan prubatan di seluruh dunia. Ibnu Sina terkenal dengan asas –asas falsafah ilmu
perubatan serta kecenderungannya dalam menguasai cara perubatan yang menggunakan
unsur- unsur psikologi bagi merawat pesakit- pasakit. Ibnu Sina juga menggunakan
kaedah perubatan psikosomatik untuk merawat penyakit jasmani. Kejayaan Ibnu Sina ini
adalah hasil usaha kerja keras beliau dalam menjalankan kajian- kajian tentang perubatan
dan penyakit. Beliau tidak pernah putus asa jika mengalami kegagalan malahan beliau
akan terus berusaha untuk mencari jawapan sehingga ke akar umbi permasalahan dan
sanggup berjaga sepanjang malam. Beliau terkenal dengan sifat tahan uji dan sanggup
berdepan dengan apa juga kesulitan atau kesusahan.
Ibnu Sina pernah diberi gelaran sebagai Medicorum Prinsipal atau Raja Diraja Doktor
oleh kaum Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya ialah
Raja Ubat. Malahan dalam dunia Islam, bliau dinggap sebagai Zenith iaitu puncak
tertinggi dalam ilmu kedoktoran. Ibnu Sina telah menghasilkan pelbagai jenis buku yang
salah satunya berkaitan dengan ilmu perubatan . dalam bukunya itu, beliau menerangkan
tentang gejala- gejala penyakit seperti Diabetis, Tetanus, perubahan sistem badan,
Fisiologi tidur, pengaruh iklim terhadap kesihatan dan penyakit. Ibnu Sina juga
mengatakan bahawa penyakit tibi boleh berjangkit melalui bawaan udara. Ibnu Sina juga
telah membincangkan tentang proses penyediaan ubat yang dilengkapi dngan nama
sebatian, penggunaan, cara penyediaan dan penyimpanan.
Selain itu Ibnu Sina juga mengatakan bahawa ubat membantu pesakit, badan itu
sendiri yang melakukan prosese kearah kesihatan, tabii yang memulihkannya. Ibnu Sina
juga percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu air, api dan
angin. Keempat-empat unsur ini mmberikan sifat lembap, sejuk, panas dan kering serta
bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam sekitar ini. Ibnu Sina juga
percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan
penyakit . Oleh itu, selain keseimbangan unsur – unsur yang dinyatakan itu , manusia
juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan
proses penyembuhan. Ibnu Sina juga telah menghasilkn karya yang bertajuk Remedies
for The Heart yang mengandungi sajak – sajak perubatan. Dalam buku itu beliau telah
menceritakan tentang 760 jenis penyakit dan cara mengubatinya.
Selain daripada ilmu perubatan, Ibnu Sina juga arif dalam bidang ilmu agama Islam.
Sejak kecil beliau telah menunjukkan kehandalan dalam menghafaz Al – Quran. Beliau
telah mempelajari Al-Quran sejak kecil dan berjaya menghafaz serta menguasai ilmu
agama Islam ketika berumur 10 tahun. Beliau juga arif dalam bidang kesusasteraan,
politik, Astronomi dan lain – lain lagi. Beliau merupakan seorang yang rajin menulis dan
mampu menulis 50 halaman sehari dan menyusun tidak kurang daripada 238 buku dan
risalah. Contohnya kitab As-Siasah. Di dalam kitab tersebut beliau menjelaskan tiga
unsur penting dalam kehidupan. Pertama, pendidikan sebagai landasan utama bagi
pembentukan peribadi masing – masing untuk menjadi warganegara. Kedua, rumah
tangga sebagai ikatan hidup yang pertama dikukuhkan oleh manusia yang terdiri daripada
suami, isteri dan anak – anak. Ketiga, politik negara, yang menjadi warganegara harus
menjunjung hukum yang satu dan pemerintah yang satu.
Kehebatan Ibnu Sina dalam bidang perubatan sangat dikagumi oleh masyarakat Islam
dan bukan Islam seluruh dunia. Kepintaran yang ditunjukkan oleh beliau daripada kecil
telah menjadikan beliau seorang tokoh perubatan Islam. Sumbangannya yang terlalu
besar dalam bidang perubatan telah membuka mata masyarakat dunia bahawa orang
Islam mampu bersaing dengan orang bukan Islam malahan lebih maju dan pintar
daripada mereka. Hal ini dapat dibuktikan apabila buku - buku beliau telah dijadikan
rujukan oleh doktor dan pelajar jurusan perubatan di barat. Hal ini dapat dijelaskan
bahawa asas ilmu perubatan moden sekarang berasal daripada konsep – konsep yang
ditimbulkan oleh pakar – pakar perubatan Islam. Walau apa pun pandangan, namun
sumbangan Ibnu Sina dalam bidang perubatan tidak dapat dinafikan lagi. Kepintaran
beliau dalam dalam ilmu perubatan mengatasi gurunya sendiri iaitu Al-Farabi. Setiap apa
yang dihasilkan oleh beliau menjadi panduan kepada masyarakat seluruh dunia.
Kehebatan dan kepintaran beliau menjadikan umat Islam menyanjung tinggi beliau. Ibnu
Sina meninggal dunia pada 1036 masihi, pada usia 58 tahun dan dimakamkan di
Hamedan. Jasa beliau terlalu besar kepada masyarakat dunia terutama masyarakat Islam.
Sekian, terima kasih.
BIBLIOGRAFI.
Awang Sariyan. 2008. Falsafah dan Logika Melayu. Kuala Lumpur:Synergate. Sdn. Bhd.
Hashim bin Musa. 1999. Falsafah dan Logika Melayu Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur:Akademi Pengajian Melayu.
Samsu Adabi Mamat dan Wan Ramli Wan Muhammad. 2002. Cendekiawan Islam Perintis Peradaban Manusia. Kuala Lumpur:Utusan Publications.
Syed Mahadzir Syed Ibrahim. 1961. 163 Tokoh Terkenal Islam. Ampang, Selangor:Pekan Ilmu Publications.
http://pkukmweb. ukm. My.
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU
JXEA 1104
TOKOH FALSAFAH
NAMA : ZAWANAH BINTI A. HALIM
NO. MATRIK : JEA080161
NAMA PROF : PROF. DR. AMRAN MUHAMMAD
SEM :SATU
SESI : 2008/2009
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA.