KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
PANDUAN PENGGUNAAN
MyPrestasi KPT PMO / Champion
Disediakan oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat
Kementerian Pengajian Tinggi
Layari laman web https://myprestasi.mohe.gov.my/
Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan tanpa (-). Contoh: 821024065555. Kemudian masukkan kata laluan anda.
Peringatan: Sila dapatkan kata laluan default daripada Pentadbir Sistem. Anda dinasihatkan untuk menukar kata laluan selepas log masuk ke sistem untuk tujuan keselamatan.
Rajah 1.1 Log Masuk Sistem MyPrestasi
1.0
LOG MASUK
Klik Log Masuk untuk masuk ke dalam sistem.
Paparan Dashboard Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Bahagian akan terpapar seperti gambar rajah di bawah:
Rajah 1.2 Dashboard SKT Bahagian
Rajah 1.3 Dashboard SKT Seksyen/Unit di Bahagian
PMO/Champion berperanan untuk mewujudkan, mengemaskini dan menghapus maklumat Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Bahagian/Unit berserta pencapaian.
PMO/Champion perlu mewujudkan maklumat SKT/Projek dalam Modul Pengurusan Projek bagi membolehkan penilaian SKT pada tahun semasa dapat dilaksanakan.
Pilih menu ‘Kemasukan & Kemaskini’.
Pilih menu ‘Pengurusan Projek’.
Rajah 2.1 Menu Utama Penyelaras / PMO
2.0
MODUL PENGURUSAN PROJEK
2.1
TAMBAH PROJEK
Klik butang ‘+Tambah Projek’.
Rajah 2.2 Tambah Projek
Masukkan semua maklumat-maklumat yang diperlukan.
Ruang yang mempunyai tanda * adalah wajib untuk diisi.
Nama Projek - Nama bagi SKT/projek;
Jenis Peruntukan - Pilih jenis peruntukan sama ada Pembangunan, Mengurus atau Tiada Kos;
Tempoh Projek/Kontrak - Masukkan tarikh mula projek/kontrak dan juga tarikh tamat projek/kontrak. Setelah tarikh dimasukkan, jadual ‘Peruntukan dan Wajaran Projek Mengikut Tahun’ akan dipaparkan;
Penyelia Projek - Seksyen/Unit bagi SKT/projek yang dimasukkan;
Singkatan Projek - Nama ringkasan bagi nama projek untuk dipaparkan pada carta bar;
Pelan Strategik - Pilih Pelan Strategik;
Jenis Projek - Pilih salah satu sama ada Projek ICT / Projek Bukan ICT;
Rajah 2.3 Paparan Kemasukan SKT/Projek
Klik butang ‘Simpan’.
Klik butang ‘Kemaskini Projek’.
Rajah 2.4 Senarai SKT/Projek (Kemaskini)
Kemaskini maklumat projek yang berkaitan.
Klik butang ‘Simpan’.
2.2
KEMASKINI PROJEK
Klik butang ‘Gugur Projek’ pada kolum ‘Tindakan’ mengikut projek yang perlu digugurkan.
Rajah 2.5 Senarai SKT/Projek (Gugur)
Masukkan maklumat ‘Justifikasi Projek Digugurkan’.
Klik butang ‘Simpan’.
Rajah 2.6 Justifikasi Pengguguran Projek
2.3
GUGUR PROJEK
Klik butang ‘‘Hapus Projek’ .
Rajah 2.7 Senarai Projek (Hapus)
Klik butang ‘Ya, padam rekod ini!’ sekiranya pasti untuk memadamkan projek.
Rajah 2.8 Pengesahan Menghapuskan Projek
2.4
HAPUS PROJEK
Klik butang ‘Papar Aktiviti’ pada kolum ‘Tindakan’.
Rajah 2.9 Paparan Tindakan Aktiviti Projek
Klik butang ‘Tambah Aktiviti’
Rajah 2.10 Paparan Tambah Aktiviti Projek
Masukkan maklumat berikut dan pastikan pilih Tiada Sub Aktiviti:
Aktiviti; Nama Singkatan; Tarikh Mula Dirancang; Tarikh Siap Dirancang; Unit Pengukuran – Pilih unit pengukuran yang bersesuaian dengan aktiviti
projek/kerja; Sasaran – Masukkan sasaran yang akan dicapai pada tarikh dirancang
siap; dan Wajaran – Jumlah wajaran bagi kesemua aktiviti mesti bernilai 100%.
Klik butang ‘Simpan’
2.5
TAMBAH AKTIVITI
Rajah 2.11 Paparan Tambah Aktiviti
Klik butang ‘Papar Aktiviti’ pada kolum ‘Tindakan’ bagi projek yang telah diwujudkan.
Rajah 2.12 Paparan Pengurusan Projek
Klik butang ‘Kemaskini Aktiviti’ .
Rajah 2.12 Paparan Pengurusan Projek
Kemaskini maklumat yang berkaitan.
Jika mengemaskini ‘Tarikh Mula Dirancang’ dan ‘Tarikh Siap Dirancang’, pengguna perlu mengisi ruang ‘Justifikasi Perubahan Tarikh’.
Kemaskini ‘Susunan’ bagi aktiviti jika berkaitan.
Klik butang ‘Simpan’.
2.6
KEMASKINI AKTIVITI
Rajah 2.12 Paparan Kemaskini Aktiviti
Sejarah pindaan tarikh rancang dan sasaran akan disimpan dan boleh dipaparkan semula seperti rajah berikut.
Rajah 2.12 Paparan Pengurusan Aktiviti
Rajah 2.13 Paparan Senarai Aktiviti yang dipinda
Klik butang ‘Papar Aktiviti’ pada kolum ‘Tindakan’.
Rajah 2.14 Paparan Pengurusan Projek
Klik butang ‘Papar pencapaian aktiviti’
Rajah 2.15 Paparan Pengurusan Aktiviti Projek
2.7
KEMASKINI PENCAPAIAN, TARIKH SEBENAR MULA DAN SIAP
Kemaskini Pencapaian, Tarikh Mula Sebenar dan Tarikh Siap Sebenar. Tarikh Siap Sebenar tidak boleh diisi jika Pencapaian masih belum mencapai sasaran. Sejarah pengemaskinian pencapaian juga akan dipaparkan.
Rajah 3.6 Paparan Carta S-curve bagi OBB keseluruhan
Rajah 2.16 Paparan Kemaskini Pencapaian