Download - Palang merah dan bulan sabit merah
Isi kandungan
kandungan Muka surat
Soalan tugasan
Borang maklum balas
A. Biodata
B. Sejarah unit beruniform
Sejarah pengasas
Sejarah penubuhan
Sejarah penubuhan di Malaysia
Tujuan penubuhan
C. Struktur dan organisasi pertubuhan
Struktur dan organisasi peringkat kebangsaan
Struktur dan organisasi peringkat cawangan
Struktur dan organisasi peringkat cabang
Struktur dan organisasi peringkat sekolah
D. Perlembagaan pertubuhan
Prinsip-prinsip asas BSMM
Emblem BSM & PM
Lagu BSMM
Ikrar
Cogan kata/Moto
E. Pengurusan dan pentadbiran
Keahlian
Pakaian seragam
Tanggungjawab pemimpin/arahan tetap
Buku log
Anugerah & pingat
Lagu-lagu rakyat
A. Biodata
Biodata Diri
NAMA : ‘IZZAT NAJMI BIN IBRAHIM
NO K.P : 920210-14-5753
UNIT :SN / PJ / MOR
TARIKH LAHIR : 10.2.1992
TEMPAT LAHIR : PUSAT RAWATAN ISLAM KUALA LUMPUR
ALAMAT : D-3-1 KIP SMK SG. PUSU KM 11 JLN GOMBAK 53100 KUALA
LUMPUR.
JANTINA : LELAKI
BANGSA : MELAYU
AGAMA : ISLAM
NO. TELEFON : 017-3556940
E-MAIL : [email protected]
B. Sejarah unit beruniform
Sejarah pengasas
Persatuan palang Merah telah diasaskan oleh Jean Henry Dunant, Beliau dilahirkan
pada 8 Mei 1828, di Geneva, Switzerland. Ibu beliau merupakan seorang yang penyayang dan
patuh pada agama, hasilnya beliau membesar menjadi seorang peniaga yang berjaya. Dari
beliau kecil lagi, beliau telah dapat menikmati segala kesenangan sehinggalah beliau dewasa,
ianya disebabkan dari hasil kedudukan sosial dan ekonomi keluarganya.
Sejak awal usianya lagi, beliau telah terlibat dengan aktif dalam pelbagai pergerakan-
pergerakan amal yang membabitkan aktiviti-aktiviti amal dan agama. Salah satu pergerakan
amal yang membabitkan aktiviti-aktiviti amal dan agama yang beliau terbabit adalah pergerakan
yang menyatukan orang-orang Kristian dan Yahudi. Selain daripada itu, Beliau juga sering
melawat banduan-banduan di penjara untuk membantu mereka dalam menukarkan sikap dan
perangai mereka. Beliau juga telah menjadi ahli sebuah organisasi yang dikenali sebagai
“League of Aims” di Geneva.
Pada tahun 1849, beliau bekerja sebagai perantis di sebuah bank di Geneva untuk
mempelajari perniagaan bank. Hasil dari ketekunannya semasa bekerja, beliau telah diberi
peluang untuk menjawat jawatan sementara sebagai pengurus besar di sebuah cawangan bank
tersebut di Algeria, yang dikenali sebagai “Colonies Suisses de Setif”. Kemudian, beliau telah
berhenti bekerja dengan bank tersebut dan memulakan perniagaannya sendiri.
Ketika usianya mencecah 30 tahun, beliau telah menyertai satu kumpulan organisasi
bernama “Young Men’s Christian Association” (YMCA). Organisasi ini amat terkenal di
Switzerland, France dan Belgium. Dunant telah menentang rancangan untuk menyekutukan
beberapa kumpulan di Eropah untuk dijadikan satu organisasi pada awal tahun 1853. Hal ini
demikian kerana beliau berpendapat rancangan itu tidak sepatutnya hanya terhad di Eropah.
Oleh itu, beliau telah mencadangkan sebuah gagasan sedunia termasuk kumpulan YMCA di
England patut diwujudkan.
Hasil daripada desakan beliau, satu persidangan YMCA sedunia telah diadakan di Paris
pada tahun 1855. Pada Sekitar tahun 1863 dan 1864 pula, kerjayanya semakin meningkat ke
puncak kegemilangannya, namun begitu ianya mula menurun kerana untuk menjadikan
impiannya kepada realiti, Dunant mula menyepikan diri dan tempatnya telah diambil alih oleh
orang-orang yang lebih praktik. Malah, pada tahun 1867 pula urusan perniagaan menghadapi
kemerosotan kerana telah diabaikan oleh beliau sebelum ini
Akhirnya, beliau terpaksa menyerahkan segala hartanya untuk melangsaikan hutang-
hutangnya. Pada tahun 1887 ketika beliau berusia 39 tahun, beliau telah meninggalkan Geneva
dan menetap di Hidden, Switzerland dan pada tahun 1897, disebabkan masalah kesihatan dan
keadaan usianya yang semakin meningkat, beliau telah dimasukkan ke hospital tempatan.
Beliau tinggal selama 18 tahun di dalam hospital itu. Akhirnya, pada tahun 1901, Jawatankuasa
Nobel menganugerahkan beliau dengan Hadiah Keamanan (Peace Prize) yang pertama yang
dikongsi bersama dengan Frederic Passy yang merupakan seorang warganegara Perancis.
Jean Henry Dunant telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hidden, pada hari Ahad,
30 Oktober 1910,
Sejarah penubuhan
Daya pencetus kepada penubuhan palang merah ini adalah disebabkan oleh buku yang
diterbitkan oleh beliau yang berjudul ‘Kenangan di Solferino’. Ianya menceritakan tentang
pengalaman yang dialami oleh Jean Henry Dunant semasa pertempuran di Solferino di Itali
pada tahun 1859. Buku ini menceritakan tentang Jean Henry Dunant yang sedang berada
dalam suatu perjalanan untuk menguruskan perniagaan beliau di Itali dan apabila Dunant telah
sampai di Castiglione delle Pieve, beliau telah melalui kawasan peperangan. Beliau mendapati
bahawa bandar kecil tersebut dipenuhi dengan mangsa-mangsa peperangan. Ada mangsa
yang sudah meninggal dunia dan ada juga yang mengalami kecederaan teruk. Keadaan
menjadi teruk apabila perkhidmatan tentera yang ada tidak dapat menampung jumlah masa
peperangan yang ramai. Oleh itu, beliau cuba untuk membantu mereka yang sakit dan cedera
dengan sedaya upaya. Pengalaman tersebut telah menukarkan hala tuju hidup beliau. Beliau
mula menumpukan pemikirannya untuk mencari jalan bagaimana untuk mengelakkan dari
penderitaan oleh mangsa-mangsa perang ini dari terus berlaku.
Hasilnya, beliau telah mencetak dan menerbitkan sebuah buku tentang kenangan dan
pengalamannya semasa berada di Solferino. Buku-bukunya itu telah dihadiahkan kepada
semua ketua-ketua negara di Eropah. Oleh disebabkan bahasa dan penceritaan nya yang baik,
buku tersebut telah berjaya menyedarkan ketua-ketua kerajaan di Eropah.
Dalam buku tersebut, beliau telah mencadangkan:
1. membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang
awam yang cedera dan menderita semasa peperangan.
2. mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-mana pasukan
hendaklah dibantu .
Untuk membentuk sebuah organisasi, satu jawatankuasa perlu ditubuhkan, Dunant
mendapati bahawa Geneva merupakan tempat yang sesuai untuk memulakan kegiatan
kemanusiaan itu. The Societe Genevoise d’Utilite Publigue yang telah dipengerusikan oleh
Gustave Moynier, berminat terhadap saranan yang telah dikemukakan oleh Dunant. Oleh itu,
bersama-sama dengan 4 orang warga Swis yang lain, iaitu Dunant, Guillaume-Henri Dufour,
Louis Appia dan Theodore Mounier. Mereka menubuhkan satu Jawatankuasa Antarabangsa.
Jawatankuasa ini kemudiannya dikenali sebagai Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah
(International Committee of the Red Cross – ICRC). Pengerusi pertama bagi ICRC adalah
Jeneral Dufour dan Henry Dunant sebagai setiausaha
Pada tahun 1863, satu delegasi tidak rasmi daripada 16 buah negara telah
bermesyuarat di Geneva daripada 26 hingga 29 Oktober 1863 dan telah bersetuju untuk
meluluskan Resolusi jawatankuasa Geneva. Negara-negara tersebut juga bersetuju untuk
mewujudkan pertubuhan-pertubuhan persendirian yang keberkecualian di negara masing-
masing bagi membantu mereka yang tercedera dan juga yang merawat serta menjaga mangsa
atau pesakit, ianya telah dimaktubkan dalam surat cara diplomatik. Pekerja-pekerja bantuan
dan alat-alat perubatan pertubuhan itu akan dilindungi dengan sebuah emblem khas, iaitu
Palang Merah yang berlatarbelakangkan warna putih.
Dalam bulan Februari 1864, peperangan yang telah meletus di antara Prussia dan
Denmark telah menyebabkan jawatankuasa tersebut menghantar Dr. Louis Appia untuk
bertugas dengan tentera Rusia. Walau bagaimanapun, negara lain seperti Jerman telah
menghadapi masalah di medan perang kerana tugas-tugas mereka memerlukan pengiktirafan
secara rasmi.
Sejarah penubuhan di Malaysia
Penubuhan Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah di Malaysia mempunyai
persamaan dengan penubuhan Palang Merah itu sendiri. Persatuan Palang Merah yang
pertama di Semenanjung Malaysia telah ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan pada
bulan Februari 1951, ‘Cawangan Persekutuan Tanah Melayu’ telah ditubuhkan dengan bantuan
dari Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang lagi dari Pegawai Medan Palang Merah
British. Sehingga penghujung tahun 1951, Cawangan-cawangan ini telah ditubuhkan di negeri
Perak, Terengganu dan Selangor. Dan pada tahun 1952, Cawangan-cawangan lain ditubuhkan
di negeri Melaka, Johor dan Pahang.
Apabila Malaysia telah mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957, Duke of
Gloucester yang mewakili Ratu British di perayaan Merdeka dan juga selaku Pengerusi Majlis
Persatuan Palang Merah British, telah mengadakan satu mesyuarat khas dengan
Jawatankuasa Eksekutif Palang Merah Cawangan Persekutuan Tanah Melayu di Kuala
Lumpur. Pada bulan Oktober 1957 pula, Lady Limerick, yang merupakan Naib Pengerusi
Persatuan Palang Merah British telah menghadiri satu upacara khas di Kuala Lumpur bagi
penyerahan panji-panji kepada Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu yang baru.
Pada 4 Julai 1963, Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu telah
menerima pengiktirafan rasmi daripada Jawatankuasa antarabangsa Palang Merah
(JAPM/ICRC) untuk berfungsi sebagai Persatuan Palang Merah Kebangsaan yang bebas. Pada
24 Ogos 1963, persatuan ini diterima masuk sebagai ahli Persatuan-persatuan Liga Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah. Pada 5 September 1975, Parlimen Malaysia telah meluluskan
Akta Pertukaran Nama, (Akta 1962) yang telah menerima Persetujuan Di Raja pada 21 Ogos
1975 dan diwartakan pada 4 September 1975. Nama Persatuan Palang Merah Malaysia telah
ditukar kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan lambang persatuan yang
bersimbolkan palang merah berlatarbelakangkan putih telah ditukar kepada simbol bulan sabit
merah berlatarbelakangkan putih. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia adalah merupakan
salah sebuah daripada 175 Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan di
seluruh dunia, malah ia juga menjadi ahli Persekutuan Antarabangsa Persatuan-persatuan
Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Kini Persatuan Bulan Sabit Merah Merah Malaysia
mempunyai lebih daripada 230,000 ahli di seluruh negara yang diatur mengikut Cawangan,
Cabang, Cabang Kecil dan Unit.
Tujuan penubuhan
Tujuannya adalah seperti berikut:
Masa aman
Mengurangkan penderitaan
membantu mangsa yang memerlukan pertolongan semasa banjir, kebakaran, tanah
runtuh dan bencana
mengagihkan bantuan kepada mereka yang memerlukan
Meningkatkan taraf kesihatan
menubuhkan pusat-pusat kesihatan
menyediakan program pendidikan kesihatan
mencegah penyakit
melatih sukarelawan dalam bidang tugas-tugas pertolongan cemas
Masa konflik
Apabila tercetusnya konflik bersenjata
mematuhi konvensyen Geneva
bekerjasama dengan ICRC (JAPM)
membantu unit perubatan tentera, mengumpul dan menyelamat mangsa yang sakit dan
cedera
merawat mangsa yang terperangkap di dalam zon konflik
membantu kerajaan menangani masalah pelarian
mengagihkan bantuan kepada mangsa
C. Struktur dan organisasi pertubuhan
Struktur organisasi peringkat kebangsaan
Penaung bagi persatuan dipegang oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan
Presiden persatuan dipegang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri manakala, Timbalan
Presiden dipegang oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Naib Presiden
dipegang oleh
1. YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
2. YB Menteri Kesihatan
3. YB Menteri Luar Negeri
4. YB Menteri Belia dan Sukan
5. YB Menteri Pelajaran
6. YB Menteri Pendidikan Tinggi
Berikut merupakan carta organisasi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSSM)
Senat BSSM
Majlis Kebangsaan
Lembaga Eksekutif Kebangsaan
Cawangan
CabangUnit-unitPasukan Bantuan
Sukarela ,Pasukan Kumpulan
Kebajikan Belia Kanak-kanak
Sekretariat Kebangsaa
nSekretariat CawanganSekretariat
Cabang
DaerahDaerah
Kecil
Senat BSMM
Badan tertinggi bagi BSSM dipanggil senat BSSM. Ianya tidak mempunyai kuasa eksekutif dan
berperanan untuk meningkatkan imej dan matlamat persatuan sejajar dengan prinsip-prinsip
pergerakan. Badan ini dianggotai oleh 25 orang senator pada suatu masa. Senator-senator ini
dilantik di atas budi bicara Majlis Kebangsaan dan ianya dilantik dalam kalangan ahli-ahli BBSM
Majlis Kebangsaan
Majlis kebangsaan merupakan badan yang membuat polisi dan dasar di dalam BSMM. Majlis ini
akan bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali dalam setahun dan memerlukan 1/3 kehadiran
dari ahli-ahlinya untuk membentuk korum. Badan ini dianggotai oleh
Pengerusi Kebangsaan
Timbalan Pengerusi Kebangsaan
4 orang Naib Pengerusi Kebangsaan
Bendahari Kehormat Kebangsaan
8 orang ahli yang dipilih
2 orang wakil setiap Cawangan
Wakil-wakil agensi kerajaan
Kementerian
Setiausaha Agung
Lembaga Eksekutif Kebangsaan (NEB)
Lembaga Eksekutif Kebangsaan, merupakan badan yang menjalankan polisi dan dasar yang
telah diputuskan oleh Majlis Kebangsaan dan Menjalankan aktiviti-aktiviti seharian BSMM.
Badan ini akan bermesyuarat sekurang-kurangnya 2 bulan sekali. Ianya dianggotai oleh :
Pengerusi Kebangsaan
Timbalan Pengerusi Kebangsaan
4 orang Naib Pengerusi Kebangsaan
Bendahari Kehormat Kebangsaan
8 orang ahli yang dipilih
5 orang wakil zon
Setiausaha Agung
Struktur organisasi peringkat cawangan
Kesemua jawatan dalam struktur organisasi tersebut berada di Ibu Pejabat Kebangsaan ( IPK )
Kuala Lumpur. Terdapat 15 cawangan BSMM di Malaysia. 1 pada setiap negeri termasuk
Wilayah Persekutuan dan Labuan, struktur organisasi hampir serupa dengan NEB
Struktur organisasi peringkat cabang
Setiap Cawangan terdiri daripada beberapa Cabang
Daerah
STRUKTUR ORGANISASI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA, CABANG JEMPOL SESI
2012-2014
PENGERUSI : Encik Ismail bin Abdul Rahaman, ANS, PMC, PJT, PPL
TIMBALAN PENGERUSI : Encik Mustaffa bin Dolah
NAIB PENGERUSI 1 : Encik Arif Fadzilah bin Mohd. Said, PJT, PPL
NAIB PENGERUSI 2 : Tuan Hj. Zaidi bin Hj. Jusoh, PJK
SETIAUSAHA KEHORMAT : Encik Ritakamal bin Mohamad Yunus, PJK, PPL
PENOLONG SETIAUSAHA : Cik Che Noramira binti Che Mohd.
BENDAHARI KEHORMAT : Puan Asfaniza binti Mohd. Jaafar
PEGAWAI LATIHAN : Tuan Shaik Abdul Rahim bin Shaik Akbar
PEGAWAI BELIA : Tuan Hj. Mohd. Yunus bin Ahmad
PEGAWAI PBS : Encik Mohd. Nazrul bin Mat Daud
PEGAWAI LINK : Encik Mohd. Amar bin Mohamad
PENGUASA JURURAWAT : Puan Fanita binti Mohd. Nafiah
KUARTERMASTER : Encik Khairul Amizan bin Kenek
Daerah Kecil
Daerah kecil merupakan suatu institusi ( universiti, maktab perguruan…) Kini telah dinaik taraf
kepada Cabang. Pada tahun 2000, terdapat 119 Cabang di Malaysia
Struktur organisasi peringkat sekolah
D. Perlembagaan pertubuhan
PENGERUSI
NAIB PENGERUSI
JAWATANKUASA KETUA PATROL/ BIRO
BENDAHARI
NAIB SETIAUSAHA NAIB BENDAHARI
PENASIHAT
SETIAUSAHA
Prinsip-prinsip asas BSMM
Bulan Sabit Merah Malaysia berfungsi berlandaskan kepada tujuh prinsip asasi. Kelapan-lapan
prinsip ini telah diiktiraf di Persidangan Antarabangsa Palang Merah / Bulan Sabit Merah yang
ke 20 di Vienna, Austria pada tahun 1965. Ianya diguna pakai oleh seluruh pergerakan palang
merah dan bulan sabit di seluruh dunia. Kelapan-lapan prinsip itu adalah:
Kemanusiaan
Ianya bermaksud dengan memberi pertolongan tanpa membeza-bezakan mereka yang
tercedera di medan perang. Ia bertujuan untuk melindungi nyawa dan menghormati sesama
manusia. Ia turut memupuk persefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang
berkekalan di antara manusia
Kesaksamaan
Ianya bermaksud, tidak mengamalkan diskriminasi berasaskan bangsa, kaum, kepercayaan
agama, darjat atau fahaman politik. Ianya bertujuan untuk memberi keutamaan kepada kes-kes
kecemasan yang serius.
Berkecuali
Ianya bermaksud, untuk mendapat kepercayaan orang ramai terhadap persatuan, pergerakan
tidak boleh menyertai mana-mana pihak yang berperang atau melibatkan diri pada bila-bila
masa dalam perbalahan-perbalahan yang berunsur politik, perkauman, agama atau ideologi.
Kebebasan
Ianya bermaksud pergerakan adalah bebas walaupun merupakan badan sokongan dan
mengekalkan autonominya supaya sentiasa dapat mengikut prinsip-prinsip pergerakan tanpa
tertakluk kepada undang-undang negara
Khidmat sukarela
Ianya bermaksud pergerakan bantuan sukarela yang bukan didorong dalam apa hal jua
sekalipun oleh hasrat untuk mendapatkan keuntungan.
Ketunggalan
Ianya bermaksud, hanya satu sahaja Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah yang
perlu wujud dalam sesebuah negara.
Kesejagatan
Ianya bermaksud, dalam Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, semua Persatuan
mempunyai taraf yang sama serta memikul tanggungjawab yang sama rata, walaupun ianya
merupakan satu pergerakan sedunia
Emblem bulan sabit merah dan palang merah
Lambang Palang Merah telah dipilih oleh ICRC yang telah mengadakan persidangan
pertama yang dihadiri oleh pakar-pakar dari 16 buah negara yang bersetuju untuk menerima
emblem Palang Merah yang berlatarbelakangkan putih sebagai lambang rasmi pergerakan,
ianya diambil dari bendera Kebangsaan Swiss yang mempunyai emblem putih
berlatarbelakangkan merah. Ianya dipilih sebagai satu penghargaan jasa Jean Henry Dunant
yang berbangsa Swis.
Turki yang sedang berperang dengan Rusia telah memutuskan untuk menggunakan
lambang bulan sabit merah untuk perkhidmatan ambulan mereka. Langkah tersebut
kemudiannya telah diikuti oleh banyak negara-negara Arab atau Negara-negara yang
majoritinya mempunyai penduduk Muslim.
Kini, 29 buah Negara telah menggunakan lambang bulan sabit merah untuk
menandakan orang-orang dan barang-barang yang dilindungi oleh Konvensyen Geneva.
Kedua-dua lambang ini, Palang Merah dan Bulan Sabit Merah telah dilindungi oleh
Konvensyen Geneva sejak tahun 1929. Walau bagaimanapun, negara-negara hendaklah
memilih lambang mana yang digunakan dalam persidangan diplomatik. Selain emblem bulan
sabit merah, emblem kristal merah turut digunakan oleh Israel, ianya telah diberi pengiktirafan
di persidangan Geneva, Swirtzeland sebagai emblem tambahan pada 8 Disember 2005
Emblem-emblem ini diwujudkan dengan tujuan yang tertentu iaitu:
1. untuk menentukan perlindungan bagi mereka yang tercedera semasa peperangan
2. untuk menentukan perlindungan kepada anggota-anggota yang menjaga dan merawat
mereka yang cedera.
3. Untuk dipamerkan di atas kenderaan, kapal terbang, kapal laut, bangunan, pembinaan dan
juga orang-orang yang ditugaskan untuk menjaga dan mengangkut mereka yang tercedera
akibat perang
satu sistem bagi melindungi penggunaan lambang telah ditetapkan oleh Konvensyen
Geneva tahun 1949.Peraturan-peraturan ini yang telah diperluaskan lagi oleh Protokol 1 tahun
1977 adalah berdasarkan kepada perbezaan penggunaan lambang sebagai tujuan pelindung
(protective) dan pengenalan (indicative). Ianya bertujuan untuk mengawal penggunaan emblem
dan ia perlah dipatuhi oleh setiap negara yang menandatangani Konvensyen Geneva.
Lambang-lambang ini hanya boleh dipamerkan di atas kenderaan, kapal terbang, kapal laut,
bangunan, pembinaan dan juga orang-orang yang ditugaskan untuk menjaga dan mengangkut
mereka yang tercedera akibat perang. Lambang-lambang ini juga tidak boleh digunakan untuk
tujuan perniagaan atau publisiti. Penyalahgunaan lambang ini merupakan suatu kesalahan
yang serius terhadap Undang-undang Antarabangsa.
Lagu BSSM
Bulan sabit merah di Malaysia
Giat berjasa untuk negara
Tidak kira kaum & agama
Waktu aman atau bahaya
Bulan sabit merah gerakan sedunia
Membantu semua yang menderita
Badan sukarela berkhidmat
Dengan tabah dan bersemangat
Di mana jua adanya sengsara
Di sana ada kita
Di darat & laut kita bersedia
Walaupun diancam bahaya
Ikrar BSMM
Bahawasanya kami, ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, berikrar akan, taat setia
kepada, Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang Di-Pertuan Agong, serta
pemerintah-pemerintah, di negeri kami, berdasarkan kepada, prinsip-prinsip Rukun Negara
Bahawa kami berikrar, akan sentiasa patuh, pada perlembagaan, dan undang-undang, serta
arahan persatuan, walau di mana kami berada
Bahawa kami berikrar, akan sentiasa memberi, khidmat sukarela, kepada yang sakit, dan
menderita, di waktu aman, atau bencana, berdasarkan kepada, prinsip-prinsip Bulan Sabit
Merah seperti berikut
Kemanusiaan
Kesaksamaan
Keberkecualian
E. Pengurusan dan pentadbiran
Keahlian
Keahlian terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, jantina,
kedudukan ataupun fahaman politik. Jenis-jenis keahlian adalah seperti berikut:
1. kanak-kanak ( pelajar sekolah rendah )
2. ahli-ahli Belia ( pelajar sekolah menengah )
3. Pasukan Bantuan Sukarela ( Orang Dewasa )
4. Ahli Seumur Hidup
5. Ahli Kehormat Seumur Hidup
Bentuk latihan yang diberi kepada ahli :
1. Pertolongan Cemas
2. Rawatan Rumah
3. Bantuan Bencana Alam
4. Memberi perkhidmatan masyarakat
5. Pendidikan Kesihatan
pakaian kerja belia (wanita) – seluar pakaian seragam PBSM (wanita)
pakaian kerja belia (wanita)-skirt pakaian kerja pegawai wanita (sarong)
pakaian petugas bantuan bencana alam pegawai/anggota biasa
pakaian kerja belia lelaki
pakaian kerja pegawai lelaki
Tanggungjawab pemimpin/arahan tetap
Senarai Tanggungjawab Pemimpin/Penasihat Persatuan
1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif persatuan.
4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam
Perlembagaan persatuan.
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama ahli-ahli persatuan.
6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
8. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disedia dan difailkan.
9. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
10. Mengurus penyertaan ahli-ahli dengan baik.
11. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili .
12. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli..
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa.
BAHASA HUKUMAN KAWAD KAKI PBSMM
Baris / Skuad.
Baris .Sedia.
Ke Kanan .Lurus.
Pandang. Depan .
Buka Barisan .Gerak .
Tutup Barisan. Gerak.
Bergerak ke kanan Bertiga-tiga , Ke kanan Pusing.
Skuad akan menghadap ke Hadapan , Ke kiri Pusing.
Bergerak ke kiri Bertiga-tiga , Ke kiri Pusing.
Bergerak ke kanan Bertiga tiga , ke belakang Pusing .
Bergerak ke kiri Bertiga tiga , ke belakang Pusing .
Skuad akan Menghadap ke Hadapan , Ke kanan Pusing.
Skuad akan Menghadap ke belakang , ke belakang Pusing.
Bergerak ke kanan bertiga-tiga , ke kanan pusing .
Skuad akan menghadap ke belakang , ke kiri pusing.
Bergerak ke kiri bertiga-tiga , ke kiri pusing .
Skuad akan menghadap ke belakang , ke kanan pusing.
Skuad akan menghadap ke hadapan , ke belakang pusing.
langkah , ke kanan gerak .
langkah , ke kiri gerak .
langkah , ke hadapan gerak .
langkah , ke belakang gerak .
Dari kiri , cepat jalan .
Tukar langkah semasa berjalan tukar langkah. 3x
Tukar langkah ,dengan langkah berlagak tukar langkah . 3x
Bergerak ke kanan/kiri bertiga-tiga , ke belakang pusing.
Skuad akan menghadap ke hadapan / belakang , ke belakang pusing.
Dari kiri / kanan , kanan belok .
Dari kiri / kanan , kiri belok.
Bergerak ke kanan / kiri bertiga-tiga , ke kanan / kiri pusing.
Skuad akan menghadap ke hadapan / belakang , ke kanan / kiri pusing.
Hormat , ke hadapan hormat.
Hormat selaku terima sijil , hormat ke hadapan hormat.
Hormat , ke kanan hormat.
Hormat , ke kiri hormat.
Tukar langkah perlahan , perlahan jalan .
Tukar langkah masa jalan perlahan , tukar langkah . 3x
Bergerak ke kanan/kiri , ke belakang pusing.
Skuad akan menghadap ke hadapan / belakang , ke belakang... pusing.
Dari kiri / kanan , kanan belok.
Dari kiri / kanan , kiri belok.
Bergerak ke kanan / kiri ke kanan / kiri pusing.
Skuad akan menghadap ke hadapan / belakang , ke kanan / kiri pusing.
Tukar langkah cepat , cepat jalan .
Skuad henti .
Hentak kaki
Skuad henti .
Skuad akan mara menghadap , untuk di perhati semula dari tengah
Cepat jalan .(14-1-2)
Hormat , hormat ke hadapan hormat .(2-1-2-1)
Buku log
Buku log, merupakan sebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti bertulis yang
dicatatkan oleh ahli bulan sabit merah ketika mengambil ujian lencana atau anugerah. Buku log
mengandungi catatan rekod yang boleh di jadikan panduan , laporan dan pengesahan
penglibatan terhadap seseorang ahli bulan sabit merah. Ia juga boleh merakam peristiwa yang
berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti bulan sabit merah
Buku log hendaklah mempunyai muka surat dalam sekitar 200-300 helai dan berkulit tebal agar
ianya boleh disimpan dengan baik dan selamat untuk jangka masa yang panjang
.
Format asas sesebuah buku log
Saiz dan ketebalan
Saiz Buku Log yang sesuai adalah 21 cm x 32 cm dengan ketebalan 200 muka surat dan
berkulit tebal. (200 Foolscap Book)
Kulit Luar (Cover)
Kulit luar buku amat penting dijaga agar ianya tahan lama dan tidak mudah rosak.
Sebaiknya kulit buku tersebut dibalut dengan plastic (pvc book wrapper) agar
tidak mudah binasa akibat basah.
Halaman pertama
Halaman pertama merupakan halaman yang paling penting kerana di sinilah selalunya para
pemeriksa dapat membuat pemerhatian umum dan
mengagak kesungguhan penulis dalam menyediakan buku tersebut (First impression
evaluation).
Sebaik-baiknya halaman pertama dimuatkan dengan maklumat peribadi penulis.
Contoh maklumat adalah seperti berikut :
Maklumat Asas
Nama Penuh
No. Sijil Lahir / Kad Pengenalan
Tarikh dan Tempat Lahir
No. telefon / Telefon bimbit
Alamat e-mail / url
Alamat surat menyurat
No. Kumpulan / Troop / Krew (terkini)
Daerah (terkini)
Maklumat Waris
Alamat tetap
Nama Bapa dan pekerjaannya
No. telefon / Telefon bimbit
Nama Ibu dan Pekerjaannya No. telefon / Telefon bimbit
.
Bentuk penulisan dan isi nota
Penulisan di dalam buku log hendaklah benar, asli dan jelas. Ia ditulis dengan menggunakan
ayat yang ringkas dan padat tetapi tepat dan jelas. Elakkan penggunaan ayat yang berjela-jela
Contoh penulisan buku log
Tarikh : (Minggu 1)
Masa : 8.00 a.m
Tempat: Dewan Kuliah A
AKTIVITI CATATAN
En. Anizan Bin Md Noor memperkenalkan
diri beliau serta instruktor-instruktor yang akan
mengajar kami sepanjang semester bagi
subjek kokurikulum.
Semua pelajar dikehendaki mengambil
kehadiran pada hari tersebut.
En. Anizan memulakan sesi kuliah selepas
sesi memperkenalkan diri.
Di samping itu juga, En. Anizan memberikan
kami tugasan kumpulan yang kami akan
lakukan iaitu tugasan membuat
program persatuan dan dokumen-dokumen
kami perlu laksanakan tidak lama lagi.
Penyelaras : En. Anizan Bin Md Noor
Instruktor :
I.Cik Faziha Diana Binti Razib
II.Cik Tengku Masmelisa Binti TuanMohd Azmi
III.En. Syahir Bin Mohd Yusof
IV.En. Mohd Azrul Bin Mustafa
Ku l iah per tama in i menjelaskan
tentang :
•Pengenalan Kokrurikulum dalam sistem
pendidikan Malaysia.
•Dasar serta pertunjuk perlaksanaan
kokurikulum di sekolah.
•Komponen Kokurikulum.
Anugerah dan pingat
KATEGORI 1
AHLI KEHORMAT SEUMUR HIDUP
(Honorary Life
Membership)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas
sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada
orang-orang yang terhormat yang telah
mencurahkan khidmat-khidmat yang bernilai sejajar
dengan Prinsip-prinsip Bulan Sabit Merah. Tidak
lebih daripada empat (4) anugerah dalam setiap
tahun.
KATEGORI II PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG
(Distinguished Service
Medal)
Di anugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas
sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada
ahli-ahli yang telah memberikan perkhidmatan yang
bernilai kepada Persatuan dalam tempoh tidak
kurang daripada sepuluh (10) tahun.
KATEGORI III
PINGAT KEBAKTIAN TERPILIH
(Excellent Service
Medal)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas
sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada
ahli-ahli yang telah melengkapi perkhidmatan
terpilih sekurang-kurangnya selama sepuluh (10)
tahun perkhidmatan selepas melepasi had umur 18
tahun.
KATEGORI IV
PINGAT JASA TERPUJI (Meritorious Service
Medal)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas
sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada
ahli-ahli yang telah melengkapi perkhidmatan yang
terpuji sekurang-kurangnya selama (5) tahun
selepas melepasi had umur 18 tahun.
KATEGORI V
SIJIL KEPUJIAN
(Certificate of Merit)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas
sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada
ahli-ahli yang telah melengkapi perkhidmatan
khusus kepada Persatuan sekurang-kurangnya
selama tiga (3) tahun selepas melepasihad umur 18
tahun.
KATEGORI KHAS
PINGAT KEBERANIAN
(Gallantry Award)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan kepada
mana-mana ahli diatas keberaniannya.
PINGAT PERKHIDMATAN LAMA (Long Service Medal)
Melengkapi perkhidmatan yang berterusan selama
sepuluh (10) tahun – setelah melepasi had umur
LAPAN BELAS (18) tahun dan satu ‘BAR’
dianugerah bagi setiap (5) tahun selepasnya.
(diluluskan pada 4.4.71).
ANUGERAH KHAS DERMAWAN (Special Award for
Benefactors)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan
kepada Syarikat Perdagangan, Industri, Firma
persendirian atau orang perseorangan yang
bermurah hati memberikan sokongan mereka
kepada Persatuan yang mana Jawatankuasa
Pengurusan Kebangsaan berpendapat bahawa
mereka berhak menerima anugerah.
ANUGERAH KHAS KHIDMAT ISTIMEWA
Ianya dianugerahkan kepada ahli-ahli yang telah
memberi khidmat istimewa khusus untuk sesuatu
tugas yang menaikkan imej Persatuan dan juga
menepati sepenuhnya keperluan tujuh prinsip-
prinsip PBSMM.
KATEGORI II SIJIL KEPUJIAN BELIA
(Certificate of Merit –
Youth)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas
sokongan Jawatankuasa Anugerah
PBSMM/Jawatankuasa Anugerah Cawangan
kepada ahli-ahli Belia yang telah memberikan
perkhidmatan khusus kepada Persatuan.
Lagu rakyat
Ulek Mayang
Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat
Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam
Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh
Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala
Lirik Wau Bulan
Eh wah buleh, eh wah buleh
Wah buleh teraju tigo
Eh wah, eh wah, eh wah buleh
Wah buleh teraju tigo
Ini maleh, samo-samo
Samo-samo bersuko-ghio
Ini maleh, samo-samo
Samo-samo bersuko-ghio
Lirik Lagu Suriram
Suriram, suriram ram ram
Suriram manisku
Aduhai anakku sayang
Suriram jantung hatiku
Tinggilah tinggi si matahari
Suriram
Anaklah kerbau mati tertambat
Suriram
Sudahlah lama ibu mencari, sayang
Baru sekarang ibu mendapat
Suriram, suriram ram ram
Suriram manisku
Aduhai anakku sayang
Suriram jantung hatiku