Download - Orang Cina Malaysia
-
8/13/2019 Orang Cina Malaysia
1/6
Orang Cina Malaysia
Orang Cina gelombang pertama datang pada abad kelima belas semasa
Puteri Hang Li Poh dikahwinkan kepada Sultan Melaka , membawa bersamagolongan bangsawan ,pengikut-pengikut ,dan hamba dari negara
China.Kebanyakan daripada mereka berketurunan Fujian. Rombongan
tersebut membawa masuk orang Cina yang kemudiannya berkahwin dengan
penduduk tempatan membentuk masyarakat Peranakan.Makam mereka
boleh didapati di Bukit Cina kini. Lelaki berketurunan Peranakan digelar Baba
dan Nyonya bagi perempuan.
Pada abad ke 19 dan ke 20, orang Cina berhijrah secara beramai-ramai ke
Malaya.Mereka dari selatan China terutamanya dari daerah Fujian,
Guangdong, Guangxi ,dan Hainan.Mereka membentuk penempatan di Negeri
Perak dan Selangor terutamanya di lombong-lombong bijih timah untuk
bekerja sebagai buruh lombong dengan sokongan British .Selain itu ,mereka
juga menetap di Negeri-Negeri Selat .Kebanyakan orang Cina dapat dijumpai
di pantai Barat.
Suku Dialek
Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam
kumpulan dialek utama: Hakka, Kantonis, Fujian, Teochew, Hainan dan
FuZhou. Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku
dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia.
Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur (Sabah
dan Sarawak), bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-
Kuala Lumpur dan Pahang. Suku Hakka juga didapati di Pulau Pinang, Johor
Bahru dan Perak, di mana mereka mungkin dijadikan suku dialek terbesar di
tempat-tempat tersebut.
Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur,
Pahang, Negri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk
peratusan besar dalam populasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek
terbesar di Johor timur dan Sandakan, Sabah. Sandakan pernah bergelar
-
8/13/2019 Orang Cina Malaysia
2/6
"Hong Kong Kecil" kerana bandar itu pernah dijadikan tempat tinggal kedua
bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong, di mana pemandangannya
menyerupai Hong Kong pada 1970-an dan 1980-an. Media bahasa Kantonis
juga disiarkan dalam saluran televisyen Malaysia, terutamanya RTM2,NTV7
dan 8TV.
Sementara itu, suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau
Pinang, Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor -- terutamanya di
Klang dan kawasan pantai Selangor serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga
ditutur di ibu negeri Sarawak, iaitu Kuching. Kebelakangan ini saluran
televisyen Malaysia menampilkan rancangan berbahasa Hokkien dari Taiwan
untuk mengimbangkan kandungan dialek-dialek Cina dalam media Malaysia.
Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang,
kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor
Bahru dan Pontian.
Maka, secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina
Malaysia yang selari dengan tiga pusat metropolitan. Kumpulan Pulau Pinang
dan Melaka kebanyakannya bertutur dalam bahasa Hokkien manakalakumpulan Kuala Lumpur, Seremban dan Ipoh kebanyakannya berbahasa
Kantonis dan Hakka. Di selatan semenanjung Malaysia, terutamanya Johor,
bahasa Mandarin paling banyak ditutur oleh masyarakat Cina di sana,
sebagai kesan daripada pengaruh media berbahasa Mandarin dari Singapura,
serta penggunaan bahasa Mandarin dalam pendidikan formal. Ini telah
menyebabkan ramai orang, terutama generasi muda, untuk menyisihkan
penggunaan dialek-dialek Cina yang lain seperti Teochew dan Kantonis. Di
Malaysia Timur pula, bahasa Hakka and Mandarin laris ditutur, kecuali Sibu
yang cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa
Kantonis.
Pergerakan terkini untuk menyatukan dan menyusun masyarakat-masyarakat
Cina Malaysia, Singapura dan Indonesia memperkenalkan Bahasa Mandarin
Baku sebagai bahasa nasionalisme etnik diaspora.
-
8/13/2019 Orang Cina Malaysia
3/6
Pendidikan
Rakyat Malaysia diberi pendidikan percuma sehingga peringkat menengah.
Terdapat beberapa jenis sekolah wujud di Malaysia. Setiap sekolah tersebut
menggunakan bahasa yang berbeza sebagai bahasa pengantar. Contohnya
Bahasa Malaysia, Mandarin, dan Tamil. Walaubagaimanapun, Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris turut disampaikan di sekolah. Fenomena
kanak-kanak Cina dididik di sekolah Inggeris, sekolah kebangsaan dan
sekolah Cina merupakan kejadian yang biasa.
Pendidikan Cina
Sekolah Cina tempatan yang pertama didirikan di Melaka pada tahun 1815.
Laporan Razak menggunakan istilah 'berpendidikan Cina' untuk merujuk
kepada penduduk Cina tempatan yang belajar di sekolah Cina sebelum
1960an.
Kini,kebanyakan sekolah kebangsaan menerima peruntukan kerajaan.
Sekolah Cina yang menolak Laporan Razak terus menggunakan Bahasa
Cina sebagai bahasa penngantar.
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai sistem pendidikan
Cina yang sistematik selain dari negara China.
Pada zaman penjajahan British,sekolah-sekolah Inggeris didirikan.
Korikilumnya selaras dengan yang diamalkan di England. Sebahagian
masyarakat Cina berpendidikan Inggeris menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa utama mereka.
Ekonomi
Orang Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Malaysia,
tetapi semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh
kerajaan Malaysia untuk memberi kesamarataan dalam kek ekonomi negara,
dominasi mereka dalam ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian, mereka
masih membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di
Malaysia. Hingga 2004, mereka menjadi bangsa terkaya di Malaysia dengan
penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak milik ekonomi negara.
-
8/13/2019 Orang Cina Malaysia
4/6
Pekerjaan
Masyarakat Cina Malaysia telah mendominasi ekonomi Malaysia dengan
lebih 90% kedai komersial dimiliki oleh orang Cina. Orang Cina lebih
cenderung kepada berkerja sebagai pengusaha perniagaan sendiri daripada
berkerja di bawah orang lain. Masyarakat Cina melibatkan diri dalam semua
jenis perniagaan di sektor swasta.
Orang-orang Cina yang bekerja sebagai pekerja di sektor swasta yang paling
aktif di Komputer, Automobil, Industri Perumahan dan Jualan.
Hanya sangat sedikit minoriti bekerja sebagai pegawai kerajaan di sektor
awam. Orang-orang Cina yang melakukan pekerjaan di sektor kerajaanbiasanya merupakan ahli politik serta guru guru sekolah.
Status ekonomi
Question book-new.svg
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu
memperbaiki rencana ini dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber
yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai
dan dipadam.
Oleh kerana penyertaan yang sangat aktif dalam kegiatan ekonomi,
masyarakat Cina Malaysia merupakan majoriti daripada kelas pertengahan di
Malaysia.
Pendapatan rumah tangga Cina merupakan yang tertinggi di antara 3
kumpulan etnik. Menurut Sulaiman Mahbob, pada Disember 2007,
pendapatan rumah tangga bulanan rata-rata berada di 4437 ringgit[6]
Sebagai hasilnya, orang Cina menjadi penyumbang terbesar cukai
pendapatan dan pelbagai cukai kerajaan kepada dana kerajaan.
Masyarakat Cina juga memiliki peratus simpanan tertinggi di Malaysia kerana
telah dibesarkan dengan nilai-nilai tradisional menyimpan untuk kecemasan
dan etika kerja yang baik.
-
8/13/2019 Orang Cina Malaysia
5/6
Dasar Ekonomi Baru
Ye Lin-Sheng, penulis The Chinese Dilemma, mengatakan polisy ekonomi
Mahathir Mohamad 's Dasar Ekonomi Baru memanfaat Melayu, yang
menerima layanan istimewa dalam pendidikan dan perniagaan, sedangkan
meninggalkan masyarakat Cina dengan perasaan bahawa mereka
diketepikan oleh dasar itu. [7]
Banci 2000[sunting | sunting sumber]
Menurut The Encyclopedia of Malaysia: Languages & Literature m/s 52-53,
bilangan penutur bahasa Cina meningkat dari 2,667,452 pada tahun 1957
kepada 5,365,846 pada tahun 2000, iaitu 26% daripada keseluruhan populasidi Malaysia. Sumber data ini berasal dari Banci Penduduk dan Perumahan
2000,[8] dan bilangan mereka menurut suku dialek ialah:
Dialek Penduduk[9]
Hokkien (Minnan) 1,848,211
Hakka 1,679,027
Kantonis 1,355,541
Teochew 974,573
Mandarin 958,467
Hainan 380,781
Min Bei 373,337
Fuzhou (Hokchiu) 249,413
Kebanyakan orang Cina di Malaysia dikategorikan sebagai penganut agama
Buddha atau Taoism . Secara tipikalnya, orang Cina mengamalkan sejenis
agama integrasi nilai-nilai budaya trdisional China , Buddhism, Taoism,
Confucianism , dan penyembahan nenek moyang.Walaubagaimanapun
terdapat minoriti masyarakat Cina menganuti agama Kristian ,
Hindu ,Islam ,dan sebagainya.
-
8/13/2019 Orang Cina Malaysia
6/6