AKTIVITI:
Majlis Konvokesyen
ILKKM Tahun 2012
Aktiviti Sukan BPL
bersama Kolej Ke-
jururawatan Kuala
Pilah
OKT—DIS 2012
EDISI 4/2012
12 hingga 16 Oktober 2012—Majlis Kon-
vokesyen bagi Institusi Latihan Kemente-
rian Kesihatan Malaysia (ILKKM) bagi
zon Semenanjung telah diadakan bermula
12 hingga 16 Oktober 2012 di Kolej Sains
Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah,
Ulu Kinta, Perak. Graduan-graduan dari-
pada seluruh negeri telah berkumpul di
sini untuk menerima sijil dan diploma
masing-masing. Terdapat 13 disiplin yang
terdiri daripada 10 program yang bertaraf
diploma seperti Diploma Kejururawatan
dan Diploma Pembantu Perubatan mana-
kala 3 program yang lain adalah bertaraf
sijil iaitu Sijil Jururawat Masyarakat, Sijil
Pembantu Kesihatan Awam dan Sijil
Pembantu Pembedahan Pergigian. Selain
itu, penyerahan sijil bagi kursus lanjutan/
pengkhususan juga turut diadakan.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri
Kesihatan Malaysia, YB Dato’ Sri Liow
Tiong Lai pada 15 Oktober 2012. Selain
merasmikan Majlis Konvokesyen ini,
Menteri Kesihatan Malaysia juga turut
melancarkan “Coffee Table Book” ILKKM
BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN, KKM
BULETIN BPL MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUSI LATIHAN KEMENTERIAN
KESIHATAN MALAYSIA (ILKKM) TAHUN 2012
Majlis Konvokesyen ILKKM tahun 2012
Sambungan page 2
yang bertajuk “Sepuluh Dekad Perjuangan Menggilap Ribuan Bintang” yang berfokuskan tentang sejarah semua
institusi latihan di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia yang kini berjumlah sebanyak 33 buah institusi
di seluruh Malaysia.
Majlis Konvokesyen ILKKM ini turut melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bagi memeriahkan suasana ma-
jlis seperti Pesta Konvokesyen yang menyusun pelbagai program sepanjang berlangsungnya Majlis Konvokesyen
ini. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti Pameran, Pemeriksaan Kesihatan, Hari Terbuka, Ceramah Forum
Perdana Ehwal Islam, Persembahan Tarian & Kebudayaan Negeri Perak, Persembahan Magic Show, Pertandingan
Karaoke, Persembahan Artis dan Persembahan bunga api. Selain itu, tapak-tapak gerai jualan juga dibuka sepanjang
hari khusus untuk para graduan, ibu bapa dan pengunjung yang datang ke tapak pesta ini.
Sambungan dari page 1
Page 2
YBhg Dato’ Dr. Mohd Azhar bin Hj. Yahaya, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) semasa lawatan
ke tapak Pameran
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena Majlis Konvokesyen ILKKM 2012
Page 3 EDISI 4/2012
Antara persembahan yang diadakan
Antara gerai jualan di tapak pesta
Ceramah Forum Perdana Ehwal Islam & Persembahan Nasid
Disediakan oleh :
Unit Perancangan Dasar Korporat (PDK)
Bahagian Pengurusan Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia
AKTIVITI SUKAN BPL BERSAMA KOLEJ KEJURURAWATAN KUALA PILAH
Warga BPL dan KK Kuala Pilah bergambar bersama YBhg.
Dato’ Abu Bakar bin Othman
15 Disember 2012—
Aktiviti Sukan Bahagian
Pengurusan Latihan (BPL)
bersama-sama Institusi
Latihan Kementerian Kesi-
hatan Malaysia (ILKKM)
telah diadakan pada hari
Sabtu di Kolej Keju-
rurawatan Kuala Pilah
bermula jam 9 pagi hingga
1 petang.
Antara aktiviti sukan yang
diadakan ialah Badminton,
Ping Pong, Karom, Dart,
Congkak, Batu Seremban
dan Bola Tampar Kain.
Aktiviti sukan ini melibat-
kan perlawanan antara
warga BPL dan warga
Kole j Kejururawatan
Kuala Pilah.
Secara keseluruhan, BPL
telah memenagi kebanya-
kan acara yang dipertand-
ingkan dan hadiah disam-
paikan oleh Setiausaha
Bahagian Pengurusan Lati-
han, YBhg Dato’ Abu
Bakar bin Othman.
YBhg. Dato’ Abu Bakar menyampaikan hadiah
kepada wakil pemenang
Antara aktiviti sukan yang telah diadakan