Transcript
Page 1: Objektif Program Linus

OBJEKTIF PROGRAM LINUS (LITERASI DAN NUMERASI)

OBJEKTIF PROGRAM LITERASI

Objektif Program Literasi adalah untuk memastikan murid berupaya:

• Membaca, mencerakin, membina dan menulis perkataan daripada

suku kata terbuka dan suku kata tertutup;

• Membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong dan

vokal berganding;

• Membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan

konsonan bergabung;

• Membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan

akhiran; serta

• Membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat

majmuk dengan menggunakan kata hubung yang mudah seperti

‘dan’, ‘tetapi’, dan ‘kerana’.

OBJEKTIF PROGRAM NUMERASI

Objektif Program Numerasi adalah memastikan murid berupaya:

Menyebut, menulis, membilang, menyusun, menentukan nilai digit

dan tempat bagi nombor hingga 1000

Menguasai fakta asas tambah

Menguasai fakta asas tolak

Menguasai fakta asas darab

Menguasai fakta asas bahagi

Mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik yang mudah

dalam wang, menyatakan masa dan waktu serta bentuk tiga dimensi

dan bentuk dua dimensi.

Top Related