Download - Nota Ukiran Kayu 3
Ukiran Kayu
PENGENALAN
Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni
pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam
masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni
ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga
ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi.
Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan
kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu,
memilih dan melukis motif ukiran hinggalah
mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan
pisau wali.
SEJARAH UKIRAN KAYU TRADISIONAL
Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu
yang terulung. Sejarah seni ukir di Tanah Melayu
banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu
dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran
Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun
dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah
memberi perhatian yang istimewa terhadap seni
ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah
kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu
memainkan peranan penting dalam
memperkembang dan menghidupkan suasana seni
ukiran.
Hingga kini peninggalan istana-istana lama
memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-
ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut.
Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran
kayu orang Melayu paling ketara pada binaan rumah
tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri
Sembilan. Di negeri Kelantan, Terengganu dan
Pahang dan Kedah adalah negeri yang mempunyai
pengukir dari turun temurun. Dikata bahawa
kebanyakan ukiran kayu adalah terpengaruh dengan
motif ukiran negara Siam, kerana pada suatu masa
dahulu negeri ni di bawah pengaruh Siam. Ini adalah
berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan
rumah-rumah lama banyak persamaan dengan seni
ukir negeri Siam. Tidak menghairankan kalau
dikatakan bahawa seni ukir di negara ini telah
didatangi dari selatan negeri Thailand iaitu Patani.
BENTUK-BENTUK UKIRAN
a.Ukiran Tebuk Tembus
Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.
Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri.
b. Ukiran Bunga Timbul
Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat. Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk.
c. Ukiran Arca
Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.
d. Larik
Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.
d. Ukiran Kayu Hanyut
Ukiran ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf tangan Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian-bahagian tertentu dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan sebagainya. Kayu induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat dalam sungai.