Download - Nota Sains Sukan Tahap 1
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
1/238
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
2/238
AMANAT PENAUNG
Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada Cawangan
Kejurulatihan di atas usaha-usaha yang telah diambil untuk memperkukuhkan bidang
kejurulatihan di dalam negara. Pihak Majlis Sukan Negara (MSN) sentiasa menyokong segala
usaha peningkatan untuk memperkukuhkan dan mengembangkan bidang kejurulatihan agar ia
selaras dengan visi dan misi MSN yang memegang slogan Ke Arah Kecemerlangan Sukan.
Hasrat tersebut telah direalisasikan dengan kewujudan Skim Persijilan Kejurulatihan
Kebangsaan (SPKK) dibawah kawalan Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan (LKK) bagi
tujuan untuk meningkatkan bidang pendidikan kejurulatihan kebangsaan dan mengiktiraf serta
mentauliah para jurulatih ke peringkat yang tertinggi di Malaysia.
Pihak Majlis dengan sokongan dan kerjasama daripada Lembaga Kejurulatihan
Kebangsaan (LKK) dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) sentiasa melihat setiap
perkembangan dan kemajuan yang dicapai di dalam bidang kejurulatihan harus selari dengan
perkembangan terkini di dalam bidang sains sukan dan bidang pendidikan kejurulatihan
mengikut sukan spesifik masing-masing. Di atas kesedaran itu, maka Bengkel Pemurnian
Silibus Sains Sukan telah diadakan pada tahun ini untuk memantapkan silibus Kursus Sains
Sukan sedia ada sebagai salah satu usaha penambahbaikan bidang pendidikan kejurulatihan
khususnya di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan.
Akhir sekali, pihak Majlis ingin menyampaikan ucapan terima kasih dan syabas
kepada semua pihak yang terlibat khususnya barisan panel penggubal yang dipilih daripada
pelbagai latar belakang mengikut pengalaman serta kepakaran bidang masing-masing yang
telah berusaha gigih meluangkan keringat dan masa untuk menggubal dan memurnikan
Silibus Kursus Sains Sukan bagi Tahap I, II dan III. Semoga usaha murni ini untuk
menyediakan satu silibus yang komprehensif akan menjadi inspirasi kepada semua penggiat
sukan khususnya lapisan jurulatih di Malaysia untuk sentiasa mempertingkatkan pengetahuan
demi kepentingan bidang kejurulatihan agar ia bergerak seiring dengan perkembangan bidang
sains sukan.
Sekian.
DATO ZOLKPLES EMBONG
Ketua Pengarah
Majlis Sukan Negara Malaysia
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
3/238
KANDUNGAN
1. MAKLUMAT AM KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I
2. UNIT 1 FALSAFAH SUKAN
3. UNIT 2 SUKAN DI MALAYSIA
4. UNIT 3 ANATOMI DAN FISIOLOGI SUKAN
5. UNIT 4 ASAS BIOMEKANIK
6. UNIT 5 LATIHAN DAN PERSEDIAAN FIZIKAL
7. UNIT 6 PEMAKANAN SUKAN
8. UNIT 7 KOMPETENSI KEJURULATIHAN
9. UNIT 8 PSIKOLOGI SUKAN
10. UNIT 9 TINGKA LAKU MOTOR
11. UNIT 10 PERUBATAN SUKAN
12. PENGHARGAAN DAN SENARAI PENYELARAS
4
9
20
30
84
112
133
152
175
190
222
233
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
4/238
4
MAKLUMAT AM
KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I
1. PENGENALAN
Kursus Sains Sukan merupakan salah satu komponen di bawah Skim Persijilan
kejurulatihan Kebangsaan (SPKK). SPKK adalah satu program pembangunan
kejurulatihan yang seragam dan berterusan dan antara lain ialah untuk meningkatkan
pengetahuan jurulatih dalam ilmu kejurulatihan khususnya aspek sains sukan ke arah
memajukan lagi prestasi atlet demi kecemerlangan sukan untuk negara.
2. PERLAKSANAAN KURSUS
Kelas akan berjalan selama lima (5) hari. Kehadiran peserta adalah 100%. Sesi
peperiksaan melibatkan 1 hari. Tenaga pengajar adalah terdiri daripada instruktur yang
dilantik oleh Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan. Sebarang pindaan dan perubahan di
atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan akan dimaklumkan kepada peserta.
3. PENILAIAN
3.1 PEPERIKSAAN OBJEKTIF
i) Peperiksaan ini mengandungi 60 soalan berbentuk objektif.
ii) Masa peperiksaan adalah 1 jam.
iii) Peperiksaan ini akan diadakan pada hari terakhir (hari ke-5 kursus).
3.2 TUGASAN
i) Setiap peserta diwajibkan menyediakan satu Tugasan berdasarkan salah
satu tajuk yang akan diberikan oleh Penyelaras Kursus semasa Taklimat.
Penilaian untuk Tugasan ini adalah berdasarkan aspek-aspek berikut :-
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
5/238
5
BIL ASPEK PEMBAHAGIAN MARKAH
i. Keupayaan Memahami Soalan 5%
ii. Susunan maklumat 5%
iii. Ketepatan Fakta 5%
iv. Ketepatan Jawapan 5%
v Kreativiti dan makluman baru 10%
Jumlah Markah 30%
ii) Tugasan akan di pungut sebelum peperiksaan dimulakan. Peserta perlu
menyerahkan tugasan kepada penyelaras dan akan menandatangani Borang
Penyerahan Tugasan.
iii) Sekiranya peserta tidak menyerahkan tugasan maka peserta tersebut tidak
dibenarkan untuk menduduki peperiksaan.
4. PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN KURSUS
Yuran pendaftaran kursus bagi peserta yang tidak mempunyai LesenKejurulatihan(Bukan Ahli) adalah seperti berikut
Tahap I - RM 100.00
Tahap II - RM 150.00
Tahap III - RM 250.00
Mengulang (semua tahap) - RM 50.00
4.1 Kepada semua Peserta yang mempunyai Lesen Jurulatih di bawah SkimPelesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) boleh mengikuti kursus Sains SukanTahap II dan III yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia dengan mendapatdiskaun yuran penyertaan. Yuran bagi ahli SLKK adalah seperti berikut :
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
6/238
6
4.2 Pembayaran perlu dibuat melalui wang tunai sahaja semasa menghadirikursus dan untuk mendapat diskaun peserta dikehendaki menunjukkan Lesensebagai bukti.
5. KEPUTUSAN
a. Keputusan hanya akan diumumkan dalam Laman Web Utama MSN selepas
sebulan dari tamatnya Kursus. Nama peserta yang tiada do dalam senarai sila
hubungi Urusetia di talian 03-89929010
Prosedur: Klik Laman Web Utama MSNKlik - Akademi
Klik - Keputusan
b. Markah lulus komponen penilaian ialah
PERKARA KOMPONEN PERATUS
Ujian Objektif 60 60%
Tugasan 1 30%
Kehadiran 5 HARI 10%
3 LULUS 60%
c. Markah LULUSkeseluruhan ialah 60%
1. Sijil boleh diambil dari pihak penganjur selepas 3 bulan.
BIL KURSUSYURAN
AHLI ( SPKK/LESEN)BUKAN AHLI (TIADA
LESEN)
1 Kursus Sains Sukan- Tahap I
- Tahap II
- Tahap III
-
RM100mempunyai SPKK Thp
I/Lesen C
RM200mempunyai SPKK Thp
II/Lesen B
RM100
RM150
RM250
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
7/238
7
KANDUNGAN KURSUS
Tahap I
1 FALSAFAH KEJURULATIHAN 2 jam
1.1 Konsep Sukan.1.2 Konsep Sains Sukan.1.3 Apa Itu Kejurulatihan.1.4 Proses Kejurulatihan.1.5 Falsafah Kejurulatihan Gaya Kejurulatihan.
2 SUKAN DI MALAYSIA 2 jam
2.1 Sejarah Sukan.2.2 Dasar Sukan Negara.
2.3 Struktur Sukan Di Malaysia.3 ANATOMI DAN FISIOLOGI SUKAN 4 jam
3.1 Pengenalan.3.2 Sistem Rangka.3.3 Sistem Otot Rangka.3.4 Sistem Kardiovaskular.3.5 Sistem Tenaga.
4 BIOMEKANIK 3 jam
4.1 Definisi / Rujukan anatomi bagi memahami pergerakan.4.2 Kinematik linear.
4.3 Kinematik angular.4.4 Linear kinetik.4.5 Hukum-Hukum Newton.4.6 Teknologi video dalam analisis pergerakan.
5 SUAIAN FIZIKAL 6 jam
5.1 Pengenalan Kepada Latihan dan Persediaan Fizikal.5.2 Perkembangan Multilateral.5.3 Prinsip-Prinsip Latihan.5.4 Komponen-Komponen Latihan dan Persediaan Fizikal.5.5 Praktikal ( 3 Jam).
6 PEMAKANAN SUKAN 2 jam6.1 Definisi Pemakanan Sukan.6.2 Fungsi Makro dan Mikronutrien Dalam Prestasi Sukan.6.3 Kepentingan Air / Hidrasi Dalam Sukan.6.4 Kepentingan Pemakanan Terhadap Prestasi Atlet.
7 KOMPETENSI KEJURULATIHAN 4 jam
7.1 Merancang Pengajaran.7.2 Mengajar Kemahiran Asas.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
8/238
8
7.3 Merancang Kaedah Pengajaran.
8 PSIKOLOGI SUKAN 2 jam
8.1 Definisi Psikologi Dan Psikologi Sukan.
8.2 Pengenalan Kepada Latihan Kemahiran Mental.8.3 Motivasi.8.4 Penetapan Matlamat Sebagai Teknik MeningkatkanMotivasi Atlet.
9 TINGKA LAKU MOTOR 3 jam
9.1 Pengenalan.9.2 Peringkat Perkembangan Motor.9.3 Pembelajaran Motor.9.4 Praktis.
10 KECEDERAAN DAN PERUBATAN SUKAN 2 jam
10.1 Keselamatan Sukan.10.2 Pengurusan Kecederaan Sukan.10.3 Bantu Mula Dan Pertolongan Cemas Dalam Sukan.10.4 Kesan Latihan Dalam Kepelbagaian Sukan.
JUMLAH MASA KURSUS 30 jam
MAKLUMAT LANJUT
Unit Pendidikan Sains Kejurulatihan
Akademi Kejurulatihan Kebangsaan
Majlis Sukan Negara MalaysiaKompleks Sukan Negara, Bukit Jalil,
Peti Surat 10440,
50714 Kuala Lumpur.
Tel: 03 - 8992 9010 / Fax: 03 - 8996 6203
Laman web:www.nsc.gov.my
Kemajuan adalah kegiatan hari ini, dan kepastian masa depan
Ralph Waldo Emerson
Moving step by step , you may travel great distance
http://www.nsc.gov.my/http://www.nsc.gov.my/http://www.nsc.gov.my/http://www.nsc.gov.my/ -
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
9/238
9
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
10/238
10
FALSAFAH SUKAN
Objektif :Boleh membezakan main (play), permainan (game) dan sukan (sport)
Tahu sebab-sebab penglibatan individu dan negara dalam sukan.
Huraikan pentingnya ilmu sains sukan dalam kejurulatihan.
Faham proses dan komponen kejurulatihan.
Sedar pentingnya membentuk falsafah kejurulatihan masing-masing.
KONSEP SUKAN
MAIN (PLAY) - Aktiviti fizikal yg melibatkan seorang atau kumpulan peserta yang
mudah (simple) organisasinya. Main berlaku atas desakan emosi secara spontan. Ia
bertujuan untuk keseronokan dan boleh ditamatkan bila-bila masa oleh peserta-peserta.
Mereka mengambil bahagian secara sukarela. Juga, main tidak tetap dari aspek
peraturan, masa, dan tempat.
Contoh: Galah panjang, Polis-sentri, Cuit ekor, 2 X 2 rebut bola.
PERMAINAN
Aktiviti yang berstruktur dengan organaisasi mengikut masa,ruang,dan peraturan yang
menjelaskan corak tingkahlaku pesertanya; hasilnya adalah untuk menentukan pihak
yang menang atau tewas (Singer 1988)
Contoh: Main Catur ; Ragbi Cui
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
11/238
11
SUKAN
Segala aktiviti kompetitif yang diinstitusikan dan melibatkan pergerakan dan
kemahiran fizikal di mana penyertaan seseorang itu didorongkan oleh kepuasan dalaman
atau ganjaran luaran.
Memancing, Dam, Menari - Sukan ????
Ciri-Ciri Sukan Kompetitif
1. Bersifat fizikal (ada pergerakan kencang/teknik).
2. Ada peraturan-peraturan /undang-undang yang piawai (standard rules).
3. Berunsur persaingan/pertandingan (ada keputusan).
4. Ada badan/persatuan yang mengawalnya (instituionalised).
5. Memerlukan latihan untuk menguasai kemahiran/strategi.
PENGLIBATAN INDIVIDU
Mengapa individu terlibat dalam sukan
- Perubahan sosio-politik masyarakat dan peredaran masa membawa perubahan
konsep dan persepsi sukan. Majulah Sukan Untuk Negara.
1. Kesihatan : Kesejahteraan diri dan kualiti hidup.
2. Kecergasan : Penglibatan dalam aktviti fizikal/sukan.
3. Rekreasi : Pengisian masa lapang, sihat dan seronok.
4. Keseronokan : Mencari kepuasan dan hiburan yang sihat.
5. Budaya : Pola tingkahlaku yang diterima masyarakat.
6. Sosial : Peluang berinteraksi melalui aktiviti umum.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
12/238
12
Mr Body Beautiful
ASTETIK
KECERGASAN
KESERONOKANMENGAPA
BERSUKAN
???????????
KECEMERLANGAN
KESIHATAN
SOSIAL
7. Teori Katarsis : Mengeluarkan perasaan emosi.
8. Kecemerlangan : Persembahan prestasi yang terbaik.
9. Kebendaan : Pengiktirafan pelbagai bentuk (wang, gelaran).
10. Astetik : Menikmati kecantikan pergerakan/persembahan
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
13/238
13
PENGLIBATAN NEGARA DALAM SUKAN
POLITIKAlat perpaduan dan kestabilan negara.
KESIHATAN RAKYAT
Rakyat Sihat Negara Maju
PENDIDIKAN
Pembangunan taraf sukan.
REKREASI
Penggalakan gaya hidup sihat.
EKONOMI
Penjana pendapatan untuk negara.
PERHUBUNGAN ANTARABANGSA
Persahabatan global melalui sukan.
MENGAPA KESEDARAN TENTANG SUKAN
MENINGKAT ?
1. Perubahan Gaya Hidup.
2. Kempen Kesedaran.3. Program Sukan.
4. Penglibatan Wanita.
5. Perhubungan Antarabangsa.
6. Penajaan Meningkat.
SAINS SUKAN
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
14/238
14
Definisi
.satu bidang yang mengkaji aplikasi prinsip-prinsip dan teknik-teknik saintifik untuk
tujuan membaiki dan meningkatkan pelakuan manusia dalam sukan.
Konsep Sains Sukan
Perkembangannya berasal dari bidang P.Jasmani yang berkait dengan pembelajaran
kemahiran/motor.
Usaha untuk meningkatkan prestasi atlet telah membawa perkembangan pesat dalam
bidang Sains Sukan.
Merangkumi bidang-bidang sains seperti : Nutrisi, Perubatan Sukan, Psikologi Sukan,
Fisiologi Senam, Biomekanik, Metodologi Latihan, Fisioterapi, Tekologi Sukan,
Analisis Pergerakan.
Menambah ilmu tentang respons manusia terhadap latihan..
Apa Itu Kejurulatihan?
1. Proses yang terancang untuk membantu seorang individu atau kumpulan atlet
mempelajari kemahiran dan mencapai matlamatnya .2. Jurulatih mengujudkan keadaan yang sesuai untuk merangsangkan pembelajaran
dan motivasi atlet .
3. Kejuruatihan sukan melibatkan 4 aspek: Fizikal, Teknik, Taktikal dan Psikologikal
4. Kejurulatihan memerlukan pelbagai kemahiran: merancang, mengurus, melatih,
menilai, berkomunikasi, membuat keputusan
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
15/238
15
M E M B IN F L S F H K E JU R U L T IH N
PENGETAHUAN
TENTANG DIRI -
kekuatan,kelemahan,
mengapa jadi j/latih?
PENGETAHUAN
TENTANG DIRI -
kekuatan,kelemahan,
mengapa jadi j/latih?
MENGENALI ATLET
-personaliti, kemampuannya,
matlamatnya, latihan dan
gaya kejurulatihan yg sesuai
MENGENALI ATLET
-personaliti, kemampuannya,
matlamatnya, latihan dan
gaya kejurulatihan yg sesuai
PENGETAHUAN
TENTANG TUGAS
KEJURULATIHAN
masalah,kekangan,
pengorbanan,nilai
sosial,pengiktirafan
PENGETAHUAN
TENTANG TUGAS
KEJURULATIHAN
masalah,kekangan,
pengorbanan,nilai
sosial,pengiktirafan
PERTIMBANGAN
PROSES KEJURUL TIH N
2.Membuat
diagnosis1.Mengumpuldata/maklumat
3.Merancang pelan
tindakan/program
4.Melaksanakan
pelan
5. Menilai
Satu proses berterusan dalam perancangan dan pelaksanaan;
- Keputusan semua aspek kejurulatihan dibuat berasaskan
maklumat yang dikumpulkan.
-Kemajuan atlet dan kesesuaian program latihan perlu dinilai.
KIT R NPROSESKEJUL TIH N
Pentingnya Kejurulatihan Yang Betul
1. Latihan yang berlandaskan prinsip-prinsip latihan.
2. Aplikasi ilmu sains sukan.
3. Penguasaan teknik yang betul.
4. Menjauhi kejadian kecederaan.
5. Latihan yang terancang utk memuncak pada masa yg sesuai.
6. Mengelak kejadian kesan-kesan negatif seperti : dataran latihan, burnt out awal.
7. Mengekalkan motivasi untuk latihan yang lebih mencabar.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
16/238
16
SIFAT-SIFAT JURULATIH YANG BERJAYA
1. Berpengalaman dan berilmu.
2. Bermotivasi dan komited.
3. Mempunyai visi dan sasaran.
4. Kemahiran merancang program latihan.
5. Kompetensi melatih.
6. Prioriti yang tepat.
7. Fleksibel (adaptability to change).
8. Kestabilan emosi.
6.1 Falsafah Kejurulatihan
Falsafah kejurulatihan ialah satu pegangan dan kepercayaan tentang manusia dan sukan.
Selain itu, falsafah membolehkan seseorang individu itu berfikir secara kritis dan kreatif
bagi mengatasi sebarang cabaran dan masalah yang dihadapi.
Peranan Jurulatih
Pengajar (Instructor) Mengarah aktiviti
Guru (Teacher) Menyampai pengetahuan dan idea baru
Penggerak (Motivator) Menggerak perlakuan
Pendisiplin (Diciplinarian) Mewujudkan ganjaran dan dendaan
Pengurus (Manager) Mengetahui dan mengarah atlit
Agen Publisiti (Publicity agent) Berhubung dengan media dan orang awam
Pekerja Sosial (Social worker) Membimbing, menasihat, dan membantu atlet
Rakan (Friend) Memberi ruang dan masa untuk eratkan
perhubungan.
Saintis (Scientist) Menganalisis, menilai dan membuat keputusan
Pelajar (Student) Mendengar, mempelajari dan berfikir untuk
kebaikan diri
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
17/238
17
Jurulatih Yang Berkesan
Untuk menjadi seseorang jurulatih yang berjaya, beliau perlu:
Mengenali Diri Sendiri.
kekuatan dan kelemahan diri
kejayaan dan kekecewaan
tahap ilmu pengetahuan
Mengenali Atlet Sendiri
dari segi pencapaian, komitmen, objektif, kecerdasan dan lain-lain
dari segi emosi, pemikiran, rakan, dan keluarga
dari segi amalan pemakanan, kesihatan, dan masalah diri
mengenalpasti bakatdan tahap penguasaan kemahiran
tahap pengetahuan dari segi teknik, struktur, dan undang-undang permainan
Ciri-Ciri Jurulatih Yang Baik
i. Berpengetahuan ix. Terbuka / Jujur
ii. Berpesonaliti x. Fleksibel
iii. Berperawakan xi. Futuristik / berwawasan
iv. Kestabilan emosi xii. Rasional
v. Tegas dan berani xiii. Kreatif
vi. Yakin diri xiv. Pandai menyesuaikan diri
vii. Objektif xv. Berfalsafah
viii. Demokratik xvi. Berkemahiran
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
18/238
18
Jurulatih yang baik juga perlu berpengetahuan dan berkebolehan tentang :-
Binaan program latihan.
Teknik dan taktik permainan.
Kesan pemakanan terhadap atlit.
Psikologi kemanusiaan dan social.
Sistem tenaga manusia yang utama.
Struktur dan organ badan (Anatomi).
Pencegahan dan rawatan kecederaan.
Proses dan reaksi pembelajaran motor.
Pencegahan dan rawatan kecederaan.
Proses dan reaksi pembelajaran motor.
Kaedah pengajaran, menganalisis dan menilai.
Kesan tubuh terhadap latihan dan pertandingan.
Gaya Kejurulatihan
Sebagai seorang jurulatih, pemilihan gaya kejurulatihan perlu diberi perhatian untuk
mengajar kemahiran dan strategi permainan. Corak pengurusan program latihan dan
pertandingan serta peranan atlet dalam proses membuat keputusan juga dapat
ditentukan.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
19/238
19
Tiga gaya yang boleh digunakan untuk mengendalikan sesi latihan adalah :
Gaya Kejurulatihan
Gaya Arahan
Semua arahan diberi oleh jurulatih
Atlet mengikut arahan jurulatih
Jurulatih tetapkan pilihan dan buat keputusan
Pengurusan dan pengelolaan latihan yang lebih mudah
Komunikasi satu hala
Gaya Submissive
Jurulatih memberi arahan dan bimbingan yang minimum
Hanya melibatkan diri sepenuhnya semasa wujud masalah
Tidak banyak terlibat dalam proses membuat keputusan
Atlet diberi kebebasan untuk mengendalikan latihan secara sendiri
Gaya Koperatif
Proses membuat keputusan dan pemilihan dibuat bersama oleh jurulatih dan
atlet
Atlet diberi peluang untuk menetapkan matlamat dan membuat keputusansendiri
Komunikasi dua hala
Mewujudkan suasana keterbukaan
Kepercayaan yang lebih tinggi diberi ke atas atlet
Jurulatih boleh memilih kaedah dan teknik yang bersesuaian mengikut kumpulan atlet
masing-masing.
Kemuliaan kita yang terbesar bukanlah kerana kita tidak pernah jatuh, melainkan
kerana kita bangkit kembali setiap kali jatuhGoldsmith
Only a Coach who has got enough brain can be simple
The coach or a player who doesnt learn from defaet, will always be a begginer
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
20/238
20
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
21/238
21
SEJARAH RINGKAS SUKAN DI MALAYSIA
Sukan kaum tempatan
Sukan zaman kolonial
Selepas merdeka
Era semasa
SUKAN PADA ZAMAN KOLONIAL
Pengaruh Barat - Pentadbiran British, kedatangan tentera dan pembukaan sekolah
mubaligh pada abad ke-19 meninggalkan kesan yang mendalam dalam perkembangan
aktiviti sukan di Malaysia.
Establishment of the colonial education had the most pervasive influence on the
development of sports in Malaya (Gullick,1991)
Sukan yang dibawa oleh penjajah adalah seperti: badminton, bola sepak, kriket, ragbi,
hoki, lawn bowls dan tenis.
Sukan Bola Keranjang, Ping Pong dan Bola Tampar dibawa oleh kaum imigran
dari Cina dan diperluaskan dalam sistem pelajaran vernakular Cina.
Sukan-sukan ini merupakan aktiviti riadah yang popular di kawasan tinggal
mereka dan juga menjadi ciri utama budaya sekolah Cina.
Lawatan oleh pasukan dari Hong Kong dan Negeri Cina pada awal abad ke-
20an juga adalah faktor perkembangan sukan-sukan ini.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
22/238
22
SEJARAH RINGKAS SUKAN DI MALAYSIA
1825 - Bolasepak diperkenalkan di Melaka.
1892 - Hoki diperkenalkan oleh askar Inggeris.
1905 - Ipoh Athletic Association.
1912 - Persekutuan Angkat Berat Malaya.
1920 - Kejohanan Olahraga BMAAA Pertama.
1921 - Persatuan Lawn Tenis Malaya.
1925 - Persatuan Badminton Penang.
1928 - Persatuan Ragbi Malaya.
1930 - Persatuan Lumba Basikal Malaya.
1934 - BAM ditubuhkan.
1937 - Persatuan Ping Pong Malaya.
1947 - Malaya Cricket Club (MCC).
1948 - Wakil Angkat Berat Malaya menyertai All-China Olympic.
1949 - Pasukan Malaya menang Piala Thomas (8-1 X Denmark) .
1949 - Penubuhan Majlis Olimpik Malaya (OCM-1997).
1954 - Persekutuan Hoki Malaya.
1956 - Pasukan Hoki Malaya menyertai Melbourne Olympic.
1958 - PTM pertama kali menyertai Sukan Komanwel di Cardiff, UK.
1958 - Persatuan Bola Keranjang PTM (MABA).
1959 - Sukan SEAP Pertama.
1959 - Persatuan Bola Tampar PTM (MAVA).
1959 - FMSSM (MSSM) ditubuhkan.
1960 - Persatuan Sepak Raga Malaya.
1961 - Persatuan Judo Malaya.
1963 - Tae Kwondo diperkenalkan di Malaysia oleh Duta Korea.
1964 - Jabatan Sukan dan Belia /Kem Kebajikan Malaysia.
1964 - Persatuan Lawan Pedang Malaysia
1965 - Persatuan Tenpin Boling Malaysia.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
23/238
23
1966 - Anugerah Sukan Negara - M. Jegathesan penerima pertama.
1971 - Majlis Sukan Negara ditubuhkan.
1972 - Pasukan Bolasepak Malaysia layak ke Olimpik Munich, Germany.
1972 - Persatuan Skuasy Raket Malaysia (SRAM).
1974 - Persatuan Tae Kwondo Sedunia Malaysia (MWTF).
1975 - Pasukan Hoki Malaysiatempat ke 4 Piala Dunia di Kuala Lumpur.
1988 - Dasar Sukan Negara diperkenalkan.
1991 - Sukan Asia Sepak Takraw Malaysia JohanPingat Mas.
1997 - Anugerah Jurulatih Kebangsaan diperkenalkan.
1998 - Sukan Komanwel - Malaysia sebagai Tuan Rumah.
2006 - Pemain Skuasy Malaysia, Nicol David - Juara Wanita Sedunia.
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Perkembangan Aktiviti Sukan :
- Penubuhan persatuan-persatuan sukan.
- Penglibatan tokoh-tokoh politik.
- Program sukan dalam sistem pelajaran.
- Penubuhan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah PTM (MSSM) 1959.
- Penambahan infrastruktur sukan KBS, KPM, PBT.
- Peranan Majlis Sukan Negara 1971.
- Pelaksanaan Dasar Sukan Negara 1988.
- Akta Pembangunan Sukan 1997.
- J/K Kabinet Pembangunan Sukan 2005.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
24/238
24
1.1. RasionalRasional DSNDSN
2.2. MatlamatMatlamat
: DASAR SUKAN NEGARA
3.3. StrategiStrategi &&
ImplementasiImplementasi
Rasional
Penggubalan DSN adalah atas rasional bahawa:
Sukan adalah sebahagian daripada rancangan pembangunan negara.
Sukan berhak mendapat pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan seperti
program pembangunan pendidikan, perumahan, ekonomi, kesihatan
MATLAMAT
Membentuk satu masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu.
Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi,
sosial, psikologi dan fisiologi.
Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi
kepentingan sosial seseorang individu dan keseronokan orang ramai.
Mencapai kecemerlangan ke tahap tertinggi sekali, dengan semangat kesukanan
yang tulen, dengan harapan meningkatkan lagi imej negara.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
25/238
25
STRATEGI IMPLEMENTASI-
Sukan untuk Semua Sukan Prestasi Tinggi
Kumpulan sasar, strategi, dan matlamat berbeza.
Peranan sebagai pelengkap
SUKAN UNTUK SEMUA
Kumpulan Sasar:
Orang ramai dan semua lapisan rakyat
Matlamat:
Gaya hidup yang sihat,cergas melalui kegiatan sukan dan rekreasi.
Mengujudkan budaya bersukan dalam masyarakat.
Strategi :
Program KBS/JBS dengan kerjasama KPM/JPN/SEKOLAH, NGOs ; penglibatan
beramai-ramai.
- Malaysia Cergas , Sukan Komuniti, Tunas Gemilang
SUKAN PRESTASI TINGGI
Kumpulan Sasar:
Atlet yg berpotensi untuk mencapai kejayaan di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
26/238
26
STRUKTUR SUKAN DI MALAYSIASTRUKTUR SUKAN DI MALAYSIA
PIHAK-PIHAK
UTAMA YANG TERLIBAT DALAM
SUKAN DI MALAYSIA
PIHAKPIHAK--PIHAKPIHAK
UTAMA YANG TERLIBAT DALAMUTAMA YANG TERLIBAT DALAM
SUKAN DI MALAYSIASUKAN DI MALAYSIA
KEM BELIA & SUKAN KEM PELAJARAN MALAYSIA
MAJLIS OLIMPIK MALAYSIA
PERSATUAN SUKAN KEBANGSAAN
BADAN PROFESIONAL SUKAN
J/KUASA KABINET UNTUK PEMBANGUNAN SUKAN
Matlamat:
Pencapaian prestasi yang cemerlang dalam kejohanan seperti Sukan SEA, Asia,
Komanwel, dan Olimpik.
Strategi:
- Fokus MSN & ISN, Progam Elit, Pelapis dan Pembangunan, Program Sukan
Teras, TID.
- Cari Bakat, Kejurulatihan dan Sains Sukan.
- Insentif kpd atlet/ jurulatih /persatuan sukan.
- Peranan Kem. PelajaranMSSM/JPJS;
- Peranan MOM dan PSK.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
27/238
27
STRUKTUR PENTADBIRAN SUKAN DI MALAYSIA
KEMENTERIAN BELIA & SUKAN
Bahagian Sukan KBS; MSN; ISN dll. di peringkat kebangsaan/pusat.
Di peringkat negeri Jabatan Belia dan Sukan (JBS) bekerjasama dengan Majlis
Sukan.
Negeri (bawah potfolio Exco Belia dan Sukan Kerajaan Negeri).
Di peringkat daerah Pejabat Belia dan Sukan (PBS).
KEMENTERIAN PELAJARAN
Jabatan Pendidikan Jasmani & Sukan (JPJS) ; Majlis Sukan Sekolah2 Malaysia
Di peringkat negeri : Unit Sukan JPN ; MSS Negeri berkerjasama dgn JBS dan
MS Negeri.
Di peringkat daerah : PPD (Sukan) ; PBS Daerah.
MAJLIS OLIMPIK MALAYSIA
Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan
(Akta Pembangunan Sukan 1997).
Ahli gabungan J/Kuasa Olimpik Antarabangsa (IOC)
Persatuan sukan kebangsaan berpayung dibawah MOM dalam penyediaan atlet
dan pegawai untuk Temasya Sukan seperti di Sukan Olimpik, Komanwel, Asia
dan SEA.
MAJLIS PARALYMPIC COUNCIL
Majlis Paralimpik Malaysia atau MPC merupakan sebuah badan pengawalan
sukan kebangsaan untuk semua golongan OKU di Malaysia.
Sebuah organisasi bukan berorientasikan keuntungan
Ditubuhkan pada tahun 1989 dan pada masa itu dkenali sebagai Majlis Sukan
Malaysia bagi OKU.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
28/238
28
Pada tahun 1996, ditukarkan kepada MPC dan merupakan ahli gabungan kepada
IPC dan juga persatuan FESPIC.
Badan sah untuk ke kejohanan- kejohanan antarabangsa.
Merupakan badan yang mewakili oleh pertubuhan sukan kebangsaan OKU
meliputi enam jenis kategori kecacatan iaitu:
Cacat pendengaran
Cacat penglihatan
Cacat anggota
Terencat akal/ lembap pembelajaran
Spastik atau CP
Orang kerdil
PESURUHJAYA SUKAN
- Diwujudkan bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.
- Mengawasi perjalanan persatuan sukan negeri/kebangsaan.
- Bekerjasama dengan MOM menyelesaikan disputes PSK.
ULANGKAJI
1. Definasi terbaik bagi Sukan.
2. Nilai-nilai falsafah sukan.
3. Peranan MSN, KBS, MOM dan KPM
4. Komponen yang membina falsafah seseorang Jurulatih.
5. Kesan penglibatan individu dalam bidang sukan.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
29/238
29
SEMANGAT KESUKANAN
The most important thing in the Olympic is not to win but to take part, just as the most
important thing in life is not triumph but the struggle. The essential thing is to have
fought well.
Pierre de Coubertain - 1896
Kalau manusia begitu jahat, padahal sudah ada agama , bagaimana jadinya kalau
tidak ada agama- Benjamin Franklin
When the coaches of today tend to teach the way they were taught in the past, how we
can expect progress
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
30/238
30
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
31/238
31
ORGANISASI TUBUH MANUSIA
OrganTerdiri daripada tisu yang berlainan jenis
TisuTerdiri daripada sel-sel sejenis
SistemGabungan
beberapa organ
Sel-sel tisu
OrganismaTerbentuk oleh gabungan beberapa sistem
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
32/238
32
SISTEM-SISTEM DI DALAM TUBUH BADAN MANUSIA
11 sistem yang mengawalatur proses tubuh badan : Intergumentari
Rangka Otot Saraf Endokrina Kardiovaskular
Limfatik
Respiratori Pencernaan Urinari Reproduktif
SISTEM INTEGUMENTARI
Organ Utama- Kulit
Fungsi Melindungi tisu-tisu dalaman daripada
kecederaan Sintesis Vit D penting utk penyerapan
kalsium dan fosforus (diperlukan
untuk tumbesaran tulang) Membantu mencegah kehilangan air Peka kepada rangsangansakit, sejuk,
kepanasan, tekanan dan sentuhan
Perkumuhan menyingkirkan bahankimia, asid
urik & garam mineral berlebihan
SISTEM RANGKA
Organ Utama- TulangKartilej, Ligamen, Sendi
Fungsi
- Menyokong berat badan- Melindungi organ-oorgan- Membentuk dan mengekalkan
bentuk- Pelekatan otot rangka- Tuas- Penghasilan sel darah
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
33/238
33
SISTEM OTOT
Organ- Otot- Tendon
Fungsi Mengekalkan postur tubuh Menghasilkan pergerakan Menghasilkan haba Menstabilkan sendi Artikulasi
SISTEM SARAF
Organ- Otak, Saraf tunjang, Saraf periferi
Fungsi Mengesan, menerima dan bergerakbalas
terhadap rangsangan Menyimpan maklumat Mengawal dan menyelaras aktiviti tubuh
SISTEM ENDOKRINA
Organ- Kelenjar
Fungsi
Mengawal dan menyelaraskan fungsitubuhmelalui hormon
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
34/238
34
SISTEM KARDIOVASKULAR
Organ- Jantung- Salur darah
Fungsi Menghantar darah ke seluruh badan Mengangkut gas-gas respiratori
SISTEM LIMFATIK
Organ- Nodus Limfa- Salur limfatik
Fungsi Imunisasi Pengangkutan bahan perkumuhan Mengangkut hasil pencernaan
SISTEM RESPIRATORI
Organ- Hidung
- Salur udara- Paru-paru Fungsi Membekalkan oksigen Menyingkirkan karbon dioksida Pertukaran gas Mengekalkan kestabilan persekitaran
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
35/238
35
SISTEM PENCERNAAN
Organ- Mulut- Organ pencernaan
Fungsi- Penguraian makanan- Perkumuhan
SISTEM URINARI
Organ- Ginjal- Ureter
- Pundi Kencing- Uretra
Fungsi Penyingkiran bahan perkumuhan Mengawal isipadu dan komposisi
bahankimia
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
36/238
36
SISTEM REPRODUKTIF
Organ - Perempuan - Ovari- Tiub Fallopian- Uterus
- Vagina
Organ - Lelaki
- Penis- Testes- Vesikel semen- Kelenjar Prostrat- Uretra
Fungsi
- Menghasilkan zuriat- Menghasilkan hormon-
Intergrasi Sistem Dalam Aktiviti Sukan
Sistem Integumentari- Perkumuhan- Mengawal suhu badan
Sistem Rangka- Sokongan Mekanikal- Pengestoran Tenaga
Sistem Otot- Penghasilan daya
Sistem Saraf- Memulakan pergerakan
Sistem Endokrina- Pengawalaturan proses mengikut
keperluan
Sistem Kardiovaskular- Pembekalan oksigen kepada otot
Sistem Limfatik- Pengangkutan bahan kumuh ke hati
Sistem Respiratori- Mengangkut O2- Membebaskan CO2
Sistem Pencernaan- Mencernakan makanan untuk
tenaga
Sistem Urinari- Perkumuhan bahan sisa
Sistem Reproduktif- Hormon
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
37/238
37
Sistem tubuh badan
Sistem Rangka Sistem Otot Rangka Sistem Kardiovaskular Sistem Tenaga
- Aerobik (perlu O2)
- Anaerobik Alaktik (tidak perlu O2dan tidak hasilkan laktik asid)- Anaerobik Laktik (tak perlu O2tetapi hasilkan laktik asid)
Sistem rangka
Merangkumi- Sendi- Ligamen
- Tendon
- Rawan (kartilej)- Tulang
SISTEM TUBUH BADAN UTAMA DALAM SUKAN
Sains Sukan adalah berkaitan dengan aplikasi sains dalam aktiviti fizikal dan sukan.
Sukan hari ini perlu kepada pendekatan yang saintifik dan sistematik bagi memastikan
prestasi atlet dapat diperbaiki dan ditingkatkan. Kefahaman ke atas beberapa disiplin
dalam sains sukan seperti anatomi, fisilogi, biomekanik, psikologi sukan, pengurusan
sukan dan kaedah latihan dipercayai dapat membantu para jurulatih untuk
meningkatkan pengetahuan dalam aspek kejurulatihan dan seterusnya membantu para
atlet untuk meningkatkan prestasi mereka ke tahap optimum.
Keupayaan dan prestasi individu dalam sesuatu sukan bergantung kepada sejauh mana
tubuhnya dapat mengadaptasi kepada latihan yang lasak. Beberapa sistem tubuh badan
bergabung untuk menerima latihan dan seterusnya mengadaptasi kepada latihan yang
diterima sesuai dengan jenis dan keperluan sukan yang diceburi. Lima sistem utama
berperanan secara langsung dalam sukan iaitu sistem rangka, sistem otot, sistem
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
38/238
38
kardiorespiratori, sistem saraf dan sistem tenaga. Oleh yang demikian, amat perlu bagi
seseorang jurulatih untuk mengetahui dan memahami sistem-sistem ini secara ringkas
dalam membantu beliau menjadi seorang jurulatih yang baik, dan seterusnya
mengaplikasikan pengetahuan ini dalam latihannya.
Definisi Anatomi dan Fisiologi
Anatomi berasal daripada perkataan Yunani - Struktur
Fisiologi ialah kajian mengenai fungsi tubuh badan manusia yang
merangkumi:
Sistem Tulang
Sistem Otot Rangka
Sistem Kardiovaskular
Sistem Tenaga
- Aerobik
- Anaerobik Alaktik
- Anaerobik Laktik
SISTEM RANGKA
Sistem rangka memberi bentuk kepada tubuh manusia. Rangka yang kuat dapat
berfungsi sebagai penyokong dan pelindung kepada organ-organ lain pada tubuh
manusia. Terdapat sebanyak 206 ketul tulang yang berlainan bentuk dan saiz dalam
tubuh manusia. Selain daripada itu sistem rangka juga disokong oleh struktur-struktur
lain seperti ligamen, tendon dan kartilej.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
39/238
39
Fungsi Sistem Rangka
Memberi bentuk :Kerangka manusia memberi bentuk pada tubuh.
Sokongan :
Tulang membentuk rangka tubuh bagi menyokong tisu-tisu lembut dan
organ-organ dalaman. Contoh : pelekatan otot rangka.
Perlindungan :
Tulang melindungi organ-organ dalaman yang penting seperti otak,
jantung dan paru-paru.
Pergerakan :
Tulang-tulang bertindak sebagai tuas semasa pergerakan otot.
Pembentukan sel darah :
Sum-sum tulang menghasilkan sel-sel darah darah merah dan sel-sel
darah putih.
Penstoran mineral :
Tulang juga menjadi tempat penstoran mineral seperti kalsium dan
fosforus.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
40/238
40
Gambarajah 1: Menunjukkan rangka manusia dari pandangan anterior dan posterior
Sumber : Seeley, R.R., Stephen, T.D., & Tate, P. (1998). Anatomy & Physiology.4
thed.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
41/238
41
JENIS TULANG
Tulang panjang /long bonedi tangan dan kaki (pergerakan).
Tulang pendek /short bonetapak tangan.
Tulang leper / flat bonerusuk dan di kepala (melindungi).
Tulang tak sama bentuk / irregular bonetulang belakang (lekatan otot).
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
42/238
42
Gambarajah 2: Jenis tulang
Gambarajah 3: Sistem Rangka
Gambarajah 4: Tulang cranial
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
43/238
43
Gambarajah 5: Tulang torasik
Gambarajah 6: Tulang bahagian lengan
Gambarajah 7: Tulang pektoral
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
44/238
44
Gambarajah 8: Tulang bahagian kaki
Gambarajah 9: Tulang pelvik
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
45/238
45
V ER T EB R L C O L U M N
Gambarajah 10.1: Tulang vertebra
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
46/238
46
Cervical vertebrae
1-7 vertebrae
1dipanggil atlas
2dipanggil axis
Thoracic vertebrae (12 vertebrae)
820 vertebrae
Bergabung dengan tulang rusuk
Lumbar Vertebrae
Lima vertebrae yang menjaditulang
belakang (spinal column).
Sacrum
4 -5 tulang sacral yang bercantummenjadi sacrum
Coccyx
3-5 tulang coccygeal yang bercantum
menjadi coccyx
Gambarajah 10.2: Tulang vertebra
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
47/238
47
SENDI
Tempat pertemuan dua atau lebih tulang .
Dua fungsi asas :
a) membenarkan pergerakan (mobiliti) .
b) menyatukan tulang-tulang .
Gambarajah 11.1 dan 11.2 Menunjukkan kartilej pada turus vertebra dan kartilej
yang menyelaputi hujung tulang pada sendi lutut
Gambarajah 11.1 Gambarajah 11.2
Jenis sendi
Gambarajah 12.1: Immovablesuture cranium
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
48/238
48
Gambarajah 12.2: Semi-movablePivotal Joint
Gambarajah 12.3: MovableHinge Joint
Jenis sendi yang bergerak:
Elipsoid/Lesong
Hinge
Pivot
Condyloid
Saddle
Gliding / gelungsur
Gambarajah 12.4: Planar joint between the
navicular and second and third cuneiforms
of the tarsus in the foot.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
49/238
49
Gambarajah 12.5: Hinge joint between throchlea of humerus and throclear notch of ulna at theelbow
Gambarajah 12.6: Pivot joints between head of radius and radial notch of ulna
Gambarajah 12.7:
Saddle joint between trapezium of carpus
(wrist) and metacarpal of thumb
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
50/238
50
Gambarajah 12.8:
Condyloid joint between radius and scaphoid and
lunate bones of the carpus (wrist)
Gambarajah 12.9:
Ball and Socket - Shoulder
Gambarajah 12.10: Ball and socket joints
between head of femur and the acetabulum of
hip bone
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
51/238
51
JENIS-JENIS SENDI
Gambarajah 13: Jenis sendi terdapat di dalam tubuh badan manusia
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
52/238
52
Tisu Penghubung
Gambarajah 14: tisu penghubung di bahagian bahu dan kaki
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
53/238
53
Ligamen
Ligamen ialah sejenis tisu berfiber kenyal yang
menghubungkan tulang dengan tulang. Antaraligament yang penting bagi seorang atlet ialah
anterior dan posteri or cruciate li gament sertacoll ateral li gament di sendi lutut.
Gambarajah 15:
Menunjukkan ligamen pada sendi lutut
Tendon
Tendon ialah sejenis tisu berfiber tidak kenyal yang sangat kuat.
Tendon melekatkan otot pada tulang dan pada otot lain. Apabilaotot menguncup, tendon yang terdapat pada hujung otot akanmenarik tulang. Antara tendon paling kuat ialah tendon
Gambarajah 16 :
Menunjukkan tendonpada otot-otot paha.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
54/238
54
Archilles.
Gambarajah 17:tendon di bahagian belakang kaki
Kartilej (kartilej)Kartilej ialah tisu lembut yang kuat, elastik dan tidak mempunyai saluran darah. Kartilejmenyaluti hujung tulang yang membentuk sendi dan berperanan melindungi tulang daripadahaus semasa berlaku pergeseran antara sendi. Kartilej juga berfungsi sebagai penyerap hentakandan terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Antara kartilej terpenting bagi seorang atlet ialah
in ter-vertebral cartil agepada bahagian tulang belakang dan kartilej pada sendi lutut.
Tisu lembut tetapi kuat, elastik dan tiada saluran darah
Menyaluti hujung tulang
Melindungi tulang daripada haus semasa geseran antara sendi
Menyerap hentakan
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
55/238
55
Gambarajah 18: Kartilej di sendi lutut
SISTEM OTOT
Kajian menunjukkan bahan dan rekabentuk struktur sendi dan sokongan yang tegar
menyebabkan pergerakan dapat dilakukan. Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan otot. Otot
juga menentukan magnitud pergerakan dan pergerakan ini dirangsang secara voluntary atauinvoluntary oleh sistem saraf. Otot bukan sahaja menghasilkan pergerakan malahan otot juga
mempunyai fungsi-fungsi lain. Otot yang menghasilkan pergerakan adalah otot berjalur
dipanggil otot rangka. Jenis otot yang lain termasuklah otot kardiak (jantung) dan otot
licin ( bahagian dinding perut,oesophagus, organ dalaman lain)
Jenis Otot (Gambarajah 18.1 -18.3)
Gambarajah 18.1:
Otot rangkaotot berjalur melekat ke tulang
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
56/238
56
Gambarajah 18.2: Otot kardiakotot jantung
Gambarajah 18.3: Otot Licindinding organ dalaman tubuh badan
Jumlah otot
Terdapat sejumlah 639640 jenis otot yang terdapat dalam tubuh kita
Daripada jumlah tersebut 30 jenis otot terdapat di bahagian muka (untuk pergerakanseperti mencebek, senyum, menangis, ketawa dll)
Secara purata, 40 % berat badan kita ialah otot.
Otot yang terbesar ialah gluteus maximus.
Fungsi Otot:
1) Hasilkan Pergerakan
Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan otot-otot rangka yang bertindak setelahdiransang oleh sistem saraf.
Kombinasi saling tindakan otot-otot membolehkan kita berdiri, duduk, baring danmelakukan lain-lain aktiviti yang sukar.
Penguncupan ini berlaku secara sedar atau terkawal (voluntary) atau tidak terkawal(involuntary).
Kelajuan penguncupan bergantung kepada jenis fiber otot iaitu fiber sentak pantas (fasttwitch fi ber) dan fiber sentak perlahan (slow twi tch f iber).
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
57/238
57
2) Kekalkan postur
Kombinasi saling tindakan otot-otot bukan sahaja membolehkan kita berdiri, duduk
atau baring malahan membantu untuk mengekalkan postur badan.
Lekatan otot-otot pada tulang membolehkan postur dikekalkan. Lekatan otot-ototpada tulang membolehkan postur dikekalkan. Salah satu sebab kenapa perutbuncit ialah kerana otot-otot abdominis tidak melekat pada mana-mana tulangselain daripada faktor lebihan berat badan atau obesiti.
3) Stabilkan sendi
Otot-otot badan mempunyai pelbagai saiz dan fungsi yang berbeza.
Otot-otot besar seperti quadri ceps femoris (sartorius, vastus intermedius, laterali sdan mediali s) tr iceps , abdominis dan trapezius lazimnya bertindak sebagai agonis
dan antagonis.
Otot-otot kecil akan bertindak sebagai pengimbang (stabilizer), penetap (fixator)dan penyokong (synergist).
Otot-otot kecil ini menstabilkan sendi terutamanya dalam sukan-sukan yangmemerlukan ketepatan lakuan atau sukan sasar (target sport) sepertimemanah,menembak dan ten-pin bowling.
4) Hasilkan haba
Tenaga diperlukan untuk membolehkan otot-otot bekerja.
Hampir 40% tenaga yang dihasilkan bertukar menjadi haba yang meningkatkansuhu kulit atau suhu luaran badan.
Haba ini dihasilkan oleh otot-otot dan dikeluarkan melalui proses evaporasi,konduksi, radiasi dan konveksi bagi menstabilkan suhu badan.
Otot-otot rangka utama: Otot utama badan ini lazimnya bertindak sebagai agonisatau antagonis dalam pergerakan badan seperti menendang, menumbuk, bangun,
berlari, melompat dan melempar. Sementara itu otot-otot kecil yang banyakterdapat pada sendi-sendi akan bertindak sebagai penyokong dan pengimbang
(sinergi dan stabilizer).
Gambarajah 19: Seorang ahli bina badanmenampakkan otot rangka utama
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
58/238
58
Gambarajah 20: Otot-otot utama badan bahagian anterior
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
59/238
59
Gambarajah 21:Otot-otot utama badan bahagian posterior
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
60/238
60
Gambarajah 22: otot-otot utama badan bahagian anterior
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
61/238
61
Gambarajah 23: otot-otot utama badan bahagian posterior
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
62/238
62
Jenis Penguncupan Otot
Otot-otot bekerja melalui penguncupan atau kontraksi. Terdapat tiga jenis penguncupan iaitu:
Penguncupan Isotonik
Penguncupan isotonik menyebabkan perubahan pada ukuran panjang otot dan
terbahagi kepada penguncupan isotonik konsentrik dan penguncupan isotonik
esentrik.
Penguncupan konsentrik ialah penguncupan melalui pemendekan fiber otot sementara
penguncupan esentrik dirujuk kepada pengucupan ketika otot kembali semula kepada
ukuran asal. Kebanyakan lakuan dalam sukan seperti menendang bola, menanduk,
melontar, menguis dan menangkap adalah hasil daripada penguncupan otot secara
isotonik.
Penguncupan Isometrik
Pengucupan isometrik berlaku ketika otot menguncup sambil mengekalkan ukuran
otot atau tidak berlaku perubahan pada ukuran otot ketika fiber otot menguncup. Fasa
menahan beratan dalam sukan angkat berat, acara tarik tali dan aktiviti skrum dalam
sukan ragbi adalah antara beberapa contoh penguncupan isometrik.
Penguncupan Isokinetik
Penguncupan isokinetik hanya berlaku dengan bantuan mesin isokenetik. Dalam
penguncupan ini, halaju penguncupan adalah tetap dan lazim digunakan bagi tujuan
pemulihan kecederaan otot.
Klasifikasi Tindakan Otot
Agonis (Prime movers) - otot penggerak utama .
Lebih daya.
penggerak utama.
Sinergis - otot yang membantu otot penggerak
utama.
Menstabilkan sendi dimana otot
melekat.
Gambarajah 24: Peranan otot agonis, antagonis dan sinergis semasa pergerakan fleksi lengan
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
63/238
63
Halaju Penguncupan Otot (Speed of muscular contr action)
Halaju pergerakan otot berbeza antara satu sama lain yang bekerja bergantung kepada intensitikerja yang dilakukan. Terdapat dua kategori utama fiber otot iaitu :
a. Fiber sentak pantas (fast twitch fiberFT)
Fast twitch fiber - FT Intensiti kerja tinggi Jangka masa kerja singkat Untuk kepantasan dan kuasa eksplosif Sel berwarna pucat (putih) Sel bersaiz kecil
b. Fiber sentak perlahan (slow twitch fiberST)
Slow twitch fiber - ST Intensiti rendah dan sederhana Jangka masa kerja yang lama Sel berwarna merah, kaya dengan haemoglobin Saiz sel lebih besar
Kaitan jenis fiber otot dan aktiviti sukan
Gambarajah 25.1:Fiber Sentak Pantas (Fast Twitch FiberFT)
Gambarajah 25.2:Fiber Sentak Perlahan (Slow Twitch Fiber- ST)
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
64/238
64
Gambarajah 25.3: Fiber sentak pantas dan perlahan
SISTEM KARDIOVASKULAR
Sistem ini berperanan mengangkut oksigen, nutrient, hormon dan keperluan lain badan ke sel-
sel terlibat dan membawa keluar sisa-sisa metabolisme untuk dikumuh.
Bahagian Utama Sistem Kardiovaskular
Tiga bahagian utama sistem Kardiovaskular ialah jantung, darah dan salur darah. Jantung adalah
organ yang berperanan mengepam darah ke seluruh tubuh bagi membekalkan oksigen dan
nutrient. Saiz jantung adalah sebesar penumbuk orang dewasa. Berat organ ini adalah kurang
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
65/238
65
daripada 600 gram. Struktur jantung terdiri daripada empat ruang iaitu atrium kanan, atrium
kiri, ventrikal kanan dan ventrikal kiri.
Darah adalah tisu cecair yang terdiri daripada pelbagai jenis sel termasuk eritrosit, leukosit dan
platlet yang terkandung di dalam plasma. Isi padu darah terdiri daripada 55% plasma dan 45%
eritrosit. Darah membentuk anggaran 7% daripada berat tubuh orang dewasa normal. Orang
dewasa yang mempunyai berat badan 70kg, biasanya mempunyai kira-kira 5 higga 6 liter darah
dalam sistem biologinya.
Salur darah pula terdiri daripada arteri, vena dan kapilari. Salur darah ini membolehkan darah
mengalir dan melengkapi perederan darah daripada jantung ke tisu dan kembali semula ke
jantung.
Gambarajah 6:Struktur Jantung Manusia
Fungsi Sistem Kardiovaskular
Sistem kardiovaskular berfungsi membantu membekalkan oksigen dan mengangkut bahan
kumuh seperti karbon dioksida daripada darah. Proses peredaran darah mengangkut oksigen
daripada paru-paru ke sel-sel tisu badan dan mengeluarkan karbon dioksida daripada sel-sel tisu
ke paru-paru berlaku secara sistematik.
Semasa inspirasi, udara yang mengandungi oksigen dibawa masuk ke paru-paru melalui salur
pernafasan. Gas oksigen ini disimpan sementara di dalam alveolus. Jantung akan mengepam
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
66/238
66
darah kurang oksigen melalui vena pulmonari ke paru-paru. Oksigen dan karbon dioksida
meresap merentasi membran alveolus dan meresap ke dalam darah melalui kapilari. Karbon
dioksida dihembus keluar daripada paru-paru melalui salur pernafasan. Oksigen yang merentasi
membran alveolus dan kapilari seterusnya meresap ke dalam darah. Darah beroksigen kemudian
diangkut ke jantung dan dipam melalui arteri untuk diagihkan kepada sel-sel tisu lain di dalam
badan.
Struktur dan fungsi bahagian jantung
Jantung terbina daripada oto-otot jantung atau miokardium yang diliputi oleh epikardium di
permukaan luar dan endokardium di bahagian dalam. Dua ruang di atas iaitu atrium mempunyai
dinding otot yang nipis dan kedua-dua ruang ini dipisahkan antara satu sama lain oleh struktur
yang dikenali sebagai septum interatrial. Dinding otot yang membentuk dua ruang bawah ialah
ventrikal. Dinding otot ventrikal adalah lebih tebal berbanding atrium. Fungsi septum
interventrikel terdapat antara kedua-dua ventrikal tersebut.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
67/238
67
Gambarajah 27: Jadual dibawah menunjukkan fungsi atrium dan ventrikel dalam sistemkardiovaskular
Injap yang terletak antara atrium dan ventrikal, serta dalam arteri membenarkan pengaliran
darah berlaku pada satu arah sahaja. Injap atrioventrikular (yang terdiri daripada injap bicuspid
dan tricuspid) membenarkan aliran darah dariapda atrium ke ventrikel. Injap semilunar
pulmonary dan injap semilunar aortic pula menghalang aliran darah mengalir ke belakang, oleh
itu darah yang keluar daripada jantung mengalir terus menerusi arteri pulmonari dan aorta.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
68/238
68
Keadaan injap terbuka. Darah mengalir masuk dari
atrium ke ventrikal
Keadaan injap tertutup. Darah terhalang dari mengal
belakang
Gambarajah 28: Mekanisme pembukaan dan penutupan injap atrioventrikular
Keluaran jantung (Cardiac Output)
Keluaran jantung didefinisikan sebagai jumlah isi padu darah yang dipam keluar oleh ventrikel
kiri dalam masa satu minit. Keluaran jantung dapat diukur dengan menggunakan rumus
berikut:
Q = KDJ X IS
[Keluaran jantung = Kadar denyutan jantung dalam satu
minit didarab dengan Isi padu Strok]
Kadar denyutan jantung merujuk kepada kekerapan penguncupan jantung dalam satu minit.
Tindakan sistem saraf automatic berfungsi mengawal kadar denyutan jantung. Kadar denyutan
jantung kita berbeza mengikut faktor perbezaan individu seperti umur dan amalan gaya hidup.
Kadar denyutan jantung rehat individu yang mengamalkan gaya hidup aktif adalah lebih rendah
berbanding individu sedentari. Kadar denyutan jantung rehat boleh diperolehi dengan mengira
bilangan kadar nadi seminit di arteri karotid atau arteri radial semasa kita bangun daripada tidur.
Kadar nadi rehat boleh digunakan untuk menilai tahap kecergasan kardiovaskular. Kadar nadi
rehat yang rendah menggambarkan tahap kecergasan yang lebih tinggi. Teknik mengambil
kadar nadi boleh dilakukan seperti berikut:
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
69/238
69
Letakkan jari telunjuk di arteri carotid atau arteri radial
Catatkan bilangan kadar nadi untuk tempoh 10 saat. Denyutan
yang pertama dikira sebagai sifar
Darabkan jumlah dengan enam. Jumlah hasil darab ini
ialah kadar nadi rehat
A. Arteri radial B. Arteri karotid
Gambarajah 29: Teknik mengambil kadar nadi
Isipadu strok (Stroke Volume) ialah isipadu darah yang dipam oleh ventrikel kiri dalam satu
pam. Isi padu ini disukat dalam unit mililiter/denyutan. Posisi anggota turut mempengaruhi
isipadu strok. Isi padu strok adalah lebih tinggi jika kita dalam keadaan berbaring, berbandingdalam keadaan berdiri. Perbezaan ini berkaitan dengan kesan graviti yang bertindak ke atas
sistem kardiovaskular manusia.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
70/238
70
TEORI KARVONEN (mengira kadar nadi latihan)
KADAR NADI LATIHAN MAXIMA = 220UMUR
KADAR NADI LATIHAN IKUT % LATIHAN
CONTOH: UMUR PESERTA 20 TAHUN DAN KADAR NADI REHAT IALAH 50
Bagi 70% KADAR NADI LATIHAN IALAH:-
70 X ( 20050 ) + (50) = 155 denyutan seminit
100
Peredaran darah
Sistem peredaran darah terbahagi kepada dua kitaran iaitu kitaran pulmonari dan kitaran
sistemik.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
71/238
71
Gambarajah 30:Kitaran pulmonari dan kitaran sistemik
Terdapat beberapa faktor yang membantu pengedaran semula darah ke jantung. Apabila otot
menguncup, vena akan tertekan dan darah yang terkandung di dalamnya akan ditolak ke arah
jantung. Injap terdapat di dinding vena akan membenarkan pengaliran darah ke arah jantung
sahaja. Pada fasa otot mengendur, vena tersebut akan penuh semula dengan darah. Mekanisme
penguncupan dan pengenduran otot juga membolehkan darah disalurkan ke jantung.
Semasa inspirasi, tekanan intratorasik menurun. Keadaan ini menyebabkan vena darah dalam
rongga toraks mengembung. Mekanisme yang berlaku menghalakan pengaliran darah ke arah
atrium kanan jantung. Apabila tekanan intratorasik meningkat semasa ekspirasi, vena tersebut
dipenuhi semula dengan darah kurang oksigen. Semakin tinggi tekanan ini, semakin tinggi juga
keluaran (output) jantung. Mekanisme pernafasan yang membantu keluaran (output) jantung
dikenali sebagai pam pernafasan.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
72/238
72
SALUR DARAH
Salur nadi (artery)
Bertugas sebagai saluran yang mengalirkan darah beroksigen dari jantung ke seluruh
tisu badan.
Pembuluh (vena)
Berfungsi sebagai saluran yang mengalirkan darah kurang beroksigen
kembali semula ke jantung.
Rerambut (capillary)
Merupakan salur halus yang membentuk rangkaian di dalam tisu tubuh dimana
rangkaian kapilari menerima darah beroksigen dari salur nadi halus (arteriol) dan
mengalirkan darah kurang oksigen ke dalam pembuluh halus (venul).
Darah membentuk anggaran 7% daripada berat tubuh orang dewasa normal.
Orang dewasa yang mempunyai berat badan 70 kg, biasanya mempunyai kira-kira 5
hingga 6 liter darah dalam sistem biologinya.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
73/238
73
SISTEM TENAGA
Tenaga yang digunakan oleh sistem biologi badan adalah dalam bentuk adenosin trifosfat
(ATP). Sebanyak 60-70% kuantiti ATP digunakan untuk fungsi biologi umum sementara
bakinya adalah untuk tujuan aktiviti sel dan fungsi mekanikal seperti melakukan aktiviti fizikal.
Keperluan tenaga untuk melakukan aktiviti fizikal seperti bersukan adalah tinggi berbanding
aktiviti fizikal harian yang lain. Jumlah tenaga yang digunakan untuk bersukan terutamanya
bagi sukan berprestasi tinggi adalah di antara 30004000 kcal sementara untuk aktiviti fizikal
harian lain hanyalah antara 1800 2500 kcal sahaja, bergantung kepada faktor jantina, kadar
metabolisme asas (BMR), tahap keaktifan dan beberapa faktor lain.
Sistem tenaga badan mempunyai ciri khusus dalam menjana ATP untuk keperluan harian dan
sukan. Tiga sistem tenaga utama ialah :
Sistem Anaerobik Alaktik atau Sistem Fosfagen atau ATP-CP
hanya dibekalkan untuk anggaran tempoh 10 saat sahaja. Sekiranya aktiviti berlanjutan melebihi 10
saat, mekanisme fisiologi kita akan menggunakan sistem tenaga anaerobik laktik bagi membentuk
ATP. Dalam masa yang sama, sistem biologi akan menjalankan mekanisme membina semula ATP
daripada molekul keratin fostat dan adenosin difosfat.
Sistem ini paling ringkas dalam konteks
penggunaan dan penjanaan ATP.
Pembebasan tenaga berlaku secara anaerobik
dan paling dominant dalam aktiviti bercorak
eksplosif dan balistik. Acara padang dalam
sukan olahraga, acara larian pecut 100m dan200 m, servis dan rejaman dalam sepak
takraw dan bola tampar adalah antara
beberapa aktiviti sukan yang menggunakan
tenaga dalam sistem ini. Sistem anaerobik
alaktik menggunakan ATP yang disimpan di
tisu otot rangka sahaja. Bekalan ATP
daripada simpanan ini adalah dalam bentuk
sedia ada dan terhad. Tenaga
Gambarajah 31: Sistem tenaga anaerobik
Alaktik
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
74/238
74
Sistem Anaerobik Laktik
Sistem anaerobik laktik ialah kaedah anaerobik
kedua bagi pembentukan ATP. Sistem ini juga
dikenali sebagai sistem anaerobik glikolitik.
Sistem tenaga ini dominan bagi aktiviti eksplosif
yang berlanjutan melebihi 10 saat, sebagai contoh
lari pecut 400m, rali panjang dalam sukan tenis
dan badminton, pecutan pendek berulang dalam
sukan hoki, bola sepak, ragbi dan ketika
melakukan satu rutin pergerakan gimnastik.
Apabila aktiviti berintensiti tinggi dilakukan
berterusan melebihi 10 saat, penjanaan ATP
dilakukan daripada sumber glikogen yang
disimpan dalam otot dan hati.
Mekanisme penghasilan ATP akan melibatkan
pemecahan glikogen tersebut kepada glukos
menerusi proses yang dikenali sebagai glikolisis.
Hasil sampingan proses glikolisis ialah
pembentukan asid piruvik yang menghasilkan
asid laktik.
Gambarajah 32: Penjanaan ATP dalam
sistem anaerobik laktik
Penghasilan asid laktik adalah limitasi utama sistem tenaga ini. Kehadiran asid laktik dalam sistem
biologi merencatkan proses pemecahan glikogen. Keadaan ini boleh menjejaskan mekanisme
penguncupan otot. Sekiranya aktiviti masih berlanjutan melebihi 90 saat, mekanisme fisiologi kita akan
beralih kepada sistem aerobik bagi menjana ATP untuk bekalan tenaga.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
75/238
75
Sistem Aerobik
Sistem aerobik adalah sistem tenaga paling dominan bagi aktiviti yang berteraskan daya tahan
kardiovaskular seperti renang dan lari jarak jauh. Sistem tenaga ini juga dikenali sebagai sistem oksigen.
Mekanisme sistem ini adalah sangat kompleks. Namun begitu, sistem ini mampu menjana jumpah
ATP yang paling banyak. Penjanaan ATP ini berlaku di dalam mitokondria secara aerobik. Tiga proses
kimia yang terlibat bagi menghasilkan ATP secara aerobik ialah :
Proses glikolisis
Kitaran Kreb
Rantaian Pengangkutan Elektron
Gambarajah 33: 3 proses kimia dalam sistem
tenaga aerobik
Semasa senaman, terdapat tiga sumber tenaga:
Tenaga Semerta: sistem ATP-
CP
Tenaga Jangka Pendek: Sistem
Asid Laktik
Tenaga Jangka Panjang :
Sistem Aerobik
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
76/238
76
Secara relatif, sumbangan tenaga anaerobik dan aerobik semasa senaman berubah mengikut
jangka masa dan intensiti latihan.
Memahami keperluan tenaga pelbagai aktiviti sukan dan membentuk dan melatih sistem tenaga
yang betul dan dominan dalam sukan atau acara sukan adalah penting. Ia menjelaskan keadaan
berikut:
Pemegang rekod dunia dalam acara larian 1 batu tidak semestinya pelari jarak jauh
terhandal
Ramai pelari maraton yang tidak dapat menamatkan larian 1 batu dalam tempoh kurang
daripada 4 minit, tetapi dapat menamatkan larian 26 batu pada purata kelajuan 5 batu
sejam.
Tenaga untuk aktiviti fizikal
Kitaran tenaga biologi:
Sumber adenosina trifosfat (ATP)
Sumber anaerobik
Sumber aerobik (mengetahui konsep penting tentang tenaga sebagai asas fisiologi senaman)
Adenosina Trifosfat:
- Nutrien daripada makanan menyediakan sumber potensi utama untuk membentuk
ATP
- Tenaga kimia dalam ATP digunakan untuk kerja-kerja biologi
Objektif
Sumber tenaga dari luar tubuh badan
Sumber tenaga dari dalam tubuh badan
Penghasilan Tenaga
Klasifikasi sukan berdasarkan jangkamasa (duration) lakuan dan predominant intracellular
energy pathways
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
77/238
77
Sumber tenaga dari luar tubuh badan
Karbohidrat
Dipecahkan menjadi glukosa seterusnya menghasilkan tenaga dalam bentuk ATP.
1 g karbohidrat menghasilkan 4 kcal tenaga.
Lemak
Dipecahkan menjadi asid lemak (free fattyacids) dan glyserin.
1 g lemak hasilkan 9 kcal tenaga .
Stor tenaga selepas makan
Karbohidrat disimpan dihati dan otot sebagai glikogen.
Lemak disimpan sebagai lemak tepu dalam sel-sel lemak dan tisu adipos.
Sumber tenaga dari dalam tubuh badan
Anaerobik Alaktik
Tenaga disimpan sebagai ATP dan CP.
Anaerobik laktik
Tenaga disimpan sebagai glikogen.
Aerobik
Menggunakan karbohidrat dan lemak sebagai tenaga.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
78/238
78
Gambarajah 34:Sistem tenaga utama mengikut intensity aktiviti
Gambarajah 35: Sistem tenaga utama mengikut jangkamasa (duration) aktiviti
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
79/238
79
Gambarajah 36: Jadual menunjukkan % sumbangan sumber tenaga aerobic dan anaerobic dalam
beberapa aktiviti fizikal
Gambarajah 37:kerja-kerja biologi menggunakan ATP
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
80/238
80
Gambarajah 38: ATP dijana daripada karbohidrat , lemak dan proteins melalui proses
katabolisme
Gambarajah 39: Penjanaan ATP beberapa sumber
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
81/238
81
Gambarajah 40: Penjanaan ATP daripada lemak, karbohidrat dan protin
Gambarajah 41: Kitaran Krebs
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
82/238
82
Gambarajah 42: Penjanaan tenaga mengikut jangkamasa (duration) aktiviti
Gambarajah 43: Penjanaan ATP mengikut beberapa acara larian
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
83/238
83
Kesimpulan
Seseorang jurulatih harus memahami sistem yang terlibat dalam menghasilkan pergerakan tubuh
badan manusia.
Dengan itu, jurulatih boleh memanipulasi sistem berkenaan untuk tujuan memberikan
persembahan dan pencapaian yang maksimum atlet dalam sukan.
Orang yang bekerja bukan kerana cintaanya pada pekerjaan, melainkan sekadar untuk mendapatkan
wang, nampaknya tidak akan mendapatkan wang,juga tidak akan mendapatkan banyak kesenangan
dalam hidup- Char les M . Schwar
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
84/238
84
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
85/238
85
Biomekanik ialah disiplin sains sukan yang mengkaji pembolehubah yang mempengaruh kualiti
dan kuantiti sesuatu pergerakan yang dihasilkan. Bidang ini mensintesis disiplin-disiplin ilmu
biologi dan fizik dalam menjelaskan pencapaian prestasi pergerakan manusia. Pengetahuan
biomekanik asas seterusnya bleh diperkaya dengan mengetahui maklumat-maklumat mengenai
jenis daya serta kaedah tindakan sesuatu daya untuk menentukan kualti mutlak pergerakan yang
kita lakukan.
Fokus:
Definisi/rujukan asas memahami pergerakan manusia.
Kinematik linear dan kinematik angular, dan
Kinetik linear dan Hukum-hukum Newton.
Pengenalan kepada teknologi video dalam pergerakan manusia.
Objektif
Menerangkan prinsip asas pergerakan.
Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pergerakan; dan
Menentukan penggunaan teknologi dalam sukan.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
86/238
86
4.1. Definisi/rujukan anatomi bagi memahami pergerakan manusia
PERGERAKAN DILIHAT DARIPADA
PERSPEKTIF BIOMEKANIK SUKAN
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
87/238
87
4.1.1. Satah dan aksis pergerakan
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
88/238
88
RUJUKAN POSISI ANATOMI & SATAH PERGERAKAN
ASAS MEMAHAMI PERGERAKAN MANUSIA
SATAH SAGITAL
Satah yg membahagikan jasad
kepada bahagian kiri dan
kanan.
SATAH FRONTAL
ANTERIOR DAN POSTERIOR
Rotasi
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
89/238
89
4.1.2. Terminologi pergerakan sendi
Abduksi &adduksi
Depresi & elevasi
Gelongsor
Eversi dan inversi
Fleksi
Fleksi-dorsi &
fleksi-plantar
Hiperesktensi
EktensiFleksi
Protraksi & retraksiPronasi & supinasi
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
90/238
90
4.1.3. Orientasi pergerakan
ORIENTASI PERGERAKANBERDASARKAN POSISI ANATOMI
Anterior (ventral)
Merujuk kpd semua orientasi
pergerakan yg mengarah ke
bahagian hadapan jasad.
Posterior (dorsal)
Merujuk kpd semua orientasi
pergerakan yg mengarah ke
bahagian belakang jasad.
Superior
Merujuk kpd semua
orientasi pergerakan
yang mengarah ke
bahagian atas jasad.
Inferior
Merujuk kpd semuaorientasi pergerakan
ke bahagian bawah
jasad.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
91/238
91
Lateral
Merujuk kepada semua
orientasi yg mengarah keluar jasad berdasarkan
aksis tubuh.
Medial
Merujuk kepada semua
orientasi yg mengarah ke
dalam jasad berdasarkan
aksis tubuh.
Intermediate
Merujuk kepada semua
orientasi yang mengarah ke
tengah jasad berdasarkan
aksis tubuh.
ProksimalMerujuk kpd semua
orientasi yg paling
hampir kpd
bahagian aksis jasad.
Distal
Merujuk kpd semua
orientasi yg paling
jauh dpd bahagian
aksis jasad.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
92/238
92
KINEMATIK:
4.2. Kinematik linear
4.2.1. Pergerakan linear
JENIS-JENIS PERGERAKAN
Pergerakan yang
terhasil apabila
berlaku putaran
jasad pada satu
paksi rujukan.
AngularPergerakan melibatkan
peralihan (translatory)
Linear
Pergerakan melibatkan
jasad beralih daripada
posisi asal ke posisi
baru.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
93/238
93
Pergerakan yg melibatkan
peralihan jasad dalam
laluan melengkung.
Pergerakan yg melibatkan
peralihan keseluruhan jasad
mengikut garis tegak; pada
kadar yang sama dari arah,
jarak & kelajuan
PERGERAKAN LINEAR
Rektilinear Curvilinear
PERGERAKAN ANGULAR
Pergerakan yang berlaku
pada paksi bayangan yang
dikenali sbg paksi putaran.
(axis of rotation)
Paksi putaran adalah
bersudut tepat dgn satah di
mana rotasi berlaku. Paksi
putaran ini boleh bersifat:(a) dalaman
(b) luaran.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
94/238
94
4.2.2. Pergerakan am
PERGERAKAN AM(general motion)
Pergerakan terhasil
daripada kombinasi
pergerakan linear &
angular.
Kemahiran sukan
banyak melibatkan
pergerakan am.
4.2.3. Sesaran, halaju dan pecutan
JARAK & SESARAN
Variabel kinematik yang mengukur
kadar peralihan sesuatu jasad.
Jarak linear diukur sepanjang
laluan pergerakan; sesaran linear
diukur berdasarkan garis tegak
peralihan dpd posisi asal ke posisi
baru.
Jarak angular mengukur berapa
besar perubahan sudut yang
berlaku berdasarkan pergerakan
jasad.
Sesaran angular mengukur
perubahan sudut berdasarkanposisi akhir jasad selepas beralih
daripada posisi asal.
Unit sesaran linear ialah meter (m);
Unit sesaran angular ialah radian.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
95/238
95
PECUTAN
Sekiranya perubahan halaju
meningkat, pecutan adalah positif.
Pecutan ialah kadar perubahan
halaju yang berlaku pada suatu
jeda masa.
Dalam pergerakan projektil, jasad
mengalami pecutan yang dikenali
sebagai pecutan graviti.
Sekiranya perubahan halaju
menurun, pecutan adalah negatif.
[Dikenali sebagaideceleration]
Kuantifikasi pecutan linear
PECUTAN LINEAR (a)
Halaju akhirHalaju awal
Perubahan Masa
a = v u / t
@ v = u + at
Kuantifikasi pecutanangular
PECUTAN ANGULAR ( )= 1 / t
Sekiranya tiada perubahan halaju,
pecutan adalah sifar, bermakna
jasad tidak mengalami pecutan.
NILAI PECUTAN
GRAVITI IALAH
9.81 m/s2
Bila berlaku peningkatan sesaran dpd
satu rangka masa, halaju akan turut
meningkat.
1
Bila sesaran tekal berdasarkan saturangka masa, halaju berkeadaan
malar.
2
Bila halaju malar, pecutan adalah
sifar.
3
Bila halaju mencapai tahap
maksimum, pecutan adalah sifar.4
HUBUNGKAIT MEKANIKAL
SESARAN, HALAJU & PECUTAN
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
96/238
96
4.2.4. Projektil
PROJEKTIL
Projektil ialah pergerakan jasad yang tersesar ke
udara dan jatuh semula ke bumi & hanya
dipengaruhi oleh daya semulajadi.
Range
Trajektori
Daya-daya semulajadi ini ialah graviti dan
rintangan udara.
Faktor-faktor yang mempengaruhi projektil
Tinggi Pelepasan
Sudut Pelepasan
Halaju Pelepasan
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
97/238
97
4.3 Kinematik angular
4.3.1. Jarak/sesaran angular
4.3.2. Halaju angular ()
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
98/238
98
KINETIK
4.4. Linear Kinetik
Pusat Graviti
Pusat graviti didefinisikan sebagai titik keseimbangan jasad. Penentuan pusat graviti sesuatu
jasad dipengaruhi oleh tumpuan taburan jisim jasad berdasarkan satah-satah anatomi yang wujud
dalam pergerakan. Bagi setiap jasad pegun, posisi pusat graviti adalah tetap dan jasad tersebut
akan berada di dalam keadaan yang dikenali sebagai ekuilibrium. [Konsep ekuilibrium akan
diperkenalkan dalam topik seterusnya].
Kestabilan dan Keseimbangan
Stabiliti merujuk kepada keadaan yang mampu membolehkan keseimbangan dikekalkan. Dalam
sukan, aspek stabiliti penting kerana mengekalkan keseimbangan adalah asas utama bagi
membolehkan atlet melakukan pergerakan kemahiran yang kompleks dengan baik. Penentuan
posisi stabil adalah berdasarkan kedudukan pusat graviti jasad.
Faktor - faktor mempengaruhi kestabilan
1. Pusat tarikan graviti: Jika pusat graviti beralih dari kawasan tapak sokongan
kestabilan akan berkurangan.
2. Pegun: Objek yang pegun lebih stabil daripada objek yang bergerak
3. Inersia: Objek yang mempunyai inersia yang tinggi lebih stabil daripada objek
yang mempunyai inersia rendah.
4. Luas tapak sokongan: Objek yang lebih luas akan lebih stabil.
5. Jisim: Objek lebih stabil apabila beratnya tertumpu pada tapak sokongan.
6. Pusat graviti: Objek lebih stabil jika pusat gravitinya lebih rendah
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
99/238
99
Tapak sokongan
Faktor utama dalam pemerolehan stabiliti ialah saiz dan bentuk tapak sokongan. Syarat untuk
mencapai stabiliti ialah dengan memastikan pusat graviti sentiasa berada di atas tapak sokongan.
Berdasarkan rajah di atas, situasi yang paling stabil adalah situasi di tengah. Ini kerana pusat
graviti berada di atas tapak sokongan yang paling luas, berbanding situasi-situasi di kiri dan
kanan.
Kestabilan juga dianggap sebagai keseimbangan posisi jasad bagi sesuatu keadaan sama ada
semasa jasad berada dalam keadaan statik atau dinamik. Stabiliti juga menjelaskan tentang
hubungkaitan antara berat atlet atau objek dan apa yang menyokong berat tersebut.
Hubungkaitan ini amat mempengaruhi keupayaan objek atau individu untuk bergerak atau
menahan sebarang pergerakan.
Beberapa prinsip stabiliti yang releven dengan situasi kesukanan adalah seperti berikut :
PRINSIP 1
Jasad semakin stabil apabila kedudukan pusat graviti semakin rendah.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
100/238
100
Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:
Gimnas artistik yang hilang keseimbangan akan secara automatik memfleksikan lutut. Aksi
fleksi lutut merendahkan posisi pusat graviti, jadi memudahkan jasad mencapai kembali
kedudukan stabil.
PRINSIP 2
Stabiliti yang lebih tinggi akan dicapai sekiranya tapak sokongan diluaskan pada arah tindakan
daya.
Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:
Dalam tenis, ketika membuat hantaran atau membalas pukulan, luaskan tapak sokongan pada
arah daya akan diaplikasi. Aksi meluaskan tapak sokongan secara abduksi kaki pada arah
pukulan menghasilkan posisi dirian yang lebih mantap.
PRINSIP 3
Jisim yang tinggi adalah jasad yang lebih stabil.
Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:
Bagi sukan yang berfokus kepada aspek kestabilan dan rintangan terhadap impak, atlet bertubuh
besar lebih berkemampuan mengekalkan stabiliti. Sebagai contoh, dalam sukan ragbi, pemain
berjisim tinggi lebih sesuai untuk posisi melakukan skrum. Semua ahli gusti sumo mempunyai
jisim badan yang berlebihan supaya sukar hilang stabiliti.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
101/238
101
PRINSIP 4
Untuk kestabilan maksimum, garis graviti perlu merentasi tapak sokongan pada titik: (a) yang
menghasilkan julat pergerakan yang tinggi, dan (b) yang berlawanan arah dengan daya yang
menghasilkan pergerakan.
Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:
Ketika menunggu hantaran balas dalam tenis, atau menunggu tendangan penalti dalam
bolasepak, pastikan garis graviti berada di bahagian tengah tapak sokongan. Situasi ini boleh
dicapai secara dirian dengan kaki diabduksi seluas bahu. Posisi begini selain menjamin tahap
stabiliti yang baik, turut memudahkan pertukaran arah pergerakan.
PRINSIP 5
Daya geseran yang tinggi pada tempat kontek permukaan dan jasad akan menghasilkan situasi
yang lebih stabil.
Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:
Penggunaan kasut-kasut sukan yang sesuai mengikut keperluan stabiliti sukan yang terlibat jelas
memperlihatkan aplikasi prinsip ini. Sebagai contoh, kasut tenis untuk gelanggang keras dan
kasut tenis untuk gelanggang tanah liat mempunyai struktur binaan dan corak tapak yang
berbeza.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
102/238
102
PRINSIP 6
Kestabilan dinamik lebih mudah dicapai sekiranya atlet memberi tumpuan visual terhadap objek
pegun.
Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:
Gimnas yang menghadapi kesukaran untuk mengimbangkan badan di papan imbangan
digalakkan untuk menumpukan kepada sesuatu peralatan yang tidak bergerak, seperti papan
skor, meja pengadil atau aparatusyang berdekatan.
4.5. HUKUM-HUKUM NEWTON DALAM PERGERAKAN
4.5.1.Hukum Newton Pertama HUKUM INERTIA
Pergerakan Linear
Jasad tidak akan menghasilkan pergerakan sekiranya tiada sebarang aplikasi daya ke atas jasadtersebut. Jasad yang bergerak tidak akan berhenti sekiranya tiada daya bertindak ke atasnya.
Pergerakan Angular
Sesuatu jasad akan kekal berada dalam keadaan asalnya (samada sedang pegun atau berputar
pada paksi rotasinya) sehingga wujud tindakan daya torque ke atas jasad tersebut.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
103/238
103
4.5.2. Hukum Newton Kedua HUKUM PECUTAN
Pergerakan Linear
Daya berhubungkait positif dengan pecutan. Konsep pecutan turut melibatkan daya yang terhasil
bila berlaku perubahan pada kadar halaju.
Pergerakan Angular
Pecutan jasad semasa pergerakan rotasi adalah berkadar terus dengan torque yang menghasilkan
pergerakan tersebut. Pecutan rotasi wujud pada arah yang sama dengan arah torque. Pecutan ini
berkadar songsang dengan momen inertia jasad tersebut.
4.5.3. Hukum Newton Ketiga HUKUM REAKS
Pergerakan Linear
Aplikasi sesuatu daya akan diiringi daya tindakan dengan magnitud yang sama tetapi pada arah
yang berlawanan.
Pergerakan Angular
Apabila torque jasad pertama diaplikasi ke atas jasad kedua, jasad kedua akan menjana torque
yang berlawanan, tetapi dengan nilai magnitud yang sama, ke atas jasad pertama
Daya dan Pergerakan
Setiap pergerakan dilakukan adalah hasil interaksi daya-daya yang bertindak ke atas jasad yang
menghasilkan lakuan tersebut. Daya juga membolehkan jasad berubah arah dalam pergerakan.
Secara amnya, daya boleh didefinisikan melalui persamaan berikut:
F = ma
[F ialah daya (force), m ialah jisim (mass) dan a ialah pecutan berdasarkan graviti
(acceleration)]
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
104/238
104
Setiap jenis daya mempunyai ciri-ciri yang terdiri daripada komponen-komponen daya menegak
dan daya mendatar. Daya resultan diperoleh hasil daripada interaksi kedua-dua komponen daya
ini ke atas jasad seperti yang digambarkan pada rajah 4.6. Kita tidak boleh melihat sifat-sifat
daya menegak dan daya mendatar. Namun interaksi komponen daya ini boleh direalisasikan
menerusi daya resultan. Sifat daya resultan diperlihatkan melalui kualiti pergerakan yang
dihasilkan.
Konsep halaju dalam pecutan
Halaju adalah kadar perubahan kelajuan pergerakan dalam satu tempoh masa. Pecutan pula
merupakan kadar perubahan halaju dalam satu tempoh masa.
Sekiranya halaju akhir pergerakan adalah lebih tinggi daripada halaju pergerakan, jasad
akan mengalami pecutan.
Sekiranya halaju akhir pergerakan adalah lebih rendah daripada halaju awal, pergerakan
jasad akan mengalami pecutan negatif (deceleration).
Sekiranya tiada perubahan antara halaju akhir dengan halaju awal, jasad bergerak malar
dan tidak mengalami sebarang pecutan.
Daya menegak
Resultan
Daya
mendatar
Rajah menunjukkan tindakan komponen
daya yang menghasilkan resultant.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
105/238
105
Oleh itu, jasad hanya boleh memecut sekiranya berlaku peningkatan halaju ketika berlaku
pergerakan.
Jenis-jenis Daya
Daya yang mempengaruhi pergerakan terdiri daripada daya dalaman dan daya luaran. Daya
dalamanialah daya yang dijana daripada penguncupan otot. Daya ini juga dikenali sebagai daya
intrinsik. Kuantiti daya dalaman yang mampu dihasilkan jasad adalah bergantung kepada saiz,
jenis otot dan ciri pelekatan otot tersebut pada sendi. Sebagai contoh, otot quadriceps mampu
menjana daya dalaman yang lebih tinggi berbanding otot gastrocnemius. Hal ini kerana saiznya
lebih besar dan pelekatannya pada sendi lesung membolehkan pencapaian julat pergerakan yang
luas.
Daya luaranpula merujuk kepada daya-daya yang wujud secara semulajadi dalam persekitaran.
Daya ini juga dikenali sebagai daya ekstrinsik. Tarikan graviti, geseran dan rintangan udara
adalah contoh daya luaran yang mempengaruhi kualiti pergerakan. Sebagai contoh, atlet boleh
memecut dengan lebih pantas jika memakai spike berbanding kasut trek yang biasa. Faktor
utama yang membezakan prestasi ialah geseran permukaan lebih tinggi yang diperoleh dengan
memakai spike. Geseran ini membolehkan otot terlibat menjana daya dalaman berdasarkanpotensi sebenar otot tersebut.
Tindakan daya ke atas sistem mekanikal jasad
Hasil akhir sesuatu lakuan adalah ditentukan oleh kaedah tindakan daya ke atas jasad yang
menghasilkan pergerakantersebut. Tindakan daya ini berlaku dalam konteks:
Magnitud Daya
Magnitud memberi pengertian saiz atau kuantiti daya yang diaplikasi. Magnitud daya yang besar
bermaksud kuantiti daya yang banyak. Sebagai contoh, jika kita mampu melonjak ke atas dengan
megnitud daya yang besar, maknanya kita mampu melompat dengan tinggi.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
106/238
106
Arah Daya
Arah daya bermaksud arah daya dialikasikan ke atas jasad. Sebagai contoh, jika arah aplikasi
daya adalah ke hadapan, jasad akan bergerak ke hadapan.
Titik Aplikasi Daya
Titik aplikasi daya ialah lokasi daya diaplikasikan dengan merujuk kepada pusat gravity pada
jasad. Sekiranya titik aplikasi daya selari dengan kedudukan pusat gravity, jasad akan
menghasilkan pergerakan linear. Pergerakan bersudut terhasil sekiranya titik aplikasi day atidak
selari dengan kedudukan pusat graviti.
Garis Tindakan Daya
Garis tindakan daya ialah garis lurus bayangan yang wujud melalui titik aplikasi serta arah
tindakan daya ke atas jasad. Garis tindakan ini adalah rujukan utama dalam menentukan
pencapaian kestabilan dinamik semasa kita sedang beraksi.
Keempat-empat aspek tindakan daya tersebut adalah perkara asas yang perlu dikaji dalam proses
melakukan analisis biomekanik kemahiran sukan. Dalam aplikasi sains sukan peringkat tinggi,
proses analisis biomekanik boleh dilakukan secara kualitatif. Kemahiran melakukan analisis-
analisis ini dengan tepat memerlukan kefahaman tinggi mengenai Hukum Newton dalammekanik pergerakan manusia.
Hukum Newton
Semua mekanik lakuan yang dipengaruhi oleh daya graviti mematuhi tiga Hukum Newton,
seperti berikut:
Hukum Pertama : Hukum Inersia
Inersia ialah kuantiti jasad yang mewujudkan rintangan terhadap perubahan pada jasad. Hukum
ini menyatakan bahawa jasad yang pegun kekal berada dalam keadaan pegun sehingga terdapat
aplikasi daya untuk menggerakkan jasad tersebut. Sebaliknya, jasad yang bergerak akan kekal
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
107/238
107
begerak sehingga terdapat aplikasi daya untuk menghentikan pergerakan tersebut. Jumlah daya
yang perlu untuk mengubah keadaan jasad tersebut adalah berkadar terus dengan jisim jasad
yang terlibat.
Dalam sukan, aplikasi Hukum Inersia adala berkait rapat dengan konsep stabiliti. Bagi sukan
yang memerlukan kestabilan tinggi seperti gusti, atlet yang bersaiz besar berpotensi untuk
mencapai prestasi tinggi. Hal ini demikian kerana daya yang tinggi diperlukan untuk mengatasi
inersia yang tinggi daripada jisim jasad yang besar. Pernahkah kita melihat ahli gusti sumo
berbadan kecil?
Sebaliknya, bagi sukan-sukan yang memerlukan pergerakan lincah dan perubahan arah seperti
gimnastik, atlet berbadan kecil lebih berpotensi mencapai prestasi tinggi kerana hanya sedikit
sahaja daya yang diperlukan untuk mengatasi inersia yang rendah daripada jisim jasad yang
kecil.
Hukum Kedua : Hukum Pecutan
Daya berhubung kait positif dengan pecutan. Pecutan ialah daya yang terhasil apabila berlaku
perubahan velositi pada jasad yang sedang mengalami pergerakan. Berdasarkan hukum ini, dayadihubungkaitkan dengan kadar perubahan pada momentum jasad.
Momentum merujuk kepada kuantiti mekanikal sesuatu jasad dan dipengaruhi oleh faktor-faktor
jisim dan halatuju jasad. Hubung kait ini boleh dinyatakan menerusi persamaan:
M = mv
[M ialah momentum, m ialah jisim dan v ialah velositi]
Perubahan momentum dalam jasad adalah sama dengan impuls. Impuls ialah panduan antara
daya dengan jangkamasa daya tersebut bertindak ke atas jasad. Penghasilan impuls yang tinggi
ketika sesuatu tindakan mempengaruhi kualiti pergerakan secara keseluruhan.
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
108/238
108
Aplikasi Hukum ini dalam sukan adalah berfokus kepada kepantasan aplikasi daya ke atas jasad.
Sebagai contoh, sekiranya kita menendang 0.5 kg bola dengan daya setinggi 10 N, daya pecutan
yang dihasilkan oleh bola semasa pergerakan ialah 20 m/s. Jika daya yang sama dikenakan ke
atas bola yang berjisim 1 kg, pecutannya akan menjadi berkurangan. Berdasarkan hukum ini ,
jika kita inginmemaksimukan penghasilan daya, kita perlu melakukan pergerakan dengan pantas
kerana situasi ini akan meminimumkan nilai t (kerana masa yang singkat) dan meniggikan nilai v
(kerana velositi pergerakan yang laju). Hasilnya ialah nilai F (daya) yang besar.
IMPULS
Impuls adalah paduan
di antara daya dgn
jangkamasa daya
tersebut bertindak.
Impuls penting dalam
kinetik lakuan kerana
pergerakan yg terhasil
dpd tindakan sesuatu
daya dipengaruhi oleh
tempoh daya tsbt
bertindak.Impuls = Daya x Masa
(Force x time)
= Ft[Unitnya ialah Ns]
Kuantifikasi impuls
-
5/26/2018 Nota Sains Sukan Tahap 1
109/238
109
MOMENTUM
Perubahan momentum
dalam jasa