Download - Nota khb tingkatan tiga
Nota KHB Tingkatan Tiga: Teras( Bab 1: Reka Cipta )KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN TIGA
BAB 1 : REKA CIPTA
Penghasilan produk baru atau pengubahsuaian produk yang mempunyai nilai komersial dan memenuhi keperluan serta kehendak pengguna.
Proses reka cipta :
1.1 Pengenalpastian masalah
Mengenal pasti masalah
Cth : alat tulis bersepah, sukar untuk dicari apabila diperlukan
Dokumen penting selalu hilang kerana tiada tempat simpan khas
Mengumpul maklumat dan data
Data : maklumat terperinci mengenai sesuatu masalah.Boleh diperolehi daripada katalog, lembaran spesifikasi dan manual produk.
Cara dapatkan maklumat :
- Pengalaman sendiri
- Pembacaan dan penyelidikan
- Soal selidik
- Melayari internet
- Lawatan
- Bimbingan guru
- Pemerhatian
Menganalisis maklumat
Kaji kekuatan dan kelemahan produk.Buat perbandingan.
Menyenarai idea penyelesaian masalah
- Dalam bentuk lakaran bebas projek
1.2 Pemilihan idea
Menilai dan memilih idea yang paling sesuai
Aspek yang diambilkira :
i. Keupayaan kendiri dari segi fizikal dan kemudahan sedia ada
ii. Pengetahuan dan kemahiran sedia ada
iii. Bahan & komponen sesuai, mudah didapati, kos rendah & tidak membebankan
iv. Cara pembuatan produk mudah
v. Kepentingan produk boleh menyelesai masalah dan memenuhi keperluan pengguna
vi. Mesra alam
1.3 Perekaan projek
Proses untuk membentuk projek yang hendak dikeluarkan.
Rujuk rajah 1.5 m.s 10 ( carta alir proses perekaan projek )
Melakar beberapa reka bentuk projek
1.4 Pemilihan reka bentuk
Menilai dan memilih konsep reka bentuk
Faktor utama penilaian reka bentuk :
i. Fungsi - berfungsi dengan berkesan
ii. Rupa bentuk – sesuai & menarik
iii. Kesesuaian bahan – sesuai & mudah diperolehi
iv. Kaedah binaan – sesuai & mudah
v. Ketahanan – tahan lasak
vi. Kos – tidak terlalu tinggi
vii. Kemasan – sesuai & menarik
viii. Keselamatan – selamat digunakan
ix. Nilai komersial – berpotensi untuk dipasarkan
Menbuat lukisan kerja berdasarkan lukisan unjuran ortografik
1.5 Perancangan pembinaan projek
Dilakukan dengan sistematik.
Mengenal pasti bahan dan kesesuaiannya
Sesuai dengan ketahanan projek
Mengenal pasti dan memilih alatan
Proses Alatan tangan yang sesuai
Mengukur & menanda
Pita pengukur, pensel, pembaris keluli, sesiku L, tolok serong
Memotong Gergaji tangan, gergaji putting,gergaji lengkung halus
Membentuk Pahat tepi serong, kikir parut
Mencantum Tukul kuku kambing, tukul warrington, gandin kayu
Kemasan Berus cat, berus syelek, pengikis, penyembur cat
Membuat jadual kerja dan mengira kos pengeluaran
Kos bahan, upah, overhed dan pengeluaran untuk 100 unit.
1.6 Pembinaan, pengujian dan pengubahsuaian projek
Mengukur, menanda dan memotong
Gunakan alat yang sesuai
Membina dan mencantum bahagian projek
Pembinaan tanggam, mengglu, memaku, memasang skru dan meribet.
Bahan & alatan mesti sesuai
Memeriksa dan menguji sambungan dan pemasangan
Memastikan projek kukuh & berfungsi
Menguji dan menilai projek
Memastikan projek berfungsi sepenuhnya.
Sebarang pengubahsuaian dilakukan pada peringkat ini.
Membuat kemasan
Bahan ; tepung penyumbat, syelek, lekar, cat dan pelekat
Tujuan :
i. Menghasilkan permukaan licin & cantik
ii. Melindungi permukaan projek
iii. Memudahkan kerja pembersihan
iv. Selamat untuk digunakan
Bahan kemasan Pelarut
Syelek Spirit metil
Lekar & tona kayu Thinner
Cat licau Turpentin
1.7 Pendokumentasian
Dalam bentuk folio
Mengumpul dan merekodkan maklumat berkaitan projek yang dibina
Dokumentasi : laporan lengkap secara bertulis mengenai projek yang telah disiapkan.
1. Tajuk projek atau nama produk : Rak pelbagai guna
2. Latar belakang :
i. Pernyataan masalah : Meja bersepah kerana ruang menyimpan tidak sesuai
ii. Produk sedia ada : tidak sesuai, kurang menarik dan penggunaan terhad
iii. Cadangan projek : menyediakan satu rak pelbagai guna
3. Objektif dan fungsi produk :
Menyimpan alat tulis dan kotak cakera padat
4. Deskripsi produk
i. Bahan dan komponen
- Menyenaraikan semua bahan dan komponen yang digunakan untuk membuat produk dari segi jenis, kuantiti dan kos
ii. Jadual kerja
- Merekod aktiviti semasa pembinaan secara sistematik
iii. Lukisan kerja
- Mengandungi lukisan kerja projek yang akan dibuat & maklumat yang berkaitan dengan pembinaan
iv. Pembinaan
- Menyenaraikan langkah2 kerja dalam pembinaan projek
- Menyatakan jenis pengujian yang dilakukan untuk menguji pemasangan & penyambungan
- Keputusan ujian perlu dilaporkan
5. Rujukan atau bibliografi
- senarai bahan rujukan
6. Lampiran
Membuat persembahan projek
Tujuan :
- Menyatakan ciri-ciri projek seperti fungsi, jenis bahan, kos dan keistimewaan projek
- Merangkumi pengenalpastian masalah perancangan projek, pembinaanprojek,
kemasan dan pengiraan kos
- Menyatakan masalah yang dihadapi ketika menjalankan proses penghasilan
projek
- Memberi maklumat tepat dan jelas
- Menyediakan bahan-bahan yang dapat membantu persembahan dan harus
disediakan seperti gambar dan carta
- Mendapatkan komen membina daripada kawan dan guru
- Memperbaiki kualiti produk
Bab 4: TEMPAT KEDIAMAN
DEFINISI: Tempat tinggal yang boleh memberi perlindungan bagi sesebuah keluarga
JENIS RUANG TEMPAT KEDIAMAN
Ruang sosial = Ruang tamu, Ruang makan
Ruang kerja = Stor, Dapur
Ruang persendirian = Bilik Tidur, Bilik Mandi
KESELESAAN TEMPAT KEDIAMAN
PENGUDARAAN –Dapat menjamin keselesaan
*Kepentingan
-Menentukan udara masih segar-Mengelakkan bau kurang menyenangkan-Menentukan kesihatan yang baik
PENCAHAYAAN
*Pencahayaan am-Menerangi seluruh bilik tanpa halangan
*Pencahayaan terus- Memancar ke satu arah sahaja
*Pencahayaan tidak langsung-diperoleh daripada pantulan cahaya ke siling atau dinding dan dibalikkan ke ruang sekitarnyaseprti lampu hiasan dinding
SKEMA WARNA
*Warna lembut- Mewujudkan suasana sejuk tenang dan harmonis
- Ruang kecil kelihatan lebih luas
- Siling yang rendah kelihatan tinggi
- Biru muda, hijau muda dan merah jambu
*Warna Terang- Mewujudkan suasana ceria dan cerah
-Ruang kecil kelihatan luas
-Siling yang rendah kelihatan tinggi
-Merah, jingga dan kuning
*Warna Gelap –Mewujudkan suasana tenang dan redup
- Ruang besar kelihatan lebih kecil
- Siling yang tinggi kelihatan rendah
- Biru tua dan ungu tua
LANTAI DAN PENUTUP LANTAI
*Ciri-ciri lantai yang baik -cantik
-kukuh
-tidak licin
-senang dijaga
*Jenis-jenis lantai
· Lantai simen- serambi,stor
· Lantai mozek- dapur,bilik mandi
· Terazo -bilik tetamu
· Marmar -bilik tetamu
· Parket-bilik tidur, bilik tetamu, tangga
*Jenis penutup lantai ialah permaidani, linolium dan vinil.
*Pemilihan penutup lantai menjamin keselamatan, keteguhan dan memudahkan penjagaan.
ALATAN & KELENGKAPAN
* Tempat kediaman memerlukan perabot dan kelengkapan untuk kemudahan dan keselesaan penghuninya.
*Perabot dan kelengkapan perlu disusun dengan sistematik supaya
· udara dapat beredar dengan baik
· tidak menghalang laluan
· kemalangan dapat dielakkan
KESELAMATAN
-Pilih alatan kelengkapan mengikut keutamaan dan pastikan ia dalam keadaan baik dan popular supaya alat ganti mudah diperolehi
-Peralatan elekrikda peraltan yang tajam digunakan dan disimpan dengan baik
-Jenis lantai sesuai dengan fungsi ruang
-Sediakan alat pemadam api
PENJAGAAN TEMPAT KEDIAMAN
JENIS KETERANGAN CONTOH
Pembersihan Harian
Ø Dilakukan setiap hari
Ø Kerja yang ringan dan ringkas
Ø Dilakukan dalam masa yang singkat
Ø Menyapu
Ø Mencuci pakaian
Ø Membuang sampah
Ø Menyusun buku
Pembersihan mingguan
Ø Dilakukan pada hujung minggu
Ø Masa yang lebih lama
Ø Ada pembahagian tugas
Ø Mengelap tingkap & perabot
Ø Mencuci tandas
Ø Memvakum
Ø Mengemop lantai
Pembersihan Berkala
Ø Dilakukan pada masa cuti
Ø Begotong-royong bersama ahli keluarga
Ø Menukar langsir
Ø Membersih kipas
Ø Membersih stor
Alat pencuci
BIL ALAT PENCUCI KEGUNAANNYA
1 Berus siling Membersih siling dan dinding
2 Sekuji Mengelap lantai
3 Penyapu rami Menyapu permukaan lantai licin
4 Penyapu lidi Menyapu lantai papan&konkrit
5 Penyapu sabut/plastik
Menyapu permukaan lantai yang tidak licin
6 Berus tandas Mencuci mangkuk tandas
7 Mop lantai Mengelap lantai
Agen pencuci
BIL AGEN PENCUCI KEGUNAANNYA
1 Sabun Menghilangkan kotoran
2 Detergen Mencuci kotoran
3 Peluntur Menghilangkan kotoran degil
4 Pembasmi kuman Membunuh kuman
FAKTOR PEMILIHAN PERABOT DAN KELENGKAPAN TEMPAT KEDIAMAN
Ø Saiz ruang
Ø Saiz Perabot
Ø Skema Warna
Ø Keceriaan
Ø Keselamatan
Ø Bilangan ahli keluarga
SUSUN ATUR ALATAN DAN KELENGKAPAN DI RUANG DAPUR
AKTIVITI PENERANGAN
Meja Kerja Ø Diletakkan berhampiran dengan sink dan dapur untuk mengurangkan pergerakan
Ø Berada pada ketinggian yang sesuai untuk memudahkan kerja
Peti Sejuk Ø Diletakkan jauh daripada dapur bagi mengelakkan terkena haba yang panas
Ø Berdekatan dengan meja kerja supaya dapat memudahkan kerja
Sink Ø Diletakkan di tepi tingkap untuk mendapat pencahayaan dan pengudaraan yang baik
Dapur Ø Berada pada ketinggian yang sesuai untuk memudahkan kerja
Ø Diletakkan jauh daripada bahan mudah terbakar
Ø Diletakkan berhampiran dengan meja kerja untuk mengurangkan pergerakan