Download - Mudball
Mudball EM secara ringkasnya adalah bola lumpur yang dicampurkan dengan larutan EM, iaitu Effective Microorganism Solution yang mengandungi banyak mikroorganisma termasuk bakteria laktik asid, yis dan. bakteria fototrofik. Apabila ia digunakan, ia akan mendorong pembentukan mikroflora dalam air, iaitu asas utama ekosistem dalam sungai dan laut. Air secara tidak langsung akan dibersihkan melalui rantaian makanan dari planton dan ikan kecil. Mudball mengandungi mikroorganisme baik yang berfungsi menghapuskan patogen yang terkandung di dalam air yang tercemar. Em Mudball berfungsi untuk mengurangkan lumpur yang berkerak dalam kolam ternakan atau sungai dan menstabilkan p.h air . Teknologi ini berasal dari Jepun dan diimport oleh Kerajaan Malaysia melalui Indonesia.
Cara-cara membuat Em Mudball
1. Bahan-bahan membuat EM Mudball
2. Sediakan Cecair EM
3. Masukkan dedak beras ke dalam cecair EM
4. Campuran larutan sehingga rata
5. Campuran untuk dedak dan EM
6. Campur ke tanah merah
7. Campur sehingga rata
8. Mula buat bola lumpur EM
9. Bola lumpur diletak dalam kotak penapaian
10. Tutup bekas
11. Selepas seminggu
12. Bola lumpur EM sedia dipakai