Transcript
Page 1: mplng - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1313/1/JWIK_2007_Bil19...bermula dengan kerja-kerja mengetam ... sebelum dimasukkan ke dalam lesung kayu

• Oleh Adnan Jahaya

mplng Masih Warnai Kehidupan

Masyarakat Desa

5 uatu ketika dahulu kegiatan mengemping atau menumbuk em ping bagaikan satu acara wajib di kawasan desa terutama setiap kali menjelangnya musim menuai.

Sehingga lewat malam, irama daripada alu yang tingkah meningkah menggamit kesyahduan apatah lagi, sesekali kegiatan mengemping itu turut diiringi dengan gesekan biola atau persembahan muzik asli.

Bagaikan pesta desa, irama mengemping berdendang di segenap ruang kampung ketika malam bulan mengambang sebagai menandakan musim menuai yang hampir tiba.

Kini irama itu kian lenyap ditelan arus modenisasi namun di Kampung Ujong Bukit yang terletak kira-kira enam kilometer dari Kangar, irama silam itu masih lagi berkumandang dan berupaya mengembalikan nostalgia yang hilang.

PER BAD A NAN PER PUS T A KAA N A W AM NEG E RIP E R Ll S

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Page 2: mplng - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1313/1/JWIK_2007_Bil19...bermula dengan kerja-kerja mengetam ... sebelum dimasukkan ke dalam lesung kayu

JURNAL JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA NEGER I PERLIS

Para penduduk kampung tradisional itu menyediakan ruang untuk tanaman padi pulut untuk dijadikan emping dan di situ para penggemar em ping segar sanggup menunggu lama untuk menikmati keenakan yang tersendiri.

Emping diproses menggunakan padi pulut dan ia bermula dengan kerja-kerja mengetam (memungut) padi di sawah menggunakan sejenis alat yang dinamakan sebagai "ketam':

Padi yang terkumpul diletakkan di atas tikar dan diceraikan dari tangkainya menggunakan tempurung dan padi itu kemudiannya digoreng sehingga panas sebelum dimasukkan ke dalam lesung kayu.

Biasanya lesung dibuat daripada batang pokok yang besar termasuk pokok asam manakala alu diperbuat daripada beberapa batang pokok termasuk Tui.

Selepas padi dimasukkan ke dalam lesung, ia mula ditumbuk secara bertingkah oleh dua orang penumbuk atau lebih daripada itu dengan salah seorang daripadanya akan turut memegang 'pengucai' yang diperbuat daripada buluh.

Pengucai itu digunakan bagi mengawal padi atau em ping yang mungkin tercampak di luar kawasan tumbukan alu supaya ia dikembalikan semula ke dasar lesung.

Oi kampung yang indah dengan landskap semula jadi seperti bukit-bukit batu kapur itu, kira-kira

PER BAD A NAN r E R PUS T A KAA N A W AM NEG E RIP E R LI S

sepuluh keluarga masih terbabit dengan kegiatan mengemping dan mereka menjadi penyumbang kepada tarikan pelancong ke kampung itu.

Antara mereka ialah Wan Intan Saad, 73, yang sejak lebih enam dekad lalu terbabit dalam kegiatan mengemping.

Bagi warga emas yang masih bertenaga itu, tradisi mengemping perlu diteruskan kerana ia semakin dilupakan terutama oleh generasi muda.

Katanya, proses mengemping dilakukan secara tradisional kerana ia akan mengimbau nostalgia meskipun prosesnya agak lambat bagi maksud komersial.

"Emping boleh dimakan dengan kopi atau nira nipah. Bagaimanapun ia tetap enak dimakan dengan nyiur kukur'; kata Wan Intan yang cukup peramah.

Katanya, selain menunggu musim menuai, emping juga ditumbuk sebagai persediaan majlis kenduri kerana ia akan menjadi sarapan kepada orang ramai.

... Para penduduk kampung tradisional itu menyediakan ruang untuk tanaman padi

pulut untuk dijadikan emplng ...

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Page 3: mplng - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1313/1/JWIK_2007_Bil19...bermula dengan kerja-kerja mengetam ... sebelum dimasukkan ke dalam lesung kayu

Watisan 'InGteta Kayangan JURNAL JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA NEGERI PERLIS

000 '''Z~unan dulu l' allli h~nra keeung yang herisi elllping

sebagai bckalan untuk kernana-lnana dan sekarallg keeung akan h~uni gUllakan

untuh pchulcong." ...

Beliau berkata, em ping sering dijadikan makanan seisi keluarga dan sejak zaman silam, ia jarang dijual kecuali dikendurikan bersama serawa nangka.

Wan Intan berkata, kegiatan menjual em ping bermula sekitar awal tahun lapan puluhan kerana permintaan yang tinggi daripada peminat emping.

Katanya antara jenis pulut yang popular untuk diproses sebagai em ping ialah pulut gantung alu, pulut kumboi, pulut galah dan pulut hitam.

Sementara itu, Halijah Yahaya, 50, berhasrat untuk mengembangkan kegiatan mengemping di kampung itu dan bercadang untuk mewujudkan kawasan khas bagi tanaman pulut.

"Kami cadang nak sediakan kawasan berhampiran sungai untuk tanaman pulut. Emping akan gamit pelancong ke Ujong Bukit. Kami akan jual em ping pada kadar RM 10 sekilogram," kata suri rumah itu.

Halijah berkata,apabila cadangan itu direalisasikan kelak, mereka juga akan menggunakan kaedah tradisional untuk menyimpan emping iaitu menggunakan raga mengkuang yang dikenali sebagai kecung.

. :

"Zaman dulu kami bawa kecung yang berisi emping sebagai bekalan untuk kemana-mana dan sekarang kecung akan kami gunakan untuk pelancong," katanya .

Halijah berkata, emping yang tidak ditampi boleh tahan sehingga sebulan manakala yang telah melalui proses tampi hanya enak dimakan dalam tempoh dua minggu.

Bagi Sabariah Ismail, 39, bel iau tetap bersedia untuk menjalankan kegiatan mengemping bersama para penduduk lain di kampung itu.

Petani itu begitu cekap menggunting tangkai padi menggunakan sejenis alat yang dikenali sebagai ketam sebagai proses awal mengemping.

Sementara itu, seorang lagi penduduk yang sering terbabit dengan kegiatan mengemping, Abdul Karim Saad yang juga Timbalan Ketua Cawangan Umno Ujong Bukit berkata, kampung itu telah dikenal pasti sebagai kampung budaya dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana para penduduk di situ turut mengusahakan Homestay.

Para pelancong yang tiba di kampung itu akan dipersembahkan dengan kegiatan kebudayaan yang masih segar di kampung itu termasuk hadrah dan muzik asli dan jika kena pada musimnya, mereka akan turut dihidangkan dengan emping.

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis


Top Related