Download - Miskonsepsi Masa danWaktu Tahun 1(1)
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
Kesukaran:
Menyatakan nama bulan dalam setahun di kalangan murid Tahun 1.
Contoh soalan:
Senaraikan nama bulan yang terdapat dalam setahun dengan melengkapkan petak-
petak diberi.
KESUKARAN 2
TAJUK: MASA DAN WAKTU
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
Kesalahan yang dilakukan:
Biasanya terdapat ramai murid tahun 1 tidak mampu menyenaraikan kesemua 12
nama bulan dalam setahun dengan betul.
Penyelesaian yang sepatutnya:
Menamakan semua bulan dalam setahun seperti berikut:
1. Januari
2. Februari
3. Mac
4. April
5. Mei
6. Jun
7. Julai
8.
9.
10.
11.
12.
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
8. Ogos
9. September
10. Oktober
11. November
12. Disember
Langkah penyelesaian:
1. Murid yang belum tahu diminta mencari maklumat tentang bulan kelahirannya sendiri
dengan bertanya kepada ahli keluarga pada hari sebelumnya.
2. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. Setiap ahli kumpulan dilekatkan dengan
nombor 1 hingga 6.
3. Setiap ahli kumpulan bergerak ke kumpulan baharu mengikut nombor yang
dilekatkan tadi. Murid diminta bertanya kepada rakan-rakannya dalam kumpulan
baharu tentang bulan kelahiran mereka dan mencatatnya pada sekeping kertas yang
disediakan (Rujuk Lampiran 2).
4. Semua murid kembali ke kumpulan asal dan membentangkan hasil dapatan masing-
masing. ketua kumpulan menyenaraikan semua bulan yang dapat dikumpul oleh ahli-
ahli kumpulannya. Setiap kumpulan diberikan satu kalendar lengkap dari bulan
Januari hingga Disember untuk dibandingkan dengan jawapan mereka (Rujuk
Lampiran 3). Ketua kumpulan melaporkan hasil dapatan mereka.
5. Murid diminta menyebut dan mengeja nama setiap bulan secara berulang kali.
6. Murid diajarkan lagu dibawah supaya mereka boleh mengingati turutan bulan-bulan
ini dengan lebih mudah:
7. Murid melengkapkan lembaran kerja mengandungi soalan seperti contoh diatas
secara individu.
Januari, Februari, Mac
April, Mei, Jun, Julai, Ogos,
September, Oktober, November
Yang terakhir Disember
(Melodi lagu A,B,C.)
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
Aktiviti sebegini dipilih bagi membolehkan murid meneroka sendiri nama-nama bulan yang
ada supaya mereka boleh mengingatinya dengan lebih baik. Menghafal turutan bulan
dengan cara menyanyi dapat menarik minat murid dan membantu murid mengingatinya
dengan lebih berkesan.
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
LAMPIRAN 2
Tuliskan nama rakan anda beserta bulan kelahirannya.
BIL NAMA RAKAN BULAN KELAHIRAN
1
2
3
4
5
6
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
LAMPIRAN 3
Teliti nama-nama bulan yang terdapat dalam kalendar di bawah. Bandingkan
dengan nama bulan yang telah anda senaraikan.