Buletin JKEES, Bil. 3 (Jul—Sept 2016) - 1
Edisi 2016: Bil. 3
Kandungan...
Aktiviti Pelajar:
Innovate Malaysia Design Com-
petition 2016
2
Lawatan Penandaras :
Universiti Teknologi Petronas
ke JKEES
3
Lawatan:
Prof. Rabah W. Aldhaheri—King
Aziz University
4
Minggu Kualiti 2016:
Senarai Pemenang JKEES
5
Kursus Dalaman Kakitangan:
Kursus Teknikal TekSmart Lab
6
Kursus Dalaman Kakitangan:
Bengkel Prosedur Kerja
Peralatan Makmal Pengajaran
JKEES 2016
7
Laporan Bergambar ( Jul—Sept
2016)
8
Sidang Editor
Penasihat
Prof. Dr. Norbahiah Misran
Ketua Editor
Dr. Muhammad Faiz Bukhori
Editor
Cik Aida Baharuddin
En. Ahmad Yunus Misdi
Editor Bersekutu
Dr. Gan Kok Beng
Dr. Mohd Faisal Ibrahim
Prof. Dr. Mohammad Tariqul Islam
Pn. Farizah Ansaruddin
Jurufoto
En. Ahmad Yunus Misdi
UNIVERSITI
KEBANGSAAN
MALAYSIA
Edisi 2016: Bil. 3 01 Jul—30 Sept 2016
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem
Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina
Sidang Editor, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 603-8911 8393 ; Faks : 603-8911 8359 ; E-mel : [email protected] ; Laman sesawang : www.ukm.my/jkees
Program Minggu Mesra Mahasiswa FKAB
telah diadakan pada tarikh 29 Ogos 2016 (Isnin) dengan tajuk aktiviti Kembara Buyong Abdul-lah dengan tema Menginsankan Teknologi. Aktiviti Kembara Buyong dilaksanakan mengi-kut kreativiti jabatan seperti secara “treasure hunt” atau “explore race”. Pelajar dibahagikan dalam kumpulan diberi masa untuk mencari tempat, makmal, studio atau bengkel bagi mem-bolehkan mereka menyediakan tugasan ini. Pelajar akan menjelajah fakulti khususnya di makmal-makmal jabatan dan mengenalpasti sebarang teknologi yang mana kemudiannya diterjemahkan ke bentuk yang mudah difahami oleh semua masyarakat sejagat. Teknologi yang dimaksudkan ini merangkumi peralatan, proses, fungsi, operasi, binaan/bentuk dan lain-lain. Bentuk yang mudah difahami pula bermaksud satu bentuk penyampaian yang senang untuk difahami seperti sajak, lakonan, tuntas, binaan semula dan lain-lain mengikut kreativiti pelajar supaya ia dapat dimanfaatkan dan dihargai se-penuhnya. Objektif daripada aktiviti ini adalah untuk memupuk semangat cintakan masyarakat me-lalui rungkaian daya kreativiti dalam menjelas-kan suatu perkara yang kompleks kebentuk
yang mudah untuk difahami, dihayati, serta dihargai disamping mengekalkan nilai-nilai murni. Tugasan ini dilakukan secara berkum-pulan dan akan dinilai mengikut jabatan masing-masing. Berlangsung dengan jayanya pada 29 Ogos 2016, aktiviti ini bermatlamat untuk memperke-nalkan pelajar baru di jabatan dengan perseki-taran jabatan, makmal, kakitangan dan memupuk semangat kerja berkumpulan. Pro-gram bermula seawall jam 8.00 pagi di mana pelajar berkumpul di kawasan parker di hadapa Tasik Kejuruteraan untuk urusan pembayaran jaket FKAB dan penyerahan fail pelajar. Pelajar seterusnya berkumpul di DI1 untuk sesi taklimat dan pembahagian kumpulan. Setelah itu pelajar menyiapkan 12 tugasan yang meminta mereka ke tempat-tempat penting di jabatan seperti pejabat am, pejabat dekan, per-pustakaan, dan makmal-makmal pengajaran jabatan. Pelajar di minta menyiapkan tugasan di setiap lokasi dan perlu mendapatkan tandatan-gan dan cop kakitangan terlibat. Aktiviti be-rakhir pada jam 3.30 dan diteruskan dengan pembentangan pelajar secara berkumpulan Disediakan oleh: Aida Baharuddin
MINGGU MESRA MAHASISWA
KEMBARA BUYONG ABDULLAH
Buletin JKEES, Bil. 3 (Jul—Sept 2016) - 2
Edisi 2016: Bil. 3
Innovate Malaysia Design Competition merupakan acara
tahunan yang dianjurkan oleh Dream Catcher Consulting Sdn Bhd. Pertandingan ini merupakan pertandingan rekacipta keju-ruteraan yang terbesar di Malaysia. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar tahun akhir dalam bidang kejuruteraan, Komputer sains, matematik dan sains. Tujuan pertandingan ini adalah untuk mempromosikan budaya inovatif dalam reka-bentuk kejuruteraan, mengatasi masalah sebenar di dunia dengan penyelesaian kejueuteraan yang praktikal, mencungkil bakat dalam pembangunan produk, penyelidikan dan pengkomersialan.
Syarikat teknologi termasuk Altera, Intel, Keysight, Math-Works, Microsoft, CeDEC, Motorola Solutions, National In-struments, SilTerra, ViTrox and Dreamcatcher merupakan penganjur bersama dalam pertandingan tahunan ini. Ia disokong oleh Ministry of Education, Talent Corp Malaysia, MDEC, IEM, Techsqurce danTerasic. Pada tahun ini seramai 850 pelajar telah memohon dan 550 pelajar telah disenarai-pendekkan untuk menjalani latihan industi. Hanya 104 pelajar berjaya maju ke peringkat akhir (Grand Finale) di Hotel Equa-torial Penang pada 9 August 2016.
Pelajar tahun akhir JKEES, Chong Hao Ann dan Ng Ai Lee dibawah penyelian pensyarah kanan JKEES Dr Gan Kok Beng
telah berjaya mara ke Grand Finale. Tajuk projek mereka adalah Development of Automated Triage System for Emergency Medical Services. Triaj ialah satu proses untuk membantu pembantu pega-wai perubatan menjustifikasi dan mengkategori pesakit mengikut keadaan pesakit. Biasanya, pesakit perlu menunggu di kaunter triaj pada tempoh yang lama. Proses triaj di wad kecemasan adalah secara manual.
Projek ini bertujuan mengautomasikan proses triaj sediada di wad kecemasan. Sistem triaj yang dibina terdiri daripada modul-modul bioperubatan, penderia dan antaramuka pengguna grafik yang dibina menggunakan perisian Microsoft V isual Studio. Tanda-tanda kesihatan, sindrom dan aduan utama yang diperolehi da-ripada pesakit akan dianalisiskan oleh system ramalan yang telah dibina menggunakan kaedah random forest. Kategori triaj pesakit akan dipaparkan secara serta-merta pada skrin. Sistem triaj automatik yang dibina oleh Chong Hao Ann dan Ng
Ai Lee telah dipamerkan di Hotel Equatorial Penang pada 9 Au-
gust 2016 semasa Grand Finale Innovate Malaysia Design Compe-
tition 2016 (Rajah 1). Akhirnya, Chong Hao Ann dan Ng Ai Lee berjaya mendapat Consolation Prize di Microsoft Track.
Disediakan oleh: Dr. Gan Kok Beng
AKTIVITI PELAJAR:
INNOVATE MALAYSIA DESIGN COMPETITION 2016
Buletin JKEES, Bil. 3 (Jul—Sept 2016) - 3
Edisi 2016: Bil. 3
LAWATAN PENANDARAS:
UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS KE JKEES
Pada 1 Ogos 2016, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan
Sistem (JKEES) UKM telah menerima kunjungan wakil daripada
Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (JKEE), Universiti Teknologi Petronas (UTP) seramai 3 orang. Lawatan yang diketuai
oleh Prof. Madya Ir. Dr. Nursyarizal Mohd Nor, Timbalan Ketua
Jabatan JKEE UTP adalah bertujuan untuk mengadakan sesi tanda-aras program sarjanamuda kejuruteraan elektrik dan elektronik. Sesi
lawatan dimulakan dengan penerangan ringkas mengenai jabatan
dan struktur kurikulum oleh Dr. Mohd Faisal Ibrahim, penyelaras
program sarjanamuda kejuruteraan elektrik dan elektronik UKM. Kemudiannya, sesi yang diadakan di bilik mesyuarat gunasama
JKEES-JKMB ini diteruskan dengan penerangan mengenai amalan
pembelajaran berasaskan hasil (OBE) yang disampaikan oleh Dr. Gan Kok Beng mewakili Jawatankuasa UP3 Jabatan. Seterusnya,
sesi soal-jawab dan perkongsian amalan dimulakan dengan persoa-
lan berkaitan kurikulum program yang dijalankan di UKM. Antara
isi-isi penting yang dibincangkan adalah struktur kurikulum, projek ‘capstone’, kaedah penilaian, perjalanan makmal, beban pelajar,
latihan industri, kaedah pemantauan pelajar, dan iCGPA. Sesi per-
kongsian ini yang berlangsung selama hampir 1 jam 30 minit di-akhiri dengan perbincangan mengenai potensi untuk melakukan
kolaborasi penyelidikan dalam bidang-bidang kejuruteraan elektrik
dan elektronik di antara UKM dan UTP. Sesi lawatan tersebut telah
berakhir pada jam 1.00 tengah hari dengan penyampaian cenderama-ta.
Disediakan oleh: Dr Mohd Faisal Ibrahim
Buletin JKEES, Bil. 3 (Jul—Sept 2016) - 4
Edisi 2016: Bil. 3
On 5th August 2016, the UKM Micro-
wave Laboratory was visited by Professor Rabah W. Aldhaheri, from the Department of Electrical & Computer Engineering, of King Abdul Aziz University. He came for the day-long trip to discuss about a collab-orative research proposal, and he has also shared his views with fellow UKM re-searchers. Prepared by: Prof. Dr. Mohammad Tariqul Islam
LAWATAN:
PROFESSOR RABAH W. ALDHAHERI—KING ABDUL AZIZ UNIVERSITY
Buletin JKEES, Bil. 3 (Jul—Sept 2016) - 5
Edisi 2016: Bil. 3
MINGGU KUALITI 2016:
SENARAI PEMENANG JKEES
PERTANDINGAN MINGGU KUALITI 2016
FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA
KATEGORI INOVASI PENAMBAHBAIKAN PROSES KERJA (PROTOTAIP)
1 Air Cooling Fan Motor En. Mohd Firdaus Hafidzuddin (K)
En. Mohammad Nazmi Abd Razak
En. Muhd Nuurul Iman Osman Talib
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & SIstem
2 EAZYDUZT
En. Mohd Shahril Dzulkiflee (K)
En. Arman Sham Abdul Wahid
En. Sayed Osman Sayed Badri
En. Rosmizam Ithnin
En. Mohamad Aizam Adzha Jamaluddin
En. Ahmad Nazri Mohd Ali
En. Muhammad Najib Senin
Pejabat Dekan &
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & SIstem
3 Papan Litar Pematrian SMD Cik Nor Jaziha Mat Jalil (I)
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem
SAGUHATI Bekas Komponen Elektronik dengan Konsep ‘Pigeon Hole’
Pn. Siti Zaida Hj Md Yasir (K)
Efawaty Jaffar
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem
KATEGORI 5S (MAKMAL)
1 Penambahbaikan Penyusunan Kedudukan Komputer di Makmal Mikrokomputer
Pn. Faridah Ahmad (K)
En. Noraidi Tawel
Pn. Rosiah Basir
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem
2 Konsep 5S bagi Ruang Kerja di Makmal Gelombang Mikro
Pn. Darlina Bakri (K)
En. Mohd Rokhaizat Jamaluddin
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem
SAGUHATI Susun Bahan Kimia Mengikut Kelas dan Tempat yang Sesuai
Pn. Fauziah binti Ramli (K)
Pn. Siti Zaida Md Yasir
En. Muhammad Najib Senin
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem
Disediakan oleh:
Aida Baharuddin
Buletin JKEES, Bil. 3 (Jul—Sept 2016) - 6
Edisi 2016: Bil. 3
Kursus peralatan TekSmartlab telah diadakan pada 6 hingga
8 September 2016 di Makmal Tahun 2 Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem (JKEES). Kursus ini dikendalikan oleh En. Tan Sun Liang, Jurutera Teknikal syari-kat Measurement & Metrology Sdn Bhd. Kursus ini dianjurkan khusus untuk kakitangan teknikal jabatan dan pensyarah yang mengajar kursus makmal kerana ia merupakan set peralatan baru untuk kegunaan kursus Makmal Elektrik dan Elektronik II (KL2152) yang mula digunakan pada Semester 1 Sesi 2016/2017. Jabatan telah membeli 12 set peralatan ini yang mana setiap set merangkumi 4 unit alat pengukuran iaitu Osi-loskop 100 MHz, multimeter digital, pembekal kuasa dan pen-jana fungsi (Function Generator). Set peralatan ini memang lazim di makmal pengajaran JKEES namun keunikan TekSmartlab adalah semua set disambungkan secara rangkaian bersepadu melalui satu modem dengan komputer server yang mempunyai perisian TSL3000B. UKM adalah universiti tem-patan pertama yang mempunyai peralatan pengajaran Teksmartlab jenama Tektronix ini yang berasaskan rangkaian. Peralatan ini juga sesuai digunakan untuk pelajar bagi aktiviti pertandingan rekabentuk litar elektronik selain menjalankan ujikaji mengikut modul yang ditentukan.
Kursus yang dikendalikan secara teori dan praktikal ini telah memberi pelbagai ilmu baru dan peningkatan kemahiran teknikal kepada kakitangan JKEES kerana ia beroperasi be-rasaskan rangkaian dan mempunyai perbezaan spesifikasi teknikal berbanding pemasangan alat-alat pengajaran lain di JKEES yang dipasang secara konvensional. Antaranya kaedah mudah untuk mengujilari peralatan, pemasangan litar menggunakan dual fungsi voltan pada alat multimeter dan pemantauan peralatan yang mengalami kerosakan atau kesi-
KURSUS DALAMAN KAKITANGAN:
KURSUS TEKNIKAL TEKSMART LAB
lapan pemasangan secara maya. Ia dipantau oleh komputer server yang memberi kemudahan kepada petugas makmal dan pensyarah untuk mengenalpasti ralat pada pemasangan set peralatan, peman-tauan keputusan ujikaji pada paparan osiloskop di setiap work-bench dan penghantaran keputusan ujikaji oleh pelajar secara atas talian semasa ujikaji dijalankan. Setiap workbench mempu-nyai kod QR yang akan didaftarkan oleh petugas makmal untuk diimbas menggunakan telefon pintar bagi proses penghantaran maklumat antara peralatan dan komputer tersebut. Kakitangan juga diberi peluang membuat pemasangan litar menggunakan set ini berpandukan modul latihan yang disediakan oleh Tektronix.
Disediakan oleh: Pn. Farizah Ansarudin
Buletin JKEES, Bil. 3 (Jul—Sept 2016) - 7
Edisi 2016: Bil. 3
KURSUS DALAMAN KAKITANGAN:
BENGKEL PROSEDUR KERJA PERALATAN MAKMAL PENGAJARAN JKEES 2016
Bengkel Prosedur Kerja Peralatan (Equipment Operational Pro-
cedure-EOP) telah dikendalikan secara dua siri. Bengkel EOP Siri I diadakan pada 9 Ogos 2016 di Makmal Tahun 2 JKEES. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Ketua Pegawai Sains, Puan Farizah Ansarudin. Bengkel ini bertujuan untuk mengemaskini prosedur kerja peralatan pengukuran di semua makmal pengaja-ran JKEES dan mewujudkan pengkalan data peralatan makmal dalam laman sesawang JKEES. Ini merupakan salah satu usaha untuk penambahbaikan terhadap mutu perkhidmatan makmal secara berterusan selain untuk mempromosikan perkhidmatan makmal JKEES. Bengkel EOP Siri I dibahagikan mengikut kum-pulan seperti jadual di bawah. Bengkel ini dibincangkan secara berkumpulan bagi merangka prosedur penggunaan peralatan yang baru dan mengemaskini prosedur yang sedia ada. Setiap kumpulan membincangkan kaedah mudah untuk merangka prosedur ini sebagai rujukan
kepada pelajar sebelum menjalankan ujikaji. Prosedur ini juga bertujuan untuk menggalakkan pelajar mengamalkan ciri-ciri keselamatan semasa menggunakan peralatan makmal dan mem-bantu mengelakkan kerosakan pada peralatan terutama oleh pela-jar-pelajar Tahun 1. Bengkel EOP Siri 2 telah diadakan pada 28 September 2016 untuk pembentangan hasil bengkel. Setiap kumpulan telah mem-bentangkan prosedur-prosedur yang telah dirangka. Pemben-tangan semua prosedur ini disemak oleh Ketua Pegawai Sains dan Penyelaras Makmal, En Hilmi Sanusi. Pengesahan terakhir terhadap semua EOP dilakukan selepas setiap kumpulan membu-at tindakan pembetulan. Penggunaan EOP baru bagi semua peralatan ini telah dikuatkuasakan bermula Semester 1, Sesi 2016/2016. Bagi Kumpulan 4, pengkalan data untuk semua sena-rai peralatan makmal pengajaran dan penyelidikan akan dimuatnaik di laman sesawang JKEES secara menyeluruh pada Januari 2017. Pengkalan data ini dapat membantu visibiliti perkhidmatan makmal dan fasiliti penyelidikan di JKEES untuk pelajar dalam dan luar UKM.
Kumpulan 1 (Makmal Tahun 1 dan Tahun 2) Osiloskop Pembekal Kuasa Multimeter Digital Penjana Fungsi Curve Tracer
Kumpulan 2 (Makmal Tahun 3 dan Makmal Projek Pelajar) Peralatan Ujikaji Tahun 3 (Cellular Mobile Trainer, Lab-view) Papan Ujikaji Elektronik – Integrated Digital Laboratory (IDL) Osiloskop Modular Osiloskop Berspesifikasi Tinggi Alat GPS
Kumpulan 3 (Makmal PCB, Makmal Mikrokomputer dan Makmal Mesin Kuasa) Papan Elektronik Kuasa Motor Aruhan Transmission Line EPROM Eraser IC Tester Semua Alat Makmal PCB (CNC Drilling Machine, Rotary Spray, Etching, Laminating Machine)
Kumpulan 4 (Pengkalan Data Peralatan – Laman Sesawang JKEES) Senarai peralatan makmal pengajaran dan penyelidikan dimuat naik dalam laman sesawang
Buletin JKEES, Bil. 3 (Jul—Sept 2016) - 8
Edisi 2016: Bil. 3
LAPORAN BERGAMBAR
25.08.2016
Pengaturcaraan Scratch Pelajar Tahun Satu SMK
16.08.2016
National Science Challenge 2016
29.08.2016
Kembara Buyong Abdullah Minggu Mesra Mahasiswa
Buletin JKEES, Bil. 3 (Jul—Sept 2016) - 9
06-08.09. 2016
Kursus TekSmartLab
28.09.2016
Bengkel Prosedur Kerja Peralatan Siri II
24.09.2016
Bengkel Pengenalan Automasi Menggunakan
LAPORAN BERGAMBAR