1 . TAJUK KAJIAN:
i
MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI SEKSYEN EMPAT, BANDAR BARU BANGI,
HULU LANGAT, SELANGOR
2. SENARAI KANDUNGAN
BIL ASPEK M/S
1 TAJUK KAJIAN i
2 SENARAI KANDUNGAN ii
3 PENGHARGAAN 1
4 PENDAHULUAN 2
5 OBJEKTIF KAJIAN 3
6 KAWASAN KAJIAN 4
7 KAEDAH KAJIAN 7
8 DAPATAN KAJIAN 8
9 RUMUSAN 17
10 LAMPIRAN
11 RUJUKAN
12 PENILAIAN UMUM
ii
3. PENGHARGAAN
Saya bersyukur kerana dapat nenyiapkan dapatan kajian ini pada masa yang
ditetapkan oleh pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi.
Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Jalan Empat , Bandar Baru Bangi , Pn Hajah Ronizan binti
Mohamad kerana membenarkan saya menjalankan Kajian Geografi Tempatan(KGT) di
kawasan kajian. Beliau juga menyediakan borang kebenaran untuk menemu bual
responden di kawasan kajian. Selain itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
guru mata pelajaran saya , Pn.Rukiah binti Suhid kerana beliau banyak memberi
bimbingan serta tunjuk ajar kepada saya.
Tidak ketingalan juga , ibu saya, Pn. Santhi A/P vello kerana banyak memberi
sokongan kepada saya .Beliau juga menolong saya untuk mendapatkan bahan-bahan yang
tertentu. Di samping itu , saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-
kawan saya iaitu Muhammad Wazif bin Sallehudin, Muhamad Aiman bin Rosli dan Syed
Najmi bin Syed Kamarulzaman .Kami bekerjasama antara satu sama lain untuk
menyiapkan kerja khursus geografi ini. Tidak terlupa , saya juga mengucap ribuan terima
kasih kepada pihak responden, En.Zamri bin Abu Bakar kerana memberi kerjasama
untuk mengisi borang soal selidik.
1
4. PENDAHULUAN
Nama saya ialah Shaktivell A/L Sevasundram. Tajuk kerja khursus Kajian Geografi
Tempatan(KTG) ialah Migrasi Dalaman Penduduk di Seksyen Empat, Bandar Baru
Bangi, Selangor. Saya telah memilih Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat,
Selangor sebagai kawasan kajian saya.
Saya telah mengambil masa selama tiga bulan iaitu daripada bulan Mac 2010
hingga Jun 2010 untuk menyiapkan kerja khursus ini dengan sempurna.Faktor-faktor
saya memilih Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat, Selangor sebagai kawasan
kajian saya kerana kawasan ini merupakan dinamik penduduk. Perpindaan penduduk
sentiasa berlaku.Peluang-peluang pendidikan dan pekerjaan merupakan faktor menarik
disini. Pemilihan tajuk migrasi dalaman penduduk akan dapat memberi banyak maklumat
tentang pola migrasi dalaman, kesan, masalah dan seterusnya membantu saya
memikirkan cadangan yang sesuai.
2
5.OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kajian ini untuk mencapai objektif-objektif berikut:
Menyatakan dan menhuraikan konsep migrasi penduduk di Seksyen 4, Bandar
Baru Bangi, Selangor
Menyatakan dan menhuraikan pola migrasi penduduk di Seksyen 4, Bandar Baru
Bangi, Selangor
Mengenalpasti dan menghuraikan faktor yang mepengaruhi migrasi dalaman di
Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor
Menyenaraikan dan menghuraikan kesan migrasi penduduk di Seksyen 4, Bandar
Baru Bangi, Selangor
Menyatakan dan menghuraikan cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman
penduduk Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor
Menyatakan dan menyerapkan nilai dan unsur patriotisme terhadap Seksyen 4,
Bandar Baru Bangi, Selangor
3
6.KAWASAN KAJIAN
Nama kawasan kajian saya ialah Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Kawasan tersebut terletak di zon Bangi, daerah Selangor. Kawasan ini mempunyai
penduduk yang padat yang terdiri daripadi imigran dari negeri-negeri yang lain. Terdapat
juga imigran dari luar negara.
Dari segi lokasinya, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor terletak di kawasan
tanah beralun. Kawasan kajian ini disaliri dengan bantuan sungai-sungai yang utama
Sungai Kajang dan Sungai Ramal. Pada awalnya, kawasan ini merupakan kawasan
penanaman kelapa sawit dan getah yang diuruskan oleh pengurus ladang West Country.
Kini, kawasan ini dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS).
Bandar Baru Bangi dibangunkan dengan lima belas seksyen antaranya ialah Seksyen 4,
Bandar Baru Bangi, Selangor merupakan kawasan kajian saya
Kawasan kajian ini boleh dihubungi dengan bandar Kajang melalui Jalan Reko
dengan jarak lima kilometer sahaja. Sementara itu bandar raya Kuala Lumpur terletak di
utara kawasan kajian saya yang berjarak lima belas kilometer. Kawasan kajian ini amat
sesuai untuk menjalankan kajian saya yang bertajuk Migrasi Dalaman Penduduk di
Seksyen Empat, Bandar Baru Bangi, Selangor. Dari segi dinamik penduduk, kawasan ini
mempunyai perubahan penduduk sama ada dari segi saiz penduduk, jantina penduduk
dan golongan umur penduduk. Ini kerana kawasan kajian ini merupakan kawasan tarikan
untuk migrasi dalaman.
4
7.KAEDAH KAJIAN
Beberapa kaedah kajian telah digunakan untuk memenuhi kehendak dapatan kajian saya.
Antara kaedah kajian yang saya telah gunakan ialah:
1. Pemerhatian
Saya memerhati aktiviti harian penduduk Seksyen 4, Bandar Baru Bangi,
Selangor. Terutamanya 20 orang responden yang saya pilih sebagai sampel kajian
saya.
2. Soal selidik
Saya mengunakan borang soal selidik untuk mengkaji kawasan Seksyen 4,
Bandar Baru Bangi, Selangor. Melalui borang soal selidik, saya memperolehi
maklumat seperti data bangsa, jantina, bilangan ahli keluarga, taraf pendidikan,
pekerjaan, dan sebab, kesan dan langkah migrasi penduduk.
3. Rujukan
Saya mengunakan kaedah kajian rujukan dengan melayari internet seperti laman
web (http//:www.worldmap.com)
7
8.DAPATAN KAJIAN
8.1 Konsep migrasi penduduk
Migrasi penduduk merupakan pergerakan penduduk dari satu kawasan ke satu
kawasan yang lain yang disebabkan oleh faktor tarikkan dan tolakan. Faktor tarikan
seperti peluang pekerjaan, pendidikan, kemudahan infrasruktur dan lain-lain lagi. Faktor
tolakan adalah seperti kekurangan hiburan, kurang kemudahan asas dan lain-lain lagi.
Contohnya, pergerakan penduduk dari luar bandar ke bandar untuk melanjutkan pelajaran
di universiti-universiti tempatan seperti Universiti Melaya dan Institusi Swasta.
8.2 Pola migrasi penduduk di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor
Pola migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar terdapat di kawasan kajian saya.
Dari dapatan kajian saya, semua responden seramai 20 orang responden merupakan
penduduk yang berpindah masuk ke kawasan kajian ini. Contohnya, hampir lapan
belas(80%) orang reponden mencari peluang pekerjaan di samping meningkatakan taraf
hidup.
Pola migrasi dari bandar ke luar bandar dapat dikesan di kawasan kajian saya. Faktor
tolakan seperti kos hidup yang tinggi menyebabkan dua orang responden berpindah dari
kawasan kajian saya ke bangi lama(luar bandar) yang teretak 20 kilometer di selatan
kawasan kajian.
8
Nilai patriotisme yang diamalkan oleh penduduk Seksyen 4, Bandar Baru Bangi,
Selangor ialah berbanga diri dengan kemajuan yang dicapai oleh kawasan kajian saya.
8.3Faktor-foktor yang mempengaruhi migrsi dalaman
Faktor peluang pekerjaan kilang-kilang seperti Sony Malaysia Sendirian Berhad ,
Hitachi Snd.Bhd, Denso Snd.Bhd dan lain-lain lagi yang menawarkan peluang
pekerjaan dengan intestif gaji pokok berserta bonus dan cuti perubatan dan tahunan.
Faktor arahan majikan yang mendorong penduduk berpindah masukke kawasan
kajian saya. Pegawai-pegawai kerajaan seperti guru, pensyarah dan kakitangan perubatan
berpindah masuk atas arahan kenaikan pangkat atau penempatan semula. Contohnya,
perpindahan masuk pensyarah ke Universiti Kebangsaan Malayasia dan guru ke Sekolah
Menengah Jalan Empat. Daripada dapatan kajian saya hampir 12 respondan (60%) seperti
dalam jadual 1 dan graf 1.merupakan penduduk yang diaraahkan berpindah oleh majikan.
Peluang pendidikan juga merupakan faktor tarikan yang mendorong perpindahan
masuk penduduk. Daripada dapatan kajian saya, lima keluarga(25%) dari negeri lain
menetap di kawasan kajian untuk mendapat peluang pendidikan di institusi pengajian
tinggi seperti Universti Kuala Lumpur, Politek MARA, Institut Perguruan Islam dan
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Faktor darjah kertersampaian merupakan faktor yang amat menarik minat responden
9
kerana kawasan kajian Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor di hubungi secara
langsungmelaui lebuhraya PLUS ke bandaraya Kuala Lumpur dengan hanya jarak 15
kilometer dan 10 minit jangka masa untuk sampai ke pusat bandar raya. Hampir lima
belas responen(75%) memilih faktor darjah ketersampaian.
Nilai patriotisme mencintai negara Malaysia mendorong penduduk di Seksyen 4,
Bandar Baru Bangi, Selangor menghayati keindahan-keindahan kota raya Kuala Lumpur.
10
Tajuk : Jadual menunjukkan factor penghijrahan respondan ke kawasan kajian
Bil. Faktor Penghijrahan Respondan Peratus
1. Arahan majikan 12 60%
2 Peluang pendidikan 5 25%
3 Dargah ketersampaian 15 75%
Sumber : Soal selidik 2010
11
Tajuk : Graf bar menunjukkan faktor penghijrahan respondan ke kaw kajian
Arahan majikan Peluang pendidikan Darjah ketersampaian0
1
2
3
4
5
6
7
8
Darjah ketersampaianPeluang pendidikanArahan majikan
8.4 Kesan migrasi dalaman penduduk di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor
Pertambahan penduduk merupakan kesan positif di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi,
Selangor. Bilangan penduduk bertambah bagi setiap isi keluarga. Daripada dapatan kajian
saya semua responden seramai 20 orang sudah berkeluarga dan mempunyai bilangan
anggota keluaraga antara empat hingga enam orang anak.
Taraf hidup meningkat memberi kesan positif kepada penduduk Seksyen 4, Bandar
Baru Bangi, Selangor. Purata pendapatan isi rumah di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi,
12
Selangor ialah RM 6000- RM 10 000. Kebanyakan penduduk(80%) memiliki rumah
sendiri dan ada responden memiliki rumah yang kedua yang disewakan. Keseua
responden yang diberi borang soal selidik mempunyai pendidikan yang tinggi.
Kesan negatif seperti kesesakan jalan raya tidak dapat di atasi terutamanya “peak
hours”. Pada waktu pagi dari pukul tujuh hingga tujuh setenggah pagi, waktu kesekolah
9
dan dari tujuh setenggah hingga lapan pagi waktu masuk kerja, kesesakan jalan raya
berlaku diseluruh Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor. Begitu juga dengan waktu
petang iaitu dari pukul lima setenggah petang hingga lapan petang.
Pencemaran alam sekitar merupakan antara kesan negatif daripada migrasi dalaman
penduduk di kawasan kajian saya. Pencemaran udara berpunca daripada asap kenderaan.
Pencemaran bunyi daripada kenderaan dari jalanraya-jalanraya utama tidak dapat
dielakan, pencemarai air sungai Ramal dan Sungai Kajang berpunca daripada penduduk
yang berlebihan.
Masalah sosial merupakan kesan negatif yang mengancam golongan remaja di Seksyen
4, Bandar Baru Bangi, Selangor. Kebanyakan golongan remaja tidak diawasi oleh ibu
bapa yang sibuk dengan urusan kerja. Kemudahan-kemudahan hiburan seperti kafe siber,
pencapaian internet dengan jalur lebar, kemudahan taman-taman rekriasi dan outlet
perniagaan seperti makanan segera, burger dan lain lain lagi mengalakkan budaya kuning
13
di kalangan remaja di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor
Nilai patriotisme yang diamalkan oleh penduduk kawasan kajian, yang sentiasa ingin
meningkatakan taraf hidup ialah bangga diri dengan kemajuan yang dicpai oleh kawasan
kajian saya.
14
Tajuk :Rajah menunnjukkan kesan migrasi dalaman di kawa kajian
a) Pertambahan penduduk a) Kesesakan jalan raya b) Taraf hidup meningkat b) Pencemaran alam sekitar
c) Masalah sosial
15
Kesan Migrasi dalaman
Kesan positif Kesan negatif
8.5 Cadangan untuk mengatasi kesanmigrasi dalaman penduduk
Pembinaan rumah pangsa akan dapat mengatasi kesesakan penduduk di kawasan
kajian saya. Tapak perumahan baharu perlu dikhaskan untuk pembinaan rumah pangsa
dengan kemudahan “lift”, keselamatan dan tempat letak kereta.
Pembinaan jejantas, penambahan unit polis trafik, penambahan bas sekolah akan dapat
mengurangkan kesesakan lalulintas di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Mewujudkan rukun tetangga membantu mengurangkan masalah sosial di kawasan
kajian saya. Anggota-anggota sukarelawan rukun tetangga boleh mengadakan rondaan di
“hotspot” untuk mengawal masalahkeruntuhan akhlak remaja.
Nilai patriotisme prihatin terhadap masyarakatan perlu diamalkan oleh setiap warga
Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor.
16
9.RUMUSAN
Dapatan kajian menunjukkan Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor merupakan
tarikan kepada migrasi pedalaman penduduk. pelbagai faktor tarikan seperti peluang
pekerjaan, kemudahan infrastuktur dan darjah ketersampaian bukan sahaja meningkatkan
taraf hidup penduduk, malah meninggalkan beberapa kesan negatif seperti kesesakan
penduduk dan jalan raya.
Penebus pengunaan tanah terbiar seperti bekas paya air tawar untuk tujuan
perumahan akan dapat mengurangkan kesesakan penduduk. Penduduk seharusnya
memberi kemudahan insentif modal untuk membinarumah kediaman di kawasan luar
bandar yang terletak dalam dargat ketersampaian.
Nilai patriotisme bertanggungjawab dan menhargai sumber utama tanah supaya
setiap ruang tanah di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor mengunakan ruang tanah
dengan produktif.
17
10.LAMPIRAN
Lampiran 1
Lampiran 2
Lampiran 3