Kenapa percayakan kesihatan keluarga anda pada yang lain?
Pakar dunia dalam peluntur pembasmi kuman
Membunuh 99.9% kuman.
TAB Consumer-BM-CS5-FINAL-Vertical.indd 1 10/6/11 3:32 PM
Ke Arah Dunia Yang Lebih SihatPembasmi kuman pilihan ramai, Peluntur Clorox® telah melindungi
kehidupan manusia di seluruh dunia selama hampir 100 tahun. Hari
ini, ia digunakan secara meluas di hospital, rumah warga emas,
pusat jagaan kanak-kanak, restoran dan tempat-tempat lain di mana
kebersihan adalah amat mustahak. Ia juga digunakan untuk membantu
semasa krisis kesihatan awam seperti ketika bencana alam dan
penularan wabak penyakit. Diperbuat daripada garam dan air, Peluntur
Clorox® adalah produk yang boleh anda percayai untuk membantu
menjadikan rumah anda tempat yang lebih sihat untuk diri anda dan
mereka yang tersayang.
THE CLOROX COMPANY 1221 Broadway, Oakland, CA 94612, USA. www.clorox.comCLOROX (MALAYSIA) SDN BHD Suite B-13-D3, Plaza Mont’ Kiara, No 2 Jalan Kiara, Mont’ Kiara, 59480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Pakar dunia dalam peluntur pembasmi kuman
TAB Consumer-BM-CS5-FINAL-Vertical.indd 2 10/6/11 3:32 PM
Kuasa Di Dalam Peluntur Clorox®
Kuasa Peluntur Clorox® berpunca daripada bahan aktifnya, dipanggil natrium hipoklorit. Dipuji oleh para saintis untuk beberapa dekad kerana ia berkesan dan sebatian peluntur paling murni yang boleh didapati, ia pertama kalinya ditemui pada lewat tahun 1700 oleh saintis Perancis, Berthollet. Pada tahun 1800, penyelidikan terhadap kuasa eletrik menjadikan penghasilan natrium hipoklorit lebih mudah dengan hanya menyalurkan tenaga eletrik melalui air garam. Keberkesanannya yang tidak dapat ditandingi sebagai pembasmi kuman telah diumumkan selepas itu oleh Louis Pasteur, ahli mikrobiologi Perancis yang sangat dikenang kerana penemuan-penemuan hebat, termasuklah imunisasi dan proses pempasturan.
Pada tahun 1913, lima pelabur yang berjaya, telah memulakan satu perusahaan (yang seterusnya menjadi The Clorox Company) untuk menghasilkan Peluntur Clorox® daripada natrium hipoklorit. Diantara pelanggan terawal mereka adalah kedai dobi, kilang, gudang memproses buah kenari (walnut) dan syarikat air perbandaran. Setelah bertahun-tahun membuat kajian saintifik dan inovasi, syarikat itu telah berjaya menghasilkan peluntur untuk kegunaan di rumah.
TAB Consumer-BM-CS5-FINAL-Vertical.indd 4 10/6/11 3:33 PM
Menyelamatkan Nyawa Kisah Tentang Peluntur
Di medan peperangan.Peluntur pernah digunakan sebagai ejen anti-bakteria untuk menyelamatkan nyawa sesetengah askar yang cedera semasa Perang Dunia Pertama (sebelum penemuan penisilin) dan Perang Dunia Kedua.
Semasa program angkasa lepas.Pada tahun 1969, kapal angkasa Apollo telah dibasmi kuman dengan menggunakan peluntur setibanya di Bumi.
Di hospital.Peluntur adalah pembasmi kuman yang dipercayai di dalam usaha untuk membasmi pencemaran silang di hospital.
Semasa bencana alam.Peluntur digunakan semasa bencana alam untuk membasmi kuman di dalam air dan membantu mengawal pencemaran.
Di sekolah.Sekolah Rangkaian Keselamatan Makanan Amerika Syarikat mengesyorkan penggunaan peluntur di kawasan penyediaan makanan untuk mengurangkan pencemaran yang boleh menyebabkan kanak-kanak jatuh sakit.
TAB Consumer-BM-CS5-FINAL-Vertical.indd 5 10/6/11 3:33 PM
Membunuh 99.9% kuman1.Kebanyakan pembasmi kuman lain perlu digunakan tanpa dicairkan agar ia boleh membunuh kuman. Jika anda inginkan lebih kepastian, periksa label dengan teliti dan lihatlah sendiri.
Sumber:
1. Rutala, WA & Weber, DJ (1997), Uses of Inorganic Hypochlorite (Bleach) in Health-Care Facilities. Clinical Microbiology Reviews, 10(4): 597-610.2. World Health Organization (2007) Infection prevention and control of epidemic- and pandemic-prone acute respiratory diseases in health care.
WHO Interim Guidelines, Epidemic and Pandemic Alert and Response.3. Centers for Disease Control and Prevention (2009) Preventing the Spread of Influenza (the Flu) in Child Care Settings: Guidance for
Administrators, Care Providers, and Other Staff. Infection Control, Centers for Disease Control and Prevention.
Disyorkan oleh pihak berkuasa kesihatan.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)2 dan
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat3 mengesyorkan penggunaan peluntur untuk membunuh virus, bakteria dan
kulat, dan seterusnya membantu menghentikan penyebaran jangkitan.
TAB Consumer-BM-CS5-FINAL-Vertical.indd 6 10/6/11 3:33 PM
Peluntur Clorox® membunuh hampir setiap kuman yang diketahui boleh menyebabkan penyakit
VirusAdenovirus 2 (Penyakit Respiratori), Avian Influenza (Selsema Burung), Coxsackie Virus B3 (Penyakit Tangan Kaki dan Mulut), Cytomegalovirus (Penyakit Respiratori), Hepatitis A/B/C (Hepatitis A/B/C), Human Coronavirus (Jangkitan Respiratori & Gastrousus), Herpesvirus Jenis II (Kudis), Human Immunodeficiency Virus [HIV] (AIDS), Influenza A (Selsema Virus), Influenza A[H1N1] (Selsema H1N1), Influenza A2 (Selsema Virus), Norovirus [FCV] (Keracunan Makanan [Jangkitan Virus Perut]), Respiratori Syncytial Virus (Jangkitan Respiratori), Parainfluenza 1 (Selsema, Sakit Tekak, Radang Paru-Paru, Brokitis), Rhinovirus (Selsema), Rotavirus (Cirit Birit, Keracunan Makanan), Rubella Virus (Rubela), Varicella-Zoster Virus [Human Herpesvirus III] (Demam Campak, Cengkering)
KulatAspergillus niger (Aspergillosis [Jangkitan Paru-Paru]), Candida albicans (Candidiasis [Seriawan, Jangkitan Kulat]), Trichophyton mentagrophytes (Athlete’s Foot [Jangkitan Kulat Kronik])
BakteriaAcinetobacter baumannii (Radang Paru-paru, Jangkitan Saluran Kencing), Campylobacter jejuni (Keracunan Makanan), Clostridium difficile [C. diff]* (Cirit-Birit, Penyakit Usus), Escherichia coli O157:H7/EHEC (Keracunan Makanan), Klebsiella pneumoniae (Radang Paru-Paru), Legionella pneumophila (Legionellosis, Radang Paru-Paru), Listeria monocytogenes (Listeriosis), Methicillin-Resistant Staphylococcus aureus [MRSA] (Jangkitan Kulit & Aliran Darah), Mycobacterium tuberculosis (Tuberculosis [Batuk Kering]), Pseudomonas aeruginosa (Jangkitan Paru-Paru, Radang Paru-Paru), Salmonella enterica serovar Choleraesuis (Salmenollosis, Keracunan Makanan), Shigella dysenteriae/Shigella shigae (Shigellosis, Cirit-Birit), Staphylococcus aureus [Staph] (Keracunan Makanan), Streptococcus pyogenes [Group A Strep] (Radang Paru-Paru), Streptococcus pneumoniae (Radang Paru-Paru), Vancomycin-resistant Enterococcus faecalis [VRE] (Keracunan Makanan, Jangkitan Kulit)
Sumber: Clorox® Regular Bleach, EPA Reg. No. 5813-50
TAB Consumer-BM-CS5-FINAL-Vertical.indd 7 10/6/11 3:33 PM
Peluntur Clorox® Satu Produk, Banyak Kegunaan
Jangan Setakat Membersih, Basmi Kuman Sama Sekali.MEMBERSIH mengeluarkan kotoran untuk menjadikan permukaan kelihatan bersih, tetapi tidak menghapuskan kuman. Lebihan kuman boleh dipindahkan ke permukaan lain. MEMBASMI KUMAN menghapuskan virus, bakteria dan kulat yang boleh menyebabkan anda sakit.
PENTING: Pastikan sukatan cairan adalah tepat mengikut arahan pada label untuk hasil pembersihan dan pembasmian kuman yang terbaik. Semua cairan adalah berdasarkan Peluntur Clorox® Original. Untuk varian lain, sila rujuk label untuk arahan sukatan cairan.
TAB Consumer-BM-CS5-FINAL-Vertical.indd 8 10/6/11 3:33 PM
Bilik Mandi & Tandas Permukaan Dapur
Mainan Plastik
*Sila rujuk label produk atau layari www.clorox.com untuk arahan penggunaan
Lantai
Air Minuman Ruang Tamu
Peluntur Clorox® adalah ideal untuk membasmi kuman pada*:
TAB Consumer-BM-CS5-FINAL-Vertical.indd 9 10/6/11 3:33 PM
Bersih dan basmi kuman tandas anda1. Pam tandas.2. Tuangkan 1 cawan (250ml) Peluntur Clorox® Original ke
dalam mangkuk tandas.3. Sental seluruh mangkuk tandas dengan berus.4. Biarkan selama 5 minit.5. Pam sekali lagi.
Menghapuskan kesan kulat1. Basuh, lap atau bilas dengan air.2. Campurkan 250ml Peluntur Clorox® Original di
dalam 4 liter air.3. Sapukan larutan peluntur tersebut.4. Biarkan selama 5 minit.5. Bilas sepenuhnya dan biarkan kering.
Membersihkan mangkuk makanan dan minuman haiwan peliharaan anda1. Basuh mangkuk dengan detergen dan bilas.2. Campurkan larutan 1 sudu makan Peluntur Clorox®
Original ke dalam 4 liter air.3. Isikan mangkuk dengan larutan peluntur.4. Biarkan selama 2 minit, kemudian bilas dan biarkan kering.
Mencuci papan pemotong plastik1. Basuh papan pemotong dengan air panas dan sabun.2. Sapukan dengan larutan 1 sudu makan Peluntur
Clorox® Original dengan 4 liter air.3. Biarkan selama 2 minit, kemudian biarkan kering.
Membasmi kuman mainan plastik yang keras
1. Basuh, lap atau bilas dengan air.2. Cairkan 1 cawan 250ml Peluntur Clorox® Original
di dalam 5 liter air.3. Rendam sepenuhnya mainan di dalam larutan
peluntur selama 5 minit.4. Bilas sepenuhnya, kemudian biarkan kering.
TAB Consumer-BM-CS5-FINAL-Vertical.indd 10 10/6/11 3:33 PM
Menjadikan air selamat untuk diminumSekiranya anda berhadapan dengan situasi di mana bekalan air tercemar dan anda tidak dapat mendidihkan air untuk 5 minit, anda boleh mencipta air yang boleh diminum dengan menggunakan peluntur. Begini caranya:1. Tapis mendapan daripada air atau biarkan ia mendap ke bahagian bawah.2. Pindahkan air ke bekas yang bersih dan tambah 8 titik Peluntur Clorox® Original ke dalam 4
liter air (2 titik bagi setiap 1 liter).3. Biarkan air ini selama 30 minit.4. Air yang telah dirawat sepenuhnya sepatutnya mempunyai sedikit bau klorin. Jika tidak, ulang
langkah-langkah tadi dan biarkan air tersebut untuk 15 minit lagi.5. Air yang telah dirawat adalah selamat untuk diminum.
Tip: Air yang telah dirawat boleh menjadi lebih enak untuk diminum dengan menuangnya beberapa kali ke dalam bekas bersih yang lain.
Memutihkan fabrik sambil menghilangkan kotoran, kesan dan bau detergen
Untuk Mesin Basuh
1. Cairkan 1 cawan (250ml) Peluntur Clorox® Original ke dalam 4 liter air.
2. Tambahkan ke dalam basuhan selepas 5 minit kitaran basuhan sudah bermula.
Tip: Membasuh bersama dengan peluntur boleh turut membersihkan mesin basuh anda.
Untuk Basuhan Tangan
1. Bilas kain untuk membuang kotoran ringan.2. Cairkan 4 sudu makan (60ml) Peluntur Clorox®
Original ke dalam 2 liter air.3. Rendam kain sepenuhnya di dalam larutan peluntur
selama 5 minit.4. Basuh seperti biasa.
Menghilangkan bau dan membersihkan kain dapur1. Isikan sinki dengan 5 liter air.2. Tambahkan 1 cawan 250ml Peluntur Clorox®
Original ke dalam air di dalam sinki.3. Rendam kain dapur di dalam larutan selama 5 minit.4. Bilas sinki dan kain dapur, kemudian
biarkan kering.
TAB Consumer-BM-CS5-FINAL-Vertical.indd 11 10/6/11 3:34 PM
Garam BumiTerurai dengan pantas kebanyakannya menjadi garam dan air setelah digunakan.
Penghasilan klorin: Kuasa elektrik yang disalurkan melalui air garam menghasilkan klorin dan natrium hipoklorit.
Kembali ke garam: Sehingga 98% peluntur terurai setelah digunakan. Sistem kumbahan dan septik akan merawat baki 2% peluntur dengan berkesan.
Penghasilan Peluntur Clorox®: Larutan natrium hipoklorit dicampur dengan air untuk menghasilkan Peluntur Clorox®.
1. 2.
3.
5.
1
2
water
CLOROX
sodium hypochlorite
water andsodium hydroxide
chlorine
Pertukaran klorin: Peluntur dihasilkan dengan menggelembungkan klorin menjadi campuran air dan natrium hidroksida untuk menghasilkan larutan natrium hipoklorit.
Kegunaan produk: Peluntur Clorox® membunuh kuman dengan cepat dan berkesan di samping membersihkan kesan dan kotoran.
4.
air garam klorin dannatrium hidroksida
klorin
air dannatrium hidroksida
natriumhipoklorit
6.0% natriumhipoklorit
Airair
garam 95% -98%peluntur
TAB Consumer-BM-CS5-FINAL-Vertical.indd 12 10/6/11 3:34 PM
Adakah peluntur berbahaya?Peluntur adalah selamat apabila digunakan mengikut arahan. Ia adalah ideal untuk membasmi kuman tandas, bilik mandi, permukaan dapur, mainan plastic dan ruang tamu.
Adakah peluntur berasid?Peluntur yang dihasilkan dari natrium hipoklorit, seperti Peluntur Clorox®, tidak berasid mahu pun bersifat menghakis. Ia adalah selamat apabila digunakan mengikut arahan.*Patuhi arahan pada label untuk mengelakkan kerengsaan mata dan kulit.
Adakah peluntur klorin sama dengan cecair peluntur?Sesetengah orang menggunakan perkataan ‘peluntur klorin’ untuk merujuk kepada cecair peluntur. Faktanya adalah, cecair peluntur sebenarnya tidak mengandungi sebarang klorin bebas sama sekali.
Adakah peluntur punca utama kepada kematian yang disebabkan oleh keracunan daripada pencuci rumah? Tidak. Menurut Persatuan Pusat Kawalan Racun Amerika (American Association of Poison Control Centers- AAPCC), peratusan kejadian serius yang berpunca daripada peluntur rumah adalah sangat rendah berbanding pencuci yang lain.
Bolehkah saya menggunakan peluntur pada semua permukaan?Peluntur sesuai digunakan pada permukaan yang keras dan tidak berpori. Peluntur tidak sesuai digunakan pada marmar atau kayu yang dirawat.
Adakah Peluntur Clorox® mencemarkan air bawah tanah?Tidak. Bahan aktifnya iaitu natrium hipoklorit akan terurai dengan cepat, kebanyakan menjadi garam dan air. Kemudian, saluran air akan mengalirkannya ke tangki septik atau loji rawatan kumbahan.
Mitos Tentang PelunturSaintis terkemuka, Dr Gregory van Buskirk, menjelaskan sesetengah kekeliruan untuk ketenangan fikiran anda.
DR GREGORY VAN BUSKIRK, Felo Penyelidik
di Syarikat Clorox
TAB Consumer-BM-CS5-FINAL-Vertical.indd 13 10/6/11 3:34 PM