-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
1/32
MEMBINA MALAYSIA MENJADISEBUAH NEGERA DEMOKRATIK : SATU PANDANGAN
Disediakan Oleh : Mohd Arief Akmal Bin Adnan
1.0 PENGENALAN
Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 merupakan satu peralihan pentadbiran
negera daripada penguasaan penjajah secara zahir kepada satu bentuk pemerintahan
demokrasi yang moden. Negara ini bebas memcorak perjalanan negara kearah satu arah
paradikma pembangunan yang bebas menurut kemampuan dan kesepakatan rakyatnya
yang berbilang kaum. Tujuan dan matlamt negara adalah disepakati bersama walaupun
dalam pembentukan perlembagaan itu masih terdapat unsur-unsur peninggalan
penjajahan britsh yang kuat dalam perkara perkara tertentu tetapi ianya merupakankebebas yang telah diberikan kepada penduduk Tanah melayu memerintah. Demokrasi
adalah satu ungkapan kepada proses perkembangan pemikiran kehidupan bernegara dan
bermasyarakat dan ianya melambangkan sistem politik yang terkandung idealisme
sosiopolitik yang terbaik buat masyarakat. Gazali Mayudin et al (2006,27) menyatakan
demokrasi diertikan sebagai sebuah negara atau kerajaan yang dicetuskan atau
bersumberkan rakyat atau masyarakat terbanyak ataupun dalam erti kata lain demokrasi
adalah sistem politik yang memberi penghormatan yang amat tinggi terhadap measyarak
terbanyak. Pemerintahan dan negera yang bentuk oleh sistem demokrasi ini adalah
bertujuan untuk memberikan khidmat, bertugas dan memastikan kehidupan dalam
1
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
2/32
masyarakat terjamain dan terpelihara. Gazali Mayudin et al (2006,29) menberikan
takrifan pentakrifan umum mengenai demokrasi menonjolkan tujuh ciri utama iaitu
kebebasan berucap, kebebasan media, pilihan raya bebas dan adil, kebebasan
berorganisasi, pemerintahan berasaskan majority, hak minoriti dihormati dan kebebasan
kehakiman.
1.1 Apakah Demokrasi ?
Dalam konteks Perlembagaan Berparlimen dan Pembinaan Negara Bangsa dalam
masyarakat Malaysia, demokrasi adalah sistem politik dimana masyarakat mempunyai pilihan ke atas persaingan diantara parti-parti politik dan pemimpin. Masyarakat tidak
dibenarkan menjalankan pemerintahan sendiri akan tetapi mereka berpeluang mengawal
kerajaan melalui pemimpin yang dipilih. Demokrasi boleh disebut disini ialah sebagai
sebuah sistem politik yang terkandung dalamnya idealisme sosiopolitik yang terbaik
untuk masyarakat. Gazali Mayudin (2002, 1) menyatakan idea demokrasi lahir daripada
evolusi pemikiran barat yang berpaksikan kepada kedaulatan rakyat. Demokrasi diertikan
sebagai sebuah negara atau kerajaan yang dicetuskan atau bersumberkan rakyat atau
masyarakat. Ini menunjukkan demokrasi sebenarnya ialah sebuah sistem politik yang
menberi penghormatanm yang amat tinggi terhadap masyarakat terbanyak. (Gazali
Mayudin et al (2006,27). Sistem pentadbiran yang dibentuk ini adalah bertujuan
memberikan perkhidmatan, bertugas dan memastikan kehidupan masyarakat terjamain.
Penakrifan tentang demokrasi ini boleh ditonjolkan kepada tujuh ciri utama.
2
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
3/32
Sumber : Gazali Mayudin et al (2006).
2.0 DEMOKRASI BERPARLIMEN
Permulaan demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh Malaysia adalah bermula
diawal kemerdekaan negara sehinggalah ke hari ini. Sistem Demokrasi Berparlimen ini
adalah dibawah pemerintahan Raja Berpelembagaan. Seri Paduka Baginda Yang
Dipertuan Agong yang dipilih berdasarkan sistem giliran daripada sembilan sultan negeri
melayu untuk mentadbir negara selama tempoh lima tahun. Dalam perlembagaan negara
talah memperuntukan tugas-tugas yang YDPA adalah merangkumi sistem perundangan,
agama Islam, pentadbiran, ketenteraan, kehakiman dan sebagainya. Sistem ini adalah
berdasarkan sistem westminter. YDPA akan menerima nasihat daripada perdana menteri
3
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
4/32
yang mengetuai Kabinet dalam badan eksekutif. Perdana menteri mestilah seorang ahli
Dewan Rakyat dan memimpin majority ahli dalam parlimen. Berikut adalah ciri ciri bagi
demokrasi berparlimen di Malaysia.
2.1 YANG DI PERTUAN AGONG (YDPA)
Eleman yang terpenting dalam masyarakat melayu ialah kedaulatan kuasa melayu
dan ianya merupakan kuasa tertinggi pemerintahan bagi masyarakat melayu. ialah Sultan
dan Raja Melayu ditempatkan di kedudukan tertinggi dalam pembentukan perlembagaandan kedudukan status mereka masih dikekalkan daripada bermulanya intitusi kerajaan
Melayu Melaka hinggalah setelah pengunduran tentera British. Dalam perlembagaan
yang digubal berasaskan sejarah pembentukan ketamadunan negara, kuasa sultan dan raja
ini telah ditetapkan di dalam perlembagaan negara bagi mencorakan satu pentadbiran
negara yang bercorakakn Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Gazali
Mayudin et al (2006,27) menyatakan bahawa demokrasi adalah sistem politik yang
mendukung fahaman masyarakat terbanyak adalah raja di dalam sisitemnya. Rohani
Ghani & Zulhilmi Paidi (2002,3) menyebut Raja diangagp penting dalam segala aktiviti
yang melibatkan negaramenunjukkan bahawa Agong adalah aktor penting dalam
pembentukan dasrAwam di Malaysia.
Perlembagaan Persekutuan Tanah melayu telah memperuntukan Yang Dipertuan
Agong (YDPA) adalah pemerintah negara mengikut kuasa yang terkandung di dalam
perlembagaan. YDPA adalah bertanggungjawab keatas semua individu dalam negara
4
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
5/32
dan merupakan kemuncak kepada tiga badan pentadbiran dalam negara. Beliau adalah
dipilih dari kalangan sembilan Majlis Raja-Raja melayu mengikut kaedah- kaedah yang
ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan. Bagi Yang Di Pertuan Negeri adalah
dikecualikan dalam pemilih YDPA ini. Seorang Sultan ataupun raja boleh dikecualikan
daripada menjadi YDPA kerana keenganan baginda , juga umur baginda yang belum
mencukupi ataupun Majlis Raja-Raja mendapati baginda mangalami kecacatan akal
ataupon tubuh badan. Tempoh bagi menyandang jawatan ini adalah selama 5 tahun dan
inyan boleh berulang-ulang jika perlantikan itu telah mencapai tempoh pusingan kembali
kepada sultan ataupun raja yang terpilih. Timbalan YDPA juga adalah dilantik dikalangan sultan dan raja melalui Majlis Raja-Raja bagi membantu tugas-tugas YDPA
dalan negara persekutuaan ini. Isteri kepada YDPA akan membawa gelaran Raja
Permaisuru Agong yang mempunyai keutamaan selepas YDPA.
Permerintahan negara melalui badan eksekutif adalah adalah diketuai oleh YDPA.
Beliau akan mentadbir negara berdasarkan nasihat dan saranan oleh Perdana Menteri.
Segala urusan pentadbiran persekutuan adalah dalam pengetahuan baginda dan beliau
berhak mendapatkan penjelasa-penjelasan berkenaan hal-hal pentadbiran. Baginda juga
mempunyai kusa yang besar dalam menentukan halatuju negara dalam perbagai aspek
seperti aspek sosial, ekonomi dan politik. Keputusan berkenaan pembentukan dasar
negar juga boleh disentuh oleh baginda dalam majlis Mesyuarat Raja-Raja. Majlis ini
merupaka medium tertinggi dalam negara bagi membincangkan dasar negara dan
menyelesaikan kerumitan pentadbiran persekutuan dan negeri.
5
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
6/32
Dalam badan Legastratif, baginda merupakan komponen terpenting dalam
Parlimen iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Kuasa baginda adalah mencorakkan
permulaan sidang Parlimen sehinggalah pembubaran Parlimen. Baginda akan memberi
persetujuan ke atas Rang Undang-Undang yang telah dibahasakan. Begitu jaga dalam
Badan Judisari iaitu YDPA mempunyai kusa melantik Ketua Hakim Negara, Hakim
Mahkamah Agung, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan hakim-hakim lain
Mahkamah Persekutuan Tinggi. Perlantikan tersebut adalah berdasarkan nasihat daripada
Perdana Menteri. Kuasa Pengampunan terdapat kepadaYDPA dalam memberikan
pengampunan dalam bidang kusa yang disebutkan dalan perlembagaan tetapi tidak bolehmelebihi negeri-negeri bukan dibawah jagaan baginda. Paling Penting disini ialah YDPA
adalah bertangungjawab secara langsung bagi memelihara Hak dan keistimewaan Orang
Melayu dan Kaum Bumiputera di sabah dan Sarawak.
3.0 PERLEMBAGAAN
Set undang-undang tertinggi dalam negara dikenali sebagai perlembagaan.
Perlembagaan ini bertujuan bagi memastikan kestabilan negara, keadilan keberkesanan
urus tadbir negara dalam aspek sosio, ekonomi dan politik adalah berteraskan kepada
perlembagaan ini. Rohani Ghani & Mohamad Idris Saleh (2008,133) menyatakan
perlembagaan ialah kumpulan peraturan dan menubuhkan dan mentadbir kerajaan
tersebut. Ianya memberikan sempadan-sempada apa yang boleh dan tidak boleh
dilakukan oleh seseorang warganegara daripada bertindak dengan sesuka hati. Rohani
Ghani & Zulhilmi Paidi (2002,48) perlembagaan adalah kumpulan kaedah (cara) dan
6
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
7/32
panduan mengatur pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan ini membolehkan
pemerintahan negara dilakukan dengan berkesan serta bersistematik. Dengan adanya
perlembagaan ini ianya mementukan bidang kusa pemerintah dan warganegarnya.
Perlembagaan wujud dengan tujuan mengendalikan dan melincinkan pentadbiran
kerajaan yang memerintah dengan lincin dan saksama Rohani Ghani & Mohamad Idris
Saleh (2008,133). Kewujudan perlembagaan ini adalah hasil daripada sejarah negera
bermula daaripada wujudnya kerajaan melayu sehinggalah merdekaanya negara dan
kandungannya merupakan intipati dan interprestasi perjalanan negara.
Perlembagaan boleh di difinasikan sebagai dokumen atau dokumen yang
mengandungi undang-undang tertinggi untuk mewujudkan sistem kerajaan yang teratur
dan moden Rohani Ghani & Mohamad Idris Saleh (2008,133). Ianya merupakan punca
kepada kewujudan undang-undang lain dalam negara bagi memlengkapi perkara-perkara
yang dijelaskan dalam perlembagaan. Ianya akan membawa kepada pengasigan kuasa
dan prosedur dalam masayarakat secara politiknya. Kandungan perlembagaan ialah
peruntukan umum mengenai corak pemerintahan negara, hak asasi rakyat , agama,
bangsa, kenegaraan , proses pemilih pemerintah melalui pilihanraya dan perkara-perkara
yang lain. Abdul Aziz (2008,133) Perlembagaan Persekutuan adalah sebuah dokumen
yang tidak terpisah dari sejarah, perkembangan nya dan tradisi negara dan walaupun
bentuk perlembagaab kelihatan asing, intisari pentingnya sebenarnya berasal dari negara
tersebut. Oleh itu kepentingan perlembagaan merupaka perkara pertama yang harus
difikirkan oleh negara untuk merdeka dan membawa negara tersebut dalam arus
permodenan globalisasi kini. Sebarang pertentangan undang-undang yang tersedia
7
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
8/32
ataupun baru di sediaka haruslah tidak melanggar maksud setiap perkara-perkara yang
terdapat di dalam perlembagan itu sendiri.
3.1 Ciri-Ciri Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dan semua undang-undang
persekutuan adalah tidak seharusnya bertentangan dengan perlembagaan dan jika
undang-undang tersebut bertentang dengannya maka ianya akan terbatal. Perlembagaan
malaysia ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti badan Badan Perundangan iaitu parlimen dan Badan Pemerintahan seperti jemaah Menteri, Mahkamah Perlembagaan
juga memperuntukan lain seperti kewarganegaraan, agama, hak asasi, bahasa kebangsaan
dan sebaginya ( Mohamad Idris saleh et al, 1994) . Berikut adalah senarai ciri-ciri utama
yang mewakili perlembagaan:
1. Malaysia merupakan negara persekutuan yang mana terdapat 13 kerajaan negeri
yang akan dibahagikan kuasa dengan sebuah kerajaan pusat iaitu kerajaa
persekutuan.
2. Raja berperlembagaan merupakan konsep yang digunapakai dalam perlembagaan
persekutuan. Kuasa raja dikekalkan tetapi pengaruhnya telah berkurangan kerana
telah diperuntukan kepada perlembagaan dan parlimen dam merangka dasar-dasar
negara. Maizatul Haizan Mahbob & Mohamad Zain Musa (2006,11) menyatakan
sungguhpun peranan raja telah dikurangkan melalui prinsip Raja
Berperlembagaan, namun pengekalan institusi raja masih mengukuhkan semangat
8
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
9/32
kewilahan dan amalan fedaralisme. Kedudukan raja terjamin sebagai ketua agama
dan adat istiadat Melayu. YDPA dipertangungjawab dalam mengetuai negara dan
akan bertindak berdasarkan perlembagaan.
3. Demokrasi berparlimen juga adalah satu intipati yang terdapat dalam
perlembagaan.ini boleh dilihat dengan adanya sistem pilihanraya yang adil dan
bebas yang memberi rakyat kuasa bagi membuat pemilihan kepada wakil-wakil
mereka yang bertanding. Gazali Mayudin et al (2006,50) menyebut bahawa dalam
sistem demokrasi berparlimen seperti Malaysia, pilihanraya adalah mekanisme
untuk memilih wakil rakyat dan secara tidak langsung parti yang akanmembentuk kerajaan Rakyat diberi kuasa terbesar dalam membuat pemilihan
kepada siapa yang rasa layak dan berkewibawaan untuk mentadbir negara.
Melalui wakil rakyat yang dipilih ini lah yang akan berperanan mengubal undang-
undang , membuat dasar percukaian dan menguruskan perbelanjaan negara kuasa
kerajaan akan dipertangungjawabkan kepada parti-parti yang menang di dalam
pilihanraya..
4. Islam dan kebebasan beragama. Dalam perlembagaaan dinyatakan bahaya agama
rasmi adalah Agama islam dan pada masa yang sama perlembagaan juga
menyatakan bahawa kebebasan diberikan dalam beragama. Di setiap peringkat
negeri-negeri, ketua agama ialah sultan dan raja bagi negeri terbabait dan YDPA
akan menjadi ketua agama bagi wilayah-wilayah persekutuan dan negeri-negeri
yang tidak beraja.
5. Ketinggian perlembagaan itu dan kebebeasan undang-undang juga merupakan ciri
perlembagaan dan ini boleh dilihat dengan perlembagaan adalah undang-undang
9
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
10/32
tertinggi dan apabila undang lain bercanggah dengan perlembagaan tersebut maka
terbatal undang undang tersebut kerana ketinggian perlembagaan. Parlimen boleh
mengubal undang-undang akan tetapi ianya hanya berdasarkan kepada kuasa yang
diberikan oleh perlembagaan. Badan perundangan boleh mengubal dan meminda
undang-undang seperti yang ditetapkan oleh perlembagaan sahaja. Contohnya
prosedur undang-undang mestilah selaras dengan perlembagaan dan tidak boleh
melampaui perlembagaan. Badan perundingan negeri hanya boleh mengubal
undang-undang selaras dengan undang-unang persekutuan. Eksekutif dan badan
kehakiman adalah badan-badan bebas tetapi tindakan mereka tertakluk kepada perlembagaan.
6. Negara persekutuan ini diasingkan kepada tiga cabang badan pentadbiran iaitu
Legistratif, Eksekutif dan Judistratif yang masing-masing mempunyai kuasa dan
tangungjawab yang berbesar dan selaras dengan peranan mereka masing-masing.
Setiap cabang ini mempunyai peranan masing-masing dalam pentadbiran negara
dan berkaitan antara satu sama lain. Perlembagaan memperuntukan pengasingan
kuasa ketiga cabang kerajaan di sini bermaksud peranan yang sama besar
diberikan dan tiada satu cabang yang boleh mendominasi cabang lain dalam
mentadbir negara ini.
7. Seterusnya ialah kebebasan kehakiman dalam Negara boleh dilihat dengan
Judistratif ini mempunyai hak membuat keputusan tanpa campurtangan sebarang
kuasa mahupun daripada Legeltratif dan eksekutif selagi ianya tidak melampaui
kuasa yang diberikan oleh perlembagaan kepadanya. Ini akan membuatkan badan
ini lebih bebas dalam membuat keputusan tanpa menindas mana-mana pihak yang
10
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
11/32
berkepentingan. Ini akan meningkatkan kepercayaaan terhada konsep ketelusan
dan menjaga hak kepada rakyat.
3.2 Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia
Unsur-unsur radisi yang telah dimasukkan di dalam perlembagaan ini berperanan
mengstabilkan sistem politik negara. Sebelum ini beberapa laporan yang dibuat sebelum
perbentangan perlembagaan ini menekankan betapa pentingnya dimasukkan unsur-unsur
seperti sejarah, ekonomi, sosial dan politik di dalam pembentukan perlembagaan tresebut.Faktor-faktor ini penting bagi melambangkan bahawa sistem dan nilai bagi membentuk
sebuah negara yang mempunyai identitinya dan rupa bangsanya yang tersendiri dan tidak
melambangkan kepada unsur-unsur penjajahan sebelum kemerdekaannya. Mahayudin
Yahya et al (1991,11) menyatakan kedudukan dan keistemewaan Raja-Raja Melayu,
Bahasa Melayu, Kebebasan Beragama serta keistimewaan Kaum Bumiputera juga
merupakan ciri-ciri asa fundamental kepada perlembagaan. Betapa pentingnya unsur-
unsur tradisi yang semuanya menekankan ciri-ciri kemelayuaan dan keislaman dalam
perlembagaan negara
3.2.1 Kesultanan Melayu.
Sultan dan raja-raja melayu merupakan elemen terpenting yang dimasukan dalam
perlembagaan. Elemen ini merupakan tiang belakang sistem politik negara dan
kedaulatan kuasa melayu sejak beratus tahun dahulu lagi. Proses politik di negara ini dan
hubungannya dangan fedaralisme telah melalui satu evolusi yang agak panjang sebelum
11
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
12/32
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
13/32
semua negeri merasakan semngat perlembagaan tersebut. Baginda akan mengetuai
pentadbiran eksekutif akan tatapi baginda akan mendapat nasihat daripada Perdanan
menter dan Menteri cabinet yang lain. Segala maklumat dam negara tidak boleh dihalang
daripada pengetahuan YDPA jika diminta.
Kuasa YDPA dalam parlimen juga sangat besar, baginda boleh memanggil ,
menangguh dan membubarkan parlimen. Baginda merupakan tiga komponen parlimen
selain Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Kuasa baginda juga ialah memberi persetujuan
kepada mana-mana Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyar dan jugaDewan Negara.
Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Agung, HakimHakim Besar
Mahkamah Tinggi dan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi adalah
dilantik oleh YDPA melalui nasihat perdanan menteri. YDPA mempunyai kuasa untuk
mengampun sesiapa sahaja yang dibicarakan dalam makhamah tentera dan mahkamah
dalam bidang kuasa baginda seperti yang tersebut di dalam perlembagaan. Bagi
Angkatan bersenjata,YDPA adalah ketua tertinggi dalam pentadbirannya. Menurut
perlembagaan YDPA adalah bertangungjawab bagi menjaga kedudukan hak istimewa
orang melayu dan kaum bumiputera.
3.2.2 Majlis Raja-raja.
Pemilihan YDPA dan Timbalan YPDA adalah dibuat melalui majlis ini. Majlis
ini juga menjadi simbol yang cukup tinggi dalam negara. Ketradisiannya cukup
13
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
14/32
diperlihatkan dengan penyatuan sultan dan raja-raja melayu dalam negara yang menjadi
simbolik ketinggian penyatuan politik dalam negara. Mahayudin Yahya et al (1991,21)
bersetuju adalah nasionalisme Melayu dilanbangkan oleh intitusi Raja-Raja Melayu dan
Budaya Melayu. Peranan yang dimainkan dalam negara juga amat tinggi seperti ketika
Majlis Raja-Raja berlangsung YDPA akan diiringi oleh Perdana menteri dan Raja-Raja
atau Yang Dipertuan Negeri akan diwakili oleh Menteri Besar masing-masing dalam
menbincangkan dasar-dasar negara. Persetujuan Majlis Raja-Raja jaga perlu apabila
ianya berkaitan dengan sesuatu undang-undang yang mengubah sempadanan sesebuah
negeri dan hal hal yang berkaitan dengan keistemewaan orang melayu dan kaum bumiputera. Lazimnya majlis ini bersidang tiga tau empat kali setahun dan setiausaha
bagi majlis ini adalah Penyimpan mohor besar raja-raja yang dilantik sendiri oleh majlis
tersebut. Segala perlantikan, persetujuan dan nasihat yang diputuskan oleh Majlis Raja
Raja termasuklah perlantikan Hakim-Hakim, Ketua Audit Negara, Ahli Suruhanjaya
Suruhanjaya akan dimaklumkan kepada Penyimpan Mohor untuk tindakan lanjutnya.
3.3.3 Agama Islam
Terdapat pelbagai kaum di Malaysia dan berbagai agama dan kepercayaan yang
dianuti oleh penduduk-penduduk negara ini. Akan tetapi Agama Islam menjadi Lambang
kepada kepada ketradisian dalam negara ini kerana innya telah lama bertapak dalam
negara ini semenjak pemerintahan beraja dalam negara ini. Rohani Ghani & Zulhilmi
Paidi (2002,48) menyatakan agama islam merupakan unsur tradisi yang terpenting dalam
Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan mempunyai hubungan yang rapat dengan
perkembangan sejarah pemerintahan beraja. Sejak hampir 500 tahun dahulu agama islam
14
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
15/32
ini dikatakan telah disebarkan oleh pedang-pedagang arab kepada kesultanan melaka dan
telah teramal dengan kuat oleh penduduk menyebabkan misi penjajah-penjajah untuk
mengubah kepercayaan agama islam kepada penduduk gagal sama sekali. Meskipun ada
pendapat mengatakan agama dan kepercayaan hindu yang mula bertapak dalam tanah
melayu ini akan tetapi Agama islam lebih mencorak kepada pemerintahan bertamadun
kepada penduduk tanah melayu ini. Ianya telah menjadi begitu sinonim Perkara 160
Perlembagaan Persekutuan kepada melayu itu sehinggakan tafsiran melayu itu adalah
seorang yang beragama islam menunjukkan begitu rapatnya perkaitan ilam dan melayu.
Dalam Perlembagaan Malayan Union yang diperkenalkan pada tahun 1946 dan perjanjian persekutuan pada tahun 1948 tidak langsung menyentuk hal agama Islam dan
adat istiadat merupakan penyumbang yang agak besar ianya ditentang sama sekali oleh
penduduk tanah melayu yang mahukan agama islam itu dijadikan agama Persekutuan
Melayu melalui laporan-laporan Suruhanjaya Reid yang dikemukakan kepada penduduk
Tanah Melayu. Kedudukan agama islam diperuntukan dibawah perkara 3 Perlembagaan
Malaysia yang mengistiharan bahawa Islam merupakan Agama Agama bagi
persekutuan. Walau bagaimanapun begitu perlembagaan juga mempertimbangkan hak-
hak terhadap agama-agama lain seperti hindu, kristian, budha dan lain lain lagi untuk
dianuti dan diamal dengan peruntukkan perlembagaan dalam perkara 3 yang menyebut
tetapi agama lain boleh diamakan dengan aman damai di mana-mana bahagia
Persekutuan (Perlembagaan Persekutuan, 1995)
3.2.4 Bahasa melayu
15
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
16/32
Kehebatan bahasa Melayu ialah ianya menjadi bahasa yang dituturkan oleh
penduduk di rantau kepulauan melayu Asia Tenggara ini dan menjadi lingua franca di
tanah melayu. Nuraini Yusoff et al (2007,10) Bahasa Melayu telah memainkan peranan
yang penting semenjak zaman berzaman, iaitu sebelum kedatangan pengarau Baratke
rantau kepulauan Melayu. Bahasa Melayu ini telah digunakan secara meluas dalam
pentadbiran bagi trtujuan rasmi terutamanya bagi Negeri Kedah, Perlis, Kelantan,
Terangganu yang merupakan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Bagaimanapun
dalam era penjajahan kerajaan British telah menerapkan pengunaan bahasa Inggeris yang
begitu meluas dalam pentadbiran sehingga mengetepikan bahasa Malayu sehinggakanPersekutuan Malayan Union mengetepikan sama sekali pengunaan bahasa Melayu dalam
pentadbiran dan hanya sedikit sahaja unsur-unsur bahasa Melayu diterapkan dalam
perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Pembentukan Perlembagana Persekutuan 1957 yang telah diperhalusi dan
diletakan kembali martabat bahasa melayu itu kepada tempat yang selayaknya dengan
meletakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan. Asmah Haji Omar
(1993,27) mendifinasikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang melambangkan
identiti dan kedaulatan negara. Kesan paling ketara ialah adalah bahasa Melayu akan
digunakan menjadi bahasa pengantar yang digunakan dalam semua acara rasmi. Akan
tetapi bahasa lain tidak dilarang digunakan tatapi untuk tujuan tidak formal. Perkara 152
dalam perlembagaan memberikan kuasa yang besar kepada bahasa melayu dan ianya
tidak boleh dipersoalkan kerana ianya merupakan bahasa kebangsaan yang berperanan
menjadi bahasa permersatuan rakyat negara ini. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi
16
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
17/32
memertabatkan bahasa ini seperti begunaan dalam pentadbiran dan penulisan secara
meluas. Bahasa melayu menjadi agen penyatupaduan masyarat pelbagai kaum dalam
negara ini dibawah satu bahasa. Ini penting bagi mengelakkan pemisahan kaum-kaum
melalui pengunaan bahasa tersendiri dan akan menyebabkan sukarnya menwujudkan satu
masyarat yang bersatu dalam satu negara bangsa yang cuba diwujudkan dalam negara ini.
Rohani Ghani & Mohamad Idris Saleh (2008,133) menyatakan fungsi permersatuan
bermaksud bahasa yang digunakan menimbulkan fungsi pemersatuan dalam kesetiaan
berbahasa. Fungsi ini adalah penting bagi menyujudkan sebuah masyarakat Malaysia
aman dan sejahtera serta mempunyai rasa kecintaan yang tinggi terhadap negara.
3.2.5 Kedudukan Istimewa Orang Melayu
Hak-hak kedudukan istimewa orang melayu. Dalam perlembagaan telah
diperuntukkan perkara 153 yang mempertangungjawabkan YDPA bagi memelihara dan
menjaga kedudukan keistimewaan orang melayu dan bumiputer sabah dan Sarawak.
Pada tafsiran perlembagaan negara ini adalah negara melayu dan tiada siapa yang berhak
mempersoalkan hak dan kedudukan yang dinikmati oleh orang melayu dan bumiputera
yang lain. Jika dilihat melalui Perlembagaan Melayan Union merupakan pendekatan
Britsh bagi menukar status negeri negeri melayu kepada satu pentadbiran sebagai tanah
jajahan Britsh. Melalui perlembagaan ini hak-hak keistimewaan orang melayu telah di
nafikan sama sekali dan ianya setaraf dengan migran-migran atupon buruh-buruh asing
yang dibawa masuk ke tanah melayu bagi merancankkan pembangunan yang dimonopoli
oleh pihak britsh.
17
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
18/32
Apabila Malayan union itu digantikan dengan perjanjian persekutuan tanah
melayu 1948, orang melayu mendapat semula kedudukan dan tempat mereka di
negara ini. ..dengan itu pesuruhjaya Tinggi Persekutuan di bawah perlembagan
baru ini bertangungjawab untuk melindungi kedudukan istimewa orang melayu
dan kepentinga sah kaum-kaum lain. Apabila Tanah Melayu mencapai ke bahu
YDPA dan baginda turut bertangungjawab kepada bumiputera seperti sabah dan
Sarawak apabila kedua-dua negeri tersebut menyertai Malaysia pada tahun 1963.
(Rohani Ghani & Mohamad Idris Saleh ,2008,134)
Keseimbagan dan kepentingan kaum-kaum lain dalam negara termasuklah
mendapat kewarganegaraan Malaysia merupakan titik keseimbangan toleransi kepada
kedudukan dan keistimewaan Orang Melayu. Kaum lain bebas menganuti dan
mengamalkan agama masing-masing, hak mengunakan bahasa ibunda dan hak yang
paling penting disini ialah mendapat layanan sama rata dalam negara dan kedudukan
istimewaan orang melayu juga dibatasi oleh beberapa peruntukan di dalam
perlembagaan.
4.0. PARLIMEN
Parlimen adalah tempat dimana sekumpulan ahli-ahli pilihan rakyat
membincangkan isu-isu semasa berkenaan hala tuju sesebuah negara, bagaimana ianya
patut diurus tadbir dengan berkesan bagi menjamin kelangsungan sesebuah negara yang
demokratik. Parlimen merupakan medan pembuat-pembuat dasar mengubal undang-
18
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
19/32
undang dengan bersidang dan membahas serta meluluskan satu-satu perundangan yang
dirasakan perlu bagi menjamin perjalanan yang stabil bagi negara. Bagi negar ini
parlimen merupakan sebuah badan perundangan kebangsaan Malaysia berdasarkan
sistem Westminster. Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan
Negara yang mana ahli bagi Dewan Rakyat adalah merupakan wakil-wakil yang dipilih
oleh rakyat dalam satu pilihanraya yang dikenali sebagai ahli perlimen manakala bagi
Dewan Negara dilantik oleh YDPA berdasarkan pengaruh, pengalaman, kelebihan,
kebijaksanaan dan mungkin dibantu atas nasihat perdana menteri.
Parlimen biasanya apabila bersidang ia diperngerusikan oleh seorang Yang
Dipertua. Yang dipertua ini akan mengawal perjalan persidangan dan mengatur
perbahasan berdasarkan kuasa-kuasa yang telah diperuntukan kepadanya. Prinsip
ketuanan perlimen (parliamentary Supremacy) membolehkan ahli-ahli dewan berkuasa
menyampaikan dan membahaskan perkara-perkara yang sensitif tanpa didakwa oleh
mana-mana mahkamah kerana menyatakan sesuatu undang-undang yang dibuat oleh
parlimen adalah ultra vires iaitu melebihi kuaasa parlimen. Kekebalan ahli-ahli perlimen
ini membolehkan mereka membuat sesuatu pernyataan di dalam dewan parlimen tanpa
boleh didakwa. Amad Atory Hussain (2006, 45) menyatakan menurut Tun Mohammad
Sufiaan (1976) dari semasa ke semasa apabila kerajaan yang ditubuhkan oleh parti yang
mempunyai lebih suara hendak meluluskan undang-undang lama, maka parlimen akan
dipangil bersidang. Parlimen merupakan tempat bagi meluluskan sesuatu perundangan
dalam negara.
19
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
20/32
Sesuatu perundang yang ingin digunapakai perlu dibahaskan serta diluluskan di
dalam Dewan rakyat kemudian Dewan Nagera sebelum ditandatangani oleh YDPA.
Dewan Rakyat berfungsi membincangkan, membahas dan mengubal Rang Undang-
Undang. Dewan Negara berperanan sebagai pembahas dan meluluskan rang Undang-
Undang yang telah dibuat dalam tempoh 30 hari selepas diluluskan. Undang-undang
tersebut akan dibahaskan sekali lagi sekiranya YDPA tidak memperkenankannya.
Meskipun demikian, undang-undang tersebut telah menjadi sah setelah diluluskan oleh
kedua-dua dewan buat kali kedua walaupun tanpa perkenan YDPA. Tugas parlimen juga
bukan hanya sebagai pembuat dasar dan perundangan negara, ianya juga megcakupi hal-hal berkaitan kewangan seperti sebagai pengawal kewangan negara dan tempat
melulusakn peruntukan belanjawan yang telah dibuat oleh pentadbiran negara. Parlimen
juga boleh meminda perlembagaan negara mengikut rasional dan releven kepad keadaan
semasa negera, ia juga boleh menjadi pemerhati dalam mengawasi tindak tanduk
permerintahan kerajaan dan mempengaruhi dasar-dasar kerajaan dan penting disini ianya
juga merupakan medan perbincangan yang menyentuh kepentingan rakyat.
5.0 PILIHANRAYA
Pilihan raya merupakan aspek penting yang terdapat didalam perlembagaan
Persekutuan. Ianya merupakan komponen dekmokrasi yang jelas dalam sesebuah negara
bagi membolehkan proses kepimpinan peneraju negara dipilih dengan adil. Rakyat diberi
hak dan kuasa membuat pemilihan keatas mana-mana orang yang dirasakan dapat
membawa aspirasi dan kepentingan mereka dalam pilihan raya. Gazali Mayudin et al
20
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
21/32
(2006,29) menyatakan penyertaan politik oleh rakyar sifat umum pada sesebuah sisitem
demokrasi. Pilihan raya ini dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya merupakan
badan yang bebas yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik dalam negara.
Suruhanjaya ini hendaklah diangotai oleh seorang pengerusi dan tiga orang angota
(perlembagaan,1995). Angota ini akan menjalankan tugas tanpa dibebani dan
dipengaruhi oleh unsur-unsur seperti bankrap, seorang penjawatan Awam dan mana-
mana angota Dewan Nagara, Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Keahlian
angota suruhanjaya ini akan dijawat sehingga berumur 65 tahun dan proses lantikan dan
pemecatannya adalah pandangan dan syor tribunal hakim yang terdiri daripada limaorang angota hakim Mahkamah tinggi. Saraaan bagi angota adalah
dipertangungjawabkan terus dibawah Kumpula Wang Yang Disatukan. Konteks kuasa
suruhanjaya ini adalah mengendalikan pilihanraya umum dan pilihanraya kecil bagi
Dewan Rakyat, Dewan Negara juga Dewan Undangan Negeri. Menyemak nama-nama
pemilih, menyemak daftar kawasan pilihan raya mengikut keperluan persempadanan
kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta membuat beberapa
peraturan-peraturan tertentu untuk menjalankannya.
5.1 Proses Pilihanraya Di Malaysia
Calon yang layak bagi mewakili pengundi dalam ialah warganegara yang berumur
21 ke atas, bermastautin dalam suatu kawasan itu dan telah mendaftar dalam daftar
pengundi, waras akal, bukan muflis, tidak memegang jawatan berpendapatan ( termasuk
kakitangan Kerajaan) dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah dan
dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang dari RM
21
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
22/32
2000 dan belum mendapat pengampunan. Calon boleh bertanding atas sesebuah parti
ataupun sebagai calon perseorangan sebagai calon bebas.
Pengundi merupakan rakyat dan pengundi bagi satu-satu kawasan akan mengundi
bagi calon kawasan tersebut. Setiap Warganaegara yang telah berumur 21 tahun,
bermastautin dalam sesuatu kawasan alah berhak dalam kawasan tersebut mengundi bagi
Dewan rakyat, dan Dewan Undangan Negeri melainkan jika di bawah Fasal 3 atau mana-
mana undang-undang berhubung dengan kesalahan berhubung pilihanraya dan tidak
boleh melebihi satu kawasan mengundi. Pengundian hanya akan dibenarkan setelah pengundi menyemak daftar ppengundi dan telah tercatat nama pengundi didalam daftar
pengundi tersebut. Ini adalah penting bagi membuktikan pengundi tersebut berhak dalan
suatu kawasan pilihan raya tersebut.
Prose pengundian adalah mengikut sistem undian secara lansung ( drect voting
system ) iaitu membuata apemilih untuk seorang calon sahaja dengan cara menandakan
X di ruang kertas undi yang disediakan. Suruhanjaya akan mengira undi sebaik
pengundian tamat pada masa yang telah ditetapkan. Melalui pilihanraya ini pengundi
akan diberi hak dan kebebasan memilih colon-calon mereka bagi memerintah sama ada di
peringkat Persekutuan ataupun Negeri. Gazali Mayudin et al (2006,53) calon atau parti
yang bertanding akan mengemukakan dasar atau program yang akan dapat menarik
sokongan pengundi. Sistem yang diamalkan dalam pilihan raya ini adalah lebih
berdaasarkan dengan kelebihan suara mudah ( Simple Majority ) dengan keahlian tunggal
mengikut kawasan yang dimenangi ( Single Member Territory Representation ). Sistem
22
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
23/32
pengundian ialah sistem setempat yang bermaksud calon akan diistihar memenangi
kawasan tersebut dengan kiraan undi yang terbanyak dikalangan calon-calon yang
bertanding bersama.
6.0 PEMERINTAHAN NEGARA
Malaysia telah mengasikan struktur pemerintahannya kepada tiga kerangka besar
iaitu badan perundangan (legistratif) badan eksekutif (excutive) dan badan kehakiman
(judicial) . Corak pengasingan kuasa di Malaysia telah ditentukan kedudukannya didalam perlembagaan.(dasar awam 35). Persekutuan telah mengasingkan tiga badan yang
terlibat dalam pemerintahan negara ini bagi menjalankan fungsi-fungsinya yang
tersendiri.I ni memperlihatkan doktorin kuasa yang diamalkan dalam negara ini dan ianya
adalah bermaksud badan perundangan (legistratif) yang membuat undang-undang hanya
dibenarkan menbuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa itu kepada
badan-badan lain dan tidak boleh melangkaui kuasa badan yang lain.. doktorin
pengasingan kuasa yang diutarakan oleh montesquieu menyatakan untuk menjamin tidak
terwujudnya kerajaan diktaktor, kuasa-kuasa kerajaan harus diagihkan kepada badan-
badan yang berasingan supaya badan-badan tersebut akan saling mengawasi antara satu
sama lain (Mahayudin Yahya et al 1991,13)
23
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
24/32
Sumber : wikipedia.com
Pengasingan kuasa ini bertujuan untuk mengelakkan wujudnya ruang ataupun
salah guna kuasa yang telah diberikan diantara badan-badan tersebut bagi menjamin
kebebasan rakyat dan mengelakkan penindasan berlaku dalam negara ini. Penting disini
bagi menerima kepercayaan rakyat terhadap perjalanan pemerintahan negara supaya
ianya dapat menjamin negera daripada berlakunya pergolakan ataupon penentangan
rakyat kepada pihak pemerintah. Pengasingan antara ketiga-tiga badan ini amatlah perlu
supaya tidak berlaku pemusatan kuasa antara dan dapat memainkan peranan sebagai
penimbang kuasa ( Check and Balance ) dalam pemerintahan negara. Berasaskan doktorin
pengasingan kuasa, ketiga-tiga badan ini bergerak dan berperanan dalam usaha akhirnya
menwujudkan satu ruang penimbang kuasa ini yang bertujuan agar tidak mana-mana
badan yang boleh bertindak dan membuat keputusan mengikut kepentingan masing-
masing tetapi perlu berlandaskan kuasa yang telah diperuntukkan oleh undang-undang.
24
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
25/32
Badan eksekutif di Malaysia ini dikenali sebagai Kabinet dan ianya diketuai oleh
Perdana Menteri. ( Amad Atory Hussain,2006, 46.) Kebiasaanya ketua yang mempunyai
pengaruh yang besar dalam komponen perti yang dibentuk akan diangkat menjadi
Perdana Menteri dengan perkenan YDPA. Di Malaysia juga sebahagia ahli ahli badan
eksekutif juga merupakan ahli legistratif. Ini menunjukkan seseorang ahli ini perlu
bertanding di dalam pilihanraya dan memenangi kawasan tersebut sebelum diangkat
menjadi seorang esekutif seperti perdana menteri, menteri-menteri dan timbalan. Peranan
eksekutif ini adalah mentadbir negara dalam segala hal-hal politik, sosiol dan ekonomi.
Menjalankan kuasa yang telah diperuntukan dalam undang-undang malaysia dan sebagiwakil perhubungan diplomatik antara negara dengan negara-negara lain. Badan
legistratif pula mempunyai peranannya yang tersendiri seperti membuat dan mengubal
perlembagaan dan undang-undang yang relevan dangan keperluan semasa. Ianya
mempunyai kuasa terhadap kawalan kewangan negara dalam memastikan setiap hasil
negara dapat dibelanjakan dengan berkesan dan adil. Keberkesanan badan legistratif ini
juga dapat dilihat sebagi medan penyampai maklumat dalam dan luar negara. Ini
berkesan kerana badan ini akan membahaskan perkara-perkara yang mempunyai
kepentingan dalam negara. Dan penghakiman pula merupakan pelengkap kepada
pengasingan kuasa ini. Mahayudin Yahya et al (1991,13) menyatakan badan kehakiman
ditugaskan sebagai badan pengawas hak-hak asasi daripada digugat oleh mana-mana
badan kerajaan yang lain diiktiraf dan diterima sebagai atu asas bagi menjamin
kesempurnaan demokrasi. Ianya merupakan badan yang penting bagi menjadi rujukan
oleh kedua-dua badan yang lain jika timbul pertindihan dan masalah tafsiran dari sudut
perlembagaan. Kawalan akan dilakukan dari aspekn tindakan kedua-dua badan tersebut
25
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
26/32
bahkan mereka turut boleh dikenakan hukuman juka melakukan tindakan dan jenayah
seperti rasuah, kegiatan subvertif, kegiatan underground ; membocorkan rasia kerajaan
atau tindakan tindakan yang bertentang dengan undang-undang dan peraturan negara
(Amad Atory Hussain,2006, 47). Badan ini juga turut menjalankan kuasa undang-undang
mengikut perlembagaan persekutuan dengan memastikan keadilan dan ketulusan dalam
menjatuhkan sesuatu hukuman kepada pesalah. Salleh Abbas (1989) menyatakan
undang-undang akan menjadi lemah jika orang yang berkuasa tidak mengunakan kuasa
itu mengikut cara dan tujuan undang-undang. Selain itu ia juga perlu memastikan agar
ianya tidak dipengaruhi oleh mana-mana ketika membuat keputusan.
Struktur pemerintahan di Malaysia ini amat penting dalam usaha mewujudkan
pentadbiran negara yang bercorak demokrasi. Mahayudin Yahya et al (1991,13)
menyatakan Demokrasi hanya satu mekanisme untuk membolehkan kuasa rakyat
diserahkan kepada stu badan, yakni kerajaan dan melaui badan perundangan parlimen
atau eksikutif (Kabinet) hasrat dan kehendak ( the will and aspiration ) rakyat
disempurnakan. Ianya merupakan doktorin yang memastikan hak asasi manusia dan
kebebasan serta keadilan akan dapat dicapai. Pengasingan ini bertujuan mewujudkan
satu pemerintahan yang adil, bebas, adil dan telus. Sekiranya elemen-elemen ini
berfungsi dan berperanan dengan baik parti negara ini akan dicambahkan dengan
keharmonian dan keamanan negara.
7.0 MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG DEMOKRATIK :
SATU PANDANGAN.
26
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
27/32
Dalam menjalankan pemerintahan yang demokrasi Malaysia telah membuat satu
pemilihan yang empirikal bagaimana corak demokrasi dalam negara diamalkan
berlandaskan tatacara budaya yang tersendiri. Walaupun pengaruh demokrasi zaman
colonial itu mencorakkan perjalanan demokrasi negara ini tetapi Malaysia berjaya
mengekalkan indentiti Malaysia yang unik dari segi budaya, politik dan intitusi beraja
yang tersendiri berlainan dengan mana-mana negara dalam dunia ini. Sebagai sebuah
negara yang membangun yang mempunyai penduduk berbilang kaum, budaya dan
agama di mana nisbah diantara penduduk tidak ada satu pun kumpulan sebagai majoriti besar wujud yang mendominasi negara dalam aspek pemerintahan dan terbukanya
peluang kepada kaum-kaun lain dalam bersama-sama mencorakkan perjalanan negara ini.
7.1 Analisis Aspek Politik
Dalam negara Malaysia setiap warganegaranya diberi peluang untuk turut terlibat
sama dalam kerajaan tanpa mengira keadaan individu samaada kaya atau miskin.
Penglibatan masyarakat dalam sistem pemerintahan yang demokrasi adalah perlu bagi
membentuk ssebuah pemerintahan yang hemogenos dan terhindar dari pengaruh
pengaruh sesebuah bangsa sahaja. Ini dapat dilihat dalam sistem pemerintahan negara,
yang mana masyarakat yang mewakili pemerintahan ini datang dalam berbilang bangsa,
agama dan budaya. Sebagai contoh parti yang membentuk kerajaan iaitu barisan
Nasional telah menerapkan element kebebasan dan persamaan berpolitik dalam
menterjemahkan visi dan misi parti tersebut membolehkan parti ini dipilih oleh
masyarakt dan relevan sehingga kini untuk memerintah Malaysia. Gazali Mayudin et al
27
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
28/32
(2006,29) menyatakan penyertaam rakyat boleh dimenesfitasikan dalam pelbagai bentuk
dan cara ; secara formalnya penyertaan rakyat digambarkan melalui proses pembuangan
undi dan kempen pilihanraya. Masyarakat bebas dan berbeza antara satu sama lain dan
kebebasan ini tidak boleh disekat dengan sewenang-wenangnya. Sensitiviti budaya dan
agama merupakan kawalan yang diberi perhatian oleh pihak pemerintah dengan
mengunakan sekatan-sekatan melalui aspek perundangan yang bijaksana demi
mengekalkan kestabilan negara ini. Akan tetapi ini bukan merupakan faktor yang logik
bagi mengandaikan Malaysia ini sebagai sebuah negara yang tidak demokratik dan
mempunyai tahap kebebasan bersuara yang randah. Ini sebenarnya menunjukkan negaraini lebih realistik dan prakmatik dalam mengamalkan demokrasi. Hak rakyar bagi
memilih kerajaan boleh dilihat melalui pilihanraya yanag telah dijalankan dengan adil
dan bebas dalam Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang agama,
bangsa dan budaya. Maka telah dipersetuju beberapa perkara dasar-dasar dan nilai-nilai
yang membawa kesejahteraan dalam sosial, politik dan ekonomi. Masyarakat berhak
untuk tidak memilih kerajaan yang sebelumnya sekiranya kerajaan tersebut tidak dapat
menlaksanakan apa yang telah dipersetujui dalam masyarakat dan ini boleh dilakukan
oleh masyarakat melalui pilihanraya yang dijalankan. Dengan itu corak pemerintahan
kerajaan sentiasa berwibawa untuk melaksanakan agenda rakyat.
7.2 Analisis Apek Perlembagaan Demokratik.
Hak-hak asasi yang diiktiraf oleh perlembagaan persekutuan dari perkara ke 5-13
begitu memberi penekanan kepad hak rakyat. Corak dekmokrasi yang berorentasikan
28
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
29/32
hak (right orented democracy). Mahayudin Yahya et al (1991,9) Perlembagaan malaysia
menpunyai rangka yang jelas bagaimana demokrasi di negara Malaysia berjalan dan
diamalkan berdasarkan ketradisian masyarat negara ini. Melalui peranan YDPA sebagai
Ketua Negara mewakili taat dan setia masyarat yang berbilang agama dan bangsa dan
ianya adalah simbul perpaduan dan penyatuan masyarat. Ianya merupakan kemuncak
kepada sistem pemerintahan negara yang mengawal dan mentadbir negara dengan
demokrasi. Perlembagaan yang digubal dengan penuh ketardisian melambangkan satu
perundangan yang tertinggi yang dijunjung oleh masyarat Malaysia dan hak-hak setiap
warganegaranya . sejarah dan latarbelakan pembentukan perlembagaan Malaysia adalah perkara yang unik dan menarik untuk dihayati. Kewujudan perlembagaan ini telah
melalui liku-liku sejarah dan perjuangan bangsa dalam mengekalkan ketradisian bangsa
Malaysia. Pemerintahan yang demokrasi ini diabsahkan lagi melalui tiga badan
pemerintahan negeri iaitu parlimen, eksekutif dan kehakiman bagi menegakkan lagi
corak dan sistem demokrasi yang diamalkan. Perjalanan negara akan diimbangi oleh
ketiga-tiga badan ini tanpa melangkaui kuasa masing-masing dan menjalankan peranan
masing-masing sebagai intiti pemerintahan negara. Kebebasan dan hak-hak demakrasi
juga dijelaskan lagi dalan struktur pilihanraya yang adil yang diamalkan dalam Malaysia.
Rakyat diberi peluang seluas-luasnya bagi memilih pemimpin dan kerajaan bagi
mewakili mereka melaui sistem piliharaya yang cekap dan bersih. Ini menunjukkan tiada
hak sesiapa pun dinafikan dalam memilih pemerintah bagi membawa harapan harapan
mereka.
29
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
30/32
7.3 Analisis Aspek Sosial
Demokrasi dalam negara Malaysia sentiasa berkembang melalui pendidikan
dalam masyarakat. Masyarakat akan lebih terdidik dan kreatif dalam menjayakan
kebebasan dan perikiran yang kritikal mengenai soal-soal awam dan dapat meningkatkan
kesedaran dan semangat menjayakan demokrasi. Ini boleh dilihat kerana ketika ini
Malaysia sudah dianggap negara yang membangun jika dibandingkan dengan rakan-
rakan dari Asia Tenggara dan Benua Asia. Mahayudin Yahya et al (1991,9) menyebut
kepesatan pembangunan ekonomi yang pasti akan berlaku, peningkatan tahap pendidikandan perluasan peluang pendidikan semuanya akan turut memberi kesan kepada perspektif
demokrasi tahun 2020. Sistem demokrasi Malaysia dianggap berjaya kerana berjaya
menyatukan etnik-etnik yang berbeza agama dan budaya didalam satu payung
pemerintahan. Demkokrasi ini lancar dengan pemahaman masyrakat kepada betapa
pentingnya Malaysia menjadi sebuah masyarakat yang berbilang bangsa dan maju
kehadapan. Gazali Mayudin et al (2006,30) menyebut demokrasi moden, rakyat tidak
terlibat dalam proses pembuatan sesuatu dasar kerajaan atau negara, tetapi rakyat terlibat
dalam proses pemilihan pemimpin yang bakal mengubal undang-undang atau dasar
kerajaan. Ini menunjukkan masyarakat telah bijak dalam menentukan masa depan negara
mereka sendiri tanpa didorang oleh unsur-unsur luar Ketokohan kepimpinan yang telah
lahir sebagai pemimpin Malaysia juga berjaya membawa satu dimensi hubungan kaum
dalam bersama-sama memajukan negara ini menjadi terbaik didalam kelompok negara
dunia ketiga dan setanding negara maju yang lain. Pengagihan harta dan kekayaan dalam
negara melalui berbagai dasar-dasar awam yang digubal dan kemajuan yang telah dibaaut
30
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
31/32
dalam Malaysia membolehkan masyarakat dapat manikmati taraf hidup yang lebih baik
dan selamat. Crouch (1991) melihat kewujudan hubungan secara langsung antara
pembangunan ekonomi sesebuah negara dengan tahap pendemokrasian dalam erti kata
semakin tinggi pembangunan ekonomi sesebuah negara semakin tinggi tahap
demokrasinya.
8.0 KESIMPULAN
Demokrasi Berparlimen yang berlangsung dalam Malaysia telah membuktikan Malaysia
sebuah negara dan mengamakan sebuah pemerintahan yang demokratik tanpamenidakkan amalan demokrasi dalam negara. Rakyat merupakan komponen utama
dalam negara dan menjadi pemerintah dan juga diperintah dalam negara ini. Demokrasi
berparlimen yang ada dalam negara ini boleh dikatakan cukup unik dan menjadi
perhatian negara negara serantau dan dunia. Ini kerana amalan yang telah digunakan
dalam pemerintahan Malaysia senjak Negara Merdeka berjaya menwujudkan masyarakat
yang harmoni dan berkerjasama walaupun terdapat perbezaan agama, budaya dan bangsa.
Melalui pemerintahan yang satu ini berjaya menyatupadukan masyarakat untuk bersama-
sama membangunkan negara dari aspek ekonomi dan sosial. Dengan keamanan dan
kesejahteraan dalam negara ini, Malaysia dapat bergerak maju dan berdaya saing dalam
dalam ekonomi dunia seiring negra maju lain. Oleh yang demikian Konsep Raja
Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang telah tertanam intipati
pengahayatnya haruslah dijaga besama-sama supaya kita akan sentiasa berasa dalam
keadaam yang sentiasa aman dan sejahtera. Ini juga dapat mengekalkan ketradisian
bangsa, agama dan negara Malaysia yang tercinta.
31
-
8/9/2019 Membina Malaysia Menjadi Sebuah Negera Demokratik : Satu Pandangan
32/32