Transcript
Page 1: masej...kepada saya untuk menyampaikan masej sempena Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan. Saya ingin memanjatkan doa kepada llahi agar semua pemimpin dan ahli Persatuan Nelayan

PERUTUSAN PENDAFTARSEMPENA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

BAGI TAHUN 2016

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Saya memanjatkan syukur terhadap Allah kerana dengan keizinan-Nyadapat kita bertemu lagi dalam tahun 2016 ini. lngin saya mengucapkan

terima kasih kepada semua Persatuan Nelayan kerana memberi ruang

kepada saya untuk menyampaikan masej sempena Mesyuarat AgungTahunan Persatuan Nelayan. Saya ingin memanjatkan doa kepada llahi

agar semua pemimpin dan ahli Persatuan Nelayan disemua peringkat

beroleh kejayaan dan sejahtera sepanjang masa.

Kerajaan pada hari ini menekankan dasar strategik kearah membentuknelayan yang mampu menjana pendapatan tinggi,menambah market share

dalam perdagangan ikan oleh stake holder, menentukan bekalan ikan

dalam negara mencukupi dan melahirkan modal insan yang kompeten dan

minda kelas pertama. lni akan disokong dengan memberi tumpuan kepadapelan tindakan dengan memperkasakan pembangunan industri dan

pemprosesan ikan, pembangunan masyarakat dan pertubuhan nelayan,

pembangunan pemasaran perikanan, pembangunan infrastrukturperikanan dan pembangunan organisasi dan penyampaian perkhidmatan.

Demi kesejahteraan nelayan, kerajaan amat memandang serius dalammemberi bantuan bagi membantu meningkatkan sosio ekonomi nelayanmelalui pemberian elaun sara hidup, subsidi diesel dan petrol, bantuan

bencana alam dan kebajikan nelayan serta pinjaman dana nelayan.

Dalam usaha untuk menangani peningkatan kos sara hidup, sejumlah

RM10 juta setiap bulan telah diperuntukkan sebagai bantuan elaun sara

hidup nelayan dan secara puratanya seramai 51 ribu orang nelayan telah

menerima elaun sara hidup. Pelbagai bantuan dan subsidi diberikan

kepada nelayan bagi tujuan menjadikan sektor perikanan penting sebagaipenyumbang utama ekonomi Negara.

Page 2: masej...kepada saya untuk menyampaikan masej sempena Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan. Saya ingin memanjatkan doa kepada llahi agar semua pemimpin dan ahli Persatuan Nelayan

Antara isu'semasa yang merupakan cabaran kepada Persatuan Nelayanadalah harga minyak industri lebih rendah berbanding dengan harga

minyak subsidi. Justeru itu, ramai nelayan membeli minyak daripadapembekal luar dan ini sedikit sebanyak telah menyebabkan keuntunganpersatuan nelayan merosot. Persatuan haruslah menggunakan strategiyang lebih efektif bagi menangani isu ini. Antaranya adalah denganmemberi tumpuan kepada kluster projek yang lebih menguntungkan danjuga memberi rebate kepada nelayan yang membeli minyak dari persatuan.

Harapan saya agar masyarakat nelayan haruslah lebih berinovasi, lebih

gigih dengan mengusahakan perikanan bukan sahaja terbatas kepada

kegiatan pengeluaran tetapi juga kegiatan pemprosesan dan pemasaran.

LKIM akan terus berusaha untuk memperkasakan institusi nelayan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat bersidang pada

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan bagi tahun 2016 kepada

semua Persatuan Nelayan di seluruh Malaysia. Semoga PersatuanNelayan akan terus maju dan hak serta keistimewaan ahli terus terbela.

Sekian. Wassalam

Salam Hormat

MajidPendaftar Persatu an Nelayan.Y.Bhg. En M.Saedon


Top Related