Download - Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
-
7/30/2019 Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
1/29
MASALAH PEMBELAJARAN DI KALANGAN KANAK-KANAK
Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang berpontensi tinggi
dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi apabila dewasa kelak. Corak
kehidupan masa kini amatlah memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta
kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.
Penekanan terhadap kecemerlangan telah menggalakkan penubuhan intitusi -intitusi yang menawarkan
program -program pengayaan (enhancement programes ) yang bertujuan untuk melengkapkan anak -
anak dengan kemahiran membaca , menulis , dan mengira dari kecil lagi. Institusi -intitusi ini juga
mengaturkan aktiviti -aktiviti atau kurikulum yang menekankan aspek penyampaian maklumat dalam
aktiviti -aktiviti harian kanak -kanak tersebut. Pengusaha -pengusaha tadika berlumba -lumba untuk
memberikan program pengayaan kepada anak -anak murid mereka dengan menggunakan berbagai -bagai teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan teknologi pembelajaran
yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan prestasi intelek kanak -kanak.
Pengalaman yang diperoleh daripada program -program intervensi keatas kanak -kanak cacat telah
membolehkan para profesional memahami konsep by pass strategies , iaitu strategi -strategi yang
membolehkan kanak -kanak cacat memperoleh sesuatu kemahiran dengan menggunakan
keupayaannya. Umpamanya , seorang kanak -kanak pekak boleh berhubung dengan menggunakan
bahasa isyarat , kanak -kanak buta boleh membaca menggunakan braille dan kanak -kanak spastik yang
lemah anggota kakinya boleh berjalan dengan menggunakn alat yang dinamakan orthosis.
Kecacatan seperti yang dialami oleh kanak -kanak spastik , buta , rencat akal dan pekak teruk mudah
dikenal pasti untuk diberikan program intervensi awal. Tetapi , disfungsi perkembangan yang tidak
ketara dan sudah dikenal pasti banyak berlaku di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah
pembelajaran di sekolah. Sejak beberapa tahun kebelakangan , Kefahaman tentang masalah
pembelajaran di kalangan kanak -kanak telah berkembang dengan pesatnya. Memang jelas bahawa
masalah ini adalah kompleks dan psikososial. Pengalaman hidup seseorang kanak -kanak itu mempunyai
pengaruh yang kuat terhadap perkembangan intelek dan perwatakannya.
Ibu bapa dan guru-guru juga kadang kala membuat tanggapan -tanggapan yang mungkin kurang tepat
terhadap kanak -kanak yang kurang maju dalam pelajarannya. Si anak dikatakan malas , tidak
bermotivasi , bodoh atau asyik bermain sahaja. Terdapat pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan
pihak guru dengan mengatakan bahawa guru kurang berpengalaman , teknik mengajar tidak berkesan ,
-
7/30/2019 Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
2/29
pilih kasih atau kurang memberikan perhatian kepada si anak. Ramai ibu bapa mendaftarkan anak -anak
mereka untuk mengikuti kelas tambahan bagi meningkatkan kemajuan pelajaran mereka. Walaupun
saya akui usaha -usaha ini boleh membantu memperbaiki prestasi akademik sebahagian besar kanak -
kanak , tetapi masih ada lagi segolongan kanak -kanak yang memerlukan bantuan pembelajaran yang
lebih khusus.
Punca -punca masalah pembelajaran
Punca -punca timbulnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak boleh dibahagikan kepada dua
kategori :
1. punca biologi 2. Punca psikososial
Punca biologi merangkumi faktor faktor baka dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan
urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran ( asphyxia ), lembam lapisan otak (meningitis ) dan
sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat saraf ( neurologi dysfunction ).
Pakar kanak -kanak juga telah lama menyedari bahawa kandungan plumbum yang tinggi dalam darah
(lead poisoning ) seseorang kanak -kanak boleh menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran. Selainitu, banyak lagi bahan yang telah dikenal pasti sebagai punca masalah pembelajaran. Doktor dan ibu
bapa perlulah peka terhadap hal ini supaya dapat mengurangkan risiko anak -anak terdedah kepada
penggunaan bahan -bahan tersebut.
Punca psikologi sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh sekitaran yang tidak sihat , kurang
rangsangan , kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak -kanak
berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Umumnya , unsur biologi berinteraksi dengan unsur
psikososial. Oleh itu , setiap kanak -kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara teliti
dengan menggunakan pendekatan yang berasingan.
Satu kajian untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci punca -punca kegagalan dalam pelajaran telah
dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas pemulihan di tiga buah sekolah di selangor dan kuala
Lumpur oleh LPPKN denagn kerjasama Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara punca-punca
yang dikaenal pasti ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran anak-anak, kurang
-
7/30/2019 Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
3/29
motivasi di kalangan kanak-kanak itu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran membaca, menulis
dan mengira. Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat menguasai bahasa yang
seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran membaca. Sesetengah kanak-kank pula
menghadapi masalah lemah pengamatan (perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang
keyakinan terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut
akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya.
Apa yang menarik ialah kanak-kanak yang bermasalah ini menunjukkan kemajuan yang amat
menggalakan apabila dinilai sekali lagi enam bulan kemudian. Pada pendapat saya, Perkembangan yang
positif ini adalah juga disebabkan oleh perhatian yang lebih oleh guru-guru terhadap kanak-kanak
tersebut. Setelah mengenal pasti dengan lebih tepat kelemahan-kelemahan muridnya, guru dapat
menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan untuk membantu kanak-kank itu membaca. Menulis dan
mengira dengan cepat. Ibu bapa juga turut memberikan perhatian yang lebih terhadap pelajaran anak
mereka. Sianak sendiri akan lebih bermotivasi setelah mendapat perhatian, sokongan dan bimbingan
daripada ibu bapa dan guru.
Ada satu kes yang melibatkan seorang kanak-kanak yang kurang baik daya penglihatannya. Akibatnya,
dia kurang nampak papan hitam didalam kelas. Setelah dibawa kepada perhatian ibu bapanya, barulah
cermin mata ditempah untuknya. Pretasinya disekolah juga meningkat. Ada juga kanak-kanak yang
kurang daya pendengaran akibat cecair dalam telinga (serous otitis media) dan ini sudah tentu boleh
menjejaskan pelajarannya. Dia perlukan rawatan untuk memperbaiki pendengarannya.
Ada pula kanak-kanak yang kelihatan pucat dan sering mengantuk didalm kelas. Akibatnya, pretasi
akademiknya merosot.
Kanak-kanak yang terencat akal mundur dalam pelajarannya kerana kebolehan berfikir, tumpuan
perhatian, perkembangan bahasa, pengamatan dan keupayaannya memproses maklumat adalah lambat
dibandingkan dengan kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya. Kanak-kanak berusia lapan tahun
yang mempunyai tahap intelek (IQ) setaraf dengan kanak-kanak lima tahun lazimnya masih sukar
mengenal huruf. Kebolehannya sama ada dari segi penguasan bahasa, keupayaan menjalani aktiviti-aktiviti harian atau pun kemahiran sosial akan hanya setaraf dengan kanak-kanak yang berusia lima
tahun. Oleh itu, dia akan mendapati sukar untuk mengikut kurikulum didalam darjah satu.
Kita perlu mengasingkan kanak-kanak normal yang mengalami masalah pembelajaran dengan kanak-
kanak terencat akal yang mengalami masalah yang sama. Ini boleh ditentukan melalui ujian IQ. Kanak-
-
7/30/2019 Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
4/29
kanak mengalami masalah pembelajaran berbeza diantara satu dengan lain dari segi kekuatan dan
kelemahan yan dimilikinya. Oleh itu, pendidikan khas yang diberikan pada seseorang kanak-kanak itu
perlulah diindividukan berasaskan pada kekuatan dan kelemahan tersebut.
Pelbagai corak difungsi perkembangan ditemui dikalangan kanak-kanak yang mengalami masalah
pembelajaran. Umpamannya, seorang kanak-kank yang berusia enam tahun yang sungguh cerdik
sehingga boleh bermain dengan komputernya, melukis gambar roket dengan kemas dan membaca
dengan baik mungkin mempunyai tumpuan perhatian yang singkat. Oleh itu,dia mungkin tidak membuat
kerjanya dikelas kerana tidak menumpukan perhatian kepada arahan yang diberikan oleh gurunya.
Sebaliknya, perhatiannya lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang sangat diminatinya seperti
permainan komputer dan lukisan.
Kanak-kanak yang lemah ingatannya akan mengalami masalah pembelajaran. Dia mungkinmenunjukkan kecekapan membuat bentuk rumah menggunakan alat permainan lego dan melukis
gambar kereta atau binatang tetapi menghadapi kesulitan membaca dan menulis. Mengajarnya
membaca dan menulis memerlukan kesabaran kerana perlu memberi penerangan berulang-ulang kali.
Penilaian ke atas seorang kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran
Pakar yang menilai kanak-kank yang mengalami masalah pembelajaran perlu mendapatkan riwayat
yang terperinci dan mengambil perhatian terhadap kemungkinan berlakunya kerosakan otak seperti
yang dialami oleh bayi yang dilahirkan dalam keadaan lemas (asphyxiated ), perdarahan dalam otak ,
penyakit meningtis , sawan yang berpanjangan dan sebagainya. Beliau juga perlu menyelidik sama ada
kanak -kanak tersebut mempunyai adik - beradik lain yang terencat akal yang mungkin boleh dikaitkan
dengan faktor baka.
Pakar kanak -kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan -bahan makanan tertentu yang boleh
menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak -kanak. Kanak -kanak mungkin menjadi lebih resah
hiperaktif , lebih buas dan tidak boleh menumpukan perhatian. Oleh itu , penilaian tidak lengkap jikariwayat pemakanan kanak -kanak tersebut tidak diambil dengan teliti. Ini penting terutamanya jika pakar
mengesyaki kemungkinan tingkah laku yang abnormal itu disebabkan oleh sesuatu bahan yang dimakan.
Walau bagaimanapun , aspek ini tidak akan diulas dengan panjang lebar dalam bab ini.
-
7/30/2019 Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
5/29
Sewaktu melakukan pemeriksaan fizikal , keadaan -keadaan seperti kurang daya penglihatan atau
pendengaran , kekok tangan masalah sawan , gangguan pada urat saraf yang mungkin mengakibatkan
dia tidak boleh bercakap dengan jelas dan lemah anggota tangan atau kakinya perlu juga dikenal pasti.
Jika disyaki pendengarannya kurang jelas , ujian yang terperinci perlu dijalankan. penilaian psyho-
educational penting untuk mengetahui kekuatan pembelajarannya pada masa itu. Jika kanak -kanak itu
diasyaki menghidap sesuatu pemyakit , doktor akan menjalankan ujian -ujian yang sewajarnya.
Kini , bilangan yang mahir dalam menjalankan penilaian terperinci keatas kanak -kanak yang mengalami
masalah pembelajaran bagi mengenal pasti unsur -unsur disfungsi perkembangan (elements of
devefunctions ) masih kurang. Penilaian seperti ini perlu dijalankan untuk mengenal pasti ciri -ciri
kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada seseorang kanak -kanak itu. Maklumat -maklumat ini akan
membolehkan pihak yang berkenaan memilih dan menjalankan strategi -strategi pendidikan yang khas
dengan berkesan ke atas kanak -kanak tersebut. Cara rawatan atau latihan seharusnya berbeza diantara
seorang kanak -kanak dengan yang lain.
Kanak -kanak yang mengalami sejenis sawan yang dinamakan petit mal epilepsy sering tidak sedarkan
diri beberapa ketika dan keadaan ini mungkin berlaku berpuluh -puluh kali dalam sehari. Ini sudah pasti
akan mengganggu pelajarannya. Dia perlu diberikan ubat mencegah sawan. Kanak -kanak yang terlalu
singkat tumpuan perhatiannya mungkin boleh dibantu dengan ubat - ubat stimulant tertentu dankaedah
pengubahsuaian tingkah laku ( behavioural modification method ). Murid -murid yang lemah daya
inggatan digalakkan menggariskan perkara -perkara utama atau key -points dalam sesuatu perenggan
dan membacanya berulang -ulang kali supaya mudah diingat.
Masalah membaca
Kadang kala , terdapat kanak -kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Ini
mungkin kerana kurang tumpuan perhatian , tidak aktif membaca , tidak faham makna sesuatu
perkataan dan sebagainya. Latihan -latihan tertentu perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran
membaca kanak -kanak itu supaya dia dapat memahami apa yang dibacanya .
Ada beberapa cara untuk membantu murid -murid sekolah yang masih tidak boleh membaca. Kanak -
kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya
mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa yang mendisplinkan atau menggalakannya
mentelaah buku -buku pelajaranya. Keadaan ini perlu diperbaiki. Kanak -kanak ini boleh mendapat
manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru -guru yang berpengalaman. Minat
-
7/30/2019 Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
6/29
membaca amat penting ditanamkan dalam diri si anak itu sebelum dia bersedia untuk membaca.
Membacakan buku-buku cerita atau menggunakan teknik flash -cards boleh mendatangkan minat
membaca kepadak anak -kanak berkenaan. Melihat orang lain membaca atau melawat ke kedai -kedai
buku juga digalakkan. Galakkan si anak mengeja dan menyebut perkataan tetapi jangan gunakan
paksaan. Benarkan dia mencoteng dalam buku atau kertas -kertas kosong. Sesekali cabar dia meniru
huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia bertanya sesuatu perkataan yang tertulis.
Masalah membaca sering terdapat di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran.
Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori , iaitu masalah mengenal huruf (decording ) dan masalah
memahami apa yang dibacanya (reading comprehension )
Keupayaan membaca dikalangan kanak-kank boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat
pertama ialah peringkat dimana dia sendiri gemar menengok buku-buku yang mengandungi gambar-gambar menarik Lazimnya. Pada peringakt usia lima hingga enam tahun, dia sudah mula mengenai huruf
secara merangkak-rangkak. Semakin lama, dia semakin cekap sehingga boleh mengeja sesuatu
perkataan. Kebiasaanya, apabila berada dalam darjah dua atau tiga, dia sudah cekap membaca tanpa
memikirkan dengan mendalam makna setiap ayat yang dibacanya. Ini berbeza dengan kanak-kanak
dalam darjah lima keatas yang sudah mula berfikir tentang makna setiaap sesuatu yang dibacanya. Dia
mula mempersoalkan kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku-buku tersebut. Tumpuan
perhatiannya lebih mendalam dan dia lebih menggunakan ingatannya sewaktu membaca. Pada
peringkat ini, seseorang kanak-kanak yang lemah daya ingatannya atau singkat tumpuan perhatiannya
sering menghadapi masalah memahami apa yang dibacanya. Ini kerana bahasa yang digunakan dalam
buku-buku tersebut lebih kompleks dan memerlukan pengetahuan yang tersimpan dalam ingatan untukmemahami apa yang dibaca. Lazimnya, kanak-kanak yang berusia 12 tahun keatas sudah boleh
membuat ringkasan terhadap sesuatu yang dibacanya. Kanak-kanak yang sudah pandai meringkaskan,
menganalisa dan menyusun denagn kemas maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pembacaan
akan dapat menunjukkan prestasi akademik yang baik. Sebaliknya, kanak-kanak yang lambat mengenal
huruf dan lambat membaca akan mengalami masalah. Jika dia boleh membaca tetapi kurang
memahami apa yang dibacanya, prestasi akademiknya juga akan turut terjejas.
Kadangkala , terdapat kanak -kanak yang mengatakan dia faham isi kandungan sesuatu perenggan
dalam buku yang dibacanya , tetapi apabila disoal , dia tidak dapat memberikan jawapan yang
memuaskan. Keluhan seperti " saya fikirkan saya faham apa yang saya baca " sering kedengaran. Situasi
seperti ini perlu dianalisa untuk mengetahui punca yang menyebabkan kanak-kanak ini tidak memahami
apa yang dibaca. Kemudian tumpuan perhatiannya terlalu singkat atau dia tidak membaca secara aktif.
Dia perlu digalakkan supaya sering bertanya pada dirinya apa yang hendak disampaikan oleh penulis.
Kadang kala , si anak itu sendiri tidak faham apa yang dibaca kerana kelemahannya memahami bahasa
yang digunakan. Sesuatu perkataan yang tidak difahami akan mengaburi konsep yang ingin disampaikan.
-
7/30/2019 Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
7/29
Mungkin dia sukar memahami konsep yang cuba ditonjolkan oleh si penulis kerana terlalu kompleks.
Oleh itu , dia memerlukan penjelasan gurunya. Kadangkala pula dia memang tidak ingat apa yang telah
dibacanya dan mengulang membaca.
Oleh kerana masalah membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan wujudnya masalah
pembelajaran di kalangan kanak -kanak , ibu bapa perlulah berusaha menggalakan si anak membaca dari
kecil lagi. Kanak -kanak berbeza antara satu sama lain dari segi kesedaran membaca. Ada yang lambat
dan ada yang cepat. Ini ada kaitan dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang
diterimanya , peluang -peluang serta sumber -sumber bacaan yang terdapat di rumah serta motivasi si
anak itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang sekelilingnya.
Kanak -kanak hiperaktif
Kanak -kanak hiperaktif mempunyai ciri -ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat ,
sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan
menunjukan kedegilanya serta susah dikawal dan displinkan. Oleh itu , kanak -kanak hiperaktif sering
mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau -merayau , tidak
boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru.
Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri -ciri perkembangan bahasayang lambat.
Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak -kanak lain dan dia sering berasa
terasing. Kanak -kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa menjaga
40 orang murid dalam satu kelas. Dia tidak boleh memberikan perhatian yang khusus pada murid ini
sahaja.
Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif ini mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana
sikap resah dan perangai impulsifnya , dia sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa. Kanak -kanak
serti inimemerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tumpuan
perhatiannya serta latihan yang menggunakan pendekatan satu dengan satu ( one -to -one opproach ).Guru-guru perlu sering memberikan peringatan kepada murid ini sama ada melalui isyarat atau
mengetuk meja untuk mendapatkan perhatianya dari semasa kesemasa. Adalakanya, pakar kana-kana
perlu memberikan ubat-ubat yang khusus yang bertujuan untuk mengurangkan keresahan agar boleh
menjalani latihan dan program pendidikan dengan lebih berkesan lagi.
-
7/30/2019 Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
8/29
Kekekokan
Ada juga kanak-kanak yang kekok dan tidak dapat menulis degan cepat. Ini menyebabkan dia lambat
menghabiskan latihan-latihan menulis yang diberikan. Kanak-kanak seperti ini memerlukan lebih banyak
latihan untuk meningkatkan kemahiran penulisannya. Tatkala kanak-kanak lain sudah boleh menulis
ayat-ayat yang disebutkan oleh gurunya, dia pula terlalu lambat kerana masih belum cekap
mengeluarkan maklumat yang diperlukan dari ingatannya dengan cepat atau secara automatik. Ini boleh
meletihkan mentalnya dan mengakibatkan tulisannya sukar dibaca. Sayang sekali, dia sering diaggap
lembab walaupun dia mungkin seorang yang cerdik.
Gangguan Emosi
Gangguan emosi boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu tidak maju didalam pelajarannya.
Sering juga terdapat kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran
kerana gangguan-gangguan seperti sakit perut, sakit kepala dan sebagainya yang berpunca daripada
gangguan emosinya. Contohnya ialah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang secara mendadak
merosot dalam pelajarannya sejak enam bulan kebelakangan..
Sebelum itu dia merupakan murid yang cerdik dan menunjukkan prestasi yang sangat baik di sekolah.
Sejak enam bulan yang lalu, ibu bapanya mengalami masalah rumahtangga dan sedang berura-ura untuk
berpisah. Ini telah menimbulkan suasana rumahtangga yang tidak harmoni yang meyebabkan si anak
sering mengeluh tidak sihat. Kanak -kanak yang mengalami gangguan emosi perlulah dikenal pasti
supaya boleh diberi kaunseling untuk membantunya mengatasi masalah emosinya.
Kaunseling memerlukan penglibatan seluruh ahli keluarga untuk mencari jalan penyelesaian yang
sebaik-baiknya. Masalah pembelajaran dikalangan kanak-kanak memang sering berlaku dan
kebanyakannya boleh diatasi degan menggunakan pendekatan-pendekatan yang tertentu. Pendekatan-
pendekatan ini perlulah mengambil kira ciri-ciri kekuatan dan kelemahan kanak-kanak berkenaan.
Strategi-strategi bypass yang sesuai boleh diaturkan bagi membolehkan dia mengatasi kelemahannya.
Gelaran-gelaran seperti rencat akal (mental handicap), hiperaktif (hyperactivity) dan sebagainya tidak
ada guna baginya sama sekali tanpa langkah-langkah intervensi yang sewajarnya. Sebaliknya, adalah
lebih baik diwujukan program-program bagi membantu mengatasi masalah kanak-kanak ini. Kebanyakan
-
7/30/2019 Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
9/29
kanak-kanak yang diberikan perhatian dan latihan-latihan akan dapat mengatasi masalah mereka dan
seterusnya maju dalam pelajaran mereka.
Tanggungjawab untuk membantu anak-anak yang bermasalah ini bukan hanya terletak diatas bahu para
profesional atau guru-guru sekolah sahaja malah ibu bapa juga perlu mengambil perhatian berat dan
memastikan anak-anak mereka mengikut latihan-latihan khas dirumah.
MASALAH PEMBELAJARAN DI KALANGAN KANAK-KANAK
Telah menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang berpontensi tinggi dan
berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi apabila dewasa kelak. Ini kerana,
corak kehidupan masa kini amatlah memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta
kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara. Namun begitu, bukan semua zuriat
yang dilahirkan mempunyai pemikiran yang cemerlang.
Setiap zuriat yang dilahirkan sebenarnya telah mula belajar dari peringkat bayi lagi. Bayi yang baru lahir
mewarisi pelbagai bentuk gerakan pantulan. Contohnya apabila sesuatu objek menyentuh bibirnya, bayi
akan terus menghisap objek tersebut tanpa perlu diajar kepadanya. Ini bererti wujud satu susun atur
genetis semula jadi dalam diri bayi untuk menyerapkan kewujudan sesuatu objek. Hari demi hari,
maklumat dalam ingatan bayi semakin bertambah selaras dengan peningkatan fizikalnya daripada
seorang bayi ke dunia kanak-kanak dan seterusnya menjadi dewasa. Maklumat-maklumat yang diterima
akan dipecah-pecahkan menjadi pengetahuan dan memperkembangan keupayaan kognitif.
Namun demikian, bukan semua kanak-kanak mengalami perkembangan yang sama. Bagi yang
perkembangan biologinya seimbang, maka tahap kognitifnya juga akan selari dengan perkembangan
umur dan fizikalnya, manakala terdapat sesetengah kanak-kanak pula yang mengalami masalah
perkembangan ini. Kanak-kanak sedemikian biasanya akan mengalami masalah dalam pembelajaran
seharian mereka di sekolah.
Sejak beberapa tahun kebelakangan, kefahaman tentang masalah pembelajaran di kalangan kanak-
kanak telah berkembang dengan pesatnya. Memang jelas bahawa masalah ini adalah kompleks dan
psikososial. Selain faktor biologi, pengalaman hidup seseorang kanak-kanak itu mempunyai pengaruh
yang kuat terhadap perkembangan intelek dan perwatakannya.
Bagi Ibu bapa dan guru pula kadang kala membuat tanggapan yang mungkin kurang tepat terhadap
kanak-kanak yang kurang maju dalam pelajarannya. Si anak dikatakan malas, tidak bermotivasi, bodohatau asyik bermain sahaja. Terdapat pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan pihak guru dengan
mengatakan bahawa guru kurang berpengalaman, teknik mengajar tidak berkesan, pilih kasih atau
kurang memberikan perhatian kepada si anak. Ramai ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka untuk
mengikuti kelas tambahan bagi meningkatkan kemajuan pelajaran mereka. Walaupun usaha-usaha ini
boleh membantu memperbaiki prestasi akademik sebahagian besar kanak-kanak, tetapi masih ada lagi
segolongan kanak-kanak yang memerlukan bantuan pembelajaran yang lebih khusus.
-
7/30/2019 Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
10/29
Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran, terdapat dua punca yang boleh kita lihat
iaitu punca biologi dan punca psikososial. Punca biologi merangkumi faktor-faktor baka dan penyakit-
penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran (asphyxia),
lembam lapisan otak (meningitis) dan sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat
saraf ( neurologi dysfunction ). Pakar kanak-kanak juga telah lama menyedari bahawa kandungan
plumbum yang tinggi dalam darah (lead poisoning) seseorang kanak-kanak boleh menyebabkan
wujudnya masalah pembelajaran. Selain itu, banyak lagi bahan yang telah dikenal pasti sebagai punca
masalah pembelajaran. Doktor dan ibu bapa perlulah peka terhadap hal ini supaya dapat mengurangkan
risiko anak-anak terdedah kepada penggunaan bahan-bahan tersebut.
Punca psikologi juga sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh sekitaran yang tidak sihat,
kurang rangsangan, kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak-kanak
berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Umumnya, ia melibatkan unsur biologi berinteraksi
dengan unsur psikososial. Oleh itu, setiap kanak-kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat
secara teliti dengan menggunakan pendekatan yang berasingan.
Satu kajian untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci punca-punca kegagalan dalam pelajaran telah
dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas pemulihan di tiga buah sekolah di selangor dan kuala
Lumpur oleh LPPKN denagn kerjasama Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara punca-punca
yang dikenal pasti ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran anak-anak, kurang motivasi
di kalangan kanak-kanak itu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran membaca, menulis dan
mengira. Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat menguasai bahasa yang seterusnya
menjejaskan proses menguasai kemahiran membaca. Sesetengah kanak-kanak pula menghadapi
masalah lemah pengamatan (perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap
diri sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan berasa takut
untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya.
Terdapat beberapa kategori kanak-kanak yang memerlukan keperluan khas dalam masalah
pembelajaran. Menurut Garciulo (2003) definisi keperluan khas:
"Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These differences may be
due to significant physical, sensory, cognitive, or behavioral characteristics. Many of these children may
require educational programs customized to their unique needs."
Di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia:
terdapat 9 kategori kanak-kanak berkeperluan khas iaitu :
1. Terencat Akal (Mental Retardation)
2. Kurang Upaya Dalam Pembelajaran (Learning Disability)
3. Kecelaruan Emosi atau Tingkah Laku (Emotional or Behavioral Disorders)
-
7/30/2019 Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
11/29
4. Pintar Cerdas dan Berbakat (Gifted and Talented)
5. Masalah Bahasa dan Pertuturan (Speech and Language Disorders)
6. Masalah Pendengaran (Hearing Impairment)
7. Masalah Penglihatan (Visual Impairment)
8. Kecelaruan Spektrum Autisma (Autism Spectrum Disorder)
9. Kurang Upaya Fizikal atau Masalah Kesihatan (Physical or Health Disability)
Manakala definisi kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran pula adalah kanak-kanak yang
mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh
mendapat manfaat pendidikan formal.
Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran
Malaysia ini adalah :
Sindrom Down
Autisme ringan
Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disorders/ADHD)
Terencat akal minima
Kurang upaya dalam pembelajaran (Learning Disability), dan
Kurang upaya dalam pembelajaran khusus (Contoh: Disleksia, Diskalkulia, Disgrafia, Dispraksia)
Di bawah Jabatan Pendidikan Khas, ciri kanak-kanak bermasalah dapat dilihat pada 3 apsek:
Aspek psikomotor
Bentuk badan dan koordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal.
Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh
faktorfaktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.
Aspek kognitif
Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang
diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya
ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif.
Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran
-
7/30/2019 Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
12/29
tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari
apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.
Aspek afektif
Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa
disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya
mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan
tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai
mental yang sama dengan mereka.
Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab para professional, guru-guru sekolah serta ibu bapa
untuk membantu anak-anak yang bermasalah dengan mengambil perhatian berat dan memastikan
anak-anak mereka mengikut latihan-latihan khas yang telah disediakan.
Tidak semua kanak-kanak dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti yang diharap dan
dirancangkan. Terdapat beberapa golongan kanak-kanak yang tidak bernasib baik sehingga menghalang
proses-proses pembelajaran berlaku dengan baik dan cemerlang. Antara golongan itu adalah kanak-
kanak bermasalah pembelajaran.
Guru di kelas biasa turut memainkan peranan penting dengan membantu mengenal pasti murid dengan
masalah pembelajaran agar mereka tidak terus ketinggalan. Dr. Aminah Bee (2000), menggariskan
peranan pihak sekolah/guru dari segi mengenal pasti murid iaitu :
Guru kelas biasa perlu peka apabila kanak-kanak kurang memberi tumpuan/perhatian ataupun kuran
cekap dalam pelajaran.
Guru kelas biasa perlu sedar terdapat di kalangan kanak-kanak normal yang mempunyai masalah
pembelajaran dan jangan meletakkan label malas ataupun bodoh kepada murid.
Guru kelas biasa perlu merujuk kes yang disyaki kepada guru yang mempunyai latihan dalam
pendidikan khas (jika ada) kerana guru ini dapat mengenal pasti secara kasar masalah yang dihadapimurid.
Kanak-kanak yang baru memulakan persekolahan di tahun satu perlu disaring bagi mengenal pasti
masalah pembelajaran spesifik.
Merujuk kanak-kanak kepada pasukan kesihatan sekolah ataupun klinik kesihatan yang berdekatan
bagi pemeriksaan lebih terperinci.
-
7/30/2019 Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
13/29
Walau dalam situasi bagaimana sekalipun, murid dengan keperluan khas perlu dilihat dan dilayan seperti
murid normal yang lain. Corak perkembangan murid tipikal dan strategi pengajaran bagi murid murid
berasaskan pengetahuan perkembangan boleh diaplikasikan terhadap murid dengan keperluan khas.
Guru perlu mendapatkan semua sumber maklumat yang boleh diperoleh, termasuk ibu bapa, doktor,perpustakaan dan persatuan bagi membantu murid berkenaan.
Rancangan sekolah selalunya dibuat berdasarkan kepada murid yang sederhana dan cerdik. Kanak-kanak
yang bermasalah pembelajaran seolah-olah dipaksa menghadapi kegagalan serta kekecewaan dan akan
berdepan dengan kesukaran. Dalam situasi sekolah seperti ini, kanak-kanak ini merasakan dia akan gagal
dalam hidup, cita-citanya tidak diendahkan, terbantut atau dimusnahkan. Dia juga mungkin percaya jika
diarah supaya percaya dia tidak akan Berjaya. Bagi membantu seseorang itu belajar, seorang guru perlu
tahu muridnya sendiri, sifatnya, keperluannya serta latar belakangnya. Guru perlu mempertimbangkan
bagaimana membantu muridnya menangani situasi yang dihadapinya, merangsangnya supaya terus
belajar, mempermudahkan proses pembelajarannya dan menyediakan persekitaran yang membolehkan
kanak-kanak ini mengamalkan apa yang dipelajarinya.
Ada antara kanak-kanak ini boleh berjaya di sekolah dan dalam hidup jika minat mereka dirangsang dan
mereka diberikan peluang. Mereka boleh dipimpin supaya menguasai banyak perkara abstrak yang
mudah. Perbendaharaan kata yang mudah harus digunakan, bahan bacaan mesti ditulis berkaitan
kepentingan hidup, serta pengajaran am dan kadar pembelajaran mestilah dilambatkan. Dengan itu
barulah mereka boleh menerima faedah yang banyak dan menjadi murid yang berjaya. Sebahagian
daripada kegagalan mereka yang bermasalah pembelajaran dikaitkan dengan segolongan pendidik tidak
bewibawa yang menempatkan kanak-kanak ini ke dalam situasi dimana mereka tidak boleh berjaya dankemudiannya tidak membuat sesuatu bagi menolong penyesuaian mereka.
Kefahaman mengenai kanak-kanak adalah asas kepada sebarang pertolongan atau bimbingan yang
mungkin diberikan kepada mereka. Anak-kanak ini sedang maju ke hadapan dan perlu mempunyai jalan
yang disediakan untuknya. Dia mesti dapat memahami nilainya dan mengenal pasti rintangan-rintangan
serta potensinya. Justeru, kanak-kanak ini perlu dibimbing menuju ke sesuatu matlamat yang ingin
dicapainya. Proses pembelajaran adalah satu aktiviti yang kompleks kerana banyak perkara berlaku
serentak pada masa yang sama. Sewaktu sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran dikendalikan,
terlalu banyak perkara yang perlu diberi perhatian oleh kanak-kanak ini bagi memastikan mereka
menguasai apa yang diajar oleh guru. Proses ini tidak dapat dilakukan secara maksimum oleh sisiem
neurologi seperti yang diharapkan. Walau bagaimanapun, pembelajaran boleh dimudahkan dengan
wujudnya keadaan seperti berikut:
-
7/30/2019 Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
14/29
Terdapat objektif yang jelas dan berpotensi di capai.
Murid mempunyai motivasi untuk belajar.
Murid disediakan dengan tugasan pembelajaran yang sesuai dan memberikan mereka peluang
mengamalkan tingkah laku yang diperlukan.
Apabila pembelajaran berlaku, murid mendapat peluang mengamalkan tugas yang lebih sukar yang
mendorongnya supaya belajar lebih lanjut.
Murid diberitahu mengenai kemajuannya dan dibantu supaya mencapai objektif yang dimahukan.
Kebanyakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran tidak dapat berkomunikasi dengan baik di dalam
kelas. Murid memerlukan bentuk komunikasi yang baik dan jelas bagi memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran. Guru perlu mengambil kira dalam komunikasi, setiap mesej yang hendak
disampaikan memerlukan tidakan yang sesuai dengan kehendak murid. Sehubungan ini, komunikasi
corak berikut dapat diwujudkan di dalam kelas:
Komunikasi antara perseorangan melibatkan dua orang yang berinteraksi secara bersemuka.
Komunikasi kumpulan kecil himpunan individu yang berinteraksi antara satu sama lain secara
langsung atau tidak. Ini adalah proses di mana sesuatu kumpulan bertukar-tukar pendapat.
Komunikasi umum melibatkan kumpulan yang lebih besar. Guru perlu berkemampuan menarik
perhatian murid dengan nada suara yang menarik, bijak menyusun kata, tegas dan mempengaruhi.
Komunikasi massa melibatkan penggunaan alat-alat komunikasi seperti televisyen, radio, internet,
akhbar dan majalah.
Komunikasi bercirikan kekeluargaan murid digalakkan beralah, menahan rasa marah bagi
mewujudkan hubungan yang harmoni.
Guru juga perlu memikirkan cara komunikasi seperti yang berikut supaya komunikasi antara guru dan
murid lebih berkesan:
1. Gunakan teknik komunikasi yang jelas.
Penyampaian secara khusus
Nyatakan serta merta sesuatu perkara atau teguran
-
7/30/2019 Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
15/29
Jangan buat penilaian terlalu awal sebelum mendengar dan meneliti
Selaraskan maklumat dengan cara berkomunikasi: apa yang disampaikan mestilah konsisten dan tidak
berubah-ubah bagi mengelakkan kekeliruan
2. Tunjukkan penghormatan dan kasih sayang
Cakap dengan lemah lembut
Jawab apabila ditanya
Penuhi permintaan yang munasabah
Minta bantuan pelajar dengan cara yang sopan
Sedar kasih sayang lebih berkesan daripada cara yang keras
3. Elakkan menyebut perkataan-perkataan yang negatif. Padamkan rekod negatif dalam minda murid.
4. Kembangkan potensi dan kebolehan murid. Jangan perkecilkan kebolehan murid.
5. Dengar dengan aktif serta berikan perhatian kepada apa yang dituturkan, isi perkataan dan selami
serta fahami perasaannya.
6. Nyatakan mesej tidak boleh, secara berhemah dengan cara:
Beri alternatif
Beri penjelasan kenapa tidak boleh
Fahami dan hormati perasaan murid dan tunjukkan perasaan simpati dan empati, terangkan masalah
ataupun risiko berkaitan dengan perkara yang ditegah
7. Nasihat
Ketidaktentuan sewaktu berkomunikasi sekaligus mewujudkan ketidakberkesanan dalam hubungan
sosial murid. Di sekolah murid dapat memperkembangkan kemahiran sosial bersama rakan-rakan.
-
7/30/2019 Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
16/29
Tetapi di kalangan murid bermasalah pembelajaran mereka mempunyai masalah bersosial dengan
rakan-rakan. Seorang guru mempunyai peranan yang sangat penting dalam membantu mereka
meningkatkan kemahiran bersosial dikalangan rakan-rakan. Seorang guru boleh:
Guru boleh melantiknya sebagai ketua kebersihan atau apa saja jawatan yang penting supaya kanak-
kanak ini sedar bahawa mereka sentiasa dihargai guru dan rakan-rakan dan menerima mereka sebagai
sebahagian daripada ahli kelas. Ini mendorong mereka supaya lebih berani untuk bersuara.
Sentiasa menghampiri dan memberikannya senyuman setiap masa. Ini mendorongnya rasa seronok
untuk datang ke sekolah.
Sentiasa menegurnya. Walaupun dia sering mengelakkan diri, tegurlah dia supaya dia tahu ada yang
sudi bercakap dengannya.
Galakkan murid-murid lain supaya sentiasa menghampirinya terutama semasa rehat dan di dalam
kelas. Ini penting supaya dia sedar, dia tidak bersendirian dan ramai rakan-rakan di sekelilingnya.
Libatkan kanak-kanak tersebut dalam perbualan seharian seperti bertanyakan aktivitinya pada hujung
minggu, bertanyakan makanan kegemarannya atau hobi di masa lapangnya.
Sentiasa memberikan pujian kepadanya. Kanak-kanak akan merasa bangga apabila dipuji walaupun
perkara itu kecil dan menyedarkan dirinya dihargai.
Disamping perkara-perkara di atas, elemen-elemen diri guru juga dapat membantu menyampaikan
mesej kepada murid dengan lebih berkesan. Antara elemen yang penting adalah:
Penampilan diri
Ini merangkumi kedudukan kepala, posisi tubuh serta cara berpakaian. Penampilan luar menciptakan
kesan murid kepada diri mereka. Pelanggan tertarik membeli barang-barang yang bungkusannya
kelihatan menarik. Begitu juga dengan guru, dinilai oleh penampilan peribadinya.
Muka
Ia merangkumi kelembutan wajah serta mata iaitu lirikan renungan dan sebagainya, mulut sama ada
tersenyum atau tidak. Guru yang digerakkan oleh semangat kelembutan dapat mengarahkan segala
tenaganya kepada tindakan dan seterusnya keberkesanan pengajarannya.
-
7/30/2019 Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
17/29
Suara
Gaya bercakap terletak kepada suara. Suara mestilah jelas dan lantang. Ada guru yang terlampau cepat
bercakap ataupun suaranya tidak kedengaran. Amat penting bagi guru meminta kerjasama murid-
muridnya dengan memberitahu kalau-kalau suaranya tidak kedengaran atau percakapannya terlalu
cepat. Suara yang jelas dapat menutup jurang komunikasi antara guru dan murid.
Sentuhan
Memegang tangan dan beberapa sentuhan lain antara guru dan murid sangat penting. Sentuhan yang
sihat dapat meyakinkan murid kemesraan sudah wujud. Mereka merasa diri mereka disayangi, dihargai
dan sebagainya.
Interaksi yang berkesan adalah interaksi yang merapatkan hubungan antara ibu bapa dan guru sama ada
bersifat verbal atau tidak. Walaubagaimanapun, interaksi yang berkesan ini kurang dipraktikkan oleh
guru dan ibu bapa kerana sibuk dengan tugasan harian. Guru berperanan untuk menarik perhatian ibu
bapa supaya dapat berinteraksi dengan lebih kerap agar segala permasalahan anak dapat dibincangkan.
Ibu bapa mestilah dianggap sebagai rakan kongsi yang penting. Guru berperanan supaya penglibatan ibu
bapa ini lebih berkesan lagi. Guru haruslah juga melatih diri menjadi pendengar yang baik, belajar
mengenal pasti tanda-tanda sedih, marah dan kekecewaan serta bertindak dengan sepatutnya.
CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat
menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang
bermasalah pembelajaran:
a. Ciri-ciri fizikal
Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal.
Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh
faktor faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.
b. Ciri-ciri intelek
Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang
diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya
ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif.
Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran
-
7/30/2019 Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
18/29
tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari
apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.
c. Ciri-ciri sosial dan peribadi
Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa
disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya
mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan
tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai
mental yang sama dengan mereka.
RASIONAL
Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang
sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka
kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas
perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa,
bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.
MATLAMAT
Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang
bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran yang tertentu bagi membantu mereka
mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini membantu mereka mencapai
perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani,
emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang
berguna dan berdikari.
OBJEKTIF
Setiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan
mereka:
-
7/30/2019 Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
19/29
1. Menguasai kemahiran komunikasi
2. Menguasai kemahiran bergaul
3. Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling
4. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri
5. Menguruskan hal-hal kehidupan seharian
6. Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif
7. Melibatkan diri dalamkegiatan rekreasi
8. Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor
9. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
10. Mengembangkan potensi,bakat,dan daya kreatif serta intelek
SASARAN
Murid-murid terencat akal ringan yang:
Telah disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak yang bertauliah
Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
Tiada kecacatan fizikal yang teruk
Tiada mengalami masalah sikap/tingkahlaku luarbiasa seperti hyperaktif (sukar dikawal),ganas atau
mental yang teruk
Tiada mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan,jantung dan lain-lain. (percubaan selama 3
bulan diberikan kepada murid-murid baru)
Terencat Akal
Diskalkulia, Disgraphia, Disleksia
-
7/30/2019 Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
20/29
Autisme
Bermasalah komunikasi
Sukakan rutin
Berada di dunia sendiri
Ekolalia
Cederakan diri sendiri
Kompulsif tanpa tahu kesan
Tidak suka bergaul
Tidak ada tentangan mata
Kerencatan bahasa
Masalah kefahaman
Tidak suka disentuh
Bermasalah interaksi sosial
Pergerakan berulang-ulang
Palsi Serebrum
Kecacatan anggota tangan, kaki dan tubuh badan
Masalah pergerakan
Masalah postur
Kekejangan
Pergerakan tidak terkawal
Masalah imbangan badan
Masalah komunikasi
Masalah motor halus/kasar
Masalah tulisan
-
7/30/2019 Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
21/29
Masalah perkembangan motor halus/kasar
Komunikasi, Pertuturan dan Bahasa
Kecelaruan pertuturan
Kecelaruan bahasa
Kecelaruan suara
Masalah artikulasi
Masalah kelancaran
Sindrome Down
Gangguan Penumpuan ADHD
Lambat menyiapkan tugasan
Mudah terganggu
Masalah kosentrasi
Masalah mengurus tugasan
Cepat lupa
Impulsif
Membuat tugasan lain tanpa menyiapkan tugasan terdahulu
Memerlukan pengawasan yang lebih
Masalah menunggu giliran
Hiper Aktif
Tidak boleh duduk diam
Impulsif
-
7/30/2019 Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
22/29
Tumpuan perhatian singkat
Suka ganggu orang lain
Bermasalah Pembelajaran
Pintar cerdas dan Berbakat
Keupayaan umum yang istimewa
Kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi
Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya IQ tinggi
Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran
Menguasai hanya satu atau sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan
Pengalaman sendiri dalam mengenalpasti kanak-kanak atau murid yang menghadapi masalah dalam
pembelajaran ialah pokok pangkalnya adalah mereka mengalami masalah ketidakupayaan memberi
tumpuan ataupun masalah hiperaktiviti. Pada hakikatnya semua murid ingin sekali menjadi seorang
yang cemerlang di sekolahnya, namun disebabkan masalah ini iaitu kesukaran memberi tumpuan
dengan kerap ini telah pun menyebabkan gangguan dan masalah kepada murid itu sendiri. Sungguhpun
demikian, kebanyakan ibu bapa, guru dan rakan-rakan yang melihat masalah ini seringkali di salah erti
terhadap sikap murid-murid ini kerana tidak memahami mengapa murid-murid ini mempunyai
tingkahlaku sedemikian rupa.
Pada dasarnya murid ini bersikap normal tetapi oleh kerana masalah kesukaran memberi tumpuan
dengan kerap ini akan menunjukkan sikap yang tidak diingini seperti mengamuk di dalam kelas atau pun
terlalu aktif di dalam kelas sehingga mengganggu proses pembelajaran tersebut. Perkara sebegini tidak
boleh dibiarkan. Ianya perlu dibawa berjumpa dengan pihak yang sepatutnya untuk dinilai atau
didiagnos dengan lebih lanjut. Para ibubapa hendaklah meminta pihak pakar kanak-kanak atau pun
doktor keluarga merujuk anak-anak mereka ini kepada pakar psikiatri kanak-kanak dan dewasa untuk
proses diagnostik anak-anak mereka dengan lebih lanjut bagi tujuan perubatan.
Masalah Hiperaktif (ADHD)
Perilaku hiperaktif atau ADHD ini dapat dilihat melalui personaliti, perkembangan fizikal dan emosi
kanak-kanak tersebut. Sama ada normal ataupun tidak, perilaku kanak-kanak normal bergantung pada
perkembangan sosial dan dan perangainya yang sesuai dengan usia mereka. Jika perilakunya tidak
sesuai dengan usia mereka, mereka boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak hiperaktif.
-
7/30/2019 Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
23/29
Kadang-kala perilaku kanak-kanak ini tidak dapat dilihat dirumah. Namun di pusat-pusat perubatan,
doktor dapat mengesan gejala dan tanda-tanda perilaku hiperaktif tersebut.
Berikut adalah beberapa tanda-tanda dan gejala perilaku kanak-kanak hiperaktif :
Perasaan kegelisahan terus menerus
Sentiasa belari dan memanjat sana-sini
Terlalu banyak bercakap
Tidak boleh duduk diam untuk jangka masa yang lama
Suka mengangu orang lain
Tidak suka mengikut barisan atau menunggu. Selalu memotong barisan.
Sentisa kehilangan barang-barang seperti pensil, pemadam dan sebagainya
Tidak menumpukan perhatian
Seorang yang pelupa.
Sentiasa nampak tidak terurus (selekeh)
-
7/30/2019 Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
24/29
Selalu mengikut gerak hati untuk melalukan sesuatu
Kebanyakan kanak-kanak akan menunjukkan perilaku hiperaktif dan masalah kurang memberi tumpuan
serentak. Ini dipangil ADHD, namun sesetengah ada yang tidak mempunyai masalah perilaku hiperaktif
namun mempuyai masalah untuk kurang memberi tumpuan dan mengambil perhatian. Malasah ini
disebut sebagai Attention Dificit Disoder (ADD).
Faktor-Faktor Perilaku Hiperaktif
Perilaku Hiperaktif dapat memberikan masalah kepada orang tua ataupun penjaga kanak-kanak
tersebut. Kerana kelakuan mereka yang sangat aktif dan agresif, mereka biasa disifatkan sebagai kanak-
kanak nakal bagi sesetengah individu. Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan perilaku hiperaktif
atau ADHD ini. Tetapi punca sebenar masih belum dikenal pasti.
Menurut kajian perubatan kami, rawatan yang tidak teratur semasa kehamilan juga boleh menjadi
penyebab masalah perilaku hiperaktif ini kepada anak anda. Keputusan ujian kami menunjukkan kanak-
kanak hiperaktif ini mempuyai tahap glukosa yang tinggi berbanding kanak-kanak normal.
Selain itu, hal yang berkaitan dengan penceraian orang tua, perubahan tempat tinggal, sekolah dan
sebagainya sedikit sebanyak akan mempengarui perilaku kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak sebegini
biasanya akan bertindak diluar kawalan.
Untuk lebih jelas, di bawah ini adalah senarai faktor yang boleh menyebabkan perilaku hiperaktif :
Faktor keturunan
Kecederaan otak semasa dalam kandungan
Kembar, Jika salah seorang dari pasangannya adalah ADHD 80-90 peratus daripada kajian perubatan
kami menunjukkan bahawa pasanganya yang lain juga akan mendapat hal yang sama.
-
7/30/2019 Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
25/29
Masalah kesulitan dalam pembelajaran juga boleh membuatkan seseorang kanak-kanak berkelakuan
ADHD atau hiperaktif kerana kanak-kanak akan merasa tertekan ketika mereka cuba untuk memahami
sesuatu yang dipelajari.
Keadaan persekitran. Seperti terdedah kepada asap rokok dan pencemeran udara boleh
menyebabkan risiko hiperaktif.
Diet Perilaku Hiperaktif
Diet ataupun pemakanan yang betol pelu di jaga oleh setiap ibubapa atau penjaga kanak-kanak
hiperaktif atau ADHD ini. Kerana pemakanan yang betol memainkan peranan yang penting untuk kanak-
kanak hiperaktif, mereka perlu dielakkan dari mengambil makanan yang manis. Di bawah adalah
senarah makanan yang perlu dielakkan bagi kanak-kanak hiperakitf atau ADHD :
Coklat
Gula-gula
Susu
Aiskrim
Mentega
Yogurt
Tomato
Jeruk
-
7/30/2019 Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
26/29
Pisang
Anggur Merah
Epal
koko
dll
Kanak-kanak hiperaktif (ADHD) memerlukan makanan yang mengandungi karbohidrat yang mempunyai
gluten. Ini akan mengurangkan perilaku hiperaktif kanak-kanak tersebut. Di bawah adalah senarai
makanan yang perlu diambil oleh kanak-kanak hiperaktif (ADHD) :
Nasi
Ubi
Jagung ( bukan jagung manis )
Ubi kayu
Pati jagung
Mee
-
7/30/2019 Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
27/29
Gandum
Toti
Spaghetti
Kek Kurang gula
Biskut
dll
Kanak-kanak hiperaktif (ADHD) juga perlu mengambi makanan yang mengandungi protein tampa kasien.
Makanan tersebut adalah :
Daging
Telur
Kerang
Tauhu
Tempe
Kacang
-
7/30/2019 Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
28/29
Senarai diatas adalah diantara senarai-senarai pemakanan untuk kanak-kanak hiperaktif (ADHD).
PENGURUSAN EMOSI ADHD
Tanda-Tanda Hiperaktif
Faktor-Faktor Hiperaktif
Pemakanan Hiperaktif
Pengurusan Emosi Hiperaktif
Acupuncture Treatment and Herbal Medicine Cure
Pengurusan Emosi Perilaku Hiperaktif
Kanak-kanak hiperaktif biasanya melalukan sesuatu tampa memikirkan tentang orang yang berada
disekitar mereka. Mereka suka bermain berseorangan dan melalukan pekara yang mereka mahu
lakukan (hanya mengikut gerak hati mereka).
Berikut adalah beberapa cara yang boleh kita gunakan untuk menetapkan atau mengawal tingkah laku
hiperaktif atau ADHD :
Jangan meninggalkan mereka sendirian untuk bergaul dengan kanak-kanak yang lebih muda atau
seusia mereka. Hal ini untuk mencegah mereka dari menyakiti atau mencedekakan kanak-kanak lain.
Jauhkan meraka dari benda-benda yang merbahaya. Untuk mengelakkan dari dia mencederakan
dirinya sendiri ataupun orang lain
Mereka harus ditegur dan dididik dengan cara yang betul dan supaya mereka menilai apakah yang
mereka lakukan.
-
7/30/2019 Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak
29/29
Jangan bercakap dengan cara yang kasar di depan mereka kerana mereka selalunya akan mengikut
apa yang kita lakukan.
Mereka harus diberikan perhatian yang lebih dan mengajar mereka tentang apa yang dan tidak harus
dari usia mereka muda untuk memudahkan mereka membezakan apa yang harus dan apa yang tidak.
Jangan merendah-rendahkan diri mereka di depan orang. Hal ini akan menyebabkan mereka terasa
tidak di sayangi dan akan memburukkan keadaannya