1
2
MASALAH PELAJAR MEMPELAJARI KIMIA DALAM TAJUK
TERMOKIMIA
EFRIDAWATI BTE KAMAROZAMAN
Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda serta Sains Serta Pendidikan (Kimia).
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2004
3
4
5
Dedikasi
“Dengamn nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Teristimewa buat Ayahanda dan Bonda tersayang
Kamarozaman Che Amat dan Norihal bte Daud.
Berkat doamu , didikandan pergorbananmu serta hasil keringatmu membuahkan
hasil yang tidak ternilai dunia dan akhirat
Buat kekanda dan adinda-adinda dunia dan akhirat
Mohd Haszerei b. Kamarozaman
Mohd Hasfizie b. Kamarozaman
Mohd Hazif b. Kamarozaman
Semoga kejayaanku menjadi dorongan bersama.
Insan Yang Teristimewa
Khairul Anuar b. Hussain.
Yang banyak memberi sokongan dan mengharungi suka dan duka bersama
Tidak lupa juga kepda sahabat- sahabat ku di pengajian
Terima kasih kerana menjadi pendorong bagi diriku selangkah ke hadapan
Susah senang diharungi bersama
Kejayaan kita kejayaan bersama.
6
PENGHARGAAN
Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia dan izinyzNya, saya telah
berkesempatan menyiapkan kertas Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan saya dedikasikan khusus kepada semua pihak
yang terlibat sepanjang saya menyiapkan penyelidikan ini. Terlebih dahulu saya
rakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih istimewa buat Profesor Madya Aziz
Nordin yang telah banyak membimbing saya menyiapkan penyelidikan ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan setinggi penghargaan
kepada:
1. Pengetua SM Sultan Abu Bakar
2. Pengetua SM. Abdul Rahman Talib
Di atas kerjasama mengatur pertemuan dan menyediakan responden untuk
menyiapakn penyelidikan ini.
Akhir sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
terutamanya keluarga tersayang yang memberikan bantuan dan dorongan sama ada
secara langsung atau tidak langsung ketiak penyelidikan ini dilakukan.
7
ABSTRAK
Kajian ini cuba meninjau masalah yang dihadapi oleh pelajar tingkatan enam
rendan aliran sains mengenai pembelajaran tajuk termokimia, di dua buah
sekolah sekitar daerah Kuantan. Tujuan kajian adalah untuk melihat
sejauhmanakah pelajar menguasai dan memahami konsep asas termokimia di
samping mengenalpasti pelajar dalam menyelesaiakn masalah termokimia
dengan menggunakan aplikasi matematik dan pengetahuan asas kimia yang sedia
ada. Sejumlah 110 orang responden yang terdiri daripada pelajar tingakatan
enam rendah telah terlibat dalam kajian ini. Data yang dikumpul dianalisis
menggunakan SPSS 11.5 bagi mendapatkan kekerapan dan peratusan mengenai
masalah yang yang terdapat pada pelajar. Hasil kajian mendapati sebahagian
besar pelajar tidak menghadapi masalah dalam memahami dan menguasai konsep
asas termokimia, lantaran ini pelajar juga tidak menghadapi masalah dalam
menyelesaikan masalah termokimia jika mempunyai kemahiran matematik yang
baik.
8
ABSTRACT
The purpose of this study was to look at the problems faced by the lower six’s
students’ in studying thermochemistry in two schools in the district of Kuantan,
Pahang.
The study has been conducted in want to look at the students ability in understanding
the basic concept of thermochemistry using the mathematical application and their
chemistry knowledge. 110 students were selected as respondents in this study. The
data was analyzed using the SPSS 11.5 in order to obtain the percentage and
frequency of students’ problems and difficulties. The findings showed that most of
the students did not have any problem in understanding and mastering the basic
concept of thermochemistry. Further more, there will be no problems for students to
answer the thermochemistry questions if they have good mathematics’ skills.
9
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Halaman Judul ii
Pengakuan iii
Dedikasi iv
Penghargaan v
Abstrak vi
Abstract vii
Kandungan viii
Senarai Jadual xiii
Senarai Lampiran xiv
I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Skop Kajian 7
1.8 Batasan Kajian 7
1.9 Definisi Istilah 8
II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 11
2.2 Definisi Masalah 12
10
2.3 Masalah Pembelajaran Kimia 12
2.3.1 Masalah mengenai konsep 13
2.3.2 Kefahaman melalui pembelajaran terdahulu 14
2.3.3 Masalah penguasaan operasi matematik 16
2.3.4 Masalah dari segi mata pelajaran itu sendiri 19
2.4 Kesimpulan 20
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 21
3.2 Rekabentuk Kajian 22
3.3 Populasi Kajian 22
3.4 Kajian Sampel 23
3.5 Instrumen Kajian 23
3.6 Prosedur Kajian 25
3.7 Analisis Data 25
IV ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 27
4.2 Analisis latar belakang responden 28
4.3 Analisis kefahaman pelajar mengenai konsep 29
asas termokimia.
4.3.1 Analisis jawapan responden mengenai 30
konsep asas termokimia.
4.3.2 Dapatan kajian mengenai ‘Apakah yang 31
dimaksudkan dengan tenaga’
4.3.3 Analisis jawapan responden mengenai 32
takrif haba
4.3.4 Dapatan kajian mengenai konsep’Apakah 33
yang dimaksudkan dengan haba’
4.3.5 Analisis jawapan responden mengenai 34
konsep eksotermik dan endotermik
11
4.3.6 Dapatan kajian takrifan istilah tindak balas 37
eksotermik dan endotermik
4.3.7 Dapatan kajian mengenai suhu bagi tindak 38
balas eksotermik
4.3.8 Dapatan kajian mengenai suhu bagi tindak 39
balas endotermik.
4.3.9 Dapatan kajian mengenai lukisan gambarajah 40
aras tenaga bagi proses endotermik dan
proses eksotermik.
4.3.10 Dapatan kajian mengenai nilai interger 41
∆H bagi tindak balas eksotermik
adalahBersifat positif (+ve).
4.3.11 Dapatan kajian mengenai nilai interger 42
∆H bagi tindak balas endotermik
adalah bersifat negatif (-ve).
4.3.12 Pencapaian responden bagi soalan dalam 43
Bahagian B
4.4 Analisis kefahaman pelajar dalam 45
menyelesaiakn masalah termokimia.
4.4.1 Analisis jawapan responden mengenai 45
proses penyelesaian masalah dalam
termokimia
4.4.2 Dapatan kajian mengenai soalan 54
bahagian C1.
4.4.3 Dapatan kajian mengenai soalan 55
bahagian C2
4.4.4 Dapatan kajian mengenai soalan 56
bahagian C3
4.4.5 Pencapaian responden bagi soalan 58
bahagian C
12
V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 60
5.2 Perbincangan kajian 61
5.2.1 Perbincangan mengenai dapatan yang 61
diperolehi daripada persoalan kajian pertama
5.2.2 Perbincangan mengenai dapatan yang 63
diperolehi daripada persoalan kajian kedua
5.3 Rumusan 64
5.4 Cadangan 65
13
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA
SURAT
3.1 Menunjukkan pecahan soalan mengikut konsep asas 24
termokinia.
3.2 Penggredan pencapaian pelajar di sekolah menegah 26
4.1 njukkan peratus keputusan jawapan yang diberikan
oleh responden mengenai takrifan tenaga. 30
4.2 Taburan ontoh takrif tenaga mengenai tenaga yang diberikan 31
oleh responden
4.3 Menunjukkan peratus keputusan jawapan yang diberikan oleh 32
responden mengenai konsep haba
4.4 Taburan contoh takrif mengenai konsep haba yang diberikan oleh 33
responden
4.5 Menunjukkan peratus keputusan yang diberikan oleh responden 34
mengenai konsep eksotermik dan endotermik
4.6 Taburan takrifan tindak balas eksotermik yang diberikan oleh 38
responden
4.7 Taburan takrif tindak balas endotermik yang diberikan oleh
responden 38
4.8 Taburan responden mengenai persoalan satu tindak balas 39
eksotermik suhu sekitar didapati naik serta tindak balas bagi
campuran menjadi panas
4.9 Taburan responden mengenai persolan tindak balas endotermik, 40
suhu sekitar didapati turun serta tindak balas bagi campuran
menjadi sejuk
14
4.10 Taburan responden mengenai lukisan gambarajah aras tenaga 41
bagi proses endotermik
4.11 Taburan responden mengenai lukisan gambarajah aras tenaga 41
bagi proses eksotermik
4.12 Taburan responden mengenai persoalan nilai interger ∆H 42
bagi tindak balas eksotermik
4.13 Taburan responden mengenai persoalan nilai interger ∆H 43
bagi tindak balas endotermik
4.14 Taburan skor markah bagi soalan B 44
4.15 Menunjukkan peratus keputusan jawapan yang diberikan 46
oleh responden bagi soalan C1
4.16 Menunjukkan peratus keputusan jawapan yang diberikan oleh 46
responden bagi soalan C2
4.17 Menunjukkan peratus keputusan jawapan yang diberikan oleh 47
responden bagi soalan C3
4.18 Taburan jawapan responden mengenai soalan C1 56
4.19 Taburan jawapan responden mengenai soalan C2 56
4.20 Taburan jawapan responden mengenai soalan C3 57
4.21 Taburan skor markah bagi soalan bahagian C 58
4.22 Gred pencapaian markah bagi persoalan penyelesaian masalah 59
dalam termokimia
15
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang soal selidik
B Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Dari Kementerian Pendidikan
Malaysia
C Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Dari Fakulti Pendidikan UTM
16
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun sistem pendidikan di
Malaysia perlulah lebih dinamik. Hasrat ini boleh direalisasikan melalui
perancangan dan perlaksanaan kurikulum yang sesuai dan bersepadu selaras dengan
cita-cita dan aspirasi negara. Bagi mencapai matlamat pendidikan dengan berkesan,
kurikulum dan proses pengajaran yang dilakukan perlulah dijana dalam keadaan
harmoni.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi mata pelajaran sains
dan matematik telah dipekenalkan pada tahun 1989. Kurikulum sains KBSM
digubal berdasarkan aspek penting tentang ilmu sains iaitu sains sebagai bidang
keilmuan untuk memahami alam bagi kesejahteraan manusia perkembangan diri
(Aziz dan Sulaiman, 1979).
17
Pendidikan sains KBSM bermatlamatkan untuk membekal pelajar dengan
pengetahuan sains dan kemahiran sains dengan mengembangkan daya pemikiran
saintifik dan memupuk nilai-nilai murni (Abdul Razak dan Rashidi, 1979).
Kurikulum sains KBSM, melibatkan konsep penyiasatan serta penyelesaian
masalah sains secara induktif akan menjadi lebih berkesan dan bermakna jika
kerangka kurikulum tersebut memberi penekanan terhadap konsep-konsep sains
(Abu Hassan, 1999).
Mata pelajaran kimia merupakan salah satu subjek yang ditawarkan di
peringkat sekolah menengah dalam pakej sains tulen yang melibatkan pelajar di
tingkatan 4 dan 5. Matlamat kurikulum kimia KBSM bertujuan mengembangkan
intelek pelajar supaya mempunyai daya fikir yang membolehkan mereka berfungsi
dengan lebih berkesan dalam kehidupan seharian dan seterusnya mengaplikasikan
pengetahuan yang diperoleh bagi membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah.
Namun ke arah memantapkan penguasaan mata pelajaran kimia dalam diri
pelajar, ia bukanlah suatu usaha yang mudah. Pelbagai masalah seringkali timbul
terutamanya tentang salah konsep yang berkaitan dengan konsep-konsep asas kimia
serta kekurangan pengetahuan sedia ada diri pelajar, yang menjadi kekangan kepada
pelajar untuk mempelajari mata pelajaran berikut.
18
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut kajian, pelajar datang ke sekolah dengan idea mereka sendiri
mengenai alam sekeliling mereka. Dari usia muda lagi mereka cuba memahami dan
membentuk pengetahuan alam sekeliling berdasarkan pengalaman mereka. Walau
bagaimanpun kebanyakkan idea yang dipunyai mereka tidak sealiran dengan idea
dan pandangan saintifik yang diajar di sekolah. Menurut Abu Hassan (1999),
pembinaan idea yang berbeza ini dipanggil kerangka alternatif. Perselisihan idea ini
sebegini mengelirukan pelajar dan membawa masalah kepada mereka dalam
menguasai sesuatu mata pelajaran, khususnya dalam pembelajaran sains.
Masalah memahami konsep di kalangan pelajar adalah berkait rapat dengan
istilah yang tidak difahami, tidak hafal, serta tidak ingat semula. Keadaan ini berlaku
kerana istilah-istilah kimia sukar dihafal dan disebut oleh pelajar untuk
mengingatinya (Zamnah, 1999). Memahami konsep adalah penting kepada pelajar
kerana itu adalah asas dan pengaruh bagi memahami dan menguasai sesuatu
pembelajaran itu (Fatimah, 1972).
Masalah penguasaan sesuatu pembelajaran juga turut dipengaruhi oleh
pembelajaran dan kefahaman lampau dalam diri pelajar seperti kebolehan mereka
mengaitkan fakta-fakta baru dengan pembelajaran terdahulu. Pembelajaran
terdahulu adalah penting kerana lazimnya ia akan berkait rapat dan perlu
diaplikasikan dalam pembelajaran baru yang dipelajari (Sharrifah Alwiyah, 1995).
Apabila pelajar gagal menguasai asas atau konsep-konsep terdahulu, boleh
menyebabkan palajar sukar untuk menerima pembelajaran yang berada di aras yang
lebih tinggi. Kesannya pelajar tidak mampu untuk menyelesaikan tugasan ataupun
menjawab soalan peperiksaan seterusnya menyebabkan mereka gagal menguasai
sesuatu pelajaran berikut (Khalid Abdullah, 2003). Menurut Mok Soon Sang (2002),
pemindahan pembelajaran melalui konsep sedia ada bukan sahaja membantu
19
seseorang mempersepsikan maklumat-maklumat yang diterima, tetapi juga
membolehkannya membentuk konsep yang baru. Pelajar-pelajar yang mempunyai
pelbagai konsep sedia ada adalah lebih mudah membentuk konsep baru yang
berkaitan daripada pelajar yang memperoleh konsep yang kurang banyak dalam
menguasai pembelajaran terdahulu.
Selain daripada penguasaan konsep, proses matematik memainkan peranan
yang penting kerana dalam mata pelajaran kimia banyak melibatkan pengiraan
matematik Pengiraan matematik mempunyai pengaruh yang lebih luas jika
dibandingkan dengan pembelajaran yang lain. Jesteru itu melalui pengiraan
matematik akan dapat menggalakkan sesuatu pembelajaran itu menjadi lebih
bermakna (Lee Chun Siang, 1979).
Dalam mata pelajaran kimia, tajuk yang dibincangkan dalam topik
termokimia adalah konsep tenaga, haba, eksotermik, endortermik, hukum-hakam
termokimia serta melibatkan beberapa konsep terdahulu yang telah dipelajari oleh
pelajar seperti konsep mol, konsep persamaan tindak balas dan juga melibatkan
pengiraan matematik.
1.3 Pernyataan masalah
Masalah ketidakfahaman penguasaan pelajar dalam memahami mata
pelajaran kimia bukanlah satu masalah yang boleh dipandang remeh oleh penyelidik.
Banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu menghadapi kesukaran ataupun
masalah dalam mempelajari mata pelajaran kimia ini. Antara permasalahan yang
dijangka dialami oleh pelajar semasa mempelajari mata pelajaran kimia ini adalah
masalah pemahaman konsep, penguasaan pembelajaran terdahulu, masalah pengiraan
matematik, bahasa, sikap pelajar, kaedah pengajaran guru dan sebagainya.
20
Tajuk termokimia mengandungi banyak konsep asas yang memerlukan
pemahaman konsep yang terdahulu. Jika dilihat tajuk ini kemungkinan membawa
masalah serta cabaran kepada pelajar. Pelajar-pelajar juga perlu mempunyai
pengetahuan dan pemahaman yang kukuh dalam konsep yang telah dipelajari
sebelum ini (Adenan Misron, 1999).
Lantaran itu, pengkaji ingin membuat penyelidikan bagi mengenalpasti jika
terdapat masalah di kalangan pelajar dalam mempelajari tajuk termokimia ini.
1.4 Objektif Kajian
Kajian adalah untuk mengenalpasti masalah pembelajaran tajuk termokimia
pelajar tingkatan 6 bawah dua buah sekolah di Daerah Kuantan. Antara objektif
kajian adalah :
1 Mengenalpasti masalah pelajar dalam memahami dan menguasai
konsep asas termokimia yang merangkumi konsep:
i Tenaga
ii Haba
iii Eksotermik serta ciri-ciri tindak balasnya.
iv Endotermik serta ciri-ciri tindak balasnya.
2 Mengenalpasti tahap pencapaian pelajar dalam menyelesaikan
masalah termokimia yang melibatkan pengiraan matematik di
samping aplikasi pengetahuan asas kimia.
21
1.5 Persoalan kajian
Persoalan kajian yang ingin dikaji adalah:
1 Sejauh manakah pelajar memahami dan menguasai konsep asas
termokimia yang merangkumi konsep tenaga, haba, eksotermik,
endotermik, serta ciri-ciri tindak balas eksotermik dan endotermik?
2 Bagaimanakah tahap pencapaian pelajar dalam menyelesaikan
masalah pengiraan termokimia yang melibatkan pengiraan matematik
di samping pengetahuan asas kimia?
1. 6 Kepentingan kajian
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan mengenalpasti masalah pelajar
dalam mempelajari tajuk termokimia dengan meninjau kefahaman pelajar tentang
konsep asas termokimia, di samping mengenalpasti tahap pencapaian pelajar dalam
menyelesaikan masalah termokimia dengan menggunakan pengiraan matematik dan
mengaitkan aplikasi pengetahuan asas kimia yang sedia ada.