JABATAN MUFTI
NEGERI SELANGOR
MAJALAH ISLAM KONTEMPORARIBuletin At-Taqwa Bil (20) 2015
Fatwa Menangani Persoalan Bid’ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furu’
Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah & Seminar Kanun Jenayah Syariah
Almanak Fenomena Astronomi Januari Hingga Jun 2015
SIDANGREDAKSI
ISI KANDUNGAN
BULETIN AT-TAQWA BIL. 20 (2015)JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR
PENAUNGS.S Dato’ Setia Hj. Mohd. Tamyes Bin Abd. WahidDato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor
PENASIHATS.S Dato’ Hj. Abdul Majid Bin OmarTimbalan Mufti Selangor
KETUA EDITORUstazah Jamilah Binti Muhammad Jamil
SIDANG EDITORUs. Jais Bin KamosUs. Hardi Bin Mohamad SadaliCik Nik Nur Firdaus Bin Abu BakarUs. Nurhelmi Bin IkhsanUs. Sufiyan Hadi Bin SayutiUs. Azezul Azery Bin Zul AzmiUs. Ahmad Radhi Bin Mat ShahUst. Shahema Binti BaharuddinUst. Norhassnida Binti HassanEn. Muhd Faisal Bin Shaibon
FOTOGRAFIEn. Muhd Faisal Bin Shaibon
EDARANEn.Khalid Bin Abdul HamidTn. Hj. Zasali Bin Mohd YunusTn. Hj. Amiruddin Bin HamzahEn. Mohamed Asyri Bin Ibrahim
2 Sidang Redaksi & Kandungan
3 Kalam Mufti
4 Info Fatwa
5 Soal Jawab Agama
6-7 Aktiviti Fatwa
8-10 Aktiviti Jabatan
11 Aktiviti Falak
12-13 Aktiviti Maktabah
14 Info Falak
15 Info Khidmat Pengurusan
2 BULETIN AT-TAQWA BIL 20 (2015)JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR
KALAM MUFTI
3BULETIN AT-TAQWA BIL 20 (2015)JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR
Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih lagi diberi nikmat dalam kehidupan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., penghulu segala rasul yang me-nyampaikan wahyu Allah S.W.T sebagai panduan hidup untuk kita taati dengan melaksanakan segala perintah Allah S.W.T dan meninggalkan segala larangan-Nya. Ucapan salam juga buat seluruh ahli keluarga Baginda, para Sahabat, para Tabi’in dan seluruh pendokong agama Allah S.W.T.
Dalam ruangan ini, saya mewakili seluruh warga kerja Jabatan Mufti Negeri Selangor ingin mengucapkan takziah kepada semua yang terlibat dalam peristiwa banjir besar di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Kedah dan Johor. Semoga tabah dan sabar dalam menghadapi ujian Allah S.W.T. Pastinya, setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tak terjangkau dalam fikiran manusia yang serba terbatas ini.
Hidup ini merupakan satu ujian Allah S.W.T terhadap hamba-hamba-Nya. Islam mengajar umat-nya untuk tabah, sabar dan redha dalam menghadapi setiap ujian tersebut. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 158 bermaksud, “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-NYA kita dikembalikan).” Mereka itulah yang mendapat keberkatan sempurna dan rahmat Tuhan mereka, dan mereka itulah yang mendapat petunjuk.”
Dalam satu riwayat, Nabi Muhammad S.A.W. ada bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya pahala yang besar itu bersama ujian yang besar. Apabila Allah S.W.T mencintai seseorang, Dia memberi ujian kepada-Nya, siapa yang redha maka Allah S.W.T redha pada-Nya, dan siapa yang marah maka Allah S.W.T murka padanya.” (Riwayat Al-Tirmidzi). Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak sesekali menimpakan ujian kecuali sesuai dengan kemampuan hamba-Nya. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud “Allah S.W.T tidak membebani seseorang kecuali dengan apa yang dia mampu.”
Mutakhir ini, banyak pihak sama ada individu mahupun berkumpulan yang cuba mentafsirkan ayat-ayat al-Quran berdasarkan akal fikiran semata-mata. Tafsiran yang dibuat tanpa pengetahuan terhadap ilmu al-Quran, al-Hadis, Bahasa Arab dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan akhir-Nya menyebabkan menyeleweng jauh daripada maksud sebenar nas syarak tersebut.
Terdapat juga yang terang-terangan menyanggah hukum agama kerana bagi mereka ayat-ayat tersebut tidak menepati prinsip keadilan mengikut akal seperti hukum berkaitan pusaka, hudud dan kedudukan lelaki dan perempuan. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa menghuraikan al-Qur’an dengan akal fikirannya sendiri dan merasa benar, maka sesungguhnya dia telah berbuat kesalahan”. (Riwayat Imam Ahmad)
Daripada Ibnu ‘Abbas R.A. berkata S.A.W. bersabda, “Di dalam agama itu tidak ada pemahaman berdasarkan akal pikiran, sesungguhnya agama itu dari Tuhan, perintah-Nya dan larangan-Nya.” (Riwayat Al-Thobarani)
Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga kerja yang terlibat dalam penerbitan buletin ini pada kali ke 20. Semoga penerbitan ini, ada manfaat-Nya untuk kita semua di sisi Allah S.W.T.
Sekian, wassalam.
DATO’ SETIA HJ. MOHD TAMYES BIN ABD. WAHIDDato Seri Utama Diraja Mufti Selangor
4 BULETIN AT-TAQWA BIL 20 (2015)JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR
INFO
FATW
A
NEGERI SELANGOR
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY
Jil. 67 No.16
31hb Julai 2014 TAMBAHAN No.14 PERUNDANGAN
Sel. P.U. 28.
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
(NEGERI SELANGOR) 2003
FATWA DI BAWAH SESKYEN 47
MENURUT seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseskyen 48(6) Enakmen itu.
ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM (STATE OF SELANGOR) ENACTMENT 2003
FATWA UNDER SECTION 47
PURSUANT to section 47 of the Administration of the Religion of Islam (State of Selangor) Enactment 2003 [En. 1/2003], the Fatwa Committee for the State of Selangor, on the direction of His Royal Highness the Sultan prepare the Fatwa as set out in the Schedule and is published pursuant to subsection 48(6) of the Enactment.
JADUAL/SCHEDULE
FATWA MENANGANI PERSOALAN BID’AH DALAMMASALAH IKHTILAF/KHILAF PERKARA FURU’
Persoalan khilafiah adalah perkara Ijtihatiyyah dan tidak boleh sama sekali dihukumkan bid’ah kerana amalan tersebut telah diterima dan menjadi amalan ulama’ muktabar sejak dahulu.
Pandangan jumhur ulama’ sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam dengan mengutamakan perkara asas dalam berdakwah dan tidak membesar-besarkan perkara khilafiyyah yang boleh menggugat perpaduan umat Islam.
Di antara amalan yang didakwa sebagai bid’ah adalah:● Membaca Yasin pada malam Jumaat● Konsep pengamalan Hadith Dhaif● Akikah dengan kambing sahaja● Membaca tahlil dan talqin untuk si mati● Mengadakan kenduri arwah● Solat sunat sebelum Jumaat● Menyambut Maulid Al-Rasul pada 12 Rabiul Awwal setiap tahun● Membaca qunut dalam solat Subuh● Membaca Yasin 3 kali di malam Nisfu Syaaban● Bersalaman selepas solat berjemaah● Menyebut lafaz ‘Usalli’ dalam niat solat● Menyapu muka selepas memberi salam● Membaca wirid dan zikir secara kuat/nyaring beramai-ramai selepas solat fardu● Membaca ‘Basmalah’ secara kuat/nyaring dalam solat fardu● Fidyah solat● Bilangan rakaat bagi solat sunat tarawih sama ada 20 atau 8 rakaat● Berdoa beramai-ramai selepas solat berjamaah● Terbatal ‘wudu’ dengan sebab bersentuhan lelaki dengan perempuan yang harus dikahwini
Bertarikh 17 Julai 2014 / Dated 17 July 2014
Dengan Titah Perintah / By commandDATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHIDPengerusi Jawatankuasa Fatwa SelangorChairman of Fatwa Selangor / Chairman of the Fatwa Committee Selangor
5BULETIN AT-TAQWA BIL 20 (2015)JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR
SOAL
JAWA
B AGA
MAApakah hukum saya bermain saham (saham yang saya beli adalah berlandaskan syarikat syarikat yang halal dan saya sedang belajar dengan guru yang beragama Islam (seorang kakitangan bank) tentang cara-cara bagaimana menguruskan sistem saham ini). Saya belajar saham-saham dalam Malaysia dan saham-saham luar Negara yang berstatus halal.
Harus, selagi mana saham yang dilaburkan itu tidak terlibat dengan perkara-perkara yang
bertentangan dengan syarak.Oleh itu, perkara penting yang perlu diambil
perhatian dalam melabur ialah mengenal pasti guru yang benar. Pastikan guru tersebut mahir
juga dalam selok-belok agama dan hukum hakam dalam pelaburan.
Adakah hukumnya wajib untuk memadam tatu sebelum masuk Islam? Adakahhukumnya berdosa besar sekiranya dia tidak memadamkan tatu tersebut dan memelukagama Islam?
Bertatu iaitu orang yang membuat tatu dan yang minta di tatu adalah haram. Orang yang bertatu dikehendaki bertaubat (menyesal) dan berusaha menghilangkannya. Bagaimana pun
jika boleh mendatangkan mudharat pada diri dan nyawa adalah dimaafkan. Begitu juga jika orang
yang bertatu meninggal dunia, belum sempat dihilangkan, maka ia tidak wajib dihilangkan
kerana akan menyeksa mayat. Dalam erti kata lain, lebih baik jika ia dihilangkan (jika tidak mudharat) dan ia tidak menjadi syarat ketika untuk memeluk
Islam. Ia juga tidak berdosa, kerana ia dilakukan semasa tidak Islam (tidak mukallaf). Keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-86, bertarikh 21-24 April 2009 dirujuk.
Apakah hukum tentang rumah terbuka hari raya yang diadakan selepas syawal?
Harus hukumnya mengadakan majlis rumah terbuka dengan tujuan untuk mengeratkan
silaturrahim tanpa niat untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah.
SOAL
AN
SOAL
AN
SOAL
AN
JAW
APAN
JAW
APAN
JAW
APAN
SOAL
AN
SOAL
AN
JAW
APAN
JAW
APAN
Apakah beza tadarus dengan membaca al-Quran (sendirian)?
Tadarus adalah berasal dari kalimah bahasa arab iaitu da-ra-sa yang bermaksud belajar.
Aktiviti tadarus secara berkumpulan ini adalah salah satu cara bagi mereka (pembaca al-Quran)
memperbetulkan dan mempelajari kaedah dan cara bacaan yang betul. Kerana kebiasaannya,
di dalam sesebuah kumpulan akan di tempatkan beberapa orang yang mahir bagi menyemak
bacaan ahli kumpulannya.
Membaca al-Quran secara bersendirian pula tidak melibatkan sesiapa pun, seandai terjadinya
kesilapan, maka tidak ada siapa yang akan membetulkannya. Tidaklah menjadi satu kesalahan
apabila membacakan al-Quran secara individu, akan tetapi adalah lebih baik sekiranya membaca
ia (al-Quran) secara berguru atau berkumpulan.
Apakah yang dikatakan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengenai hukum berkhatan bagi perempuan?
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 – 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pemotongan
Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation). Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan
berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam. Walau bagaimanapun, Islam
juga amat mementingkan keselamatan umatnya dan memberikan kelonggaran sekiranya sesuatu
amalan atau perbuatan itu bolehmendatangkan kemudharatan pada diri.
Sehubungan itu selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’, Muzakarah bersetuju memutuskan
bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib. Walau bagaimanapun, sekiranya ia boleh
membawa kemudharatan pada diri, maka ia perlu dielakkan.
SOAL JAWAB AGAMA
6 BULETIN AT-TAQWA BIL 20 (2015)JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR
AKTIV
ITI FA
TWA
Mesra Ummah Bersama Jabatan Mufti (MUBJM)Jabatan Mufti Negeri Selangor melalui Bahagian Fatwa telah menganjurkan 4 siri program Mesra Ummah Bersama Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Program ini telah dilaksanakan di:-a. Masjid Jamek Makmuriah, Sungai Besar (15 Ogos 2014)b. Masjid As-Syakirin, Dengkil (26 September 2014)c. Masjid Raja Muda Musa, Semenyih (31 Oktober 2014)d. Masjid As-Solihin, Banting (28 November2014)
Bicara FatwaProgram ini merupakan salah satu program yang dilakukan untuk memberi penerangan berkenaan fatwa kepada masyarakat sekeliling khususnya di Negeri Selangor. Sesi penerangan telah diadakan di :a. Masjid Jamek Makmuriah, Sungai Besar (14 Ogos 2014)
dengan kehadiran seramai 57 orang.b. Perpustakaan Raja Tun Uda (28 Ogos 2014) bersama pengetua
dan guru besar dengan kehadiran seramai 138 orang. Sesi penyampaian cenderamata telah disampaikan oleh S.S
Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor kepada Ketua Sektor Pengurusan Jabatan Pendidikan Selangor.
AKTIVITI FATWA
7BULETIN AT-TAQWA BIL 20 (2015)JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR
AKTIV
ITI FA
TWA
Ziarah FatwaZiarah fatwa anjuran bersama Hospital Selayang telah diadakan pada 3 september 2014. Ia bertujuan untuk menyampaikan dan menyebarkan fatwa melalui pelbagai cara bagi tujuan memberi kefahaman kepada masyarakat.
Dialog Fatwa PerdanaPogram Dialog Fatwa Perdana diadakan pada 18 September 2014 di Dewan Jubli Perak Shah Alam dengan kehadiran seramai 529 orang. Pembentangan Kertas Kerja Pertama oleh S.S Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, S.S. Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Abd. Wahid yang bertajuk Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme Agama.
Pembentangan Kertas Kerja ke-2 iaitu Y. Bhg. Prof. Madya Dato’ Hj Mohd Mokhtar bin Shafii, pembentang Kertas Kerja Fatwa berkaitan Ajaran Syiah di Negeri Selangor .
8 BULETIN AT-TAQWA BIL 20 (2015)JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR
AKTIV
ITI JA
BATA
N
Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah & Seminar Kanun Jenayah SyariahTarikh : 6 November 2014Tempat : Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam.
Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menganjurkan Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah & Seminar Kanun Jenayah Syariah yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Penganjurannya adalah bertujuan bagi memberikan kefahaman serta memperbetulkan salah tanggapan berkaitan kanun jenayah syariah dalam kalangan masyarakat umum.
Antara pengisiannya ialah penyampaian ucap utama oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, pembentangan kertas kerja dan sesi forum pada sebelah petang.
Duduk dari kiri : Y.A.D. Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib b. Mohd Isa (Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor), Y.B. Dato’ Haji Mohammed Khusrin b. Haji Munawi (Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor), Y.A.B. Tuan Mohamed Azmin b. Ali (Dato’ Menteri Besar Selangor), D.Y.M.M. Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj (Sultan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan), Y.B. Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr.
Ustaz Haji Awang Abdul Azizi b. Juned (Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam), Y.A.D. Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes b. Abd. Wahid (Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor), Y.M. Tuan Haji Mohammad Yusree b. Haji Junaidi (Penolong Peguamcara Negara,
Jabatan Peguam Negara Brunei Darussalam)
AKTIV
ITI JA
BATA
N
9BULETIN AT-TAQWA BIL 20 (2015)JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR
GAMBAR SEKITAR MULTAQA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH & SEMINAR KANUN JENAYAH SYARIAH
10 BULETIN AT-TAQWA BIL 20 (2015)JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR
AKTIV
ITI JA
BATA
N
Program Korban Sempena Eidul Adha, Jabatan Mufti Negeri SelangorTarikh : 07 Oktober 2014 Tempat : Perkarangan Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam, Selangor
Lawatan Kerja ke Jabatan Mufti Negeri Sembilan & Jabatan Mufti Negeri MelakaTarikh : 19 – 20 November 2014 Tempat : Jabatan Mufti Negeri Sembilan & Jabatan Mufti Negeri Melaka
Bengkel Sasaran Kerja Tahunan Jabatan Mufti Negeri SelangorTarikh : 10-13 November 2014 Tempat : Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu, Terengganu
AKTIV
ITI FA
LAK
11BULETIN AT-TAQWA BIL 20 (2015)JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR
Jom Teropong Angkasa 2014Tempat : Dataran Kemerdekaan, Shah Alam
Falak @ SekolahTarikh : 8 September 2014Tempat : Sek. Men. Keb. Sekyen 18, Shah Alam
Cerapan Rasmi Hilal Ramadhan 1435HBaitul Hilal Bukit Jugra, Kuala Langat.
Pertandingan Kumpulan Inovatif & Kreatif Perkhidmatan Awam Negeri Selangor Tahun 2014Tarikh : 2 – 3 Oktober 2014Tempat : Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam
12 BULETIN AT-TAQWA BIL 20 (2015)JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR
BAHA
GIAN
MAK
TABA
H
Unit Perpustakaan Bahagian Maktabah telah dipertanggungjawabkan untuk merangka dan merancang aktiviti Perpustakaan di Jabatan Mufti Negeri Selangor. Unit ini juga ditugaskan untuk mengurus prasarana serta fasiliti bagi keselesaan penggunanya.
Sehubungan itu, pada 22 dan 23 Mei 2014 telah diadakan gotong-royong bagi mengemaskini susun atur persekitaran perpustakaan. Antara perubahan yang dilakukan ialah mengemaskini kedudukan fasiliti yang sedia ada serta menambahbaik sistem penyusunan rekod buku. Ia bertujuan bagi meningkatkan fungsi serta memperkemaskan landskap persekitaran perpustakaan.
Semoga dengan wajah baharu perpustakaan ini, ia memberikan suntikan semangat bagi kakitangan jabatan mengimarahkan lagi penggunaan perpustakaan jabatan.
Dalam masa yang sama, menjadikan ia sebagai pusat rujukan utama bagi koleksi agama kepada orang awam amnya.
PerpustakaanJabatan MuftiNegeri Selangor
Wajah Baru Perpustakaan
13BULETIN AT-TAQWA BIL 20 (2015)JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR
ProgramJOM ULAS
Buku Siri 2 2014
Johan bagi Program Jom Ulas Buku Siri 2 Tahun 2014
BAHA
GIAN
MAK
TABA
H
Johan : Ustazah Seri Murni Hidayati Binti Mohamed
Tajuk Buku : Fiqh Perubatan
Naib Johan : Ustaz Muhammad Saifullah Bin Mohd Ali
Tajuk Buku : Tawassul Dan Tabarruk mengikut Islam
Ketiga : Ustaz Mohd Ariff Bin ArbainTajuk Buku : Cabaran Negara Di Alaf Baru
Keempat : Ustaz Azezul Azery Bin ZulazmiTajuk Buku : Di Balik Poligami Rasullullah S.A.W
Pada 11 September 2014, seramai 4 orang kakitangan dari Bahagian Maktabah telah mengikuti lawatan kerja ke Perpustakaan Institut Latihan Islam Malaysia, Bandar Baru Bangi, Selangor. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat sistem perolehan, pengekelasan dan pengekatelogan buku, persekitaran perpustakaan serta aktiviti yang dijalankan di perpustakaan tersebut.
Lawatan Kerja ke Perpustakaan Institut Latihan Islam Malaysia
Bertarikh 23 Disember 2014 telah diadakan Majlis Penyampaian Hadiah bagi peserta Jom Ulas Buku Siri 2 untuk bulan Oktober hingga Disember bagi tahun 2014. Bagi para pemenang mereka menerima segulung sijil penyertaan beserta wang tunai sebagai cenderamata. Berikut adalah senarai nama pemenang dan tajuk ulasan buku yang telah dipilih :
14 BULETIN AT-TAQWA BIL 20 (2015)JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR
INFO
FALA
K
JANUARI
FEBRUARI
MAC
FENOMENA ASTRONOMI TAHUN 2015
JANUARI
TARIKH WAKTU FENOMENA CATATAN
3 - 4 Tengah Malam
Hujan Meteor Quarantid
Kadar meteor pada yang boleh dilihat pada waktu puncak ialah 40 meteor per jam
5 Malam Bulan Penuh Bersamaan 15 Rabi’ul Awwal 1436H
9 21:17 Bulan di Apogee Bulan berada pada jarak yang jauh iaitu 405411 km daripada bumi. Bulan berada pada fasa Waning Gibbous
20 21:14 Bulan Baru Ijtimak berlaku pada pukul 9.14 malam bersamaan 30 Rabi’ul Awwal 1436H
21 15:06 Bulan di Perigee Bulan berada pada jarak yang dekat dengan bumi iaitu 359643 km. Pada masa ini bulan berada pada fasa bulan muda
FEBRUARI
TARIKH WAKTU FENOMENA CATATAN
3 Malam Bulan Penuh Bersamaan 14 Rabi’ul Akhir 1436H.
6 20:00 Opposisi Jupiter Planet Jupiter akan berada pada jarak yang paling dekat dengan bumi. Waktu ini adalah waktu yang paling sesuai untuk merakam imej planet Jupiter.
6 01:25 Bulan di Apogee Bulan berada pada jarak yang jauh iaitu 406155 km daripada bumi. Bulan berada pada fasa Waning Gibbous.
19 07:47 Bulan Baru Ijtimak berlaku pada pukul 07.47 pagi bersamaan 29 Rabi’ul Akhir 1436H.
21 15:06 Bulan di Perigee Bulan berada pada jarak yang dekat dengan bumi iaitu 359643 km. Pada masa ini bulan berada pada fasa bulan muda.
MAC
TARIKH WAKTU FENOMENA CATATAN
5 Malam Bulan Penuh Bersamaan 15 Jumadal Ula 1436H.
19 14:38 Bulan di Perigee Bulan berada pada jarak yang dekat dengan bumi iaitu 357584 km. Pada masa ini bulan berada pada fasa bulan tua.
20 17:36 Bulan Baru Ijtimak berlaku pada pukul 5.36 petang bersamaan 29 Jumadal Ula 1436H.
20 Siang Gerhana Matahari Penuh
Gerhana matahari penuh ini hanya boleh dilihat di Lautan Atlantik, Faroe Island dan Utara Siberia. Di sebahagian kawasan seperti di London, gerhana matahari ini hanya akan kelihatan seperti Gerhana Matahari Separa.
21 06.45 Ekuinoks matahari Matahari akan berada tepat di atas Garisan Khatulistiwa pada pukul 6.45 pagi. Pada ketika ini di garisan khatulistiwa seperti di Pontianak, waktu siang dan malam akan sama panjang.
APRIL
TARIKH WAKTU FENOMENA CATATAN
4 Malam Bulan Penuh Bersamaan 15 Jumadal Akhirah 1436H.
ALMANAK Fenomena Astronomi Tahun 2015
INFO
FALA
K
15BULETIN AT-TAQWA BIL 20 (2015)JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR
APRIL
MEI
JUN
di garisan khatulistiwa seperti di Pontianak, waktu siang dan malam akan sama panjang.
APRIL
TARIKH WAKTU FENOMENA CATATAN
4 Malam Bulan Penuh Bersamaan 15 Jumadal Akhirah 1436H.
4 19.21 Gerhana Bulan Penuh
Gerhana Bulan Penuh ini boleh dilihat di Malaysia, Asia Timur, Australia, Amerika Utara dan Amerika Selatan. Di Malaysia, gerhana bulan penuh ini hanya boleh mula dilihat setelah bulan terbit pada jam 7.21 malam. Gerhana bulan ini akan berakhir fasa umbra pada pukul 9.45 malam.
16 22:53 Bulan di Perigee Bulan berada pada jarak yang dekat dengan bumi iaitu 361026 km. Pada masa ini bulan berada pada fasa bulan tua.
19 02:57 Bulan Baru Ijtimak berlaku pada pukul 2.57 pagi bersamaan 29 Jumadal Akhirah 1436H.
21-22 Tengah Malam
Hujan Meteor Lyrid Kebiasaannya pada waktu puncak hujan meteor ini boleh mencapai kadar 20 meteor per jam. Hujan meteor ini mencapai waktu puncak pada 21- 22 April. Hujan meteor boleh dilihat di sekitar buruj Lyra.
MEI
TARIKH WAKTU FENOMENA CATATAN
4 Malam Bulan Penuh Bersamaan 16 Rajab 1436H.
5-6 Tengah Malam
Hujan Meteor Eta Aquarid .
Kebiasaannya ketika waktu puncak kadar meteornya adalah 10 meteor per jam. Waktu puncak untuk menyaksikan hujan meteor ini adalah pada 5-6 Mei.
15 03:23 Bulan di Perigee Bulan berada pada jarak yang dekat dengan bumi iaitu 366024 km. Pada masa ini bulan berada pada fasa bulan tua.
18 12:13 Bulan Baru Ijtimak berlaku pada pukul 12.13 tengah hari bersamaan 29 Rajab 1436H.
23 Opposisi Planet Zuhal
Planet Saturn atau Zuhal akan berada pada jarak yang paling dekat dengan bumi.
28 5:24 Istiwa’ A’dzham Matahari berada tepat di atas Kaabah
JUN
TARIKH WAKTU FENOMENA
2 Malam Bulan Penuh Bersamaan 16 Sya’ban 1436H.
9 Bulan di Perigee Bulan berada pada jarak 369713 km.
16 22:05 Bulan Baru Ijtimak berlaku pada pukul 10.15 malam.
21 Solstis musim panas Pada tarikh ini , merupakan hari pertama untuk musim panas bagi negara-negara di Hemisfera Utara dan merupakan hari pertama untuk musim sejuk bagi negara-negara di Hemisfera Selatan. Pada hari ini, matahari berada di posisi yang paling utara iaitu di latitud 23.44°
INFO
KHID
MAT P
ENGU
RUSA
NKEMASUKAN PEGAWAI BARU
BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN TARIKHMELAPOR DIRI PENEMPATAN
1. Cik Rabiatul Adawiah binti Rohani Pemb. Tadbir (Kew)W17 15.09.2014 Khidmat
Pengurusan
2. Puan Norhidayu binti Misnan Pemb. Tadbir (Kew)W17 1.10.2014 Khidmat
Pengurusan
PERTUKARAN KELUAR PEGAWAI
BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN TARIKHKELUAR JABATAN BARU
1. Puan Umi Sofia binti Saad Pemb. Tadbir (Kew)W17 30.09.2014 Pejabat Daerah &
Tanah Gombak
2. Ustaz Jaslan bin Ali Pen. PegawaiHal Ehwal Islam S27 15.12.2014 Pejabat Agama Islam
Daerah Kuala Langat
ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG BULANAN JULAI - NOVEMBER 2014BULAN NAMA JAWATAN BAHAGIAN
JULAI/OGOSEncik Norakmal Azraf Bin Awaluddin Penolong Pegawai Tadbir N27 Khidmat Pengurusan
Norlida binti Abdullah Pembantu Tadbir (P/O) N17 Khidmat Pengurusan
SEPTEMBERHj Mohd Zasali Bin Yunus Pemandu H11 Khidmat Pengurusan
Puan Rosenah binti Juli Pembantu Tadbir (P/O) N22 Khidmat Pengurusan
OKTOBERMohd Faisal bin Shaibon Juruteknik Komputer FT17 Maktabah
Puan Noraliza binti Mohamed Saad Setiausaha Pejabat N20 Khidmat Pengurusan
NOVEMBEREncik Norameen bin Burhanuddin Penolong Mufti (Bcs) C41 Falak
Ustazah Nashratul Nur binti Mohd Musaddin Pembantu Tadbir (P/O) N17 Falak
PERTUKARAN MASUK PEGAWAI
BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN TARIKHMELAPOR DIRI PENEMPATAN
1. Ustaz Mohd Amin bin Hanapiah Pen. PegawaiHal Ehwal Islam S27 16.12.2014 Falak
KELAHIRAN CAHAYA MATA
Nur Ismatul Hasiff binti Mustakim
Nur Aisyatul Izzah bt
Mohd Hafiz Shafiq
Nur Amirah Zahrah bt Hamdan
Wardah Mu-nawwarah bt Mohd Lazim
Muhamad Aish Najmi
Bin Shamsul Abidin
Ust. Jamilah binti Muhammad Jamil
Us. Mohd Hafiz Shafiq bin Ismail
Pn. Siti Aizam binti Aripin
Ust. Srimurni Hidayati binti Mohd Sujari
Pn. Nur Washifaiha binti Radzuan
14.08.2014 25.10.2014 27.12.2013 15.01.2014 02.11.2014
16 BULETIN AT-TAQWA BIL 20 (2015)JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR