Download - MABS ASG

Transcript
Page 1: MABS ASG

3.0 Pengenalan

Budaya adalah keseluruhan perkara-perkara yang pelu kita tempuh dalam

membentuk kehidupan di dunia. Ini termasuk norma, bahasa, kepercayaan,

pengetahuan dan symbol-simbol. Tanpa budaya adalah sukar untuk kita

berhubungan antara satu sama lain kerana ketiadaaan bahasa.

Budaya kesihatan bermaksud penjagaan kesihatan seseorang dalam

kehidupan seharian. Budaya adalah perkara yang diwarisi dari turun temurun

daripada nenek moyang sebagai budaya kesihatan mereka sekarang. Setiap orang

mempunyai pelbagai pegangan dan kepercayaan penjagaan kesihatan mereka.

Kesihatan amat penting dalam menjamin keceriaan hidup setiap individu.

Gaya hidup yang sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina

dimana ia dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang individu , institusi

keluarga dan juga masyarakat.kesihatan merangkumi oleh faktor fizikal, mental

dan sosial yang sihat daripada sebarang jangkitan penyakit. Tabiat pengambilan

makanan penting dalam tubuh manusia.

Oleh itu, penolong pegawai perubatan harus harus mengetahui jenis

makanan yang sesuai yang diambil mengikut keperluan badan seiring dengan

perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi yang banyak membawa

perubahan terhadap kehidupan manusia.

1

Page 2: MABS ASG

4.0 Objektif

Melalui tugasan ini, saya memilih tajuk budaya kesihatan bahan tugasan saya.

Melalui tugasan ini , saya dapat

memahami peranan dalam budaya kesihatan lebih dalam.

Mengenalpasti peranan dalam budaya kesihatan dalam kalangan kaum

Menyedarkan kepentingan peranan dalam budaya kesihatan dalam

masyarakat

Sebagai penolong pegawai perubatan, kita seharusnya harus memahami dan

mengenal pasti tugas-tugas berkaitan dengan penolong pegawai perubatan

seterusnya dipartikalkan dalam tugas seharian.

Dalam tugasan ini, saya akan menerangkan tentang definisi budaya

kesihatan dalam kalangan masyarakat, pantang larang budaya Melayu, budaya

Cina dan budaya orang India sebagai bahan tugasan saya.

Sebagai penolong pegawai perubatan juga perlu memahami peranan dalam

budaya kesihatan sama ada dalam amalan kesihatan dalam cara tradisional dan

moden atau segi amalan pemakanan dalam pelbagai jenis kaum.

5.0 Budaya Kesihatan Masyarakat2

Page 3: MABS ASG

Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk

membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat

yang lain.

Budaya sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Perubahan ini dikaji

daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku. Misalnya, tradisi

pantang larang selepas bersalin masih kekal bagi setiap lapisan masyarakat.

Sejak beberapa tahun ini, kita mendapati banyak penyakit dijangkiti dan

merebak dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kerajaan berusaha untuk

mempertingkatkan taraf kesihatan masyarakat dan memelihara kebajikan

masyarakat agar rakyat dapat menikmati kesejahteraan hidup.

Amalan gaya hidup yang sihat juga mengurangkan risiko menghadapi

penyakit sperti penyakit sakit jantung, penyakit diabetes dan sebagainya. Sebagai

contohnya, apabila kita sering melakukan senaman dan mengambil makanan yang

seimbang maka kita dapat mengelakkan diri daripada pendedahan kepada

penyakit berbahaya.

Oleh itu, penolong pegawai perubatan juga perlu memahami peranan

dalam budaya kesihatan sama ada dalam amalan kesihatan dalam cara tradisional

dan moden atau segi amalan pemakanan dalam pelbagai jenis kaum.

6.0 Pantang larang budaya kesihatan masyarakat

3

Page 4: MABS ASG

Penolong pegawai perubatan harus memahami segala budaya pantang

larang untuk memastikan ibu dan anak dapat diberi perhatian, penjagaan yang

sempurna dan sihat selepas bersalin.

Penolong pegawai perubatan harus membantu ibu dalam memberi

penyusuan ibu secara ekslusif kepada anak sekurang-kurangnya enam bulan serta

mengesan masalah-masalah yang mungkin berlaku terhadap ibu dan ibu seperti

Jaundis neonatal, sepsis puerperal dan sebagainya perlu diambil berat oleh

penolong pegawai perubatan.

Walaupun kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India mempunyai pantang

larang tetapi mempunyai perbezaan antara satu sama lain.

Oleh itu, penolong pegawai perubatan harus mengetahui masalah-masalah

dan komplikasi yang dialami oleh ibu-ibu postnatal dan bayi.

6.1 Pantang Larang ibu Mengandung Orang Melayu

Masyarakat Melayu terkenal dengan pelbagai pantang larangnya. Begitu juga

untuk ibu yang mengandung. Antara pantang larangnya ialah ibu yang

mengandung dilarang untuk mencaci atau mengumpat. Terdapat juga pantang

larang untuk suami ibu yang mengandung. Antaranya ialah suami dilarang

meniup sebarang bunyi bunyian, menyembelih, memburu dan memukul binatang.

Semua pantang larang ini adalah untuk keselamatan anak yang dalam kandungan.

6.1.1 Pantang larang orang Melayu selepas bersalin

4

Page 5: MABS ASG

Badan ibu selepas bersalin perlu berpantang minimum 44 hari selepas proses

bersalin.

Selepas proses bersalin, ibu bersalin hanya boleh makan ikan haruan dan ikn yu.

Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran . ikan haruan yang

hidup dalam lumpar mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyubuhkan

luka. Secara tradisi , ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu .

6.2 Pantang Larang ibu Mengandung Orang Cina

5

Page 6: MABS ASG

Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan dalam kalangan

masyarakat cina.

Antaranya adalah pantang larang yang ketat adalah dilarang mengambil gunting

dan penyepit kuku sebab bimbang bayi yang dilahirkan akan mengalami

kecacatan. Ibu mengandung juga tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut

kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat manja dan sukar untuk dijaga.

Dari segi pemakanan semasa ibu mengandung adalah tidak boleh makan makanan

yang bersifat tajam seperti nanas dan manga kerana ditakuti saiz bayi menjadi

besar dan akan menyukarkan ibu sukar untuk bersalin.

6.2.1 Pantang larang Orang Cina selepas ibu bersalin

Adat-adat masyarakat cina selepas bersalin adalah berpantang selama 30 hari

mulai dari tarikh kelahiran bayi. Ibu bersalin tidak dibenarkan untuk mandi 30

hari kerana dibimbang perut ibu akan masuk angin.

Dari segi pemakanan, masyarakat cina menggunakan sejenis arak yang dibuat

daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan

bersama-sama ayam, halia dan lada kemudian digoreng. Masakan panas dan

pedas itu dipercaya dapat mengekuarkan angn daripada badan wanita yang

bersalin di samping boleh menguatkan semula tenaga.

6

Page 7: MABS ASG

6.3 Pantang Larang ibu Mengandung Orang India

Bagi masyarakat India, terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh

seorang ibu yang mengandung.  Pertama, ibu mengandung tidak boleh keluar rumah

berseorangan pada waktu malam. Kedua, ibu mengandung dilarang tidur pada waktu

siang atau tidur berlebihan. Semua pantang larang ini adalah untuk keselamatan anak

yang dalam kandungan

6.3.1 Pantang larang Orang India selepas bersalin

Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari menghindarkan

diri daripada melakukan kerja-kerja yang berat

Ibu bersalin perlu mandi sekali dengan air herba dan berurut setiap hari dengan

campuran minyak khusus, seperti minyak biji sawi yang dipercayai membantu

menenangkan dan pulih seperti sedia kala dengan lebih cepat.

7

Page 8: MABS ASG

7.0 Peranan budaya dalam kesihatan masyarakat

Pada masa kini, terdapat banyak jenis makanan yang boleh menyebabkan

masyarakat berisiko peluang untuk menghidapi pelbagai jenis penyakit seperti

penyakit diabtes, penyakit hipertensi, penyakit kardiovaskular dan sebagainya.

Persepsi masyarakat dalam penyakit akan mempengaruhi tahap kejadian

sesuatu penyakit dan juga menentukan kadar penyembuhan. Misalnya,

masyarakat cina takut dirinya menghidapi penyakit serta menghargai kesihatan.

Sebagai contohnya, pengambilan ubat supplement seperti vitamin C, B-complex,

dietary supplement, alfalfa complex, dan akan buat pemeriksaan badan setahun

sekali serta pengamalan senaman dan sebagainya untuk mengekalkan tahap

kesihatan daripada jangkitan penyakit.

Reaksi terhadap penyakit dalam kalangan masyarakat pula, masyarakat

cina adalah paling kuat melawan kesakitan, kebolehan menahan sakit adalah

tinggi berbanding dengan kaum lain. Misalnya, seseorang pesakit berbangsa cina

menghadapi penyakit kanser, dia akan menguatkan semangat untuk menjalankan

rawatan, pembedahan dan fisioterapi walaupun prosesnya adalah memeritkan dan

derita. Dia mempunyai kebolehan menahan sakit demi untuk cepat sembuh

daripada penyakit. Secara psikologinya, masyarakat cina lebih cepat sembuh

daripada serangan penyakit berbanding dengan kaum lain seperti kaum lain.

Kaum lain bisanya tidak tahan rawatan dan proses untuk menyembuhkan penyakit

kerana rawatan akan memeritkan badan mereka. Oleh itu, mereka akan mencari

bomoh atau pawang untuk mengubati penyakit mereka.

Penolong pegawai perubatan harus memahami peranan budaya dalam

kesihatan dalam kalangan masyarakat tentang rawatan moden dengan rawatan

tradisional supaya dapat menjalankan tanggungjawab degan pengetahuan

walaupun terdapat pelbagai peralatan moden dibekalkan oleh hospital untuk

merawat penyakit.

8

Page 9: MABS ASG

Walaupun perubatan moden semakin berkembang, perubatan tradisional

masih diamalkan. Rawatan tradisional menjadi amalan sejak beribu-ribu tahun

yang lalu berbanding dengan rawatan moden yang baru berusia ratusan tahun.

Selain itu, penolong pegawai perubatan harus mengetahui rawatan moden

dapat mengatasi penyakit melalui pengambilan ubat, pembedahan, fisioterapi dan

sebagainya. Selain itu, Penolong pegawai perubatan harus mengetahui apa-apa

kesan sampingan seperti selepas pembedahan, pengambilan ubat tertentu yang

akan mendapat simpton-simpton seperti lesu, letih dan sebagainya.

             

Di samping itu, penolong pegawai perubatan harus mengetahui perubatan

tradisional yang professional dan perubatan tradisional yang tidak professional

supaya boleh membuat cadangan kepada pesakit jika terdapat penyakit yang

memang tidak boleh diubati dalam perubatan barat maka perubatan tradisional

harus mengesyorkan kepada pesakit dengan menggunakan kaedah perubatan

tradisional.

Perubatan tradisional yang professional adalah menggunakan perubatan

pra-saintifik bagi sesuatu kaum. Perubatan ini berbeza daripada perubatan yang

diamalkan di negara Barat. Perubatan tradisional bertujuan untuk penjagaan

kesihatan dan sesuai bagi sesuatu masyarakat tertentu. Sebagai contohnya,

perubatan ginseng dan akupuntur diamalkan oleh masyarakat Cina dan telah

diketahui oleh orang ramai.

Cara mengubati penyakit adalah merebus herba-herba atau salah satu campuran

dalam ramuan mandian, minuman atau air cucian.

Biasanya, herba-herba ditumbuk dan ditampalkan pada tempat yang sakit.

Bahagian herba-herba yang biasa digunakan ialah akar,daun, batang dan buah.

Penolong pegawai perubatan harus mengetahui perubatan tradisional yang

tidak professional adalah pengamal-pengamal perubatan tradisional seperti bomoh

9

Page 10: MABS ASG

atau pawang mengubati penyakit dengan jampi, nyanyianadalah tidak boleh

disyorkan kepada pesakit-pesakit. Misalnya, pesakit-pesakit jika gagal mengubati

dalam perubatan moden, mereka akan mencari bomoh atau pawang untuk

mengubati penyakit mereka. Sebagai penolong pegawai perubatan yang

professional harus menasihati pesakit-pesakit bahawa perubatan tradisional yang

tidak professional mungkin akan memudaratkan dan memberi ancaman kepada

kesihatan pesakit.

Oleh itu, kita haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk

memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik.

Dengan memahami budaya secara lebih mendalam berupaya mengelakkan

kejadian konflik sosial dalam kalangan masyrakat yang berbilang kaum, agama

dan fahaman politik di dunia seterusnya mewujudkan kehidupan aman, makmur

dan produktif

8.0 Rumusan

10

Page 11: MABS ASG

Budaya kesihatan memainkan peranan yang penting dalam kesihatan

masyarakat yang pelbagai lapisan. Budaya tradisional dan moden mempunyai

perbezaan dari segi tabiat makanan, tabiat gaya hidup, pantang larang masing-

masing.

Sebagai penolong pegawai perubatan perlu memahami peranan dalam

budaya kesihatan sama ada dalam amalan kesihatan dalam cara tradisional dan

moden atau segi amalan pemakanan dalam pelbagai jenis kaum.

Walaupun perubatan moden semakin berkembang, perubatan tradisional

masih diamalkan. Rawatan tradisional menjadi amalan sejak beribu-ribu tahun

yang lalu berbanding dengan rawatan moden yang baru berusia ratusan tahun.

Persepsi masyarakat dalam penyakit akan mempengaruhi tahap kejadian

sesuatu penyakit dan juga menentukan kadar penyembuhan.

Di samping itu, penolong pegawai perubatan harus mengetahui perubatan

tradisional yang professional dan perubatan tradisional yang tidak professional

supaya boleh membuat cadangan kepada pesakit jika terdapat penyakit yang

memang tidak boleh diubati dalam perubatan barat maka perubatan tradisional

harus mengesyorkan kepada pesakit dengan menggunakan kaedah perubatan

tradisional.

Penolong pegawai perubatan perlu mendedahkan penekanan  kepada sudut

promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan serta pemulihan dan pengekalan

sistem kesihatan yang efisen dan adil.

Kesimpulannya, penolong pegawai perubatan harus jelas dengan bidang

tugas dan tanggungjawabnya dalam menjalankan tugasan harian dengan

meningkatkan mutu penjagaan kesihatan.

9.0 Rujukan11

Page 12: MABS ASG

Harry, C. & Triandis, A. 1980,Social Psychology,Allan and Bacon Inc, London.

Helman, Cecil G. Hashim Awang, (1950). Budaya, kesihatan dan penyakit : pengenalan untuk ahli profesional kesihatan. Kuala Lumpur : DBP, 1994

Noor Hayati Bt Bedi.(2010).Gaya hidup Sihat.Malaysia

NUR ATIQAH BINTI MOHD FAUZI .(2010).MAKANAN SEMASABERPANTANG.Malaysia

Nurul Shakinah Jusoh. Pantang Larang Mengandung Orang Melayu

Ong, H. 1994,Secret Of Ancient Chinese,Pelanduk Publications, Malaysia

Soo Suet Ching.pantang larang emasa ibu mengandung bagi kaum cina

Ter Ser Yeen.pantang larang ibu mengandung kaum india

Wikipedia, ensiklopedia bebas.(2013). Kesihatan

12


Top Related