Download - DocumentM3

Transcript
Page 1: DocumentM3

Peta cerita mengenai kepekaan deria

Ahli kumpulan : E.Angeline, N.Chitra, Choo,M.Paremes

ISL M:3

Pada suatu hari, seekor anak bangau bersiar-siar di tepi sawah.

Anak bangau melihat bayangnya di dalam air.Anak bangau terkejut

melinat bayang dirinya. “ Wah, rupa-rupanya leherku ini sangat panjang!

Kakiku juga sangat panjang,” kata anak bangau dalam hatinya.

Anak bangau berasa sangat sedih. Anak bangau berasa dirinya

sangat hodoh. Anak bangau berasa malu kerana lehernya panjang dan

kakinya juga panjang. “ Ibu mengapakah rupa saya sangat hodoh? Anak

bangau bertanya kepada ibunya.Ibunya terkejutnya mendengar kata-kata

itu.

Ibu bangau lalu berkata kepada anaknya, “ Wahai anakku, tidak

baik berkata begitu! Janganlah menyangka dirimu sangat hodoh. Rupamu

sangat cantik.” Tetapi anak bangau tetap tidak percaya pada kata-kata

ibunya. Anak bangau menyangka dirinya sangat hodoh. Lama-kelamaan,

besarlah anak bangau. Dengan kaki panjangnya, anak bangau mudah

mengharung air dan lumpur di dalam sawah. Dengan leher panjangnya,

anak

bangau mudah menangkap ikan.

“Benarlah kata ibuku. Aku seekor bangau yang cantik. Dengan kaki

panjang dan leher panjangku, aku mudah mencari makanan,” kata

anak bangau dalam hatinya.“Jikalau kakiku pendek, tentulah

aku tidak dapat berjalan di dalam air dan lumpur. Jikalau leherku pula

pendek, tentulah aku tidak dapat menangkap ikan,” fikir anak bangau

lagi.

ANAK BANGAU MENYANGKA DIRINYA HODOH


Top Related