Download - M14 Faktor Motivasi.ppt
-
7/29/2019 M14 Faktor Motivasi.ppt
1/14
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
FAKTOR MOTIVASI DAN
PENGARUHNYA TERHADAPPEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DIMALAYSIA
(PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)
MINGGU 14
-
7/29/2019 M14 Faktor Motivasi.ppt
2/14
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
Semua individu wajar dimotivasikanmenggunakan kebolehan dalaman masing-masing.
Hal ini kerana banyak gangguan yang dialamidalam sebarang situasi boleh mempengaruhi
pemikiran, emosi dan tingkah laku pelajar.
Weiner dan Kukal (1970) menyatakanbahawa orang yang mempunyai motivasi yangtinggi mempunyai tanggapan bahawa mereka
mempunyai kebolehan yang tinggi dan keadaan
yang berlaku sebaliknya bagimereka yangmempunyai motivasi yang rendah.
PENGENALAN
-
7/29/2019 M14 Faktor Motivasi.ppt
3/14
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
KONSEP MOTIVASI
Faktor-faktor yangmemberi tenaga dan arah kepada tingkah laku.Seseorang individu yang bermotivasi akan terlibat secara lebih aktifdan lebih berkesan berbanding dengan individu yang tidak
bermotivasi(Atkinson et, al, 1983)
Keadaan dalaman yangmenggerakkan dan memberi arah kepadapemikiran, perasaan dan tingkah laku ke arah pencapaianmatlamat (pemuasaan keperluan). (Maarof Redzuan & Haslinda
Abdullah, 2001)
Kecenderungan yang wujud dalam diri individu yang dapatmempengaruhi pemikiran dan tingkah lakunya. (Shahbuddin
Hashim & Dr. Rohizani Yaakub, 2003)
-
7/29/2019 M14 Faktor Motivasi.ppt
4/14
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
Motivasi merupakan unsur yang amat penting dalam
menggerakkan dan merangsang pelajar-pelajar melibatkan
diri secara aktif dalam pembelajaran. Lazimnya motivasi
yang berkesan akan menghasilkan satu dorongan yang
bermakna dan berfaedah kepada pelajar ke arahpencapaian sesuatu matlamat tertentu, termasuklah
mengubah sikap, minat dan tingkah laku. Motivasi adalah
pendorong kepada individu untuk melakukan sesuatu atas
kehendak diri sendiri.
-
7/29/2019 M14 Faktor Motivasi.ppt
5/14
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
KEPENTINGAN MOTIVASI DALAM
PEMBELAJARAN BAHASA
MOTIVASI DALAM
PEMBELAJARAN BAHASA
Menentukan tujuan
pembelajaran
Menarik minat
dan perhatian
Keperluan terhadap
motivasi berterusan
Mewujudkan dorongan
untuk bersaing
-
7/29/2019 M14 Faktor Motivasi.ppt
6/14
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA
TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Motivasi penting dalam pembelajaran bahasa kerana jikaindividu bermotivasi rendah, sebanyak mana pendedahan yang
diberikan tidak akan berjaya dalam pembelajaran mereka.Sebaliknya jika individu bermotivasi tinggi, pembelajaranbahasa lebih mudah dan kemungkinan untuk berjaya amatbesar.
Motivasi ekstrinsik diwujudkan daripada rangsangan luaranbertujuan untuk menggerakkan individu melakukan sesuatuaktiviti yang faedah kepadanya. Motivasi ini dirangsang melaluipengiktirafan, pujian, insentif dan sebagainya.
-
7/29/2019 M14 Faktor Motivasi.ppt
7/14
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
Motivasi intrinsik diwujudkan daripada rangsangan dalaman
iaitu dorongan dan minat seseorang individu untuk melakukansesuatu aktiviti tanpa berharap atau meminta sebarangganjaran.
Bruner (1966) mengaitkan intrinsik dengan naluri ingin tahu dan
dorongan mencapai kecekapan. Contoh, seorang pelajar inginmencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan keranaingin memenuhi keperluan kejayaan atau kesempurnaankendiri.
Brown (1980) semasa membincangkan motivasi terhadappembelajaran bahasa kedua mengatakan bahawa motivasisering dinilai semasa menghuraikan kegagalan atau kejayaanmelakukan sesuatu tugas yang sukar. Hal ini sebenarnya tidakketerlaluan kerana banyak kajian dalam bidang pembelajaranmembuktikan motivasi sebagai kunci pembelajaran.
-
7/29/2019 M14 Faktor Motivasi.ppt
8/14
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
Gardner dan Lambert (1972) menggolongkan motivasi kepadadua jenis, iaitu motivasi instrumental dan motivasi integrati.
Motivasi instrumentaljika tujuan mempelajari bahasa kerananilai ultilitari semata-mata, misalnya untuk berjaya dalampeperiksaan, melanjutkan pelajaran ke luar negara ataumendapatkan pekerjaan yang baik.
Motivasi integratifsekiranya tujuan individu itu mempelajaribahasa untuk membolehkannya berintegrasi dengan ahlimasyarakat bahasa tersebut.
Individu boleh dimotivasikan secara intrinsik dan ektrinsikbergantung kepada situasi pembelajaran yang terdapat dipersekitarannya yang penting ia perlu digandingkan bagimemastikan ketekalan minat dan kesungguhan dalammenguasai bahasa itu tidak kecundang(Jeniri Amir, 2005)
-
7/29/2019 M14 Faktor Motivasi.ppt
9/14
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
Pengaruh Motivasi
MOTIVASI
guru
Ibu bapakerajaan
pelajar
-
7/29/2019 M14 Faktor Motivasi.ppt
10/14
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
Tanggungjawab dan Peranan Guru
Guru BM seharusnya mengubah sikap pelajar melalui teknikmengajar, nasihat, tarikan personaliti dan peribadi guru sertakaedah psikologi boleh menarik minat pelajar dan mengubahsikap negatif mereka (Abd. Aziz Abdul Latif, 2000).Bahanpengajaran guru harus disesuaikan dengan peredaran masa,
latar diri pelajar dan sebagainya.
Kita harus mengubah suasana dan pendekatan pengajaranbahasa supaya menjadi aktiviti yang membuatkan pelajarberupaya menggunakan bahasa dan mengembangkanpenggunaan bahasa. (Ahmad Khair Mohd. Nor, 2004)
Aspek yang tidak boleh diabaikan dalam konteks pembelajaranbahasa adalah penentuan matlamat dan objektif pembelajaranbahasa diadakan kepada pelajar.
-
7/29/2019 M14 Faktor Motivasi.ppt
11/14
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
Tanggungjawab dan Peranan Ibu bapa
Ibu bapa wajar menanam sikap budaya membaca di kalangananak-anak mereka bermula di rumah dengan memberi teladanyang baik.
Ibu bapa menjadi role model di rumah dengan memperlihatkancontoh-contoh yang dapat menggerakkan motivasi budayamembaca anak-anak mereka.
Sikap pelajar lazimnya dipengaruhi oleh sikap ibu bapa dansekiranya ibu bapa bersikap positif terhadap sesuatu, merekacenderung untuk menanamkan sikap yang serupa pada anak-anak. Oleh sebab itu, tidak mustahil dalam hal ini ibu bapa turutmempengaruhi motivasi anak-anak mereka terhadap BM.
(Mohd. Yusuf Mohd. Ali, 2000)
-
7/29/2019 M14 Faktor Motivasi.ppt
12/14
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
Tanggungjawab dan Peranan Pihak Kerajaan
Motivasi dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dankebudayaan dilaksanakan untuk menguasai bahasa. (JeniriAmir, 2005)
BM bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantardi institut sekolah dan pengajian tinggi tetap dijamin.
BM perlu diberi penghormatan dan kedudukan sewajarnya
sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ilmu dan bahasaperpaduan di negara ini(Datuk Seri Hishammuddin, BH, 13September 2005)
-
7/29/2019 M14 Faktor Motivasi.ppt
13/14
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
Dasar Pelajaran Negara menetapkan syarat BM wajib lulusdalam peperiksaan awam, BM sebagai syarat lulus memasuki
IPT dan memasuki pasaran kerja di sektor awam dsb.
Sejak kelulusan dalam BM dengan kepujian pada peringkatSPM dijadikan syarat lulus peperiksaan dan mendapat
pekerjaan dalam perkhidmatan kerajaan, maka satu nilai
ekonomi yang tinggi telah ada pada BM. Orang telah berlumba-
lumba untuk lulus peperiksaan BM. (Abdullah Hassan, 1989:32)
-
7/29/2019 M14 Faktor Motivasi.ppt
14/14
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
Tanggungjawab dan Peranan Pelajar
Penguasaan BM yang baik menunjukkan jati diri sebagai rakyatMalaysia di samping membantu meningkatkan ilmupengetahun dan seterusnya dapat menimbulkan rasa cinta danbangga kepada negara.
Satu gerakan menyeluruh harus dibuat bagi memupuk perasaancinta BM sebagai bahasa identiti rakyat negara ini. Rakyat wajarbangga dengan bahasa yang menjadi identiti mereka, memilikikefasihan tinggi, sedia memberi penghormatan, serta gembiramempromosikan di mana saja (Datuk Seri Hishammudin, BH:
13 September 2005)
Sikap pelajar yang menganggap BM itu mudah kerana bahasaitu bahasa yang digunakan dalam perhubungan harian, perludikikis sama sekali(Abd. Hamid Mahmood, 1990)