KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA
JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA
PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA
LIM SIET FAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING TERHADAP KERJAYA
JURUTEKNIK BIOPERUBATAN DARIPADA
PERSPEKTIF MAJIKAN DAN PEKERJA
LIM SIET FAH
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknik & Vokasional)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER 2010
ii
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat,
ibuku yang tersayang
Ng Jap Moi
Nasihat dan amanatmu yang menjadi pedoman,
Untuk bapaku yang dihormati,.
Lim Tai Tung
Yang sering memberi dorongan dan semangat,
Kepada semua adik - beradik serta rakan – rakan yang dikasihi,
Terima kasih yang tidak terhingga di atas segala bantuan,
dorongan dan nasihat yang diberikan selama tempoh pengajian di UTM.
iv
PENGHARGAAN
Setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PM. Dr Yahya Bin
Buntat selaku penyelia projek sarjana saya ini. Beliau telah banyak berusaha untuk
membimbing, memberi tunjuk ajar serta sokongan yang sepenuhnya kepada saya
sehingga kertas cadangan ini dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan.
Saya juga ingin menujukan ucapan jutaan terima kasih kepada keluarga saya
yang telah banyak memberikan sokongan kepada saya sepanjang saya berjauhan dari
rumah.
Di samping itu, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih ini kepada
rakan-rakan yang telah banyak memberikan nasihat dan bantuan serta mereka yang
terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak dalam usaha saya menyiapkan kajian
ini.
v
ABSTRAK
Kejuruteraan bioperubatan merupakan satu bidang kejuruteraan yang telah
diperkenalkan di Malaysia sejak 1960-an lagi. Namun, kemahiran dan kepakaran yang
dimilik oleh juruteknik bioperubatan masih tidak meyakinkan pihak industri. Kajian
yang berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti kemahiran-kemahiran
yang penting terhadap kerjaya juruteknik bioperubatan dari perspektif majikan dan
pekerja. Kemahiran-kemahiran yang telah dikaji terdiri daripada kemahiran teknikal
dan kemahiran generik. Di dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan dua set
soal selidik sebagai instrumen kajian terhadap 186 orang juruteknik bioperubatan
serta 20 orang pengurus yang kini bertugas di hospital-hospital kerajaan Malaysia.
Data yang telah diterima diproses dengan menggunakan program SPSS 12.0 for
Windows yang menjurus kepada kekerapan, peratusan, nilai min dan sisihan piawai.
Ujian t juga digunakan untuk menganalisis data bagi menentukan perbezaan antara
kemahiran teknikal dan generik yang penting terhadap juruteknik bioperubatan
daripada perspektif majikan dan pekerja. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua
kemahiran teknikal dan generik adalah penting terhadap juruteknik bioperubatan
daripada perspektif majikan. Daripada perspektif pekerja pula, kepentingan kemahiran
teknikal dan generik berada pada tahap sederhana. Dari segi kemahiran teknikal yang
dikuasai, kajian mendapati bahawa ia berada pada tahap rendah manakala kemahiran
generik pula berada pada tahap sederhana. Kemahiran teknikal yang dipelajari di
institusi-institusi latihan pula berada pada tahap sederhana manakala kemahiran
generik berada pada tahap rendah. Kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat
perbezaan di antara kemahiran teknikal dan generik yang penting terhadap juruteknik
bioperubatan daripada perspektif majikan dan pekerja.
vi
ABSTRACT
Biomedical engineering was introduced in Malaysia since the 1960s. However
the skills and expertise of biomedical technicians have not received full confidence
from the industry. Thus, this descriptive study is to identify the important skills for
biomedical technicians from the perspectives of employers and the employees. The
skills to be studied are technical and generic skills. Two sets of questionnaires had
been used for this study and the two groups of respondents were 20 employers and
186 employees who are currently working in Malaysian government hospitals. The
data collected had been analyzed using SPSS 12.0 for Windows which shows the
frequencies, percentage, mean value and standard deviation. T-test had been used to
analyse the data to determine the differences between technical and generic skills
which are important for biomedical technicians from the perspectives of both
employers and employees. Retrieval study shows that both technical and generic skills
are important from the perspective of employers. From the employees’ perspective,
the importance of technical and generic skills is at a moderate level. In terms of the
mastery of technical skills, the study shows that it is at a low level while generic skills
are at a moderate level. Technical skills learnt at training institutes are at a moderate
level while generic skills remain low. This study also discovers that there exists no
difference in the importance of technical and generic skills to biomedical technicians
from the perspectives of both employers and employees.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
MUKA DEPAN i
PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
viii
1.7 Skop dan Batasan Kajian 11
1.8 Kerangka Konsep 11
1.9 Definisi Istilah 16
1.9.1 Profil 16
1.9.2 Kemahiran 17
1.9.3 Kerjaya 17
1.9.4 Juruteknik Bioperubatan 17
1.9.5 Perspektif 18
1.9.6 Majikan 18
1.9.7 Institusi Latihan 19
1.10 Kesimpulan 19
II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 20
2.2 Perkembangan Amalan Kejuruteraan Bioperubatan 23
di Malaysia
2.3 Kelayakan Juruteknik Bioperubatan 26
2.4 Kemahiran 29
2.4.1 Kemahiran Teknikal 30
2.4.1.1 Pendawaian Domestik 31
2.4.1.2 Pengujian Keselamatan 32
2.4.1.3 Troubleshooting 35
2.4.1.4 Penguat Bioelektrik 36
2.4.1.5 Elektrod Perubatan 36
2.4.1.6 Transduser 37
2.4.1.7 Matematik Kejuruteraan 38
ix
2.4.1.8 Radiologi 39
2.4.1.9 Peralatan Perubatan Ultrabunyi 40
2.4.1.10 Mesin Pernafasan 41
2.4.1.11 Mesin Dialisis 41
2.4.1.12 Electrosurgical Unit 42
2.4.2 Kemahiran Generik 42
2.4.2.1 Kemahiran Berkomunikasi 45
2.4.2.2 Kemahiran Berfikir Secara Kritis
Dan Menyelesaikan Masalah 46
2.4.2.3 Kemahiran Kerja Berpasukan 48
2.4.2.4 Pembelajaran Berterusan 49
2.4.2.5 Kemahiran Keusahawanan 51
2.4.2.6 Etika dan Moral Profesional 52
2.4.2.7 Kemahiran Kepimpinan 53
2.4.2.8 Penggunaan Teknologi Maklumat 55
Dan Komunikasi
2.4.2.10 Penggunaan Bahasa Inggeris 59
2.5 Perkembangan Kurikulum 61
2.6 Penilaian Kurikulum 63
2.7 Kajian Berkaitan dengan Penilaian 68
dan Perkembangan Kurikulum
2.8 Kesimpulan 72
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 74
3.2 Rekabentuk Kajian 74
x
3.3 Tempat Kajian 75
3.4 Populasi dan Persampelan 75
3.5 Instrumen Kajian 79
3.5.1 Kesahan Soal Selidik 83
3.6 Prosedur Kajian 84
3.7 Kajian Rintis 86
3.8 Kaedah Pengumpulan Data 87
3.9 Analisis Data 87
3.10 Kesimpulan 91
IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 93
4.2 Analisis Bahagian A 94
4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 94
4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 95
4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan Tempat 97
Berkhidmat
4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan Nama 98
Syarikat
4.3 Analisis Bahagian B 99
4.3.1(a) Persoalan Kajian 1(a) 100
4.3.1(b) Persoalan Kajian 1(b) 102
4.3.2(a) Persoalan Kajian 2(a) 104
4.3.2(b) Persoalan Kajian 2(b) 106
4.3.3(a) Persoalan Kajian 3(a) 107
4.3.3(b) Persoalan Kajian 3(b) 109
xi
4.3.4(a) Persoalan Kajian 4(a) 111
4.3.4(b) Persoalan Kajian 4(b) 113
4.4 Analisis Bahagian C 116
4.4.1 Kemahiran-kemahiran Lain 116
4.4.2 Cadangan Terhadap Institusi-institusi Latihan 118
4.5 Kesimpulan 119
V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 120
5.2 Rumusan Kajian 120
5.3 Perbincangan 122
5.3.1 Profil Kemahiran Yang Penting 123
terhadap Juruteknik Bioperubatan
Daripada Perspektif Majikan
5.3.2 Profil Kemahiran Yang Penting 126
Juruteknik Bioperubatan Daripada
Perspektif Pekerja
5.3.3 Kebolehan Juruteknik Mengusai Kemahiran 129
Teknikal dan Kemahiran Generik
5.3.4 Kemahiran-kemahiran yang Diajar di Instistusi 131
-institusi Latihan
5.3.5 Perbezaan Kemahiran Yang Penting 133
Terhadap Juruteknik Bioperubatan Daripada
Perspektif Majikan dan Pekerja
5.4 Cadangan 133
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 138
5.6 Kesimpulan 139
xii
RUJUKAN 140
LAMPIRAN
Lampiran A 152
Lampiran B 160
Lampiran C 169
Lampiran D 171
Lampiran E 173
Lampiran F 176
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA
SURAT
2.1 Senarai Alat Pengujian Kejuruteraan Bioperubatan 37
3.1 Taburan Populasi dan Sampel Majikan Berdasarkan Nama 76
Syarikat Kejuruteraan Bioperubatan
3.2 Pengiraan Peratus Populasi Pekerja Setiap Strata Syarikat 78
3.3 Pengiraan Sampel Pekerja Setiap Strata Syarikat 78
3.4 Taburan Populasi Pekerja Berdasarkan Nama Syarikat
Kejuruteraan Bioperubatan 79
3.5 Taburan Item Soal Selidik Set A 81
3.6 Taburan Item Soal Selidik Set B 82
3.7 Skala Pemeringkatan 83
3.8 Analisis Data Soalan Terbuka 89
3.9 Ringkasan Analisi Data 90
3.10 Pertimbangan Skor Min 91
xiv
4.1 Taburan Responden Majikan Berdasarkan Jantina 95
4.2 Taburan Responden Pekerja Berdasarkan Jantina 95
4.3 Taburan Responden Majikan Berdasarkan Bangsa 96
4.4 Taburan Responden Pekerja Berdasarkan Bangsa 96
4.5 Taburan Responden Majikan Berdasarkan Tempoh Berkhidmat 97
4.6 Taburan Responden Pekerja Berdasarkan Tempoh Berkhidmat 97
4.7 Taburan Responden Majikan Berdasarkan Nama Syarikat 98
4.8 Taburan Responden Pekerja Berdasarkan Nama Syarikat 99
4.9.1 Profil Kemahiran Teknikal Yang Penting Daripada Perspektif 100
Majikan
4.9.2 Profil Kemahiran Generik Yang Penting Daripada Perspektif 102
Majikan
4.10.1 Profil Kemahiran Teknikal Yang Penting Daripada Perspektif 104
Pekerja
4.10.2 Profil Kemahiran Generik Yang Penting Daripada Perspektif 106
Pekerja
4.11.1 Kemahiran Teknikal Yang Dikuasai Oleh Juruteknik Bioperubatan 107
4.11.2 Kemahiran Generik Yang Dikuasai Oleh Juruteknik Bioperubatan 109
4.12.1 Kemahiran Teknikal Yang Dipelajari Oleh Juruteknik Bioperubatan 111
Di Instistuis-institusi Latihan
xv
4.12.2 Kemahiran Teknikal Yang Dipelajari Oleh Juruteknik Bioperubatan 113
Di Instistuis-institusi Latihan
4.13.1 Statistik Kumpulan bagi Min Kemahiran Teknikal 115
4.13.2 Statistik Kumpulan bagi Min Kemahiran Generik 115
4.14.1 Kemahiran-kemahiran Lain Yang Penting Terhadap Juruteknik 116
Bioperubatan Daripada Perspektif Majikan
4.14.2 Kemahiran-kemahiran Lain Yang Penting Terhadap Juruteknik 117
Bioperubatan Daripada Perspektif Pekerja
4.15.1 Cadangan Majikan Terhadap Institusi-institusi Latihan 118
4.15.2 Cadangan Pekerja Terhadap Institusi-institusi Latihan 119
xvi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA
SURAT
1.1 Kerangka Konsep Kajian 11
1.2 Model Perkembangan Kurikulum 14
Oliva (2005)
1.3 Model Perkembangan Skilbeck (1982) 15
3.1 Carta Alir Proses Kajian 84
xvii
SENARAI SINGKATAN
ACCE - American College of Clinical Engineering
ACE - Academy of Clinical Engineering
BMI - British Malaysia Institute
CT Scan - Computed Tomography Scanner
ECG - Elektrokardiograf
ESU - Electrosurgical Unit
ETA - Electronics Technician Association
HKL - Hospital Kuala Lumpur
HCN - The Health Career Network
ICT - Information Communication Technology
IFMBE - International Federation of Medical and Biological Engineering
ISTE - The International Society for Technology in Education
KKM - Kementerian Kesihatan Malaysia
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
MATC - Milwaukee Area Technical College
NFTA - National Fire Protection Association
PSA - Politeknik Shah Alam
PWTC - Putra World Trade Centre
SMS - Short Message Service
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
WHO - World Health Organization
xviii
SENARAI LAMPIRAN
A Set Borang Soal Selidik (Majikan)
B Set Borang Soal Selidik (Juruteknik Bioperubatan)
C Pengesahan Status Pelajar
D Surat Meminta Kebenaran Menjalankan Kajian
E Struktur Kursus PSA
F Jadual Krijcie and Morgan
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Kejuruteraan bioperubatan merupakan suatu disiplin ilmu khas yang
menggunakan pengetahuan kejuruteraan dan perubatan melalui aktiviti merentas
pelbagai disiplin yang mengintegrasikan sains kejuruteraan, sains bioperubatan serta
amalan klinikal. Menurut Awad Al-Zabe (2006) dari Jabatan Kejuruteraan
Elektronik , Yarmouk University, kejuruteraan elektronik perubatan pula merupakan
satu bahagian kejuruteraan bioperubatan yang menitikberatkan peralatan elektronik
dan kaedah perubatan.
Menurut Webster (2008) pula, kejuruteraan bioperubatan adalah disiplin ilmu
yang mendepani pengetahuan dalam kejuruteraan, biologi dan perubatan serta
mempertingkatkan kesihatan manusia melalui aktiviti merentas disiplin yang
menggabungkan sains kejuruteraan dengan sains bioperubatan dan amalan perubatan.
Di Amerika, golongan jurutera dan juruteknik telah digalakkan untuk
memasuki alam klinikal buat pertama kalinya pada lewat 1960-an sebagai tindak
2
balas terhadap isu keselamatan elektrikal yang melibatkan pesakit di hospital
(Enderle et al., 2005). Isu tersebut telah mendapat perhatian selepas aktivis
konsumer, Ralph Nader mendakwa bahawa sekurang-kurangnya 1,200 penduduk
Amerika yang telah terkena kejutan elektrik semasa menjalani diagnostik rutin dan
juga prosedur therapeutik yang lain di hospital. Ekoran daripada itu, suatu industri
baru iaitu Hospital Electrical Safety telah ditubuhkan. Organisasi sepert National
Fire Protection Association (NFTA) telah dipertanggungjawabkan untuk menggubal
piawaian berkaitan dengan keselamatan elektrikal di hospital.
Pada tahun 1990-an, penilaian terhadap kejuruteraan klinikal sebagai suatu
profesion diteruskan dengan terbentuknya American College of Clinical Engineering
(ACCE) dan Clinical Engineering Division di dalam International Federation of
Medical and Biological Engineering (IFMBE). Maka dengan itu, kejuruteraan
bioperubatan telah wujud sebagai salah satu disiplin atau pecahan kejuruteraan yang
berasaskan kejuruteraan dan sains (Enderle, 2005).
Di Malaysia pula, perkhidmatan kejuruteraan bioperubatan dimulakan apabila
Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) telah membentuk satu Jabatan Kejuruteraan
pada tahun 1960-an. Pada permulaannya, peralatan perubatan nuklear dan radioterapi
disenggara secara in-house manakala peralatan atau mesin perubatan yang lain
diuruskan oleh jurutera serta juruteknik dari Jabatan Kerja Am, Kementerian
Kesihatan Malaysia (Megat,1998).
Bagi menguruskan kesemua aset dengan lebih teratur dan profesional, pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membentuk satu Bahagian
Perkhidmatan Kejuruteraan pada tahun 1978 yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.
Pada masa yang sama, pihak hospital swasta yang bersaiz kecil dan mempunyai
jumlah mesin perubatan yang kurang pula hanya bergantung kepada perkhidmatan
daripada pembekal atau penjual mesin tersebut.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Megat (1998), sejajar dengan perkembangan bidang perubatan,
permintaan terhadap tenaga kerja kejuruteraan bioperubatan semakin meningkat dari
semasa ke semasa di Malaysia. Organisasi seperti hospital atau kontraktor
perkhidmatan sokongan hospital, syarikat pembuat peralatan bioperubatan serta
pembekal perkakas bioperubatan menawarkan banyak peluang pekerjaan terhadap
graduan lulusan kursus kejuruteraan bioperubatan dan bidang-bidang yang berkaitan.
Di Malaysia, kebiasaanya graduan–graduan lulusan Kejuruteraan
Bioperubatan akan berkhidmat sebagai jurutera atau juruteknik bioperubatan di
hospital atau sub-kontraktor hospital seperti Radicare Sdn Bhd, Healthtronics Sdn
Bhd dan Pantai Medivest Sdn Bhd. Terdapat juga graduan yang bekerja sebagai
juruteknik menservis di syarikat pembuat dan pembekal peralatan bioperubatan
seperti Abbott, Advance Pact dan sebagainya (Megat, 1998).
Bagi menampung keperluan terhadap tenaga kerja kejuruteraan bioperubatan,
beberapa institusi pengajian tinggi di Malaysia telah menawarkan kursus berkaitan
kepada pelajar- pelajar yang berminat dan berkelayakan untuk mengikutinya. Di
peringkat pengajian tinggi, kursus kejuruteraan bioperubatan ditawarkan pada
peringkat sarjana muda dan sarjana. Antaranya universiti yang menawarkan kursus
berkaitan merupakan universiti terulung Malaysia iaitu Universiti Malaya, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia serta Universiti Teknologi
Malaysia. Setakat ini, hanya terdapat sebuah politeknik di Malaysia yang
menawarkan kursus berkaitan yang diberi nama Kejuruteraan Elektronik Perubatan
iaitu Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) di Shah Alam, Selangor.
Kursus Sijil dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan) telah dijalankan di
Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah (PSA) sejak Julai 1999. Walau bagaimanapun,
4
kursus peringkat sijil telah pun dimansuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(PSA, 2008).
Dalam bidang kesihatan hari ini, keperluan terhadap tenaga kerja yang
berpengetahuan terhadap teori operasi, prinsip fisiologi, aplikasi keselamatan
peralatan perubatan merupakan keutamaan pihak hospital dan majikan. Malangnya,
baik di dalam ataupun luar negara, tahap kecekapan juruteknik bioperubatan masih
diragui. Menurut kenyataan Bahagian Penyelidikan Kejuruteraan, Jabatan
Kejuruteraan Bioperubatan, Vanderbilt University (2008) di Amerika, terdapat
banyak wakil industri yang masih ragu-ragu untuk mengambil lulusan kejuruteraan
bioperubatan yang sedia ada kerana kurang yakin lagi dengan latihan yang
disediakan oleh pihak institusi-institusi yang menawarkan kursus tersebut.
Di Malaysia pula, majikan mengakui bahawa juruteknik bioperubatan
tempatan mempunyai pengetahuan teori yang baik tetapi tidak kompeten dari segi
kemahiran hands–on’. Perkara ini telah dinyatakan oleh pengurus syarikat
kejuruteraan bioperubatan Healthtronic Sdn Bhd (M) kawasan Sarawak, En. Martin
Ling melalui satu temubual pengkaji dengan beliau (Rujuk Lampiran G). Beliau
mencadangkan supaya institusi latihan akan memberikan lebih banyak penekanan
terhadap kemahiran teknikal secara praktikal kepada pelatih mereka supaya graduan
mereka lebih mendapat sambutan di pasaran tenaga kerja hari ini.
Seperti bidang kejuruteraan yang lain, bidang kejuruteraan bioperubatan
memerlukan graduannya melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan
menumpukan tugas mereka untuk menyelamatkan nyawa dengan membantu doktor,
jururawat serta pesakit di hospital. Kemahiran-kemahiran tersebut termasuklah
kemahiran teknikal dan kemahiran generik. Justeru itu, pihak institusi perlu
memastikan pihak mereka menyediakan kurikulum yang dapat melengkapkan
pelajar-pelajarnya dengan kemahiran teknikal, pengetahuan perubatan serta
pengetahuan keselamatan yang berkesan semasa mengikuti pengajian di institusi.
5
Kepentingan juruteknik menguasai pelbagai kemahiran dijelaskan oleh
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad di mana pada masa hadapan, Malaysia amat
memerlukan tenaga mahir kerana gaya pekerjaan pada masa hadapan lebih
berorientasikan kemahiran, tidak kira apa bentuk sekalipun pekerjaan tersebut.
Beliau turut menyatakan bahawa tenaga kerja perlu mempunyai kemahiran, inovatif,
kreatif serta berketrampilan (Erdiana, 2006). Selain itu menurut beliau kesedaran
pihak kerajaan bahawa aset yang paling berharga yang dimiliki oleh sesebuah negara
ialah golongan belia dan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran yang pelbagai
(multiskills).
Dalam ucapan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia Sarawak, En Romli
Bin Haji Hassan pada 18 April 2009 sempana majlis menandatangai memorandum
persefahaman antara ILP Kota samarahan dan Persatuan Juruteknik Sibu, beliau telah
mengungkapkan bahawa kerajaan sedar terdapat cabaran-cabaran yang dihadapi
dalam mengeluarkan modal insan yang betul-betul mahir untuk industri. Dari
perspektif industri, cabaran yang dihadapi ialah ketidaksepadanan kemahiran (skills
mismatch) dan kurang penekanan kepada kemahiran kerja teras. Namun dengan
adanya hubungan kerjasama yang lebih erat di antara institut latihan dan industri di
dalam mempertingkatkan kualiti latihan kemahiran ini maka sudah pasti ia akan
dapat membantu mengatasi kekurangan dan keperluan tenaga mahir negara. Maka,
pendapat dan komen industri hendaklah diambil kira dalam memperbaiki struktur
kursus dan kurikulum.
Rohani & Zubaidah (2008) pula mengakui bahawa pendidikan dalam
bidang kejuruteraan kini semakin berkembang dan telah memberikan penekanan ke
atas pembangunan sifat-sifat bukan teknikal yang begitu spesifik yang dapat
dipadankan dengan dasar teknikal yang kuat bagi melahirkan seorang graduan
kejuruteraan yang seimbang dan berkemampuan untuk menyesuaikan diri dengan
tempat kerja yang sentiasa berubah. Antara kemahiran bukan teknikal yang
6
dimaksudkan termasuklah kemahiran insaniah atau kemahiran generik yang
termasuk kemahiran berkomunikasi, kebolehan bekerja dalam kumpulan,
pengetahuan tentang masyarakat serta isu-isu semasa dan sebagainya.
Hasil daripada kenyataan di atas, ini jelas menunjukkan bahawa selain
kemahiran teknikal perlu dikuasai oleh juruteknik bioperubatan, mereka juga perlu
menguasai kemahiran lain seperti kemahiran generik yang merangkumi kemahiran
berkomunikasi, bekerja dalam kumpulan, penggunaan teknologi dan sebagainya.
Selain itu, kemahiran penggunaan Bahasa Inggeris seseorang juruteknik haruslah
diberi perhatian. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Manakul
(2003) untuk mengkaji pengajaran Bahasa Inggeris terhadap pelajar kejuruteraan.
Hasil kajian beliau menunjukkan lebih daripada 80 peratus responden yang
berpendapat bahawa Bahasa Inggeris perlu diajar kepada pelajar kejuruteraan supaya
mereka boleh mempelajari istilah teknikal dalam Bahasa Inggeris.
Merujuk kepada struktur kursus di Politeknik Shah Alam pada Lampiran E,
didapati bahawa belum terdapat elemen-elemen penerapan kemahiran generik dalam
proses latihan juruteknik bioperubatan sedangkan kemahiran tersebut merupakan
elemen penting yang perlu dimiliki oleh seseorang juruteknik bioperubatan.
Tambahan pula, institusi pengajian tinggi tempatan seperti Politeknik Shah
Alam sedang berada dalam proses memperkenalkan kursus kejuruteraan
bioperubatan pada peringkat Advanced Diploma. Hasil kajian sedemikian dapat
memberikan sumber maklumat yang penting terhadap institusi pengajian tinggi untuk
dijadikan rujukan dan membantu mereka dalam memperbaiki kurikulum yang sedia
ada atau dalam usaha merancang program yang baru.
7
1.3 Pernyataan Masalah
Daripada latar belakang masalah yang telah dihuraikan tadi, didapati bahawa
juruteknik bioperubatan perlu dilengkapi dengan pelbagai kemahiran. Dengan itu,
kajian ini adalah diperlukan untuk mengenalpasti sekiranya kemahiran-kemahiran
yang diperlukan oleh majikan atau industri diajar di institusi-institusi latihan penting
dalam kerjaya juruteknik bioperubatan daripada persepktif majikan dan pekerja yang
meliputi perkara-perkara berikut; iaitu profil kemahiran teknikal dam kemahiran
generik yang penting terhadap juruteknik bioperubatan, kemahiran teknikal dan
kemahiran generik yang dikuasai oleh juruteknik bioperubatan, kemahiran teknikal
dan kemahiran generik yang dipelajari oleh juruteknik di institusi-institusi latihan
serta perbezaan di antara kemahiran teknikal dan generik yang penting terhadap
juruteknik bioperubatan daripada perspektif majikan dan pekerja.
1.4 Objektif Kajian
Sehubungan dengan itu, secara spesifik objektif kajian ini adalah seperti
berikut:
1. Mengenalpasti profil kemahiran teknikal dan generik yang penting terhadap
juruteknik bioperubatan daripada perspektif majikan dan pekerja.
2. Mengenalpasti kemahiran teknikal dan generik yang dikuasai oleh juruteknik
bioperubatan.
3. Mengenalpasti kemahiran teknikal dan generik yang dipelajari oleh juruteknik
di institusi-institusi latihan kejuruteraan bioperubatan.
8
4. Menentukan perbezaan di antara kemahiran teknikal dan generik yang penting
terhadap juruteknik bioperubatan daripada perspektif majikan dan pekerja.
1.5 Persoalan Kajian
1. Apakah profil kemahiran teknikal dan generik yang penting terhadap juruteknik
bioperubatan daripada perspektif majikan?
2. Apakah profil kemahiran teknikal dan generik yang penting terhadap juruteknik
bioperubatan daripada perspektif pekerja?
3. Apakah kemahiran teknikal dan kemahiran generik yang dikuasai oleh
juruteknik bioperubatan?
4. Apakah kemahiran teknikal dan kemahiran generik dipelajari oleh juruteknik
di institusi-institusi latihan kejuruteraan bioperubatan?
5. Adakah terdapat perbezaan di antara kemahiran teknikal dan kemahiran
generik yang penting terhadap juruteknik bioperubatan daripada perspektif
majikan dan pekerja?
1.6 Kepentingan Kajian
Melalui kajian ini, pengkaji mengenalpasti kemahiran-kemahiran yang
diperlukan dalam kerjaya sebagai seorang juruteknik bioperubatan. Melalui hasil
maklum balas majikan, kemahiran-kemahiran yang dikehendaki oleh majikan
9
terhadap juruteknik-juruteknik bioperubatan serta kemahiran-kemahiran yang
dikuasai oleh juruteknik boleh diketahui. Selain itu, kemahiran-kemahiran yang
dipelajari oleh mereka semasa menjalankan tugas serta kemahiran-kemahiran yang
dipelajari semasa menjalani latihan di institusi-institusi latihan mereka juga
dikenalpati daripada perspektif juruteknik bioperubatan.
Hasil dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada penggubal
kurikulum khususnya Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Hal ini dapat
memastikan pihak penggubal agar menggubal dan menyediakan suatu struktur
kurikulum yang sesuai dan mengikut kehendak majikan dan pekerja.
Selain pihak penggubal kurikulum, kajian ini juga adalah penting kepada
pelaksana iaitu institusi-institusi yang menawarkan kurusus latihan kepada pelatih-
pelatih untuk memperbaiki kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
sama ada di dalam kelas ataupun di dalam bengkel serta menambahbaik kekurangan
yang dapat dikesan. Dalam erti kata yang lain, ia memberi peluang kepada pihak
institusi termasuk pensyarah dan pentadbir dalam membuat pertimbangan dan
keputusan terhadap cara perlaksanaan kursus kejuruteraan bioperubatan pada masa
akan datang mengikut peredaran zaman dan perubahan permintaan majikan dan
industri hari ini. Ini bermakna kajian ini juga dapat merapatkan jurang perbezaan di
antara kemahiran-kemahiran yang dianggap penting oleh majikan serta kemahiran-
kemahiran yang dipelajari oleh pelajar semasa menjalani latihan di institusi latihan.
Kajian ini juga dapat dijadikan rujukan kepada penyelidik-penyelidik lain
yang berminat untuk membuat kajian berkaitan dengan bidang kejuruteraan
bioperubatan dan perkembangan kurikulum. Hasil kajian yang sedia ada
membolehkan mereka mengetahui hala tuju dan jenis-jenis kajian yang boleh mereka
jalankan pada masa akan datang.
10
Pendapat daripada juruteknik-juruteknik bioperubatan pula dapat
memberikan suatu gambaran tentang jenis kemahiran-kemahiran yang boleh
diperoleh serta kemahiran-kemahirann yang tidak diperolehi oleh mereka semasa
menjalani latihan. Hasil kajian sedemikian membantu para pelatih atau pelajar yang
sedang menjalani latihan mengenalpasti tahap pencapaian mereka terhadap
kemahiran-kemahiran yang diikehendaki oleh majikan. Ini akan membolehkan
mereka menumpukan lebih perhatian terhadap kemahiran-kemahiran yang
diperlukan di tempat kerja bagi membuat persediaan rapi dan melengkapkan diri
masing-masing dengan kemahiran yang penting agar dapat bersaing di pasaran
pekerjaan kelak. Maklumat tersebut juga membolehkan graduan mengenalpasti
kemahiran-kemahiran penting yang perlu dimasukkan dalam resume serta
kemahiran-kemahiran yang perlu diberi penekanan semasa menghadiri temuduga
pekerjaan dalam bidang berkaitan.
Selain itu, kajian ini turut membekalkan suatu asas dan kaedah yang
digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang khususnya program berbentuk
pendidikan. Kajian sedemikian adalah penting untuk tujuan perkembangan
kurikulum serta pembentukan semula kursus serta memberikan rujukan kepada
pelajar tentang permintaan majikan industri hari ini. Dengan itu, diharapkan usaha ini
akan meningkatkan kualiti struktur kursus kejuruteraan bioperubatan terutamanya
dalam melengkapkan pelajar dengan segala pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan di tempat kerja selepas menamatkan pengajian mereka. Peningkatan dari
segi kecekapan graduan-graduan juga boleh meyakinkan pihak industri agar
mempercayai dan seterusnya menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada
graduan-graduan yang akan datang. Secara tidak langsung dapat meningkatkan
martabat institusi-institusi berkaitan dan memberikan sumbangan yang besar kepada
industri berkaitan dengan menyediakan tenaga kerja yang cekap dan mantap.