anjuran program sains bioperubatan, pusat … · 2015-01-09 · bantuan kemanusiaan ... beberapa...

21
MISI J3K 2014 MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARAKERTAS KERJA PROGRAM MISI JARINGAN KEMANUSIAAN, KESIHATAN & KEMASYARAKATAN KEMBOJA 2014 (J3K 2014) TARIKH 19 24 OKTOBER 2014 TEMPAT KAMPUNG SRE DAR, DAERAH SAMAKI MEANCHEY, WILAYAH KAMPUNG CHNANG, KEMBOJA ANJURAN PROGRAM SAINS BIOPERUBATAN, PUSAT PENGAJIAN SAINS DIAGNOSTIK & KESIHATAN GUNAAN, FAKULTI SAINS KESIHATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Upload: lenhan

Post on 29-Apr-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANJURAN PROGRAM SAINS BIOPERUBATAN, PUSAT … · 2015-01-09 · Bantuan kemanusiaan ... beberapa aktiviti untuk mengumpul dana serta kutipan derma akan dijalankan untuk pembiayaan

MISI J3K 2014

“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”

KERTAS KERJA

PROGRAM MISI JARINGAN KEMANUSIAAN, KESIHATAN &

KEMASYARAKATAN KEMBOJA 2014 (J3K 2014)

TARIKH

19 – 24 OKTOBER 2014

TEMPAT

KAMPUNG SRE DAR,

DAERAH SAMAKI MEANCHEY,

WILAYAH KAMPUNG CHNANG,

KEMBOJA

ANJURAN

PROGRAM SAINS BIOPERUBATAN,

PUSAT PENGAJIAN SAINS DIAGNOSTIK

& KESIHATAN GUNAAN,

FAKULTI SAINS KESIHATAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Page 2: ANJURAN PROGRAM SAINS BIOPERUBATAN, PUSAT … · 2015-01-09 · Bantuan kemanusiaan ... beberapa aktiviti untuk mengumpul dana serta kutipan derma akan dijalankan untuk pembiayaan

MISI J3K 2014

“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”

Falsafah, Wawasan, Misi, dan

Matlamat UKM

Falsafah

Paduan antara IMAN kepada Allah dengan ILMU yang bermanfaat serta gabungan antara teori

dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat

terpelajar dan pembangunan Universiti.

Wawasan

Universiti Kebangsaan Malaysia bertekad menjadi universiti terkehadapan yang mendahului

langkah masyarakat dan zamannya bagi merintis pembentukan masyarakat dinamis, berilmu, dan

berakhlak mulia.

Misi

Menjadi universiti terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu

beracuan budaya kebangsaan.

Matlamat

Untuk menjadi pusat keilmuan yang terkehadapan, berteknologi dan berdaya saing yang :

Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

Membangunkan masyarakat dinamis dan berakhlak mulia

Mengantarabangsakan citra dan sumbangan UKM bagi masyarakat sejagat

Menjana teknologi yang bermanfaat kepada masyarakat

Page 3: ANJURAN PROGRAM SAINS BIOPERUBATAN, PUSAT … · 2015-01-09 · Bantuan kemanusiaan ... beberapa aktiviti untuk mengumpul dana serta kutipan derma akan dijalankan untuk pembiayaan

MISI J3K 2014

“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”

KERTAS KERJA

MISI JARINGAN KEMANUSIAAN, KESIHATAN &

KEMASYARAKATAN KEMBOJA 2014 (J3K 2014)

Anjuran:

Program Sains Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Diagnostik &

Kesihatan Gunaan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM

1.0 PENDAHULUAN

Negara Kemboja terletak bersempadankan Thailand dan Laos. Ibu negara bagi Kemboja adalah

Phnom Penh manakala agama majoriti yang dianuti adalah Buddha dan seterusnya agama Islam

(Cham) dan animisme bagi sesetengah penduduk peribumi. Kemboja sangat unik dengan

kepelbagaian budaya dan tempat bersejarahnya yang mana sehingga kini masih kekal utuh dan

menjadi tarikan utama pelancongan.

Sejarah Kemboja menjadi tumpuan umum bermula daripada pemerintahan Khmer Rouge,

iaitu organisasi komunis yang memerintah Kemboja dari tahun 1975-1979 (hanya 4 tahun,

namun kesannya sangat besar). Pol Pot atau nama sebenarnya Saloth Sar adalah Pemerintah

Khmer Rouge merangkap Perdana Menteri ketika itu. Regim ini dikenali sebagai regim paling

kejam pada abad ke 20 kerana dianggarkan kematian masyarakat Kemboja di bawah

pemerintahan mereka ialah 3 juta. Mereka telah menghapuskan golongan agama dan

cendiakawan, melakukan penempatan semula dengan menempatkan penduduk Kemboja di

kawasan luar bandar bagi menjadikan Kemboja negara Komunis. Pelbagai keganasan telah

dilakukan oleh regim ini antaranya hukuman mati bagi pemberontak, pembunuhan bayi secara

kejam, kerja paksa, kelaparan dan banyak lagi seksaan kejam yang dilakukan terhadap para

penduduk Kemboja tanpa ada belas kasihan dan perikemanusiaan. Bandar Phnom Penh

dikosongkan selama 3 bulan kerana seluruh penduduknya dihalau keluar secara paksa.

Page 4: ANJURAN PROGRAM SAINS BIOPERUBATAN, PUSAT … · 2015-01-09 · Bantuan kemanusiaan ... beberapa aktiviti untuk mengumpul dana serta kutipan derma akan dijalankan untuk pembiayaan

MISI J3K 2014

“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”

Pada asalnya terdapat 400 000 penduduk Islam di Kemboja, namun berkurangan

sehingga 350 000 pada tahun 1975 akibat terkorban ketika pemberontakan Khmer Rouge.

Sebahagian yang terselamat sempat berhijrah ke sempadan dan tidak kembali lagi. Kesemua

aktiviti keagamaan adalah dilarang, malah pelaksanaan haji juga telah diberhentikan dari 1975-

1979. Kitab agama dan semua yang berkaitan agama adalah dilarang. Masyarakat tidak

mempunyai tempat bergantung kerana semua ahli agama dan intelektual dibunuh tanpa sebarang

kesalahan.

Pemerintahan Khmer Rouge tamat pada tahun 1979, dan pilihan raya umum pertama

diadakan pada tahun 1993 di mana rakyat kembali mendapat kebebasan termasuk masyarakat

Islam di sana. Masyarakat Islam juga telah diberi peluang untuk membangunkan Kemboja dan

pada tahun 1997, tiga orang ahli parlimen dari kalangan umat Islam telah dilantik dan terdapat

lebih dari 200 buah masjid di Kemboja. Penduduk Islam paling ramai di negara ini adalah di

kalangan Melayu Champa atau Cham, iaitu sekitar ke 95%. Kampung yang majoriti penduduk

Islamnya ialah seperti Kampung Cheram Chemerai dan Kampung Pok Bahau berhampiran

dengan bandar Phnom Penh, Kampung Pok Serah, Pok „An dan Pok Cerah.

Kehidupan masyarakat di Kemboja diiktiraf diseluruh dunia sebagai sebuah masyarakat

yang mundur dan sangat daif. Sehubungan dengan itu, Kemboja menjadi pilihan banyak institusi

pengajian tinggi, badan kerajaan dan bukan kerajaan dan pelbagai agensi lain di Malaysia untuk

mengadakan misi kemanusiaan lantaran kehidupan rakyat Kemboja yang masih mundur dan

umat Islamnya tidak terbela dan pegangan agamanya yang kurang baik.

Page 5: ANJURAN PROGRAM SAINS BIOPERUBATAN, PUSAT … · 2015-01-09 · Bantuan kemanusiaan ... beberapa aktiviti untuk mengumpul dana serta kutipan derma akan dijalankan untuk pembiayaan

MISI J3K 2014

“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”

2.0 PENGENALAN PROGRAM MISI JARINGAN KEMANUSIAAN, KESIHATAN

& KEMASYARAKATAN KEMBOJA 2014 (J3K)

Misi Jaringan Kemanusiaan, Kesihatan & Kemasyarakatan Kemboja 2014 (J3K 2014) ke

Kemboja merupakan program yang bakal dianjurkan oleh Program Sains Bioperubatan, Pusat

Pengajian Sains Kesihatan dan Diagnostik Gunaan (PPSDKG). Fakulti Sains Kesihatan (FSK),

UKM. Misi ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Kebudayaan dan Agama Kemboja

dan Persatuan Perubatan Islam Kemboja (IMAC) melalui Timbalan Menterinya yang juga selaku

Presiden IMAC, iaitu Dr Sos Mousine.

Program ini akan melibatkan komponen kemanusiaan, kesihatan dan kemasyarakatan.

Sejajar dengan Fakulti yang berteraskan kesihatan, Program Sains Bioperubatan terpanggil untuk

menganjurkan misi murni ini buat julung kalinya dalam usaha memberi bantuan kemanusiaan

dan kesihatan kepada masyarakat di Kemboja. Selain itu, lawatan ke Fakulti Perubatan,

Universiti Phnom Penh juga akan diatur sebagai salah satu program pengantarabangsaan bagi

Program Sains Bioperubatan.

Misi ini akan melibatkan bantuan perubatan dan kesihatan primari seperti pemberian

vitamin, ubat cacing dan kutu, serta sumbangan kepada anak yatim dan keluarga miskin di

Daerah Kg. Tralarch, Wilayah Kg. Chnang. Sebuah madrasah juga akan dibina di kampong

tersebut dan pembiayaannya ditaja oleh penyumbang yang bermurah hati. Bantuan kemanusiaan

lain adalah sumbangan pam air di mana bilangan dan kosnya ditanggung oleh individu atau

kumpulan yang ingin turut menyumbang. Untuk melancarkan program ini, beberapa aktiviti

untuk mengumpul dana serta kutipan derma akan dijalankan untuk pembiayaan pam air dan

untuk disumbangkan kepada anak yatim, kanak-kanak miskin dan keluarga miskin di Kemboja.

Walaupun sumbangan yang diberikan tidak seberapa, namun, dengan sumbangan yang tidak

seberapa itu diharapkan dapat meringankan beban mereka.

Page 6: ANJURAN PROGRAM SAINS BIOPERUBATAN, PUSAT … · 2015-01-09 · Bantuan kemanusiaan ... beberapa aktiviti untuk mengumpul dana serta kutipan derma akan dijalankan untuk pembiayaan

MISI J3K 2014

“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”

Program ini turut disertai oleh pelajar-pelajar Sains Bioperubatan yang berminat untuk

menjalankan aktiviti kesukarelawanan seperti ini. Program kesukarelawanan seperti ini adalah

amat berguna kepada para pelajar dalam mengaplikasikan ilmu yang dipelajari mereka dalam

bidang bioperubatan dalam kehidupan yang sebenar. Program seperti ini mampu mengasah

kemahiran para pelajar dalam berkomunikasi dengan komuniti yang berlainan bangsa, bahasa

dan budaya. Hal ini dapat menyiapkan pelajar untuk bersedia menghadapi dunia pekerjaan yang

memerlukan mereka berhadapan dengan pelbagai ragam manusia. Sehubungan itu, program ini

diharapkan dapat menjadi platform yang sangat baik untuk mengasah kemahiran para pelajar.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar

program Sains Bioperubatan untuk melihat sendiri kedaifan masyarakat di Kemboja dan

membuat perbandingan dengan kehidupan yang dimiliki di Malaysia. Diharapkan dengan

menyertai program ini, para pelajar akan lebih menghargai dan mensyukuri segala nikmat yang

dimiliki oleh mereka sebagai seorang warganegara Malaysia yang aman damai ini. Tambahan

lagi, program ini diharapkan dapat membuka minda para pelajar agar mempunyai ilmu tambahan

tentang dunia luar dan membuat refleksi diri untuk mengembangkan potensi pelajar itu sendiri.

3.0 MATLAMAT

Menjadi sebuah program yang cemerlang, berwawasan dan dinamik :

Menghasilkan graduan yang menguasai lima kemahiran (5K)

Keimanan, Keilmuan, Kepimpinan, Kemasyarakatan & Keusahawanan

Mempromosikan program Sains Bioperubatan yang ditawarkan FSK, UKM

Meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan kepada masyarakat

Page 7: ANJURAN PROGRAM SAINS BIOPERUBATAN, PUSAT … · 2015-01-09 · Bantuan kemanusiaan ... beberapa aktiviti untuk mengumpul dana serta kutipan derma akan dijalankan untuk pembiayaan

MISI J3K 2014

“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”

4.0 OBJEKTIF

i. Untuk memberi sumbangan kemanusiaan antaranya khidmat masyarakat, sumbangan

pam air untuk menyalurkan air bersih serta khidmat nasihat kesihatan.

ii. Untuk memberi pendedahan kepada peserta yang terlibat mengenai misi kemanusiaan

iii. Untuk memupuk nilai kemanusiaan dalam diri kakitangan dan pelajar FSK.

iv. Untuk memperkasakan program pengantarabangsaan Program Sains Bioperubatan,

FSK.

v. Untuk mempelajari sejarah Kemboja yang mempunyai susur galur Tanah Melayu

bagi meningkatkan rasa kecintaan pada negara Malaysia.

5.0 TEMA

MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA

6.0 ANJURAN

Anjuran Program Sains Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Diagnostik &

Kesihatan Gunaan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM di bawah seliaan Unit

Perkembangan Pelajar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel), Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM).

7.0 NAMA PROJEK

Program Misi Jaringan Kemanusiaan, Kesihatan & Kemasyarakatan Kemboja 2014 (J3K 2014 )

8.0 TEMPAT

Kampung Sre Dar, Daerah Samaki Meanchey , Wilayah Kampung Chnang, Kemboja

Page 8: ANJURAN PROGRAM SAINS BIOPERUBATAN, PUSAT … · 2015-01-09 · Bantuan kemanusiaan ... beberapa aktiviti untuk mengumpul dana serta kutipan derma akan dijalankan untuk pembiayaan

MISI J3K 2014

“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”

9.0 TARIKH

19 – 24 Oktober 2014

10.0 PENYERTAAN

- Kakitangan Program Sains Bioperubatan (di beri keutamaan).

- Pelajar Program Sains Bioperubatan

- Kakitangan dan pelajar dari program/ pusat lain di Fakulti Sains Kesihatan

- Kakitangan dari fakulti lain/orang awam juga dialu-alukan.

11.0 PUBLISITI

Program ini akan diiklankan melalui media masa, akhbar tempatan, Facebook, poster,

bena, dan skrin besar UKM.

12.0 PERANCANGAN PROGRAM

Program ini akan dilaksanakan berkonsepkan 3 dalam 1 di mana, disamping misi kemanusiaan,

kesihatan dan kemasyarakatan program juga akan mengadakan lawatan ke Fakulti Perubatan,

Universiti Phnom Penh dan lawatan tempat-tempat bersejarah di Phnom Penh dan Siem Reap.

Bagi program misi kemanusiaan, kakitangan/individu yang berminat untuk mewakafkan

pam air boleh dilakukan secara individu ataupun berkongsi dengan kakitangan/individu lain

(bilangan tidak dihadkan). Sebuah madrasah akan dibina di Kampong Sre Sar, Daerah Samaki

Meanchey, Wilayah Kampong Chhang yang berharga US$15,900.00. Pembiayaan madrasah ini

adalah hasil sumbangan beberapa individu. Pihak program juga akan memohon sumbangan

kewangan/barangan keperluan asas daripada individu/agensi-agensi ataupun kilang-kilang.

Sumbangan ikhlas daripada kakitangan fakulti amat dialu-alukan.

Page 9: ANJURAN PROGRAM SAINS BIOPERUBATAN, PUSAT … · 2015-01-09 · Bantuan kemanusiaan ... beberapa aktiviti untuk mengumpul dana serta kutipan derma akan dijalankan untuk pembiayaan

MISI J3K 2014

“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”

13.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk lampiran 1

14.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk lampiran 2

15.0 ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

Rujuk lampiran 3

16.0 PERKARA AM

Alamat surat menyurat MISI J3K 2014 :

Urusetia Program Misi Jaringan Kemanusiaan, Kesihatan & Kemasyarakatan 2014,

Program Sains Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Diagnostik & Kesihatan Gunaan,

Fakulti Sains Kesihatan,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

Jalan Raja Muda Abdul Aziz,

50300 Kuala Lumpur.

E-mail: [email protected]

U/P : Abdul Razak bin Abdul Rashid

( Pengarah Misi J3K 2014 )

Page 10: ANJURAN PROGRAM SAINS BIOPERUBATAN, PUSAT … · 2015-01-09 · Bantuan kemanusiaan ... beberapa aktiviti untuk mengumpul dana serta kutipan derma akan dijalankan untuk pembiayaan

MISI J3K 2014

“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”

Tel: 0138667808

17.0 CADANGAN PERASMI

Perasmian pembukaan :

1 ) Dr Nihayah Mohamad

(Pensyarah,Fakulti Sains Kesihatan, UKM)

2) Prof Madya Dr Siti Balkis Budin

(Ketua Program Sains Bioperubatan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM)

Perasmian penutupan :

1 ) Dr Nihayah Mohamad

(Pensyarah,Fakulti Sains Kesihatan, UKM)

2) Prof Madya Dr Siti Balkis Budin

(Ketua Program Sains Bioperubatan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM)

18.0 PENUTUP

Program Program Misi Jaringan Kemanusiaan, Kesihatan & Kemasyarakatan 2014 ini adalah

program yang dapat memberi banyak manfaat kepada masyarakat serta mahasiswa itu sendiri.

Penglibatan semua pihak amat diperlukan agar program yang dianjurkan oleh mahasiswa ini

akan mencapai kejayaan dan seterusnya menaikkan nama Universiti Kebangsaan Malaysia.

Program ini diharap dapat membantu mahasiswa FSK mempraktikkan ilmu yang dipelajari dan

menyediakan diri apabila bergelar graduan nanti. Justeru, kami amat berharap mendapat

kerjasama serta bantuan kewangan agar pihak kami dapat menjalankan segala perancangan

yang diatur dengan lebih lancar. Segala bantuan yang diberikan kami dahulukan dengan

ucapan ribuan terima kasih.

Page 11: ANJURAN PROGRAM SAINS BIOPERUBATAN, PUSAT … · 2015-01-09 · Bantuan kemanusiaan ... beberapa aktiviti untuk mengumpul dana serta kutipan derma akan dijalankan untuk pembiayaan

MISI J3K 2014

“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh;

………………………………….

SITI NURFARHANAH BT ZAHARI

Setiausaha I

Misi Jaringan Kemanusiaan, Kesihatan & Kemasyarakatan Kemboja 2014

Pusat Pengajian Sains Diagnostik & Kesihatan Gunaan

Fakulti Sains Kesihatan,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Melalui :

………………………….

ABDUL RAZAK BIN ABDUL RASHID

Pengarah,

Misi Jaringan Kemanusiaan, Kesihatan & Kemasyarakatan Kemboja 2014

Pusat Pengajian Sains Diagnostik & Kesihatan Gunaan

Fakulti Sains Kesihatan,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 12: ANJURAN PROGRAM SAINS BIOPERUBATAN, PUSAT … · 2015-01-09 · Bantuan kemanusiaan ... beberapa aktiviti untuk mengumpul dana serta kutipan derma akan dijalankan untuk pembiayaan

MISI J3K 2014

“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”

Disahkan Oleh,

………………………….

DR NIHAYAH MOHAMAD

Pengerusi,

Misi Jaringan Kemanusiaan, Kesihatan & Kemasyarakatan Kemboja 2014

Pusat Pengajian Sains Diagnostik & Kesihatan Gunaan

Fakulti Sains Kesihatan,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Diluluskan Oleh,

...........................................

(PROF. DR. SITI ZAMRATOL-MAI SARAH MUKARI)

Dekan,

Penasihat ,

Misi Jaringan Kemanusiaan, Kesihatan & Kemasyarakatan Kemboja 2014,

Fakulti Sains Kesihatan,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 13: ANJURAN PROGRAM SAINS BIOPERUBATAN, PUSAT … · 2015-01-09 · Bantuan kemanusiaan ... beberapa aktiviti untuk mengumpul dana serta kutipan derma akan dijalankan untuk pembiayaan

MISI J3K 2014

“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”

LAMPIRAN 1

STRUKTUR ORGANISASI MISI J3K 2014

Penaung

Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin

Naib Canselor, UKM

Pengerusi

Dr Nihayah Mohamad

Pensyarah,

Fakulti Sains Kesihatan, UKM

Penyelaras

Prof Madya Dr Siti Balkis Budin

Ketua Program Sains Bioperubatan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM

Penasihat

Prof. Dr. Siti Zamratol-Mai Sarah Mukari

Dekan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM

Penasihat II

Encik Mohamed Termizi Othman

Ketua Penolong Pendaftar FSK

Page 14: ANJURAN PROGRAM SAINS BIOPERUBATAN, PUSAT … · 2015-01-09 · Bantuan kemanusiaan ... beberapa aktiviti untuk mengumpul dana serta kutipan derma akan dijalankan untuk pembiayaan

MISI J3K 2014

“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”

MT & EXCO MISI J3K 2014

Pengarah

ABDUL RAZAK BIN ABDUL RASHID

A136664

0138667808

Timbalan Pengarah I

HANOOR SYAHIRAH BT ZAHARI

A140851

0139159359

Timbalan Pengarah II

BALQIS BT MAT RASHID

A140756

0122775186

Timbalan Pengarah III

WAN ZAFIRAH BINTI ABDUL RAHMAN

A140825

0172602047

Setiausaha I

SITI NURFARHANAH BINTI ZAHARI

A140868

01119442598

Setiausaha II

WARDAH HANNANI BINTI AHMAD NOH

A140069

0173494266

Bendahari I

ANITH ZAWANI BINTI ANNUAR

A140093

0148339306

Bendahari II

ZURAINI BINTI ZULKEPLI

A144496

0134221881

Page 15: ANJURAN PROGRAM SAINS BIOPERUBATAN, PUSAT … · 2015-01-09 · Bantuan kemanusiaan ... beberapa aktiviti untuk mengumpul dana serta kutipan derma akan dijalankan untuk pembiayaan

MISI J3K 2014

“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”

PENGARAH SEKRETARIAT

PROGRAM I : SITI NURFARAHIM BINTI MUHAMAD A139558

PROGRAM II : FATEN NADIA BINTI MISNAN A140801

PUBLISITI I : NUR SAKINAH BINTI MD SOM A140805

PUBLISITI II : NURUL WAZNAH ANIS A139918

PUBLISITI III : FATIN NORHAFIZAH BINTI FAZIL A139720

JAMUAN & CENDERAMATA I : NADIRAH BT ZAINAL ABIDIN A138613

JAMUAN & CENDERAMATA II : NUR AMIRA BINTI MOHD SHAMSUDDIN A139793

TEKNIKAL I : SHAFIZI BIN IDRIS A141916

TEKNIKAL II : MOHD ADLI BIN A.RANI A141475

TEKNIKAL III : MUHAMMAD TAUFIQ BIN NORIZAN A140777

LOGISTIK I : NUR LIYANA BINTI ROSLEE A140786

LOGISTIK II : NUR SHAKILA BINTI GEAIN A140373

TUGAS-TUGAS KHAS I : SITI HAJAR BINTI ABDULLAH A140557

TUGAS-TUGAS KHAS II : NUR SHAZLINA BINTI SAIDARI A140617

TUGAS-TUGAS KHAS III : NOR JANNA BINTI YAHYA A144507

TUGAS-TUGAS KHAS IV : NUR SYAKIRAH BNTI MOHD SHAHRANI A144509

MULTIMEDIA I : FATIN RIDZUANA BINTI ABD RAHMAN A140466

MULTIMEDIA II : FAUZAN ADZIMA BT MOHD NASIR A140685

MULTIMEDIA III : NUR ATIKAH BINTI ALI A144518

MULTIMEDIA IV : ESTHER MATHIAS AJIK A144461

Page 16: ANJURAN PROGRAM SAINS BIOPERUBATAN, PUSAT … · 2015-01-09 · Bantuan kemanusiaan ... beberapa aktiviti untuk mengumpul dana serta kutipan derma akan dijalankan untuk pembiayaan

MISI J3K 2014

“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”

LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM MISI J3K 2014

TARIKH : 19 – 24 OKTOBER 2014

LOKASI : Kampong Sre Sar, Daerah Samaki Meanchey,

WILAYAH KG. CHNNANG

TEMPOH : 6 HARI 5 MALAM

HARI PERTAMA

MASA AKTIVITI

10:45pagi

(Waktu tempatan)

Tiba di Phnom Penh

12:00 tengahari Makan tengahari di Café Malaya

2:00 petang CHECK-IN HOTEL

- Persediaan Misi Kemanusian

- Pembungkusan barangan yang akan didermakan kepada

penduduk kampong

- Simulasi klinikal

6:30 petang Makan malam di Warung Bali / D‟Nyonya

7.30 malam - Latihan dan persediaan terakhir program ke Universiti

(persembahan kebudayaan)

Page 17: ANJURAN PROGRAM SAINS BIOPERUBATAN, PUSAT … · 2015-01-09 · Bantuan kemanusiaan ... beberapa aktiviti untuk mengumpul dana serta kutipan derma akan dijalankan untuk pembiayaan

MISI J3K 2014

“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”

HARI KEDUA

MASA AKTIVITI

6.30 pagi Sarapan

8.00 pagi - Lawatan ke Fakulti Perubatan, Universiti Phnom Penh

- Perbincangan P&P dengan Pentadbir Fakulti

- Pelajar FSK akan bersama dengan pelajar Fak

- Perubatan Phnom Penh melawat sekitar Fakulti

- dan Kampus

- Persembahan kebudayaan oleh pelajar daripada kedua-

dua Universiti

11.00 pagi Bertolak untuk lawatan ke tempat bersejarah

- KILLING FIELD

- Muzium Toul Sleng Genocide

- Makan tengahari di Café Malaya

2:00 petang - Lawatan Ke Rumah Anak Yatim untuk memberikan

sumbangan

- Pek selipar

- Pek makanan

- Sukaneka bersama anak yatim

6:00 petang - Ke Jeti Tasik Tonle Sap untuk menaiki bot dan makan malam

Page 18: ANJURAN PROGRAM SAINS BIOPERUBATAN, PUSAT … · 2015-01-09 · Bantuan kemanusiaan ... beberapa aktiviti untuk mengumpul dana serta kutipan derma akan dijalankan untuk pembiayaan

MISI J3K 2014

“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”

HARI KETIGA

MASA AKTIVITI

5:00 pagi Bertolak ke Kampong Sre Sar, Daerah Samaki Meanchey

7:00 pagi Tiba di rumah Ustaz Hacim untuk sarapan pagi

8:15 pagi Bertolak ke lokasi bagi memulakan Misi Kemanusiaan

- Perasmian Madrasah “UKM” dan pam air (wakaf/derma

dari beberapa individu)

- Pemeriksaan kesihatan

- Demonstrasi dan penggunaan ubat kutu

dan ubat cacing

- Pemberian vitamin

- Sukaneka

- Penyampaian sumbangan kepada penduduk kampong

- Pek makanan untuk keluarga miskin

- Pek „lady hygiene” untuk wanita

- Pek selipar untuk kanak-kanak

- Pek makanan untuk anak-anak yatim

7:30 malam Balik ke hotel dan rehat

Page 19: ANJURAN PROGRAM SAINS BIOPERUBATAN, PUSAT … · 2015-01-09 · Bantuan kemanusiaan ... beberapa aktiviti untuk mengumpul dana serta kutipan derma akan dijalankan untuk pembiayaan

MISI J3K 2014

“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”

HARI KEEMPAT

MASA AKTIVITI

6:30 pagi Sarapan

7:30 pagi Bertolak ke SIEM REAP

1:00 tengahari Tiba di SIEM REAP dan makan tengahari

2:00 petang Lawatan ke KAMPONG ATAS AIR

- Memberi sumbangan keperluan asas kepada penduduk

kampong

6:30 petang Mendaki BAKENG HILL untuk melihat matahari terbenam

Makan malam & Daftar masuk hotel

HARI KELIMA

MASA AKTIVITI

6:30 pagi Sarapan

7:30 pagi Lawatan ke ANGKOR WAT

1:00 tengahari Makan tengahari

2:00 petang Lawatan ke CAMBODIAN CULTURAL VILLAGE

6:30 petang Makan malam

HARI KEENAM

MASA AKTIVITI

6:30 pagi Sarapan

7:30 pagi Bertolak ke lapangan terbang & pulang ke MALAYSIA

Page 20: ANJURAN PROGRAM SAINS BIOPERUBATAN, PUSAT … · 2015-01-09 · Bantuan kemanusiaan ... beberapa aktiviti untuk mengumpul dana serta kutipan derma akan dijalankan untuk pembiayaan

MISI J3K 2014

“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”

LAMPIRAN 3

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Anggaran Kos

1 Pakej 6 hari 5 malam untuk 20 orang

Kos termasuk penginapan (twin sharing, tiket

penerbangan, makan dan lawatan)

RM 1,800 x 50 orang =

RM 90,000.00

SUMBANGAN

2 Pam air ( amat diperlukan) RM 700 x 10 buah =

RM 7,000.00

3 Pek makanan kepada penduduk miskin (5kg beras,

2 kg gula, 2 tin susu, 2 tin sardine, 5 mee segera

dan roti)

RM 35 x 400 pek =

RM14,000.00

5 Pek makanan kepada kanak-kanak miskin (roti,

susu, biskut dan sepasang selipar)

RM 8 x 200 pek =

RM 1,600.00

6 Pek makanan kepada anak-anak yatim (roti, susu,

biskut dan sepasang selipar)

RM 8 x 200 pek =

RM 1,600.00

7 Pek wanita (Pakaian dalam wanita) RM 10 x 250 =

RM2,500.00

8 Pek Bersih Diri yang mengandungi ubat kutu dan

ubat cacing (kanak-kanak kampung dan anak

yatim)

RM 5 x 400 = RM 2,000.00

9 Jamuan bagi penduduk kampung (lembu dan

barang masakan untuk 400 penduduk)

RM 2,500

Kem aktiviti kanak-kanak RM 1,000

10 Aqiqah

Kambing = RM 580 seekor

Lembu = RM 1,500 seekor

11 Lain – lain sumbangan

Sejadah

Telekung

Quran

Jubah

Baju

JUMLAH RM120,200.00

Page 21: ANJURAN PROGRAM SAINS BIOPERUBATAN, PUSAT … · 2015-01-09 · Bantuan kemanusiaan ... beberapa aktiviti untuk mengumpul dana serta kutipan derma akan dijalankan untuk pembiayaan

MISI J3K 2014

“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”