Kota Kinabalu – Rombongan Ahli Jawatankuasa Audit Lembaga (JAL) TNB yang diketuai oleh Pengerusinya Y.Bhg.
Dato’ Zainal Abidin telah membuat lawatan kerja ke SESB pada 13-15 Mac 2015.
Ketibaan rombongan JAL telah disambut mesra oleh Pengurusan SESB dan seterusnya mereka diraikan dalam satu majlis
jamuan makan malam di Port View Waterfront, Kota Kinabalu. Pada keesokan harinya mereka telah mengadakan
mesyuarat Jawatankuasa Audit Lembaga bersama Pengurusan SESB bertempat di Pent House, Tingkat 10 Wisma SESB
untuk membincangkan Laporan Group Internal Audit (GIA) keatas kajian pengauditan untuk Bahagian Perkhidmatan
Korporat, Pembahagian, Penjanaan dan Kewangan SESB.
Pada sebelah petang ahli JAL telah membuat lawatan ke tapak PMU Lok Kawi diiringi oleh En. Muhammad Nazri
Pazil, Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) dan seterusnya mereka telah menikmati majlis Hi-Tea di Restoran Al
Fresco, The Magellan Sutera Harbour dan pada sebelah malamnya pula mereka telah menjamu selera dalam majlis
Barbeque di Sunset Beach Shangrila’s Tanjung Aru
Resort (STAR), Kota Kinabalu.
Pada lawatan singkat itu, rombongan telah
berkesempatan untuk bermain golf persahabatan
dengan wakil pengurusan SESB pada 15 Mac
2015 bertempat di Sutera Harbour Golf & Country
Club. Pengurusan SESB telah diwakili oleh
Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) En.
Muhammad Nazri Pazil, Pengurus Besar Kanan
(Sistem Operasi) Ir. Addie Ahmad, Pengurus Besar
Kewangan Pn. Lisa Wan Siew Han, Ketua Audit
Korporat En. Mohd Ahmin Adijaya Marsudi,
Ketua Jurutera Jbt. Pembangunan Tenaga Lestari
En. Terrence John Kouju dan Pengurus Kanan
Pengurusan Pentadbiran & Kewangan Audit
Korporat Encik Abd. Karim Ahmad.
LAWATAN KERJA JAWATANKUASA AUDIT LEMBAGA TNB
Bil. 22/2015 EDARAN DALAMAN SAHAJA 17 Mac 2015
INFO Terkini
Pengarah Urusan Ir. Hj. Abd. Razak Sallim menyampaikan cendera kenangan sebagai penghargaan kepada Pengerusi JAL TNB Dato’ Zainal Abidin
Pengurusan SESB bergambar kenangan dengan rombongan Ahli Jawatankuasa Audit Lembaga (JAL) TNB
INFO Terkini
Bil. 22/2015 EDARAN DALAMAN SAHAJA 17 Mac 2015
® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Perhubungan Strategik & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat
GAMBAR SEKITAR LAWATAN KERJA JAL TNB
INFO Terkini
Bil. 22/2015 EDARAN DALAMAN SAHAJA 17 Mac 2015
® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Perhubungan Strategik & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat
GAMBAR SEKITAR LAWATAN KERJA JAL TNB