Transcript
Page 1: Latihan Tubi BM KSSR

Latihan Tubi

Nama: Markah:

Bahagian A

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “_____ berharap rakyat jelata dapat hidup dengan aman dan bahagia,” titah Sultan Azlan.A. Patik B. Beta C. Hamba D. Saya

2. _______________ ular itu telah menyebabkan Ben Li terlantar di hospital. A. Gigitan C. Pagutan B. Bayangan D. Senyuman

3. Graduan itu menamatkan pengajiannya di ______.A. Balai Polis Perai C. Universiti MalayaB. Masjid Jamek Seberang Jaya D. Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

4. ____ murid memakai cermin mata.A. Beberapa B. Sesetengah C. Setengah D. Semua

5. ____ Encik Shahrul ialah wakil rakyat kawasan ini.A. Yang Mulia C. Yang BerhormatB. Yang Dihormati D. Yang Berusaha

6. Pemuda itu _____ dilanggar oleh kereta yang dipandu laju apabila dia melintas jalan.A. nyaris B. dekat C. jauh D. hampir

7. Kami sekeluarga telah melawat ke Kuala Sepetang untuk melihat ___ di sekitar hutan lipur pokok bakau pada waktu malam.A. api-api B. riang-riang C. rama-rama D. obor-obor

8. Kerja ___ petroleum yang dirancangkan di Arab Saudi telah tergendala.A. urus setia C. cari galiB. gambar rajah D. ambil alih

9. Abang ____ surat yang dikirim oleh bapa saudara untuk nenek yang kabur penglihatannya.A. membaca C. bacakanB. membacakan D. bacaan

10. ____ itu mengira wang dengan teliti di kaunter pembayaran.A. Juruaudit C. JurumudiB. Jurucara D. Juruwang

1

Page 2: Latihan Tubi BM KSSR

11. Ibu Noraidah yang sedang mendapat rawatan di hospital telah _____________ sembuh. A. beransur C. bergerak B. beriadah D. bergegas12. ____kah keadaan datuk yang terlantar di hospital? A. Berapa C. Ada B. Apa D. Bagaimana13. Pilih ayat tunggal yang betul.

A. Kami pulang ke kampung pada hari esok atau lusa. B. Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak Leman.

C. Herminia sangat rajin membantu ibu membuat kerja. D. Sesetengah penduduk kampung mencari madu lebah di hutan untuk dijual.14. Pilih ayat majmuk yang betul.

A. Kraf tangan ini dipasarkan dengan meluas.B. Ibu negara Malaysia Kuala Lumpur.

C. Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara.D. Di dalam almari tali leher ayah.

15. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.Kedatangan Puan Lee disambut oleh Puan Tan dengan tangan terbuka. A. Puan Lee menyambut kedatangan Puan Tan dengan tangan terbuka. B. Puan Tan menyambut kedatangan Puan Lee dengan tangan terbuka. C. Puan Lee disambut oleh kedatangan Puan Tan dengan tangan terbuka. D. Puan Tan disambut oleh kedatangan Puan Lee dengan tangan terbuka.

Bahagian B

Isi tempat kosong dengan perkataan berimbuhan yang betul.

1. Baginda Sultan Johor telah __________________(kurnia) pingat darjah kebesaran kepada dermawan itu.

2. Ayah _____________________(beli) ibu sebentuk cincin.

3. Guru Besar _____________________(kalung) Alvan Lim pingat emas di atas podium.

4. Doktor Lim datang lewat kerana terperangkap dalam ___________________(sesak) jalan raya.

5. Perpustakaan sekolah saya __________________(lengkap) dengan pelbagai jenis buku, majalah dan novel.

2

Page 3: Latihan Tubi BM KSSR

Bahagian C

Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang betul.

1. Ramai peniaga ____________________ apabila kemelesetan ekonomi.

2. Jika seseorang itu____________________, dia akan disukai oleh orang ramai.

3. Walaupun menghadapi cabaran, Mak Minah tetap tidak ______________________.

4. Murid-murid sedang _______________________ untuk menyelesaikan soalan Matematik yang rumit itu.

5. Menoreh getah merupakan _______________________ para penduduk kampung ini.

(cari jalan / putus asa / gulung tikar / mata pencarian / putih hati)

Bahagian D

Tukar ayat aktif ke ayat pasif yang betul atau ayat pasif ke ayat aktif yang betul.

1. Puan Azizah telah memarahi Azmi kerana memecahkan pasu bunga.

2. Tingkah laku anak-anak harus diawasi oleh ibu bapa supaya mereka tidak tersalah langkah.

3. Puan Sarah menghadiahi Atiqah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.

4. Kedatangan biras ayah saya yang baru tiba dari Sabah disambut oleh ayah.

5. Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut.

3

Page 4: Latihan Tubi BM KSSR

Bahagian E

Bina ayat majmuk dengan kata hubung yang sesuai.

1. (a) Laily gagal dalam ujiannya. (b) Laily malas membaca buku.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________ _______

2. (a) Datuk Asrul sibuk mencari buku diarinya. (b) Buku diari Datuk Asrul berwarna hitam.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________ _______

3. (a) Aiman berumur tiga tahun. (b) Dia pandai membaca akhbar.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________ _______

4. (a) Azman memberitahu Cikgu Soh. (b) Keluarga Azaman akan mengikut rombongan peminangan ke Kuala Kedah.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________ _______

5. (a) Lady Gaga itu pelik.(b) Lady Gaga penyanyi popular.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________ _______

Bahagian F

Tulis jenis ayat berdasarkan gambar di bawah.

1 Tolong tutupkan suis lampu sebelum keluar.

2 Aduh, sakitnya mata saya!

3 Abang saya seorang juruterbang yang handal.

4 Nama bapa kamu siapa?

5 Jemput makan kuih-muih yang terletas di atas meja.

(ayat perintah / ayat tanya / ayat penyata / ayat seruan)

4

Page 5: Latihan Tubi BM KSSR

Bahagian G

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian menjawab soalan.

Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, tepat pada detik 12.00 tengah malam 1957, berlakulah penurunan bendera Union Jack. Setelah penurunan itu, bermulalah sebuah negara baharu yang berdaulat.             Hari Kebangsaan yang ke-50 telah disambut dalam suasana meriah dan berwarna-warni. Pelbagai lapisan masyarakat termasuk murid-murid sekolah akan mengambil bahagian bagi menjayakan acara-acara yang dianjurkan.                                Hari Kebangsaan disambut secara gilang-gemilang terutama di Kuala Lumpur. Negeri-negeri di Malaysia diminta mengadakan sambutan kemerdekaan ke-50 ini sepanjang tahun 2007. Sambutan ini juga diharap dapat meningkatkan semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.                        Ulang tahun kemerdekaan yang ke-50 bermakna negara kita telah mencapai kemerdekaan sejak 50 tahun yang lalu. Dalam tempoh setengah abad itu, negara mengalami berbagai-bagai perubahan dan kemajuan yang telah memartabatkan Malaysia pada mata dunia.

 1         Siapakah yang akan menjayakan perayaan Hari Kebangsaan?

______________________________________________________________________________________________________________________________________________ _______ 2         Apakah kesan sambutan itu kepada masyarakat?

______________________________________________________________________________________________________________________________________________ _______

3          Setengah abad sama dengan

A      lima tahun

B      lima puluh tahun

C      lima ratus tahun

D      lima ribu tahun

4          Antara pencapaian oleh negara kita adalah seperti yang berikut

            kecuali

A      negara kita semakin maju

B      mengalami perubahan yang baik

C      kehidupan rakyat bertambah susah

D      kehidupan rakyat bertambah senang

5          Pada pendapat kamu, bagaimanakah masyarakat yang berada di rumah

            dapat menyaksikan perayaan Hari Kebangsaan?

A      Menonton siaran langsung televisyen

B      Melalui jendela rumah mereka

C      Mendengar siaran radio

5

Page 6: Latihan Tubi BM KSSR

             D      Membaca surat khabar 

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian menjawab soalan.

Dasar “1 Murid 1 Sukan” dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2011. Dasar ini diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah daripada penglibatan diri dalam sukan.

Bersukan dapat menyihatkan badan kita. Hal ini kerana badan kita akan berpeluh semasa bersukan. Sistem kardiorespirasi akan diaktifkan untuk menyingkirkan pelbagai bahan kumuh dan bahan bertoksik dari badan.

Selain itu, bersukan juga dapat menguatkan otot dan tulang. Orang yang sentiasa bersukan ternyata mempunyai ketangkasan pergerakan anggota badan yang lebih baik berbanding dengan orang yang kurang bersukan.

Di samping itu, bersukan juga dapat mengurangkan masalah tekanan jiwa yang disebabkan keadaan kehidupan seharian. Bagi murid sekolah, bersukan dapat mengurangkan tekanan jiwa yang dihadapi dalam pelajaran atau peperiksaan.

Selain itu, bersukan turut menjadikan otak kita lebih cerdas. Benarlah “otak yang cerdas berada pada badan yang sihat”. Dengan ini, kita dinasihati agar sentiasa bersukan untuk meningkatkan kecerdasan minda.

Tambahan pula, kita juga dapat mengisi masa lapang dengan bersukan. Kita boleh berbual-bual sambil bersukan bersama kawan di taman rekreasi.

Kesimpulannya, bersukan merupakan suatu aktiviti yang bermanfaat. Ahli psikologi sukan juga menggalakkan kita supaya bersukan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu.

6. Bilakah Kementerian Pelajaran Malaysia melancarkan “Dasar 1 Murid 1 Sukan”? ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ 7. Apakah tujuan “Dasar 1 Murid 1 Sukan” ?

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ 8. Apakah kesan sekiranya sistem kardiorespirasi diaktifkan ?

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ 9. Nyatakan perbezaan antara orang yang sentiasa bersukan dengan orang yang kurang bersukan?

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ 10. Namakan golongan pakar yang menggalakkan kita bersukan.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

6


Top Related