Download - Latihan Pola Keselarasan Vokal
PELAJARAN 2
SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU 1
1.0 Pengenalan
Dalam tajuk ini, pelajar akan diperkenalkan dengan sistem bunyi dan jenis huruf dalam sistem ejaan bahasa Melayu. Jenis huruf tersebut ialah huruf vokal, huruf konsonan, diftong dan gugus konsonan. Pelajar juga akan diperkenalkan tentang suku kata. Ini termasuklah tentang pola-pola suku kata dan pengecualian dalam keselarasan pola suku kata berkenaan.
2.0 Hasil Pembelajaran
Di akhir pengajian, pelajar akan:
2.1 Memahami sistem huruf dan bunyi dalam sistem ejaan bahasa melayu.
2.2 Mengenali huruf-huruf vokal.2.3 Mengenali huruf-huruf konsonan.2.4 Memahami dan mengenali apa itu diftong.2.5 Memahami dan mengenali gugus konsonan.2.6 Memahami selok-belok suku kata.
3.0 Senarai Tajuk
3.1 Pengenalan bunyi dan jenis huruf.3.2 Huruf vokal3.3 Huruf konsonan3.4 Diftong3.5 Gugus konsonan3.6 Suku kata3.7 Pola suku kata3.8 Pola keselarasan suku kata3.9 Kekecualian pola keselarasan suku kata
4.0 Istilah
4.1 Vokal Vokal ialah bunyi. Huruf vokal ialah huruf yang mempunyai bunyi, dan boleh memberikan bunyi pada huruf konsonan.
4.2 KonsonanKonsonan ialah huruf lain yang bukan huruf vocal.
4.3 DiftongBunyi baru yang dihasilkan akibat dari geluncuran bunyi atau gabungan dua huruf vocal yang berbeza.
4.4 Gugus KonsonanGabungan dua huruf konsonan yang memberi bunyi baru yang berbeza.
4.5 Suku kataBahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vocal. Ditandai oleh suatu vocal dan wujud sebagai satu vocal atau bersama-sama dengan konsonan.
5.0 Tajuk
5.1 Pengenalan bunyi dan jenis huruf
Sistem ejaan bahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis iaitu:
(i) Huruf vokal: a, e, i, o, u(ii) Huruf diftong: ai, au, oi(iii) Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal(iv) Huruf konsonan gabungan: gh, kh, ny, ng,
sy
5.2 Huruf vokal
5.2.1PersembahanDalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard iaitu
a, e, ě, i, o, u
Huruf vokal ini juga disebut ‘huruf hidup’ atau ‘huruf saksi’. Ini kerana huruf-huruf vokal ini mempunyai bunyi dan boleh juga member bunyi kepada huruf-huruf konsonan.
Bunyi vokal dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi ini hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.
Terdapat dua jenis ‘e’ dalam kumpulan huruf vokal, iaitu e pepet (contoh: emak, peta, semak, lemak, ketuk, beruk) dan ě taling (contoh: teko, petak, sate).
Huruf Fonem
Di depan
di tengah
di belaka
nga [a] api padi kita
e (pepet) [ə] emak sena prismee (taling) [e] enak petak tauge
i [i] Itu Simpan sinio [o] oleh kota pidatou [u] usik tunas siku
5.2.1Aktiviti
Nyatakan kesemua huruf vokal dalam sistem ejaan bahasa Melayu dan bezakan bunyi untuk setiap satu huruf vokal tersebut.
5.3 Huruf Konsonan
5.3.1Persembahan
Huruf konsonan ialah semua huruf selain dari huruf vokal. Huruf konsonan berjumlah 21 huruf.
Bunyi konsonan dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru menjadi terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui rongga mulut atau tongga hidung.
Contoh: b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, q, r, s, t, v, w, x, y, z.
Terdapat tiga konsonan yang hanya digunakan untuk perkataan pinjaman iaitu konsonan q, konsonan v dan konsonan x. Tiada istilah asal bahasa Melayu yang menggunakan konsonan-konsonan ini.
Contoh:
Konsonan Q Konsonan V Konsonan Xburaqqadakqadarqur’an
versivitamin
vokasionalrevolusi
xenolitxenomorf
xilofonxilofaj
wuquf subversif xerofit
Dalam bahasa Melayu ada 20 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 21 huruf, seperti rajah di bawah:
Bunyi Huruf di depan di tengah
di belaka
ng/b/
/c/
/d/
/f/
/g/
/h/
/j/
/k/
/l/
/m/
/n/
/p/
/q/
/r/
/s/
b
c
d
f
g
h
j
k
l
m
n
p
q
r
s
buka
cakap
dua
fakir
guna
hari
jalan
kami
lekas
maka
nama
pasang
Qur’an
raih
sampai
sebut
kaca
ada
tafsir
tiga
saham
manja
paksa
alas
kami
anak
apa
wuquf
bara
asli
adab
Mac
abad
maaf
beg
tuah
kolej
katak
kesal
diam
daun
siap
buraq
putar
lemas
/t/
/v/
/w/
/y/
/z/
t
v
w
y
(i) Z
(ii) x
tali
vitamin
wanita
yang
zaman
xenon
mata
universiti
hawa
payung
lazat
-
rapat
-
-
-
Lafaz
-
5.3.2Aktiviti
Tuliskan sebanyak mungkin perkataan-perkataan yang menggunakan huruf konsonan V, X dan Q. Cuba fikirkan kenapakah tidak ada perkataan asal Melayu yang menggunakan huruf vokal V, X dan Q?
5.4 Gugus konsonan (konsonan gabung)
5.4.1Persembahan
Gugus konsonan ialah gabungan dua huruf konsonan yang melambangkan satu bunyi konsonan yang baru.
Contoh:
Bunyi Huruf di depan
di tengah
di belakan
g/ğ/ gh ghaib maghrib Mubaligh/x/ kh khusus Akhir Tarikh/ŋ/ ng ngilu angin Pening/ń/ ny nyata hanya -/ś/ sy syarat isytihar Quraisy
5.4.2Aktiviti
Sebutkan tiga perkataan bagi setiap gugus konsonan /ğ/, /x/, /ŋ/, /ń/ dan /ś/.
5.5 Huruf Diftong
5.5.1Persembahan
Huruf diftong ialah gabungan dua bunyi huruf vokal yang berbeza yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah. Gabungan dua huruf vokal yang berbeza itu akan menghasilkan bunyi baru yang ketiga.
Dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh gabungan dua huruf seperti dalam rajah di bawah:
Bunyi Huruf diftong
di depan
di tenga
h
di belaka
ng
/ai/ ai aising ghairah
pandaipetaitirai
/au/ auauratautoaudit
saudara
gaulana
harimauataurisau
/oi/ oi oidium boikotamboisempoikonvoi
5.5.2Aktiviti
Sebutkan lima perkataan lagi selain dari perkataan-perkataan dalam contoh di atas, yang mempunyai huruf difrong di akhir perkataan.
5.6 Suku kata
5.6.1Persembahan
Suku kata ialah pembahagian unit bunyi dalam sebutan Melayu untuk setiap perkataan. Unit bunyi ini dihasilkan oleh sekurang-kurangnya satu huruf vocal, atau gabungan satu huruf vocal dengan satu huruf konsonan. Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu boleh terbentuk dari satu suku kata hingga enam suku kata.
Contoh:
Perkataan Jumlah
suku kata
Contoh suku kata
Eh 1 (1)ehEngkau 2 (1)eng (2)kauKetawa 3 (1)ke (2)ta (3)wa
Implikasi 4 (1)im (2)pli (3)ka (4)siKeselarasan 5 (1)ke (2)se (3)la (4)ras (5)an
kebarangkalian 6 (1)ke (2)ba (3)rang (4)ka (5) li (6)an
Unit bunyi atau suku kata ini boleh terbentuk dari dua huruf, tiga huruf atau empat huruf.
Contoh:
Jumlah huruf Contoh suku kata1 O2 Eh 3 Kau
4 Bang
5.6.2Aktiviti
Nyatakan perkataan-perkataan yang mempunyai 5 suku kata.
5.7 Pola suku kata
5.7.1Persembahan
Oleh kerana suku kata adalah bunyi, maka setiap suku kata mempunyai huruf vokal. Ini ditandakan dengan huruf ‘V’ manakala huruf konsonan ditandakan dengan huruf ‘K’. Gabungan V dan K ini dinamakan pola suku kata. Bahasa Melayu mempunyai 11 pola suku kata.
Contoh:Pola Jenis
PolaContoh perkataan
1 V Anak (a – nak)2 VK Ambil (am – bil)3 KV Rakit (ra – kit)4 KVK Pintu (pin – tu)5 KKV Kritik (kri – tik)6 KKVK Standard (stand – dard)7 VKK Eksport (eks – port)8 KVKK Konteks (kon – teks)9 KKVKK Kompleks (kom – pleks)
10 KKKV Strategi (stra – te – gi)11 KKKVK Struktur (struk – tur)
5.7.1Aktiviti
Tuliskan pada kertas, perkataan yang mempunyai pola suku kata KKVK, KKVKK, KKKV dan KKKVK.
5.8 Pola Keselarasan Huruf Vokal
5.8.1Persembahan
Pola keselarasan vokal ialah sistem pasangan dua huruf vokal terakhir dalam mana-mana kata dasar. Kata dasar tersebut berakhir dengan suku kata tertutup, iaitu berakhir dengan huruf konsonan.
Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang terlibat dengna sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja.
Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan baru bahasa Melayu, iaitu:
Pola Pasangan vokal
Contoh perkataan
1 a – a Asal2 a – i Tarik3 a – u Basuh4 e – a
(pepet)Emas
5 e – i Petik6 e – u Belut7 é – a
(taling)Elak
8 é – e Gelek9 é – o Elok
10 i – a Tidak11 i – i Bilik12 i – u Pikul13 o – a Botak
14 o – é Boleh15 o – o Tolol16 u – a Ulat17 u – i Kulit18 u – u Buluh
5.8.2Aktiviti
Berikan contoh-contoh perkataan yang mempunyai pola keselarasan vocal o, iaitu o – a, o – é (taling) dan o – o.
5.9 Kekecualian Pola Keselarasan Huruf Vokal
5.9.1Persembahan
Kekecualian pola keselarasan huruf vokal berlaku pada kata-kata asing, khususnya bahasa-bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris. Prinsip kekecualian vokal sama dengan prinsip keselarasan huruf vokal. Pola-pola kekecualian yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
PolaVokal
Contoh Bahasa Nusantara
Contoh Bahasa Inggeris
1. a-e taling AnehKagetPamer
kabaret panel
2. a-o CalonLapor
Perabot
atom faktor
3. e pepet – e taling
Gembleng
4. e pepet – o BendokJempol
gabenor interkom
5. i-e taling Imlek simen tiket
6. i-o IjonPilon
diftong transistor
7. u-e taling TulenUlet
subjek dokumen
8. u-o BunglonLelucon
kupon konduktor
9. a-e pepet Pakem teater10.
e taling hipotesis objektif
11.
e taling-u petroleum spektrum
12.
e pepet – e pepet
DemdemPepet
13.
i-e pepet Iseng artikel filem
14.
o-i fosil hipokrit
15.
o-u bonus forum
16.
u-e pepet Lumer skuter
17.
e taling – e pepet
meter
18.
o-e pepet Oktober
5.9.2Aktiviti
Berikan contoh-contoh lain perkataan yang digunakan dalam bahasa Melayu yang tidak mengikut pola selerasan vocal.
6.0 Ringkasan6.1 Jenis huruf dan system bunyi adalah dua perkara
asas dalam pengajian bahasa Melayu.6.2 Empat jenis huruf dalam system ejaan bahasa
Melayu ialah huruf vocal, konsonan, diftong dan gugus konsonan.
6.3 Huruf vocal ialah huruf yang mempunyai bunyinya sendiri dan bolehe memberi bunyi kepada huruf konsonan bila keduanya bergabung.
6.4 Huruf konsonan ialah semua huruf yang bukan jenis huruf vocal.
6.5 Diftong ialah gabungan dua huruf vocal yang berbeza yang menghasilkan bunyi baru.
6.6 Gugus konsonan ialah gabungan dua konsonan yang menghasilkan bunyi yang tidak sama seperti konsonan asal.
6.7 Suku kata ialah unit bunyi dalam perkataan Melayu. Setiap perkataan dalam bahasa Melayu mempunyai sekurang-kurangnya satu suku kata. Ada perkataan yang boleh mempunyai 6 suku kata.
6.8 Pola suku kata ialah gabungan huruf satu atau beberapa vocal (V) dengan satu atau beberapa huruf konsonan (K). Terdapat 11 jenis pola suku kata dalam system ejaan bahasa Melayu.
6.9 Pola keselarasan suku kata ialah pasangan dua huruf vocal di bahagian akhir perkataan. Dalam system bahasa Melayu, ada 18 pola keselarasan huruf vocal.
6.10 Namun dalam system keselarasan di atas, masih terdapat pengecualian tertentu. Pengecualian pola keselarasan ini adalah untuk perkataan-perkataan baru yang dipinjam dari bahasa Barat, atau dari bahasa serumpun (Kepulauan Asia Tenggara).
7.0 Latihan Kendiri
1. Nyatakan enam huruf vocal beserta dengan contoh perkataan yang sesuai yang mempunyai huruf vocal yang berkenaan.
Huruf vocal Contoh perkataan123456
2. Berikan definisi huruf vocal.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
3. Apakah huruf konsonan yang tidak terdapat dalam perkataan asal bahasa Melayu? Berikan contoh-contoh perkataan yang menggunakan huruf konsonan tersebut.
Huruf konsonan Contoh perkataan123
4. Huraikan maksud diftong.
…………………………………………………………………..…………………………………………………………………..…………………………………………………………………..
5. Berikan contoh-contoh perkataan yang mempunyai huruf diftong berikut:
Diftong Contoh perkataan1 /ai/ 1.
2.3.
2 /au/ 1.2.3.
3 /oi/ 1.2.3.
6. Berikan contoh-contoh perkataan yang sesuai untuk pasangan vocal di bawah ini:
Pola Pasangan vokal
Contoh perkataan
1 a – a2 a – i3 a – u5 e – i6 e – u8 é – e9 é – o
10 i – a11 i – i12 i – u13 o – a14 o – é15 o – o16 u – a17 u – i18 u – u
7. Isikan ruang-ruang kosong berikut dengan contoh perkataan yang sesuai dengan jenis pola suku katanya.
Pola Jenis Pola
Contoh perkataan
1 V Anak (a – nak)2 VK Ambil (am – bil)3 KV Rakit (ra – kit)4 KVK Pintu (pin – tu)5 KKV Kritik (kri – tik)6 KKVK Standard (stand – dard)7 VKK Eksport (eks – port)8 KVKK Konteks (kon – teks)9 KKVKK Kompleks (kom – pleks)
10 KKKV Strategi (stra – te – gi)11 KKKVK Struktur (struk – tur)
8.0 Jawapan:
1. Nyatakan enam huruf vocal beserta dengan contoh perkataan yang sesuai yang mempunyai huruf vocal yang berkenaan.
Huruf vocal Contoh perkataan1 [a] Baba
Apa
2 [ə] EmakEnak
Benak 3 [e] Sepet
Belek
4 [i] SinarBinaSitu
5 [o] TolongLolongPokok
6 [u] TutupLututSusu
2. Berikan definisi huruf vocal.
Huruf vocal ialah huruf yang mempunyai bunyi dan boleh memberi bunyi kepada huruf konsonan bila digabungkan huruf-huruf tersebut. Huruf ini juga disebut huruf hidup.
3. Huruf konsonan yang tidak terdapat dalam perkataan asal bahasa Melayu.
Huruf konsonan Contoh perkataan1 Q Wuquf2 V Versi3 X xenolit
4. Diftong ialah bunyi baru yang terhasil apabila dua huruf vocal yang berbeza digabungkan. Ada tiga jenis bunyi diftong iaitu /ai/, /au/, dan /oi/.
5. Contoh huruf diftong:
Diftong Contoh perkataan1 /ai/ 1. tirai
2. birai3. serai
2 /au/ 1. surau2. berderau3. atau
3 /oi/ 1. amboi2. sempoi3. peroi
6. Pasangan pola suku kata
Pola Pasangan vokal
Contoh perkataan
1 a – a Baka2 a – i Badi3 a – u Batu5 e – i Keli6 e – u Seru8 é – e Belek9 é – o Kelok
10 i – a Bila11 i – i Bilik12 i – u Situ13 o – a Bota14 o – é Toleh
15 o – o Tokoh16 u – a Buta17 u – i Budi18 u – u susu
7. Pola suku kata:
Pola Jenis Pola
Contoh perkataan
1 V A-nak2 VK Am-bil3 KV Ra-kit4 KVK Pin-tu5 KKV Kri-tik6 KKVK Stan-dard7 VKK Eks-port8 KVKK Kon-teks9 KKVKK Kom-pleks
10 KKKV Stra-tegi11 KKKVK Struk-tur