Latar Tempat dalam novel Di Sebalik Wajah
(Gambar-gambar berikut diambil daripada Internet. Oleh itu gambar-gambar itu hanya
boleh digunakan sebagai rujukan sahaja dan tidak semestinya 100 % sama dengan keadaan
di dalam novel tersebut, contohnya gambar “tamu” itu di Tualan dan bukan dari Menggatal,
rumah Cikgu Saiful hanya contoh reka sahaja )
Hospital Ratu Elizabelt, Kota Kinabalu
Peristiwa yang berlaku di latar tempat ini ialah Cikgu Saiful berasa cemas ketika berada di luar
bilik bersalin. Dia berdoa agar anak dan isteri akan selamat setelah agak lama isteri dihantar
ke dalam bilik bersalin. Di situ, dia bertemu dengan seorang doktor Melayu yang bernama
Doktor Fikri yang berbudi bahasa dan alim sehingga dia berhasrat untuk menamai anak yang
bakal dilahirkan itu sebagai “Doktor Fikri”. Yang terpenting ialah anak Cikgu Saiful dan Puan
Halipah telah melahirkan seorang anak balar di hospital itu. Penulis itu menggambarkan satu
latar masyarakat dalam latar tempat ini, iaitu masyarakat yang berbilang bangsa, iaitu doktor
yang berketurunan India, Melayu dan jururawat yang berbangsa Cina.
Rumah Doktor Fikri
Rumah Doktor Fikri terletak di 69, Taman Richdar, Menggatal, iaitu sebuah rumah yang berdua
tingkat. Rakan sekolah telah mengunjungi rumahnya dan disambut mesra oleh Puan Halipah di
ruang tamu. Di bilik bacaan, mereka ternampak banyak buku yang ada di dalam rak. Mereka
juga meminjam buku daripada Doktor Fikir. Di belakang rumah Doktor Fikri, dia menanam
pelbagai jenis sayur seperti sawi, kacang bendi, tomato, cili dan menternak ayam. Dia telah
membawa rakannya mengunjungi kebun sayurnya. Doktor Fikri sanggup mengutip tahi lembu
sebagai baja tanamannya. Dia menjual hasil tanamannya di tamu dan menyimpan wang dalam
bank
Tempat yang penting dalam latar tempat ini ialah belakang rumah, bilik bacaan, ruang tamu,
dapur
Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
SMK Menggatal merupakan latar tempat yang terpenting dalam perkembangan plot. Di situ,
Doktor Fikri menuntut pelajaran. Dia merupakan pelajar kelas Dua Mawar. Dia mendapat
banyak kawan baru, iaitu Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz. Dia juga menyertai
lumba lari 1500 Lelaki B sehingga jatuh pengsan dalam beberapa langkah sebelum garis
penamat. Dia sering mengunjungi perpustakaan di sekolah dan suka membaca buku di situ,
Bagaimanapun dia turut dianiayai oleh pelajar samseng yang membuat dakwaan bahawa dia
telah mencuri pen, buku perpustakaan, dompet dan sebagainya.
Antara tempat yang penting di sekolah itu ialah kelas Dua Mawar, pagar sekolah, padang,
perpustakaan, dewan, bilik kaunseling
Tamu di Pekan Menggatal
“Tamu” merupakan pasar minggu yang lazimnya terdapat di pekan-pekan Sabah. Lazimnya
penduduk peribumi, iaitu orang Dusun dan Kadazan akan membawa hasil tanaman mereka di
tamu untuk dijual di samping bertemu dengan kawan.
Doktor Fikri dan lima orang rakannya telah membawa sayur-sayuran ke tamu di pekan untuk
dijual. Pada awal pagi, mereka telah tiba di situ. Mereka meletakkan sayur-sayuran di atas
tikar di tepi jalan untuk dijual. Ada seorang wanita telah membeli seringgit sayur sawi. Tiba-
tiba hujan turun dengan lebat. Mereka terpaksa berteduh di kaki lima kedai. Sayur-sayuran itu
tidak dapat dijual. Walaupun hanya mendapat hasil jual sebanyak seringgit sahaja, Doktor Fikri
masih sabar dan menasihati rakannya bahawa dalam ilmu perdagangan, untung dan rugi
adalah lumrahnya.
Balai Polis Pekan Menggatal
Doktor Fikri dan ayahnya Cikgu Saiful telah ke Balai Polis Pekan Menggatal untuk mengambil
balik basikal yang telah dicuri. Di situ, Doktor Fikri telah menjumpai Narius telah ditahan di
dalam lokap. Narius menangis kerana ayahnya yang tua tidak mampu mengeluarkan wang
untuk mengikat jaminnya keluar dari balai polis. Doktor Fikri segera merayu ayahnya untuk
mengikat jamin terhadap Narius walaupun Narius pernah memeras ugutnya, mencuri basikal
baharunya dan menganiayainya, iaitu sengaja memasukkan barang yang dicuri ke dalam
begnya.
Lapangan Terbang Antarabansa Kota Kinabalu
Daktor Fikri dan ibu bapa balik dari Osaka, Jepun. Mereka tiba di lapangan itu dan disambut
oleh rakannya,Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz. Setelah setahun berpisah, mereka
gembira dapat bertemu semula.
Gunung Kinabalu
Doktor Fikri dan ibu bapanya telah menginap di sebuah chalet di Taman Negara Kinabalu.
Udara di situ sungguh nyaman malah dingin dan terdapat pemandangan yang mempesonakan,
iatu Gunung Kinabalu yang tinggi dan tersergam serta kaya dengan flora yang unik. Ketika tiba
di tengah lereng gunung itu, iaitu Panalaban, mereka bermalam di situ dan akan meneruskan
pendakian gunung pada keesokan subuh pagi. Bagaimanapun pada malam itu, Doktor Fikri
bermimpi dan mengigau sehingga terjatuh dari katil
Latar Masa dalam Novel Di Sebalik Wajah
Latar masa dalam novel Di Sebalik Wajah ialah zaman moden atau zaman sekarang, iaitu berlaku pada
tahun 1990-an dan 2000-an.
Latar masa pagi
Salah satu peristiwa yang berlaku pada waktu pagi ialah lima orang rakan Doktor Fikri telah datang ke
rumahnya pada awal pagi. Mereka membantu Doktor Fikri membungkus sayur-sayuran lalu mengayuh basikal
ke tamu untuk dijual.
Selain itu, pada waktu pagi hari kedua belajar di SMK Menggatal, Doktor Fikri menunggang basikal baharunya
ke sekolah. Dia terlewat dan pintu pagar telah terkunci. Akhirnya Cikgu Wahad telah memberikan amaran
kepadanya supaya tidak lewat ke sekolah lalu membuka pintu untuknya.
Seterusnya, pada suatu pagi, Doktor Fikri dan ibu bapanya bangun dengan awal kerana hendak mendaki
gunung. Oleh sebab terlalu sejuk, mereka tidak mandi lalu mengemaskan semua bekalan untuk menaiki
sebuah lori ke kaki bukit.
Latar masa petang
Peristiwa yang berlaku pada waktu petang ialah lima orang rakan Doktor Fikri telah melawat ke rumahnya
yang dua tingkat. Mereka telah dibawa ke bilik bacaan Doktor Fikri. Mereka juga mengunjungi kebun sayur-
sayuran Doktor Fikri di belakang rumah. Mereka bergurau senda di situ.
Salah satu peristiwa yang berlaku pada waktu petang ialah sebulan menjelang hari sukan tahunan sekolah,
setiap petang Doktor Fikri dan rakan-rakannya akan pergi ke sekolah untuk menjalani latihan sukan. Pada
suatu petang, dalam perjalanan ke sekolah, Doktor Fikri ditahan oleh tiga orang pelajar Tingkatan Empat
kerana mereka mengugutnya supaya membayar wang keselamatan.
Selain itu, pada suatu petang, Doktor Fikri dan ayahnya telah pergi ke balai polis untuk mengambil balik
basikalnya yang telah dicuri. Di situ dia ternampak ayah Narius yang tua dan tidak mampu mengikat jamin
Narius kerana keluarga mereka yang miskin.
Latar masa malam
Peristiwa yang berlaku pada waktu malam ialah Doktor Fikri telah bermimpi ngeri sehingga dia mengigau. Dia
bermimpi bahawa dia tersesat jalan ketika mendaki gunung lalu bertempur dengan seorang naga. Untuk
mengelakkan serangan naga dia terjatuh ke gaung. Akibatnya dia menjerit sehingga menjagakan ibu bapanya.