Download - Laporan Tahunan SSM 2007
SSM Sepintas LaluSSM yang mula beroperasi pada 16 April 2002 sebagai sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, bertanggungjawab untuk mengawalselia semua syarikat dan perniagaan di Malaysia mengikut peruntukan Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 (Akta SSM 2001). Ia bertanggungjawab untuk memperbadankan syarikat-syarikat tempatan dan mendaftarkan syarikat asing, mendaftarkan perniagaan dan membekalkan maklumat berkenaan syarikat dan perniagaan.
Lakaran sejarah SSM bermula dengan penubuhan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) pada tahun 1898 dan 1939. SSM menyediakan sumber kepakaran yang melebihi 100 tahun dalam pengurusan persekitaran perniagaan Malaysia. SSM merupakan sebuah organisasi yang membiayai sendiri urusan pentadbirannya melalui hasil kutipan daripada aktiviti aktivitinya.
Fungsi-fungsi SSM di bawah Seksyen 17 dalam Akta SSM 2001 adalah seperti berikut:
• untuk memastikan semua peruntukan perundangan yang berkaitan ditadbir, dikuatkuasakan, dilaksanakan dan dipatuhi;
• untuk bertindak sebagai ejen kepada Kerajaan yang menyediakan perkhidmatan mentadbir, mengumpul dan menguatkuasakan bayaran bagi fi atau sebarang caj lain yang ditetapkan;
• untuk menyelaraskan perkara-perkara berhubung dengan perbadanan, syarikat dan perniagaan mengikut peruntukan undang-undang yang berkaitan;
• untuk menggalakkan perilaku yang sewajarnya di kalangan para pengarah, setiausaha, pengurus dan pegawai-pegawai lain di dalam perbadanan dan mengamalkan penguatkuasaan sendiri oleh perbadanan, syarikat, perniagaan, kumpulan industri
dan badan-badan profesional dalam sektor korporat bagi memastikan semua aktiviti perniagaan dan korporat dilaksanakan mengikut norma-norma tadbir urus korporat yang baik;
• untuk meningkat dan menggalakkan pembekalan maklumat korporat di bawah undang-undang berkaitan, serta mewujud dan membangunkan satu kemudahan di mana maklumat korporat yang diterima, atau difailkan atau diserah simpan kepada SSM akan dianalisa dan dibekalkan kepada orang ramai;
• untuk melaksanakan penyelidikan dan kajian mengenai sebarang perkara yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti perniagaan dan korporat; dan
• untuk memberi nasihat kepada Menteri secara umumnya mengenai perkara-perkara berkaitan perbadanan, syarikat dan perniagaan, mengikut peruntukan undang-undang yang ditadbir oleh SSM.
SSM bertanggungjawab mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan seperti berikut:
• Akta Syarikat 1965 (Akta 125);
• Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197);
• Akta Syarikat Amanah 1949 (Akta 100); dan
• Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28).
SSM menyokong hasrat Kerajaan ke arah pembangunan negara dan mewujudkan persekitaran yang menyeluruh bagi mencapai kemajuan perniagaan dan korporat di negara ini.
2
3
Perutusan MenteriPerutusan MenteriDatuk Hj Mohd Shafi e Hj ApdalMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
3
Perutusan Menteri
4
“ SSM telah berjaya mencapai beberapa objektif utamanya
pada tahun 2007 dan saya amat berbangga dengan
sumbangan yang tidak ternilai ini kepada komuniti
perniagaan. Usaha SSM telah memastikan Malaysia
terus menjadi destinasi pilihan perniagaan di kalangan
pelabur antarabangsa, penganalisa dan pedagang ”
Tahun 2007 merupakan tahun yang paling penting bagi Malaysia kerana bermulanya fasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), (2006-2010). Pelaksanaan RMK-9 akan terus memperkukuhkan teras struktur ekonomi negara dalam menyediakan satu landasan bagi mencapai agenda ekonomi dan sosial negara. Perkembangan pelaburan walaupun terdapat tekanan kenaikan harga minyak dan kesan kemerosotan pertumbuhan ekonomi dunia membuktikan bahawa keyakinan terhadap ekonomi Malaysia tidak tergugat. Walaupun Malaysia tidak dapat mengelak daripada kegawatan ekonomi antarabangsa, kita berkeyakinan penuh bahawa teras ekonomi negara bertambah kukuh berbanding tahun sebelumnya dan mampu menangani sebarang kemungkinan ketidakstabilan global. Berbanding beberapa negara yang lain, komitmen Kerajaan dalam melaksanakan pengurusan kewangan berhemah dan perancangan rapi ekonomi memastikan kedudukan kita tidak terjejas dan terus mampu untuk memantapkan kadar pertumbuhan dan kemakmuran negara.
Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi yang telah dan akan memfokus kepada beberapa strategi berupaya melancar
dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. SSM di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah menyumbang kepada kejayaan ini dan akan terus memainkan peranan dengan keupayaan dan komitmen yang semakin tinggi.
Tahun 2007 juga merupakan ulang tahun kesepuluh krisis kewangan Asia. Krisis yang bermula dengan kejatuhan mata wang baht Thai pada bulan Julai 1997 akhirnya menyebabkan kerugian berbilion-bilion Dolar Amerika dan telah mengakibatkan ‘kehilangan satu dekad’ di Asia, seperti yang dilaporkan oleh Laporan McKinsey. Kini, keadaan sistem kewangan Asia adalah lebih tersusun dan kukuh berbanding tahun 1997 dan rantau ini kelihatan telah bersedia untuk memainkan peranan yang lebih penting pada tahun-tahun akan datang.
Sebarang perubahan persekitaran perniagaan boleh memberi kesan kepada semua sektor dan peringkat masyarakat. Dalam abad ke-21 ini, usaha mengurangkan risiko dan pendedahan kepada ketidaktentuan persekitaran perniagaan menjadi satu perkara penting terutamanya kepada negara-negara sedang membangun. Proses suai padan ekonomi bukanlah sesuatu yang baru, sejarah menunjukkan manusia sentiasa menyuaipadankan perubahan keadaan
Perutusan Menteri (sambungan)
4
5
Perutusan Menteri (sambungan)
5
ekonomi kerana persaingan sengit, kemajuan teknologi, perubahan persekitaran kewangan, kerangka undang-undang baru, inisiatif-inisiatif polisi Kerajaan serta perkembangan ekonomi global. Dalam keadaan tertentu perubahan ekonomi turut menyaksikan pergolakan sosial yang hebat. Perkara sedemikian tidak berlaku di Malaysia kerana Kerajaan telah mengambil langkah-langkah positif untuk menangani kemelut ekonomi dan mengurangkan jurang kemiskinan dengan cara yang bersistematik. Perubahan merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan seperti juga hukum fi zik. Suatu tindakan yang inovatif ialah dengan memasukkan strategi pengurusan risiko di dalam penyediaan polisi bagi membolehkan tindak balas secara pro-aktif kepada perubahan. Walaupun pemahaman kita terhadap kesan perubahan adalah jelas, Kerajaan akan terus menyediakan strategi yang praktikal untuk menanganinya tanpa menjejaskan matlamat utama.
SSM telah merumus, merancang dan menyediakan beberapa inisiatif untuk menyokong agenda Kerajaan ke arah menjadikan negara ini sebagai sebuah negarayang menyokong komuniti perniagaan di rantau ini. Antara usaha yang dilaksanakan ialah merangka pelan perundangan untuk menjadikannya lebih relevan. Selain dari itu, SSM telah menerajui usaha bagi meningkatkan tadbir urus korporat, program-program pendidikan dan aktiviti penguatkuasaan, mempercepatkan pendaftaran perniagaan dan korporat serta menaiktaraf aktiviti operasi dan pemprosesan. Hasil inisiatif tersebut telah meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan tahap serta kualiti perkhidmatan pelanggan SSM. Petunjuk Pencapaian Utama (KPIs) dalam Piagam Pelanggan telah berjaya
dicapai malah ada yang melebihi sasaran yang ditetapkan, misalnya, hanya satu hari dan satu jam diperlukan oleh para pelabur dan peniaga untuk memperbadankan syarikat dan mendaftar perniagaan masing-masing. Rangka kerja model pendaftaran korporat SSM telah berjaya memenuhi keperluan malah ada yang melebihi piawaian antarabangsa dan telah menjadikan negara ini lebih baik berbanding beberapa kuasa ekonomi utama dunia.
Momentum pertumbuhan ekonomi kelihatan terus berkembang pesat di Malaysia. Kerajaan akan terus berusaha supaya infrastruktur perniagaan dapat memenuhi keperluan ekonomi yang terus berkembang pesat dan menyediakan insentif-insentif pelaburan yang secukupnya. Sebagai sebuah badan kawal selia yang bertanggungjawab untuk meningkatkan tadbir urus korporat dan amalan perniagaan yang terbaik, SSM akan terus memastikan pematuhan terhadap aktiviti pendaftaran perniagaan dan perundangan korporat menerusi proses pemantauan dan penguatkuasaan yang berkesan. Cara ini akan dapat memupuk satu persekitaran perniagaan beretika dan saya berkeyakinan beberapa perkembangan positif lain dalam sektor ini akan dapat dicapai.
Saya yakin bahawa semua pihak dalam komuniti perniagaan akan terus bekerjasama dengan SSM dan Kerajaan bagi menjamin kemakmuran dan kesejahteraan sosial negara ini.
Datuk Hj Mohd Shafi e Hj ApdalMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
28 Januari 2008
Perutusan PengerusiPerutusan PengerusiDato’ Mohd Zain Mohd DomPengerusiSuruhanjaya Syarikat Malaysia
6
Perutusan Pengerusi
77
“ Sebagai sebuah organisasi yang perlu menyediakan
perkhidmatan kepada lebih daripada 800,000 syarikat
dan 3.5 juta perniagaan di seluruh Negara, SSM
telah menunjukkan kelebihan dengan penyampaian
perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti ”
Komitmen untuk menguruskan sebuah organisasi yang responsif dan bertanggungjawab ternyata telah menghasilkan teras yang kukuh dalam mencapai kejayaan – sekali lagi komitmen ini telah berjaya menjadikan tahun 2007 sebagai satu tahun yang cemerlang kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Tahun ini menyaksikan SSM melakarkan kejayaan berasaskan reputasi yang kukuh dengan memfokuskan kepada pelanggan, prinsip-prinsip beretika, membangunkan produk yang inovatif, memberikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti, meningkatkan kecekapan di dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan mengambil tindakan penguatkuasaan seiring dengan peruntukan perundangan. Keutamaan yang diberikan dalam usaha-usaha tersebut menjadi formula yang cukup berkesan untuk menjamin prestasi dan pertumbuhan yang berterusan. Sebagai sebuah organisasi yang perlu menyediakan perkhidmatan kepada lebih daripada 800,000 syarikat dan 3.5 juta perniagaan di seluruh Negara, SSM telah menunjukkan kelebihan dengan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti.
Tahun 2007 telah menyaksikan keupayaan SSM dalam menyediakan persekitaran perniagaan yang cukup teratur. Menerusi pelbagai inisiatif
termasuk penstrukturan semula organisasi yang berkuatkuasa 1 Januari 2007, satu landasan untuk inovasi telah tersedia, bersesuaian dengan keadaan semasa dan sejajar dengan amalan perniagaan yang terbaik di kalangan komuniti perniagaan. Tujuan penstrukturan semula adalah untuk menyokong pelaksanaan Pelan Hala Tuju Strategik SSM. ICT merupakan kunci utama dan penambahbaikan di dalam rangka kerja ini menjadi keutamaan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan, meningkatkan kompetensi, memberi keberkesanan dalam pelaksanaan aktiviti pematuhan dan penguatkuasaan, menjalankan kaedah pengoperasian yang efektif di samping memberi latihan kepada pekerja SSM. Hasilnya, Laporan Bank Dunia telah mengiktiraf Malaysia di tangga ke-24 pada tahun 2007, iaitu peningkatan tiga kedudukan daripada tangga ke-27 pada tahun 2006 bagi tujuan menjalankan perniagaan di seluruh dunia.
Tadbir urus yang baik, pematuhan dan penguatkuasaan yang seimbang, dan amalan perniagaan yang baik merupakan antara faktor-faktor yang menyumbang ke arah kejayaan ini. Sehubungan itu, pada tahun ini, SSM telah memperkenalkan beberapa pembaharuan dalam perkara-perkara tersebut yang diterangkan dengan lebih terperinci dalam Laporan Tahunan ini.
Perutusan Pengerusi (sambungan)
8
Perutusan Pengerusi (sambungan)
8
Kecekapan perkhidmatan awam merupakan faktor utama dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan pelaburan dari pihak swasta. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan sistem penyampaian, termasuk penubuhan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH). Komposisi PEMUDAH, yang merangkumi wakil-wakil daripada sektor swasta dan sektor awam, memfokus kepada aspek-aspek yang berkaitan dengan usaha bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam di samping menjadikan negara ini lebih berdaya saing. Bagi memenuhi harapan Kerajaan, SSM telah memperkenalkan Piagam Pelanggan baru yang antara lainnya berjaya menyaksikan pengurangan tempoh memperbadankan syarikat daripada lima hari kepada satu hari dan pendaftaran perniagaan daripada tiga hari kepada satu jam. Piagam Pelanggan yang baru ini adalah satu contoh pencapaian utama hasil daripada visi organisasi yang jelas serta komitmen dan dedikasi kerja pekerja SSM.
Kemajuan teknologi telah menjadi satu landasan untuk tujuan interaksi dan komunikasi dalam menjalankan aktiviti dengan lebih cergas hasil daripada evolusi internet ke arah dimensi yang lebih pintar. Masyarakat dunia semakin mengutamakan perhubungan secara dalam talian antara satu sama lain. Menyedari potensi keupayaan ICT, SSM telah memulakan satu projek strategik untuk memanfaatkan peluang tersebut dalam bentuk inisiatif elektronik seperti ’e-Lodgement’ dan ’e-Info’. Sistem e-Lodgement yang merupakan perkhidmatan dalam talian, telah diperkenalkan pada 21 Mei 2007 bertujuan untuk memudahkan aktiviti penyerah simpanan dokumen-dokumen berkanun menerusi internet. Manakala sistem e-Info pula, ialah satu
perkhidmatan dalam talian untuk pembelian maklumat korporat yang tersimpan dalam pangkalan data SSM. Sejak mula diperkenalkan pada bulan Julai 2006, rangkaian produk e-Info telah bertambah dengan pengenalan produk baru seperti SSM e-Info Data Maklumat Korporat pada tahun 2007. Saya yakin bahawa kedua-dua inisiatif elektronik ini akan berjaya mengubah cara menjalankan perniagaan di Malaysia selaras dengan visi SSM.
Dalam persiapan menghadapi peluang dan cabaran ekonomi yang berkembang pesat, dan kemajuan pertumbuhan dan perkembangan perniagaan, sukacita dimaklumkan bahawa SSM telah bersedia untuk menghadapi masa hadapan dengan kedudukannya yang kukuh dan berkeyakinan. Persiapan sewajarnya telah dibuat untuk mengaut hasil dari pertumbuhan ini serta memenuhi harapan pihak-pihak berkepentingan dan menguruskan sasaran-sasaran penting. Saya yakin bahawa pasukan SSM yang diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif akan memainkan peranan tersebut untuk mencapai semua objektif dan matlamat SSM.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan dan semua pekerja SSM di atas pencapaian yang cemerlang pada tahun 2007 dan saya mengharapkan tahun 2008 akan menjadi tahun yang lebih cemerlang.
Syabas!
Dato’ Mohd Zain Mohd DomPengerusiSURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
24 Januari 2008
Mesej Ketua Mesej Ketua Pegawai Eksekutif
Abdul Karim Abdul JalilKetua Pegawai EksekutifSuruhanjaya Syarikat Malaysia
9
Mesej Ketua Pegawai Eksekutif
1010
“ Dunia korporat adalah ibarat lautan : yang berpotensi
besar, mengandungi pelbagai jenis hidupan serta
sumber utama makanan kepada manusia ”
Tahun 2007 merupakan tahun yang membawa
banyak pencapaian kepada SSM khususnya
dalam menambahbaik perkhidmatan yang
ditawarkan dan mencatatkan kadar pematuhan
yang semakin baik secara berterusan. Selain
daripada sokongan berterusan dari semua pihak
dalam industri, badan-badan profesional dan
juga Kerajaan, semua kejayaan pada tahun 2007
tidak mungkin tercapai tanpa perkhidmatan
terbaik yang telah diberikan oleh seluruh
pekerja SSM hasil dari semangat kerjasama dan
komitmen yang telah mereka berikan. Kejayaan
demi kejayaan tersebut membuktikan bahawa
dengan keazaman dan komitmen yang tinggi,
kita mampu memberikan perkhidmatan yang
terbaik.
Dunia korporat adalah ibarat lautan : yang
berpotensi besar, mengandungi pelbagai jenis
hidupan serta sumber utama makanan kepada
manusia. Ikatan antara manusia dan lautan telah
terbentuk secara azali. Sebagaimana lautan,
dunia korporat dipenuhi dengan pelbagai
peluang bagi mereka yang sanggup dengan
semangat kental untuk mengharungi segala
bentuk cabaran. Cabaran yang harus ditempuhi
oleh pengawalselia seperti SSM, adalah
dalam menyediakan rangka kerja kawal selia
korporat yang kondusif, memenuhi kehendak
pihak-pihak berkepentingan, memberikan
perkhidmatan yang cekap, berusaha untuk
sentiasa mengikuti era semasa, menyeimbangkan
keperluan penguatkuasaan dan pendidikan,
memenuhi agenda nasional dan sebagainya.
Meskipun terdapat pelbagai bentuk cabaran,
saya amat berbangga kerana pada tahun 2007,
SSM telah berjaya meraih beberapa kejayaan.
Pendek kata, tahun 2007 adalah tahun yang
cemerlang buat SSM.
Memperkasa Sistem Penyampaian Awam
Setelah mengkaji dan meneliti semula proses-
proses kerjanya, SSM telah memulakan
penstrukturan semula secara besar-besaran ke
atas semua prosedur dan proses dalamannya.
Usaha tersebut telah memberikan hasil positif
seperti pengenalan Piagam Pelanggan baru
pada 6 Mac 2007. Melalui Piagam Pelanggan
SSM yang baru ini, kelulusan untuk permohonan
bagi semua transaksi utama SSM menjadi lebih
cepat dan cekap. Antara pembaharuan yang
dibuat termasuklah mempercepatkan tempoh
pendaftaran perniagaan daripada tiga hari
kepada satu jam, kelulusan nama syarikat
daripada lima hari kepada satu hari,
pemerbadanan syarikat daripada tiga hari
kepada satu hari dan pendaftaran gadaian
daripada lima kepada dua hari. Pemendekan
tempoh pemprosesan bagi semua urus niaga
yang dinyatakan dalam Piagam Pelanggan baru
adalah selaras dengan harapan Pasukan Petugas
Mesej Ketua Pegawai Eksekutif (sambungan)
1111
Mesej Ketua Pegawai Eksekutif (sambungan)
Khas Pemudahcara Perniagaan Kerajaan
(PEMUDAH) untuk mencapai tanda aras global,
berfokuskan pelanggan, perkhidmatan awam
yang inovatif dan pro-aktif dalam menyokong
ekonomi yang bingkas, kukuh dan berdaya
saing.
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Dalam usaha mempertingkatkan lagi
penyampaian perkhidmatan awam, SSM
dengan bersungguh-sungguh telah menerapkan
budaya ICT untuk meningkatkan perhubungan
dengan pihak-pihak berkepentingan. Semenjak
teknologi maklumat diperkenalkan di negara
ini, SSM berhasrat untuk memperkenalkan
perkhidmatan dalam talian bagi semua aktiviti
pendaftaran perniagaan dan pemerbadanan
syarikat. Bagi mencapai hasrat tersebut, SSM
bersama dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
telah membangun dan melakukan pemasangan
peralatan yang perlu bagi membolehkan
transaksi secara dalam talian dilaksanakan.
Inisiatif yang dikenali sebagai e-Lodgement
akan membolehkan semua dokumen difailkan
atau diserah simpan menerusi internet, tanpa
perlu berurusan di kaunter. Pembangunan
e-Lodgement adalah usaha bersepadu yang
melibatkan pelbagai elemen dalam SSM yang
melibatkan pindaan-pindaan kepada kerangka
perundangan, pembangunan polisi baru,
penyemakan semula prosedur, pembelian
dan pembangunan perisian serta perkakasan
baru dan juga pembentukan strategi. Inisiatif
e-Lodgement terbahagi kepada e-Lodgement
untuk perniagaan dan e-Lodgement untuk
syarikat. Inisiatif ini dilancarkan pada 21 Mei
2007 untuk membolehkan pendaftaran dan
pembaharuan perniagaan dibuat secara dalam
talian.
Memandangkan proses pemerbadanan dan
pentadbiran syarikat merangkumi pelbagai
aspek, sistem e-Lodgement Syarikat telah
dibangunkan secara berperingkat-peringkat.
Saya dengan sukacitanya melaporkan bahawa
Fasa Satu e-Lodgement bagi syarikat yang
merangkumi transaksi seperti carian nama,
pemerbadanan syarikat tempatan, pertukaran
nama syarikat, permohonan dan pembaharuan
Lesen Setiausaha Syarikat telah dilancarkan
pada bulan November 2007. Dalam masa yang
singkat, perkhidmatan-perkhidmatan tambahan
seperti serah simpan dokumen seperti penyata
tahunan, notis perubahan pejabat berdaftar, notis
perubahan maklumat pengarah, pengurus dan
setiausaha syarikat, dan penyata penguntukan
saham juga telah ditawarkan secara dalam
talian. Pembangunan sistem e-Lodgement SSM
merupakan satu kejayaan dalam dunia korporat
negara yang sentiasa berubah. Ini membuktikan
SSM mampu melakukan penyesuaian dan
responsif dengan perkembangan dunia
korporat. InsyaAllah, dengan adanya sistem
e-Lodgement ini, ia akan dapat membantu
menjadikan Malaysia lebih kompetitif sebagai
pusat perniagaan antarabangsa. Selain daripada
memberi galakan dan memudahkan pelaburan
asing, sistem e-Lodgement ini bertujuan untuk
meningkatkan penyertaan pelabur tempatan
dalam kegiatan ekonomi memandangkan proses
perniagaan kini telah melangkaui waktu bekerja
yang lazim.
12
91%(2007)
89% (2006)
90%(2006)100
80
60
40
20
0
95%(2007)
94%(2006)
Perbandingan Kadar Pematuhan Antara Pihak Berkuasa
Malaysia Hong Singapura UK N.Zealand Kong
Kesinambungan Konsep “Penguatkuasaan Seimbang”
Konsep ‘Penguatkuasaan Seimbang’, yang
mula diperkenalkan pada tahun 2006 telah
diperkayakan lagi dengan inisiatif-inisiatif
penguatkuasaan yang lebih tegas dan pro-aktif
seperti penyiasatan, pemeriksaan, pendakwaan
terhadap ketidakpatuhan, pengenaan kompaun
terhadap ketidakpatuhan dan pengeluaran
surat-surat teguran. Pada tahun 2007, SSM telah
memperkenalkan satu lagi pendekatan baru
iaitu penguatkuasaan melalui pangkalan data
SSM. Melalui kaedah ini, pemeriksaan dibuat ke
atas maklumat korporat yang disimpan di SSM
untuk mengesan kesalahan yang melibatkan
kegagalan menyerah simpan dokumen-dokumen
berkanun. Pemeriksaan menerusi pangkalan
data melakarkan satu kejayaan yang cemerlang
dengan peningkatan dalam kadar pematuhan
dan jumlah kutipan kompaun. Pada masa yang
sama, SSM juga aktif dalam melaksanakan
penguatkuasaan melalui pendidikan, iaitu satu
kaedah yang selalunya tidak dititikberatkan oleh
kebanyakan agensi penguatkuasaan dan badan-
badan pengawalselia.
SSM yakin bahawa kaedah penguatkuasaan
tradisional perlu diseimbangkan dengan
kesedaran terhadap larangan dan obligasi yang
dikenakan mengikut kerangka perundangan
sedia ada untuk memaksimumkan kesan
pematuhan. SSM telah menerima pakai
defi nisi penguatkuasaan dalam konteks
yang luas, yang bermaksud melakukan apa
sahaja untuk memastikan undang-undang
dipatuhi termasuklah meningkatkan kesedaran
di kalangan komuniti perniagaan, golongan
profesional dan orang awam menerusi
pendidikan.
Pada tahun 2007, SSM telah bertindak pro-
aktif dengan menganjurkan seminar dan
persidangan, menyertai roadshow dan pameran,
mengadakan dialog dan pertemuan dengan
pihak media bagi menghebahkan mesej
mengenai pematuhan.
12
Mesej Ketua Pegawai Eksekutif (sambungan)
1313
Hasilnya, tahun 2007 telah menyaksikan
pertumbuhan kadar pematuhan yang konsisten
iaitu sebanyak 91 peratus, melebihi sasaran awal
sebanyak 85 peratus. Pada hari ini, Malaysia
boleh turut berbangga bersama dengan pihak
berkuasa di negara lain yang mempunyai kadar
pematuhan yang baik seperti Hong Kong,
Singapura, United Kingdom dan New Zealand.
Perbandingan Kadar Pematuhan Antara Pihak Berkuasa
Usaha-usaha ‘Penguatkuasaan Seimbang’
diperkukuhkan lagi dengan penubuhan Akademi
Latihan SSM pada bulan April 2007. Akademi
Latihan telah dinaiktaraf kepada Bahagian
dengan diketuai oleh seorang Pengarah yang
bertanggungjawab untuk menyelaras dan
menganjurkan latihan untuk pekerja SSM dan
juga pihak-pihak berkepentingan.
SSM berhasrat untuk menjadikan Akademi
Latihan sebagai pusat latihan terunggul dalam
bidang pengajian perniagaan dan korporat
dengan menyediakan pengetahuan yang
berkaitan kepada pihak-pihak berkepentingan.
Tugas ini menjadi satu tanggungjawab yang
amat besar kepada SSM, tetapi melihat kepada
komitmen yang telah diberikan oleh semua
pihak pada tahun 2007, SSM yakin harapan ini
akan tercapai dalam masa terdekat.
Dalam melaksanakan ‘Penguatkuasaan
Seimbang’, SSM mempunyai satu tugas yang
sukar untuk mewujudkan keseimbangan di
antara menguatkuasakan peruntukan undang-
undang, mengenakan tindakan terhadap
ketidakpatuhan dan mendidik sektor perniagaan.
Sebagai penguatkuasa, adalah sesuatu yang perit
untuk mengenakan tindakan penguatkuasaan
terhadap pihak yang membuat kesalahan. Walau
bagaimanapun, tindakan tersebut perlu diambil
bagi memastikan persekitaran korporat berada
dalam keadaan yang baik secara berterusan
untuk para peniaga dan juga untuk melindungi
kepentingan orang ramai.
Meningkatkan Kerangka Tadbir Urus Korporat Nasional
SSM telah diberi mandat berkanun di bawah
Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Syarikat
2001 untuk mentadbir, menguatkuasa dan
mengawalselia perkara-perkara berhubung
dengan perbadanan dan perniagaan. Di bawah
peruntukan yang sama, SSM juga diberi amanah
untuk menggalak dan mempromosikan tadbir
urus korporat yang baik. Dalam melaksanakan
mandatnya, pada tahun 2007, SSM telah
mengumumkan beberapa pindaan di dalam
Akta Syarikat 1965 (AS 1965). Pindaan kepada
AS 1965 menyentuh beberapa isu penting tadbir
urus korporat seperti fungsi dan kuasa lembaga
pengarah, pelaksanaan tugas secara berhati-
hati, kemahiran dan ketelitian yang diharapkan
daripada para pengarah, pengiktirafan berkanun
terhadap prinsip-prinsip common law mengenai
peraturan keputusan perniagaan dan pewakilan
tugas dan tanggungjawab para pengarah.
Selain daripada itu, pindaan tersebut juga
bertujuan untuk memastikan ketelusan dalam
melaksanakan transaksi perniagaan dan semua
Mesej Ketua Pegawai Eksekutif (sambungan)
1414
syarikat awam dan syarikat subsidiari awam
dikehendaki mewujudkan satu sistem kawalan
dalaman bagi melindungi aset syarikat serta
memastikan semua urus niaga dilulus dan
direkodkan dengan sewajarnya. Pindaan-
pindaan lain yang berkaitan tadbir urus korporat
termasuklah pengenalan peruntukan mandatori
‘whistle-blowing’ ke atas juruaudit syarikat-
syarikat awam atau syarikat-syarikat di bawah
kawalan syarikat-syarikat awam terhadap
kesalahan-kesalahan serius yang melibatkan
penipuan dan pemalsuan. Juruaudit akan
diberikan perlindungan daripada sebarang
tindakan mahkamah, pendakwaan jenayah atau
tindakan disiplin. Dalam konteks ini, SSM telah
mengambil iktibar dari kejadian-kejadian seperti
keruntuhan syarikat Enron dan Worldcom dan
juga beberapa buah syarikat tempatan semasa
kemuncak krisis kewangan Asia yang berlaku
di antara tahun 1997 dan 1998. Pindaan-
pindaan kepada AS 1965 yang dibuat juga
berkait rapat dengan Laporan Jawatankuasa
Kewangan Peringkat Tertinggi mengenai Tadbir
Urus Korporat yang dirangka dalam bulan
Mac 1999.
Dengan berlandaskan parameter tadbir urus
korporat, pindaan-pindaan lain yang dibuat
termasuklah memasukkan peruntukan ‘whistle-
blowing’ terhadap pegawai-pegawai syarikat,
peruntukan mengenai tindakan statutori derivatif
oleh para pemegang saham dan peruntukan
mengenai perintah mahkamah. Semua
peruntukan tersebut melengkapkan aspek tadbir
urus korporat dengan memberi perlindungan
kepada pegawai-pegawai syarikat yang
memberi maklumat kepada Pendaftar mengenai
penyelewengan, menggalakkan penglibatan
para pemegang saham dan menyediakan
saluran yang cepat dan cekap untuk melindungi
kepentingan syarikat.
Dalam satu penerbitan oleh Bank Dunia iaitu
‘Doing Business 2008’, Malaysia disenaraikan
di tangga ke-24 daripada 178 buah ekonomi
yang dijalankan kajian. Malaysia juga
mendapat markah penuh sepuluh bagi indeks
pendedahan umum dan sembilan daripada
sepuluh markah bagi indeks liabiliti pengarah.
Pencapaian ini adalah positif dengan penilaian
yang menggalakkan bagi kerangka tadbir urus
korporat Malaysia. Dengan pindaan-pindaan
yang telah dibuat, SSM berkeyakinan bahawa
kedudukan negara dalam isu tadbir urus
korporat akan dapat dikekalkan, jika tidak dapat
ditingkatkan di masa-masa akan datang.
Pencapaian Kutipan Hasil
Dalam tahun kewangan 2007, SSM buat pertama
kalinya telah berjaya mencapai kutipan hasil
sebanyak RM313.5 juta melepasi paras RM300
juta yang disasarkan. Jumlah kutipan bagi
tahun 2005 dan 2006 masing-masing sebanyak
RM251.9 dan RM276.4 juta. Kutipan setinggi
itu berjaya dibuat atas semangat dedikasi
pekerja SSM, terutamanya pekerja kaunter yang
telah bertungkus lumus berurusan dengan orang
ramai, usaha bersepadu seperti inisiatif kaunter
bergerak, kutipan kompaun, hasil jualan produk
seperti Sijil Peringatan, maklumat dan statistik
korporat dan juga perkhidmatan seperti e-Info.
Dengan jumlah kutipan hasil yang tinggi, SSM
berupaya menyumbang sebanyak RM156 juta
Mesej Ketua Pegawai Eksekutif (sambungan)
1515
kepada Kerajaan. SSM berbangga kerana dapat
memainkan peranan dalam pembangunan
negara menerusi sumbangannya. Malah, tema
Laporan Tahunan tahun ini, “Lautan Yang
Gah Terbentang” memberi gambaran akan
potensi besar yang masih belum diterokai
yang boleh dilihat dari pertumbuhan ekonomi
negara di sertai dengan kehendak awam untuk
merungkai potensi yang terkandung di dalam
sektor perniagaan. Saya pasti kutipan hasil
tahun 2007 akan menjadi satu tanda aras untuk
pendapatan SSM di masa hadapan. Sebagai
sebuah institusi pembiayaan sendiri yang bukan
bermatlamatkan keuntungan, pembentukan
corak pertumbuhan yang mantap adalah
penting untuk membiayai operasi dalamannya
di samping untuk meningkatkan sistem
penyampaian perkhidmatan awam secara
berterusan.
Meneroka Arena Antarabangsa
SSM menyedari peri pentingnya mewujudkan
rangkaian kerja antarabangsa dan peranan
yang perlu dimainkan dalam era globalisasi.
Pada tahun 2007, SSM bersama Accounting
& Corporate Regulatory Authority (ACRA),
Singapura, telah menganjurkan Corporate
Registers Forum 2007 (CRF2007). CRF
merupakan sebuah organisasi antarabangsa
bukan bermatlamatkan keuntungan yang
memberi platform kepada pentadbir-pentadbir
daftar korporat dan sekuriti untuk berkongsi
pengalaman dan pengetahuan dalam perkara-
perkara berkaitan kerangka perundangan
korporat, penyampaian perkhidmatan awam,
pengumpulan dan penyelenggaraan maklumat
korporat dan sebagainya. CRF2007 adalah
merupakan perhimpunan kali yang keempat,
yang sebelum ini diadakan di Auckland,
Melbourne dan Hong Kong. Malaysia,
menerusi SSM, telah diberi penghormatan
untuk menganjurkan forum ini di Kuala
Lumpur manakala pusingan kedua diadakan
di Singapura. Perasaan saya tersentuh dengan
keputusan negara-negara ahli untuk melantik
Puan Juthika Ramanathan dari ACRA dan saya
sebagai Pengerusi Bersama bagi sesi 2007/2008.
Perlantikan saya ini ditujukan buat SSM khasnya
dan negara amnya. SSM juga telah menjadi
sumber rujukan kepada negara-negara lain
bagi perkara-perkara seperti penambahbaikan
kerangka perundangan korporat, sistem
penyampaian awam dan penguatkuasaan.
Kami sentiasa bersedia untuk berkongsi
pengetahuan dan pengalaman dengan rakan-
rakan antarabangsa dan pada masa yang sama
mempelajari daripada mereka.
Penambahbaikan Urusan Pentadbiran dan Pengurusan Dalaman SSM
Tahun 2007 juga menyaksikan pelaksanaan
pelbagai usaha untuk meningkatkan urusan
pentadbiran dan pengurusan dalaman SSM.
SSM telah memperkenalkan konsep pengurusan
risiko dan pengurusan projek untuk memantau
pelaksanaan projek dan semua aktiviti dibuat
dengan cekap dan berkesan. Selain daripada
itu, SSM juga menjalankan semakan struktur
gaji pekerja dan menambah Elaun Kos Sara
Hidup (COLA) pekerja sejajar dengan langkah
Kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam.
Kenaikan gaji adalah bertujuan untuk memberi
Mesej Ketua Pegawai Eksekutif (sambungan)
1616
ganjaran kepada pekerja SSM yang telah
bertungkus lumus dengan komitmen yang
tinggi, mengekalkan pekerja yang berbakat dan
juga menarik minat pekerja baru di masa akan
datang. Struktur gaji semasa SSM, insentif dan
faedah adalah setanding dengan sektor swasta.
SSM amat menghargai modal insannya dan
yakin dengan usaha berterusan untuk
meningkatkan kemahiran. Oleh itu, pekerja
SSM telah dihantar untuk mengikuti kursus
dan seminar, di dalam dan di luar negara.
Kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi
telah digunakan dengan sewajarnya untuk
memberi manfaat kepada organisasi. Akademi
Latihan yang baru ditubuhkan akan turut
memainkan peranan utama untuk meningkatkan
kapasiti dan keupayaan pekerja SSM. Manakala,
inisiatif-inisiatif lain yang dilaksanakan serta
penubuhan Seksyen Integriti juga dapat
meningkatkan kecekapan pengurusan dalaman
SSM dan semakan ke atas prosedur operasi
piawaian.
Menyambut Tahun 2008
Secara keseluruhannya, tahun 2007 adalah tahun
yang cukup cemerlang untuk SSM. Saya percaya
bahawa seluruh pekerja SSM akan mengenang
kejayaan-kejayaan tersebut dan terus berazam
untuk mencapai prestasi yang lebih baik pada
tahun 2008. Dalam merangka laluan untuk tahun
hadapan, Teras Strategik 2008 akan digunakan
sebagai prinsip asas. Saya berasa teruja untuk
bersama-sama dengan seluruh pekerja SSM
untuk memulakan satu lagi tahun yang
menjanjikan kejayaan yang sama. Projek-
projek seperti mengukuhkan perkhidmatan
e-Lodgement, pengenalan produk dan
perkhidmatan baru, pengenalan badan
perniagaan alternatif, semakan ke atas AS
1965 secara menyeluruh dan komprehensif,
pelaksanaan Pelan Strategik Teknologi
Maklumat (ISP) lima-tahun SSM, perancangan
penggantian pekerja, pengurusan ilmu,
penambahbaikan sistem pengurusan kewangan
SSM dan lain-lain akan menjadikan setiap
pekerja SSM kekal gigih sepanjang tahun.
Kesemua ini dan beberapa projek lain akan
dilaksanakan dengan satu objektif – untuk
menjadikan SSM sebagai sebuah pusat
kecemerlangan.
Abdul Karim Abdul Jalil
Ketua Pegawai Eksekutif
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
21 Januari 2008
Mesej Ketua Pegawai Eksekutif (sambungan)
AnggotaSuruhanjaya
18
Anggota Suruhanjaya terdiri daripada lapan tokoh terkemuka yang bertanggungjawab untuk mentadbir, membimbing dan memantau hala tuju SSM. Mereka dilantik oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di bawah peruntukan Seksyen 6(2) Akta SSM 2001. Bagi memastikan SSM seiring dengan aspirasi Kerajaan, peruntukan Akta SSM 2001 menghendaki sekurang-kurangnya tiga Anggota Suruhanjaya dipilih daripada kakitangan perkhidmatan awam. Anggota Suruhanjaya yang mempunyai latarbelakang dan pengalaman yang pelbagai seperti pengamal undang-undang, ahli korporat dan pegawai kanan Kerajaan telah membantu SSM dalam melaksanakan mandatnya. Pelbagai pencapaian dan peningkatan terutamanya di dalam sistem penyampaian awam, pentadbiran dalaman organisasi, penambahbaikan kerangka perundangan dan lain-lain telah berjaya dilaksanakan dengan panduan daripada Anggota Suruhanjaya. Sejak penubuhannya, SSM telah mendapat banyak manfaat dari pengalaman dan kepakaran mereka.
Pada tahun ini, Anggota Suruhanjaya telah bermesyuarat sebanyak lapan kali untuk membincang dan meluluskan pelan strategik jangka panjang, memantau prestasi KPIs dan membuat keputusan mengenai pelbagai isu. Anggota Suruhanjaya begitu komited dalam memastikan tadbir urus yang baik dan amalan terbaik dilaksanakan. Butir-butir mesyuarat Anggota Suruhanjaya adalah seperti berikut:
Butir-Butir Mesyuarat Anggota Suruhanjaya Bagi Tahun 2007
Mesyuarat Anggota
Suruhanjaya
Ke-36 Mesyuarat16/1/07
Ke-37 Mesyuarat
6/3/07
Ke-38 Mesyuarat
8/5/07
Ke-39 Mesyuarat
5/7/07
Ke-40 Mesyuarat 21/10/07
Ke-41 Mesyuarat25/10/07
MesyuaratKhasBil.
1/200715/11/07
Ke-42 Mesyuarat4/12/07
Hadir6
anggota8
anggota8
anggota6
anggota6
anggota6
anggota5
anggota8
anggota
TidakHadir
2 anggota
0 anggota
0 anggota
2 anggota
2 anggota
2 anggota
3 anggota
0 anggota
Anggota Suruhanjaya
19
20
Anggota Suruhanjaya
Dato’ Idrus Harun Encik Idris Abdullah
Puan Siti Halimah Ismail Tuan Haji Abdillah Haji Abdul Hamid
20
21
Dato’ Mohd Zain Mohd Dom(Pengerusi)
Y.B. Razali Ibrahim
Encik Abdul Karim Abdul Jalil(Ketua Pegawai Eksekutif)
Puan Zaiton Mohd Hassan
21
22
Dato’ Mohd Zain Mohd Dom(Pengerusi)
Encik Abdul Karim Abdul Jalil
(Ketua Pegawai Eksekutif)
Profi l Anggota Suruhanjaya
Dato’ Mohd Zain Mohd Dom
Dato’ Mohd Zain memiliki ijazah Sarjana Muda
dalam bidang sosiologi. Beliau memulakan
kerjaya dalam perkhidmatan diplomatik pada
tahun 1976 dan pernah menyandang jawatan
sebagai Ketua Penolong Setiausaha dan Ketua
Penolong Pengarah Bahagian Perdagangan
Antarabangsa, Penolong Wakil Tetap Malaysia
di Geneva dan juga Timbalan Wakil Tetap ke
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Geneva
(Bahagian Perdagangan Antarabangsa). Jawatan-
jawatan penting lain termasuklah menjadi
Penasihat Menteri bagi Hal Ehwal Ekonomi di
Pejabat Wakil Tetap Malaysia kepada Kesatuan
Eropah (EU), Brussels dan Pejabat Wakil Tetap
ke Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO),
Geneva. Beliau juga merupakan Perunding
Utama Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-
Australia (FTA), FTA Malaysia-New Zealand
dan juga FTA ASEAN-Australia-New Zealand
pada tahun 2005 dan 2006.
Dato’ Mohd Zain telah dilantik sebagai Ketua
Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 6 Februari
2007. Beliau dilantik sebagai Pengerusi SSM
pada 1 Mac 2007.
Encik Abdul Karim Abdul Jalil
Encik Abdul Karim Abdul Jalil memulakan
kerjayanya dalam perkhidmatan awam sebagai
Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam
Negara, Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan
Hasil Dalam Negeri (sekarang dikenali sebagai
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia),
Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam
Negara di Pulau Pinang dan Perlis, dan juga
Hakim Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu,
Kuala Lumpur dan Melaka.
Beliau telah mengetuai Unit Rayuan Bahagian
Pendakwaan Jabatan Peguam Negara pada
akhir tahun 2000. Pada tahun 2001 pula,
beliau telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian
Penguatkuasaan, Suruhanjaya Sekuriti dan
seterusnya sebagai Pengarah Bahagian
Perundangan dan Penguatkuasaan, Badan
Pencegah Rasuah mulai 1 Mei 2004 sehingga
31 Oktober 2005. Beliau telah dilantik sebagai
Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat
Malaysia mulai 1 November 2005. Encik Abdul
Karim juga merupakan ahli Lembaga Pengarah
Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan
(LOFSA) serta ahli Jawatankuasa Pelaburan
Asing (FIC) dan Yayasan Pelaporan Kewangan.
22
2323
Dato’ Idrus Harun Puan Zaiton Mohd Hassan
Dato’ Idrus HarunSejak memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Undang-Undang pada tahun 1980, Dato’ Idrus telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan penting termasuk Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu, Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara, Peguam Kanan Persekutuan di Badan Pencegah Rasuah dan Peguam Kanan Suruhanjaya Pilihanraya. Beliau adalah Pendaftar Syarikat mulai 1998 sehingga 2002. Beliau meneruskan perkhidmatannya di Jabatan Peguam Negara sebagai Ketua Bahagian Penasihat dan Antarabangsa, dan sebagai Penggubal Undang-Undang Parlimen sebelum memegang jawatan sekarang sebagai Peguamcara Negara. Dato’ Idrus juga pernah berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (LOFSA), Suruhanjaya Sekuriti dan Jawatankuasa Pelaburan Asing. Pada masa ini, beliau merupakan Ahli Lembaga Kerjasama Malaysia-Thailand (MTJA) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan).
Tuan Haji Abdillah Haji Abdul Hamid
Puan Zaiton Mohd HassanPuan Zaiton pernah berkhidmat sebagai juruaudit dengan Pricewaterhouse (P r icewate rhouseCoopers ) sebelum menyertai Bank Pembangunan (M) Berhad. Beliau kemudiannya berkhidmat dengan Maybank selama 12 tahun sebelum menjadi Presiden Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC) mulai tahun 1996 sehingga 2004. Pada masa ini, Puan Zaiton merupakan Pengarah Urusan Capital Intelligence Advisors Sdn Bhd. Beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad, BIMB Holdings Bhd, Bank Islam Malaysia Berhad dan Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF).
Tuan Haji Abdillah Haji Abdul HamidTuan Haji Abdillah merupakan bekas Inspektor Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan telah memegang jawatan sebagai Inspektor Polis pada tahun 1975 hingga 1979. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Eksekutif Undang-Undang dengan fi rma guaman di Kota Kinabalu dan Tawau, Sabah. Pada tahun 1984, Tuan Haji Abdillah telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang perhubungan antarabangsa dan telah melaksanakan penyelidikan dan analisis yang ditaja oleh Yayasan Asia, iaitu membuat perbandingan majlis-majlis perundangan di Amerika Syarikat dengan negara-negara ASEAN.
Profi l Anggota Suruhanjaya (sambungan)
2424
Profi l Anggota Suruhanjaya (sambungan)
Y.B. Razali Ibrahim
Y.B. Razali IbrahimYang Berhormat Razali Ibrahim telah dilantik sebagai Anggota Suruhanjaya berkuatkuasa 1 April 2006. Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Pembantu Undang-Undang di Tetuan Lee Hishamuddin (Peguambela & Peguamcara) dan juga sebagai Pengarah kepada beberapa syarikat, termasuklah SP Setia Bhd, sehinggalah perletakan jawatan beliau pada tahun 1999. Seterusnya, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Sulit kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia, jawatan yang disandang sehingga bulan Mac 2004. Pada masa ini beliau merupakan Ahli Parlimen Muar, Johor dan Ketua Pemuda UMNO Johor. Beliau juga adalah rakan kongsi bagi fi rma guaman Tetuan Gideon Tan Razali Zaini.
Puan Siti Halimah IsmailPuan Siti Halimah telah dilantik sebagai Anggota Suruhanjaya berkuatkuasa 1 Jun 2006. Beliau telah memulakan kerjaya dalam sektor perkhidmatan awam di Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1981. Beliau pernah berkhidmat dengan Bahagian Analisa Cukai Perbendaharaan, Kementerian Kewangan semenjak tahun 1991. Beliau telah memegang jawatan sebagai Timbalan Kanan Setiausaha di Bahagian Analisa Cukai dan juga menjadi Ahli Lembaga Pengarah National Professional Services Export Council (NAPSEC) untuk Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
Encik Idris AbdullahEncik Idris Abdullah telah dilantik sebagai Anggota Suruhanjaya berkuatkuasa 16 April 2007. Beliau memiliki ijazah Undang-Undang (Kepujian) Kelas Pertama daripada Universiti Malaya, dan memulakan kerjaya beliau sebagai peguam di Ting and Company Advocates di Sibu, Sarawak pada tahun 1981. Di antara tahun 1982 dan 1985, beliau berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang dalaman kepada sekumpulan syarikat yang mempunyai pelbagai kepentingan dalam pembangunan hartanah, penebangan dan pemprosesan balak, perniagaan hiburan dan hospitaliti, perniagaan borong dan perdagangan runcit yang berpangkalan di Sarawak.
Encik Idris Abdullah pernah menjadi Pengarah kepada beberapa syarikat Bumiputera yang berpangkalan di Sibu, Sarawak yang memiliki kepentingan dalam import dan jualan kenderaan bermotor, pembekalan makanan ke sekolah-sekolah berasrama penuh Kerajaan dan perdagangan am. Beliau juga pernah menjadi Pengarah dan Pengerusi bagi Kuantan Flourmills Bhd, sebuah syarikat yang disenaraikan di Papan Kedua Bursa Malaysia, dari bulan Oktober 2002 sehingga September 2005.
Kini, Encik Idris Abdullah merupakan Rakan Kongsi Kanan bagi Idris and Company Advocates. Beliau juga ialah Penasihat kepada beberapa syarikat yang berpangkalan di Sarawak yang terlibat dalam sektor pembinaan dan perniagaan permotoran jentera, kelab rekreasi dan institusi pendidikan.
Encik Idris AbdullahPuan Siti Halimah Ismail
Pengurusan Eksekutif SSM
Dari kiri ke kanan
Zahrah Abd Wahab FennerTimbalan Ketua Pegawai Eksekutif(Perkhidmatan)
Pengurusan Eksekutif SSM -Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif
Khoo Beng ChitTimbalan Ketua Pegawai Eksekutif(Operasi)
Abdul Karim Abdul JalilKetua Pegawai Eksekutif
27
28
Amir AhmadPengarah
(Bahagian Sumber Korporat)
Mohamed Zanyuin IsmailPengarah
(Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran)
Nor Azimah Abdul AzizPengarah
(Akademi Latihan)
Ghazali IsmailPengarah
(Bahagian Pematuhan)
Azryain BorhanPengarah
(Bahagian Pembangunan Korporat dan Polisi)
Aznorashiq Mohamed ZinPengarah
(Bahagian Penyiasatan)
Hajah Rokiah Mohd NoorPengarah
(Bahagian Perkhidmatan Pendaftaran)
Khuzairi YahayaPengarah
(Audit Dalam)
Noorbahri BaharuddinPengarah Kanan(Penguatkuasaan)
Pengarah(Bahagian Teknologi
Maklumat dan Komunikasi)
Kosong
Muhammad Redzuan AbdullahPengarah
(Bahagian Perkhidmatan Perundangan)
28
Pengurusan Eksekutif SSM -Pengarah-Pengarah Bahagian
Senario Ekonomi 2007
31
“Pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar
paling yang pesat dalam tempoh tiga tahun ini dengan
peningkatan permintaan domestik dan pelaburan yang
melebihi pengurangan dalam eksport pembuatan”
Senario Ekonomi 2007
Pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar paling yang pesat dalam tempoh tiga tahun ini dengan peningkatan permintaan domestik dan pelaburan yang melebihi pengurangan dalam eksport pembuatan. Sebagai ekonomi ketiga terbesar dalam ASEAN, Malaysia melalui perkembangan sekitar 7.3 peratus dalam suku keempat tahun 2007 dengan pertumbuhan KDNK keseluruhan sebanyak 6.3 peratus pada tahun ini, melebihi ramalan yang telah dibuat oleh 15 pakar ekonomi Bloomberg dengan ramalan unjuran yang diletakkan di sekitar 5.9 peratus.
Pada tahun 2007, pelaburan terus meningkat masuk meskipun dengan keadaan ekonomi dunia yang turun naik dan ancaman kenaikan harga minyak yang hampir mencecah USD100 setong. Krisis pinjaman sub-prima Amerika telah menyebabkan kejatuhan harga hartanah di Amerika, kegawatan ekonomi Amerika dan kerugian berbilion-bilion dollar kepada bank-bank di Amerika dan Eropah. Malaysia masih bernasib baik kerana tidak begitu terjejas dengan kemelut tersebut. Dengan kenaikan gaji sektor awam berkuatkuasa Julai 2007 dan juga musim-musim perayaan di hujung tahun, permintaan domestik terus mantap dalam tempoh separuh kedua tahun 2007. Walaupun kos sara hidup semakin meningkat, penggunaan persendirian menjadi
semakin kukuh hasil daripada pendapatan yang lebih tinggi dan harga komoditi yang kukuh.
Momentum pertumbuhan Malaysia menjadi semakin pesat iaitu daripada 6.3 peratus dalam suku ketiga tahun 2007 meningkat kepada 7.3 peratus dalam suku keempat tahun 2007. Peningkatan pelaburan dari sektor awam untuk Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) turut menyumbang kepada pertumbuhan dalam tempoh separuh tahun kedua.
Dari aspek penawaran ekonomi, secara umum, sektor pembuatan terjejas dengan teruk akibat kemerosotan permintaan pasaran barangan elektronik dari luar negara. Walau bagaimanapun, pertumbuhan yang perlahan di sektor pembuatan ini telah disokong oleh pertumbuhan pesat di luar dugaan dalam sektor perkhidmatan. Permintaan domestik yang pesat, perbelanjaan isi rumah yang kukuh dan pendapatan dari aktiviti pelancongan telah menyumbang kepada pertumbuhan di dalam sektor perkhidmatan. Peningkatan dalam aktiviti-aktiviti perniagaan dan kewangan juga turut menyumbang kepada pertumbuhan sektor ini.
Aktiviti nilai tambah sektor perlombongan meningkat sebanyak 39.2 peratus pada harga nominal dalam suku keempat tahun 2007 disebabkan peningkatan di dalam kapasiti
32
pengeluaran. Pertumbuhan sektor pembinaan bertambah baik dengan pelaksanaan projek-projek di bawah RMK9 yang dilihat semakin meningkat sejak awal tahun. Sektor pembinaan terus kekal pada kadar 4.7 peratus dalam suku keempat, daripada 4.0 peratus dalam separuh tahun pertama 2007. Sektor-sektor kewangan, insurans dan perniagaan terus berkembang sebanyak 9.8 peratus dalam suku keempat disokong oleh permintaan yang kukuh bagi pinjaman dan insurans. Perniagaan borong dan runcit serta subsektor restoran mencatatkan peningkatan kukuh pada kadar pertumbuhan 12.5 peratus dalam suku keempat berbanding 11.9 peratus dalam suku ketiga, hasil daripada peningkatan perbelanjaan oleh pengguna dan pelancong.
Subsektor utiliti melaporkan pertumbuhan yang sederhana pada kadar 4.4 peratus dalam suku keempat hasil daripada pengeluaran yang perlahan di dalam sektor pembuatan. Cuaca buruk turut menjejaskan pertumbuhan sektor pertanian dalam separuh pertama tahun 2007 (0.7 peratus) setelah pertumbuhan mantap sebanyak 5.2 peratus pada tahun 2006. Walau bagaimanapun ia telah meningkat kembali pada kadar 6.9 peratus dalam suku keempat.
Kadar infl asi menurun dengan mendadak iaitu jatuh kepada 1.4 peratus dalam bulan Jun 2007 berbanding 3.2 peratus dalam bulan Januari 2007 sebahagiannya disebabkan oleh penurunan harga minyak dari aras tertinggi pada tahun 2006. Pengukuhan mata wang Ringgit juga turut menyebabkan kadar infl asi menjadi lebih rendah. Walau bagaimanapun hasil daripada peningkatan harga barang makanan yang lebih tinggi ekoran daripada semakan gaji kakitangan Kerajaan dalam bulan Julai 2007, kadar infl asi meningkat kepada 1.9 peratus pada bulan Ogos 2007 sebelum berakhir pada paras 2.0 peratus pada bulan Disember.
Hasil daripada permintaan domestik yang kukuh, pertumbuhan KDNK Malaysia meningkat kepada 7.3 peratus dalam suku keempat tahun 2007 menjadikan purata pertumbuhan sebanyak 6.3 peratus
dicapai dalam tahun tersebut. Penggunaan persendirian dan perbelanjaan Kerajaan merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan bagi tahun 2007, manakala pertumbuhan dari kegiatan eksport semakin menurun. Dengan kedudukan permintaan dari luar negara yang tidak menentu, permintaan domestik menjadi faktor utama kepada pertumbuhan. Penggunaan persendirian dan perbelanjaan Kerajaan adalah pemacu utama pertumbuhan pada tahun 2007, manakala sektor swasta bertumbuh dengan kadar yang sederhana. Meskipun dengan kos sara hidup yang lebih tinggi, penggunaan persendirian mencatat pertumbuhan yang agak baik. Terdapat beberapa faktor yang menggalakkan penggunaan seperti peningkatan pendapatan, pasaran kerja yang mantap, pemulihan pasaran saham dan harga komoditi yang kukuh. Harga komoditi yang tinggi telah membantu meningkatkan pendapatan dan menyokong penggunaan isi rumah di kawasan luar bandar.
Pelaburan swasta menyumbang 11.6 peratus kepada KDNK, terus berkembang dengan sederhana, hasil daripada keyakinan yang mantap terhadap aktiviti perniagaan dengan kemasukan FDI yang berterusan, kesan positif perbelanjaan di bawah RMK9 dan juga koridor pembangunan wilayah. Indeks Persekitaran Perniagaan (BCI) yang mantap menunjukkan keyakinan terhadap perniagaan meskipun dalam keadaan persekitaran luaran yang mencabar. Pada tahun 2007, jumlah dagangan dicatatkan sebanyak RM1.11 trilion atau pertumbuhan sebanyak 3.7 peratus melebihi paras RM1 trilion bagi dua tahun berturut-turut.
Pada tahun ini, SSM bertindak wajar terhadap aliran dan pergerakan ekonomi. SSM menjadikan hasil pertumbuhan ekonomi yang kukuh daripada pewujudan koridor-koridor pembangunan seperti Wilayah Pembangunan Iskandar, Wilayah Ekonomi Koridor Utara dan Wilayah Ekonomi Koridor Timur, kemasukan pelancong-pelancong dan kuasa beli yang lebih tinggi sebagai lonjakan untuk meningkatkan aktiviti penubuhan syarikat baru dan pendaftaran perniagaan baru di seluruh negara.
Senario Ekonomi 2007 (sambungan)
33
Meningkatkan Kecekapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam
35
Meningkatkan Kecekapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam
SSM telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh semangat dan memberi komitmen sepenuhnya ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Menerusi inovasi, kreativiti dan kesanggupan melaksanakan peningkatan yang berterusan, SSM telah berjaya mencapai banyak kemajuan.
Piagam Pelanggan Baru SSM
Hasil pelaksanaan proses penambahbaikan menyeluruh yang melibatkan semakan ke atas proses kerja dan prosedur dalamannya, SSM telah berjaya memperkenalkan satu Piagam Pelanggan baru, berkuatkuasa pada 6 Mac 2007. Antara pencapaian utama termasuklah mempercepatkan masa carian nama syarikat, pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan. Keupayaan untuk membuat transaksi yang cepat dengan pihak-pihak berkuasa adalah penting selaras dengan urus niaga perniagaan yang menjadi semakin pantas dalam dunia moden ini. Pengenalan Piagam Pelanggan baru dijangka dapat membantu komuniti perniagaan mempercepatkan urusan perniagaan mereka.
Piagam Pelanggan baru SSM adalah konsisten dengan matlamat Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan keseluruhan sistem penyampaian perkhidmatan awam di seluruh negara. Ianya telah mendapat pujian daripada Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH), pihak-pihak berkepentingan SSM dan juga Kerajaan.”
y“Piagam Pelanggan
baru ssm adalah
konsisten dengan
matlamat Kerajaan
untuk meningkatkan
kecekapan keseluruhan
sistem penyampaian
perkhidmatan awam
di seluruh negara.
Ianya telah mendapat
pujian daripada
Pasukan Petugas Khas
Pemudahcara Perniagaan
(PEMUDAH), pihak-pihak
berkepentingan SSM dan
juga Kerajaan”
36
Piagam Pelanggan Baru SSM
AktivitiPiagam
Pelanggan BaruSebelum-Piagam Pelanggan Baru
Perniagaan
Kelulusan Nama Perniagaan 1 jam 3 hari
Pendaftaran Perniagaan Baru 1 jam 3 hari
Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan 15 min 1 jam
Pendaftaran Penamatan Perniagaan 15 min 1 hari
Pendaftaran Perubahan Maklumat Perniagaan Berdaftar 1 jam 1 hari
Syarikat
Kelulusan Nama Syarikat 1 hari 5 hari
Pemerbadanan Syarikat Baru 1 hari 5 hari
Pertukaran Status 1 hari 5 hari
Pertukaran Nama Syarikat 1 hari 5 hari
Permulaan Perniagaan Bagi Syarikat-Syarikat Awam 1 hari 5 hari
Pendaftaran Gadaian 2 hari 5 hari
Kelulusan Surat Ikatan Amanah 5 hari 14 hari
Pendaftaran Prospektus 3 hari 14 hari
Pembekalan Maklumat Syarikat/Perniagaan Melalui Cetakan Komputer
30 min 1 jam
Salinan Tidak Disahkan Bagi Dokumen-Dokumen Syarikat 30 min 1 jam
Salinan Yang Disahkan Bagi Dokumen-Dokumen Syarikat 1 jam 3 jam
Kaunter Bergerak Pendaftaran Perniagaan
Kaunter bergerak pendaftaran perniagaan memberi kemudahan dan keselesaan kepada para peniaga yang tidak berkesempatan untuk berurusan dengan pejabat-pejabat SSM di seluruh negara. Perkhidmatan kaunter bergerak diperkenalkan bagi memperluaskan perkhidmatan kaunter tradisi kepada pendaftaran secara ‘in-situ’. Idea ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang hampir dengan para pelanggan. Kaunter bergerak yang mula diperkenalkan oleh Ibu Pejabat SSM dan kemudiannya di pejabat-pejabat negeri, dijalankan di lokasi strategik yang menjadi tumpuan orang ramai, mempunyai aktiviti-aktiviti perniagaan yang ketara dan juga
ditempat-tempat yang jauh untuk memudahkan urusan pendaftaran perniagaan baru dan pembaharuan pendaftaran perniagaan.
Kaunter bergerak pendaftaran perniagaan telah mula diperkenalkan pada bulan September 2005. Pada tahun 2007, SSM telah mempergiatkan usaha ini dengan peningkatan kekerapan perkhidmatan dan juga mengadakan pakatan strategik. Sejumlah 813 kaunter bergerak telah diadakan di seluruh negara dengan kerjasama daripada pihak-pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Sepang dan lain-lain agensi Kerajaan di seluruh negara bertujuan untuk menggalakkan pendaftaran perniagaan baru dan pembaharuan pendaftaran perniagaan.
Meningkatkan Kecekapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam (sambungan)
37
Meningkatkan Kecekapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam (sambungan)
Aktiviti-Aktiviti Kaunter Bergerak Pendaftaran Perniagaan
NegeriBilangan Kaunter
Bergerak Pendaftaran
BaruPembaharuan
Labuan 9 2 0
Perlis 43 237 83
Terengganu 84 826 857
Melaka 54 415 573
Pahang 88 1,420 2,091
Negeri Sembilan 46 620 598
Kedah 183 2,167 1,743
Kelantan 48 1,202 294
Perak 47 827 1,007
Pulau Pinang 43 940 1,980
Selangor 47 846 420
Johor 92 1,805 3,167
Kuala Lumpur 29 1,252 397
Jumlah 813 12,559 13,210
Sehingga 31 Disember 2007 pelaksanaan kaunter-kaunter bergerak di seluruh negara telah menghasilkan sejumlah 12,559 pendaftaran perniagaan baru dan 13,210 pembaharuan pendaftaran perniagaan. Kedah, Johor dan Kuala Lumpur mendahului dengan jumlah pendaftaran dan pembaharuan perniagaan yang tertinggi melalui aktiviti ini. Kedah juga mencatatkan jumlah terbesar dalam pelaksanaan kaunter-kaunter bergerak.
Kaunter Litar
Bagi melengkapkan perkhidmatan kaunter bergerak, SSM turut mengambil inisiatif menubuhkan kaunter litar di premis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertempat di Tingkat Empat, Wisma PKNS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Ia bertujuan untuk memudahkan lagi urusan pendaftaran perniagaan baru dan pembaharuan pendaftaran perniagaan oleh peniaga-peniaga yang dilesenkan oleh DBKL. Sejak dilaksanakan pada 22 Mei 2007, sebanyak 448 pendaftaran baru dan 2,501 permohonan pembaharuan telah diterima dan diproses. Kaunter-kaunter ini beroperasi pada setiap hari mulai 9.00 pagi sehingga 4.30 petang.
Penambahbaikan Galeri Semakan Awam
SSM telah membelanjakan sebanyak RM3.67 juta untuk meningkatkan taraf kemudahan galeri semakan awam di seluruh negara. Kemudahan ini disediakan dengan kadar bayaran fi nominal dan boleh didapati di Ibu Pejabat SSM dan pejabat-pejabat negeri serta di cawangan-cawangan tertentu. Ini membolehkan pelanggan, orang ramai dan pihak-pihak berkepentingan, menyemak dan membuat pembelian maklumat korporat serta mendapatkan salinan dokumen yang diserah simpan dengan SSM. Kemudahan yang sedia ada telah dipertingkatkan dengan kelengkapan komputer baru serta persekitaran yang selesa.
38
2006 2007
80000
70000
60000
50000
40000
30000
20000
10000
0
75,593
Transaksi e-Info Bagi Tahun 2006 dan 2007
1,771
10,25415,045
Perniagaan Syarikat
SSM e-Info
Perkhidmatan SSM e-Info telah diperkenalkan buat pertama kalinya pada Julai 2006 dan pada tahun 2007 menyaksikan pengenalan produk baru iaitu SSM e-Info CID (Data Maklumat Korporat). Perkhidmatan e-Info membolehkan pihak-pihak berkepentingan dan orang ramai untuk memperolehi maklumat secara dalam talian 24/7. Ia merupakan satu alat bantuan perniagaan penting bagi memudahkan semakan terperinci dibuat terhadap syarikat dan perniagaan. Ia berperanan sebagai satu saluran berkesan kerana maklumat yang diperolehi menerusi e-Info boleh digunakan sebagai asas untuk tujuan membuat keputusan perniagaan dan pelaburan serta menjadi sumber rujukan yang cepat bagi menyemak maklumat-maklumat korporat dan perniagaan tertentu.
Pembayaran perkhidmatan e-Info boleh dibuat melalui prabayar, kad kredit dan kad debit. Sejak diperkenalkan, perkhidmatan e-Info telah berjaya mencapai slogan ‘Information at a Click’ kerana maklumat mudah diperolehi melalui internet.
Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis
90000
80000
70000
6000
5000
4000
3000
2000
1000
0
Transaksi e-Info Mengikut Bulan bagi Tahun 2007
499 337 633 680 812 796 869 1,037 975 9511,280 1,385
5,433
3,194
5,243 5,239
6,266 6,080
6,990
8,299
7,176 7,1677,730
6,776
Perniagaan Syarikat
Meningkatkan Kecekapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam (sambungan)
39
Belian maklumat syarikat dan perniagaan menerusi perkhidmatan e-Info telah meningkat dengan ketara sekali pada tahun 2007 dengan 90,638 transaksi berbanding 12,025 transaksi pada tahun 2006. Ini dapat dilihat dengan peningkatan peratusan jumlah transaksi bagi tahun 2007 sebanyak 653.7 peratus. Bilangan transaksi tertinggi telah dicatatkan dalam bulan Ogos 2007 dengan jumlah 9,336 transaksi.
Pada tahun 2007, perkhidmatan e-Info yang disediakan oleh SSM adalah:
SSM e-Info Data Maklumat Korporat SSM e-Info Data Maklumat Korporat atau dikenali SSM e-Info CID, ditawarkan kepada institusi
korporat dengan tujuan memudahkan urusan harian yang berjumlah tinggi bagi produk-produk e-Info sedia ada seperti profi l syarikat dan perniagaan. Ia mengandungi profi l korporat dalam format PDF dan ’text fi le’ bagi setiap profi l yang dibeli. Semua maklumat syarikat dan perniagaan yang diperlukan oleh pelanggan akan disediakan secara automatik oleh sistem. Ini akan mengurangkan masa menunggu dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan.
Laman web SSM e-Info sering dikunjungi oleh pelawat dari seluruh pelusuk dunia dan ini merupakan suatu perkara yang amat membanggakan. SSM menjangkakan perkhidmatan e-Info akan terus berkembang ke luar sempadan negara dengan peningkatan permintaan dari negara-negara luar pada masa ini, seiring dengan kesedaran tentang kewujudan perkhidmatan ini dan selaras dengan perubahan iklim perniagaan dunia.
Sepanjang tahun ini, sejumlah 1,852 lawatan ke atas perkhidmatan ini telah diterima daripada negara-negara berikut:
Bil. Negara Bilangan Pelawat
1 Singapura 987
2 India 212
3 Amerika Syarikat 183
4 Hong Kong 121
5 United Kingdom 101
6 Filipina 87
7 Jepun 57
8 Australia 57
9 China 30
10 Romania 17
Jumlah 1,852
SSM bercadang untuk memperkenalkan beberapa produk rangkaian baru menerusi perkhidmatan e-Info pada tahun 2008 seperti: (i) SSM e-Info Gadaian Perkhidmatan ini akan membekalkan maklumat gadaian syarikat yang mengandungi butiran
terperinci seperti nama syarikat, nombor syarikat, nombor gadaian, nama dan alamat pemegang gadaian, jenis instrumen, hartanah terlibat, tarikh gadaian, tarikh sijil (Borang 40), tarikh pelepasan (jika ada), jenis gadaian, status gadaian, jumlah gadaian dan jumlah terkumpul bagi semua gadaian yang didaftarkan.
Meningkatkan Kecekapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam (sambungan)
40
permohonan juga secara dalam talian. Pengenalan e-Lodgement menyaksikan beberapa pindaan kepada kerangka perundangan, iaitu Akta Syarikat 1965 (AS 1965) dan Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957. Selain daripada itu, inisiatif e-Lodgement juga telah mendorong proses semakan semula dilakukan ke atas sistem kerja dalaman, pembelian perkakasan, pembangunan perisian dan latihan kepada pekerja yang terlibat.
Terdapat dua jenis perkhidmatan yang disediakan menerusi e-Lodgement iaitu: e-Lodgement Perniagaan dan e-Lodgement Syarikat. Perkhidmatan e-Lodgement Perniagaan telah dilancarkan pada 21 Mei 2007 bagi membolehkan permohonan pendaftaran perniagaan, pembaharuan pendaftaran dan pengemaskinian maklumat dibuat secara dalam talian. Semasa peringkat simulasi, tiada bayaran langganan dikenakan. Bayaran langganan hanya mula dikenakan pada bulan November 2007.
Perkhidmatan e-Lodgement Syarikat pula diperkenalkan dalam dua peringkat. Peringkat Pertama telah dilancarkan pada bulan November 2007 yang membolehkan urus niaga carian nama, pemerbadanan syarikat dan permohonan lesen setiausaha syarikat dikemukakan. Peringkat Kedua telah dilaksanakan pada bulan Disember 2007 dan menyediakan perkhidmatan serah simpan penyata tahunan, notis perubahan alamat pejabat berdaftar, notis perubahan maklumat pengarah, pengurus dan setiausaha syarikat, dan penyata penguntukan saham. Sebanyak 51 jenis transaksi disediakan pada awal pengenalan perkhidmatan ini. Pada tahun 2008, SSM akan menawarkan perkhidmatan ini secara sepenuhnya. Pengenalan e-Lodgement pada tahun 2007 adalah langkah pertama bagi membolehkan semua transaksi dengan SSM dilaksanakan secara dalam talian. SSM mensasarkan untuk mencapai Misi 80:20 pada tahun 2009 iaitu 80 peratus transaksi akan dilaksanakan secara dalam talian manakala 20 peratus dilaksanakan melalui perkhidmatan kaunter.
(ii) Penyata Kewangan Syarikat Tujuan produk ini ialah untuk
membekalkan ringkasan maklumat penting Penyata Kewangan bagi tempoh dua tahun kewangan.
(iii) SSM e-Info Imej Perkhidmatan baru ini akan membolehkan
orang ramai membeli salinan imej dokumen syarikat menerusi internet. Perkhidmatan ini adalah alternatif kepada pembelian dokumen melalui kaunter perkhidmatan SSM.
(iv) SSM e-Info Mobile SSM e-Info Mobile merupakan satu
perkhidmatan baru disediakan oleh SSM bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat korporat menerusi telefon bimbit. Perkhidmatan baru ini akan membolehkan pelanggan menyemak nama dan nombor pendaftaran syarikat serta perniagaan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS). Perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti semakan kompaun dan status carian nama akan diperkenalkan dalam masa yang terdekat. Setiap produk e-Info yang disediakan menerusi internet, akan juga disediakan menerusi perkhidmatan telefon bimbit pada masa hadapan.
e-Info mensasarkan untuk membekalkan semua produk dan perkhidmatan yang kini diperolehi melalui kaunter SSM kepada perkhidmatan melalui internet.
e-Lodgement
Perkhidmatan e-Lodgement membolehkan pemfailan dokumen-dokumen berkanun dan penyerah simpanan dokumen-dokumen lain dibuat secara dalam talian. Perkhidmatan e-Lodgement SSM melibatkan interaksi dua hala yang membolehkan pihak-pihak berkepentingan menyerah simpan dokumen secara dalam talian dan Pendaftar memaklumkan keputusan
Meningkatkan Kecekapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam (sambungan)
41
Pembayaran bagi perkhidmatan e-Lodgement boleh dibuat menerusi akaun prabayar SSM, kad kredit atau debit terus dengan menggunakan Proses Pertukaran Kewangan (FPX).
Keperluan minimum yang diperlukan bagi membolehkan pelanggan menggunakan perkhidmatan e-Lodgement adalah seperti berikut:
Keperluan Sistem e-Lodgement
Komputer Pentium III processor atau lebih tinggi 256 MB of memory atau lebih tinggi 50 MB of hard disk space atau lebih tinggi
Talian internet Jalur Lebar/Streamyx
Perisian Adobe Reader 4.0 atau lebih tinggi Microsoft Internet Explorer 5.5 atau lebih tinggi
Lain-Lain Pencetak, mesin pengimbas dan faks
Syarat-syarat dan terma perkhidmatan e-Lodgement adalah seperti berikut:• Pengguna perlu berdaftar sebagai pelanggan Portal MYGovernment (PSP);• Pengguna mesti berdaftar sebagai pelanggan SSM; • Pengguna perlu membuat bayaran langganan; • Alamat e-mel yang sah;• Mematuhi keperluan sistem; dan• Boleh menggunakan salah satu kaedah bayaran: Prabayar SSM, kad kredit, debit terus menerusi
FPX.
Manfaat e-Lodgement termasuklah perkhidmatan pada bila-bila masa 24/7, ketepatan data, keselesaan kepada pengguna dan fungsi pengesanan komprehensif. Dari bulan Mei sehingga Disember 2007, SSM telah menerima sejumlah 36,989 transaksi untuk e-Lodgement Perniagaan. Daripada jumlah tersebut, 9,613 adalah untuk pendaftaran perniagaan baru. Kadar penggunaan setakat 31 Disember 2007 mencatatkan sebanyak 2.99 peratus daripada jumlah peratusan kesemua urus niaga yang dilaksanakan dengan SSM, menandakan perkhidmatan e-Lodgement telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.
Proses e-Lodgement mempunyai beberapa peringkat. Ia bermula dengan pengguna perlu mendapatkan akses ke dalam portal Kerajaan (PSP) dan mendaftar sebelum dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan e-Lodgement SSM.
Perkhidmatan e-lodgement melibatkan beberapa proses sebagaimana yang ditunjukkan dalam carta di bawah:
Meningkatkan Kecekapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam (sambungan)
42
E-mel kepada
pelanggan
E-mel/
Penghantaran
Sijil
Sejak diperkenalkan pada bulan Mei 2007, perkhidmatan e-Lodgement telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengguna.
Butir-butir pelbagai transaksi yang dilaksanakan oleh pengguna-pengguna e-Lodgement adalah seperti berikut:
Butir-Butir Urus Niaga e-Lodgement Perniagaan
Jenis-Jenis Perkhidmatan Bulan (Kuantiti)
Mei Jun Julai Ogos Sept Okt Nov Dis Jumlah
Carian Nama (PNA42) 352 1,934 3,471 3,507 3,442 3,221 3,182 3,190 22,299
Pendaftaran Baru (Borang A) 69 834 1,364 1,529 1,476 1,265 1,551 1,525 9,613
Kemaskini Butir-ButirPerniagaan (Borang B)
54 282 551 644 638 570 652 755 4,146
Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan (Borang A1)
44 48 95 77 93 76 79 87 599
Penamatan 7 27 32 49 47 32 53 85 332
Jumlah 526 3,125 5,513 5,806 5,696 5,164 5,517 5,642 36,989
Meningkatkan Kecekapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam (sambungan)
Pendaftaran Pengguna PSP
Pendaftaran Pelanggan SSM
Borang Dalam Talian
Pintu Laluan Bayaran
Integrasi Pelayan [PSP kepada SSM(CBS )]
Semakan dan kelulusan oleh pegawai SSM
Penghantaran status kepada PSP
43
Kutipan Hasil Daripada e-Lodgement Perniagaan
Jenis PerkhidmatanBulan (RM)
Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis Jumlah
Carian Nama (PNA42) Percuma
Pendaftaran Baru (Borang A) 4,035 48,675 80,390 89,945 87,630 74,410 89,075 87,055 561,215
Kemaskini Butir-Butir Perniagaan (Borang B)
1,125 5,981 11,525 13,395 13,225 11,885 13,535 15,785 86,456
Pembaharuan PendaftaranPerniagaan (Borang A1)
2,610 3,423 6,655 5,905 7,005 5,265 5,015 6,335 42,213
Penamatan Percuma
Jumlah 7,770 58,079 98,570 109,265 107,860 91,560 107,625 109,175 689,884
Mulai 21 November sehingga Disember 2007, SSM telah menerima sejumlah 35 urus niaga bagi e-Lodgement Syarikat yang melibatkan 28 permohonan nama syarikat (Borang 13A), dua permohonan untuk pemerbadanan syarikat, satu permohonan pertukaran nama syarikat dan dua urus niaga bagi serahan pertama untuk Borang 24 (Penyata Penguntukan Saham), Borang 44 (Notis Alamat Pejabat Berdaftar) dan Borang 49 (Penyata Perubahan Maklumat Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat) dalam masa satu bulan selepas pemerbadanan syarikat dan dua urus niaga untuk penyerah simpanan Borang 49.
Butir-Butir Urus Niaga e-Lodgement Syarikat
Jenis-Jenis Perkhidmatan Bulan (Kuantiti)
Carian Nama – Borang 13A Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis Jumlah
Pemerbadanan
Belum diperkenalkan
9 19 28
Serah Simpan Kali Pertama 2 2
Penyata Tahunan EPC 2 2
Penyata Tahunan dan Akaun
Notis Pejabat Berdaftar – Borang 44
Notis Ahli Berdaftar – Borang 53
Penyata Penguntukan Saham – Borang 24
Pertukaran Nama – Borang 11 1 1
Maklumat Pengarah dan Pengurus – Borang 49
2 2
Permohonan Lesen Setiausaha Syarikat – Borang 48B
Pembaharuan Lesen Setiausaha Syarikat – Borang 48C
Jumlah 9 26 35
Meningkatkan Kecekapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam (sambungan)
44
Kutipan Hasil e-Lodgement Syarikat
Jenis-Jenis Perkhidmatan Bulan (Kuantiti)
Carian Nama – Borang 13A Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis Jumlah
Pemerbadanan
Belum Diperkenalkan
270 600 870
Serah Simpan Kali Pertama 2,000 2,000
Penyata Tahunan EPC 2 2
Penyata Tahunan dan Akaun
Notis Pejabat Berdaftar – Borang 44
Notis Ahli Berdaftar – Borang 53
Penyata Penguntukan Saham – Borang 24
Pertukaran Nama – Borang 11 100 100
Maklumat Pengarah dan Pengurus – Borang 49
2 2
Permohonan Lesen Setiausaha Syarikat – Borang 48B
Pembaharuan Lesen Setiausaha Syarikat – Borang 48C
Jumlah 270 2,700 2,970
Bilangan terbesar pengguna perkhidmatan e-Lodgement pada tahun 2007 adalah daripada Selangor seperti yang dinyatakan dalam carta berikut:
Permohonan Menerusi e-Lodgement Mengikut Negeri
Kuala Lumpur
Selangor
Johor
Pulau Pinang
Perak
Kedah
Pahang
Lain-lain
Bagi memudahkan lagi orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan ini, SSM telah menyediakan borang-
borang pendaftaran perniagaan yang ringkas dan telah melaksanakannya pada 16 Mei 2007. Orang ramai
tidak perlu lagi mendapatkan pengesahan dan tandatangan daripada pegawai-pegawai pengesah seperti
Pesuruhjaya Sumpah.
42.19
26.02
1.821.24
6.981.314.68
15.76
Meningkatkan Kecekapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam (sambungan)
4545
SSM berhasrat untuk mencapai kadar penggunaan 80 peratus bagi permohonan secara dalam talian pada tahun 2009. Bagi memastikan operasi dalaman yang cekap dan sistem penyampaian yang berkesan, langkah-langkah konkrit telah dilaksanakan dengan mewujudkan sebuah unit khas untuk e-Lodgement dalam SSM. Di samping itu, SSM juga telah membangunkan perkhidmatan Bantuan Khidmat Pelanggan khusus untuk membantu pengguna-pengguna e-Lodgement dan butirannya adalah seperti berikut:
Isnin-Jumaat mulai 8.15 pagi hingga 8.15 malamSabtu-Ahad mulai 8.15 pagi hingga 5.15 petangTalian Bantuan Khidmat Pelanggan SSM - 03 40476111 / 40476222Faksmili - 03 40476337E-mel - [email protected]
Melanjutkan Masa Operasi Kaunter Bayaran dan Kaunter Perkhidmatan Khas
SSM telah melanjutkan masa operasi kaunter bayaran di seluruh negara semasa waktu puncak bermula pada 20 Januari sehingga 15 Februari 2007 dan 16 Julai hingga 7 Ogos 2007; dengan waktu operasi mulai 8.15 pagi hingga 6.30 petang (Isnin-Jumaat) dan 8.30 pagi hingga 5.00 petang (Sabtu). Waktu puncak menyaksikan sejumlah besar Penyata Tahunan dan Penyata Kewangan diserah simpan. Secara purata, SSM telah memberi perkhidmatan kepada 852 pelanggan pada waktu puncak berbanding 802 pelanggan pada hari biasa. Objektif melanjutkan masa operasi kaunter adalah untuk membolehkan dokumen-dokumen berkanun diserah simpan dalam tempoh masa yang ditetapkan mengikut peruntukan dalam AS 1965.
Bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk memanfaatkan turutan nombor istimewa seperti 07-07-07 dan 20-07-2007 sebagai tarikh pemerbadanan syarikat atau pendaftaran perniagaan mereka, SSM telah membuka kaunter perkhidmatan khas di seluruh negara pada tarikh istimewa tersebut pada 7 Julai 2007 (070707) dan 20 Julai 2007 (20072007). SSM merekodkan sejumlah 228 pemerbadanan syarikat dan 266 pendaftaran perniagaan baru pada tarikh 7 Julai 2007 manakala 295 pemerbadanan syarikat dan 749 pendaftaran perniagaan baru dicatat pada tarikh 27 Julai 2007.
SSM juga telah membuka kaunter perkhidmatan khas di seluruh negara pada Hari Kemerdekaan (31 Ogos 2007) bagi membolehkan pihak-pihak yang berminat untuk memperbadankan syarikat dan mendaftar perniagaan pada tarikh bersejarah tersebut. Untuk membuat pengumuman kepada orang ramai, SSM menggunapakai pendekatan strategi berkembar yang terbahagi kepada inisiatif dalaman dan luaran. Inisiatif luaran termasuklah penerbitan iklan dalam akhbar-akhbar utama tempatan (Berita Harian, Utusan Malaysia, the New Straits Times, the Star dan Sin Chew Jit Poh) manakala inisiatif dalaman termasuklah usaha-usaha SSM untuk mengedarkan notis, memasang poster dan pengumuman melalui laman web SSM. Pada Hari Kemerdekaan, kaunter-kaunter SSM telah dibuka untuk perkhidmatan mulai 8.15 pagi hingga 4.15 petang.
Meningkatkan Kecekapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam (sambungan)
4646
Pendaftaran Perniagaan dan Pemerbadanan Syarikat pada Hari Kemerdekaan
Negeri Perniagaan Syarikat
Kuala Lumpur 123 238
Selangor 56 43
Pulau Pinang 25 46
Labuan - 2
Perlis 8 2
Terengganu 9 5
Melaka 27 21
Pahang 20 11
Negeri Sembilan 3 9
Kedah 12 25
Kelantan 7 12
Perak 8 5
Johor 5 18
Sabah - 24
Sarawak - 27
Jumlah 303 488
Sejumlah 791 pendaftaran baru yang merangkumi 303 pendaftaran perniagaan dan 488 pemerbadanan syarikat telah direkodkan pada Hari Kemerdekaan. Ibu Pejabat SSM mencatatkan bilangan terbanyak dengan 361 pendaftaran (123 perniagaan dan 238 syarikat) diikuti Selangor dengan 99 pendaftaran (56 perniagaan dan 43 syarikat) dan Pulau Pinang dengan 71 pendaftaran (25 perniagaan dan 46 syarikat).
Desentralisasi Carian Nama
Desentralisasi proses carian nama syarikat telah berjaya mengurangkan tempoh masa yang diambil untuk meluluskan nama-nama syarikat untuk tujuan pemerbadanan. Melalui inisiatif tersebut, pegawai-pegawai negeri diberikan kuasa untuk memproses permohonan untuk carian nama. Ini membolehkan permohonan tersebut diproses dalam masa satu hari berbanding lima hari sebelum ini.
Liberalisasi nama syarikat
Inisiatif ini membolehkan SSM untuk lebih fl eksibel dalam meluluskan nama-nama syarikat untuk tujuan pemerbadanan. Dengan inisiatif tersebut, nama-nama yang ditolak berasaskan kepada persamaan nama telah berkurangan dan seterusnya meningkatkan bilangan nama yang diluluskan. Ianya menyumbang ke arah untuk peningkatan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan SSM.
Meningkatkan Kecekapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam (sambungan)
Melaksanakan Kerangka Perundangan yang Dinamik
49
Melaksanakan Kerangka Perundangan yang Dinamik
“Pada tahun 2007, pelbagai
pindaan telah dibuat ke atas
kerangka perundangan yang
sedia ada selaras dengan
perkembangan dan aliran terkini
di peringkat nasional dan juga
antarabangsa. Pindaan-pindaan
tersebut dibuat dengan tujuan
untuk mengukuhkan kerangka
tadbir urus korporat nasional
selaras dengan pembangunan
industri yang dinamik dan
untuk mewujudkan kerangka
perundangan yang baik, moden
dan relevan”
Pada tahun 2007, anjakan paradigma telah berlaku dalam SSM. Pelbagai pindaan telah dibuat ke atas kerangka perundangan yang sedia ada selaras dengan perkembangan dan aliran terkini di peringkat nasional dan juga antarabangsa. Pindaan-pindaan tersebut dibuat dengan tujuan untuk mengukuhkan kerangka tadbir urus korporat nasional supaya sesuai dengan pembangunan industri yang dinamik dan untuk mewujudkan kerangka perundangan yang baik, moden dan relevan.
Pindaan-Pindaan Kepada Akta Syarikat 1965
Sebelum pindaan dibuat, SSM telah menjalankan proses rundingan untuk mendapatkan maklum balas daripada beberapa badan seperti Institut
Pentauliahan Setiausaha dan Pentadbiran Berkanun Malaysia (MAICSA), Institut Akauntan Malaysia (MIA), Institut Pentauliahan Akauntan Awam Malaysia (MICPA), Syarikat-Syarikat Awam Tersenarai (FPLC), Persatuan Setiausaha Syarikat Malaysia (MACS), Persatuan Perbankan Malaysia (ABM) dan Persatuan Bank-Bank Saudagar Malaysia (AMBM), Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Majlis Peguam, Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG), Dewan Perdagangan dan Industri Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM). Akta Syarikat (Pindaan) 2007 (Akta 1299) telah mendapat Perkenan DiRaja pada 27 Julai 2007 dan telah diwartakan pada 31 Julai 2007. Sebanyak 24 peruntukan telah dibuat pindaan dan/atau diperkenalkan. Pindaan-pindaan tersebut telah dibentangkan di Dewan
50
Rakyat pada 8 Mei 2007 dan Dewan Negara pada 23 Mei 2007. Menteri telah menetapkan 15 Ogos 2007 sebagai tarikh untuk pelaksanaan semua pindaan tersebut. Pindaan-pindaan yang dibuat adalah tepat pada masanya dan konsisten dengan langkah Kerajaan untuk mengukuhkan tadbir urus korporat, memupuk semangat keusahawanan dan pada masa yang sama menggalakkan pengambilan risiko secara bertanggungjawab di kalangan komuniti perniagaan. Ia juga adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk menjalankan perniagaan.
Pindaan-pindaan dibahagikan kepada empat bidang utama:
(i) Pemfailan Dokumen-Dokumen Secara Elektronik
Beberapa ciri utama yang diperkenalkan termasuklah membolehkan Pendaftar mengeluarkan dokumen secara elektronik, mengenepikan keperluan akuan berkanun dan penyaksian bagi dokumen yang diserah simpan secara elektronik. Pindaan turut memperuntukkan pemberian masa selama 14 hari untuk membolehkan dokumen gantian difailkan bagi dokumen-dokumen yang telah diserah simpan dengan tidak mematuhi peruntukan mengenai pemfailan elektronik.
(ii) Pengukuhan Kerangka Tadbir Urus Korporat
Tadbir urus korporat menjadi tema utama kepada pindaan yang merangkumi perkara-perkara berkaitan tugas-tugas dan tanggungjawab para pengarah serta kewajipan penzahiran semua transaksi
yang melibatkan diri mereka. Mengikut kerangka perundangan baru, fungsi dan kuasa lembaga pengarah telah diberi pengiktirafan statutori. Selain daripada itu, semua pindaan telah memperjelaskan perkara-perkara seperti tahap keperihatinan, kemahiran dan ketelitian setiap pengarah, pelaksanaan proses membuat keputusan perniagaan, sandaran kepada maklumat oleh pengarah, tanggungjawab pengarah-pengarah nomini, pewakilan kuasa dan tanggungjawab pengarah serta larangan terhadap penyalahgunaan harta benda syarikat, jawatan dan peluang-peluang perniagaan. Dalam peruntukan tertentu, defi nisi ‘pengarah’ telah diperluaskan merangkumi pegawai-pegawai lain seperti Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Operasi, Ketua Pengawal Kewangan dan mana-mana orang yang memikul tanggungjawab utama dalam pengurusan operasi atau kewangan sesebuah syarikat. Ini bertujuan untuk meningkatkan tahap tanggungjawab pihak pengurusan kanan syarikat. Sebagai tambahan, pindaan-pindaan juga merangkumi peruntukan mandatori ‘whistle-blowing’ bagi juruaudit syarikat-syarikat awam untuk melaporkan kesalahan-kesalahan serius yang melibatkan penipuan atau pecah amanah yang dilakukan oleh pegawai-pegawai syarikat, dan juga peruntukan bukan mandatori ‘whistle-blowing’ bagi pegawai-pegawai syarikat untuk melaporkan kesalahan-kesalahan serius. Semua peruntukan tersebut adalah untuk menggalakkan juruaudit dan pegawai-pegawai syarikat tampil untuk memberi maklumat kepada SSM supaya tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya
Melaksanakan Kerangka Perundangan Dinamik (sambungan)
51
Melaksanakan Kerangka Perundangan Dinamik (sambungan)
boleh dilaksanakan. Juruaudit akan diberi perlindungan daripada sebarang tanggungan sivil, pendakwaan jenayah atau tindakan disiplin di atas sebarang maklumat yang dilaporkan. Bagi pegawai-pegawai syarikat, mereka tidak boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat, dikenakan tindakan sivil atau tindakan disiplin kerana membuat laporan kepada pihak Pendaftar.
(iii) Penerimaan Pragmatik
Pindaan-pindaan yang dibuat juga merangkumi peruntukan injunksi berkenaan sebarang pelanggaran peruntukan di bawah Akta Syarikat 1965 (AS 1965). Selain daripada injunksi yang menghalang perlakuan atau kemungkinan melakukan perbuatan yang melanggar peruntukan AS 1965, ia juga memperuntukkan permohonan injunksi untuk mengarah pelaksanaan sesuatu tindakan di bawah AS 1965. Pindaan-pindaan yang dibuat juga menggalakkan penglibatan pemegang saham dengan pengenalan peruntukan tindakan statutori derivatif. Di samping itu, pindaan juga memberi kelonggaran berhubung lokasi sesuatu mesyuarat agung serta membenarkan mesyuarat dijalankan secara elektronik.
(iv) Pindaan Pengemaskinian
Pindaan-pindaan untuk tujuan pengemaskinian telah dibuat untuk memansuhkan peruntukan yang lapuk, mengelakkan penindanan obligasi berkanun dan memperjelaskan lagi peruntukan undang-undang yang tertentu.
Perintah Syarikat (Pemfailan Elektronik) 2007
Bagi mempermudahkan perkhidmatan e-Lodgement yang disediakan oleh SSM, Perintah Syarikat (Pemfailan Elektronik) 2007 telah diwartakan pada 15 November 2007, yang menetapkan dokumen-dokumen yang boleh difail atau diserah simpan secara elektronik.
Pindaan Ke Atas Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957
Pada tahun ini, pindaan telah dibuat ke atas Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 bagi memenuhi keperluan perkhidmatan e-Lodgement. Pindaan telah dibuat kepada borang-borang yang ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 sebagaimana yang terkandung di dalam Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2007 yang telah diwartakan pada 16 April 2007. Bagi menetapkan dokumen-dokumen yang boleh difail atau diserah simpan secara elektronik, Perintah Pendaftaran Perniagaan (Pemfailan Borang-Borang Elektronik) 2007 juga telah diwartakan pada 16 April 2007. Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) (No. 2) 2007 memperuntukkan bayaran langganan yang dikenakan bagi perkhidmatan elektronik dan juga bayaran yang ditetapkan bagi permohonan-permohonan lain yang tidak dinyatakan dalam kerangka perundangan semasa.
52
Projek Semakan Semula Undang-Undang Korporat (CLRP)
Jawatankuasa Semakan Semula Undang-Undang Korporat (CLRC) telah membentangkan Laporan Interim kepada Anggota-Anggota Suruhanjaya pada bulan Julai 2007. CLRC memainkan peranan untuk membuat semakan yang menyeluruh ke atas polisi-polisi perundangan AS 1965 dan selanjutnya untuk mencadangkan pindaan-pindaan yang perlu dibuat agar aktiviti-aktiviti korporat dan perniagaan dapat berfungsi secara kos efektif, konsisten dan telus dalam persekitaran perniagaan yang kompetitif sejajar dengan piawaian tahap tadbir urus korporat antarabangsa. Ahli-ahli CLRC terdiri daripada:
• Dato’ K C Vohrah (Pengerusi) Juru Runding• Datuk Dr Abdul Samad Hj Alias Akauntan Bertauliah• Dato’ Loh Siew Cheang Peguambela & Peguamcara• Datuk Simon Shim Kong Yip (berkuatkuasa 1 Oktober 2005) Peguambela & Peguamcara• Abdul Karim Abdul Jalil (berkuatkuasa 1 November 2005) Ketua Pegawai Eksekutif SSM• Dato’ Dr Nik Ramlah Nik Mahmood Wakil Suruhanjaya Sekuriti • Selvarany Rasiah Wakil Bursa Malaysia Securities Berhad• Charon Wardini Mokhzani Timbalan Ketua Eksekutif, CIMB Investment Bank Berhad• Philip Koh Tong Ngee Peguambela & Peguamcara• Peter Lee Siew Choong Peguambela & Peguamcara• Cheong Kee Foong Peguambela & Peguamcara• Lim Tian Huat Akauntan Bertauliah• Eric Kang Shew Meng Setiausaha Syarikat • Profesor Dr Khaw Lake Tee Universiti Malaya• Profesor Dr Aishah Bidin Universiti Kebangsaan Malaysia • See Mee Chun (berkuatkuasa 17 Oktober 2005) Wakil Jabatan Peguam Negara • Wakil Jabatan Insolvensi Malaysia• Ahmad Azhari Abd Hamid (berkuatkuasa 15 Ogos 2006) Wakil Jabatan Perdana Menteri
Melaksanakan Kerangka Perundangan Dinamik (sambungan)
53
Laporan Interim mengandungi cadangan-cadangan CLRC mengenai Dokumen-Dokumen Perundingan berikut:
• Peraturan Pengekalan Modal dan Modal Saham: Memudah dan Mengemas Peruntukan-Peruntukan Yang Melibatkan Saham
CLRC mencadangkan untuk menghapuskan dua konsep utama yang digunakan oleh syarikat bagi mengawalselia peraturan yang melibatkan modal saham syarikat iaitu konsep di mana saham mesti dikeluarkan pada nilai tara atau nominal dan syarikat mesti didaftarkan dengan modal saham yang dibenarkan.
• Penglibatan Dengan Pemegang Saham
Salah satu cadangan utama di bawah dokumen perundingan ini ialah syarikat persendirian tidak lagi perlu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Walau bagaimanapun, kelonggaran untuk mematuhi kehendak mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan tidak diberikan kepada syarikat awam. CLRC juga mengesyorkan penghapusan peruntukan yang memerlukan persetujuan sebulat suara untuk meluluskan sesuatu resolusi bertulis. Sebaliknya, sesuatu resolusi bertulis boleh diluluskan dengan majoriti sebagaimana yang diperlukan dalam Mesyuarat Agung.
• Pembaharuan Undang-undang Dalam Proses Likuidasi Syarikat
CLRC telah mengesyorkan supaya inti pati struktur undang-undang dan prosedur berkaitan dengan proses likuidasi syarikat yang digunapakai masa kini dikekalkan. Walau bagaimanapun, CLRC mencadangkan pembaharuan dibuat dalam perkara-perkara berkaitan permulaan dan penamatan proses penggulungan syarikat, proses pelupusan harta bagi syarikat tak mampu bayar, hak dan kuasa pelikuidasi, hak-hak pemiutang bercagar, hutang keutamaan (preferential debts) dan proses pembatalan nama syarikat. Semua cadangan ini telah dirumus untuk memudahkan prosedur undang-undang bagi menggalakkan keberkesanan perniagaan di samping memastikan kepentingan pemiutang tidak dipinggirkan.
• Menjelaskan dan Merangka Semula Peranan dan Tanggungjawab Pengarah
CLRC mengesyorkan supaya diperkenalkan “Business judgement rule” diperkenalkan untuk memberikan imuniti kepada para pengarah korporat dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka bagi memberikan manfaat yang terbaik untuk syarikat. CLRC juga mencadangkan untuk menjelas dan merangka semula peranan dan tugas pengarah selaras dengan haluan dan pembangunan semasa serta cadangan Laporan Jawatankuasa Tertinggi Kewangan Ke atas Tadbir Urus Korporat.
Melaksanakan Kerangka Perundangan Dinamik (sambungan)
54
Laporan Interim ini akan membentuk sebahagian daripada Laporan Akhir CLRC yang akan dibentangkan pada suku pertama tahun 2008. Laporan Akhir akan mengandungi cadangan-cadangan yang telah dibincangkan di dalam dokumen perundingan berikut :
(i) Members’ Rights and Remedies;(ii) Creating a Conducive Legal and Regulatory Framework for Businesses;(iii) Capital Maintenance Rules and Shares Capital: Simplifying & Streamlining Provisions Applicable
to the Reduction of Capital, Share Buy Back & Financial Assistance;(iv) Review of the Provisions Regulating the Substantial Property Transactions;(v) Review of the Corporate Insolvency Regime – The Proposal for a Corporate Rehabilitation
Framework; Review of the Company Receivership Process; and Company Charges and Registration Process – Improvements to the Present Registration System;
(vi) Review of the Criminal, Civil and Administrative Sanctions in the Companies Act 1965; dan(vii) Auditors’ Roles and Responsibilities.
CLRP merupakan contoh usahasama strategik yang dibentuk oleh SSM dengan badan pengawalselia yang lain, institusi profesional dan ahli-ahli komuniti perniagaan. Kebijaksanaan, pengalaman dan idea yang dikemukakan oleh ahli CLRC akan digunakan untuk membentuk agenda semakan undang-undang korporat yang kukuh dan sesuai dengan kehendak negara.
Melaksanakan Kerangka Perundangan Dinamik (sambungan)
Mendukung Pendekatan ‘Penguatkuasaan Seimbang’
57
Mendukung Pendekatan ‘Penguatkuasaan Seimbang’“Bertentangan dengan pandangan umum bahawa
penguatkuasaan bermaksud penahanan, pendakwaan,
hukuman, penyiasatan, perbicaraan dan lain-lain
“ejusdem generis” (dari jenis atau sifat yang sama), terma
‘penguatkuasaan’ di SSM mempunyai dimensi yang berbeza”
Meningkatkan Kecekapan ’Penguatkuasaan Seimbang’ SSM
Kelazimannya, pelaksanaan penguatkuasaan adalah bersifat menghukum iaitu pengenaan kompaun, penahanan, penyiasatan, pendakwaan, perbicaraan dan akhirnya dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.
Walau bagaimanapun, di SSM, perkataan ‘penguatkuasaan’ kini mempunyai satu dimensi baru. SSM percaya pendekatan penguatkuasaan merangkumi SEMUA usaha yang dilaksanakan ke arah memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan oleh semua golongan. SSM kini telah menggunapakai pendekatan ’Penguatkuasaan Seimbang’ di dalam aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan.
Sebelum ini, adalah menjadi satu kemestian bagi semua pihak untuk mematuhi peruntukan undang-undang dan peraturan tanpa diberi maklum mengenai rasional sebenar tentang keperluan untuk mematuhinya. Undang-undang dipatuhi bukan disebabkan oleh keperluan yang boleh dimanfaatkan hasil dari pematuhan tetapi dibuat atas dasar takut kepada hukuman. Walau bagaimanapun, dengan peredaran semasa di mana amalan korporat telah menjadi semakin kompleks berserta dengan pembangunan sistem pendidikan, ketersediaan maklumat dan kemajuan teknologi komunikasi, pendekatan baru dalam menjalankan aktiviti penguatkuasaan perlu diterapkan.
Dengan menggunakan konsep ’Penguatkuasaan Seimbang’ sebagai salah satu rangka kerja untuk menguatkuasakan Akta Syarikat 1965 (AS 1965) dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956), SSM telah melaksanakan penguatkuasaan secara menyeluruh pada tahun 2007. Aktiviti-aktiviti penguatkuasaan lazim seperti penyiasatan, pendakwaan dan pengeluaran kompaun telah dipergiatkan terhadap pesalah korporat. Pada masa yang sama, SSM bertindak pro-aktif untuk memupuk kesedaran tentang keperluan, kepentingan
57
58
dan manfaat mematuhi undang-undang di kalangan komuniti korporat dan juga masyarakat umum menerusi program pendidikan secara berterusan.
Melalui penganjuran pelbagai kursus dan seminar serta aktiviti-aktiviti promosi yang dijalankan secara bersepadu oleh Akademi Latihan SSM dan Seksyen Perhubungan Awam, SSM telah berjaya meningkatkan kesedaran mengenai keperluan, kepentingan dan manfaat mematuhi peruntukan undang-undang tersebut.
Pendekatan Penguatkuasaan Lazim Pendekatan ‘Penguatkuasaan Seimbang’ SSM
• Kompaun• Tangkapan• Penyiasatan• Pendakwaan
• Pendidikan/menerapkan kesedaran menerusi program-program pendidikan, seminar dan penerbitan media yang dianjurkan oleh Akademi Latihan SSM dan Seksyen Perhubun-gan Awam kepada ahli badan-badan yang ditetapkan dan masyarakat umum
• Tindakan pentadbiran• Kompaun• Tangkapan• Penyiasatan• Pendakwaan
Tahun 2007 menyaksikan pengembangan Seksyen Siasatan SSM kepada sebuah Bahagian yang diketuai oleh seorang Pengarah. Dengan penyusunan semula Bahagian ini, ia kini mempunyai empat seksyen utama iaitu Seksyen Kewangan dan Frod (Fraud), Seksyen Tadbir Urus Korporat, Seksyen Penyiasatan Khas dan Seksyen Kesalahan Am.
Selain daripada itu, untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan aduan yang diterima daripada orang ramai, SSM juga telah menubuhkan sebuah Seksyen Aduan. Seksyen Aduan bertindak sebagai platform untuk menerima laporan dan aduan mengenai salah laku korporat daripada orang ramai. Pegawai-pegawai di seksyen ini akan menapis semua laporan dan aduan yang diterima sebelum dimajukan kepada Bahagian Penyiasatan.
Peningkatan Kadar Pematuhan
Peningkatan kadar pematuhan menandakan kecekapan SSM dalam menerapkan tadbir urus korporat dan amalan perniagaan yang terbaik. Bagi tempoh lima tahun iaitu dari tahun 2003 sehingga tahun 2007, kadar pematuhan telah meningkat kepada 91 peratus daripada 44 peratus, iaitu peningkatan sebanyak 47 peratus. Prestasi yang cemerlang ini adalah hasil daripada pengenalan ‘Penguatkuasaan Seimbang’, pegawai-pegawai yang terlatih dan penggunaan alat-alat penguatkuasaan yang lebih cekap.
Mendukung Pendekatan ‘Penguatkuasaan Seimbang’ (sambungan)
59
Mendukung Pendekatan ‘Penguatkuasaan Seimbang’ (sambungan)
59
Pada masa SSM mula ditubuhkan dalam tahun 2002, purata kadar pematuhan adalah 44 peratus. Kadar pematuhan yang rendah ini adalah berpunca daripada kurangnya promosi untuk mewujudkan kesedaran umum mengenai keperluan pematuhan dan sikap orang ramai yang sewenang-wenangnya tidak mematuhi keperluan perundangan atau tidak membayar denda. Dengan peningkatan aktiviti-aktiviti pemantauan, pemeriksaan, penyiasatan dan pendakwaan, kadar pematuhan pada tahun 2004 telah mula menunjukkan peningkatan kepada 64 peratus. Pada tahun 2006, SSM telah menggunapakai pendekatan ’Penguatkuasaan Seimbang’, di samping terus melaksanakan kaedah penguatkuasaan lazim serta memupuk kesedaran orang ramai. Pendekatan tersebut telah menunjukkan hasil yang menggalakkan dengan kenaikan kadar pematuhan kepada 71 peratus. Peningkatan positif kadar pematuhan terus dicatat pada tahun 2006 dengan 80 peratus pematuhan. Pada tahun 2007, kadar pematuhan telah mencapai paras tertinggi iaitu 91 peratus, melebihi sasaran awal 85 peratus yang disasarkan bagi tahun tersebut. Pencapaian cemerlang itu menjadi testimoni akan kejayaan pendekatan ’Penguatkuasaan Seimbang’ yang dilaksanakan oleh SSM.
Kadar Pematuhan SSM Tahun 2003 - 2007
SSM berhasrat untuk mencapai kadar pematuhan tahunan yang setara atau lebih tinggi berbanding dengan pihak-pihak berkuasa seperti Hong Kong (89% - 2006), New Zealand (94% - 2006), Singapura (90% - 2006) dan UK (95% - 2007). Bagi mencapai sasaran tersebut, pendekatan ’Penguatkuasaan Seimbang’ perlu terus diguna dan diperhebatkan.
2003 2004 2005 2006 2007
64%71%
100
80
60
40
20
0
80%
91%
44%
60
Carta Aliran Penguatkuasaan SSM
ADUAN DAN LAPORAN
(Kaunter, surat/faks, e-aduan, rujukan
daripada agensi-agensi lain, telefon)
PENGUATKUASAAN PRO-AKTIF
(Pemantauan, pemeriksaan, menyelesaikan
laporan kesalahan)
SEKSYEN ADUAN
DIRUJUK KEPADA
AGENSI LAIN
MAKLUM BALAS
KEPADA PENGADU
BAHAGIAN
PEMATUHAN
BAHAGIAN
SIASATAN
TINDAKAN
LANJUT
KOMPAUN
BAYAR
TINDAKAN
LANJUT
SEKSYEN
PENDAKWAAN
LUAR
BIDANG KUASA
TINDAKAN
LANJUT
TIADA
TINDAKAN
LANJUT
TIDAK
BAYAR
TIADA
TINDAKAN
LANJUT
TIADA
TINDAKAN
LANJUT
Mendukung Pendekatan ‘Penguatkuasaan Seimbang’ (sambungan)
61
Aduan
Pada tahun 2007, sebanyak 563 aduan telah diterima oleh SSM, yang mana 111 adalah berkaitan dengan
perniagaan dan 452 berkaitan syarikat. Daripada aduan yang diterima, sebanyak 493 telah diselesaikan
yang melibatkan 103 isu-isu perniagaan dan 390 isu-isu syarikat. Analisa bilangan aduan yang diterima
dan diselesaikan pada setiap bulan dinyatakan dalam jadual berikut:
BulanAduan Diterima Aduan Diselesaikan
Perniagaan Syarikat Perniagaan Syarikat
Januari 10 30 10 9
Februari 5 19 5 6
Mac 7 25 7 5
April 10 43 10 19
Mei 9 43 9 20
Jun 12 42 12 20
Julai 11 37 5 68
Ogos 9 55 9 43
September 14 45 6 40
Oktober 5 45 4 58
November 7 32 8 47
Disember 12 36 18 55
Jumlah 111 452 103 390
Pecahan bagi aduan-aduan yang diselesaikan (103 isu perniagaan dan 390 isu syarikat) adalah seperti
berikut:
Tindakan Perniagaan Syarikat
Tiada Tindakan Lanjut (NFA) 13 44
Luar Bidang Kuasa 54 26
Rujuk kepada Bahagian Pematuhan 31 234
Rujuk kepada Bahagian Siasatan 4 60
Rujuk kepada Bahagian Perkhidmatan Perundangan
1 26
Jumlah 103 390
* NOTA: Kes adalah diklasifi kasikan sebagai NFA sekiranya penemuan awal merumuskan tiada
kesalahan dikesan.
Mendukung Pendekatan ‘Penguatkuasaan Seimbang’ (sambungan)
62
500000
400000
300000
200000
100000
0
2006 2007
Tahun
461,477
114,662
Bila
ngan
Pem
erik
saan
Pemeriksaan
Pada tahun 2007, pemeriksaan secara fi zikal ke atas syarikat dan perniagaan diteruskan terhadap aktiviti-aktiviti berikut:
• Pemeriksaan ke atas buku-buku berkanun syarikat bagi memastikan rekod disimpan dengan sempurna dan dikemaskinikan termasuk juga aspek-aspek pematuhan lain di bawah AS 1965;
• Pemeriksaan ke atas dokumen dan rekod perakaunan untuk menyemak kesahihan dan konsistensi Penyata Kewangan yang disimpan oleh syarikat dan yang diserah simpan dengan SSM; dan
• Pemeriksaan ke atas premis perniagaan untuk memastikan perniagaan telah didaftarkan dan mematuhi peruntukan di bawah APP 1956.
Dalam tahun ini, selain daripada pemeriksaan fi zikal, SSM telah memberi penekanan kepada pemeriksaan pangkalan data yang melibatkan penapisan maklumat korporat yang disimpan di dalam pangkalan data SSM untuk mengesan kesalahan yang melibatkan kegagalan untuk menyerah simpan dokumen berkanun.
SSM telah menjalankan sebanyak 104,813 pemeriksaan secara fi zikal dan 356,664 pemeriksaan melalui pangkalan data terhadap syarikat dan perniagaan. Perubahan strategi pemeriksaan telah menunjukkan hasil yang positif di mana bilangan pemeriksaan telah bertambah kepada 461,477 berbanding 114,662 pada tahun 2006 iaitu peningkatan sebanyak 302.5 peratus.
Perbandingan Jumlah Pemeriksaan Tahun 2006 dan 2007
Mendukung Pendekatan ‘Penguatkuasaan Seimbang’ (sambungan)
63
Pengeluaran Kompaun bagi Kesalahan Mengikut Pemeriksaan
Jumlah kompaun yang ditawarkan hasil daripada pemeriksaan melalui pangkalan data dan pemeriksaan secara fi zikal ialah sebanyak RM69.86 juta. Jenis-jenis kesalahan yang dikesan melalui aktiviti pemeriksaan ini adalah seperti jadual di bawah:
Butir-Butir Kompaun Yang Ditawarkan
Bil. Kesalahan (AS 1965) Bilangan Kes
1.Seksyen 121 (1) (b)- Kegagalan mencetak nama dan nombor syarikat dalam dokumen rasmi 77
2.Seksyen 121 (3)- Kegagalan mempamerkan nama syarikat 155
3.Seksyen 143 (1)- Kegagalan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 7,789
4.Seksyen 165 (4)- Kegagalan menyerah simpan Penyata Tahunan 10,604
5.Seksyen 167 (1)- Kegagalan menyimpan rekod perakaunan untuk tempoh tujuh tahun 3
6.Seksyen 169 (1)- Kegagalan membentangkan penyata akaun untung rugi di Mesyuarat Agung Tahunan dalam tempoh masa yang ditetapkan
66,590
7.Seksyen 169 (4)- Kegagalan membentangkan akaun untung rugi yang diaudit di Mesyuarat Agung Tahunan
174
8.Seksyen 364 (2)- Membuat kenyataan palsu/mengelirukan 101
Kesalahan (APP 1956) Bilangan Kes
9.Seksyen 12 (1) (a)- Menjalankan perniagaan tanpa pendaftaran 2,766
10.Seksyen 12 (1) (b)- Menjalankan perniagaan selepas luput tempoh pendaftaran 207,280
11.Seksyen 12 (2)- Kegagalan memaparkan sijil pendaftaran 956
12.Peraturan 17A(1)(b)- Kegagalan mengemukakan perubahan butir-butir berdaftar perniagaan 1,562
Jumlah Bilangan Kompaun yang dikeluarkan 298,057
Mendukung Pendekatan ‘Penguatkuasaan Seimbang’ (sambungan)
64
Siasatan
Pada tahun 2007, sebanyak 42 kes serius ketidakpatuhan tadbir urus korporat telah disiasat yang melibatkan 31 kes berkaitan kesalahan tugas-tugas fi dusiari para pengarah dan pegawai-pegawai syarikat. Terdapat 69 kes lain yang turut disiasat melibatkan kesalahan penipuan dan juga laporan kewangan. Daripada jumlah tersebut 62 kes adalah berkaitan kesalahan membuat kenyataan palsu dan mengelirukan. Selain itu, sebanyak 102 kes telah disiasat di bawah klasifi kasi kesalahan am, daripada jumlah tersebut 75 kes adalah berkaitan kesalahan pihak masih mufl is yang bertindak sebagai pengarah. Pendekatan penyiasatan aktif telah digunapakai untuk memastikan kertas-kertas siasatan (IP) disiapkan dengan lebih cepat terutamanya bagi kes-kes berkaitan tadbir urus korporat, kewangan dan penipuan. Daripada 153 kes yang ditutup pada tahun 2007, sebanyak 96 kes telah dirujuk untuk pendakwaan. Pengembangan Bahagian Siasatan, peningkatan kecekapan pegawai dan penggunaan kaedah penyiasatan yang lebih berkesan telah menghasilkan peningkatan dalam kes-kes yang disiasat dan didakwa.
* NOTA: NFA bermaksud Tiada Tindakan Lanjut
Tahun 2007 juga menyaksikan peningkatan bagi bilangan kertas siasatan (IP) yang dibuka dan juga kertas siasatan yang ditutup. Peningkatan tersebut adalah disebabkan peningkatan kecekapan dan pertambahan bilangan tenaga kerja Bahagian Siasatan.
Pendakwaan
Kes-kes yang didakwa oleh SSM merangkumi kesalahan seperti kegagalan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan, kegagalan mengemukakan Penyata Tahunan, kegagalan mengemukakan akaun yang telah diaudit dalam tempoh yang ditetapkan dan juga kes-kes tadbir urus korporat yang serius termasuklah ketidakpatuhan terhadap tugas-tugas pengarah, kegagalan untuk memberikan maklumat korporat yang tepat, serah simpan kenyataan palsu dan mengelirukan, dan pihak mufl is bertindak sebagai pengarah.
120
100
80
60
40
20
0
55
194 2
17
2006 2007
Pendakwaan
Kompaun
NFA
96
Perbandingan Kes-Kes Pendakwaan, Dikompaun dan NFA
Mendukung Pendekatan ‘Penguatkuasaan Seimbang’ (sambungan)
65
Pada tahun 2007, kes-kes pendakwaan telah bertambah dua kali ganda berbanding dengan tahun-tahun yang lepas disebabkan oleh tindakan pengesanan yang lebih cekap, pegawai yang lebih mahir serta penggunaan alat-alat yang lebih berkesan. Sejumlah 7,626 kes telah didakwa di bawah AS 1965 dan 1,220 kes telah didakwa di bawah APP 1956. Jadual di bawah menunjukkan bilangan kes yang telah didakwa:
Jumlah bilangan pendakwaan kes di bawah AS 1965 dan APP 1956
Tahun AS 1965 APP 1956
Kes DidakwaSabitan
/Kes dilupuskanKes Didakwa
Sabitan/Kes dilupuskan
2007 7,626 4,965 1,220 823
*NOTA: Kes dilupuskan apabila terdapat kepastian sabitan atau setelah kompaun dikeluarkan dan bayaran kompaun dibuat.
SSM amat memandang serius akan kesalahan-kesalahan yang melibatkan tadbir urus korporat. Pada tahun 2007, seramai 82 pegawai/pengarah telah didakwa di mahkamah kerana melanggar prinsip-prinsip tadbir urus korporat. Butir-butir pendakwaan adalah seperti berikut:
Pecahan Kes Tadbir Urus Korporat Yang Didakwa
Bil. Kesalahan (AS 1965) Bilangan Kes
1.Seksyen 364(2)– Membuat kenyataan palsu/mengelirukan 31
2. Seksyen 125(1)– Pihak mufl is belum bebas bertindak sebagai pengarah 44
3.Seksyen 169(14)– Kegagalan memberi maklumat yang tepat dan jelas mengenai keadaan syarikat dalam Penyata Kewangan
2
4.Seksyen 167(1)– Kegagalan menyimpan rekod perakaunan untuk tempoh tujuh tahun
4
5.Seksyen 133A – Pemberian pinjaman kepada pihak yang mempunyai hubungan dengan pengarah
1
Jumlah Kes Yang Dibawa Ke Mahkamah 82
Mendukung Pendekatan ‘Penguatkuasaan Seimbang’ (sambungan)
66
SSM akan menawarkan kompaun bertulis menurut peruntukan di bawah Seksyen 371A AS 1965. Walau bagaimanapun, sekiranya kompaun tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan, pendakwaan akan dimulakan
Pecahan Kes Ketidakpatuhan Yang Didakwa di Bawah AS 1965
Bil. Kesalahan (AS 1965) Bilangan Kes
1Seksyen 7(11) – Kegagalan memberi notis maklumat secara bertulis kepada Pendaftar 34
2Seksyen 107 – Kegagalan mengeluarkan sijil saham 15
3Seksyen 115(2) – Kegagalan menyimpan salinan daftar gadaian 18
4Seksyen 120(1) – Kegagalan memaklumkan pertukaran alamat berdaftar 17
5Seksyen 121(1)(b) – Kegagalan mencetak nama dan nombor syarikat dalam dokumen rasmi 7
6Seksyen 121(3) – Kegagalan mempamerkan nama syarikat 21
7Seksyen 134 – Kegagalan menyimpan daftar pengarah 17
8Seksyen 139(1B) – Pejabat Setiausaha Syarikat dibiarkan kosong lebih dari tempoh satu bulan pada satu masa
1
9Seksyen 139(3) – Setiausaha Syarikat dilantik tanpa kelulusan para pengarah 34
10Seksyen 141 – Kegagalan menyimpan daftar pengarah, pengurus dan setiausaha syarikat 27
11Seksyen 143(1) – Kegagalan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 631
12Seksyen 156 – Kegagalan menyimpan minit-minit mesyuarat dalam buku minit 50
13Seksyen 158(1)(a) – Kegagalan menyimpan dan mengemaskinikan daftar ahli 15
14Seksyen 165A(1) – Kegagalan menyertakan kenyataan juruaudit 4
15Seksyen 165(4) – Kegagalan menyerah simpan Penyata Tahunan 2,318
16Seksyen 165(5) – Kegagalan menyerah simpan Penyata Tahunan oleh Syarikat Persendirian Yang Terkecuali (EPC)
68
17Seksyen 169(1) – Kegagalan membentangkan akaun untung rugi dalam Mesyuarat Agung Tahunan
dalam tempoh masa yang ditetapkan 4,263
18Seksyen 169(4) – Kegagalan membentangkan akaun untung rugi yang telah diaudit dalam Mesyuarat Agung Tahunan
4
Jumlah 7,544
Mendukung Pendekatan ‘Penguatkuasaan Seimbang’ (sambungan)
67
Pecahan Kes Ketidakpatuhan Yang Didakwa di Bawah APP 1956
Bil. Kesalahan Bilangan Kes
1Seksyen 12(1)(a) - Menjalankan perniagaan tanpa pendaftaran 99
2Seksyen 12(1)(b)- Menjalankan perniagaan selepas luput tempoh pendaftaran 639
3Seksyen 12(1)(c) - Kegagalan mematuhi kehendak Pendaftar di bawah Seksyen 10 11
4Seksyen 12(2)- Kegagalan mempamerkan sijil pendaftaran 237
5Peraturan 17A(1)(b)- Kegagalan mengemukakan maklumat perubahan kepada butir-butir berdaftar perniagaan
69
6Peraturan 17A(1)(c)– Kegagalan memfailkan notis untuk penamatan perniagaan 6
7Peraturan 17A(2)– Kegagalan mempamerkan papan tanda 159
Jumlah 1,220
Notis Kompaun Selepas Penyiasatan
Selain daripada membuat pendakwaan terhadap kesalahan yang dilakukan, SSM juga mengeluarkan notis kompaun bagi ketidakpatuhan di bawah AS 1965 dan APP 1956. Butir-butir notis kompaun yang dikeluarkan adalah seperti berikut:
Pecahan Kompaun Yang Ditawarkan Bagi Ketidakpatuhan di Bawah AS 1965
Bil. Kesalahan Bilangan Kes Jumlah Kompaun (RM)
1 Seksyen 9(4) 4 3,100
2 Seksyen 90(1) 1 10,000
3 Seksyen 94(1)(b) 3 30,000
4 Seksyen 115 1 200
5 Seksyen 120 1 500
6 Seksyen 121(1)(b) 1 200
7 Seksyen 121(3) 1 600
8 Seksyen 139B 1 200
9 Seksyen 139(3) 3 1,000
10 Seksyen 143 55 21,890
11 Seksyen 156 3 1,400
12 Seksyen 165(4) 50 22,900
13 Seksyen 169(1) 1,240 854,740
14 Seksyen 169(4) 2 7,000
15 Seksyen 364(2) 1 5,000
Jumlah 1,367 RM958,730
Mendukung Pendekatan ‘Penguatkuasaan Seimbang’ (sambungan)
68
Pecahan Notis Kompaun Ditawarkan Bagi Kes-Kes Ketidakpatuhan Tadbir Urus Korporat
Bil. Kesalahan Jumlah Kompaun (RM)
1Seksyen 90 [1 kes]– Pelawaan/menjemput orang ramai untuk menjadi ahli syarikat tanpa
prospektus yang sah
KompaunRM 10,000
(dibayar)
2Seksyen 94(1)(b) [1 kes]– Kegagalan mematuhi janji yang ditetapkan dalam surat ikatan amanah
KompaunRM 10,000
(dibayar)
3Seksyen 94(1)(b) [1 kes]– Kegagalan mematuhi janji dalam surat ikatan amanah
KompaunRM 20,000
(dibayar)
4Seksyen 125 [1 kes]– Pihak mufl is belum bebas bertindak sebagai pengarah
KompaunRM 8,000(dibayar)
5Seksyen 364(2) [1 kes]– Membuat kenyataan palsu/mengelirukan
KompaunRM 2,500(dibayar)
Jumlah Kutipan Kompaun RM50,500
Pecahan Notis Kompaun Ditawarkan Bagi Ketidakpatuhan Di Bawah APP 1956
Bil. Kesalahan Bilangan KesJumlah Kutipan Kompaun (RM)
1 Seksyen 12(1)(a) 67 8,800
2 Seksyen 12(1)(b) 431 56,900
3 Seksyen 12(2) 160 21,100
4 Peraturan 17A(1)(b) 47 6,100
5 Peraturan 17A(2) 118 15,750
Jumlah 823 RM108,650
Pendakwaan Bersama Dengan Agensi-Agensi Lain
SSM turut sentiasa menjalankan pendakwaan bersama dengan agensi-agensi berkaitan yang lain. SSM percaya pembentukan kerjasama dengan agensi-agensi kawal selia dan penguatkuasa yang lain akan dapat mengheret pesalah korporat ke muka pengadilan. Antara kes-kes penting adalah:
• Bersama Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Pendakwa Raya lwn Sandirasegaran (No. Kes: SA62-48-2007)
Tertuduh telah didakwa atas tiga kesalahan, iaitu di bawah Seksyen 465/471 Kanun Keseksaan bagi pemalsuan dokumen-dokumen (dua pertuduhan) dan Seksyen 64(2) AS 1965 kerana menyerah simpan dokumen-dokumen yang mengandungi kenyataan palsu dan mengelirukan (satu pertuduhan). Kes tersebut ditetapkan untuk perbicaraan pada 27-28 Mac 2008.
Mendukung Pendekatan ‘Penguatkuasaan Seimbang’ (sambungan)
69
• Bersama Suruhanjaya Sekuriti Pendakwa Raya lwn Dato’ Chee Kok Wing & Tan Teck Hong (No. Kes: 62A-217-2007 & 62A-218-2007)
Kedua-kedua tertuduh telah didakwa sebagai pesalah utama dan kerana bersubahat, masing-masingnya di bawah Seksyen 55(1)(A) Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (SCA) dan Seksyen 122B Akta Industri Sekuriti 1991 (SIA) dan di bawah Seksyen 364(2) AS 1965 kerana menyerah simpan dokumen-dokumen yang mengandungi kenyataan palsu dan mengelirukan. Kes ini ditetapkan untuk perbicaraan pada 5-7 Mei 2008.
Litigasi Sivil
Pada tahun 2007, sebanyak 60 fail litigasi sivil telah dikendalikan yang meliputi perkara-perkara berkaitan AS 1965 dan APP 1956. Sebanyak 30 kes telah ditutup selepas diputuskan oleh mahkamah. Kes-kes sivil yang dikendalikan adalah berkaitan dengan:
(a) Seksyen 11(10) AS 1965: rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan atau tindakan Pendaftar;
(b) Seksyen 22 dan 23 AS 1965: nama-nama yang serupa; (c) Seksyen 108 dan 114 AS 1965: permohonan melanjutkan masa untuk pendaftaran
gadaian; (d) Seksyen 125(1) AS 1965: permohonan kebenaran dari Mahkamah untuk pengarah-pengarah
mufl is terus memegang jawatan; (e) Seksyen 141 AS 1965: permohonan pengisytiharan tentang struktur pengurusan syarikat; (f) Seksyen 162 AS 1965: permohonan perintah Mahkamah untuk membetulkan daftar ahli; (g) Seksyen 308(5) AS 1965: permohonan untuk memasukkan semula syarikat ke dalam Daftar
Syarikat setelah syarikat dibatalkan; dan (h) Seksyen 7 APP 1956: permohonan untuk membuat pembetulan kepada daftar ahli.
Pada tahun 2007, SSM turut terlibat dalam beberapa kes litigasi sivil seperti:
• NV Multi Corporation Berhad lwn SSM (Seksyen 84 dan 91 AS 1965) (Skim Kepentingan) Rayuan Sivil No. W-01-41-2005.
NV Multi Corporation Berhad dan subsidiarinya adalah pemaju dan pengendali taman perkuburan (memorial park) yang merangkumi plot kubur dan struktur ‘columbaria’ di Malaysia. Mereka membangunkan kawasan perkuburan untuk jualan plot-plot individu kepada orang awam.
SSM bimbang operasi NV Multi Corporation dan semua subsidiarinya berbentuk penjualan kepentingan kepada orang awam yang lazimnya dikenali sebagai skim kepentingan. Aktiviti tersebut adalah tertakluk di bawah Bahagian IV Divisyen Lima AS 1965. Objektif undang-undang yang sedia ada ialah untuk melindungi kepentingan orang awam dengan memastikan hanya syarikat-syarikat yang telah dibenarkan sahaja boleh menjual kepentingan selain dari saham dan debentur kepada umum. Ini akan mengelakkan kebarangkalian berlakunya penipuan yang boleh menyebabkan kerugian besar kepada pelabur.
Mendukung Pendekatan ‘Penguatkuasaan Seimbang’ (sambungan)
70
Pemeriksaan yang dibuat oleh SSM menunjukkan syarikat berkenaan tidak mendapat surat ikatan yang diluluskan mengikut Seksyen 91(1) AS 1965 untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti perniagaan mereka. SSM telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka bagi kesalahan tersebut. Ekoran itu, tindakan sivil terhadap SSM telah difailkan di MahkamahTinggi Kuala Lumpur bagi mendapat pengisytiharan yang menyatakan bahawa aktiviti-aktiviti perniagaan mereka tidak termasuk di dalam kategori ‘Skim Kepentingan’di bawah Seksyen 84 AS 1965. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan yang memihak kepada NV Multi Corporation Berhad. Rayuan SSM kini menanti perbicaraan di Mahkamah Rayuan.
• Norakhamar lwn SSM (Seksyen 125 dan Seksyen 162 AS 1965) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur saman pemula No. D8-24-355-2006.
Dalam kes ini, Plaintif yang menjadi Setiausaha Syarikat kepada sebuah syarikat bernama ‘Masmanis Sdn Bhd’ telah menfailkan tindakan bagi mendapat pengisytiharan, antara lain, bahawa seorang yang bernama Dato’ Zainal bin Md Deros dilucutkan daripada jawatan Pengarah Syarikat atas alasan kebankrapan dan semua tindakan, urusan atau urus niaga yang dilaksanakan oleh beliau mulai tarikh tersebut adalah terbatal dan tidak sah. Di bawah Seksyen 125 AS 1965, pihak belum bebas mufl is telah melakukan kesalahan dengan memegang jawatan sebagai Pengarah Syarikat tanpa terlebih dulu mendapat kebenaran mahkamah. Ini adalah selaras dengan Seksyen 38 Akta Kebankrapan 1967.
Mahkamah Tinggi membuat keputusan bahawa walaupun pengarah tersebut berjaya mengenepikan perintah kebankrapan, berdasarkan Artikel Syarikat, jawatan pengarahnya secara automatik dilapangkan sebaik sahaja beliau diisytiharkan bankrap. Oleh kerana ketiadaan bukti yang menunjukkan perlantikan semula beliau sebagai Pengarah Syarikat, maka jawatannya sebagai pengarah dianggap telah lucut.
• Halagel (M) Sdn Bhd lwn SSM (Seksyen 22 dan 23 AS 1965) Mahkamah Tinggi Alor Setar (MT2) saman pemula No. 24-1618-2006.
Tindakan sivil ini telah difailkan oleh Plaintif terhadap SSM untuk suatu pengisytiharan bahawa SSM telah melakukan kesilapan meluluskan nama sebuah syarikat lain dengan menggunakan nama ‘Halagel’ yang dikatakan sama dengan nama Plaintif yang menimbulkan kekeliruan umum. Nama Plaintif ialah Halagel Sdn Bhd, manakala nama syarikat baru yang diluluskan oleh SSM ialah Nasmir Halagel Sdn Bhd.
Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif tidak dapat memberi sebarang keterangan untuk membuktikan sebarang kekeliruan atau pun kerugian yang diakibatkan oleh penggunaan nama ‘Halagel’ dan berdasarkan kepada kuasa budi bicara yang diperuntukkan di bawah Seksyen 22 AS 1965, pihak Pendaftar telah membuat tindakan yang betul.
Mendukung Pendekatan ‘Penguatkuasaan Seimbang’ (sambungan)
71
Penguatkuasaan Menerusi Pendidikan dan Kesedaran
Selain daripada kaedah penguatkuasaan lazim seperti pemantauan, pemeriksaan, pendakwaan dan pengeluaran notis kompaun, satu kaedah penguatkuasaan yang penting tetapi kurang mendapat perhatian ialah menjalankan pendidikan dan kempen kesedaran secara berterusan. Dalam melaksanakannya, SSM bertindak pro-aktif dengan melibatkan komuniti korporat, badan-badan profesional, agensi-agensi Kerajaan dan orang ramai menerusi seminar-seminar,‘roadshow’, pameran-pameran dan hebahan media. Perkara-perkara yang ditekankan termasuklah:
• Pindaan kepada AS 1965;• Kepentingan tadbir urus korporat yang baik;• Kesalahan lazim pengarah syarikat;• Peranan pengarah syarikat dan setiausaha syarikat; • Panduan menjalankan perniagaan di Malaysia;• Mengendalikan kes-kes sivil yang melibatkan SSM; dan• Peranan SSM di dalam aktiviti pencegahan pengubahan wang haram.
Penguatkuasaan menerusi pendidikan dan kesedaran akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam Bab 6 (Mendekati Pihak-Pihak Berkepentingan, halaman 93-97) dan Bab 7 (Akademi Latihan, halaman 103-107) dalam Laporan Tahunan ini.
Langkah-Langkah Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan
Malaysia menyokong penuh usaha-usaha membanteras pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Malaysia telah menjadi ahli Kumpulan Asia Pasifi k bagi Pengubahan Wang Haram (Asia Pacifi c Group on Money Laundering, APG). Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) merupakan Undang-Undang Persekutuan yang mempunyai aplikasi ke atas semua Negeri dan Wilayah Persekutuan, termasuk Labuan. Bank Negara Malaysia merupakan pihak berkuasa yang dilantik untuk pelaksanaan AMLA dan mempunyai kuasa untuk memperkenalkan langkah-langkah yang melibatkan institusi domestik dan luar pesisir. Usaha negara mencegah pengubahan wang haram diselaraskan menerusi Jawatankuasa Penyelaras Peringkat Kebangsaan bagi Pencegahan Pengubahan Wang Haram (National Consultative Committee on AML/CFT (NCC)) yang dipengerusikan oleh Bank Negara Malaysia di mana SSM merupakan ahli NCC yang aktif.
Tahun 2007 merupakan tahun yang cukup mencabar bagi NCC dan SSM. Pihak Penilai APG telah melaksanakan satu langkah Penilaian Bersama terhadap Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan di Malaysia. Ia merupakan penilaian bersama kali kedua, selepas penilaian pertama pada tahun 2001 yang bertujuan untuk menentukan struktur perundangan Malaysia dan tahap pematuhan berdasarkan cadangan-cadangan yang dibuat oleh oleh Pasukan Petugas Tindakan Kewangan bagi Pengubahan Wang Haram (Financial Action Task Force on Money Laundering).
Sebelum penilaian dibuat, Pegawai Undang-Undang SSM telah menyertai Pasukan Kerja yang dibentuk oleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakan deraf dan mengemukakan laporan kepada APG. Laporan tersebut dijadikan sebagai rujukan oleh pasukan penilai semasa mereka mengadakan lawatan kerja ke Malaysia.
Mendukung Pendekatan ‘Penguatkuasaan Seimbang’ (sambungan)
72
Semasa proses penilaian, pihak penilai telah mengadakan lawatan ke SSM pada 31 Januari 2007 dan 6 Februari 2007 dengan menumpukan soalan-soalan kepada pihak Pengurusan Kanan SSM mengenai penubuhan syarikat, setiausaha syarikat, syarikat amanah dan syarikat berhad menurut jaminan. Perkara-perkara yang menjadi fokus merupakan:
• Peranan setiausaha syarikat untuk mendapatkan maklumat lengkap para pelanggan.• Keperluan penzahiran kepada SSM dan keperluan untuk mendaftar pemunya benefi sial saham
bagi syarikat-syarikat swasta dan awam.• Tahap kawalan SSM terhadap pemerbadanan dan operasi syarikat berhad menurut jaminan
yang digunakan sebagai organisasi bukan mencari keuntungan untuk mempromosikan kerja-kerja kebajikan.
• Penyeliaan SSM terhadap syarikat amanah untuk memastikan agar pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab tidak menyalahgunakan syarikat tersebut sebagai suatu kaedah untuk mengubah wang haram.
Hasil daripada penilaian yang dibuat, satu laporan komprehensif telah disediakan oleh pihak APG dan telah dibentangkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan APG di Perth, Australia pada 22 – 27 Julai. Di mesyuarat tersebut, SSM telah diwakili oleh dua pegawai kanan dari Pejabat Penguatkuasaan. Pada mesyuarat yang sama, Laporan Penilaian Bersama bagi Malaysia telah dibentang, dibincang dan diluluskan. Laporan penuh berkenaan, kini boleh diakses melalui laman web APG (www.apgml.org).
Pegawai Undang-Undang SSM turut bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia untuk menderaf dan mengeluarkan Garis Panduan Sektoral bagi Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan untuk setiausaha syarikat mengikut Seksyen 66E dan 83 AMLA. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa semua setiausaha syarikat mengetahui tanggungjawab perundangan mereka sebagai suatu institusi pelapor di bawah AMLA. Pada tahun 2007, Garis Panduan tersebut telah diedarkan kepada semua setiausaha syarikat yang diberi lesen oleh SSM. Satu lagi tugas yang ditetapkan dan akan dilaksanakan pada tahun 2008 ialah penyediaan deraf Garis Panduan Sektoral AML/CFT bagi syarikat-syarikat amanah. Langkah ini tepat pada masanya oleh kerana syarikat-syarikat amanah baru-baru ini telah diputuskan sebagai institusi pelapor di bawah AMLA.
Rangkaian Perhubungan
Pada bulan Oktober 2007, delegasi daripada Unit Perisikan Kewangan, Bank Negara Malaysia yang diketuai oleh Pengarahnya, telah mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai dan Pengarah Kanan Pejabat Penguatkuasaan SSM. Semasa lawatan tersebut, Bank Negara Malaysia memuji sumbangan SSM dalam usaha keseluruhan nasional khususnya dalam membuat persediaan bagi Langkah Penilaian Bersama.
Pada bulan Disember 2007, dua Pegawai Undang-Undang SSM telah menghadiri NCC Retreat anjuran Bank Negara Malaysia di Pulau Langkawi untuk mengkaji semula Pelan Tindakan Nasional mengenai Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan berbincang mengenai pendekatan berasaskan risiko yang mana akan digunakan sebagai strategi nasional untuk membanteras AML/CFT.
Mendukung Pendekatan ‘Penguatkuasaan Seimbang’ (sambungan)
Memperkasa Operasi Dalaman
75
“SSM telah memulakan langkah
memperkasakan operasi
dalaman dengan menyediakan
beberapa strategi organisasi
yang spesifik dan mewujudkan
mekanisma dalaman dengan
secukupnya untuk mencapai
Petunjuk Pencapaian Utama
(KPIs), meningkatkan kecekapan
dan memastikan perkhidmatan
penyampaian SSM memenuhi
jangkaan pihak-pihak
berkepentingan”
Pada tahun 2007, SSM telah memulakan langkah dalam usaha untuk memperkasakan operasi dalaman dengan menyediakan beberapa strategi organisasi yang spesifi k dan mewujudkan mekanisma dalaman yang secukupnya untuk mencapai Petunjuk Pencapaian Utama (KPIs), meningkatkan kecekapan dan memastikan perkhidmatan penyampaian SSM memenuhi jangkaan pihak-pihak berkepentingan. Pemerkasaan operasi dalaman dilaksanakan menerusi beberapa cara termasuk perumusan strategi organisasi, pewujudan mekanisma pemantauan, pengenalan dan penyemakan prosedur operasi piawai dan inisiatif-inisiatif lain.
Strategi Tahunan 2007
Di peringkat organisasi, SSM telah merumuskan Strategi Tahunan 2007 yang menjadi rangka kerja am ke arah pelaksanaan semua projek dan aktiviti pada tahun 2007. Stategi Tahunan 2007 telah menggariskan strategi berikut yang telah pun dilaksanakan:
Strategi 1: Pembangunan Pelan Induk IT SSM bertujuan untuk mengukuhkan infrastruktur IT secara keseluruhan bagi memastikan sistem penyampaian yang cekap.
Memperkasa Operasi Dalaman
Strategi 2: Pengukuhan pendekatan ‘Penguatkuasaan Seimbang’ secara serentak dengan penguatkuasaan undang-undang dan meningkatkan kesedaran menerusi pendidikan berterusan.
Strategi 3: Pembangunan dan pemodenan kerangka perundangan korporat ke arah mewujudkan persekitaran perundangan yang kondusif untuk negara.
Strategi 4: Meningkatkan hasil SSM menerusi inovasi produk dan perkhidmatan ke arah mengekalkan kemantapan prestasi kewangan.
Strategi 5: Penambahbaikan proses kerja dalaman SSM dengan mewujudkan sistem penyampaian yang cepat dan berkesan.
Strategi 6: Perumusan dan pelaksanaan polisi Pengurusan Sumber Manusia yang berkesan dengan memberikan fokus kepada pembangunan modal insan.
75
76
Strategi 7: Pengukuhan penjenamaan korporat SSM yang mencerminkan organisasi yang cekap dan dinamik.
Perumusan strategi-strategi tersebut telah membolehkan SSM memberi tumpuan kepada perkara-perkara utama yang memerlukan pembangunan segera ke arah mencapai visinya untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan.
KPIs
Proses mengenal pasti KPIs melibatkan penerapan visi, misi dan strategi organisasi ke dalam kad skor prestasi dan inisiatif bahagian, jabatan dan individu pada setiap awal tahun. Ini termasuklah menerapkan nilai-nilai utama SSM ke dalam piawai kompetensi. Tindakan-tindakan utama dalam mengenal pasti KPIs di SSM adalah seperti berikut:
(i) Penilaian semua kad skor prestasi peringkat bahagian, jabatan dan individu; (ii) Pembangunan pelan tindakan bersama untuk mencapai sasaran-sasaran yang kritikal;(iii) Memaklumkan piawai kompetensi yang diharapkan dari setiap individu di dalam organisasi;
dan (iv) Mengenal pasti pelan pembangunan bersama untuk mencapai piawai kompetensi.
Penilaian KPIs dibuat berdasarkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Prestasi dan Kompetensi yang diperkenalkan pada tahun 2006.
Dalam menentukan objektif strategik dan KPIs, terdapat beberapa kriteria atau kayu pengukur dalam pengukuran prestasi, iaitu:
• Petunjuk Berkaitan Hasil Kerja Diukur berdasarkan kepada jumlah, nilai kewangan, spesifi kasi kadar pematuhan, hasil kerja
yang menepati masa.
• Petunjuk Berkaitan Pelanggan Merujuk kepada kadar penerimaan/membuat semula kerja, kadar kepuasan, bilangan aduan
yang diterima, kadar pengekalan pelanggan dan lain-lain.
• Petunjuk Berkaitan Proses Ia merujuk kepada tempoh putaran masa, pematuhan kepada spesifi kasi proses, pematuhan
kepada jadual, tempoh pemulihan dan lain-lain.
• Petunjuk Berkaitan Sumber Jumlah jam tenaga kerja yang digunakan berbanding dengan tempoh masa yang dirancang,
belanjawan terlebih belanja dan lain-lain.
Dalam melaraskan sasaran dan pelan prestasi individu, penetapan objektif strategik dan KPIs adalah penting di mana tumpuan perlu diberikan kepada sasaran yang memberi kesan kepada strategi-strategi yang telah dirumuskan dan proses-proses berkaitan iaitu memasukkan keutamaan organisasi ke dalam sasaran prestasi dan KPIs individu.
Memperkasa Operasi Dalaman (sambungan)
77
Memperkasa Operasi Dalaman (sambungan)
Langkah-Langkah Penetapan Matlamat/Proses-Proses Petunjuk Pencapaian Utama
Langkah-langkah berikut memerlukan perbincangan di antara penyelia dan pekerja bawahan untuk menetapkan KPIs:
Langkah 1: Menetapkan prestasi bidang tanggungjawabLangkah 2: Menentukan keadaan yang perlu dilakukan, iaitu objektif-objektif organisasi dan
individu Langkah 3: Menetapkan ukuran iaitu Petunjuk Prestasi Langkah 4: Menetapkan sasaran yang perlu dicapai
KPIs Organisasi bagi tahun 2007
Pembentukan Strategi Tahunan 2007 juga telah mengenal pasti beberapa projek dan aktiviti utama yang akan dilaksanakan pada tahun berkenaan. Kejayaan menyiapkan projek-projek dan aktiviti-aktiviti menjadi tanda aras ke arah pencapaian KPIs organisasi.
Strategi 1: Membangunkan Pelan Induk IT SSM untuk mengukuhkan keseluruhan infrastruktur IT bagi memastikan kecekapan sistem penyampaian.
• Pelaksanaan projek e-Lodgement bagi syarikat-syarikat dan perniagaan-perniagaan untuk menyerah simpan dokumen-dokumen berkaitan secara dalam talian.
• Semakan infrastruktur ICT dalam bentuk aplikasi dan pembangunan. Pembangunan Pelan Strategik ICT (ISP) akan menggabungkan isu-isu seperti sistem penyimpanan data dan laluan maklumat, sistem pengurusan rangkaian dan pemantauan, sistem perkhidmatan hos laman web SSM, Sistem Pengurusan Risiko dan Pengurusan Ilmu.
Strategi 2: Untuk mencapai kecemerlangan dalam aktiviti penguatkuasaan di samping mempromosikan pendidikan secara berterusan dalam mempelopori tadbir urus korporat yang baik.
• Melaksanakan pemantauan yang agresif terhadap semua syarikat dan perniagaan di Malaysia untuk mencapai sasaran kadar pematuhan 85 peratus.
• Menubuhkan Urusetia Pencegahan Pengubahan Wang Haram untuk mengawal pengubahan wang haram di kalangan syarikat bagi mengelakkan Malaysia dijadikan pusat pengubahan wang haram.
78
• Memberi latihan kepada para pegawai bagi memastikan dokumentasi yang berkualiti dan disediakan tepat pada masanya bagi semua kes pendakwaan dan litigasi di Mahkamah.
• Mengadakan seminar dan program latihan seperti Program Latihan Pengarah Korporat (CDTP) dan Program Latihan Setiausaha Syarikat Berlesen (LSTP) dalam usaha untuk memberikan pendidikan kepada komuniti korporat mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam memastikan tadbir urus korporat yang baik.
Strategi 3: Membangun dan memodenkan kerangka kawal selia korporat bagi mewujudkan persekitaran perundangan yang kondusif untuk negara.
• Melengkapkan kajian semakan semula Akta Syarikat 1965 (AS 1965) oleh Jawatankuasa Semakan Undang-Undang Korporat (CLRC).
• Pindaan-pindaan kepada AS 1965 bagi memenuhi keperluan dan mempermudahkan pelaksanaan e-Lodgement, memodenkan peruntukan-peruntukan AS 1965 ke arah memperkasakan struktur tadbir urus korporat.
• Pindaan-pindaan kepada Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 untuk memenuhi dan memudahkan perkhidmatan e-Lodgement.
• Mewartakan borang-borang berkenaan bagi tujuan e-Lodgement.
• Merumuskan terma-terma dan syarat-syarat untuk pengguna perkidmatan e-Lodgement.
Strategi 4: Untuk mewujudkan sumber pendapatan baru menerusi inovasi dan prestasi kewangan yang mantap.
• Meningkatkan kecekapan operasi kaunter bergerak dan kaunter litar di seluruh Semenanjung Malaysia.
• Pembangunan produk-produk baru seperti Data Maklumat Korporat, Direktori Korporat dan format baru bagi cetakan maklumat syarikat.
• Pelaburan dalam portfolio baru seperti Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Sijil-Sijil Hutang Boleh Runding Islam (NICD).
Memperkasa Operasi Dalaman (sambungan)
79
Strategi 5: Penambahbaikan proses kerja dalaman ke arah sistem penyampaian yang cepat dan berkesan.
• Penambahbaikan Sistem Pengurusan Dokumen bagi mencapai ketepatan data korporat dengan lebih baik.
• Penambahbaikan kepada galeri semakan awam SSM ke arah mewujudkan suasana yang lebih kondusif bagi semua pihak berkepentingan yang melakukan carian maklumat korporat.
Strategi 6: Pelaksanaan polisi sumber manusia secara berkesan dengan memfokus kepada latihan dan pembangunan dalam memperkasakan keupayaan teknikal dan kompetensi pekerja SSM.
• Menyempurnakan Projek Model Kecekapan.
• Melaksanakan audit produktiviti sumber manusia.
SSM dengan sukacitanya ingin melaporkan bahawa semua KPIs organisasi yang dinyatakan di atas telah berjaya dicapai.
Memenuhi Imperatif Utama dan Kompetensi Yang Sesuai
Adalah penting untuk memastikan pekerja SSM mempunyai kompetensi yang sesuai di dalam bidang kerja mereka bagi membantu mencapai objektif dan matlamat strategik organisasi. Sejumlah 165 program latihan telah diadakan pada tahun 2007 yang dihadiri oleh seramai 1,251 pekerja termasuk enam kakitangan Pengurusan Eksekutif (PTE), 25 kakitangan Pengurusan Kanan (PK), 59 kakitangan peringkat Pengurusan Pertengahan (PPP), 474 kakitangan peringkat Eksekutif (EKS), 599 kakitangan Sokongan Kumpulan (1) dan 88 kakitangan Sokongan Kumpulan (2). Pada tahun 2007, SSM membelanjakan sebanyak RM 1.29 juta bagi latihan. Program latihan yang telah dijalankan adalah seperti berikut:
Jenis Program
Bilangan Program
Jumlah Bayaran
Kursus (RM)
Kehadiran
PTE PK PPP EKSSokongan
Kumpulan (1)
Sokongan Kumpulan
(2)
Luar Negara 10 59,822 1 7 4 7 - -
Umum 111 182,094 2 10 30 141 26 11
Dalaman 44 1,055,760 3 8 25 326 573 77
Jumlah 165 1,297,676 6 25 59 474 599 88
Pada tahun 2007, seramai 19 pekerja daripada pelbagai peringkat di SSM telah menghadiri program luar negara dengan pelaburan sebanyak RM59,822. Program-program yang berkenaan termasuk program Kejayaan Membanteras Penipuan di Singapura, Persidangan Ekonomi dan Pengurusan Fasiliti di Singapura, Forum Daftar Korporat Eropah di Riga, Latvia, program Pengurusan dan Persediaan Kecemasan Organisasi di Bangkok, Kongres Sumber Manusia di Manila, program Strategi Sumber Manusia di Jakarta dan program Utara Sempadan : Wilayah Pembangunan Iskandar di Singapura.
Memperkasa Operasi Dalaman (sambungan)
80
Seramai 220 pekerja daripada pelbagai peringkat dan jabatan SSM telah menyertai 111 program latihan pada tahun 2007 dengan pelaburan sebanyak RM182,094. Program tersebut merangkumi Perakaunan, Pengurusan Stor dan Stok, Kaedah Penyiasatan, Pengurusan Konfl ik, Kemahiran Komunikasi Perniagaan, Penyelenggaraan Aset dan Bangunan, Teknologi Maklumat, Penyelenggaraan Kenderaan Bermotor, Pengurusan Sumber Manusia, Bengkel Teknik Penggambaran Kamera, Penulisan Memo dan Surat Menyurat, Pemikiran Berkesan, “Thinking Outside the Box”, Pengurusan Kewangan, Audit, Kemahiran Menjawab Telefon, Penyediaan dan Penilaian Tender, Pengurusan Rekod Elektronik untuk Sektor Awam, Pengurusan dan Pengacaraan Majlis, Motivasi, Persidangan MAICSA, EPF, Perkhidmatan Pelanggan, Perlindungan dan Keselamatan, Kualiti dan Perkhidmatan Kaunter Cemerlang. Pekerja SSM juga telah menghadiri pelbagai latihan dalaman seperti Perumusan KPIs, Kemahiran Kepimpinan Berkesan, Sistem e-Lodgement, Taklimat Pembantu Tadbir Cemerlang, Meningkatkan Kemahiran Berfi kir Secara Kreatif dan Analitikal, Kursus Kesetiausahaan dan Program Pra-Persaraan. Sejumlah 1,012 pekerja daripada pelbagai peringkat dan jabatan telah menghadiri program-program tersebut dengan jumlah pelaburan sebanyak RM1,055,760. Kerana sedar akan peri pentingnya kemahiran dan kualiti kepimpinan, program “Outstanding Leadership” telah diadakan pada 24 hingga 27 Mei 2007 di Berjaya Tioman Beach Golf & Spa, Pulau Tioman, untuk Pengurusan Kanan, dan Program “Breakthrough Leadership” pada 15-18 November 2007 di Swiss Garden Resort, Lumut untuk Pengurusan Eksekutif bagi meningkatkan kefahaman mereka mengenai khidmat bimbingan, kaedah pementoran, penyelesaian masalah, membuat keputusan serta proses pemikiran strategik.
Program Induksi diadakan pada setiap tahun untuk pekerja baru Bukan Eksekutif dan juga Eksekutif. Setiap pekerja baru disyaratkan menghadiri program selama tujuh hari dan menduduki peperiksaan sebelum pengesahan jawatan mereka di SSM. Program Induksi untuk pekerja Bukan Eksekutif telah diadakan pada 25 Jun 2007 hingga 1 Julai 2007, manakala program untuk Eksekutif telah diadakan di Excel Camp, Lenggeng pada 30 Julai 2007 hingga 5 Ogos 2007. Selain daripada aktiviti dalam kelas, aktiviti-aktiviti luaran juga turut diadakan untuk para peserta.
Ke arah Pengurusan Bakat
Pada tahun 2007, empat projek utama telah dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan pengurusan bakat di SSM. Ini termasuklah:
(i) Pelarasan Gaji Cadangan untuk pelarasan gaji telah dibentangkan pada Januari 2006 dan telah diluluskan oleh
Kabinet pada bulan Februari 2007. Proses ini bermula pada bulan Jun 2005 dengan kuantum pelarasan gaji sebanyak 10, 12, 15 dan 20 peratus mengikut gred. Pelaksanaan pelarasan gaji telah dibuat pada bulan Julai 2007 secara menyeluruh dengan jumlah pelarasan adalah sehingga 20 peratus daripada gaji bulan sebelumnya.
Memperkasa Operasi Dalaman (sambungan)
81
(ii) Sistem Gred Baru (Struktur Baru) Lanjutan daripada pelarasan gaji, sistem gred baru telah diperkenalkan. Kesemua gred SSM
telah ditukar kepada sistem penggredan baru daripada SSM1-12 kepada G64-G45 di mana gred-gred baru tersebut kini sedang dipindahkan secara berperingkat-peringkat ke Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMS).
(iii) Pelaksanaan Kadar Elaun Kos Sara Hidup (COLA) Baru Satu cadangan untuk menambah elaun daripada RM100 kepada RM200 dan RM150 kepada
RM300 (mengikut kadar setiap negeri) telah diluluskan pada bulan Oktober 2007 dan dilaksanakan pada bulan November 2007.
(iv) Pelaksanaan Sistem e-Leave Sistem e-Leave telah diperkenalkan pada bulan April 2007 untuk memudah dan mempercepatkan
proses permohonan cuti daripada pekerja SSM.
Proses Kerja Dalaman
Langkah-langkah untuk meningkatkan kecekapan proses kerja dalaman telah dilaksanakan pada tahun 2007. Antara pencapaian pada tahun ini adalah seperti berikut:
(i) Penubuhan Unit Pengurusan dan Pemantauan Projek Pada tahun 2007, SSM telah menubuhkan Unit Pengurusan dan Pemantauan Projek (PMO), yang
diletakkan di bawah Bahagian Pembangunan Korporat dan Polisi (BPKP). Unit PMO juga telah memperkenalkan Manual Pengurusan dan Pemantauan Projek (Manual P2M) bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan projek dan aktiviti, menyediakan rangka kerja am untuk menyusun dan menguruskan sumber dan menyediakan laporan kepada pihak Pengurusan SSM mengenai perkembangan setiap projek atau aktiviti yang dilaksanakan. SSM telah menggunapakai “MPMM Project Management Life Cycle” seperti di bawah:
Memperkasa Operasi Dalaman (sambungan)
82
Objektif-objektif PMO adalah untuk: (a) Mengurangkan kitaran masa dan kos penyampaian perkhidmatan; (b) Meningkatkan kualiti penyampaian projek; (c) Pengenalan awal kepada isu-isu berkenaan projek, belanjawan, skop dan risiko; (d) Penggunaan semula pengetahuan dan keupayaan menggunakannya untuk projek di masa
hadapan; (e) Meningkatkan ketepatan anggaran kos projek; (f) Meningkatkan persepsi pihak-pihak berkepentingan terhadap organisasi pengurusan
projek; (g) Meningkatkan kecekapan pengurusan sumber dan tenaga kerja; dan (h) Mengurangkan masa yang diperlukan bagi memulakan projek-projek baru.
(ii) Penubuhan Unit Pengurusan Risiko Unit Pengurusan Risiko (RMU) yang diletakkan di bawah BPKP telah ditubuhkan pada suku
ketiga tahun 2007. Seterusnya, Enterprise Risk Management Policy telah diperkenalkan di SSM untuk mematuhi amalan pengurusan risiko terbaik yang konsisten dengan harapan SSM untuk mencapai tahap tadbir urus korporat yang baik dalam pengurusannya. Penubuhan RMU juga adalah konsisten dengan amalan sektor korporat dalam melaksanakan konsep pengurusan risiko dalam operasi harian. Pada masa kini risiko tidak lagi diuruskan secara ‘ad-hoc’ tetapi melalui pendekatan yang lebih sistematik, saintifi k dan berobjektif. SSM telah menerima pakai model AS/NZS4360:2004 sebagai asas polisi pengurusan risikonya. Model ini merupakan piawai kaedah pengurusan risiko yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa. Bagi menyesuaikannya dengan keperluan organisasi, SSM telah membuat beberapa modifi kasi yang sesuai dengan keadaan semasa. Model yang telah diubahsuai tersebut adalah seperti di bawah:
Memperkasa Operasi Dalaman (sambungan)
2007
2008
2009
Memahami+
Pemantauan+
Semakan
Pemantauan+
Semakan
Menetapkan konteks
Defi nisi objektif pengurusan risiko SSM
Mengenal pasti risiko
Menetapkan kategori risiko
Analisis risiko
Penilaian risiko
Membuat kawal selia risiko
Komunikasi
Kajian & pemantauan risiko (Fasa 1)
Pengukuhan dan pemantapan
Kajian & pemantauan risiko (Fasa 2)
83
Risiko yang telah dikenal pasti dalam ‘Enterprise Risk Management Policy’ disusun mengikut kategori (iaitu strategik, pematuhan, sistemik, sistem, operasi dan kewangan) dan dianalisa dari segi penilaian kemungkinan kejadian berlaku, penilaian kesan dan penilaian kawalan. Kemudian, proses pengawalseliaan bagi setiap risiko ditetapkan. Semua bahagian dan negeri mempunyai pegawai perhubungan risiko masing-masing yang menyediakan laporan mengenai langkah-langkah yang telah diambil untuk menguruskan risiko-risiko yang ditetapkan kepada RMU pada setiap bulan mulai tahun 2008. Pada tahun 2008, selain daripada memantau risiko-risiko yang telah dikenal pasti, SSM akan terus memperbaiki ‘Enterprise Risk Management Policy’ yang telah diperkenalkan pada tahun 2007.
SSM juga telah memulakan langkah untuk memupuk budaya pengurusan risiko di kalangan pekerjanya menerusi taklimat-taklimat yang diadakan oleh pihak RMU. RMU juga bertindak responsif kepada setiap ancaman seperti kejadian banjir yang berlaku sepanjang bulan Disember 2007 dan telah mengeluarkan Polisi Pengurusan Risiko Banjir kepada semua pejabat cawangan di seluruh Negara. Polisi ini menerangkan secara terperinci mekanisma pelaporan dan tindakan yang perlu diambil sekira berlakunya sesuatu kejadian yang tidak diingini.
(iii) Inisiatif Pengurusan Ilmu SSM menyedari kepentingan untuk berkongsi maklumat terkini dengan kakitangannya pada
setiap hari. Bermula pada bulan Mei 2007, berita-berita harian mengenai perkembangan ekonomi tempatan dan antarabangsa, perkembangan perniagaan dan sosio-politik dimuatkan ke dalam e-Portal SSM sebanyak dua kali sehari. Berita-berita yang dipetik mempunyai implikasi langsung atau pun tidak langsung kepada fungsi dan operasi SSM. Makluman dan ringkasan berita dihantar melalui e-mel kepada semua pekerja manakala berita penuh boleh diperolehi daripada e-Portal SSM. Selain itu, imbasan petikan akhbar dan majalah juga turut disediakan untuk rujukan pada setiap hari.
Pada tahun 2007, beberapa sesi “Brown Bag” untuk berkongsi maklumat/pengetahuan di kalangan pekerja telah diadakan. Pekerja yang dicalonkan/membuat permohonan untuk menghadiri kursus latihan tertentu yang berkaitan dengan fungsi kerja masing-masing akan berkongsi pengetahuan yang diperolehi daripada kursus yang dihadiri bersama-sama dengan rakan kerja. Dari bulan Januari sehingga Mei 2007, sejumlah sembilan sesi “Brown Bag” telah diadakan dengan dihadiri oleh seramai 163 pekerja.
Pembentukan Pelan Strategik ICT (ISP)
Pada tahun 2007, SSM telah melantik perunding untuk melaksanakan kajian dan penilaian persekitaran ICT SSM. Objektif strategik utama ISP adalah seperti berikut:
• Menetapkan rangka kerja strategik dan garis panduan untuk pembangunan dan penggunaan ICT dalam SSM (iaitu mengenal pasti peluang-peluang ICT, menetapkan aplikasi sasaran, membangunkan strategi teknologi dan membangunkan rangka kerja tadbir urus ICT).
Memperkasa Operasi Dalaman (sambungan)
84
• Penyediaan Pelan Pelaksanaan yang menetapkan hala tuju strategik bagi pelaksanaan aplikasi mengikut keutamaan (iaitu membangun dan membuat susunan keutamaan projek, menyediakan strategi peralihan dan membentuk strategi pelaksanaan).
• Merangka implikasi kewangan bagi setiap inisiatif yang ditetapkan.
Kajian dan analisis merangkumi tiga peringkat iaitu:
(a) Analisis• Membuat analisis keadaan semasa ICT dalam SSM;• Memahami proses-proses perniagaan dan menetapkan perkara-perkara yang memerlukan
perubahan (sekiranya ada); • Mengenal pasti perkara-perkara yang mempunyai persamaan dalam keseluruhan
perniagaan; • Menyusun keutamaan perniagaan untuk strategi ICT; dan • Melibatkan penyertaan pekerja SSM dan pihak Pengurusan - Menyusun jadual dan
melaksanakan sesi temuduga dan bengkel kerja dengan wakil Eksekutif Kanan tertentu untuk memahami visi utama perniagaan, strategi, objektif dan pemacu perniagaan untuk SSM.
(b) Pembangunan• Mengenal pasti reka bentuk aplikasi ICT yang sesuai - polisi, organisasi, aplikasi, data dan
teknologi.
(c) Perancangan• Mengenal pasti dan mengesahkan projek yang boleh membawa manfaat kepada organisasi
untuk menyokong strategi ICT secara keseluruhan; • Membangunkan matlamat jangka pendek, pertengahan dan jangka panjang; • Menyusun keutamaan inisiatif ICT;• Menyediakan anggaran kos peringkat atasan bagi inisiatif-inisiatif utama; • Menyediakan pelan implementasi dan jadual keseluruhan pelaksanaan projek; dan• Menyediakan rangka kerja penilaian untuk menyokong pelaksanaan ISP yang
dicadangkan.
ISP ialah pelan induk lima-tahun untuk meningkatkan kecekapan rangka kerja dan operasi ICT. Pelaksanaannya dijadualkan bermula pada tahun 2008.
Memperkasa Operasi Dalaman (sambungan)
Hubungan Antarabangsa
87
Hubungan Antarabangsa
“Nama SSM terus
harum di persada
antarabangsa
dengan pemilihan
Ketua Pegawai
Eksekutif SSM
sebagai Pengerusi
Bersama dengan
Ketua Eksekutif
ACRA bagi sesi CRF
2007/08”
Pada tahun 2007, SSM telah terlibat secara aktif di dalam acara-acara bertaraf antarabangsa serta mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Forum Pendaftar Korporat 2007
Forum ini mengumpulkan pakar dan perwakilan yang berpengalaman luas dalam aktiviti pendaftaran korporat di Kuala Lumpur dan Singapura. Forum Pendaftar Korporat 2007 (CRF2007) adalah anjuran bersama SSM dan “Accounting and Corporate Regulatory Auhority (ACRA)”, Singapura. Forum tersebut diadakan pada 16-20 April 2007 dengan bertemakan ‘Evolution of the Corporate Registers:Challenges & Opportunities’. CRF2007 bertujuan memberi peluang kepada para perwakilan untuk berkongsi pengetahuan mengenai perkembangan terbaru aktiviti pendaftaran korporat di peringkat antarabangsa di samping bertukar-tukar pengalaman dan maklumat serta isu-isu terkini mengenai sistem
pendaftaran perniagaan dan korporat. Semasa CRF2007, kertas-kertas kerja berikut telah dibentangkan:
(a) Evolusi Pendaftar Korporat: Cabaran dan Peluang;
(b) Ciptaan dan Inovasi Perkhidmatan Korporat;
(c) Penerangan mengenai Semakan Undang-Undang Korporat;
(d) Penerangan mengenai “Jurisdictional Registration System”;
(e) Menggunakan sistem IT dengan sepenuhnya; dan
(f) Pembangunan Produk dan Penggunaan Maklumat Korporat Bersepadu.
Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif SSM telah membentangkan pelbagai kertas kerja seperti berikut:
• Menerajui Peralihan: Pergerakan Ke arah Inovasi dan Keusahawanan;
88
Hubungan Antarabangsa (sambungan)
• Inovasi di dalam Perkhidmatan Korporat; • Program Semakan Undang-Undang Korporat; dan • Evolusi ICT di SSM.
Turut menghadiri forum tersebut adalah perwakilan daripada negara-negara ahli CRF seperti Australia, New Zealand, Kanada, Cook Island, Fiji, Hong Kong, India, Pakistan, Malaysia, Mauritius, Nigeria, Samoa, Singapura, Sri Lanka, Afrika Selatan, Tonga, United Kingdom dan Vanuatu.
Negara-Negara Ahli CRF
Selain daripada itu, CRF2007 juga dihadiri oleh perwakilan dari negara-negara bukan ahli seperti Brunei, Norway, Sweden, Denmark, Sepanyol dan Belanda yang ingin mengetahui dengan lebih dekat mengenai peranan dan cabaran pendaftar-pendaftar korporat. CRF2007 berjaya mengumpulkan sejumlah 67 perwakilan antarabangsa. CRF2007 Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Selaku hos bersama, SSM telah menghantar seramai 12 perwakilan untuk menghadiri forum tersebut.
Nama SSM terus harum di persada antarabangsa dengan pemilihan Ketua Pegawai Eksekutif SSM sebagai Pengerusi Bersama CRF sesi 2007/08 (bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif ACRA). Dengan kejayaan menganjurkan CRF2007 pada bulan April 2007, Malaysia kini dijadikan sebagai pusat rujukan bagi hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan perundangan korporat, penyampaian perkhidmatan awam dan isu-isu lain yang berkaitan.
AMERIKA UTARA• Kanada
EROPAH• United Kingdom
ASIA• Malaysia• Singapura• Hong Kong• India• Sri Lanka• Pakistan
OCEANIA• Australia• New Zealand• Fiji• Vanuatu• Samoa• Tonga• Cook Island
AFRIKA• Afrika Selatan• Zambia• Mauritius• Nigeria
89
Hubungan Antarabangsa (sambungan)
Forum Pendaftar Korporat Eropah 2007
SSM telah menghantar dua perwakilan untuk menghadiri Forum Pendaftar Korporat Eropah (ECRF) 2007 yang diadakan di Latvia pada bulan Jun 2007. Malaysia yang diwakili SSM telah mendapat pengiktirafan daripada negara-negara ahli ECRF melalui kehadirannya.
Kajian Penilaian Bersama Ke atas Malaysia
Pada tahun 2007, SSM telah mengatur lawatan dari pihak Penilai APG bagi Langkah Penilaian Bersama mengenai Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Menangani Pembiayaan Keganasan di Malaysia. Objektif penilaian bersama ini ialah untuk menyemak struktur perundangan yang sedia ada bagi membanteras pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Ia merupakan penilaian bersama kali kedua, selepas penilaian pertama pada tahun 2001. Pasukan Penilai terdiri daripada pegawai-pegawai penguatkuasa kanan dari United Kingdom, New Zealand, Australia dan Indonesia. Semasa lawatan ke SSM pada 31 Januari dan 6 Februari 2007, beberapa soalan telah ditujukan kepada pihak Pengurusan Kanan SSM mengenai penubuhan syarikat, setiausaha syarikat, syarikat-syarikat amanah dan syarikat-syarikat berhad menurut jaminan.
Pegawai-pegawai SSM juga telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan bagi pihak APG mengenai Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Menangani Pembiayaan Keganasan di Perth, Australia pada 22 – 27 Julai 2007. Di mesyuarat tersebut, Laporan Penilaian Bersama mengenai Malaysia telah dibentang, dibincang dan digunapakai. Satu perkara yang membanggakan ialah laporan mengenai Malaysia mendapat reaksi yang sangat positif dari pelbagai pihak. Negara-negara ahli APG lain
memberikan pujian kepada Malaysia yang telah melaksanakan peraturan perundangan yang cukup teratur untuk menangani pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.
Lawatan Delegasi Asing
Pada tahun 2007, SSM berbangga menerima lawatan delegasi asing ke Ibu Pejabat SSM di Kuala Lumpur. Delegasi lawatan terdiri daripada Maldives, Singapura dan juga sekumpulan besar peserta antarabangsa yang menghadiri Forum Pendaftar Korporat 2007 (CRF 2007). Para pelawat telah diberi penerangan oleh SSM mengenai aktiviti operasi, e-Lodgement, e-Info dan juga pindaan-pindaan kerangka perundangan korporat yang berkaitan dengan isu-isu tadbir urus korporat. Lawatan sambil belajar terbukti mendapat sambutan baik para delegasi. Perkara yang turut membanggakan ialah pengiktirafan terhadap SSM sebagai pusat rujukan utama dalam pelbagai bidang berkaitan.
Lain-lain Perhubungan Antarabangsa
Pada tahun 2007, SSM dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) telah menyertai misi perdagangan ke Eropah.
Laman Web CRF
Sebagai negara ahli CRF, laporan mengenai Malaysia dan SSM telah disiarkan dalam laman web CRF iaitu www.corporateregistersforum.org. Laman web CRF juga mempunyai pautan dengan laman web SSM. Laman web CRF dan laman web berbahasa Inggeris SSM disediakan untuk memberi maklumat kepada para peniaga dan pelabur asing mengenai SSM dan juga prosedur-prosedur berhubung penubuhan syarikat-syarikat tempatan serta syarikat-syarikat asing.
90
Halaman kosong
Mendekati Pihak-Pihak Berkepentingan
93
SSM percaya bahawa komunikasi yang berkesan merupakan faktor utama dalam memupuk dan menjalin hubungan teguh dengan pihak-pihak berkepentingan. Komunikasi berperanan untuk membantu menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pembangunan dan kejayaan agenda serta objektif SSM. Strategi ini boleh dicapai menerusi aktiviti-aktiviti yang berkesan dengan memastikan kumpulan sasaran memahami kedudukan, menyokong matlamat, objektif, aktiviti-aktiviti, perkhidmatan, nilai-nilai teras, penjenamaan, kewibawaan dan polisi SSM serta peruntukan perundangan yang mematuhi tatalaku perniagaan.
Dalam usaha mengukuhkan perhubungan dengan pihak-pihak berkepentingan, SSM telah melaksanakan pelbagai program selaras dengan keperluan mereka. Memastikan perhubungan baik dengan semua pihak berkepentingan merupakan sebahagian daripada pengurusan operasi berhemah SSM.
Hubungan Dengan Pihak-Pihak Berkepentingan Melalui Penggunaan ICT
SSM menggunakan internet sebagai satu saluran untuk berhubung dengan pihak-pihak berkepentingan. Makluman seperti lanjutan masa operasi kaunter, pelaksanaan acara-acara dan amalan perundangan terkini telah disebarkan menerusi e-mel. Salah satu kaedah utama komunikasi di dalam persekitaran e-Lodgement adalah melalui e-mel. Malah, syarat utama bagi individu yang ingin menggunakan perkhidmatan e-Lodgement ialah keperluan mempunyai alamat e-mel yang sah bagi tujuan komunikasi yang berkesan.
Selain daripada e-mel, SSM juga menggunakan laman webnya untuk berhubung dengan pihak-pihak berkepentingan dan masyarakat umum. Versi Bahasa Inggeris laman web SSM telah diperkenalkan pada 26 Mac 2007. Dengan pelancaran laman web berbahasa Inggeris, SSM
“Pengurusan pihak-pihak berkepentingan secara baik
mempunyai nilai instrumental untuk menjamin agar
Malaysia beroperasi dengan tadbir urus korporat yang
baik dan teratur, serta mendukung amalan perniagaan
yang terbaik”
Mendekati Pihak-Pihak Berkepentingan
93
94
kini lebih dikenali di arena antarabangsa. Semua maklumat mengenai SSM dan cara-cara untuk menjalankan perniagaan di Malaysia kini boleh diakses oleh komuniti antarabangsa. Laman web SSM menjadi saluran utama bagi menyediakan maklumat kepada komuniti antarabangsa dan para pelabur mengenai proses penubuhan syarikat-syarikat tempatan dan pendaftaran syarikat-syarikat asing. Laman web SSM juga mempunyai pautan dengan laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta perkhidmatan e-Info dan e-Lodgement. Laman web tersebut sentiasa dikemaskini agar berita-berita yang dilaporkan oleh media mengenai SSM, acara-acara yang dianjurkan dan perkembangan terbaru dalam kerangka perundangan dimuatkan. Alamat laman web SSM ialah www.ssm.com.my. Laman web semasa akan dinaik taraf di bawah projek ISP SSM.
Hubungan Media
Mendekati Pihak-Pihak Berkepentingan (sambungan)
95
Mendekati Pihak-Pihak Berkepentingan (sambungan)
Beberapa siaran media dan wawancara telah diadakan bagi menyebarkan mesej-mesej penting untuk meningkatkan kesedaran umum terhadap peranan, produk dan juga perkhidmatan SSM. Pihak pengurusan SSM telah ditemuramah menerusi rangkaian radio seperti KL FM, Classic FM dan juga rangkaian televisyen termasuk TV3, NTV7, Astro, RTM1 dan RTM2 mengenai perkara-perkara seperti pindaan kepada AS 1965, e-Info dan e-Lodgement. Butir-butir siaran menerusi media elektronik adalah seperti berikut:
Rangkaian Tarikh Program Perkara
RTM119 Julai 2007
Selamat Pagi Malaysia
Hari Pengguna Malaysia
27 Disember 2007 Perniagaan Malaysia e- Lodgement
RTM2
28 Mei 2007 Hello On TwoTadbir Urus Korporat dan Pindaan Terbaru AS 1965.
7 Jun 2007 Perniagaan Malaysia Tadbir Urus Korporat dan Pindaan Terbaru AS 1965.
5 September 2007
Selamat Pagi Malaysia Tadbir Urus Korporat dan Pindaan Terbaru
AS 1965. Perniagaan Malaysia
KL FM
26 Julai 2007Wawancara dengan KL FM
Tadbir Urus Korporat dan Pindaan Terbaru AS 1965.
6 September 2007Wawancara dengan KL FM
Tadbir Urus Korporat dan Pindaan Terbaru AS 1965.
27 Disember 2007Wawancara dengan KL FM
e- Lodgement
SSM juga telah mengatur dan mengadakan wawancara media dan mengeluarkan siaran-siaran akhbar. Akhbar-akhbar seperti The New Straits Times (NST), Berita Harian, Utusan Malaysia, The Star, The Edge, Malaysian Business dan lain-lain turut membantu menyampaikan mesej-mesej penting mengenai tadbir urus korporat, pindaan kepada AS 1965, peningkatan dalam sistem penyampaian awam, inisiatif-inisiatif penguatkuasaan dan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan.
Penerbitan ‘Guidelines – Doing Business in Malaysia’
Pada 7 Julai 2007, SSM telah melancarkan sebuah buku panduan bertajuk ‘Guidelines - Doing Business in Malaysia’ dan telah mengedarkannya kepada para pelabur dan orang ramai. Buku tersebut memberi penerangan kepada orang ramai, komuniti perniagaan dan para pelabur, domestik dan juga luar negara, mengenai cara-cara untuk menjalankan perniagaan di Malaysia. Ia mengandungi maklumat mengenai cara menubuhkan syarikat tempatan, mendaftarkan syarikat asing, mendaftarkan perniagaan milikan tunggal dan perkongsian di samping menyatakan bayaran-bayaran dan borang-borang yang ditetapkan bagi maksud berkenaan. Buku panduan tersebut turut memberi penerangan
96
mengenai Akademi Latihan SSM, produk dan perkhidmatan SSM, e-Info, Piagam Pelanggan baru dan lokasi pejabat-pejabat SSM di seluruh negara. Buku tersebut boleh dibeli daripada SSM pada harga RM20 senaskhah. Ia juga telah diedarkan di Latvia, Paris dan juga boleh didapati di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Kemudahan Kaunter Bergerak dan Kaunter Litar
Penubuhan kaunter-kaunter bergerak di seluruh negara dan kaunter litar di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pihak-pihak berkepentingan, terutamanya para peniaga kecil. Kaunter-kaunter tersebut memainkan dua peranan – mempercepatkan pendaftaran dan pembaharuan perniagaan dan menyampaikan maklumat mengenai SSM. Maklumat terperinci mengenai aktiviti-aktiviti kaunter bergerak dinyatakan dalam Bab 1 (Meningkatkan Kecekapan Sistem Penyampaian Awam, halaman 36-37) Laporan Tahunan ini.
Seminar
SSM telah menganjurkan beberapa seminar di seluruh negara bagi memberi penerangan mengenai pindaan kepada AS 1965 dan kesannya. Selain daripada itu, SSM juga telah dijemput untuk mengadakan latihan dan seminar dalaman menerusi kerjasama dengan pelbagai syarikat berkaitan Kerajaan, badan-badan dan organisasi-organisasi profesional. Butir-butir mengenai aktiviti tersebut boleh diperolehi dalam Bab 7 (Akademi Latihan, halaman 103-107) Laporan ini.
Penyertaan SSM dalam Eksposisi dan Program Outreach
SSM turut mengambil bahagian dalam beberapa acara seperti Hari Harta Intelek 2007 pada 26-29 April 2007, SMIDEX pada 5-8 Jun 2007, SDSI Expo di Melaka International Trade Centre (MITC) pada 5-8 Julai 2007, Karnival Pengguna Kebangsaan 2007 di Stadium Shah Alam pada 25-29 Julai 2007, Gerak Usahawan Nasional 2007 di PWTC pada 25-26 Ogos 2007 dan Konvensyen Integriti Nasional 2007 di PICC pada 6 September 2007. Penyertaan SSM dalam acara-acara tersebut telah membantu mengukuhkan lagi profi l dan menghebahkan mesej-mesej penting mengenai inisiatif strategiknya.
Butir-butir mengenai pameran dan program outreach yang diadakan pada tahun 2007 adalah seperti berikut:
Mendekati Pihak-Pihak Berkepentingan (sambungan)
97
Pameran, Ekspo dan Program Outreach pada tahun 2007
Program Anjuran Tarikh
Pameran & Ekspo
Expo – Hari Harta Intelek 2007 Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) 26-29 April 2007
Expo - SMIDEX 2007 Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) 5-8 Jun 2007
Expo - Satu Daerah Satu Industri (SDSI)
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) & Melaka International Trade Centre (MITC) 5-8 Julai 2007
Hari Pengguna Nasional 2007 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 25-29 Julai 2007
Hari Pengguna Nasional (Kuala Lumpur) 2007
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Pejabat KL)/Majlis Hal Ehwal Pengguna KL
16-17 Ogos 2007
Pesta Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (CONVEST 07)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 24-29 Ogos 2007
Gerak Usahawan Nasional 2007 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) 25-26 Ogos 2007
Karnival Remaja Gemilang Peringkat Kebangsaan 2007
Pertubuhan Pembangunan Remaja Malaysia (PEREMA) dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan
25-26 Ogos 2007
Festival Konvokesyen Universiti Malaya (UM) 2007 (FESKUM 07)
Majlis Perwakilan Mahasiswa UM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar UM
3-9 September 2007
Konvensyen Integriti Nasional 2007 Institut Integriti Malaysia (IIM) 6 September 2007
Malaysia Financial Exhibition 2007 (MYFex2007) Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) 30 Oktober - 4
November 2007
Exhibition & Seminar -Perniagaan Melalui Sektor Peruncitan ‘07
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA)
17-18 November 2007
Fiesta Usahawan Luar Bandar 2007 Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) 30 November - 2 Disember 2007
Program Outreach
Program Outreach & Taklimat Mengenai Pendaftaran Perniagaan dan Penubuhan Syarikat
Jabatan Belia & Sukan, Perlis 26 Mac 2007
Program Outreach & Taklimat Mengenai Pendaftaran Perniagaan dan Penubuhan Syarikat
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 10 Julai 2007
Program Outreach & Taklimat Mengenai Pendaftaran Perniagaan dan Penubuhan Syarikat
Majlis Perbandaran Parit Buntar 17 Ogos 2007
Program Outreach & Taklimat Mengenai Pendaftaran Perniagaan dan Penubuhan Syarikat
Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) 14 November 2007
Program Outreach & Taklimat Mengenai Pendaftaran Perniagaan dan Penubuhan Syarikat
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 4 Disember 2007
Mendekati Pihak-Pihak Berkepentingan (sambungan)
98
Halaman kosong
Akademi Latihan
101
SEKOLAH PEMBANGUNAN
PEKERJA
SEKOLAH LITIGASI SIVIL,
PENDAKWAAN DAN PENYIASATAN
Pengisian ilmu melibatkan proses kognitif yang kompleks: persepsi, pembelajaran, komunikasi, perkaitan dan pertimbangan. Istilah ilmu juga boleh digunakan sebagai menyemai pemahaman dan keyakinan mengenai sesuatu perkara dengan kebolehan menggunakannya bagi tujuan tertentu.
Dalam menyediakan ilmu untuk amalan perniagaan terbaik, Akademi Latihan SSM telah ditubuhkan pada 1 April 2007 sebagai satu Bahagian yang diketuai oleh seorang Pengarah yang bertanggungjawab terhadap program-program latihan untuk pengarah dan pegawai syarikat, golongan profesional, komuniti perniagaan dan masyarakat umum mengenai aspek perundangan dan amalan-amalan tadbir urus korporat. Selain itu, Akademi Latihan juga bertanggungjawab untuk meningkatkan keupayaan dan kapasiti pekerja SSM. Akademi Latihan SSM berhasrat untuk menjadi pusat pendidikan terunggul bagi perniagaan dan korporat. Akademi ini dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu Pembangunan Korporat, Pusat Program Antarabangsa, Pentadbiran dan Pusat Sumber, dan Pembangunan Pekerja. Keempat-empat bahagian tersebut disokong oleh empat buah sekolah dalam merancang, membangun dan mengendalikan program-program latihan yang berkaitan kepakaran selain membuat pemerhatian dan penyelidikan seperti di bawah:
SEKOLAH PERUNDANGAN
PERNIAGAAN DAN KORPORAT
SEKOLAH KEWANGAN
KORPORAT
AKADEMI
LATIHAN
SURUHANJAYA
SYARIKAT
MALAYSIA
(COMTRAC)
Akademi Latihan
“Akademi Latihan SSM berhasrat untuk menjadi pusat
pendidikan terunggul bagi sektor perniagaan dan
korporat”
102
Akademi Latihan turut dibimbing oleh sebuah panel penasihat yang dianggotai oleh:
(i) Wong Wing Seong(ii) Y.M. Raja Datuk Arshad Raja Tun Uda(iii) Datuk Dr Zainal Aznam Mohd Yusof(iv) Datuk Dr Abdul Samad Hj Alias(v) Idris Abdullah(vi) Mohd Arif Mohd Yusof(vii) Tee Geok Hock(viii) Abdul Karim Abdul Jalil (selaku ex-offi cio)
Nama dan Logo Baru Bagi Akademi Latihan
Akademi Latihan kini dikenali sebagai Companies Commission of Malaysia Training Academy (COMTRAC), selepas ia mula beroperasi pada bulan April 2007. COMTRAC juga mempunyai logo rasmi seperti berikut:
Penjelasan Logo
COMTRAC ialah ringkasan untuk ‘COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA TRAINING ACADEMY’
COM - Companies Commission of Malaysia/Suruhanjaya Syarikat MalaysiaTR - Training/Latihan AC - Academy/Akademi Huruf C berbentuk tiga dimensi melambangkan komitmen COMTRAC untuk menghasilkan pihak-pihak berkepentingan yang berilmu dan pragmatis.
Bentuk Glob/bumi pula menggambarkan perkhidmatan yang disediakan oleh COMTRAC adalah bertaraf antarabangsa.
Akademi Latihan (sambungan)
103
Mendidik Pihak-Pihak Berkepentingan
Pada tahun 2007, beberapa sesi latihan dalam pelbagai aspek telah diadakan untuk dimanfaatkan oleh pihak-pihak berkepentingan SSM termasuklah:
(i) Program Seminar SSM Mengenai Pindaan-Pindaan Terbaru Akta Syarikat 1965 (AS 1965)
Pada tahun ini, SSM mengadakan seminar mengenai Pindaan-Pindaan Terbaru AS 1965 bagi memberi kefahaman terhadap pindaan-pindaan terbaru kepada AS 1965 (Melaksanakan Kerangka Perundangan Yang Dinamik, halaman 49-51). Seminar ini disasarkan kepada pihak-pihak berkepentingan SSM iaitu persatuan-persatuan peniaga, korporat, swasta dan agensi awam, pihak perantaraan, ahli-ahli akademik dan penuntut-penuntut institusi pendidikan tinggi. Seminar SSM ini mempunyai objektif-objektif berikut:
• Memberi maklumat terbaru kepada pihak-pihak berkepentingan mengenai pindaan kepada AS 1965;
• Memupuk kesedaran tentang kesan perubahan perundangan terhadap pembuatan keputusan dalam perniagaan;
• Memberi perhatian kepada isu-isu dan masalah kawal selia yang dibangkitkan oleh para peserta dalam berurusan dengan SSM; dan
• Menimba dan berkongsi pengalaman dan memahami amalan-amalan terbaru dan keperluan daripada pihak penguatkuasa.
Seminar-seminar yang diadakan di Kuala Lumpur, Seberang Prai, Kuching, Kota Kinabalu dan Johor Bahru telah menerima sambutan yang amat menggalakkan. Memandangkan sambutan yang cukup baik, ianya telah diadakan buat kali yang kedua di Kuala Lumpur.
Butir-Butir Seminar Yang Diadakan Mengenai Pindaan AS 1965
Tarikh Tempat Bilangan Peserta
20 Julai 2007 Kuala Lumpur 314
30 Julai 2007 Kuching, Sarawak 113
31 Julai 2007 Kota Kinabalu, Sabah 123
9 Ogos 2007 Seberang Prai, Pulau Pinang 143
20 Ogos 2007 Kuala Lumpur 210
24 Ogos 2007 Johor Bahru, Johor 199
Jumlah Peserta 1,102
Akademi Latihan (sambungan)
104
(ii) Program-Program Kerjasama Seminar SSM Mengenai Pindaan-Pindaan Terbaru AS 1965 dengan Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs), Badan-Badan Profesional dan Syarikat-Syarikat Lain
Selain daripada seminar yang dinyatakan di atas, SSM juga telah mengadakan program-program khas yang disasarkan kepada para pengarah, setiausaha syarikat dan pengurusan tertinggi GLCs mengenai pindaan-pindaan AS 1965. Seminar bertemakan “Memperkasakan Korporat Malaysia: Kesan Terhadap Pindaan Akta Syarikat 1965 ke atas GLCs” telah diadakan di Hotel dan Pusat Konvensyen Berjaya Times Square pada 10 September 2007 yang telah dihadiri lebih daripada 400 peserta. Seminar yang diadakan telah berjaya menarik minat GLCs, syarikat-syarikat dan badan profesional yang lain dan hasilnya telah menyebabkan beberapa seminar yang sama diadakan pada tahun 2007. Organisasi yang mengambil bahagian termasuk Telekom Malaysia Berhad, Celcom (Malaysia) Berhad, Maxis Mobile Sdn Bhd, UEM Builders Berhad dan KC Teh Management.
Butir-Butir Program Dalaman Yang Diadakan Oleh GLCs dan Syarikat-Syarikat Lain Pada Tahun 2007
Organisasi Tarikh Tempat Peserta
Celcom (Malaysia) Berhad 28 Ogos 2007 Kuala Lumpur 64
Maxis Mobile Sdn Bhd 25 Oktober 2007 Kuala Lumpur 50
Telekom Malaysia Berhad 13 November 2007 Kuala Lumpur 90
KC Teh Management Services Sdn Bhd
29 November 2007 Klang 44
UEM Group of companies 17 Disember 2007 Petaling Jaya 50
Jumlah Bilangan Peserta 298
Akademi Latihan (sambungan)
105
Selain daripada dijemput sebagai penceramah bagi beberapa seminar dalaman, SSM menerusi COMTRAC telah juga mengadakan seminar mengenai pindaan-pindaan tersebut dengan kerjasama badan-badan profesional seperti MIA dan MAICSA:
Butir-Butir Program Bersama Yang Diadakan oleh SSM dan Badan-badan Profesional Pada Tahun 2007
Organisasi Tarikh Tempat Bilangan Peserta
Institut Akauntan Malaysia(MIA)
22 Oktober 2007 Ipoh 49
29 Oktober 2007 Pulau Pinang 53
21 November 2007 Kuala Lumpur 270
26 November 2007Kuantan 46
Johor Bahru 94
27 November 2007 Melaka 40
3 Disember 2007 Labuan 19
4 Disember 2007 Kota Kinabalu 38
5 Disember 2007 Tawau 21
6 Disember 2007 Sandakan 27
10 Disember 2007 Kuching 53
11 Disember 2007 Sibu 33
12 Disember 2007 Bintulu 25
13 Disember 2007 Miri 50
Institut Pentauliahan Setiausaha dan Pentadbiran Berkanun Malaysia (MAICSA)
31 Oktober 2007 Kuala Lumpur 247
16 November 2007 Pulau Pinang 87
Jumlah Bilangan Peserta 1,152
(iii) Program Latihan Pengarah-Pengarah Syarikat (CDTP)
Pada tahun 2007, sebanyak 100 sesi CDTP telah dianjurkan dan dihadiri oleh 5,455 peserta. Semenjak diperkenalkan pada bulan Mei 2001, SSM telah menganjurkan sebanyak 2,591 program CDTP dalam empat bahasa yang dihadiri seramai 117,283 peserta. Program dalam Bahasa Inggeris yang dikendalikan oleh COMTRAC dan juga institusi-institusi yang diluluskan oleh SSM, merupakan program yang paling popular dengan sejumlah 1,424 sesi telah diadakan dan dihadiri seramai 57,120 peserta. Diikuti program dalam Bahasa Mandarin sejumlah 777 sesi dengan bilangan peserta seramai 46,177 dan Bahasa Malaysia sejumlah 386 sesi dengan bilangan peserta seramai 13,922. Manakala sesi dalam Bahasa Tamil menyaksikan pelaksanaan sebanyak empat program dengan bilangan peserta seramai 64 orang. Sesi-sesi dalam Bahasa Malaysia, Mandarin dan Tamil dikendalikan oleh institusi-institusi yang diluluskan oleh SSM, manakala program dalam Bahasa Inggeris dikendalikan sendiri oleh SSM. SSM telah mengadakan kursus dalam pelbagai bahasa untuk memastikan penyampaian yang berkesan kepada pihak-pihak berkepentingan yang berbeza. Selain daripada pengarah-pengarah syarikat, program ini turut dibuka kepada semua pegawai syarikat dan anggota badan-badan profesional.
Akademi Latihan (sambungan)
106
Objektif CDTP adalah seperti berikut:
• Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman para pengarah berhubung dengan undang-undang syarikat dan amalan tadbir urus korporat;
• Meningkatkan tahap amalan tadbir urus korporat di kalangan syarikat-syarikat dan para pengarah;
• Mendidik pengarah-pengarah mengenai prosedur dan peraturan-peraturan berhubung syarikat dan mesyuarat pemegang saham; dan
• Memberi penerangan kepada peserta mengenai jenayah komersial dan jenis-jenis kesalahan lazim yang dilakukan oleh para pengarah syarikat.
Modul-modul di bawah CDTP adalah seperti berikut:
Modul 1 Peranan dan Tanggungjawab Pengarah-Pengarah Syarikat
Modul 2 Amalan dan Perundangan Mesyuarat-Mesyuarat Syarikat
Modul 3 Kesalahan Lazim Yang Dilakukan oleh Para Pengarah Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965
Modul 4 Jenayah Perdagangan
Modul 5 Korupsi : Kesalahan-Kesalahan dan Pencegahan
Modul 6 Memahami dan Mengamalkan Tadbir Urus Korporat Yang Baik
(iv) Program Latihan Setiausaha Berlesen (LSTP) Program LSTP dibangunkan khusus untuk setiausaha syarikat berlesen yang telah dilesenkan
oleh Pendaftar di bawah Seksyen 139A(b) AS 1965. Program ini juga disasarkan kepada mereka yang berminat untuk menjadi setiausaha berlesen di bawah Seksyen 139A(b) AS 1965. Program LSTP ini telah dimulakan pada bulan Oktober 2007. Objektif utama program ini ialah untuk memberi pengetahuan kepada para peserta dalam semua aspek berkaitan dengan amalan kesetiausahaan. Para peserta diberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai keperluan pematuhan untuk membantu mereka menyempurnakan tugas mengikut peruntukan di bawah AS 1965 dan juga peraturan-peraturan lain yang berkaitan. Program ini juga sesuai untuk pegawai-pegawai lain di dalam syarikat yang ingin mengetahui atau bercadang menambah pengetahuan tentang keperluan pematuhan, amalan terbaik dan kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh setiausaha syarikat dalam melaksanakan tugas-tugas harian.
Butir-Butir Program LSTP yang diadakan pada tahun 2007
Tarikh Tahap Peserta
29 Oktober 2007 1 30
30 Oktober 2007 2 30
31 Oktober 2007 3 30
13 November 2007 1 62
14 November 2007 2 64
15 November 2007 3 63
Jumlah Peserta 279
Akademi Latihan (sambungan)
107
Pada tahun 2007, sesi pertama yang diadakan pada bulan Oktober telah dihadiri oleh 90 orang peserta. Memandangkan sambutan yang menggalakkan, COMTRAC telah menambah sebanyak 60 tempat lagi bagi setiap tahap. Sejumlah 189 peserta telah menghadiri sesi pada bulan November. Perancangan seterusnya ialah untuk membawa LSTP meneroka pasaran yang lebih luas di masa hadapan.
Program LSTP ini mempunyai tiga (3) tahap dan setiap tahap mengandungi dua modul seperti berikut:
TAHAP 1Modul 1 - Peranan dan Tanggungjawab Setiausaha SyarikatModul 2 - Apakah Perkara-Perkara Yang perlu Diketahui Mengenai Syarikat?
TAHAP 2 Modul 3 - Pengarah, Pegawai dan Juruaudit Modul 4 - Apa Yang Perlu Diketahui Mengenai Pejabat Berdaftar, Buku-Buku Berkanun, Penyata-Penyata Berkanun dan Dokumen-dokumen Lain?
TAHAP 3Modul 5 - Cara Mengendalikan Mesyuarat Syarikat Modul 6 - Kesalahan-Kesalahan Lazim Yang Dilakukan oleh Setiausaha Syarikat Mengikut Akta Syarikat 1965.
Setelah menyertai ketiga-tiga tahap program ini, para peserta akan:
• Memahami secara mendalam akan peranan, tanggungjawab dan tugas-tugas seorang setiausaha syarikat;
• Memahami kemahiran yang perlu untuk menjadi seorang setiausaha syarikat yang baik; • Mengenal pasti jenis-jenis syarikat dan prinsip-prinsip asas perundangan korporat; • Memahami secara mendalam mengenai mesyuarat syarikat dan lembaga; • Mengetahui cara-cara untuk berurusan dengan para pengarah, pegawai-pegawai syarikat dan
juruaudit; dan • Memahami kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh setiausaha syarikat.
(v) Program Pembangunan Dalaman Untuk Pekerja Program pembangunan berterusan untuk meningkatkan tahap kompetensi pekerja telah diadakan
sepanjang tahun seperti berikut:
Akademi Latihan (sambungan)
108
Butir-Butir Program Pembangunan Untuk Pekerja Yang Diadakan Pada Tahun 2007
No Program TarikhBilangan Peserta
1 Carian Nama, Proses dan Prosedur 8 Mei 55
2 Program Bahasa Inggeris (Pertengahan) 9 Julai – 6 September 31
3 Bahasa Inggeris (Tinggi) 12 Julai – 10 September 29
4Seminar Pindaan-Pindaan Terbaru Akta Syarikat 1965
14 Ogos 105
5 Microsoft Excel 2003 (Asas) 10 – 11 September 25
6 Microsoft Excel 2003 (Pertengahan) 12 – 13 September 30
7 Microsoft Excel 2003 (Tinggi) 17 – 18 September 26
8 Microsoft Excel 2007 (Asas) 26 – 27 September 29
9 Microsoft Excel 2007 (Pertengahan) 1 – 2 Oktober 26
10 Microsoft Excel 2007 (Tinggi) 8 – 9 Oktober 25
11 Latihan “V-Lib Train The Trainers” 19 November 4
12 Program Kemahiran Menderaf 12 – 14 Disember 21
Jumlah Peserta 406
(vi) Pembangunan Program Latihan oleh Kepakaran Dalaman Bagi melahirkan kepakaran dalaman dan meningkatkan kompetensi pekerja SSM, program-
program latihan dalaman telah dirangka sepanjang tahun 2007. Satu modul lengkap mengenai ’Skim Kepentingan dan Proses Carian Nama, dan Keperluan-Keperluan Menurut AS 1965’ telah dibangunkan. Program-program ini yang bertujuan untuk membantu pekerja SSM agar lebih memahami perkara-perkara berkaitan skim kepentingan dan carian nama telah diadakan pada 8 Mei 2007 dan 29 Ogos & 29 September. Sejumlah 74 orang pekerja telah menghadiri program tersebut.
Pusat Sumber SSM
Pusat Sumber SSM telah ditempatkan di bawah COMTRAC pada bulan Julai 2007. Penstrukturan semula Pusat Sumber tersebut bertujuan untuk meningkatkan kecekapan terutamanya dengan pengenalan perkhidmatan e-Library. Penggunaan sistem pengimbasan bar code disediakan untuk memudahkan lagi proses dan penyimpanan rekod pinjaman.
Maju Ke Hadapan
Sebagai persiapan masa hadapan, COMTRAC sedang mengkaji dan merangka program-program yang sesuai untuk meningkatkan lagi kompetensi pekerja SSM. Pelbagai program lain sedang dirangka untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran pihak-pihak berkepentingan SSM bagi mewujudkan komuniti perniagaan yang sihat dan terus maju ke arah mencapai amalan perniagaan terbaik peringkat global.
Akademi Latihan (sambungan)
Ke Arah Organisasi Cenderung Masyarakat
111
Ke Arah Organisasi Cenderung Ke Arah Organisasi Cenderung MasyarakatMasyarakat
“Sebagai sebuah organisasi yang
cenderung ke arah keperluan
masyarakat, SSM bersetuju dengan
tanggapan bahawa tanggungjawab
sosial perlu diamalkan oleh
komuniti perniagaan”
Dalam melaksanakan mandat dan tanggungjawabnya, SSM tidak pernah mengabaikan peranannya kepada komuniti. Sebagai sebuah badan korporat, SSM, pekerjanya dan pihak-pihak berkepentingan telah menjadi satu komponen kepada masyarakat Malaysia. Atas kesedaran peri pentingnya memenuhi tanggungjawab sosial, SSM bersetuju dengan tanggapan bahawa tanggungjawab sosial perlu diamalkan oleh setiap komuniti perniagaan. Tanggapan tersebut terbahagi kepada dua parameter iaitu intrinsik dan ekstrinsik yang merangkumi langkah-langkah sukarela dan tindakan pro-aktif yang dilaksanakan oleh SSM untuk meningkatkan kualiti kehidupan pekerjanya dan keluarga mereka begitu juga masyarakat setempat. SSM komited dalam memberikan sumbangan ke arah pembangunan sosial yang berterusan.
Inisiatif Ekstrinsik
SSM komited untuk memastikan Malaysia menjadi satu landasan kepada tatalaku dan amalan korporat yang terbaik menerusi tadbir urus korporat. Bagi mencapai objektif tersebut, SSM telah melaksanakan program-program
pendidikan secara berterusan menerusi seminar, dialog, perbincangan, latihan dan ceramah untuk menyampaikan pengetahuan dan amalan korporat yang baik. Aktiviti-aktiviti tersebut dilaksanakan tanpa mengenakan sebarang bayaran atau sekiranya ada, bayaran adalah minima. Selain itu, perkhidmatan kaunter bergerak yang diperkenalkan oleh SSM juga telah membantu komuniti untuk memahami peruntukan perundangan. Usaha ke arah memberikan pendidikan adalah menjadi sebahagian daripada pendekatan ‘Penguatkuasaan Seimbang’ SSM terhadap perundangan yang berkaitan.
SSM juga sensitif kepada komposisi pelbagai kaum negara ini dan juga komuniti perniagaan. Bagi menjalin perhubungan dengan pihak-pihak berkepentingannya, SSM telah melaksanakan inisiatif untuk mengadakan Program Latihan Pengarah Korporat dalam empat bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil dan Mandarin.
Ke Arah Organisasi Cenderung Masyarakat
112
Bagi membantu masyarakat yang menjadi mangsa banjir di Johor pada tahun lepas, SSM telah menggantikan sijil-sijil perniagaan kepada mangsa-mangsa banjir tanpa mengenakan sebarang bayaran. Langkah ekstrinsik lain termasuklah memberi sumbangan kepada anak-anak yatim seperti Rumah Anak Yatim Belaian Kasih, Taman Ukay Perdana, Ampang.
Inisiatif Intrinsik
Sebagai majikan yang prihatin, SSM menyedari betapa pentingnya menjaga kebajikan pekerjanya. Pada tahun ini, SSM telah melaksanakan semakan skim gaji pekerjanya, yang melibatkan kenaikan gaji semua peringkat serta kenaikan Elaun Kos Sara Hidup (COLA) – kedua-duanya adalah sejajar dengan langkah Kerajaan menaikkan gaji dan COLA kakitangan awam. Faedah-faedah perubatan pekerja juga dipertingkatkan termasuk melanjutkan had umur anak-anak pekerja bagi tujuan tuntutan perubatan, perlindungan yang lebih baik bagi penyakit, kadar bayaran hospital yang lebih tinggi, faedah pesakit luar dan menambah bilangan klinik-klinik panel dan hospital. Sebagai langkah untuk mencapai kehidupan dan kerja yang seimbang, SSM telah menubuhkan kelab sukan dan rekreasi SSM yang dikenali sebagai Kelab Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mana keahliannya dibuka kepada semua pekerja SSM.
Kelab tersebut telah mengadakan beberapa aktiviti bagi pekerja dan keluarga mereka iaitu seperti berikut:
Tarikh Acara Tempat
18 Mei 2007 Jamuan Tahunan SSM Kuala Lumpur Convention Centre
18 Ogos 2007Mencari Harta Karun SSM
Tempat permulaan di Hotel Legend, Kuala Lumpur dan berakhir di Ancasa Resort All Suites, Port Dickson
19 Ogos 2007 Hari Keluarga SSM Ancasa Resort All Suites, Port Dickson
SSM turut memberi pengiktirafan kepada anak-anak kakitangannya yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang dengan menyampaikan anugerah serta hadiah kepada mereka. Anugerah-Anugerah Kecemerlangan UPSR dan PMR 2007 yang berupa sijil dan wang tunai sebanyak RM200 telah disampaikan pada 14 Januari 2008 kepada 24 orang anak-anak pekerja SSM yang telah mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan masing-masing
Bagi menggalakkan interaksi dan hubungan yang lebih baik di kalangan pekerja SSM dan pihak Pengurusan, satu forum yang dikenali sebagai Majlis Bersama Jabatan (MBJ) telah diwujudkan sebagai satu platform kepada pekerja SSM untuk menyuarakan sebarang isu berkaitan tempat kerja dan kebajikan mereka. Pada tahun 2007, sebanyak dua sesi MBJ telah diadakan, yang membawa perhatian pihak pengurusan kepada beberapa cadangan seperti peningkatan elaun kos sara hidup pekerja (COLA), kemudahan perubatan yang disediakan oleh klinik-klinik panel dan penambahbaikan persekitaran kerja di Ibu Pejabat SSM serta pejabat-pejabat cawangan.
Pada tahun ini, SSM juga telah menganjurkan beberapa ‘Ceramah Agama’ sepanjang bulan Ramadhan dan mengadakan kelas-kelas pengajian Al-Quran untuk memenuhi keperluan rohani pekerja. Satu Majlis Berbuka Puasa telah diadakan pada 19 September di Hotel Legend, Kuala Lumpur. Jamuan Hari Raya juga telah diadakan pada 25 Oktober untuk meraikan perayaan tersebut.
Ke Arah Organisasi Cenderung Masyarakat (sambungan)
113
Statistik Utama dan Maklumat Utama Kewangan
115
Statistik Utama dan Maklumat Utama KewanganMaklumat kewangan penting SSM bagi tempoh lima tahun, 2003 sehingga 2007 adalah seperti berikut:
Perkara 2007 2006 2005 2004 2003
1. Aset Bukan Semasa dan Aset Bersih Digunakan
372,552,744 314,047,715 265,682,975 223,665,185 167,045,750
2. Nisbah Aset Jualan 0.59 0.59 0.62 0.67 0.61
3. Rizab 402,921,652 376,518,509 365,334,830 328,206,914 356,196,906
4. Liabiliti Bukan Semasa 791,003 923,538 1,087,858 1,191,552 -
5. Pendapatan 313,595,984 276,485,568 251,920,450 242,886,095 228,726,234
6. Lebihan 59,056,506 50,016,655 45,801,057 55,491,279 67,003,234
Pemerbadanan Syarikat dan Pendaftaran Perniagaan
227,410 216,147193,095
Perniagaan Baru Didaftarkan
Jumlah (Syarikat Tempatan
Diperbadankan Dan Syarikat Asing Baru
Didaftarkan)
Jumlah (Syarikat Asing Baru
Didaftarkan)
Jumlah (Syarikat Tempatan Baru
Diperbadankan)
Syarikat Tempatan (Berhad Menurut
Jaminan)
Syarikat
Tempatan (Berhad)
Syarikat Tempatan (Sendirian Berhad)
0 50,000 100,000 150,000 200,000 250,000
10185170
719167
43,10538,07637,465
43,27738,25237,702
604138
43,33738,29337,740
2005 2006 2007
116
Pada tahun 2007 terdapat peningkatan yang ketara bagi jumlah pendaftaran syarikat baru (tempatan dan asing) serta perniagaan baru berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 13.1 peratus bagi syarikat tempatan, 46.3 peratus bagi syarikat asing dan 5.2 peratus bagi perniagaan. Peningkatan yang ketara ini adalah kesan daripada perkembangan pesat ekonomi Malaysia yang telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.3 peratus bagi tahun 2007, didorong oleh permintaan domestik yang mantap dari sektor awam dan swasta, harga komoditi yang tinggi, pertumbuhan pasaran saham dan pelaburan asing (FDI) yang kukuh.
Tambahan pula, penambahbaikan dalam sistem perkhidmatan penyampaian SSM, terutamanya pemendekan masa yang diambil untuk memperbadankan syarikat baru dan pendaftaran perniagaan serta pengenalan proses pendaftaran perniagaan secara dalam talian juga telah menyumbang kepada peningkatan dalam jumlah tersebut.
Jumlah syarikat yang didaftarkan sehingga 31 Disember 2007 adalah sebanyak 799,582 berbanding 756,245 pada tahun 2006, iaitu peningkatan sebanyak 5.7 peratus sepanjang tahun 2007. Manakala bilangan perniagaan yang didaftarkan pula mencatatkan peningkatan sebanyak 6.9 peratus dengan sejumlah 3,508,263 perniagaan pada tahun 2007 berbanding 3,280,853 pada tahun 2006. Pertumbuhan bagi syarikat baru yang ditubuhkan dan perniagaan baru yang didaftarkan terus kekal pada kadar 5 peratus setiap tahun dengan perkembangan ekonomi negara yang terus mantap.
3,064,706
3,280,853
3,508,2633,600,000
3,500,000
3,400,000
3,300,000
3,200,000
3,100,000
3,000,000
2,900,000
2,800,000
820,000
800,000
780,000
760,000
740,000
720,000
700,000
680,000
660,000
2005 2006 2007
717,953
756,245
799,582
2005 2006 2007
Syarikat Yang Berdaftar
Pada 31 Disember
Perniagaan Yang Berdaftar
Pada 31 Disember
Statistik Utama Dan Maklumat Utama Kewangan (sambungan)
117
Statistik Utama Dan Maklumat Utama Kewangan (sambungan)
10,000 20,000 30,000 40,000 50,000 60,000 70,000 80,000 90,000 100,000
36,589 30,90928,662
4,265 3,7703,302
34,634 31,36630,630
7,3265,898 6,081
303 310119
2,9882,9342,955
324244211
1,7301,3411,222
2005 2006 2007
5,534 4,7013,624
Perkhidmatan Komuniti, Sosial dan Peribadi
Perkhidmatan Kewangan, Insurans, Hartanah,
Pelaburan & Perniagaan
Pengangkutan & Komunikasi
Perdagangan Borong, Runcit, Restoran & Hotel
Pembinaan
Bahan Guna Umum
Pengilangan
Perlombongan, Kuari & Mengumpul Bahan
Semula Jadi
Pertanian, Pemburuan, Perhutanan & Perikanan
Syarikat Berdaftar Mengikut Kategori Perniagaan
Pada tahun 2007, sektor Perkhidmatan Kewangan, Insurans, Hartanah, Pelaburan dan Perkhidmatan Perniagaan merupakan penyumbang terbesar bagi bilangan syarikat baru yang didaftarkan (39.1 peratus), diikuti oleh sektor Perdagangan Borong, Runcit, Restoran dan Hotel (37 peratus) dan sektor Pembinaan (7.8 peratus).
Sektor Perkhidmatan Kewangan dan juga Perdagangan Pengedaran terus menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Negara dan pekerjaan. Ini disokong dengan permintaan domestik yang mantap dari sektor awam dan swasta serta pertumbuhan baru di sektor Kewangan dan Perkhidmatan Perniagaan.
Mengikut laporan Bank Negara Malaysia, pada tahun 2007, sektor Perdagangan Runcit dan Borong telah berkembang sebanyak 12.2 peratus manakala sektor Kewangan dan Insurans, dan sektor Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan masing-masing berkembang sebanyak 10.7 peratus dan 20.6 peratus. Sementara itu, sektor Pembinaan telah merekodkan pertumbuhan positif sebanyak 4.6 peratus setelah mengalami kejatuhan untuk tiga tahun berturut-turut. Pemansuhan cukai keuntungan hartanah, pelaksanaan projek-projek di bawak RMK-9 dan pengembangan sektor kediaman dan bukan kediaman juga telah menyumbang kepada peningkatan di dalam sektor pembinaan.
118
159 156155
333
999
242424
70 6968
20 40 60 80 100 120 140 160 180
333
312929
191919
Bilangan Skim Kepentingan
Jumlah Skim Kepentingan yang didaftarkan sehingga 31 Disember 2007 adalah sebanyak 159, di mana Kelab Golf dan Rekreasi (GR) merupakan penyumbang utama (44.0 peratus), diikuti oleh Kelab Rekreasi (R) (19.5 peratus) dan Skim Perkongsian Masa (15.1 peratus).
Sepertimana yang dilaporkan di atas, bagi tempoh tiga tahun yang lepas Skim Kepentingan tidak menunjukkan sebarang peningkatan melainkan Kelab Rekreasi (R) dan Kelab Golf dan Rekreasi (GR) yang telah mencatatkan peningkatan sebanyak 6.8 peratus dan 2.9 peratus. Walau bagaimanapun, industri Skim Kepentingan di Malaysia berpotensi untuk berkembang maju terutamanya bagi pelancongan berasaskan sukan golf dan juga skim percutian perkongsian masa berdasarkan jumlah kemasukan pelancong yang tinggi serta pelancongan domestik yang terus meningkat pada tahun 2007 dan juga bagi tahun-tahun akan datang serta peningkatan pendapatan bersih individu di rantau Asia Pasifi k.
Jumlah (Bilangan Skim Kepentingan)
Taman Memorial
Kelab Marina
Skim Perkongsian Masa
Kelab Rekreasi Yang Tidak
Tersenarai (R(S))
Kelab Rekreasi (R)
Kelab Golf dan Rekreasi Yang
Tidak Tersenarai (GR(S))
Kelab Golf Dan Rekreasi (GR)
2005 2006 2007
Statistik Utama Dan Maklumat Utama Kewangan (sambungan)
119
Statistik Utama Dan Maklumat Utama Kewangan (sambungan)
20,431 52,879 73,355
10,000 20,000 30,000 40,000 50,000 60,000 70,000 80,000
22,629 8,6477,608
07 15
22,629 8,6407,593
5,000 10,000 15,000 20,000 25,000 30,000 35,000 40,000
21,3537,692 10,826
34,497 10,8989,667
30,650 14,4338,018
Notis S.308(4)
Notis S.308(2)
Notis S.308(1)
2005 2006 2007
2005 2006 2007
Pembubaran Syarikat
Jumlah Syarikat
Syarikat Asing
Syarikat Tempatan
Pembubaran Syarikat dan Pembatalan Perniagaan
Bilangan perniagaan yang ditamatkan pada tahun 2007 telah menurun sebanyak 61.4 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala bilangan syarikat yang dibubarkan pula mencatatkan peningkatan yang ketara iaitu sebanyak 161.7 peratus. Terdapat tiga cara untuk membubarkan sesebuah syarikat iaitu pembubaran secara sukarela oleh ahli-ahli syarikat atau di bawah perintah Mahkamah atau pembubaran oleh Pendaftar Syarikat. Kebanyakan syarikat yang dibubarkan adalah merupakan syarikat-syarikat dorman yang telah dibubarkan oleh Pendaftar Syarikat di bawah Seksyen 308 Akta Syarikat 1965 (AS 1965).
Pembubaran Syarikat Di Bawah Seksyen 308
Pada tahun 2007, SSM telah menjalankan usaha secara berterusan untuk membatalkan syarikat-syarikat dorman tertakluk kepada Seksyen 308 AS 1965. Pembatalan syarikat-syarikat tersebut menyebabkan pengiraan kadar pematuhan ke atas Penyata Tahunan yang diserah simpan bertambah realistik dan tepat memandangkan tiada Penyata Tahunan yang diterima daripada syarikat-syarikat tersebut. Dalam hal ini, SSM terus memperhebatkan usaha dan berjaya membatalkan sebanyak 21,353 syarikat dari Daftar Syarikat, iaitu peningkatan jumlah syarikat yang dibatalkan sebanyak 177.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.
120
Kutipan Hasil Dari Pembekalan Maklumat (RM)
Pendapatan yang diperolehi melalui pembekalan maklumat korporat dan perniagaan telah meningkat dengan ketara sepanjang tahun lalu, masing-masing sebanyak 13.0 peratus dan 5.0 peratus. Ini menunjukkan bahawa SSM semakin diyakini di dalam penyediaan maklumat bagi membantu pihak korporat dan perniagaan dalam membuat keputusan. Kadar pematuhan yang tinggi ke atas Penyata Tahunan yang diserah simpan dan juga penyerah simpanan dokumen-dokumen berkanun mengikut masa yang ditetapkan hasil daripada keberkesanan penguatkuasaan di bawah AS 1965 dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956) telah membolehkan SSM membekalkan maklumat yang terkini dan tepat kepada orang ramai.
Statistik Utama Dan Maklumat Utama Kewangan (sambungan)
20000000
18000000
16000000
14000000
12000000
10000000
8000000
6000000
4000000
2000000
0
Syarikat Perniagaan Jumlah
9,58
6,28
1
10,8
32,5
32
6,96
4,19
0
7,31
3,56
7
16,5
50,4
71
18,1
46,0
99
2006 2007
121
Statistik Utama Dan Maklumat Utama Kewangan (sambungan)
2,000 4,000 6,000 8,000 10,000 12,000 14,000
13,210
12,559
2006 2007
924
2,953
813117
Pembaharuan Pendaftaran Perniaagan
Pendaftaran Perniagaan Baru
Bilangan Kaunter Bergerak
313,595,984 276,485,568251,920,450
50,000,000 100,000,000 150,000,000 200,000,000 250,000,000 300,000,000 350,000,000
578,155 409,913108,775
17,300,458 14,659,47211,115,374
685,420 355,270227,560
45,355,925 35,954,79222,695,723
249,691,775 225,106,121217,773,018
Jumlah
Lain-lain
Faedah & Diveiden
Program Korporat
Kompaun
Fi Perkhidmatan
2005 2006 2007
Kaunter Bergerak Pendaftaran Perniagaan
Sejak dilancarkan pada September 2007, Kaunter Bergerak Pendaftaran Perniagaan telah mencatatkan pencapaian yang amat membanggakan. Disebabkan sambutan yang amat memberangsangkan daripada orang ramai, bilangan kaunter bergerak yang diadakan di seluruh negara telah meningkat kepada 594.6 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan peningkatan masing-masing sebanyak 325.3 dan 1,329.6 peratus bagi pendaftaran perniagaan baru dan pembaharuan pendaftaran perniagaan.
Jumlah Pendapatan dalam tahun 2007 (RM)
Jumlah pendapatan yang diperolehi dalam tahun 2007 telah meningkat dengan ketara sebanyak RM37.1 juta atau 13.4 peratus berbanding tahun sebelumnya, di mana pendapatan perkhidmatan telah menyumbangkan sebanyak 78.7 peratus daripada jumlah besar pendapatan, diikuti dengan kompaun (14.5 peratus), serta faedah dan dividen (5.5 peratus). Pencapaian tersebut dicapai hasil daripada usaha gigih pihak pengurusan dan semua pekerja untuk mencapai matlamat dan objektif SSM. Pendapatan daripada perkhidmatan, kompaun dan pelaburan telah merekodkan peningkatan yang ketara iaitu masing-masing sebanyak 10.9, 26.1 dan 18.0 peratus.
122
Statistik Utama Dan Maklumat Utama Kewangan (sambungan)
Dibuka Diselesaikan
2006 2007
111
215
40
153
250
200
150
100
50
0
600
500
400
300
200
100
0Perniagaan Syarikat Jumlah
Aduan Yang Diterima
152
111
276
452
428
563
110
224
334
600
500
400
300
200
100
0Perniagaan Syarikat Jumlah
Aduan Yang Diselesaikan
117
103
9239
0
209
493
110
63
173
2005 2006 20072005 2006 2007
Statistik Penguatkuasaan
Aduan berkaitan dengan syarikat meningkat sebanyak 63.8 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala aduan ke atas perniagaan pula menurun sebanyak 27.0 peratus. Peningkatan yang ketara bagi aduan terhadap syarikat adalah kesan daripada pendekatan ‘Penguatkuasaan Seimbang’ SSM yang telah berjaya meningkatkan kesedaran di kalangan pemegang saham minoriti tentang hak dan tanggungjawab mereka di bawah AS 1965.
Usaha berterusan SSM untuk menangani aduan yang diterima pada tahun 2007 telah menunjukkan sebanyak 493 aduan yang diterima berkaitan dengan syarikat dan perniagaan telah diselesaikan berbanding 209 aduan pada tahun 2006. Ini mewakili peningkatan sebanyak 135.9 peratus.
Kertas Siasatan Yang Dibuka Dan Diselesaikan
SSM telah memperhebatkan lagi usaha-usaha penguatkuatkuasaan sepanjang tahun 2007 dan hasilnya, peningkatan sebanyak 93.7 peratus bagi jumlah kertas siasatan yang dibuka berbanding tahun sebelumnya, manakala kertas siasatan yang berjaya ditutup pula meningkat sebanyak 282.5 peratus.
123
Bilangan kes yang dirujuk untuk pendakwaan pada tahun 2007 bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah AS 1965 telah meningkat dengan ketara sebanyak 44.7 peratus berbanding tahun 2006. Manakala kes-kes yang didakwa di bawah APP 1956 pada tahun yang sama telah mencatatkan penurunan sebanyak 0.16 peratus.
Pada tahun 2007, bilangan kes yang diselesaikan oleh Seksyen Pendakwaan di bawah AS 1965 telah meningkat sebanyak 48.3 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala bilangan kes yang diselesaikan di bawah APP 1956 telah menurun sebanyak 11.1 peratus.
Bilangan pemeriksaan yang telah dijalankan ke atas syarikat dan perniagaan masing-masing meningkat sebanyak 1,542.4 peratus dan 117.5 peratus. Peningkatan yang mendadak bagi pemeriksaan ke atas syarikat adalah disebabkan peningkatan besar bagi jumlah pemeriksaan yang dijalankan berdasarkan kepada pangkalan data SSM. Pemeriksaan melalui pangkalan data telah berjaya mengesan pelbagai kesalahan yang melibatkan kegagalan untuk menyerah simpan dokumen-dokumen berkanun.
Pada tahun 2007, bilangan kompaun yang ditawarkan bagi pelbagai kesalahan yang dilakukan di bawah AS 1965 telah meningkat sebanyak 166.1 peratus berbanding tahun sebelumnya. Ia adalah hasil daripada usaha penguatkuasaan yang sentiasa diperhebat sepanjang tahun tersebut. Kebanyakan kompaun yang ditawarkan adalah terhadap kesalahan kerana kegagalan untuk menyerah simpan dokumen hasil daripada pemeriksaan melalui pangkalan data.
Statistik Utama Dan Maklumat Utama Kewangan (sambungan)
9,0008,0007,0006,0005,0004,0003,0002,0001,000
0
Syarikat Perniagaan
7,62
6
3,93
8
1,22
2
1,22
0
1,09
6
6,000
5,000
4,000
3,000
2,000
1,000
0
3,34
8
4,96
5
3,02
0
926
823
877
Syarikat Perniagaan
5,27
1
2005 2006 2007 2005 2006 2007
250,000
200,000
150,000
100,000
50,000
0Syarikat Perniagaan
14,8
8624
4,49
5
11,2
45
99,7
76
216,
982
145,
992
2005 2006 2007
Bilangan Kompaun
112,
017
298,
057
136,
841
Bilangan Pemeriksaan Bilangan Kompaun
350,000
300,000
250,000
200,000
150,000
100,000
50,000
0
2005 2006 2007
Bilangan Kes Yang Didakwa Bilangan Kes Yang Diselesaikan
124
Jumlah Hasil Kompaun (RM juta)
Pada tahun 2007, jumlah hasil kutipan daripada pembayaran kompaun telah meningkat sebanyak 26.1 peratus kepada RM45.4 juta berbanding RM36 juta pada tahun 2006. Hasil daripada pemeriksaan melalui pangkalan data, sebahagian besar kompaun telah ditawarkan terhadap kesalahan kerana kegagalan untuk menyerah simpan dokumen. Pendapatan daripada kompaun dijangka akan menurun di masa hadapan apabila tahap pematuhan syarikat dan perniagaan meningkat terhadap kehendak undang-undang.
Kadar Pematuhan
Pada tahun 2007, SSM telah mencapai kadar pematuhan sebanyak 91 peratus berdasarkan jumlah Penyata Tahunan yang diserah simpan oleh syarikat. Ini merupakan satu pencapaian cemerlang bagi SSM yang membuktikan bahawa pelbagai program dan inisiatif yang dilaksanakan menerusi kaedah ‘Penguatkuasaan Seimbang’ dalam menguatkuasakan AS 1965 telah membuahkan kejayaan, terutamanya melalui pendidikan sektor korporat mengenai kepentingan dan faedah-faedah di dalam mematuhi undang-undang.
Statistik Utama Dan Maklumat Utama Kewangan (sambungan)
100%
90%
80%
70%
60%
50%
40%
30%
20%
10%
0%2003 2004 2005 2006 2007 (Year)
44%
64%71%
80%
91%
Compliance Rate
2005 2006 2007
50
45
40
35
30
25
20
15
10
5
0
36.0
45.4
22.7
Jumlah Hasil Kompaun (RM juta)
Pencapaian Penting Dan Aktiviti-Aktiviti
127
Pencapaian Penting Dan Aktiviti-Aktiviti
Januari
1 Januari 2007 Seksyen Operasi Cawangan (BOS) ditubuhkan untuk menyelaraskan operasi cawangan di peringkat negeri.
Seksyen Integriti SSM ditubuhkan.
12 Januari 2007 Garis Panduan Baru Untuk Pembatalan Nama Syarikat di bawah Seksyen 308(1) dan 308(3) Akta Syarikat 1965 (AS 1965) dikeluarkan.
Februari
8 Februari 2007 Laman Web SSM dalam versi bahasa Inggeris dilancarkan.
Mac
1 Mac 2007 Dato’ Mohd Zain Mohd Dom dilantik sebagai Pengerusi baru SSM.
6 Mac 2007 Piagam Pelanggan baru SSM diperkenalkan.
15 Mac 2007 Dialog Tahunan SSM (Peringkat Semenanjung) telah diadakan di Kuala Lumpur.
128
April1 April 2007 Akademi Latihan SSM ditubuhkan.
15 April 2007 Kaedah-Kaedah (Pindaan) Pendaftaran Perniagaan 2007 diwartakan.
Perintah Pendaftaran Perniagaan (Pemfailan Borang-Borang Elektronik) 2007 diwartakan.
16 April 2007 Encik Idris Abdullah dilantik sebagai Anggota Suruhanjaya.
16-20 April 2007 Forum Pendaftar Korporat 2007 telah dianjurkan secara bersama oleh SSM dan Accounting and Corporate Regulatory Authority (ACRA), Singapura, di Kuala Lumpur dan Singapura.
Mei21 Mei 2007 Perkhidmatan e-Lodgement Perniagaan diperkenalkan kepada masyarakat umum.
Jun30 Jun 2007 Sistem CBS ROC dipertingkatkan.
Julai1 Julai 2007 Pusat Sumber diletakkan di bawah Akademi Latihan.
7 Julai 2007 Buku “Guidelines of Doing Business in Malaysia” dilancarkan.
17 Julai 2007 Jawatankuasa Semakan Undang-undang Korporat (CLRC) membentangkan Laporan Interim kepada para Anggota Suruhanjaya.
20 Julai 2007 Seminar mengenai pindaan-pindaan terbaru AS 1965 dianjurkan buat julung kalinya di Kuala Lumpur.
27 Julai 2007 Akta Syarikat (Pindaan) 2007 (Akta 1299) mendapat perkenan DiRaja dan telah diwartakan pada 31 Julai 2007. Menteri menetapkan 15 Ogos 2007 sebagai tarikh kuatkuasa pindaan-pindaan tersebut.
30 Julai 2007 Seminar mengenai pindaan-pindaan terbaru AS 1965 diadakan di Kuching, Sarawak.
31 Julai 2007 Seminar mengenai pindaan-pindaan terbaru AS 1965 diadakan di Kota Kinabalu, Sabah.
Pencapaian Penting Dan Aktiviti-Aktiviti (sambungan)
129
Pencapaian Penting Dan Aktiviti-Aktiviti (sambungan)
Ogos
2 Ogos 2007 Dialog Tahunan SSM (Peringkat Selatan) diadakan di Johor Bahru, Johor.
9 Ogos 2007 Seminar mengenai pindaan-pindaan terbaru AS 1965 diadakan di Seberang Prai, Pulau Pinang.
20 Ogos 2007 SSM menganjurkan kali kedua seminar mengenai pindaan- pindaan terbaru AS 1965 di Kuala Lumpur.
24 Ogos 2007 Seminar mengenai pindaan-pindaan terbaru AS 1965 diadakan Johor Bahru, Johor.
September
14 September Kaunter bayaran untuk dokumen gadaian dipindahkan daripada 2007 Tingkat 13 ke Tingkat 12 untuk meningkatkan kecekapan urusan.
Oktober
10 Oktober 2007 Pusat Bantuan ICT SSM disiapkan.
November
15 November Perintah Syarikat (Pemfailan Elektronik) 2007 diwartakan. 2007 Perkhidmatan e-Lodgement Perniagaan dan e-Lodgement Syarikat dilancarkan.
26 November Dialog Tahunan SSM (Peringkat Malaysia Timur) telah diadakan 2007 di Kuching, Sarawak.
27 November Dialog Tahunan SSM (Peringkat Malaysia Timur) telah diadakan 2007 di Kota Kinabalu, Sabah.
Disember
4 – 27 Disember Sistem Penguatkuasaan Bergerak dilaksanakan pada peringkat 2007 percubaan. 10 Disember Peringkat kedua Perkhidmatan e-Lodgement Syarikat 2007 dilancarkan.
130
Halaman kosong
Langkah Seterusnya
133
Langkah Seterusnya
“Pengekalan pekerja utama adalah kritikal untuk
kesejahteraan dan kejayaan jangka panjang SSM.
Mengekalkan pekerja terbaik akan menjamin kepuasan
pelanggan, rakan sekerja, perancangan penggantian
pekerja yang berkesan serta penerapan ilmu secara
mendalam”
SSM amat teruja dengan kemajuan yang dicapai pada tahun 2007 dan bersedia untuk mencapai kejayaan yang lebih besar pada tahun 2008. Sehubungan itu, SSM telah mengenal pasti dan merumuskan Tujuh Teras Strategik untuk terus memacu organisasi ini ke arah kecemerlangan.
SSM mensasarkan pelaksanaan sepenuhnya perkhidmatan e-Lodgement Syarikat pada suku pertama tahun 2008 yang bakal dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Antara perkhidmatan tersebut ialah:
• Permohonan semakan nama syarikat;
• Permohonan pemerbadanan syarikat tempatan;
• Serahan pertama selepas pemerbadanan;
• Permohonan lesen setiausaha syarikat;
• Permohonan pembaharuan lesen setiausaha syarikat;
• Permohonan penukaran nama syarikat;
• Serah simpan Penyata Tahunan bagi syarikat dengan modal saham dan sijil bagi Syarikat Persendirian Terkecuali;
• Serah simpan Penyata Tahunan syarikat dengan saham modal saham serta akaun;
• Serah simpan notis kedudukan pejabat berdaftar, waktu beroperasi dan perubahan butir-butir tersebut;
Langkah Seterusnya
134
• Serah simpan notis tempat daftar ahli dan indeks disimpan atau perubahan tempat tersebut;
• Serah simpan butir-butir di dalam daftar pengarah, pengurus dan setiausaha syarikat dan perubahan butir-butir tersebut; dan
• Serah simpan maklumat mengenai penguntukan saham.
Di samping itu, SSM akan terus menjalankan penyelidikan dan pembangunan secara berterusan ke atas pelbagai aspek e-Lodgement seperti ciri-ciri keselamatan, penambahbaikan sistem, automasi dan sebagainya.
SSM juga akan memperkenalkan produk dan perkhidmatan baru seperti pelawaan tender bagi nombor pendaftaran syarikat yang sama seperti pelawaan tender nombor pendaftaran kenderaan. Bagi mereka yang ingin memperolehi nombor pemerbadanan syarikat atau pendaftaran perniagaan yang unik boleh berbuat demikian apabila perkhidmatan ini disediakan pada tahun 2008.
Perkhidmatan e-info SSM akan diperluaskan kepada pengguna-pengguna telefon bimbit bagi membolehkan mereka membeli dan menyemak maklumat korporat melalui telefon bimbit.
Satu Polisi Pengurusan Ilmu juga sedang dibangunkan. Polisi ini bertujuan untuk memahami bagaimana ilmu itu dicipta, diguna dan dikongsi di dalam sesebuah organisasi. Objektif utama pengurusan ilmu ialah untuk memastikan maklumat yang betul dapat disampaikan kepada pihak yang berkenaan dalam masa yang tepat untuk membantu di dalam membuat keputusan yang sewajarnya. Pengurusan ilmu bukanlah sekadar menguruskan ilmu semata-mata, malah melibatkan proses untuk mengaitkan ilmu dan penggunaannya. Di SSM, terdapat banyak maklumat berharga yang tersimpan di dalam sistemnya, yang boleh membantu Kerajaan di dalam membuat perancangan awal untuk Negara dan penduduknya.
Pada tahun 2008, SSM telah merancang untuk menganjurkan satu persidangan antarabangsa yang akan menekankan fungsi SSM sebagai pendaftar korporat ke arah dimensi baru. SSM juga akan memainkan peranan yang lebih pro-aktif bersama beberapa agensi Kerajaan lain bagi menarik pelabur dan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk perniagaan.
Pada tahun 2008, SSM akan memulakan pelaksanaan Pelan Strategik ICT (ISP), yang akan menyaksikan perubahan rangka kerja ICT SSM. ISP merupakan satu pelan induk ICT secara menyeluruh yang akan dibangunkan dalam tempoh tiga hingga lima tahun yang akan datang bagi membolehkan infrastruktur ICT SSM menangani cabaran-cabaran fungsian di masa hadapan bagi memenuhi harapan pihak-pihak berkepentingan.
Beberapa perubahan juga dijangka akan dilaksanakan ke atas undang-undang yang ditadbir oleh SSM. Tahun 2008 akan menyaksikan permulaan projek semakan semula Akta Syarikat 1965. Kerangka undang-undang baru bagi sebuah bentuk perniagaan alternatif juga sedang dirangka bagi memenuhi kehendak komuniti perniagaan.
Berkat sokongan dan kesungguhan daripada semua pekerja SSM yang bermotivasi tinggi, SSM berkeyakinan untuk mencapai satu lagi tahun yang penuh kecemerlangan bagi tujuan kemakmuran negara, ekonomi dan sosial Malaysia.
Langkah Seterusnya (sambungan)
Carta Organisasi SSM
Timbalan KPE (Operasi)
BahagianPerkhidmatanPendaftaran
Bahagian Teknologi
Maklumat dan Komunikasi
136
Carta Organisasi SSM
Akademi Latihan
Bahagian Pembangunan
Perniagaan dan Pemasaran
SeksyenOperasi
Cawangan
137
Pengarah KananPenguatkuasaan
Seksyen Aduan
BahagianPematuhan
BahagianPenyiasatan
BahagianPerkhidmatanPerundangan
Audit Dalam
MENTERI
ANGGOTASURUHANJAYA
KETUA PEGAWAIEKSEKUTIF
Timbalan KPE (Perkhidmatan)
137
SeksyenPerhubungan
Awam
BahagianSumberKorporat
Bahagian Pembangunan Korporat dan
Polisi
138
Jawatankuasa SSMAnggota Suruhanjaya telah menubuhkan beberapa Jawatankuasa untuk melancarkan pentadbiran SSM.
Semua Jawatankuasa tersebut telah dibentuk mengikut subseksyen 19(1) Akta Suruhanjaya Syarikat 2001.
Jawatankuasa-jawatankuasa yang telah ditubuhkan adalah seperti berikut:
Jawatankuasa Audit
1. Siti Halimah Ismail (Pengerusi)
2. Idris Abdullah
3. Dato’ Idrus Harun
Jawatankuasa Pelaburan
1. Zaiton Mohd Hassan (Pengerusi)
2. Dato’ Mohd Zain Mohd Dom
3. Abdul Karim Abdul Jalil
4. Zahrah Abd Wahab Fenner
Jawatankuasa Perolehan B
1. Abdul Karim Abdul Jalil (Pengerusi)
2. Zahrah Abd Wahab Fenner
3. Khoo Beng Chit
4. Mohamed Zanyuin Ismail
5. Amir Ahmad
6. Ahmad Shatar Azizan
7. Muhammad Faris Othman
Jawatankuasa Perjawatan I
1. Abdul Karim Abdul Jalil (Pengerusi)
2. Dato’ Idrus Harun
3. Hj Abdillah Hj Abdul Hamid
Jawatankuasa Perjawatan II
1. Abdul Karim Abdul Jalil (Pengerusi)
2. Zahrah Abd Wahab Fenner
3. Khoo Beng Chit
Jawatankuasa Disiplin I
1. Dato’ Mohd Zain Mohd Dom (Pengerusi)
2. Hj Abdillah Hj Abdul Hamid
3. Dato’ Idrus Harun
Jawatankuasa Disiplin II
1. Dato’ Mohd Zain Mohd Dom (Pengerusi)
2. Hj Abdillah Hj Abdul Hamid
3. Dato’ Idrus Harun
Jawatankuasa Disiplin III
1. Abdul Karim Abdul Jalil (Pengerusi)
2. Hj Mohammad Nor Hj Abdul Aziz
3. Dato’ Idrus Harun
4. Hj Abdillah Hj Abdul Hamid
Jawatankuasa Disiplin IV
1. Abdul Karim Abdul Jalil (Pengerusi)
2. Hj Mohammad Nor Hj Abdul Aziz
3. Reihana Abd Razak
4. Dato’ Idrus Harun
5. Hj Abdillah Hj Abdul Hamid
Jawatankuasa Disiplin V
1. Zahrah Abd Wahab Fenner (Pengerusi)
2. Normah Sheikh Abdullah
3. Reihana Abd Razak
4. Dato’ Idrus Harun
5. Hj Abdillah Hj Abdul Hamid
Penyata Kewangan
140
SIJIL KETUA AUDIT NEGARAMENGENAI PENYATA KEWANGAN
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIABAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2007
Penyata kewangan Suruhajaya Syarikat Malaysia bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 telah diaudit oleh wakil saya. Pihak pengurusan bertanggungjawab terhadap penyata kewangan ini. Tanggungjawab saya adalah mengaudit dan memberi pendapat terhadap penyata kewangan tersebut.
2. Pengauditan telah dilaksanakan mengikut Akta Audit 1957 dan berpandukan piawaian pengauditan yang diluluskan. Piawaian tersebut menghendaki pengauditan dirancang dan dilaksanakan untuk mendapat kepastian yang munasabah sama ada penyata kewangan adalah bebas daripada kesilapan atau ketinggalan yang ketara. Pengauditan itu termasuk memeriksa rekod secara semak uji, menyemak bukti yang menyokong angka dan memastikan pendedahan yang mencukupi dalam penyata kewangan. Penilaian juga dibuat terhadap prinsip perakaunan yang digunakan dan penyampaian penyata kewangan secara keseluruhan.
3. Pada pendapat saya, penyata kewangan ini memberi gambaran yang benar dan saksama terhadap kedudukan kewangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi tahun berakhir 31 Disember 2007, hasil operasi dan aliran tunainya untuk tahun tersebut berdasarkan piawaian perakaunan yang diluluskan.
(HJH ZAINUN BINTI TAIB)b.p. KETUA AUDIT NEGARAMALAYSIA
PUTRAJAYA9 APRIL 2008
141141
Kami, DATO’ MOHD ZAIN BIN MOHD DOM dan ABDUL KARIM BIN ABDUL JALIL, yang merupakan
Pengerusi dan salah seorang Anggota SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA, dengan ini menyatakan
bahawa, pada pendapat Anggota, Penyata Kewangan yang mengandungi Lembaran Imbangan, Penyata
Pendapatan, Penyata Perubahan Ekuiti dan Penyata Aliran Tunai yang berikut ini berserta dengan nota-
nota kepada Penyata Kewangan di dalamnya, adalah disediakan untuk menunjukkan pandangan yang
benar dan saksama berkenaan kedudukan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA pada 31 Disember
2007 dan hasil kendaliannya serta perubahan kedudukan kewangannya bagi tahun berakhir pada tarikh
tersebut.
Bagi pihak Suruhanjaya, Bagi pihak Suruhanjaya,
DATO’ MOHD ZAIN BIN MOHD DOM ABDUL KARIM BIN ABDUL JALIL Pengerusi Anggota Suruhanjaya
Tarikh : 7 April 2008 Tarikh : 7 April 2008Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Penyata Pengerusi Dan Seorang Anggota Suruhanjaya Syarikat Malaysia
142
Saya, ZAHRAH BT ABD. WAHAB FENNER, pegawai utama yang bertanggungjawab ke atas pengurusan kewangan dan rekod-rekod perakaunan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA, dengan ikhlasnya mengakui bahawa Lembaran Imbangan, Penyata Pendapatan, Penyata Perubahan Ekuiti dan Penyata Aliran Tunai dalam kedudukan kewangan yang berikut ini berserta dengan nota-nota kepada Penyata Kewangan di dalamnya mengikut sebaik-baik pengetahuan dan kepercayaan saya, adalah betul dan saya membuat ikrar ini dengan sebenarnya mempercayai bahawa ia adalah benar dan atas kehendak Akta Akuan Berkanun, 1960.
Sebenarnya dan sesungguhnyadiakui oleh penama di atas diKuala Lumpur pada25 Januari 2008
Di hadapan saya,
PESURUHJAYA SUMPAH
Perakuan oleh Pegawai Utama yang bertanggungjawab ke atas Pengurusan KewanganSuruhanjaya Syarikat Malaysia
143143Nota-nota di muka surat 147 hingga 165 merupakan sebahagian daripada penyata kewangan ini.
Nota 2007 2006 RM RM
Aset Bukan SemasaHarta, kelengkapan dan peralatan 3 25,103,783 25,735,320Pelaburan jangka panjang 4 30,009,974 25,022,100Kerja dalam kemajuan 5 57,688,816 21,516,337Pembiayaan pekerja 6 11,300,646 9,102,044 124,103,219 81,375,801
Aset SemasaPenghutang perdagangan 7 18,572 141,974Penghutang lain, deposit dan prabayar 8 7,075,500 6,863,768Pembiayaan pekerja 6 1,147,422 985,738Pelaburan jangka pendek 9 112,755,510 63,484,341Tunai dan kesetaraan tunai 10 290,166,142 313,034,168 411,163,146 384,509,989
JUMLAH ASET 535,266,365 465,885,790
EKUITI DAN LIABILITIEkuitiGeran modal 11 46,992,895 47,411,837Lebihan terkumpul 268,768,846 209,712,340Dana pembiayaan pekerja 12 56,000,000 56,000,000 371,761,741 313,124,177
Liabiliti Bukan SemasaPeruntukan Faedah Pekerja 13 791,003 923,538 791,003 923,538Liabiliti SemasaKumpulan Wang Disatukan Persekutuan 14 156,797,992 138,242,784Pemiutang lain 15 4,830,884 5,886,436Pemiutang projek jangka pendek 16 1,084,745 1,312,855Percukaian 21 - 6,396,000 162,713,621 151,838,075
Jumlah Liabiliti 163,504,624 152,761,613
JUMLAH EKUITI DAN LIABILITI 535,266,365 465,885,790
Lembaran Imbanganpada 31 Disember 2007
144
Nota 2007 2006
RM RM
Pendapatan 17 313,595,984 276,485,568
Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan 14 (156,797,992 ) (138,242,784 )
156,797,992 138,242,784
Perbelanjaan Operasi
Kos pekerja 18 (55,483,826 ) (47,804,685 )
Perbelanjaan pentadbiran 19 (34,626,438 ) (33,092,000 )
Susutnilai 3 (14,446,164 ) ( 6,715,039 )
Pelunasan ke atas manfaat peletakhakan 418,942 1,487,595
Lebihan sebelum percukaian 20 52,660,506 52,118,655
Percukaian 21 6,396,000 (2,102,000 )
Lebihan bersih selepas percukaian 59,056,506 50,016,655
Penyata Pendapatanbagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007
Nota-nota di muka surat 147 hingga 165 merupakan sebahagian daripada penyata kewangan ini.
145145
Geran Manfaat Lebihan Dana Pembiayaan
Permulaan Peletakhakan Terkumpul Pekerja Jumlah
RM RM RM RM RM
Baki pada 1 Januari 2006 43,600,000 5,299,432 169,695,685 46,000,000 264,595,117
Keuntungan bersih tidak diambil
kira dalam penyata pendapatan
Pelunasan ke atas manfaat
peletakhakan - (1,487,595 ) - - (1,487,595 )
- (1,487,595 ) - - (1,487,595 )
Lebihan bagi tahun semasa - - 50,016,655 - 50,016,655
Pindahan lebihan terkumpul
kepada dana pembiayaan - - (10,000,000 ) 10,000,000 -
Baki pada 31 Disember 2006 43,600,000 3,811,837 209,712,340 56,000,000 313,124,177
/ 1 Januari 2007
Lebihan bersih tidak diambil kira
dalam penyata pendapatan
Pelunasan ke atas manfaat
peletakhakan - (418,942 ) - - (418,942 )
- (418,942 ) - - (418,942 )
Lebihan bagi tahun semasa - - 59,056,506 - 59,056,506
Baki pada 31 Disember 2007 43,600,000 3,392,895 268,768,846 56,000,000 371,761,741
Geran Modal
Penyata Perubahan Ekuitibagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007
Nota-nota di muka surat 147 hingga 165 merupakan sebahagian daripada penyata kewangan ini.
146
Penyata Aliran Tunaibagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007
2007 2006
RM RM
Aktiviti kendalian
Lebihan sebelum percukaian 52,660,506 52,118,655
Pelarasan bagi:
Susutnilai 14,446,164 6,715,039
Pelunasan ke atas manfaat peletakhakan (418,942 ) (1,487,595 )
Pelunasan ke atas pelaburan jangka panjang 8,426 -
Keuntungan dari pelupusan harta,
kelengkapan dan peralatan (151,919 ) (52,843 )
Keuntungan dan dividen daripada pendapatan pelaburan (17,310,149 ) (14,659,472 )
Keuntungan operasi sebelum perubahan modal kerja 49,234,086 42,633,784
(Pertambahan)/Pengurangan penghutang 123,402 (17,034 )
Pertambahan penghutang lain, deposit dan prabayar (211,732 ) (772,660 )
Pertambahan Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan 18,555,208 12,282,558
Pengurangan pemiutang lain (1,055,552 ) (2,005,753 )
Pertambahan/(Pengurangan) pemiutang kerja dalam kemajuan (228,110 ) 977,010
Pengurangan peruntukan faedah pekerja (132,535 ) (164,320 )
Aliran tunai masuk bersih dari aktiviti kendalian 66,284,767 52,933,585
Aliran tunai dari aktiviti pelaburan
Pemerolehan harta, kelengkapan dan peralatan (13,837,336 ) (9,329,130 )
Terimaan dari pelupusan harta, kelengkapan dan peralatan 174,628 52,850
Kerja dalam kemajuan (36,172,479 ) (19,360,743 )
Peletakan pelaburan jangka pendek (49,271,169 ) 2,439,931
Peletakan pelaburan jangka panjang (4,996,300 ) (25,022,100 )
Terimaan keuntungan dan dividen 17,310,149 14,659,472
Pembiayaan pekerja (3,276,632 ) (3,573,158 )
Bayaran balik pembiayaan pekerja 916,346 822,903
Aliran tunai keluar bersih dari aktiviti pelaburan (89,152,793 ) (39,309,975 )
(Pengurangan)/Pertambahan bersih tunai dan kesetaraan tunai (22,868,026 ) 13,623,610
Tunai dan kesetaraan tunai pada awal tahun 313,034,168 299,410,558
Tunai dan kesetaraan tunai pada akhir tahun 290,166,142 313,034,168
Tunai dan kesetaraan tunai
Tunai dan baki di bank 29,961,262 18,227,028
Peletakan di bank dan institusi kewangan 260,204,880 294,807,140
290,166,142 313,034,168
Nota-nota di muka surat 147 hingga 165 merupakan sebahagian daripada penyata kewangan ini.
147147
1) AKTIVITI UTAMA
Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 (Akta 614). Aktiviti utama Suruhanjaya adalah pengawal selia perbadanan, syarikat dan perniagaan di bawah Akta Syarikat 1965, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, Akta Syarikat Amanah 1949, Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kootu 1971 dan mana–mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta-Akta yang disebut di atas.
Tiada perubahan yang signifi kan terhadap aktiviti utama dalam tahun semasa.
2) POLISI PERAKAUNAN YANG SIGNIFIKAN
Polisi perakaunan yang dinyatakan di bawah telah diguna pakai secara konsisten oleh Suruhanjaya pada semua penyata kewangan tahun–tahun sebelumnya, melainkan jika dinyatakan sebaliknya.
a) Asas Penyediaan Penyata kewangan Suruhanjaya telah disediakan mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan
oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) untuk entiti persendirian (Piawaian Pelaporan Entiti Persendirian-PERS).
Penyata kewangan Suruhanjaya telah disediakan mengikut asas kos sejarah, kecuali sebagaimana yang didedahkan dalam ringkasan polisi perakaunan yang signifi kan.
Penyediaan penyata kewangan memerlukan pengurusan membuat pertimbangan, anggaran dan andaian yang mempengaruhi pemakaian polisi perakaunan dan laporan amaun aset, liabiliti, pendapatan dan perbelanjaan. Walaupun pertimbangan, anggaran dan andaian ini dibuat berdasarkan kepada pengetahuan dan tindakan semasa yang terbaik, keputusan sebenar mungkin berlainan.
Anggaran dan andaian disemak atas dasar berterusan. Penyemakan anggaran perakaunan diiktiraf pada masa anggaran disemak dan pada bila-bila masa hadapan yang berkenaan.
b) Peletakhakan Aset, Hak dan Liabiliti Ini merupakan aset, hak dan liabiliti Kerajaan Malaysia yang dipindahkan kepada dan
dipeletakhakan dalam Suruhanjaya. Ianya dinyatakan selepas mengambilkira perbelanjaan terus dan susutnilai aset yang dipeletakhakan.
Peletakhakan aset, hak dan liabiliti dinyatakan pada nilai saksama dan diiktiraf dalam lembaran imbangan berdasarkan tarikh peletakhakan.
Peletakhakan aset bukan tunai dilunaskan berdasarkan kepada anggaran hayat penggunaannya. Manfaat ini dinyatakan sebagai manfaat pelunasan dalam penyata perubahan ekuiti.
Nota Kepada Penyata Kewanganbagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007
148
2) POLISI PERAKAUNAN YANG SIGNIFIKAN (sambungan)
c) Harta, Kelengkapan dan Peralatan
Harta, kelengkapan dan peralatan dinyatakan pada kos sejarah setelah ditolak susutnilai
terkumpul dan kerugian kemerosotan. Kos termasuk perbelanjaan yang berkaitan terus dengan
perolehan sesuatu aset berkenaan.
Kos berikutan diambil kira dalam jumlah bawaan aset atau diiktiraf sebagai aset berasingan, yang
mana berkenaan, jika manfaat ekonomi masa hadapan berkaitan item berkenaan berkemungkinan
akan mengalir kepada Suruhanjaya dan kos berkenaan boleh diukur dengan pasti. Jumlah bawaan
untuk bahagian yang diganti adalah tidak diiktiraf. Semua pembaikan dan penyelenggaraan akan
dikira dalam penyata pendapatan dalam tempoh kewangan di mana ianya ditanggung.
Harta, kelengkapan dan peralatan disusutnilaikan mengikut kaedah garis lurus untuk menghapus
kira kos sesuatu aset, atau amaun nilaian semula, kepada nilai baki berbanding dengan anggaran
tempoh hayat kegunaan, seperti berikut :
%
Bangunan 2
Kenderaan Bermotor 20
Perabot dan Kelengkapan 20
Perisian dan Perkakasan Komputer 20-33 1/3
Peralatan Pejabat 20
Ubahsuai 20
Susutnilai ke atas harta, kelengkapan dan peralatan dalam pembinaan akan bermula apabila
harta, kelengkapan dan peralatan berkenaan sedia untuk digunakan.
Nilai baki dan tempoh jangka hayat kegunaan harta, kelengkapan dan peralatan akan dikaji dan
diselaraskan, jika perlu, pada tarikh pelaporan.
Pada setiap tarikh pelaporan, Suruhanjaya akan menilai sama ada terdapat petanda kemerosotan
nilai. Sekiranya petanda berkenaan wujud, analisa akan dilaksanakan untuk menilai sama ada
amaun bawaan aset boleh diperolehi semula sepenuhnya. Penurunan nilai dilakukan jika nilai
bawaan melebihi amaun boleh pulih. Lihat Nota 2(d) polisi perakaunan mengenai kemerosotan
aset.
Keuntungan atau kerugian daripada pelupusan harta, kelengkapan dan peralatan adalah perbezaan
antara hasil pelupusan bersih dan amaun bawaan bagi harta, kelengkapan dan peralatan, dan
didedahkan dalam penyata pendapatan.
Nota Kepada Penyata Kewanganbagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007
149149
2) POLISI PERAKAUNAN YANG SIGNIFIKAN (sambungan)
d) Kemerosotan Aset
Nilai bawaan harta, kelengkapan dan peralatan disemak semula untuk menentukan sama ada
terdapatnya sebarang petunjuk kemerosotan. Kemerosotan diukur dengan membandingkan nilai
bawaan aset dengan jumlah boleh diperolehi semula. Kerugian kemerosotan diiktiraf sebagai
perbelanjaan dalam penyata pendapatan dengan serta merta.
Peningkatan jumlah boleh diperolehi semula aset yang berikutnya dianggap sebagai penerbalikan
kerugian kemerosotan sebelum ini dan diiktiraf sehingga tahap nilai bawaan aset yang akan
ditentukan (bersih daripada pelunasan dan susutnilai) sekiranya tiada kerugian kemerosotan
diiktiraf. Penerbalikan diiktiraf dalam penyata pendapatan dengan serta merta.
e) Pelaburan Jangka Panjang
Pelaburan jangka panjang dinyatakan pada kos dan dipegang sehingga matang. Peruntukan
pengurangan nilai dibuat apabila wujud pengurangan yang kekal.
f) Kerja Dalam Kemajuan
Kerja dalam kemajuan dipermodalkan sebagai harta, kelengkapan dan peralatan setelah
Suruhanjaya menerima sijil akuan siap atau surat akuan penerimaan.
g) Pembiayaan Pekerja
Pembiayaan pekerja dinyatakan pada kos ditolak peruntukan hutang lapuk dan hutang ragu.
h) Penghutang Perdagangan
Penghutang perdagangan dinyatakan pada amaun invois ditolak peruntukan hutang ragu.
Peruntukan ini diwujudkan apabila terdapat bukti bahawa amaun berkenaan tidak dapat dikutip
oleh Suruhanjaya berdasarkan kepada terma asal penghutang.
i) Tunai dan Kesetaraan Tunai
Untuk tujuan penyata aliran tunai, tunai dan kesetaraan tunai adalah terdiri daripada tunai dalam
tangan, deposit dengan bank, jangka pendek yang lain dan pelaburan berkecairan tinggi dengan
kematangan asal tiga bulan atau kurang.
j) Geran Kerajaan
Geran Kerajaan diiktiraf pada nilai saksama bila mana terdapat keyakinan munasabah
bahawa geran tersebut akan diterima dan kesemua syarat yang ditetapkan telah dipatuhi oleh
Suruhanjaya.
Geran kerajaan yang dikaitkan dengan perbelanjaan dikenal pasti sebagai pendapatan dalam
penyata pendapatan berdasarkan pendekatan yang sistematik pada tempoh yang diperlukan bagi
menyesuaikan geran tersebut dengan perbelanjaan yang dijangkakan untuk dibayar.
Nota Kepada Penyata Kewanganbagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007
150
2) POLISI PERAKAUNAN YANG SIGNIFIKAN (sambungan)
j) Geran Kerajaan (sambungan)
Geran kerajaan yang dikaitkan dengan pembelian aset dimasukkan sebagai pendapatan tertunda
pada nilai saksama dan diiktiraf dalam penyata pendapatan berdasarkan jangka hayat aset
berkenaan melalui amaun ansuran yang bersamaan.
k) Faedah Pekerja
Faedah Pekerja Jangka Pendek
Gaji, cuti tahunan dan cuti sakit berbayar, bonus dan faedah bukan kewangan diiktiraf
sebagai perbelanjaan dalam tempoh di mana perkhidmatan berkaitan diberikan oleh pekerja
Suruhanjaya.
Pelan Caruman Wajib
Suruhanjaya mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pekerja yang
memilih skim KWSP dan Kumpulan Amanah Pencen untuk pekerja yang memilih skim pencen
Kerajaan. Caruman ini diambil kira dalam penyata pendapatan dalam tempoh di mana ia berkait.
Setelah caruman dibayar, Suruhanjaya tidak mempunyai kewajipan pembayaran selanjutnya.
Faedah Pekerja Jangka Panjang
Pembayaran faedah pekerja jangka panjang selepas persaraan dan/atau setelah tamat tempoh
perkhidmatan kontraknya akan diiktiraf dalam penyata pendapatan tahun semasa sebagai faedah
pekerja, manakala dalam lembaran imbangan, amaun ini diiktiraf sebagai liabiliti yang dikenali
sebagai Peruntukan Faedah Pekerja.
Jenis-jenis faedah pekerja jangka panjang yang diiktiraf adalah seperti berikut :
i. Bayaran gantian cuti rehat dalam bentuk tunai; dan
ii. Bayaran gratuiti kepada pekerja kontrak yang tamat tempoh perkhidmatan.
Kaedah pengiraan tunai boleh bayar untuk gantian cuti rehat kepada pekerja yang bersara dan
pengiraan gratuiti boleh bayar kepada pekerja kontrak yang tamat tempoh perkhidmatannya
adalah berdasarkan kepada maklumat sebenar yang sedia ada pada tarikh lembaran imbangan
dan kelayakan berdasarkan kepada terma dan syarat perkhidmatan Suruhanjaya. Kadar gaji
semasa telah digunakan untuk pengiraan liabiliti ini.
Nota Kepada Penyata Kewanganbagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007
151151
2) POLISI PERAKAUNAN YANG SIGNIFIKAN (sambungan)
l) Caruman kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan
Caruman kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan mewakili 50 peratus daripada jumlah
hasil diterima sebagaimana yang ditetapkan di bawah Seksyen 35(1) Akta Suruhanjaya Syarikat
Malaysia 2001 (Akta 614).
Pengiraan amaun caruman boleh bayar kepada Kerajaan adalah berdasarkan kepada jumlah
kasar hasil yang diterima dalam sesuatu tempoh dan ditolak hutang ragu. Caruman ini diakrukan
dalam tahun di mana pendapatan diiktiraf.
m) Pemiutang Lain
Pemiutang lain dinyatakan pada kos yang merupakan nilai saksama pertimbangan yang perlu
dibayar untuk barangan dan perkhidmatan yang diberikan di masa hadapan.
n) Percukaian
Cukai pendapatan ke atas lebihan atau defi sit bagi tahun kewangan terdiri daripada cukai semasa
dan cukai tertunda. Cukai semasa merupakan amaun cukai pendapatan yang dijangka perlu
dibayar ke atas lebihan bercukai bagi tahun semasa dan dikira mengikut kadar cukai yang dikuat
kuasakan pada tarikh lembaran imbangan.
Cukai tertunda diperuntukkan mengikut kaedah liabiliti, ke atas perbezaan sementara yang
timbul antara asas cukai aset dan liabiliti dan nilai bawaannya dalam penyata kewangan. Pada
prinsipnya, liabiliti cukai tertunda diiktiraf bagi semua perbezaan sementara bercukai dan aset
cukai tertunda diiktiraf bagi semua potongan perbezaan sementara bercukai, setakat mana
terdapatnya kemungkinan keuntungan bercukai masa hadapan yang ada boleh digunakan
terhadap potongan perbezaan sementara.
Cukai tertunda dikira pada kadar cukai yang dikuat kuasakan pada tarikh lembaran imbangan.
o) Peruntukan
Peruntukan diiktiraf apabila Suruhanjaya mempunyai obligasi perundangan atau konstruktif
semasa hasil daripada peristiwa terdahulu yang berkemungkinan akan memerlukan aliran keluar
sumber untuk menjelaskan obligasi tersebut, dan apabila anggaran berhubung jumlah tersebut
boleh dibuat. Jika Suruhanjaya menjangka sesuatu peruntukan akan dibayar balik (contohnya,
di bawah kontrak insurans), pembayaran balik tersebut diiktiraf sebagai aset yang berasingan
tetapi hanya apabila pembayaran balik tersebut benar–benar boleh dipastikan. Peruntukan tidak
diiktiraf untuk kerugian operasi masa hadapan.
Jika terdapat beberapa obligasi yang serupa, kemungkinan keperluan aliran keluar untuk
penyelesaian ditentukan dengan mempertimbangkan obligasi-obligasi tersebut secara keseluruhan
mengikut kelas. Peruntukan diiktiraf walaupun kemungkinan aliran keluar berhubung dengan
mana-mana perkara yang termasuk dalam sesuatu kelas obligasi yang sama adalah kecil.
Nota Kepada Penyata Kewanganbagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007
152
2) POLISI PERAKAUNAN YANG SIGNIFIKAN (sambungan)
o) Peruntukan (sambungan)
Peruntukan diukur sebagai nilai semasa perbelanjaan yang dijangka akan diperlukan untuk
menjelaskan obligasi dengan menggunakan kadar sebelum cukai yang menggambarkan taksiran
pasaran semasa nilai masa wang dan risiko khusus obligasi. Peningkatan dalam peruntukan yang
disebabkan oleh peredaran masa diiktiraf sebagai perbelanjaan faedah.
p) Pengiktirafan Pendapatan
Pendapatan terdiri daripada nilai saksama pertimbangan diterima atau boleh terima bagi
perkhidmatan yang diberikan mengikut aktiviti Suruhanjaya yang biasa.
Suruhanjaya mengiktiraf pendapatan apabila amaun tersebut boleh diukur dan dipercayai,
manfaat ekonomi masa hadapan dijangka akan mengalir kepada Suruhanjaya dan juga kriteria
tertentu telah dapat dipenuhi bagi setiap aktiviti Suruhanjaya seperti berikut:
i) Pendapatan Perkhidmatan
Pendapatan perkhidmatan terdiri daripada kutipan fi pendaftaran syarikat dan perniagaan
dan bekalan maklumat korporat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Syarikat
1965 dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Pendapatan ini diambil kira apabila sesuatu
perkhidmatan telah sempurna dilaksanakan.
ii) Kompaun
Kompaun diiktiraf apabila pembayaran diterima kerana setiap kompaun yang dikeluarkan
hanyalah merupakan satu tawaran dengan tempoh pembayaran yang ditetapkan oleh
Pendaftar. Kompaun yang tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan akan disusuli
dengan tindakan pendakwaan selaras dengan peruntukan Akta Syarikat 1965 dan Akta
Pendaftaran Perniagaan 1956.
Walau bagaimanapun, denda yang diperolehi daripada keputusan Mahkamah hasil daripada
tindakan pendakwaan akan menjadi hasil Kerajaan dan bukannya Suruhanjaya.
iii) Program Latihan Korporat
Pendapatan daripada Program Latihan Korporat diiktiraf apabila pengesahan pendaftaran
peserta diterima.
iv) Pendapatan Faedah, Dividen dan Keuntungan
Pendapatan faedah, dividen dan keuntungan diiktiraf mengikut kaedah perkadaran masa,
dengan mengambil kira tunggakan prinsipal dan kadar efektif sehingga tempoh matang,
apabila pendapatan berkenaan pasti akan diakrukan kepada Suruhanjaya.
q) Instrumen Kewangan
Instrumen kewangan adalah sebarang kontrak yang meningkatkan aset kewangan sesebuah
perusahaan dan liabiliti kewangan atau instrumen ekuiti kepada perusahaan yang lain.
Nota Kepada Penyata Kewanganbagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007
153153
3) HARTA, KELENGKAPAN DAN PERALATAN
Peralatan
Perabot dan Peralatan dan Perisian Kenderaan
Kelengkapan Pejabat Komputer Bermotor Ubahsuai Jumlah
RM RM RM RM RM RM
Kos
Pada 1 Januari 2007 2,521,515 2,593,607 29,196,335 6,744,070 15,341,074 56,396,601
Tambahan 1,774,598 533,003 10,865,721 260,564 403,450 13,837,336
Pelupusan - (282 ) (25,689 ) (515,256 ) - ((541,227 )
Pada 31 Disember 2007 4,296,113 3,126,328 40,036,367 6,489,378 15,744,524 69,692,710
Susutnilai terkumpul
Pada 1 Januari 2007 1,173,495 633,568 19,162,170 2,090,470 7,601,578 30,661,281
Susutnilai tahun semasa 699,133 580,285 8,747,230 1,300,751 3,118,765 14,446,164
Pelupusan - - (13,619 ) (504,899 ) - (518,518 )
Pada 31 Disember 2007 1,872,628 1,213,853 27,895,781 2,886,322 10,720,343 44,588,927
Nilai buku bersih
Pada 31 Disember 2007 2,423,485 1,912,475 12,140,586 3,603,056 5,024,181 25,103,783
Pada 31 Disember 2006 1,348,020 1,960,039 10,034,165 4,653,600 7,739,496 25,735,320
Susutnilai bagi
tahun berakhir
31 Disember 2006 452,674 382,060 2,125,330 880,487 2,874,488 6,715,039
2) POLISI PERAKAUNAN YANG SIGNIFIKAN (sambungan)
q) Instrumen Kewangan (sambungan)
Aset kewangan adalah sebarang aset yang berupa wang tunai, hak berkontrak untuk menerima
wang tunai atau lain-lain aset kewangan daripada perusahaan lain, hak berkontrak untuk menukar
instrumen kewangan dengan perusahaan lain di bawah syarat yang berpotensi menguntungkan,
atau instrumen ekuiti perusahaan lain.
Liabiliti kewangan adalah sebarang tanggungan yang merupakan obligasi berkontrak untuk
memberi wang tunai atau aset kewangan lain kepada perusahaan lain, atau menukar instrumen
kewangan dengan perusahaan lain di bawah syarat yang berpotensi tidak menguntungkan.
Kaedah pengiktirafan yang diterima pakai bagi instrumen kewangan yang diiktiraf dalam lembaran
imbangan didedahkan dalam kenyataan polisi perakaunan individu yang berkaitan dengan setiap
instrumen kewangan.
Nota Kepada Penyata Kewanganbagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007
154
3) HARTA, KELENGKAPAN DAN PERALATAN (sambungan)
Aset-aset Projek Migrasi telah dipeletakhakan kepada Suruhanjaya mengikut Perjanjian Novasi (Novation Agreement) bertarikh 23 April 2004. Peralatan tersebut dinyatakan pada nilai saksama pada tarikh peletakhakan dengan hayat penggunaan selama 2 tahun.
Kemerosotan diukur dengan membandingkan nilai bawaan aset dengan jumlah boleh diperolehi semula. Kelewatan dalam penggunaan serta kaedah teknologi yang telah sampai kepada tahap pencapaian telah menyebabkan kemerosotan pada anggaran RM 3,150,981 berbanding dengan kos pembangunan sistem dalam tahun 2005. Kerugian kemerosotan diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam penyata pendapatan dengan serta merta.
4) PELABURAN JANGKA PANJANG
Pelaburan jangka panjang terdiri daripada peletakan dalam Keluaran Pelaburan Kerajaan yang menjana kadar kupon sebanyak 3.9 peratus dan 4.6 peratus untuk tempoh masing-masingnya tiga dan lima tahun dan ditolak dengan pelunasan ke atas premium.
Struktur kematangan pelaburan jangka panjang pada akhir tahun kewangan adalah seperti berikut :
2007 2006 RM RM
Lebih daripada satu tahun dan sehingga lima tahun 30,009,974 25,022,100 30,009,974 25,022,100
5) KERJA DALAM KEMAJUAN
2007 2006 RM RM
Baki pada 1 Januari 21,516,337 11,608,536Tambahan kerja dalam kemajuan dalam tahun kewangan 46,779,701 19,398,957Permodalan kepada harta, kelengkapan dan peralatan (10,607,222 ) (9,491,156 )Baki pada 31 Disember 57,688,816 21,516,337
Termasuk dalam kerja dalam kemajuan adalah projek teknologi maklumat dan komunikasi Suruhanjaya yang dianugerahkan dalam tahun semasa seperti berikut:
2007 2006 RM RMBangunan dalam kemajuan 57,553,025 14,750,000Pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kemajuan 135,791 6,766,337Baki pada 31 Disember 57,688,816 21,516,337
Nota Kepada Penyata Kewanganbagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007
155155
5) KERJA DALAM KEMAJUAN (sambungan)
i) Pembinaan Bangunan Pejabat Suruhanjaya Pada 11 Disember 2006, Suruhanjaya telah menandatangani perjanjian jual beli dengan KL
Sentral Sdn Bhd dan Malaysian Resources Corporation Berhad untuk membeli bangunan pejabat yang dikenal pasti sebagai Tower C bersekali dengan kumpulan aksesori berjumlah RM 147,500,000. Sebagaimana yang ditetapkan dalam perjanjian jual beli, pembinaan bangunan ini akan siap dalam tempoh 36 bulan daripada tarikh Syarat Terdahulu dipenuhi.
Pada tarikh pelaporan, dua bayaran kemajuan telah dibuat kepada pemaju dan bayaran ini telah
diklasifi kasikan sebagai kerja dalam kemajuan dalam tahun semasa. ii) Projek pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi Projek implementasi sistem bersepadu pengurusan kewangan dan sumber manusia berjumlah
RM 3,272,214 dan projek peningkatan sistem IDAMAN berjumlah RM 3,672,781 telah dipermodalkan sepenuhnya dalam tahun semasa. Pemodalan harta, kelengkapan dan peralatan juga adalah termasuk projek baru Suruhanjaya berjumlah RM 3,662,227 yang telah dianugerah dan diselesaikan dalam tahun semasa.
6) PEMBIAYAAN PEKERJA
Pelaburan kasar pembiayaan:
2007 2006 RM RM
Pembiayaan perumahan 12,975,111 9,894,786Pembiayaan kenderaan bermotor 1,538,191 1,678,413Pembiayaan komputer 138,217 163,582 14,651,519 11,736,781Keuntungan belum diperolehi daripada pembiayaan secara Islam (2,203,451 ) (1,648,999 )Nilai semasa pembayaran belum terima minima 12,448,068 10,087,782
Struktur kematangan pembiayaan pekerja pada akhir tahun kewangan adalah seperti berikut :
2007 2006 RM RM
Keuntungan belum diperolehi daripadapembiayaan secara Islam:Dalam tempoh satu tahun 1,202,405 1,029,494Lebih daripada satu tahun dan sehingga lima tahun 4,874,161 4,313,916Lebih daripada lima tahun 8,574,953 6,393,371 14,651,519 11,736,781
Nota Kepada Penyata Kewanganbagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007
156
6) PEMBIAYAAN PEKERJA (sambungan)
2007 2006
RM RM
Nilai semasa pembayaran belum terima minima:
Dalam tempoh satu tahun 1,147,422 985,738
Lebih daripada satu tahun dan sehingga lima tahun 5,006,463 3,756,892
Lebih daripada lima tahun 6,294,183 5,345,152
12,448,068 10,087,782
Pembiayaan pekerja merangkumi pembiayaan perumahan, kenderaan bermotor dan komputer secara
Islam kepada pekerja Suruhanjaya. Pembiayaan kenderaan bermotor dan komputer mempunyai tempoh
bayaran balik maksima masing-masingnya pada lapan tahun dan empat tahun dengan kadar keuntungan
pembiayaan sebanyak 4 peratus setahun (2006: 4 peratus setahun). Pembiayaan perumahan mempunyai
tempoh bayaran balik maksima 25 tahun dengan kadar keuntungan sebanyak 2 peratus setahun
(2006: 2 peratus setahun).
Kadar keuntungan efektif untuk semua pembiayaan pekerja adalah di antara 7 peratus hingga 9 peratus
setahun (2006: 7 peratus hingga 9 peratus setahun)
7) PENGHUTANG PERDAGANGAN
Penghutang perdagangan terdiri daripada fi perkhidmatan belum terima, termasuk fi pembaharuan
lesen perniagaan melalui POS Malaysia, perkhidmatan e-Info melalui ejen yang dilantik, perkhidmatan
e-Lodgement dan fi daripada Program Latihan Korporat.
Tempoh kredit yang diberikan untuk penghutang perdagangan ialah 30 hari daripada tarikh invois
dikeluarkan atau sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian yang berkaitan.
8) PENGHUTANG LAIN, DEPOSIT DAN PRABAYAR
2007 2006
RM RM
Keuntungan dan dividen belum terima 5,161,194 5,432,781
Deposit dan prabayar 1,712,656 1,331,083
Pendahuluan pekerja 184,930 81,893
Lain-lain terimaan 16,720 18,011
7,075,500 6,863,768
Nota Kepada Penyata Kewanganbagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007
157157
9) PELABURAN JANGKA PENDEK
2007 2006 RM RM
Akaun Amanah Institusi 51,164,735 48,742,205Kertas Komersial Islam 26,620,495 14,742,136Sijil Instrumen Hutang BolehRunding 24,970,280 -Perjanjian Jual Beli Semula 10,000,000 -
112,755,510 63,484,341
Pada tahun semasa dan tahun-tahun kewangan sebelumnya, Suruhanjaya telah meletakkan dananya dalam Akaun Amanah Institusi yang diselenggarakan oleh Amanah Raya Berhad, satu syarikat awam berhad dengan saham yang ditubuhkan di Malaysia. Dividen kasar boleh terima oleh Suruhanjaya
ialah 5 peratus setahun (2006: 5 peratus setahun) dengan tempoh matang peletakan kurang daripada satu tahun.
Suruhanjaya juga telah membeli Kertas Komersial Islam, Sijil Instrumen Hutang Boleh Runding dan Perjanjian Jual Beli Semula melalui beberapa institusi kewangan berlesen. Keuntungan efektif boleh
terima oleh Suruhanjaya untuk sekuriti ini adalah pada kadar antara 3.4 peratus hingga 3.7 peratus
setahun (2006: 3.0 peratus hingga 3.4 peratus setahun) dengan tempoh matang peletakan sehingga 12 bulan.
10) TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI
2007 2006 RM RM
Baki tunai dan bank 29,961,262 18,227,028Peletakan deposit dengan: Bank tempatan berlesen dan institusi kewangan 260,204,880 243,594,779 Syarikat diskaun berlesen - 51,212,361
290,166,142 313,034,168
Kadar keuntungan efektif bagi pelaburan am Al-Mudharabah dan pelaburan khas Al-Mudharabah
dengan bank-bank dan institusi-institusi kewangan berlesen adalah di antara 3.08 peratus hingga 4.0
peratus setahun (2006: 3.0 peratus hingga 3.85 peratus setahun).
Tempoh matang bagi pelaburan am Al-Mudharabah ialah 30 hari hingga satu tahun (2006: 30 hari
hingga 1 tahun) dan pelaburan khas Al-Mudharabah ialah satu malam hingga 90 hari (2006: 1 malam
hingga 90 hari).
Nota Kepada Penyata Kewanganbagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007
158
11) GERAN MODAL
2007 2006
RM RM
Geran permulaan 43,600,000 43,600,000
Manfaat peletakhakan 13,946,207 13,946,207
Pelunasan terkumpul (10,134,370 ) (8,646,775 )
Pelunasan tahun semasa (418,942 ) (1,487,595 )
3,392,895 3,811,837
Baki pada 31 Disember 46,992,895 47,411,837
Geran modal termasuk geran permulaan yang diberikan oleh Kerajaan bagi menampung tanggungan
kewangan dan perbelanjaan modal Suruhanjaya.
Manfaat peletakhakan bagi permulaan tahun kewangan adalah merupakan aset yang dipeletakhakan
kepada Suruhanjaya dalam tahun 2002 hingga tahun 2004. Ini termasuk harta, kelengkapan dan
peralatan, wang yang dikutip daripada Program Latihan Pengarah Syarikat dan novasi Projek Migrasi.
Aset Projek Migrasi ini diklasifi kasikan sebagai manfaat peletakhakan dan dinyatakan pada nilai
saksama.
Pelunasan ke atas manfaat peletakhakan dalam tahun semasa diambil kira sebagai manfaat penggunaan
ke atas harta, kelengkapan dan peralatan yang berkenaan yang mana ia bersamaan dengan susutnilai
harta, kelengkapan dan peralatan yang dipeletakhakan berjumlah RM 418,942 (2006: RM 1,487,595).
Amaun ini dinyatakan sebagai manfaat pelunasan dalam penyata perubahan ekuiti.
12) DANA PEMBIAYAAN PEKERJA
2007 2006
RM RM
Dana pembiayaan perumahan 50,000,000 50,000,000
Dana pembiayaan kenderaan bermotor 5,000,000 5,000,000
Dana pembiayaan komputer 1,000,000 1,000,000
56,000,000 56,000,000
Suruhanjaya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 50.0 juta, RM 5.0 juta dan RM 1.0 juta untuk
dana pembiayaan perumahan, kenderaan bermotor dan komputer masing - masing untuk pekerja
Suruhanjaya. Dana pembiayaan perumahan telah diperuntukkan daripada lebihan terkumpul pada
setiap tahun mulai 2002 hingga 2006.
Nota Kepada Penyata Kewanganbagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007
159159
13) PERUNTUKAN FAEDAH PEKERJA
2007 2006
RM RM
Baki pada 1 Januari 1,062,227 1,162,400
Bayaran kepada pekerja dalam tahun semasa (115,330 ) (100,173 )
Bayaran gratuiti terlebih nyata (97,961 ) -
Baki pada 31 Disember 848,936 1,062,227
Berkuat kuasa pada Oktober 2004, pekerja kontrak yang telah menyelesaikan tempoh kontraknya
tidak lagi layak untuk pembayaran gratuiti. Ini adalah hasil daripada keputusan Suruhanjaya untuk
menaikkan caruman majikan KWSP daripada 12.5 peratus kepada 17.5 peratus berkuat kuasa pada
bulan yang sama.
Struktur kematangan peruntukan faedah pekerja pada akhir tahun kewangan adalah seperti berikut :
2007 2006
RM RM
Dalam tempoh satu tahun 57,933 138,689
Lebih daripada satu tahun dan sehingga lima tahun 458,202 547,138
Lebih daripada lima tahun 332,801 376,400
848,936 1,062,227
14) KUMPULAN WANG DISATUKAN PERSEKUTUAN
2007 2006
RM RM
Baki pada 1 Januari 138,242,784 125,960,225
Peruntukan hasil belum bayar kepada
Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan 156,797,992 138,242,784
Bayaran kepada Kumpulan Wang
Disatukan Persekutuan dalam tahun semasa (138,242,784 ) (125,960,225 )
Baki pada 31 Disember 156,797,992 138,242,784
Seksyen 35(1) Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 (Akta 614) memperuntukkan bahawa
Suruhanjaya perlu membayar 50 peratus daripada jumlah hasil tahunan kepada Kumpulan Wang
Disatukan Persekutuan.
Nota Kepada Penyata Kewanganbagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007
160
15) PEMIUTANG LAIN
2007 2006
RM RM
Perbelanjaan belum bayar dan terakru 4,145,767 3,811,802
Perbelanjaan statutori belum bayar 476,992 1,530,834
Akaun Amanah 140,026 91,681
Lain-lain pemiutang 68,099 452,119
4,830,884 5,886,436
Tempoh kredit yang diterima untuk pemiutang lain adalah di antara 30 hari hingga 60 hari daripada
tarikh invois diterima.
16) PEMIUTANG PROJEK JANGKA PENDEK
Pemiutang projek jangka pendek adalah kos berkaitan dengan pembinaan bangunan pejabat
Suruhanjaya dan projek pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi yang belum dibayar pada
tarikh pelaporan.
Tempoh kredit yang diterima untuk pemiutang projek jangka pendek adalah di antara 30 hari hingga
60 hari daripada tarikh invois diterima.
17) PENDAPATAN
2007 2006
RM RM
Pendapatan daripada aktiviti operasi:
Pendapatan perkhidmatan 249,648,287 225,106,121
Kompaun 45,337,410 35,954,792
Program Latihan Korporat 712,450 355,270
Pendapatan lain:
Keuntungan dan dividen 17,310,149 14,659,472
Lain-lain pendapatan 435,769 357,070
Keuntungan pelupusan harta,
kelengkapan dan peralatan 151,919 52,843
313,595,984 276,485,568
Nota Kepada Penyata Kewanganbagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007
161161
18) KOS PEKERJA
2007 2006
RM RM
Gaji 33,680,745 27,780,280
Elaun tetap 3,006,497 2,655,642
Sumbangan berkanun 7,505,324 6,854,156
Elaun lebih masa 976,576 979,439
Bonus dan lain – lain faedah 8,324,527 7,751,766
Faedah perubatan 1,693,264 1,453,300
Elaun Anggota 122,800 100,250
Subsidi pembiayaan pekerja atas pinjaman Kerajaan 174,093 229,852
55,483,826 47,804,685
19) PERBELANJAAN PENTADBIRAN
2007 2006
RM RM
Perjalanan dan penginapan 3,063,117 2,520,057
Komunikasi dan utiliti 2,104,706 1,986,731
Sewa 10,764,478 10,453,633
Percetakan dan alatulis 5,794,192 4,188,421
Penyelenggaraan peralatan 7,450,765 9,009,046
Penyelenggaraan dan kawalan pejabat 1,034,276 742,599
Fi profesional 863,716 595,594
Keraian dan hospitaliti 3,212,666 3,468,134
Lain-lain kos pentadbiran 338,522 127,785
34,626,438 33,092,000
Nota Kepada Penyata Kewanganbagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007
162
20) LEBIHAN SEBELUM PERCUKAIAN
2007 2006
RM RM
Lebihan sebelum cukai bagi tahun semasa diperolehi
setelah mengambil kira:
Keuntungan dan dividen 17,310,149 14,659,472
Lain-lain pendapatan 435,769 357,070
Keuntungan pelupusan harta,
kelengkapan dan peralatan 151,919 52,843
dan kenaan:
Elaun Anggota 122,800 100,250
Ganjaran juruaudit 48,400 48,400
Bonus 8,194,527 7,747,166
Susutnilai 14,446,164 6,715,039
Manfaat pelunasan peletakhakan (418,942 ) (1,487,595 )
21) PERCUKAIAN
Kementerian Kewangan melalui suratnya bertarikh 13 Disember 2007 telah memberi pengecualian
kepada Suruhanjaya daripada pembayaran cukai pendapatan ke atas semua pendapatan statutorinya
untuk tempoh 10 tahun mulai tahun 2002 sehingga tahun 2011. Sehubungan itu, semua peruntukan
percukaian untuk tahun-tahun lepas telah diselaraskan dalam tahun semasa seperti berikut:
2007 2006
RM RM
Baki pada 1 Januari 6,396,000 4,294,000
Peruntukan tahun semasa - 2,102,000
Cukai terlebih peruntuk (6,396,000 ) -
Baki pada 31 Disember - 6,396,000
Nota Kepada Penyata Kewanganbagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007
163163
22) KOMITMEN MODAL
2007 2006
RM RM
Komitmen perbelanjaan modal:
Diluluskan dan berkontrak 90,712,500 147,500,000
Diluluskan dan belum berkontrak 25,280,100 13,500,000
115,992,600 161,000,000
23) POLISI PENGURUSAN RISIKO
Program pengurusan risiko kewangan Suruhanjaya menumpu kepada ramalan pasaran kewangan dan
cubaan untuk meminimumkan potensi kesan yang berlawanan ke atas prestasi kewangan Suruhanjaya.
Pengurusan risiko kewangan dilaksanakan melalui kajian risiko, sistem kawalan dalaman, program
insurans dan pegangan kepada polisi pengurusan risiko kewangan Suruhanjaya. Anggota Suruhanjaya
sentiasa mengkaji risiko-risiko ini dan meluluskan polisi perbendaharaan yang merangkumi pengurusan
risiko berkenaan.
Risiko utama yang timbul daripada aset dan liabiliti kewangan Suruhanjaya adalah risiko kecairan,
risiko aliran tunai dan risiko kadar faedah.
a) Risiko Kecairan
Suruhanjaya mengurangkan risiko kecairannya dengan mengekalkan sebahagian daripada
pelaburannya dalam aset yang cair dalam bentuk deposit dengan institusi kewangan bagi
memenuhi komitmen kewangan jangka pendek.
b) Risiko Aliran Tunai
Suruhanjaya sentiasa mengkaji kedudukan aliran tunainya untuk pengurusan pendedahan turun
naik aliran tunai masa hadapan.
c) Risiko Kadar Faedah
Suruhanjaya mempunyai tunai, baki di bank dan peletakan deposit dengan bank dan institusi
kewangan berlesen yang mempunyai kepercayaan kredit. Suruhanjaya mengurus risiko kadar
faedahnya dengan meletakkan baki berkenaan mengikut terma kematangan dan kadar faedah
yang berbeza-beza.
Nota Kepada Penyata Kewanganbagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007
164
23) POLISI PENGURUSAN RISIKO (sambungan) Instrumen Kewangan
Analisa kadar faedah efektif
Kadar Faedah Dalam Lebih Efektif Tempoh 1 Hingga 5 Daripada 5 Setahun 1 Tahun Tahun Tahun Jumlah % RM RM RM RM
Baki pada 31 Disember 2007Aset KewanganPeletakan deposit: Bank tempatan dan institusi kewangan 3.08 - 4.0 290,166,142 - - 290,166,142 Amanah Raya Berhad 5.0 51,164,735 - - 51,164,735
Sekuriti hutang dipegangsehingga matang: Keluaran Pelaburan Kerajaan 3.0 - 5.0 - 30,009,974 - 30,009,974 Kertas Komersial Islam 3.4 - 3.7 26,620,495 - - 26,620,495 Sijil Instrumen Hutang Boleh Runding 3.4 - 3.7 24,970,280 - - 24,970,280 Perjanjian Jual Beli Semula 3.4 - 3.7 10,000,000 - - 10,000,000
Pembiayaan pekerja 7.0 - 9.0 1,147,422 5,006,463 6,294,183 12,448,068 404,069,074 35,016,437 6,294,183 445,379,694
Baki pada 31 Disember 2006Aset KewanganPeletakan deposit: Bank tempatan dan institusi kewangan 3.0 - 3.85 313,034,168 - - 313,034,168 Amanah Raya Berhad 5.0 48,742,205 - - 48,742,205
Sekuriti hutang dipegangsehingga matang: Keluaran Pelaburan Kerajaan 3.0 - 5.0 - 25,022,100 - 25,022,100 Kertas Komersial Islam 3.0 - 3.4 14,742,136 - - 14,742,136 Sijil Instrumen Hutang Boleh Runding 3.0 - 3.4 - - - - Perjanjian Jual Beli Semula 3.0 - 3.4 - - - -
Pembiayaan pekerja 7.0 - 9.0 985,738 3,756,892 5,345,152 10,087,782 377,504,247 28,778,992 5,345,152 411,628,391
Nota Kepada Penyata Kewanganbagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007
165165
23) POLISI PENGURUSAN RISIKO (sambungan)
d) Nilai Saksama
Berhubung dengan tunai dan kesetaraan tunai, pelaburan jangka pendek, penghutang perdagangan
dan penghutang lain, sumbangan kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan, pemiutang
lain dan pemiutang projek jangka pendek, nilai bawaan adalah lebih kurang nilai saksamanya
disebabkan oleh tempoh matang yang pendek yang dimiliki oleh instrumen kewangan ini.
Nilai saksama aset kewangan lain dalam lembaran imbangan pada 31 Disember 2007 adalah
seperti berikut:
2007 2006
Nilai Nilai Nilai Nilai
Bawaan Saksama Bawaan Saksama
RM RM RM RM
Aset Kewangan
Pelaburan jangka panjang 30,009,974 30,454,500 25,022,100 25,487,000
Pembiayaan pekerja 12,448,067 24,068,139 10,087,782 19,106,693
24) MAKLUMAT PEKERJA
Bilangan pekerja Suruhanjaya sehingga 31 Disember 2007 adalah seramai 1,090 termasuk 33 orang
pekerja sambilan (2006: 1,007 termasuk 75 orang pekerja sambilan).
25) KELULUSAN PENYATA KEWANGAN
Penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 telah diluluskan oleh Anggota Suruhanjaya
Syarikat Malaysia pada 24 Januari 2008.
Nota Kepada Penyata Kewanganbagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007
IBU PEJABAT
Suruhanjaya Syarikat MalaysiaTingkat 2 & 10-19, Putra Place,100 Jalan Putra, 50622 Kuala Lumpur.Tel : 03-4047 6000Faks : 03-4047 6317E-mel : [email protected]
PEJABAT-PEJABAT NEGERI
PERLISRohaimi Abd Manan (Pengarah Negeri)Tingkat 8, Bangunan KWSP,Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis.Tel : 04-9781 877 / 9767 899 / 977 3182Faks : 04-977 4758E-mel : [email protected]
KEDAHRozaini Mohamed (Pengarah Negeri)Tingkat 10, Menara Sentosa,Jalan Tunku Ibrahim, 05621 Alor Setar, Kedah.Tel : 04-7330 111Faks : 04-7315 517E-mel : [email protected]
PULAU PINANGRoslan Hussain (Pengarah Negeri)Tingkat 6-7, Bangunan KWSP,3009, Off Leboh Tenggiri 2,Bandar Seberang Jaya,13700 Pulau Pinang.Tel : 04-3977 793Faks : 04-3977 713E-mel : [email protected]
PERAKNorihan Elias (Pengarah Negeri)Tingkat 2C, Greentown Mall,Jalan Hospital, 30450 Ipoh, Perak.Tel : 05-2416 900 / 2547 913 / 2533 071Faks : 05-2557 162E-mel : [email protected]
SELANGORMohd Nasir Zakaria (Pengarah Negeri)Tingkat 3 & 4, Plaza Alam Sentral,Jalan Majlis, Seksyen 14,40000 Shah Alam, Selangor.Tel : 03-5511 6500 / 5513 9570 / 5513 5997 / 5513 3976Faks : 03-5510 4200 (Tingkat 3) / 03-5510 6200 (Tingkat 4)E-mel : [email protected]
MELAKARashidan Abdul Rashid (Pengarah Negeri)Aras Bawah, Menara MITCKompleks MITCJalan Konvensyen75450 Ayer Keroh, MelakaTel : 06-2311 717Faks : 06-2313 502E-mel : [email protected]
NEGERI SEMBILANAhmad Shatar Azizan (Pengarah Negeri)Wisma Fook Loong,Jalan Dato’ Abdul Rahman,70000 Seremban, Negeri Sembilan.Tel : 06-7655 877 / 7619 098Faks : 06-7645 598 (Tingkat 1) / 06-7641 885 (Tingkat 2)E-mel : [email protected]
JOHORRosli Ahmad (Pengarah Negeri)Podium 4B & 5, Menara Ansar,65, Jalan Trus,80000 Johor Bahru, Johor.Tel : 07-2233 589 / 2244 710 / 2244 708Faks : 07-2241 714 / 2248 169E-mel : [email protected]
166
Kuala Terengganu
Kuantan
Johor Bahru
Melaka
KUALA LUMPUR
Ipoh
George Town
Pejabat-Pejabat SSM Di Seluruh Negara
Shah Alam
KangarLangkawiAlor Setar
Kota Bharu
Seremban
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUANLokman Ramli (Pengarah Negeri)6A1 & 6A2, Tingkat 6,Blok 4, Kompleks Ujana Kewangan,Jalan Merdeka,87000 Wilayah Persekutuan Labuan.Tel : 087-414 100Faks : 087-414 152E-mel : [email protected]
PEJABAT-PEJABAT CAWANGAN
TAWAUMohd Yasin Abd Malik (Pengurus Cawangan)TB 4444, Aras Bawah & Tingkat 1,Blok F, Sabindo Square,Jalan Dunlop,91018 Tawau, Sabah.Tel : 089-750 585 / 752 585Faks : 089-754 585E-mel : [email protected]
MIRIAbdul Rahman Rosli (Pengurus Cawangan)Aras Bawah, Plaza Yu Lan,97, Jalan Brooke,98008 Miri, Sarawak.Tel : 085-424 777 / 421 117Faks : 085-422 225E-mel : [email protected]
PUSAT PERKHIDMATAN
LANGKAWIPusat PerkhidmatanSuruhanjaya Syarikat Malaysia4, Tingkat Mezzanine, Kompleks LADA,Jalan Persiaran Putra,07000 Langkawi, Kedah.Tel : 04-9667 943Faks : 04-9665 318
167
PAHANGAbu Hassan Kasim (Pengarah Negeri)202-216, Tingkat 2, Block B,Kuantan Centre Point,Jalan Haji Abdul Rahman,25000 Kuantan, Pahang.Tel : 09-5164 866 / 5164 600Faks : 09-5161 869 / 5163 316E-mel : [email protected]
TERENGGANUZainudin Zarin (Pengarah Negeri)Tingkat 6-7, Menara Yayasan Islam,Jalan Sultan Omar,20300 Kuala Terengganu, Terengganu.Tel : 09-6237 170 / 6237 127 / 6240 721Faks : 09-6230 945 / 6230 717E-mel : [email protected]
KELANTANHairul Anuar Yassin (Pengarah Negeri)Tingkat 2, 3 & 4, Kota Sri Mutiara,Jalan Sultan Yahya Petra,15150 Kota Bharu, Kelantan.Tel : 09-7482 860 / 7484 599Faks : 09-7447 622 / 7472 607E-mel : [email protected]
SARAWAKNajib Abu Samah (Pengarah Negeri)Tingkat 2 & 3, Wisma STA,26 Jalan Datuk Abang Abdul Rahim,93450 Kuching, Sarawak.Tel : 082-481 499Faks : 082-334 622E-mel : [email protected]
SABAHRosnah Hj Ali (Pengarah Negeri)Tingkat 4, Menara MAA,6, Lorong Api-Api,Beg Berkunci 2039,88999 Kota Kinabalu, Sabah.Tel : 088-233 551 / 233 346Faks : 088-237 884E-mel : [email protected]
Pejabat-Pejabat SSM Di Seluruh Negara (sambungan)
TawauMiri
Kota Kinabalu
Kuching
Labuan
168
Halaman kosong