l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 1
Laporan Tahunan 2015
pErSaTuan uLaMa Dan Guru-Guru aGaMa ISLaM SInGapura
SInGaporE ISLaMIC SChoLarS & rELIGIouS TEaChErS aSSoCIaTIon
2 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
Copyright © 2016 Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan menerbit semula mana-mana bahagian dan isi kandung buku ini dalam apa jua bentuk dan cara, sama ada secara elektronik, fotokopi,
rakaman dan lain-lain, tanpa mendapat keizinan dari penerbit.
Sidang Editorial
PenasihatUstaz Mohd Yusri Yubhi Bin Md Yusoff
Editor dan PenyusunUstazah Nurdiana Hanim binte Abdul Rahman
Ustazah Rooslina binte Md Nor
Penyumbang PenulisanUstaz Muhammad Izzam bin Ahmad
Ustz Muhammad Jalaluddeen Saukat Ali
Ustazah Fifiazlina binte Jalil
Ustazah Nazrana binte Haniff
Ustazah Nurdiana Hanim binte Abdul Rahman
Ustazah Nurhafizah binte Azman
Ustazah Nurul Hidayah binte Kamis
Ustazah Khairunnisaa binte Abdul Rahim
Ukht Husainah binte Abdul Rahman
Dicetak olehFirst Printers
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 3
Isi Kandungan
1 Ucapan Presiden
2 Mesej Pengarah Eksekutif
3 Carta Organisasi (2015)
4 Pengenalan, Visi & Misi
5 Majlis Tertinggi Pergas (2015 – 2017)
6 Warga Kerja Pergas (2015)
7 Sorotan Laporan (2015)
1 Jabatan Pendidikan Islam
2 Jabatan Pembangunan Asatizah dan Latihan
3 Jabatan Pembangunan Dakwah Masyarakat
4 Jabatan Pembangunan Kajian
5 Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Korporat
6 Jabatan Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan
7 Pergas Investment Holdings (PIH)
8 Diari Kegiatan Pergas
9 Media Pergas
10 Minit Mesyuarat Agung Pergas Ke-56 (2015)
4 - 7
8 - 10
11
12
13 - 14
15 - 17
18 - 19
20 - 27
28 - 31
32 - 37
38 - 41
42 - 47
48 - 53
54 - 57
58 - 67
68 - 71
72 - 83
Laporan Tahunan pergas
4 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
ucapan presiden
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w., Ahli Keluarganya dan Para sahabatnya.”
1 Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpahan Rahmat-Nya
dapat kita berhimpun dengan tujuan membincangkan dan menilai kembali usaha yang telah
dilaksanakan sepanjang tahun lalu dan tahun ini. Hari ini juga kita akan sama-sama berganding
bahu terus gigih berusaha, dalam menempuhi masa-masa sukar, ujian dan dugaan seiring
dengan arus kemodenan yang semakin pesat dan canggih. Untuk itu, saya ingin menyeru
kepada semua anggota Pergas dengan seruan yang diserukan oleh Allah s.w.t dalam surah
Al Maidah ayat kedua:
Maksudnya: dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah,
kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)(2)
Maksudnya: “Iblis berkata: “ Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya,” Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang
dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan “
Penekanan dari surah Shaad itu, sama-sama kita mengikhlaskan perjuangan kita untuk Allah
dan Rasul melalui Pergas sebagai orang-orang yang mukhlasin. Agar kita tidak tersesat
dengan tipu daya iblis laknatullah dan kuncu-kuncunya.
Dengan mengambil kira firman Allah s.w.t dalam surah Shaad, ayat 82 -83:
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 5
2 Tahun lalu, negara kita Singapura meraikan SG5O yang disambut oleh rakyat
Singapura, ia juga mengingatkan kita bahawa wujudnya Pergas telah jauh melebihi dari 50
tahun majunya Singapura. Penubuhan Pergas kini telah berkembang pesat dengan dorongan
dan sokongan serta iringan doa dari para ahli dan masyarakat Islam. Dari dahulunya,
Pergas hanya sebuah bangunan kecil yang bertapak di Playfair Road dan mempunyai staf
yang bilangannya amat sedikit. Alhamdulillah staf Pergas kini dianggotai seramai 27 orang
kesemuanya. Dengan sumbangan ikhlas dan sokongan dari masyarakat Islam, Pergas kini
bertempat di Wisma Indah bersebelahan dengan Masjid Kassim.
Para hadirin hadirat sekalian,
3 Sepanjang 60 tahun Hijrah ini, banyak pembangunan dan kemajuan yang telah Pergas
lakarkan berjaya dilaksanakan. Sesuai dengan tiga teras utama Pergas iaitu Kepimpinan
Keagamaan, Pembangunan Asatizah dan Pendidikan Islam; Pergas sendiri telah merangka
silibus bagi “Projek Insan Mukmin” dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (MHA).
Projek perintisini adalah program pemulihan yang dilakarkan khusus untuk para banduan
di penjara menimba ilmu agama dan berpeluang untuk menanyakan secara langsung
dengan asatizah soalan-soalan yang bersangkut paut dengan isu semasa atau soal agama.
Kumpulan perintis pertama seramai 24 orang telah pun dimulakan pada hujung tahun 2015,
dan baru berakhir pada September tahun ini. Program sepenuhnya yang melibatkan lebih
ramai para tahanan akan dimulakan pada awal tahun 2017 ini.
4 Ramadan tahun ini, buat kedua kalinya Pergas telah melakarkan satu program baru
dengan mendampingi lebih dekat pada masyarakat Islam. Satu program yang dipanggil
“Projek Nur Ramadan” berjaya dirakamkan dan dimuat naikkan dalam media sosial, laman
facebook Pergas sendiri. Projek ini mengetengahkan asatizah-asatizah tempatan kita dalam
menyampaikan dakwah dalam bentuk video klip selama lima minit. Ingin saya kongsikan
bahawa sepanjang projek ini ditayangkan, Pergas menerima seramai 123,223 pengunjung
yang menonton klip tersebut sepanjang bulan Ramadan. Rentetan dari klip ini, saya amat
mengalukan lebih ramai asatizah mapan mahupun yang muda agar tampil ke hadapan untuk
menyampaikan dakwah dengan medium sebegini.
5 Dari sudut pembangunan asatizah pula, pada tahun ini Pergas giat aktif dalam
menghidupkan semula majlis-majlis ‘ilm seperti mulazamah, mujalasah dan mudarasah.
Contohnya sesi Mujalasah Asatizah bersama Masyaikh yang dijemput khas iaitu Habib
Ali Bin Abu Bakar Bin As-Syeikh Abu Bakar Bin Salim telah mendapat sambutan yang
memberangsangkan dari kalangan asatizah dan juga masyarakat Islam secara amnya.
Sambutan sebegini membuat Pergas lebih bersemangat untuk mengadakan majlis-majlis
‘ilm yang dihadiri oleh masyaikh muktabar dari timur tengah.
6 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
Hasil dari sumbangan zakat dan derma tahun lalu, mendorong Pergas untuk lebih banyak lagi menyumbangkan kembali kepada kebajikan para asatizah dan generasi ulama pada masa akan datang.
6 Pergas juga telah mengambil langkah proaktif dalam menerbitkan buku teks
Pengetahuan Islam (Menengah tiga) dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
Tambahan dari langkah tersebut, pada tahun ini buku teks Pengetahuan Islam untuk menengah
empat berjaya diterbitkan. Kedua-dua buku teks tersebut menerangkan dengan lebih mendalam
topik-topik seperti Sejarah, Tauhid, Akhlak dan Fiqh. Pergas berharap agar terbitan buku
teks tersebut dapat dimanfaatkan oleh para pelajar pada tahun-tahun akan datang.
7 Sebagai satu inisiatif baru, Pergas telah memberi pendedahan kepada para pelajar
dengan memberi mereka peluang untuk menjadi “Intern” semasa mereka pulang ke tanah
air waktu cuti semester. “Internship program” ini mula dikenalkan di Pergas pada tahun
2014. Mereka diberi pengalaman berkerja sebagai staf biasa dan juga ini adalah sebagai
satu platform untuk mereka meluaskan kepakaran, kemahiran dan bakat yang diperolehi.
Dengan pengalaman yang ditimba, sedikit sebanyak mempersiapkan diri mereka secara
fizikal dan mental di masa akan datang. Ada diantara mereka kemudian diambil bertugas
sepenuh masa selepas tamat pengajian.
8 Ini merupakan lanjutan dari beberapa siri pendampingan Pergas bersama pelajar
madrasah sepenuh masa dan instituti pengajian tinggi agama di Malaysia dan juga di timur
tengah. Antara program-program yang telah dijalankan sepanjang tahun lalu dan tahun ini
ialah Majlis Talaqqi Kitab Arba’in An-Nawawi yang dihadiri seramai 80 pelajar madrasah
sepenuh masa. Begitu juga dengan Majlis Talaqqi Kitab Bidayatul Hidayah yang dihadiri
seramai 60 para pelajar kesemuanya. Kitab Syamail Muhammadiyah pula dihadiri seramai
42 para pelajar. Selain dari itu, pada awal tahun ini juga, Ittihad Mahasiswa Pengajian
Islam Antarabangsa (IMPIAN) Pergas telah menganjurkan “Leadership Training for Student
Leader”, Muslimah’s Tea Time: Social Media & Me and Character Development Programme.
Kesemua program telah dihadiri seramai 216 para pelajar Madrasah sepenuh masa.
9 Sebagai satu pengiktirafan atas ilmu-ilmu yang telah dicurahkan oleh para ‘ulama
kita, penerbitan siri pertama dan kedua Obor Ummah telah diterbitkan tahun lalu dimana
ia mendokumentasikan biodata-biodata para ‘ulama setempat. Tambahan dari inisiatif
murni itu, Pergas mengambil langkah untuk mendokumentasikan juga bibliografi 100
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 7
tahun asatizah setempat sebagai tanda penghargaan terhadap mereka yang telah banyak
menyumbangkan dan menghabiskan tenaga, masa dan juga jasa kepada masyarakat
Islam secara amnya. Dokumentasi bibliografi ini dijangka selesai pada tahun ini, dan bakal
diterbitkan dan dilancarkan pada tahun hadapan.
10 Hasil dari sumbangan zakat dan derma tahun lalu, mendorong Pergas untuk lebih
banyak lagi menyumbangkan kembali kepada kebajikan para asatizah dan generasi ulama
pada masa akan datang. Antara bantuan yang telah diperkenalkan di Pergas adalah bantuan
kepada para asatizah yang telah dilancarkan 2 tahun lalu. Inisiatif ini bertujuan membantu
asatizah yang kurang berkemampuan dan juga asatizah yang mempunyai sakit kronik dan
tidak dapat bertugas lagi. Sebagai tambahan dari bantuan berterusan Pergas buat asatizah
yang memerlukan termasuk skim biasiswa Pos Siswazah Pergas. Biasiswa ini telah diberikan
kepada asatizah yang ingin melanjutkan pelajaran dan tidak mempunyai keupayaaan dari
sudut kewangan. Pada tahun yang lepas, Pergas telah membelanjakan sebanyak $13,000
bagi asatizah yang menerima biasiswa pos siswazah.
11 Akhir sekali, saya merakamkan setinggi penghargaan kepada semua warga
penggerak Pergas yang terdiri daripada barisan kepimpinan Pergas dan pegawai Pergas
yang telah sama-sama menggembleng tenaga dan mencerna idea dalam menyemarakkan
agenda Islam. Semoga kita terus berada di bawah bimbingan Allah s.w.t.
12 Atas segala pencapaian yang telah dapat kita capai, mari sama-sama kita mensyukuri
Allah s.w.t atas segala pencapaian tersebut agar kita termasuk dalam golongan orang-orang
yang Allah firman kan dalam surah Ibrahim ayat 7:
Ustaz Mohamad Hasbi Bin HassanPRESIDEN PERGAS
Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar
sesungguhnya azabKu amatlah keras. (7)
Sekian, jazakumullaha khairan kathiran.
Wassalamu’alaikum wr. wb.
8 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
Mesej pengarah Eksekutifustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff
1 Tahun lalu, Singapura menyambut ulang tahunnya yang ke-50. Setentunya dengan
kemajuan yang banyak diraih negara kita sejak merdeka, cabaran yang dilalui kini juga
pastinya semakin getir. Sesuai dengan visi Pergas ke arah kepimpinan ulama dan asatizah
yang berwibawa dan menyumbang kepada masyarakat, maka usaha-usaha yang dilakukan
juga harus mengambil kira keperluan masyarakat dan cabaran yang dilalui dalam kehidupan
beragama di negara kita, Singapura. Dalam mendepani cabaran ini, ia perlu dimulakan
dengan membekalkan asatizah kita dengan kemahiran yang relevan agar seiring dengan
peredaran masa.
2 Dengan itu, Pergas giat dalam usaha membangunkan kapasiti asatizah setempat,
antaranya melalui program pembacaan kitab-kitab (Talaqqi) dalam pelbagai ilmu tradisi
Islam bersama para sarjana Islam tersohor seperti Sheikh Mustafa Al-Bugha, seorang
ulama tersohor Syria selain para ulama yang lain. Antara yang dipelajari ialah mengenai
Fiqh perbandingan mazhab, bagi menangani isu perbezaan mazhab dan orientasi yang
semakin berkembang di kalangan sesetengah masyarakat Islam yang terdedah dengan isu-
isu khilafiyah sama ada melalui pembelajaran sendiri atau melalui media sosial.Tahun lepas
sahaja hampir 1,488 para asatizah termasuk para pelajar madrasah sepenuh masa dan
siswazah telah meraih manfaat dari program talaqqi ini.
3 Melalui Jabatan Pembangunan Asatizah dan Latihan, Pergas juga menyediakan para
asatizah dengan kemahiran semasa dalam menangani isu-isu di kalangan masyarakat seperti
kursus para kaunseling yang disertai lebih dari 45 asatizah. Kursus sebegini merupakan
langkah awal dalam menyediakan asatizah dengan kemahiran yang relevan dalam menangani
dan membimbing masyarakat Islam kita.
Ini bertepatan sekali dengan anjuran Allah s.w.t. dalam Surah An-Nahl, ayat 125:
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 9
Yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan
cara yang lebih baik”
4 Selain itu, Pergas juga giat dalam mendampingi golongan asatizah muda khususnya
para graduan universiti-universiti Islam melalui kursus-kursus-kursus kemahiran yang
diperlukan sebagai persediaan dalam mengharungi alam pekerjaan. Antara kemahiran yang
dipelajari ialah pengurusan diri serta kemahiran yang efektif di tempat kerja. Kursus-kursus ini
disertai para siswazah universiti Islam dari Malaysia dan juga di timur tengah.
5 Selain mendampingi para pelajar madrasah sepenuh masa termasuk para graduan
dan asatizah muda. Pergas juga giat mendampingi para pelajar dari institusi pengajian
tinggi tempatan seperti persatuan pelajar Islam Universiti Kebangsaan Singapura, Universiti
Teknologi Nanyang, Universiti Pengurusan Singapura dan lain-lain institusi setempat. Sehingga
kini Pergas telah menjalinkan hubungan dengan hampir 7 universiti dan politeknik. Jalinan ini
sangat penting bagi sinergi antara bakal karyawan dan para ulama serta asatizah.
6 Sebagai contoh dari jalinan ini ialah kerjasama antara Pergas melalui Jabatan
Pendampingan Dakwah Masyarakat dan badan-badan pelajar ini dalam penganjuran
Konferen Muslimah di Masjid Mujahidin pada 31 Oktober 2015 lalu, yang disertai oleh lebih
dari 200 peserta termasuk beberapa peserta bukan Islam. Konferen ini turut diserikan dengan
kehadiran Speaker Parlimen Puan Halimah Yacob yang turut menjadi penyampai ucaptama.
7 Selain pendampingan dakwah masyarakat, Pergas juga turut giat dalam
mengembangkan sayapnya bagi memenuhi permintaan masyarakat Islam yang dahagakan
pembelajaran Islam. Kini pengajian Islam kelolaan Institusi Pengajian Islam Pergas (IPIP) juga
boleh didapati di beberapa institusi Islam selain masjid-masjid satelit setempat. Sehingga kini
Darul Huffaz, My Islamic Journey (MIJ), Masjid Darul Makmur, Masjid Al-Muttaqin serta Masjid
Khalid telahpun menggunakan silibus Sijil Pengajian Islam dan Lanjutan Pergas. Bukan itu
sahaja, para pelajar yang telah tamat Teens dan Youth Alive Muis, juga kini boleh memilih
untuk menyambung pengajian mereka di masjid-masjid tersebut.
8 Pergas juga giat dalam memberi pendedahan kepada para asatizah dengan isu-isu
sosio-agama bersama para sarjana yang terdiri dari kalangan asatizah dan bukan asatizah.
Tahun lalu sahaja dua sesi meja bundar telah dianjurkan dengan pembentangan pertama
oleh Dr Syed Khairudin Aljunied. Sesi ini pula diikuti dengan tulisan ilmiah dengan tajuk yang
sama. Sesi kedua yang yang merupakan respon terhadap pembentangan pertama oleh Dr
Firdaus Yahya juga turut diadakan.
1 0 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
9 Selain sesi meja bundar, Pergas juga buat pertama kali telah menerbitkan majalah
dalam talian ‘Wasat Online’ yang memaparkan tulisan ilmiah yang berkisar pada tema
kesederhanaan dalam Islam, di mana rata-rata penulisan makalah merupakan sumbangan
para asatizah tempatan kita.
10 Selain dari majalah dalam talian, Pergas juga baru sahaja melancarkan lelaman
website nya yang diberi nafas baru. Lelaman Pergas kini mengandungi ciri-ciri terkini seperti
e-niaga, di mana masyarakat Islam bukan sahaja boleh melungsurinya bagi mendapatkan
informasi terkini tentang Pergas tetapi juga boleh melakukan urusniaga bagi membeli produk
seperti buku-buku secara dalam talian. Masyarakat Islam juga boleh mendaftarkan diri bagi
sebarang program Pergas melalui laman ini, selain boleh melakukan transaksi bagi derma
dan zakat kepada Pergas.
11 Selain pelancaran lelaman Pergas yang baru, Pergas juga turut melancarkan kad
keahlian Pergas yang menawarkan pelbagai faedah daripada syarikat-syarikat, klinik, restoran,
butik dan lain-lain toko dengan potongan harga menarik bagi para ahli Pergas. Kad keahlian ini
juga turut menawarkan pemiliknya untuk menggunakan fasiliti perpustakaan sumber Pergas,
penghantaran percuma majalah bulanan Ar Risalah dan pemakluman informasi terkini bagi
sebarang program dan aktiviti Pergas.
12 Semoga dengan segala inisiatif yang dilakukan Pergas demi memperkasakan
asatizah mencapai tujuannya dan seterusnya secara tidak langsung dapat membangunkan
masyarakat Islam setempat. Insha Allah.
Sekian, Jazakumullah Khairan Kathiran.
Wassalamu’alaikum Wr.Wb.
Mohammad Yusri Yubhi Md YusoffPENGARAH EKSEKUTIF, PERGAS
... maka usaha-usaha yang dilakukan juga harus mengambil kira keperluan masyarakat dan cabaran yang dilalui dalam kehidupan beragama di negara kita, Singapura.
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 1 1
Carta organisasi 2015
Kewangan Korporat
Pendidikan Islam
Perhubungan & Perkhidmatan
Korporat
Pemasaran & Perniagaan
Majlis Tertinggi Pergas (MTP)
Pengarah Eksekutif (ED)
Pembangunan Asatizah
& Latihan
Pendampingan Dakwah
Masyarakat
Pembangunan Kajian
1 2 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
pengenalan, Visi & Misi
pengenalanPergas, adalah singkatan bagi Persatuan Ulama & Guru-Guru Agama
Islam (Singapura) ditubuhkan pada Februari 1957. Sebagai persatuan
yang ditubuhkan khusus untuk menjaga kebajikan guru-guru agama Islam.
Pergas telah mengembangkan peranannya dalam memberikan latihan
dan pendidikan untuk para guru agama atau asatizah dan masyarakat
umum. Berlandaskan prinsip Islam, Pergas melalui pelbagai program dan
aktivitinya, berharap dapat menyumbang kepada keharmonian antara
agama dan sekaligus menyumbang kepada kemajuan negara dan ummah.
VisiKepimpinan ulama dan asatizah yang berwibawa, bersepadu
dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat.
Teras pergas1. Kepimpinan Keagamaan
2. Pembangunan Asatizah
3. Pendidikan Islam
MisiMembentuk dan membangun fikrah serta mencorakkan hala tuju ummah
melalui dakwah di peringkat strategik dan intelektual dengan keluasan
pengaruh menjangkau masyarakat bukan Islam dan kepimpinan.
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 1 3
NAIB PRESIDEN
Ustaz Muhammad Zahid bin Mohd Zin
NAIB SETIAUSAHA
Ustaz Muhamamd Saiful Adli bin Ayob
NAIB BENDAHARI
Ustazah Nadia Hanim binte Abdul Rahman
Majilis Tertinggi pergas2015 – 2017 • Barisan Eksko
PRESIDEN
Ustaz Mohamad Hasbi Bin Hassan
SETIAUSAHA
Ustaz Muhamad Nuzhan bin Abdul Halim
BENDAHARI
Ustazah Rohana binte Ithnin
1 4 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
vw
Majilis Tertinggi pergas2015 – 2017 • Ahli
Ustazah Nurul ‘Izzah binti Khamsani
Ustaz Mohammad Bahrul Ulum bin Buang
Ustz Irwan Hadi bin Mohd Shuhaimy
Ustaz Muhammad Ma’az bin Sallim
Ustaz Muhammad Hasyim bin Masnin
Ustaz Abdul Mateen bin Abu Bakar
Ustaz Mahmoud Mathlub bin Sidek
Ustaz Izzal bin Mustafa KamarUstaz Syakir bin Pasuni
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 1 5
vw
Jabatan pendidikan Islam
pengenalan Warga Kerja
Di depan dari kiri
KETUA
Ustazah Nazrana Bte Haniff
EKSEKUTIF KANAN
Ustazah Roslina Binte Ismail
EKSEKUTIF KANAN
Ustaz Muhammad Hasan Bin Masnin
Di belakang dari kiri
PEGAWAI EKSEKUTIF
Ustazah Shazwani Binte Mohamad
PEGAWAI EKSEKUTIF
Ustazah Tan Nurul Hafidzah Binte Abdul Hadi
PENOLONG EKSEKUTIF
Ukht Surayah Binte Othman
PENOLONG EKSEKUTIF
Muhammad Zahir Bin Mohd Zin
pengarah Eksekutif
PENGARAH EKSEKUTIF
Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Bin Md Yusoff
1 6 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
Jabatan pembangunan asatizah Dan Latihan
Jabatan pendampingan Dakwah Masyarakat
Jabatan pembangunan Kajian
Di depan
PENOLONG KETUA
Ustazah Fifiazlina Binte Jalil
Di belakang dari kiri
SEKRETARIAT ARS
Ustazah Khadijah Binte Suri
SEKRETARIAT ARS
Ustazah Siti Aziza Binte Mohd Murset
PEGAWAI EKSEKUTIF
Ustaz Muhammad Shibly Bin Saptu
PEGAWAI EKSEKUTIF
Ustaz Muhammad Izzam Bin Ahmad
Dari kiri
PEGAWAI EKSEKUTIF
Ustazah Nurhafizah Binte Azman
PEGAWAI EKSEKUTIF
Ustazah Khairunnisa Binte Abdul Rahim
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 1 7
Jabatan perhubungan Dan perkhidmatan
Jabatan pemasaran dan pembangunan perniagaan
Di depan dari kiri
KETUA
Uztazah Nurdiana Hanim Binte Abdul Rahman
PEGAWAI EKSEKUTIF
Uztazah Nurul Hidayah Binte Kamis
PEGAWAI EKSEKUTIF
Ukht Husainah Binte Abdul Rahman
Di belakang dari kiri
PENOLONG EKSEKUTIF
Uztazah Rooslina Binte Md Nor
PENOLONG EKSEKUTIF
Ukht Suzanah Binte Barizi
PENOLONG ADMIN
Ukht Alimah Binte Ahmad
Di depan dari kiri KETUA
Ustaz Muhammad Jalaluddeen Saukat Ali
PEGAWAI EKSEKUTIF
Ustazah Zhahirah Binte Mohammad Saleh
Di belakang dari kiri
PEGAWAI EKSEKUTIF
Ustaz Kh Abdul Majeed Bin Maideen
PEGAWAI EKSEKUTIF
Akh Muhammad Faizal Bin Rosmin
1 8 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
Sorotan Laporan Tahunan 2015
Tokoh Agama
Asatizah
telah dikaji bagi Obor Ummah siri ketiga
Peserta 500menghadiri program
Pembangunan dan
Latihan Asatizah
menghadiri perbincangan meja bundar
Selesai pembangunan silibus penjara
bagi pesalah Muslim dan mula program
perintis fasa 1
Memperkasakan kepimpinan keagamaan
Menyokong pembangunan asatizah
Peningkatan bantuan kepada asatizah yang memerlukan
$13,000.00Dibelanjakan kepada (3) tiga asatizah bagi skim biasiswa pos siswazah $28,050
(8 Asatizah)2013
$51,800 (17 Asatizah)
2014
$77,150 (20 Asatizah)
2015
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 1 9
My Islamic Journey (MIJ) & Masjid Khalid
Menyediakan pendidikan Islam Kepada Masyarakat
Memantapkan pemasaran Dan perkhidmatan Korporat
Graduan telah menerima sijil tamat pengajian di
Majlis Konvokesyen IPIP
Selesai pembangunan buku IRK bagi menengah 4
Menandatangani MOU bagi kerjasama pendidikan bersama
Peningkatan zakat dan derma
sebanyak
$101,310.00
$499,803.66
Perbandingan menerima geran projek
Pelancaran lelaman baru Pergas lengkap dengan ciri e-niaga
9.3% $1,112,027.00
$1,249,245.80
$1,365,293.57
2013
2014
2015
2015
2014
2 0 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
Laporan Tahunan pergas
Jabatanpendidikan Islam
01
Insan Yang Soleh Musleh Ke arah Melahirkan Khaira ummah
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 2 1
1. pembangunan dan Latihan asatizah1.1 Pelaksanaan Kerangka Kerja
Latihan Asatizah
Pelbagai latihan telah disediakan untuk Asatizah
separuh masa dan sepenuh masa dengan
kerjasama Jabatan Pembangunan Asatizah dan
Latihan. Di antara latihan Asatizah adalah:
i. Latihan Metodologi
Melibatkan Asatizah untuk mengendalikan dua
bentuk bengkel metodologi di kalangan Asatizah
Institusi Pengajian Islam Pergas (IPIP) dalam bidang:
a) Usuluddin: Ulum Quran, 31 Jan 2015,12-3tgh,
Ustazah Siti Nurhanna Bte Khalid.
b) Syariah: Fiqh Ekonomi, 31 Okt 2015, 10-1tgh,
Ustaz Md Nuzaihan Bin Hamdan.
• Tujuan Asatizah dilibatkan dalam pengendalian
bengkel adalah bagi memberi pendedahan dan
peluang kepada Asatizah berkongsi kemahiran
dan kepakaran.
• Maklum balas yang baik telah diberikan di
kalangan Asatizah yang hadir pada bengkel
tersebut.
ii. Latihan Pengisian
a) Talaqqi Nahu, 23-27 Feb 2015,
Sheikh Ahmad Saad Al-Azhari.
b) Talaqqi Tajwid, 25-27 & 30 Mac 2015,
Sheikh Ahmad Saad Al-Azhari
c) Talaqqi Hadith, 20-23 Apr 2015,
Sheikh Ahmad Saad Al-Azhari
d) Talaqqi M.Hadith, 25-28 Mei 2015,
Sheikh Ahmad Saad Al-Azhari
e) Talaqqi kitab Buhuth Fiqh Muqaran,
1-3 Sept 2015, Sheikh Mustafa Bugha.
f) Talaqqi kitab Matan Waraqat, 6 Sept 2015,
Sheikh Mustafa Bugha.
g) Talaqqi Kitab Sirah Nabawiyah,
26-28 Okt 2015, Sheikh Ahmad Saad.
iii. Latihan Kemahiran
a) Bengkel “Research Skill”, 25 Mei 2015,
Dr Syed Muhd Khairudin Aljunied &
Dr Kamaludeen Md Nasir.
b) “Online training” bagi menyediakan
“power point” slaid sebagai alat bantu
mengajar Asatizah. Majoriti yang telah melalui
latihan online menyatakan kaedah latihan seperti
ini amat relevan.
1.2 Pembangunan Asatizah
i. Pemantauan Asatizah
• Pemantauan Asatizah adalah usaha untuk
2 2 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
menaik tarafkan kualiti pengajaran di Institut
Pengajian Islam Pergas (IPIP). Tujuan
mengendalikan pemantauan adalah untuk
melakarkan latihan Asatizah. Pemantauan
kumpulan kedua pada tahun ini seramai 12
Asatizah.
a) Pemantauan pada 4, 11,18 Okt & 01 Nov
2015 Madrasah Aljunied.
b) Pre Pemantauan dikendalikan oleh Dr Abbas
Shariff di Pergas pada 19 Sept 2015.
c) Pos Pemantauan 1 Feb 2015 yang
dikendalikan oleh Dr Abbas Shariff di
Madrasah Aljunied.
ii. Sistem Mentor
• Asatizah sepenuh masa IPIP telah diberi
pendedahan format mentor iaitu dengan
memasuki kelas 3 Asatizah dan mempelajari
teknik pengajaran dan pembelajaran.
Perbincangan bersama Asatizah telah
dilaksanakan selepas itu.
2. pengisian dan Kurikulum2.1 Pembangunan Kurikulum
a) Memperuntukkan jangka masa dan jam kredit
Sijil Lanjutan Pengajian Islam (SLPI) dan
Diploma Pengajian Islam (DPI).
b) Menganalisa dan melakarkan rangka kerja
kurikulum mengikut penetapan MQA.
c) Penyelesaian pembangunan 90% slaid SLPI.
d) Penyelesaian pembangunan 3 buku:
IRK 4, Hadis & Tafsir.
2.2 Program Pengayaan
i. Seminar IPIP
a) “Maqasid Syariah; Satu Pengenalan”.
Ust Syed Mustafa,17 Mei, Madrasah Aljunied.
b) Faedah Kitab Fiqh Manhaji, oleh Sheikh
Mustafa Al-Bugha, 6 Sept, Madrasah Aljunied.
c) Talaqqi Kitab Aqidatul ‘Awam tulisan Sheikh
Ahmad Al-Marzuqi Al-Maliki oleh Ust Ahmad
Shamsuddin, 5 Dis, 10 -1tgh, Pergas.
ii. Pembangunan IRK bagi Menengah 4
• Untuk memperbaharui isi kandungan Buku
Pengetahuan Islam (IRK) Jabatan Pendidikan
telah diberikan peranan tersebut.
• Pada tahun 2014, buku Pengetahuan Islam
menengah 3 telah diterbitkan dan pada
tahun 2015 buku IRK Menengah 4 telah juga
dapat dibangunkan oleh beberapa Asatizah
tempatan. Pembangunan dan penerbitan
ini adalah berdasarkan kerjasama di antara
Pergas dan Majlis Ugama Islam Singapura
(Muis).
• Bagi langkah selanjutnya penggunaan buku
IRK selain digunakan di IPIP, ia juga telah
dikembangkan kepada Madrasah sepenuh
masa, Darul Huffaz, Sekolah Ugama Radin Mas
& beberapa buah Masjid.
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 2 3
3. peperiksaan dan Kurikulum3.1 Pembaikan Sistem Keputusan Melalui
“Campus Management System (CMS)”
a) Mencapai penjanaan keputusan peperiksaan
dalam masa 1.5 bulan.
b) Penyediaan manual peperiksaan
dan piawaian CMS.
c) Mengadakan latihan khusus CMS untuk
Asatizah IPIP, Pelatih adalah Ustaz Md Zahir
bin Zin, 15 Nov 2015, Madrasah Aljunied.
d) Proses percubaan telah dilaksanakan pada
Semester Jun - Dis 2015.
2. Konvokesyen IPIP 2015
• IPIP telah menganjurkan konvokesyen pada
21 Mac 2015 di MDIS, Kampus, Stirling Road.
Majlis berjalan secara rasminya pada jam 2ptg
- 4.30 ptg. Tetamu terhormat adalah Mufti
Negara Singapura, Ustaz Dr. Fatris Bakaram.
• Seramai 81 graduan dan seramai 149 tetamu
yang telah hadir untuk majlis ini. Asatizah yang
hadir berjumlah 18 orang dan 3 orang Majlis
Tertinggi Pergas (MTP) dan 3 Ahli Lembaga
Akademik.
2 4 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
5. pengukuhan program Lanjutan IpIp5.1 Tandatangan “Memorendum Of
Agreement” (MOA) Program Sarjana Muda –
Usuluddin & Perbandingan Agama
• Majlis tandatangan MOA Sarjana Muda
(Usuluddin & Perbandingan Agama), pada
1 Jun 2015, Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM).
2. Konvokesyen BIRKH
• Majlis konvokesyen program Sarjana Muda
Islamic Revealed Knowledge & Human
Sciences (IRKH) diadakan di UIAM pada 8
Nov 2015. Seramai 18 pelajar telah tamat
pengajian dan mengikuti konvokesyen
tersebut.
5.3 Program Sarjana UIAM
a) Mengadakan kajian secara “online” kepada
ahli Pergas, pelajar dan alumni IPIP dan
mendapatkan maklumat mengenai minat
meneruskan pengajian di peringkat sarjana.
b) Mengadakan perbincangan bersama
Dekan Kuliah (Islamic Revealed Knowledge
& Human Sciences).
6. program SatelitKerjasama bersama Institusi dan Masjid
• Tandatangan kerjasama bersama My Islamic
Journey (MIJ), 27 Jan 15, 10-11pg, Pergas.
• Tandatangan kerjasama MOU bersama Masjid
Khalid, 22 Aug 2015, Pergas.
4. audit dan Tesis 4.1 Penyediaan “Manual Sekolah” IPIP
a) Penyelidikan dan mendapatkan informasi
lanjutan dari manual institusi-institusi.
b) Pembangunan Manual IPIP dari sudut
akademik, pentadbiran dan operasi.
4.2 Laman Sesawang IPIP versi Inggeris
• Pembangunan laman sesawang IPIP versi
Inggeris pada bulan Jun 2015.
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 2 5
7. program-program IpIp7.1 Majlis Anugerah dan Hari Asatizah
• Majlis Hari Asatizah telah diadakan pada
13 Sep 2015 di warung In the east ITE Simei
dari jam 2 hingga 5 ptg.
• Asatizah yang menerima Anugerah Istimewa
adalah Ustaz Ahmad Shamsuddin bin Ahmad
dan Ustaz Sahruddin S/O Mohd Salleh, dan
Pingat Setia Bakti adalah Ustaz Mohd Ramzi
Bin Salleh.
• Seramai 35 asatizah yang hadir termasuk staf
dan dibantu oleh Majlis Pelajar Pergas.
7.2 Program-Program Tarbiyah Majlis Pelajar
Pergas (MPP)
i. Adopted Charity
• Projek yang bertemakan Harmoni tahun ini
adalah kerjasama di antara MPP dan tenaga
kerja Pergas.
• Program yang berlangsung selama satu
bulan ini bermula dengan program yang
dinamakan Projek Ceria di mana pelajar dan
pegawai Pergas, serta beberapa sukarelawan
lain berganding bahu dalam membersihkan
dan mengubahsuai bilik kaunseling di rumah
tumpangan kanak-kanak Pertapis dan
mengadakan aktiviti silaturrahim bersama
kanak-kanak Darul Ma’wa.
Projek Ceria I
Maklumat Ubahsuai:
Tarikh: Sabtu 6 Jun 2015
Masa: 9.00 pg – 4.00ptg
Tempat: Rumah tumpangan kanak-kanak
Pertapis. Kovan Rd, Singapore 545676
Renovasi: Bilik Kaunseling
Pelajar: 9 orang majlis pelajar yang terlibat
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 2 7
Projek Ceria II
Maklumat aktiviti:
Tarikh: Ahad 14 Jun 2015
Masa: 8.00 pg – 6.00ptg
Tempat: East Coast Park
Pelajar: 20 orang komiti (MPP)
Sukarelawan: 20
Klien penerima bantuan: 8
Kanak-kanak Darul Maawa: 16
Umur: 7-16 tahun
ii. Talaqqi dan Khatam al-Quran
• Tadarus: 28 Jun & 05 Jul 2015,
100-140 peserta, Masjid Sultan.
• Khatam Al-Quran: 12 Jul 2015, 250 peserta,
Madrasah Aljunied.
iii. Hari Orientasi Pelajar:
• Majlis diadakan pada 04 Jan, Masjid Muhajirin
& 28 Jun 2015, Madrasah Aljunied.
iv. Zoom Masjid
• Program ini adalah kerjasama dengan Majlis
Pelajar Pergas bersama masjid al-Ansar.
Diadakan pada 03 Okt 2015. Tujuannya ialah
agar pelajar dapat mengenali fungsi masjid dan
mengenalkan mereka tentang masjid-masjid
yang berdekatan.
v. Kem Dai
• Program telah diadakan di masjid al-Islah pada
5 & 6 Dis yang bertemakan Life of 21st century.
Bermula sabtu 9 hingga 10mlm dan berakhir
Ahad pada jam 6 petang. Seramai 30 termasuk
komiti yang menghadiri program.
vi. Usrah
• Usrah diadakan di Madrasah Aljunied
a) Cintaku Milik Allah dan Rasul,
Ustaz Nasrullah Rifaie, 25 Jan 2015.
b) ”All rounded Muslim”. Ust Dr firdaus Yahya,
22 Mac 2015.
c) ‘How can Muslims Approach the issue of
ISIS’, Ust Haniff hassan, 10 May 2015.
vii. Bahas
• MPP telah bertanding hingga mara ke
peringkat Akhir pada 18 April 2015. MPP
bertanding dengan pelajar Madrasah Alsagoff
dan mendapat tempat yang kedua.
viii. Generasi Muaz
• Mohd Hadi bin Mohd Rahmat, pelajar SLPI
telah mengikut serta program yang diadakan
oleh Jamiyah. Adu bakat dijalankan pada 16
Mei 2015 dan beliau Berjaya memasuki ke
peringkat suku akhir pada Mei 30, 2015.
2 8 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
Insan soleh musleh ke arah melahirkan khairah ummah
Laporan Tahunan pergas
Jabatan pembangunan asatizah & Latihan
02
ulama adalah pewaris para nabi
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 2 9
1. Membangunkan Pemimpin yang BerpotensiBeberapa program telah diusahakan untuk
kemaslahatan para pelajar madrasah tempatan
mahupun para mahasiswa di peringkat pengajian
tinggi bagi menyokong objektif membangunkan
pemimpin yang berpotensi. Program madrasah
tempatan:
1. Jerayawara (roadshow) Obor Ummah:
• Program telah diadakan pada 26 Mei 2015
di Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah.
• Tokoh yang telah diketengahkan adalah
Almarhum Ustaz Md Noor Taib.
• Penyampaian oleh alumni pelajar Madrasah
Wak Tanjong; Ustazah Nur Hafizah Watib
kepada para pelajar menengah hingga
pra-universiti.
2. Latihan Kepimpinan:
“You are Leading the Way”
• Program kepimpinan ini telah diadakan pada
16 Mac 2015 (Isnin), 9.00 pagi hingga 4.30
petang di Wisma Indah, Pergas.
• Dikendalikan sendiri oleh Encik Mohd Khair
dan Puan Suriati.
• Program ini diadakan khas bagi para pelajar
Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah. Para pelajar
yang mengikuti bengkel ini dikhaskan bagi
‘Muraqibah’ dan ‘Mufawwadhah’ sahaja dari
menengah 1 hingga pra-u2. Seramai 70 pelajar
telah mengikuti bengkel kepimpinan IMPIAN
Pergas ini.
3. Majlis Talaqqi Impian Pergas:
• 3 sesi pembacaan kitab di bawah bimbingan
Ustaz Muhammad Saiful ‘Adli telah diadakan.
• Kitab yang dibaca adalah: شرح األربعني النووي ,بداية اهلداية ,الشمائل حممدية
• Seramai 182 orang pelajar daripada 4
madrasah telah meraih manfaat daripada
sesi tersebut.
4. Mujalasah Asatizah
• Sesi mujalasah bersama Habib Muhammad
Al-Idroos telah diadakan bersama para pelajar
madrasah pada bulan November.
• Sesi tersebut telah membincangkan صناعة العلماء يف عامل التحديات
3 0 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
Program Cuti Semester bagi Siswazah
1. Latihan Kemahiran bagi Siswazah
Institusi Agama:
a. Personal Management and Development
Skills: “Develop Personal Effectiveness”
• Diadakan di Pergas pada bulan Jun 2015.
• Dikendalikan oleh Encik Kasmani Dollah dari
Suhaimi Salleh Associates (SSA).
• 10 peserta yang terdiri daripada mahasiswa
IPT Malaysia dan Timor Tengah.
b. “Analytical, conceptual and Evaluate Skills:
Solve Problems and Make Decisions”
• Diadakan di Pergas pada bulan Ogos.
• Dikendalikan oleh Encik Kasmani Dollah.
• 10 peserta yang terdiri daripada mahasiswa
Institut Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia dan
Timur Tengah.
2. Sesi Dialog bersama Persatuan Kebajikan
Mahasiswa Singapura di Mesir (Perkemas):
• Sesi ‘closed-door’ telah diadakan antara
Pergas-Perkemas pada 13 Ogos 2016.
• Telah dihadiri oleh seramai 20 orang
mahasiswa Al-Azhar.
• Objektifnya adalah untuk mengeratkan
hubungan antara Pergas dan Perkemas dari
Kerjasama yang boleh diraih antara keduanya.
3. Majlis Tausiyyah:
• Merupakan acara tahunan untuk
meraikan calon-calon mahasiswa yang akan
melanjutkan pengajian ke institusi pengajian
tinggi sama ada di Malaysia mahupun
Timur Tengah.
• Diadakan pada 14 Ogos 2015.
• Telah dihadiri oleh seramai 60 orang calon
mahasiswa yang bakal melanjutkan pengajian
ke Mesir, Jordan, Turkey, serta Malaysia.
Pembinaan Rangkaian:
a. Impian telah membina rangkaian dengan
beberapa institusi bagi perancangan projek
usahasama seperti:
• Proficient Language Centre.
• Mahasiswa Singapura Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM).
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 3 1
2.1 Majlis Talaqqi Asatizah
a. Secara Bulanan di bawah bimbingan Syeikh
Ahmad Saad Al-Azhari:
• Kitab yang telah dibimbing: ,منت األجرومية, منت اجلزرية شرح األربعني النووي, شرح النزهة: نزهة النظر يف توضيح خنبة الفكر, السريةالنبوية: دروس وعرب
• Seramai 306 orang asatizah yang telah meraih
manfaat dari sesi ini.
b. Sesi Talaqqi bimbingan Syeikh Mustafa Dib
Bugha telah diadakan pada bulan Ogos-Sep:
• Kitab yang telah dibimbing: Fiqh Muqaran dan
Waraqat.
• Seramai 130 orang asatizah yang telah meraih
manfaat dari sesi ini.
2.2 Bengkel Para-Kaunseling:
• Sesi selama 16 jam ini telah dibimbing oleh
Ustaz Mohd Yusri Yubhi.
• Bengkel ini telah dianugerahkan sebanyak 16-
ARS CPE.
• Seramai 45 orang asatizah telah meraih
manfaat dari sesi ini.
2. Latihan pengisian dan pengurusan Kemahiran asatizah
• Sekretariat ARS telah pun berpindah pejabat
ke Masjid Al-Ansar bagi memberikan
perkhidmatan yang lebih baik kepada para
asatizah.
• Ustaz Lukman Afandi telah dipinjamkan oleh
Muis untuk memantau perjalanan operasi serta
perancangan ARS.
• Fasa pembinaan E-ARS Portal telah dipenuhi
sebanyak 80% dan akan disusuli dengan
Database Management System.
4. Sekretariat Skim pengiktirafan asatizah (arS)
Siri Bengkel Pengajaran Subjek:
• Bengkel ini adalah usahasama antara jabatan
dengan jabatan Pendidikan Islam.
• Bengkel ini diadakan khas buat tenaga
pengajar IPIP sebanyak dua siri: Ulum Quran
dan Fiqh Muamalat.
• Seramai 22 orang asatizah telah meraih
manfaat dari bengkel ini.
3. pembangunan pengajaran Latihan asatizah
3 2 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
Laporan Tahunan pergas
Jabatan pendampingan Dakwah Masyarakat
03
Ke arah Membentuk Masyarakat Khaira ummah Melalui Kepimpinan agama
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 3 3
1. pendampingan Dakwah di penjara1.1 Insan Mukmin – Silibus untuk program
pendidikan agama di dalam penjara dan
di luar penjara (Prison In-Care & Aftercare
programme).
• Projek Insan Mukmin ini telah diusahakan oleh
Jabatan Pendampingan Dakwah Masyarakat
dengan sokongan dari Kementerian Dalam
Negeri (MHA) dan Singapore Prison Services
(SPS).
• Bertujuan menjadi silibus yang diguna pakai
bagi para tahanan Melayu Islam dalam usaha
mereka untuk menjauhi dari ketagihan dan
juga belenggu masalah-masalah sosial yang
mereka hadapi.
• Geran ini adalah untuk membiayai kos
pembangunan Fasa 01 – Fasa 03 Silibus Insan
Mukmin ini.
• Fasa 01 dan Fasa 02 dari Silibus Insan Muslih
ini sudah siap sepenuhnya dan mula diajar di
Cluster B5, Penjara Changi mulai November
2015 sehingga Februari 2016.
• Seramai 24 orang banduan telah mengikuti
program ini.
• Maklumat yang positif telah diterima dari pihak
penjara berhubung projek Insan Mukmin ini.
• Fasa 03 Silibus Insan Mukmin hanya
akan jalankan pada akhir bulan September
2016 nanti.
1.2 Pengurusan Jenazah Pesalah Mandatori
Hukum Mati
• Jabatan Pendampingan Dakwah Masyarakat
Pergas telah diberikan amanah oleh Singapore
Prison Services untuk menguruskan jenazah
salah seorang banduan Muslim yang telah
menjalani hukuman gantung pada 17 April
2015 yang lalu.
• Telah menguruskan dari menyambut jenazah
dari penjara dan seterusnya menguruskan
jenazah dari proses mandi senhinggalah
jenazah selamat dikebumikan dan talqin.
2. advokasi Dakwah2.1 Geran Insan Muslih
Geran Insan Muslih merupakan satu inisiatif
dari pihak Jabatan Pendampingan Dakwah
Masyarakat dalam usaha mengalakkan program-
program dakwah di kalangan kumpulan atau
persatuan pelajar di Singapura.
• Pada tahun ini, dua lagi kumpulan telah
menerima geran ini: Majalah Mirror telah
diterima sebagai penerima pertama untuk
Geran Insan Muslih ini.
• MIRROR sebuah majalah online yang
diusahkan oleh sekumpulan remaja yang aktif
dalam bidang penulisan serta grafik. Mirror juga
mempunyai panel Asatizahnya yang sendiri.
• Mirror telah menjalankan program satu hari
yang dinamakan sebagai “MIRROR Live”
• Program selama satu hari ini telah dijalankan
di Life Long Institute pada 10 Januari 2015.
• Antara para Asatizah yang telah menyampaikan
ceramah pada hari itu adalah dari kalangan
MTP Pergas sendiri, seperti Ustaz Muhammad
Zahid Bin Mohd Zin.
2. Geran Insan Muslih buat tahun 2015 ini juga
telah diberikan kepada Nanyang Technological
University Muslim Society (NTUMS).
• NTUMS telah menjalankan Islamic Awareness
Program dari 12 Oktober 2015 sehingga 15
3 4 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
Oktober 2015 di kampus mereka.
• Ianya bertujuaan untuk memperkenalkan
konsep-konsep asas Islam kepada yang
bukan Islam dan pada masa yang sama
menggalakkan pemahaman yang lebih
mendalam tentang agama Islam melalui
perkongsiaan mengenai sudut keindahan dan
kerohanian yang terdapat dalam agama Islam.
• Bertemakan ‘Live: In Action’ dan menampilkan
tiga acara utama; Pameran, Siri Syarahan
dan kempen.
3. pendampingan Dakwah Masyarakat3.1 Majlis Al Hadyun Nabawi
• Dalam membina rangkaian yang baik dan
menyebarkan kepentingan majlis Ilmu maka
Majlis Al Hadyun Nabawi di asaskan dengan
kerjasama bersama Majlis Al Muwosalah Baina
Ulama Muslimin(Singapura) pada April 2015.
• Majlis Al Hadyun Nabawi ini telah diasaskan
oleh Sayyidi Al Habib Umar Bin Muhammad
Bin Salim Bin Hafiz.
• Majlis Ilmu ini memaparkan bacaan serta
syarah kepada Kitab Riyad as-Salihin dan
dipimpin oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin
Al Hamid, pembiming Majlis Ta’lim Darul
Murtadza, Kuala Lumpur, Malaysia.
• Program bulanan kerjasama ini berjaya menarik
seramai hampir 2000 orang jemaah pada
setiap majlis.
• Majlis yang pertama telah diadakan dengan
kerjasama Masjid Mujahidin dan turut diadakan
ialah program bulanan khas untuk Asatizah.
Ianya telah diadakan dengan kerjasama
Madrasah Al Irsyad.
• Majlis ini telah berkembang dan mulai
akhir tahun 2015 dan 2016, majlis ini mula
berpindah-pindah ke masjid-masjid Singapura.
• Ianya bertujuan untuk lebih mendekati
masyarakat dan menjalinkan hubungan yang
lebih rapat bersama masjid-masjid setempat.
3.2 Majlis Selawat ke atas Rasulullah s.a.w
• Majlis Selawat ke atas Rasulullah saw
merupakan program Pergas yang diusahakan
oleh Jabatan Pendampingan Dakwah
Masyarakat dengan kerjasama beberapa
pihak yang lain.
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 3 5
• Antara yang sering bekerjasama untuk majlis-
majlis ini ialah Komiti Majlis Selawat ke atas
Rasulullah s.a.w, Majlis Rasulullah Singapura,
MHDS, Muslim Malabar Jamaath, Majlis Al
Muwosalah Baina Ulama Muslimin serta masjid-
masjid setempat.
• Majlis ini telah dijalankan semenjak tahun 2012
dan kini menjangkau sehingga hampir 35 buah
majlis yang telah dianjurkan.
• Antara majlis yang paling besar dianjurkan
ialah Majlis Selawat ke atas Rasulullah saw
bersama tetamu istimewa; Sayyidi Al Habib
Umar Bin Muhammad Bin Hafiz dari Tarim,
Hadhramaut, Yemen.
• Majlis dianjurkan secara kerjasama bersama
badan-badan yang tertera diatas dengan
sokongan oleh Masjid Sultan dan Taman
Warisan Melayu.
• Seramai lebih dari 10000 orang para jemaah
telah membanjiri Masjid Sultan dan kawasan
sekitarnya.
• Tajuk ceramah yang telah disampaikan oleh
Sayyidi Al Habib Umar Bin Muhammad Bin
Salim Bin Hafiz adalah: ‘Dan bertaubatlah
kamu sekalian kepada Allah’.
3 6 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
4. Wacana Ilmiah Buat Masyarakat • Membuka tirai bagi Siri Wacana Ilmiah Pergas
dengan tema: Ijtihad & Mazhab – Memahami
dan Menghargai Perbezaan; Ustaz Umar
Muhammad Noor telah diundang pada
25 April 2015.
• Tajuk yang telah disampaikan adalah Sejarah
dan perkembangan Mazhab Fiqh Ahlu Sunnah
wal Jamaah.
• Ianya telah dihadiri oleh hampir 90 orang
peserta dan mereka terdiri dari para pelajar
pra-university dari Madrasah tempatan dan
juga pelbagai golongan masyarakat dari
professional sehingga suri rumahtangga.
• Siri Wacana Ilmiah yang kedua telah diadakan
pada 3 Oktober 2015 dengan topik: Kontekstual
di sebalik fatwa semasa memahami perbezaan
ijtihad para Ulama.
• Wacana ini telah diadakan di Masjid Al Islah
dan disampaikan Ustaz Dr Firdaus Bin Yahya.
5.1 Progam iftar bersama Pertubuhan
Pelajar-Pelajar Islam NUS (NUSMS) telah
diadakan di Pergas pada 8 Julai 2015
• Telah dihadiri lebih daripada 30 orang wakil
eksko dan juga president NUSMS sendiri.
• Jalinan yang baik ini perlu dalam merapatkan
jurang diantara graduan lepasan universiti
tempatan dan graduan universiti Islam luar
negara serta golongan Asatizah.
• Usaha-usaha untuk diadakan lebih banyak
sesi sebegini akan dijalankan pada tahun
mendatang.
5.2 Jalinan Kerjasama bersama Institusi
Pengajian Tinggi Tempatan
• Sebanyak hampir 7 pusat pengajian tinggi
tempatan telah dibina jalinan, kebanyakannya
merupakan persatuan Islam di universiti dan
juga politeknik. Antaranya ialah NUSMS,
NTUMS, SMUSMS dan lain-lain lagi.
• Sebagai contoh NUSMS secara tetap
memaklumkan senarai jawatankuasa
eksekutif yang terpilih pada setiap AGM,
selain mendapatkan pandangan bagi program
tahunan yang ingin dikendalikan.
5. Membina Rangkaian Yang Baik Dengan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dan Badan-Badan Pelajar
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 3 7
7. Dakwah Media Sosial• Melalui media sosial, selain dari video-video
ceramah yang dimuatnaik di saluran Youtube,
Pergas. Jabatan Pendampingan Dakwah
Masyarakat ditonton lebih dari 10,000 pelawat
dan dikongsi di Facebook lebih dari 450 kali.
• Video ini juga mendapat maklum balas yang
baik sehingga digunakan sebagai bahan
pengajaran kepada masyarakat Islam termasuk
di Amerika dalam memperkenalkan ibadah
korban kepada penganut bukan Islam.
6. persidangan hijab (hijab Conference)• Persidangan Hijab merupakan antara inisiatif
pendampingan masyarakat dalam meningkatkan
kesedaran masyarakat terhadap hijab.
• Persidangan ini telah dianjurkan pada 31
Oktober 2015 (Sabtu), bertempat di Auditorium
Masjid Mujahidin dari jam 9.00 pagi hingga
5.00 ptg.
• Persidangan yang bertema: ‘Divine Liberation;
Breaking Barriers’, dirasmikan oleh Puan
Halimah Yacob selaku penyampai utama
dengan tajuk: ‘Roles of Muslim Women:
Building Institutions, Creating Change.’
• Antara tajuk-tajuk lain yang dibincangkan ialah:
– Islam and Feminism; Poles Apart or of One
body? oleh Ustazah Nurhannah Irwan, Senior
Executive, Office of the Mufti
– Crisis of Modern Muslimah oleh Ustazah
Nurul ‘Izzah Khamsani Khamsani. Ia
menyentuh tentang hijab dalam Islam dan
keperluan mempunyai sikap malu dalam
berhijab dan identiti Muslimah.
– Upholding Modesty: Workforce Challenges
oleh Ustazah Liyana Musfirah Anwar, yang
menyentuh tentang kaitan hijab dan pekerjaan
dan isu-isu yang bersangkutan dengannya.
Persidangan ini dihadiri lebih 180 peserta.
3 8 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
Laporan Tahunan pergas
Jabatan pembangunan Kajian
04
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 3 9
1. Kajian analatikalKenyataan Media dan Respon: Respon
Pergas Terhadap Penerbitan Karikatur
Majalah Mingguan Satira ‘Charlie Hebdo’
yang Didakwa Sebagai Nabi Muhammad s.a.w.
• Pergas telah meluahkan rasa kesal atas
tindakan majalah ‘Charlie Hebdo’ yang
memaparkan karikatur yang didakwa
sebagai Nabi Muhammad s.a.w. Pergas
juga menyatakan pandangannya bahawa ia
adalah langkah biadap dan boleh menimbulkan
provokasi serta tindak balas dari golongan
ekstremis.
• Dalam masa yang sama, Pergas mengalu-
alukan kematangan masyarakat Islam di dalam
menangani isu ini.
2.1 Perbincangan Meja Bundar
• Sebanyak 2 sesi Perbincangan Meja Bundar
telah dianjurkan. Ia telah mengumpulkan
seramai 60 asatizah daripada pelbagai latar
belakang dan mahasiswa Pengajian Islam
bagi membincangkan isu-isu yang menjadi
keprihatinan asatizah.
• Pada sesi pertama, Ustaz Dr Firdaus Bin
Yahya membentangkan komentar beliau
yang memberi respon kepada kertas kerja
Dr Khairudin Aljunied bertajuk ‘The Ulama
in Singapore and their Contemporary
Challenges’. Manakala sesi kedua pula,
Dr Hussin Mutalib telah diundang bagi
membincangkan mengenai ‘The Development
and Future of Singapore Muslim Community:
Asatizah’s Role’.
2.2 Wasat Online
• Wasat merupakan satu lagi wadah
penulisan buat asatizah, hasil kerjasama
Jabatan Pembangunan Kajian bersama
Ustaz Muhammad Haniff Bin Hassan dan
S.Rajaratnam School of International Studies
(RSIS), NTU. Ia menerbitkan apa jua bentuk
penulisan yang bertemakan wasatiyah
ataupun kesederhanaan. Tujuannya adalah
untuk menyebarluaskan idea wasatiyah dalam
kefahaman dan amalan Islam dalam konteks
masyarakat Islam Singapura.
• Melalui wasat, 21 artikel yang membincangkan
mengenai wasatiyah daripada pelbagai aspek
telah diterbitkan pada tahun 2015.
2.3 Centre for Islamic Legalisation and Ethics
(CILE)
• Bagi menggalakkan asatizah untuk terlibat
secara aktif di dalam perbincangan ilmiah
serta memberi nilai tambah kepada asatizah
di dalam menghadapi cabaran semasa,
Pergas telah menghantar 2 asatizah, iaitu
Ustaz Muhammad Nuzhan Bin Abdul Halim
dan Ustaz Muhammad Zahid Bin Mohd Zin ke
program musim panas yang dianjurkan oleh
CILE. Kedua asatizah tersebut telah berkongsi
pengalaman dan pembelajaran mereka di
media sosial untuk manfaat umum.
2. Komentar & program Ilmiah Sosio-Keagamaan
4 0 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
3. perpustakan Sumber Syed ahmad Semait (SaSrL)3.1 Kemudahan
Projektor dan skrin telah dipasang bagi
kemudahan mesyuarat atau pembentangan yang
bakal digunakan. Kemudahan ini desediakan
untuk pekerja Pergas dan juga pengguna SASRL.
3.2 Koleksi
Antara khidmat yang bakal ditawarkan SASRL
adalah pencarian akhbar yang berkaitan dengan
dakwah dan asatizah tempatan. Artikel yang
diarkib adalah mengikut 3 teras utama Pergas
iaitu:
1. Pendidikan Islam
2. Pembangunan Asatizah
3. Kepimpinan Dakwah
Selain itu, SASRL jugak mengarkib penulisan-
penulisan asatizah di akhbar selain kenyataan
media yang dikeluarkan Pergas mengenai isu-isu
semasa.
3.3 Fumigasi Perpustakan
Servis fumigasi telah dijalankan pada 10 April
2015. Servis ini merupakan servis pengasapan
yang bertujuan untuk mematikan kuman-kuman
serta serta yang terdapat pada buku-buku
terutama buku-buku lama. Servis ini telah
dijalankan olek Xtremepest Care. SASRL
telah ditutup selama 3 hari (10-12 April) bagi
member peluang pada servis ini juga kerja-kerja
pembersihan.
3.4 Bengkel Celik Maklumat
Di dalam usaha menerapkan kemahiran
penyelidikan di kalangan para pelajar, SASRL
telah mengadakan bengkel ‘Celik Maklumat’
untuk para pelajar Madrasah dari peringkat Pra-
Universiti pada 7 November 2015. Bengkel ini
juga bertujuan untuk membimbing para pelajar
cara mencungkil maklumat yang betul terutama
sekali dari sumber alam maya.
3.5 Sesi Knowing our Thinkers (KOT)
Dua buah sesi KOT telah diadakan dengan
kededuanya dibentangkan oleh Ustaz Ahmad
Haris Suhaimi. Sesi pertama telah berlangsung
pada 28 Februari 2015 dengan pembentangan
mengenai tesis penulisan beliau bertajuk ‘Cara
penerimaan Ahlu Sunnah & Syiah di dalam
isu Imamah & Nikah Mut’ah’. Sesi kedua pula
telah diadakan pada 5 September 2015 dan
merupakan kesinambungan kepada sesi pertama
dengan difokuskan kepada topik Nikah Mut’ah.
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 4 1
4. projek Dokumentasi & penerbitan4.1 Obor Ummah 3
Pengkajian untuk siri 3 penerbitan Obor Ummah
telah dimulakan. Untuk tahun 2015, kajian akan
difokuskan kepada 10 tokoh sahaja. Kajian
dimulakan dengan mengenal pasti senarai tokoh,
dan seterusnya kajian melalui Arkib Negara dan
diteruskan dengan sesi-sesi temu bual bersama
ahli keluarga, teman-teman atau murid.
4.2 Terjemahan Bahasa Inggeris Obor Ummah 2
• Susulan daripada penerbitan buku Obor siri 1
versi bahasa Inggeris yang dinamakan Beacon
of the Ummah, Pergas menerima maklum
balas yang baik dan permintaan mengadakan
buku siri 2 jugadi dalam bahasa Inggeris.
• Jabatan telah memulakan proses
penterjemahan pada tahun ini dan
dilaksanakan oleh Khalidah Jamil, dari
Crosswords Lingua Services. Proses
penterjemahan sudah siap sepenuhnya.
4.3 Manuskrip Penulisan Asatizah
Manuskrip Tafsir Ustaz Shaikh Jaafar Banafie
• Pergas sedang mengusahakan manuskrip alih
aksara Tafsir Baidhawi karangan Sheikh ‘Abd
Al-Rauf bin Ali Al-Fansuri.
• Pihak jabatan telah mendapatkan khidmat
2 orang asatizah di dalam menyiapkan
proses suntingan pada manuskrip tersebut.
Projek ini dilaksanakan dalam 3 fasa. Fasa 1
merupakan pengenalan dan latar belakang
pada kitab karangan Sheikh Abdul Rauf
dan Ustaz Sheikh Ja’afar, fasa 2 merupakan
proses pengalihan bahasa Jawi ke bahasa
melayu serta gabungkan karangan Ustaz Ja’far
pada penulisan tersebut dan terakhir fasa
3 penyelarasan penulisan, pembukuan dan
percetakan pada kitab tersebut.
• Proses penyuntingan telah siap sepenuhnya
dan akan disambung dengan proses
penyuntingan bahasa yang dijangka akan
dimulakan pada tahun 2016.
Lain-lain Manuskrip
• Pihak penerbitan juga menerima beberapa
manuskrip karangan asatizah muda tempatan
yang berminat untuk menerbitkan bersama
Pergas. Antaranya, Manuskrip Falak yang
merupakan penulisan asal Almarhum Kiai
Ahmad Zuhri Mutamim dan sedang disunting
dialih aksara dari penulisan jawi ke rumi oleh
Ustaz Dr Firdaus Yahya.
• Satu lagi manuksrip yang diterima adalah
manuksrip Tafsir di Facebook karangan Ustaz
Muhammad Zuhal Abdul Lathif.
4 2 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
Laporan Tahunan pergas
Jabatan perhubungan dan perkhidmatan Korporat
05
Ke arah Membentuk Sistem Korporat Yang Efektif Dan Cekap
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 4 3
1. Kebajikan, Keahlian dan Sukarelawan1.1 Hari Beramah Mesra bersama Ahli Pergas
“Members Engagement Day”
• Buat julung-julung kalinya Pergas mengadakan
hari beramah mesra bersama ahli Pergas yang
terdiri daripada golongan Asatizah dan juga
bukan asatizah. Majlis ini diadakan sempena
pelancaran kad keahlian pergas ataupun
dikenali dengan ‘Pergas Membership Privileges
Card’ dan juga Aplikasi Pergas atau Pergas
Smartphone Apps.
• Majlis pelancaran ini diadakan di The Ballroom
@ East Coast dengan dihadiri seramai 105
tetamu kesemuanya.
• Matlamat Program ini juga adalah untuk
mengeratkan silaturrahim antara Pergas
dan para ahli yang selama ini telah banyak
memberi sokongan serta menyumbang kepada
kemajuan Pergas.
• Sempena pelancaran kad keahlian Pergas
pada hari tersebut, para ahli dapat meraih
faedah-faedah dan diskaun yang telah
ditawarkan oleh beberapa rakan-rakan peniaga
yang berkolaborasi dengan Pergas. Antaranya
ialah: D’fatiin Boutique, Vintage Delicafe,
Rumah Makan Minang, Kampong Glam Café,
Muslimedia Bookshop.
1.2 Program Membantu Golongan
yang memerlukan “Adopted Charity”
• Program “Adopted Charity” ini adalah program
tahunan yang diadakan Pergas dengan
kerjasama Majlis Pelajar Pergas (MPP).
Program ini adalah khusus bagi para penerima
Zakat Pergas yang terdiri daripada golongan
fakir dan miskin.
• Program pada tahun ini bertemakan
‘Harmoni’ dan objektif utama program adalah
untuk memupuk ikatan persaudaraan dan
mengeratkan lagi ukhwah di dalam ahli
keluarga para peserta. Selain itu, meningkatkan
rasa syukur dengan apa yang mereka ada
pada bulan Ramadan yang penuh barakah.
• Di dalam program ini, selain membawa pulang
ilmu ataupun tips tips yang bermanfaat yang
dapat mereka aplikasikan di dalam keluarga,
mereka juga membawa pulang habuan berupa
4 4 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
wang tunai dan barangan dapur. Barangan
dapur termasuk juga hamper kuih muih raya,
beras, minyak dan juga makanan ringan.
• Majlis Pelajar Pergas dan juga sukarelawan
Pergas menghantar habuan Ramadan ke
tiga puluh buah rumah fakir miskin merata
Singapura. Seramai empat puluh orang yang
hadir pada program ini terdiri daripada ibu
bapa peserta dan anak-anak mereka.
1.3 Lawatan ke Rumah Para Asatizah Pergas • Lawatan ke rumah Asatizah yang mempunyai
penyakit kronik adalah bagi mengukuhkan tali
silaturrahim diantara Pergas dan para Asatizah
yang telah banyak menyumbang masa, ilmu
dan tenaga dalam pelestarian pendidikan Islam
dan pembangunan rohani masyarakat Islam
Singapura secara amnya.
• Bagi pegawai Pergas yang mengunjung ke
rumah Asatizah, juga mengambil kesempatan
untuk menanyakan khabar mereka yang
sebahagiannya sedang berada dalam keadaan
uzur dan tidak mampu untuk mengajar lagi.
Dengan menziarahi mereka, ia secara tidak
langsung memberi semacam penghargaan
kepada mereka.
• Kini, Pergas membantu seramai 21 Asatizah di
bawah skim zakat. Ini adalah satu peningkatan
yang ketara daripada 6 Asatizah yang dibantu
pada tahun 2013. Kebanyakan daripada
mereka mempunyai masalah kesihatan kronik
dan memerlukan kos perubatan yang tinggi.
Kesemua Asatizah dapat dikenal pasti melalui
kenalan mereka yang kehadapan memeritahu
Pergas tentang keadaan atau kesihatan para
Asatizah yang memerlukan bantuan.
2. Liputan Media 2015Pergas mendapat beberapa liputan media
daripada Berita Harian, The Straits Times dan
Berita Suria pada tahun ini. Perinciannya adalah
seperti berikut:
Akhbar Berita Harian:
• Liputan Pergas mengenai kekurangan
sukarelawan menjual kalendar Islam lalu ianya
diberikan percuma pada 11 Januari 2015.
• Kenyataan Pergas mengenai tindakan majalah
Charlie Hebdo pada 17 Januari 2015.
• Liputan tentang kerjasama Pergas dengan
My Islamic Journey (MIJ) Education Hub
bagi pengongsian sukatan Program Takrif
Islam untuk pelajar madrasah tersebut, 28
Januari 2015.
• Ucapan takziah Pergas kepada keluarga
Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengenai
pemergian mendiang Encik Lee Kuan Yew
pada 25 Mac 2015.
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 4 5
• Liputan bertajuk ‘Pergas pecat staf yang
‘bocor’ surat takziah di media sosial sebelum
pemergian mendiang Encik Lee’ pada
29 Mac 2015.
• Rencana khas bertajuk ‘Bersama hijrah dalam
membangunkan ummah’ pada 17 April 2015.
• Liputan keluaran khas bertajuk ‘Kenang
pengorbanan ulama terdahulu tegakkan
agama’ pada 3 Mei 2015.
• Keluaran Khas bagi mempromosikan buku
‘Obor Ummah’ yang bertajuk ‘Contohi
semangat generasi perintis ulama Singapura’
pada 15 Mei 2015.
• Keluaran khas sempena Ramadan bertajuk
‘Pergas beri keceriaan kepada golongan
kurang bernasib baik’ pada 18 Jun 2015.
• Liputan berkenaan penerbitan video syarahan
‘Nur Ramadan’ Pergas pada 19 Jun 2015.
• Liputan bertajuk ‘Bibliografi 100 tahun
penulisan asatizah setempat’ pada
8 Julai 2015.
• Rencana khas bagi perkongsian aktiviti
Ramadan Pergas yang bertajuk ‘Detik-detik
berakhirnya Ramadan’ pada 17 Julai 2015.
• Rencana khas bertajuk ‘Mengenang jasa
ulama perintis’ pada 9 Ogos 2015 bagi
mempromosikan buku Obor Ummah
terbitan Pergas.
• Liputan di ruangan Ekoniaga mengenai
Pergas Investment Holdings (PIH) yang
bertajuk ‘Syarikat milik Pergas perluas khidmat,
tawar nasihat berkaitan produk kewangan’
pada 13 Oktober 2015.
• Liputan bertajuk ‘Dua pertubuhan, dua individu
labur dalam khidmat pajak gadai syariah’ pada
13 Oktober 2015.
• Ulasan forum anjuran Pergas mengenai Imam
Al-Ghazali pada sempena lawatan Syeikh
Mustafa Al-Bugha serta Syeikh Dr Anas Bugha
yang diterbitkan pada 25 Oktober 2015.
• Kenyataan Pergas bagi mengumumkan Ustaz
Mohamad Hasbi bin Hassan sebagai Presiden
pada 24 November 2015.
BH Online:
• Kenyataan respons Pergas terhadap
serangan ganas di Paris, ‘Pergas: Aksi ganas
bertentangan dengan tunggak Islam’ pada
10 Januari 2015.
• Liputan mengenai usaha #projekpeduli, satu
inisiatif misi bantuan kemanusiaan yang
bertajuk ‘Sumbangan untuk murid mangsa
banjir di Pahang’, 19 Januari 2015.
• Laporan bertajuk ‘Pendirian pemimpin S’pura,
Pejabat Mufti dan Pergas’ mengenai tindakan
majalah Charlie Hebdo, 19 Januari 2015.
• Liputan bertajuk ‘Surat Pergas berkenaan Encik
Lee Kuan Yew tersebar di Internet’,
19 Mac 2015.
• Liputan bertajuk ‘Pergas lakar pelan bertindak
dan hala tuju bagi anggotanya’, 15 April 2015.
• Rencana sumbangan Pergas bertajuk ‘Kenang
pengorbanan ulama terdahulu tegakkan
agama’ pada 3 May 2015.
• Rencana sumbangan Pergas bertajuk
‘Bibliografi 100 tahun penulisan asatizah
setempat’ pada 8 Julai 2015.
• Rencana sumbangan Pergas mengenai
seminar yang dianjurkan oleh Institut Pengajian
Islam Pergas (IPIP), ‘Seminar bagi perkaya ilmu
fiqah’, 18 September 2015.
• Liputan ringkas bertajuk ‘Pergas perkukuh
firma komersialnya’ pada 12 Oktober 2015.
• Liputan tentang kenaikan nilai hartanah milik
badan Melayu/Islam termasuk PIH yang
bertajuk ‘Dulu beli $2.5 juta, kini nilai $10 juta’
pada 25 November 2015.
Berita Suria dan laman Facebook BERITA
MediaCorp:
• Liputan tentang kenyataan Presiden Pergas
tentang pentingnya pendampingan remaja
berkaitan penahanan dua remaja dibawah ISA,
28 Mei 2015.
4 6 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
• Liputan inisiatif baru projek Adopted Charity
iaitu acara bengkel penggambaran di Kebun
Bunga Singapura bersama anak-anak
penerima Zakat Pergas untuk memupuk jalinan
mesra pada 4 Julai 2105
Lensa Ramadan, Edisi Khas Detik:
• Memaparkan usaha Pergas di dalam memberi
bantuan kebajikan serta menziarahi golongan
asatizah dari golongan perintis pada episod
ketiga yang disiarkan pada 6 Julai 2015.
The Straits Times:
• Liputan bertajuk ‘New helpline, manual to help
counter ISIS threat in Singapore’ di The Straits
Times, 9 Jun 2015.
Today Online:
• Kenyataan Pergas mengenai surat takziah
kepada keluarga Perdana Menteri Pengasas
Lee Kuan Yew pada 23 Mac 2015.
The New Paper:
• Keluaran rencana khas Pergas mengenai
aktiviti pendampingan dakwah Pergas seperti
forum diskusi dan siri wacana Ilmiah, serta
program-program pembangunan Asatizah,
iaitu sebahagian dari teras kepimpinan dakwah
Pergas yang bertajuk ‘Strengthening The
Asatizah, Reaching The Community’ pada
9 Julai 2015.
3. Meningkatkan Budaya Kerja & Keupayaan Pekerja• Skim Peningkatan Keupayaan pekerja (Staff
Progression Scheme) ialah penajaan separa
yang bertujuan untuk membangunkan
kemahiran pekerja dan kapasiti pengetahuan
mereka. Buat masa ini, skim tersebut hanya
ditawarkan bagi para pegawai Pergas yang
ingin meneruskan pengajian separuh masa
dalam Sarjana dan Doktor Falsafah. Ini adalah
untuk menggalakkan para pegawai Pergas
untuk meningkatkan kepakaran mereka dalam
berkhidmat kepada Pergas serta membantu
masyarakat Islam di dalam menghadapi dan
mengatasi isu-isu agama yang kini lebih rumit
dan kompleks.
4. Manual Bagi Urusan Perkhidmatan Pelanggan & Sumber Manusia (hr)Pergas HR Usrah
HR Usrah bertujuan untuk mewujudkan wadah
dialog diantara para pegawai Pergas dengan unit
sumber manusia Pergas. Ianya juga merupakan
salah satu wadah untuk menyampaikan dan
menjelaskan maklumat terkini mengenai
dasar-dasar dan piawaian yang diletakkan
MOM berserta memperkenalkan insiatif baru,
berkongsi peringatan dan memberi penekanan
tentang peraturan dan prosedur HR kepada para
pegawai Pergas. Ini termasuk faedah cuti, proses
permohonan dan kebenaran cuti, skim (Staff
Progression Scheme) dan prosedur HR yang lain.
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 4 7
5. perhubungan KorporatPenjenamaan korporat melalui Obor Ummah
Dengan sambutan yang amat menggalakkan
semasa pameran obor ummah di Perpustakaan
Nasional Singapura, pameran ini diteruskan
lagi ke beberapa tempat termasuk Masjid
Alkaff Kampung Melayu dan juga Masjid
Darussalam. Ini bagi memperkenalkan Pergas
dan juga para ulama perintis yang telah banyak
menyumbang kepada Pergas, pendidikan Islam
dan pembangunan Singapura. Beberapa bengkel
Obor ummah juga turut diadakan bagi melatih
warga kerja dan para sukerelawan daripada
Masjid dan madrasah.
Pergas amat menggalakkan sesi perkongsian
pendapat di antara warga kerja Pergas untuk
mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan
membangun ke arah mencapai matlamat korporat
kami. Dari itu beberapa aktiviti seperti ‘Memahami
Bahasa Penghargaan’, ‘Menghayati visi dan misi
Pergas’ turut diadakan di dalam sesi HR usrah.
6. Tadbir urus Korporat (Corporate Governance)6.1 Sistem ‘Shared Services’Akaun
Sistem shared services telah diperkenalkan untuk
mengemaskini dan melicinkan proses Perakaunan
Pergas. Ini termasuk menghasilkan laporan bagi
kemasukan dan perbelanjaan bulanan setiap
jabatan serta memeriksa aktiviti bagi ‘account
payables’ dan ‘account receivables’. 70%
daripada kos sistem shared services ini dibiaya di
bawah geran commissioner of Charities.
6.2 Tajaan dan Geran
Tajaan dari Hjh Maimunah Restaurant & Catering Ptd Ltd bagi Majlis Konvokesyen Pergas dan Dai Camp 2015
$1,000.00
Tajaan dari Mohamed Ali S/O Ayoobali bagi program Sheikh Mustafa Bugha
$1,000.00
Tajaan dari Jemaah Pelajar Kuliah Dhuha Ustaz Hasbi bagi Projek Peduli, program bantuan mangsa banjir di Pahang
$603.07
Tajaan dari Association of Muslim Travel Agents (Singapore) (AMTAS) bagi program Sheikh Mustafa Bugha
$5,000.00
Tajaan Jumlah
VWOs-Charities Capability Fund (VCF) Shared Services dari Commissioner of Charities
$17,719.20
Temporary Employment Credit (TEC) dari Kementerian Tenaga Manusia (MOM)
$7,622.00
Geran Muis bagi operasi Sekretariat ARS $275,917.83
Special Employment Credit’(SEC) dari Kementerian Tenaga Manusia (MOM)
$7,584.00
Geran Khas Muis bagi penyewaan ofis $62,500.00
National Heritage Grant dari National Heritage Board $3,600.00
Profamily Leave dari Kementerian Tenaga Manusia (MOM) $6,596.34
Geran buku Islamic Religious Knowledge (IRK) dari MUIS $ 15,000.00
Geran-geran bagi kursus pembangunan dan latihan staf dari Yayasan MENDAKI dan Singapore Workforce Development Authority (WDA)
$5,623.51
Wage Credit Scheme dari Inland Revenue Authority of Singapore (IRAS)
$97,640.78
Geran Jumlah
4 8 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
Laporan Tahunan pergas
Jabatan pemasaran dan pembangunan perniagaan
06
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 4 9
1.1 Kempen Zakat Pergas
Video Online Nur Ramadan
Inisiatif terbaru yang menampilkan 30 video
ceramah sepanjang bulan Ramadan di lelaman
Facebook dan Youtube Pergas. Nur Ramadan
melibatkan dan memaparkan 30 Asatizah
tempatan daripada golongan Asatizah perintis
dan Asatizah muda. Inisiatif ini berhasil menarik
sebanyak 77,340 tontonan.
Advertorial Berita Harian
Poster-poster yang memuatkan beberapa
topik pengetahuan Islam telah diterbitkan di
Berita Harian dan juga dikongsi melalui lelaman
Facebook Pergas.
Risalah (Brochure) Zakat
Risalah zakat bertujuan untuk menyediakan maklumat
tentang pengagihan zakat secara terperinci. Ini
termasuk beberapa testimoni daripada para penerima
bantuan zakat yang menerima bantuan melalui
pelbagai usaha Pergas.
1.2 Pengenalan Pusat Kutipan Zakat Pergas
Dua institusi iaitu Darul Huffaz dan Darul Hidayah
telah bersetuju untuk sedia membantu mengutip
zakat dan juga dana untuk Pergas. Mereka
dikenali sebagai pusat kutipan zakat Pergas
1.3 Pengumpulan Dana Umum Pergas
Kutipan dana umum Pergas bagi tahun 2015
ialah sebanyak $364,284.09. Antara usaha
pengumpulan dana yang dilakukan ialah
pungutan tabung Jumaat di seluruh masjid-
masjid di Singapura pada 14 Ogos 2015. Projek
ini dijalankan dan disokong oleh Madrasah Wak
Tanjong dan juga pemandu-pemandu teksi
sukarelawan dari Masjid Mujahidin. Kutipan derma
masyarakat yang berjaya diraih bagi tabung
Jumaat ini sahaja ialah sebanyak $93,403.45.
1.4 Iklan Identiti Korporat di Akhbar Tempatan
Sebanyak 6 Iklan-iklan identiti Pergas telah
diusahakan dan diiklankan di Berita Harian, demi
mengenalkan kembali identiti Pergas kepada
masyarakat Islam, ini termasuk satu iklan dalam
bahasa inggeris di akhbar The NewPaper.
Beberapa risalah dan iklan baru telah
diperkenalkan dibawah Jabatan Pemasaran.
Usaha ini bertujuan untuk memastikan penampilan
yang kemas dan proaktif bagi semua penerbitan
bagi publisiti Pergas. Antaranya ialah risalah
kursus singkat IPIP, BIRKH, buku-buku terbitan
Pergas, serta poster-poster infomasi yang
dipamerkan di lobi Pergas.
1. penjanaan Dana pergas
5 0 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
2.1 Pemasaran Program Jabatan
Beberapa risalah, poster dan rekabentuk iklan
baru telah disiapkan.
• Risalah Program dan Penerbitan Pergas
• Prospestus Program Sarjana Muda UIAM
(BIRKH)
• Poster Iklan Program-Program Pergas
• Galeri di lobi Pergas
2.2 Pemasaran di Media Sosial
Usaha menambah “likes” pada Facebook
Pergas diteruskan. Dengan hanya 5,000 pada
tahun sebelumnya, kini lebih 12,000 mengikuti
Facebook Pergas.
2.3 Penjenamaan Pergas
Penjenamaan Pergas melalui video dan risalah
korporat telah dihasilkan. Video korporat yang
memuatkan sari kata bahasa Arab serta risalah
dalam bahas Inggeris, Melayu dan Arab turut
disediakan untuk para tetamu yang datang
daripada luar negara.
2. pemasaran program dan penjenamaan pergas
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 5 1
3.1 Wajah Baru Lelaman Web Pergas
Lelaman web Pergas telah di ubahsuai dengan
reka bentuk baru dan juga terdapat beberapa
fungsi terkini, seperti penjualan buku secara online
dan juga khidmat menbayar dana dalam talian.
3.2 Diagram Sistem IT Pergas
Diagram ‘Network’ pejabat Pergas telah disiapkan
untuk memastikan informasi tersebut mudah
difahami dan berjalan lancar.
3.3 Portal Online Bagi Staf
Lelaman Portal staf dan Sumber Kemanusiaan
(HR) telah disiapkan. Antara fungsi yang
disediakan ialah merekod kedatangan staf secara
automatik, sistem pemohonan cuti, slip gaji,
tempahan ruang bilik dan lain lain lagi.
3. Sistem Informasi Teknologi
5 2 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
4.1 Penukaran permaidani dan kerusi baru
bagi bilik darjah
Permaidani dan beberapa kerusi baru telah
sediakan untuk keselesaan para pengguna fasiliti
Pergas. Projek ini di taja oleh Lee Foundation dan
seorang usahawan.
4.2 Kamera Litar Keselamatan (CCTV)
Sistem CCTV baru telah dipasang untuk
memantau keselamatan para pekerja serta
semua pengunjung Pergas.
4. pengurusan Fasiliti pergas
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 5 3
5.1 Lawatan Kerja Ke Jakarta
Ziarah mahabbah dan saling mengenal ke
beberapa pusat di Jakarta telah diatur pada 3
hingga 6 Ogos. Antara wakil dari Pergas adalah
Ustaz Mohamad Hasbi Bin Hassan, Presiden
Pergas, Ustaz Mohd Yusri Yubhi, Pengarah
Eksekutif Pergas, Ustaz Muhd Izzam, Eksekutif,
Pendampingan Dakwah Masyarakat dan Ustaz
Jalaluddeen Saukat Ali, Ketua, Pemasaran dan
Pembangunan Perniagaan.
• Ziarah ke Sekolah Tinggi Agama Islam Imam
Syafi’I (STAI).
• Ziarah ke Pesantren Az-Zayn Al-Makki (Sheikh
Nuruddin Banjari)
• Ziarah ke Pesantren Al-Fachriyah di Tangerang
(Habib Jindan)
• Habib Abdul Rahman Kwitang
2.2 Perhimpunan Agung Umum Regional
Islamik Da’awah Council of South East Asia
Pacific (RISEAP) di Taiwan.
Dua wakil dari Pergas telah menghadiri
perhimpunan agung RISEAP ke-16 di Taiwan
pada 12-17 Disember 2015. Para wakil terdiri
daripada Ustaz Jakfar Embek dan Ustaz
Jalaluddeen Saukat Ali.
5. Membina Rangkaian Kerja Bersama Institusi Luar negara
5 4 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
Laporan Tahunan pergas
pergas Investment holdings (pIh)
07
pIh telah ditubuhkan pada tahun 2003 merupakan anak syarikat bagi Persatuan Ulama & Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas). Bertujuan bagi pembalian bangunan serta untuk mendapatkan pendapatan bagi pErGaS demi menampung kos-kos perbelanjaan yang diperlukan oleh pErGaS.
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 5 5
Barisan Pengarah
Tiada di dalam gambar:
Talib Bin Ahmat
KETUA, KONSULTASI & SOLUSI PERNIAGAAN
Ukht Shahirah Bte Mohamed Salleh
PENGURUS BESAR
Akh Mohd Hanif Bin Zakariah
PENGARAH
Ustaz Muhammad Bahrul-Ulum Bin Buang
PENGARAH
Ustaz Pasuni Bin Maulan
PENGARAH
Ustaz Haji Ali Bin Haji Mohamed
PENGARAH
Ustaz Mohamad Hasbi Bin Hassan
5 6 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
Pergas Investment Holdings (PIH) telah mencapai
pengubahan yang menggalakkan semenjak dua
tahun lalu. Dulunya, Pergas Investment Holdings
hanya menguruskan hartanah yang dimiliki Pergas
tetapi peranannya telah berkembang kepada
inisiatif-inisiatif yang tepat menemui tuntutan dan
keperluan masyarakat setempat. Ini selari dengan
misi dan visi yang dipegangorganisasi induknya,
Pergas, supaya prinsip dan nilai-nilai murni terjaga
meski di dalam perdagangan.
Ulasan FSAC
Khidmat Perunding Cara Penasihat Syariah
Kewangan (FSAC) telah dipindahkan kepada
PIH untuk dijayakan semenjak May 2015. FSAC
kemudiannya diubah untuk memberi khidmat
yang lebih holistik dan praktikal bagi masyarakat
dan institut kewangan. Para perunding kami
mempunyai latar belakang dari industri yang
luas untuk menghadapi dengan cekap, cabaran
industri kewangan yang kerap berubah. FSAC
menggabungkan masyarakat dan badan korporat
dalam penasihatannya untuk memastikan
pengkhidmatan yang tidak terhad kepada
inidividu tertentu.
Lembaga Cendekiawan Syariah
FSAC telah merujuk kepada garis panduan yang
ditetapkan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam
membentuk jawatankuasa Syariah dalam khidmat
perundingan. Peranan jawatankuasa syariah
kami termasuk meneliti dan menasihati segala
projek yang melibatkan syariah dan kewangan
oleh FSAC. Seperti yang diutuskan garis panduan
BNM, jawatankuasa syariah kami mempunyai
gabungan cendekiawan syariah dan pengamal
industri bagi memastikan segala resolusi syariah
atau irshaad (garis panduan) mampu dipraktikkan
dan seiring dengan kegiatan industri. Justeru itu,
keluasan dari sudut latar belakang para penasihat
perunding kami amat penting bagi memastikan
keseimbangan yang baik antara prinsip syariah
dan kewangan.
Penasihat bagi Masyarakat
Pergas sebagai sebuah institusi agama yang
dipercayai, sering menerima soalan dari
masyarakat tentang perkara perkara yang
melibatkan kewangan. Kami juga mendapat
pertanyaan bagi kesahihan dari segi syariah atas
produk-produk laburan yang ada di Singapura.
Masyarakat juga meminta nasihat Pergas akan
isu-isu berkaitan kewangan. Khidmat kami telah
diperluaskan dari hanya membei khidmat khusus
untuk hibah/wasiat kepada pengurusan harta dari
matakaca Islam untuk memperkenankan servis
yang holistik kepada masyarakat. Baru-baru ini
juga, kami telah memeterai sebuah memorandum
persefahaman bersama Avallis, sebuah institut
penasihat kewangan yang terunggul, atas
kemahiran mereka dalam memberi khidmat
kewangan.
Tambahan pula, kami mengadakan klinik
kewangan bagi masyarakat awam. Program
program ini disampaikan oleh pelatih yang
ditauliah MAS dan memiliki pengalaman yang luas
dalam mengendalikan program-program seperti
ini kepada masyarakat.
Khidmat kemahiran kami termasuk:
• Pengurusan harta secara Islami
• Program Celik Wang
• Penyelesaian berkaitan perundangan Syariah
Kami juga telah memeterai sebuah perkongsian
bersama Azmi & Associates Law, salah satu firma
perundangan yang terbesar di KL, untuk meneroka
jalinan luas yang mereka miliki secara global
sekiranya berlaku terikatnya asset di luar negara.
Penasihat bagi Badan Korporat
FSAC telahpun terlibat dengan syarikat dari
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 5 7
pelbagai industry untuk mengulas struktur
pelaburan mereka bagi mendapatkan pengesahan
Syariah. Penjenamaan Pergas telah menarik
perhatian korporat industri memandangkan
kepercayaan masyarakat Islam setempat dan
kehadiran badan ini lebih dari 50 tahun di
Singapura. Sejak 2008, FSAC yang masih baru
telahpun mendapat perhatian, tetapi dengan
struktur yang baru, perhatian ini semakin
meningkat di kalangan kaum Muslim dan juga
yang bukan muslim. Kini, projek kami terdiri dari
Dana Lindung Nilai, pembiayaan orang ramai,
Komoditi dan syarikat lain lain lagi.
Khidmat penasihatan bagi badan korporat
kami termasuk:
• Penstrukturan produk pelaburan yang
berlandaskan syariah malah beretika
• Pentrukturan dana Islam
• Pengesahan produk Shariah lagi beretika
• Latihan syariah bagi institusi-institusi dan
syarikat-syarikat selepas mendapatkan
pengesahan
• Pemasaran produk pelaburan yang distruktur/
disahkan syariah dan beretika
• Menyediakan bimbingan Syariah tentang isu
kewangan semasa
• Audit Syariah
• Pemasaran Syariah
Sorotan Aktiviti Kami
Bagi mengukuhkan posisi kami untuk menjadi
syarikat berperingkat antarabangsa, pendedahan
kepada pelbagai industri dan pasaran
antarabangsa amat penting. Berikut adalah
penjelajahan kami ke luar negara.
Sidang Ekonomi Islam Global & Kewangan
Beretika dan Anugerah Cabaran Inovasi 2015
di Dubai
Pada Oktober lalu, PIH telah menghadiri sidang
Ekonomi Islam Global di Dubai. Acara dua hari itu
meliputi topik-topik ekonomi Islam yang berkaitan
dengan perusahaan kami. Kami juga dapat
berinteraksi bersama jemputan antarabangsa
seperti Amerika Syarikat, Timur Tengah dan
Eropah. Pengalaman ini tidak hanya memberi
kami pendedahan kepada kelainan pasaran dan
perusahaan bisnes dunia tetapi juga petukaran
idea bersama hadirin dan hadirat Muslim dan juga
bukan Muslim yang hidup di negara minoriti Islam
seperti kami.
Kami juga berpeluang menghadiri Kewangan
Beretika dan penganugerahan Cabaran Inovasi
(EFICA) di Westin Dubai Mina Seyahi. Majlis
Anugerah itu turut dirasmikan seorang pemenang
Anugerah Nobel, Muhammad yunus.
5 8 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
Laporan Tahunan pergas
Diari Kegiatan pergasJanuari – Disember 2015
08
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 5 9
Januari 2015 – Kembara ke Temerloh bagi menziarahi salah satu pusat tahfiz yang dilanda banjir.
Januari 2015 – Projek Peduli, kerjasama di antara Pergas dan Majulah bagi membantu mangsa banjir di Pantai Timur Malaysia
Januari 2015 – Majlis tanda tangan MOU bersama My Islamic Journey (MIJ)
6 0 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
Januari 2015 – Hari Orientasi Pelajar Pergas (HOPE) di Masjid Mujahidin
Februari 2015 – Program “Knowing Our Thinkers” bersama Ustaz Ahmad Harith yang membincangkan “Cara Penerimaan Hadis di antara Ahlussunnah dan Syiah di dalam isu Imamah dan Nikah Mut‘ah”
Februari 2015 – Majlis Talaqqi kitab At-Tuhfah As-Saniyah bersama Syeikh Ahmad Saad Al-Azhari
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 6 1
Mac 2015 – Sesi perfileman Obor Ummah di Perpustakaan Rujukan Syed Ahmad Semait bagi rancangan Info-Ed Perintis Kita yang ditayangkan di Mediacorp Suria
April 2015 – Majlis Beramah Mesra bersama Ahli di Ballroom@East Coast
6 2 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
Mei 2015 – Bengkel penulisan akademik oleh Dr Khairuddin Aljunied dan Dr Kamaludeen Md Naseer bagi asatizah
Jun 2015 – Majlis Talaqqi bulanan asatizah bersama Habib Ali Zainal Abidin
Mei 2015 – Sesi tausiyah bersama Habib Ali Zainal Abidin
Julai 2015 – Pelancaran inisiatif baru yang dinamakan “Nur Ramadan”. Ia merupakan siri video singkat yang memaparkan asatizah Singapura sepanjang bulan Ramadan.
Jun 2015 – Majlis tadarus al-Quran oleh Majlis Pelajar Pergas
April 2015 – Lawatan Muhibbah Syaikh Jihad Brown ke pejabat Pergas
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 6 3
Julai 2015 – Program ‘Adopted Charity’ yang diadakan di Pertapis dan Darul Makmur
Julai 2015 – Program ‘Adopted Charity’ yang bertemakan Harmoni.
Julai 2015 – Program ‘Adopted Charity’ di Taman Botani Singapura
Jun 2015 – Sesi perkongsian ilmu bersama Shaykh Umar bin Hussein Al-Khatib
6 4 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
Ogos 2015 – Majlis penyelerasan silibus bersama Masjid Khalid bagi program Diploma Pengajian Islam (DPI)
Ogos 2015 – Lawatan ke Jakarta
Ogos 2015 – Majlis Aidilfitri di Pusat Masyarakat Kembangan
Julai 2015 – Majlis penyampaian cheque kepada madrasah-madrasah di Singapura
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 6 5
Ogos 2015 – Majlis Pengiktirafan Asatizah untuk para asatizah IPIP di Warung in the East, ITE Simei
Ogos 2015 – Majlis Aidilfitri di Pusat Masyarakat Kembangan
6 6 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
Oktober 2015 – Mesyuarat Agung Luar Biasa Tahunan Pergas
Disember 2015 – Lawatan Sheikh Beleid Hamidi dari Morocco ke Pergas
Ogos 2015 – Lawatan Muhibbah Sheikh Mustafa Al-Bugha ke pejabat Pergas
September 2015 – Kursus kaunselling buat para asatizah yang disampaikan oleh Ustaz Md Yusri Yubhi Md Yusoff
Oktober 2015 – Bengkel pengajaran asatizah bersama Ustaz Md Nuzaihan Hamdan
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 6 7
November 2015 – Majlis konvokesyen program Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan (BIRKH) di IIUM bagi kohort kelima
November 2015 – Sesi perkongsian ilmu dari Habib Muhammad Bin Abdullah Al-Idrus, Habib Faisal Bin Muhammad Alkaff dan Ustaz Amin Buxton bersama pelajar madrasah
7 2 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
Laporan Tahunan pergas
Minit Mesyuarat agung pergas Ke-56 (2015)
10
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 7 3
1. PEMBUKAAN PENGERUSI MAJLIS
1.1 Majlis dibuka oleh pengerusi majlis, Ustaz Muhammad Asyraf Kassim dengan
pembacaan surah Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa agenda Mesyuarat Agung Pergas ke 56 adalah
seperti berikut:
1. Pembentangan Laporan Tahunan
2. Pembentangan Laporan Kewangan
3. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Luar Biasa (EOGM) 2015
4. Pembubaran MTP & Undian Presiden & Majlis Tertinggi Pergas (MTP) 2015 - 2017
2. UCAPAN PRESIDEN
2.1 Presiden Pergas, Ustaz Mohamad Hasbi Hassan mengucapkan ribuan terima kasih
terutamanya kepada barisan kepimpinan Majlis Tertinggi Pergas (MTP), anggota biasa
& bersekutu Pergas, tenaga kerja Pergas yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Yusri dan staf
Pergas. Tanpa mereka Pergas tidak akan cergas dan mudah-mudahan dengan kecergasan
ini, akan mencergaskan masyarakat Islam khususnya. Beliau menjelaskan lagi berdasarkan
petikan sebuah Hadith Rasulullah s.a.w mengenai dua golongan yang bermaksud “Ada dua
golongan di antara umat manusia yang apabila keduanya baik maka akan baiklah seluruh
manusia, dan apabila kedua golongan itu rosak maka rosaklah seluruh manusia, iaitu ulama
dan umara’ ”(Abu Nu’aim).
2.2 Berdasarkan hadith tersebut, ia menjelaskan bahawa ulama dan umara’ perlu saling
berkonggsi tenaga, berganding bahu, membantu antara satu sama dengan sokongan yang
diberi oleh ikhwah. Tugas umat Nabi Muhammad s.a.w adalah berat dan tidak mampu dipikul
oleh seorang sahaja dan ia harus dipikul bersama. Insya Allah dengan pucuk pimpinan yang
benar-benar memahami pengertian ulama walaupun dengan penyertaan anggota asatizah
yang berbeza corak pendidikan, perselisihan dapat diatasi dan dapat menyatukan atau
memajukan Pergas. Bukan kepimpinan yang menjadi matlamat Pergas, tetapi yang menjadi
matlamat ialah kejayaan Pergas sebagai institusi yang mewakili ulama.
Minit Mesyuarat agung pergas Ke-56 (2015)
Tarikh: Ahad, 22 November 2015
Tempat: Bilik Imam Syafie, Pergas
Masa: 2.41 petang – 7.01 malam
7 4 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
2.3 Perlembagaan Pergas perlu dinilai semula mengikut perubahan zaman. Penelitian
perlu dengan melihat perlembagaan sebagai panduan agar ianya relevan, ini penting supaya
Pergas dapat bergerak lebih maju pada masa akan datang. Syura ini hendaklah diniatkan
sebagai ibadah dan semoga segala usaha-usaha yang dijalankan mendapat keberkatan
Allah s.w.t berdasarkan firman-Nya yang bermaksud “sedang urusan mereka (diputuskan)
dengan musyawwarah antara mereka...” surah As Syura ayat 38.
3. MENERIMA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG LUAR
BIASA 2015
3.1 Minit mesyuarat agung luar biasa 2015 telah dicadang untuk disahkan oleh Ust Mohammad
Bahrul Ulum bin Buang dan disokong oleh Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy.
4. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT DARI MINIT
4.1 Tiada perkara yang berbangkit daripada minit-minit yang telah direkodkan.
5. PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN, PENGESAHAN PENYATA
KEWANGAN 2014 SERTA SESI SOAL JAWAB OLEH USTAZAH NADIA HANIM ABDUL
RAHMAN
5.1 Ustazah Nadia Hanim Abdul Rahman menerangkan jumlah pendapatan kasar Pergas
pada 2014 ialah $2,652,376.00, iaitu terdapat kenaikan sebanyak $289,385.00 daripada
tahun sebelumnya.
5.2 Perincian sumber pendapatan Pergas pada 2014 adalah seperti berikut:
Beliau juga menambah bahawa program-program anjuran Pergas semakin mendapat
sambutan dari masyarakat dan golongan asatizah, selain sokongan dari masyarakat yang
menghulurkan derma dan zakat kepada Pergas, seterusnya membantu menjana pendapatan
yang lebih tinggi.
Zakat $951,191 40%
Program Pergas $803,815 31%
Sumbangan (Derma) $298,054 12%
Penyewaan $294,332 8%
Penajaan $14,910 1%
Lain-lain $139,065 6%
Geran $138,954 2%
Jumlah Keseluruhan $2,362,991 100%
Sumber Pendapatan Pergas Jumlah Persatuan
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 7 5
5.3 Ustazah Nadia Hanim kemudian memaklumkan bahawa jumlah perbelanjaan kasar
Pergas pada 2014 ialah sebanyak $2,836,409.00. Dengan ini terdapat defisit sebanyak
$201,153.00 selepas ditolak jumlah pendapatan yang diterima Pergas.
5.4 Namun begitu, Ustazah Nadia Hanim juga turut berkongsi bahawa jumlah pungutan
Zakat di bulan Ramadan dan sepanjang tahun 2011 hingga 2015 terdapat kenaikan. Jumlah
pungutan Zakat 2015 sehingga bulan Oktober sahaja menunjukkan peningkatan dari tahun
ke tahun:
Ustazah Nadia Hanim memaklumkan walaupun terdapat defisit pada laporan kewangan
2014, namun status kewangan semasa iaitu bagi tahun 2015 setakat ini masih dalam
keadaan yang stabil. Bagi kewangan Januari hingga Oktober 2015 setakat ini belum ada
defisit, malah terdapat kelebihan sebanyak $454,000. Geran yang diterima bagi tahun 2015
setakat ini pula ialah sebanyak $352,000.Terdapat kenaikan dari tahun lalu sebanyak 50%.
Dengan tertubuhnya Jabatan Pemasaran, ditambah pula kemaskini prosedur kewangan
dengan pengenalan system procurement diharapkan dapat menjadikan kewangan Pergas
lebih sihat dan stabil.
6. SESI SOAL JAWAB KEWANGAN
6.1 Dr Husin Muttalib mengulas bahawa laporan kewangan yang telah dibentangkan
adalah amat baik. Namun begitu terdapat dua perkara yang ingin ditimbulkan.
a) Bagaimana Pergas memberi insentif kepada para petugas yang membantu dalam
kenaikan kewangan Pergas?
b) Adakah terdapat sistem Pergas agar terus kekal konsisten agar terus naik kewangan
yang masuk? Juga peringatan supaya jangan mudah berpuas hati dengan laporan ini.
6.2 Ustaz Hasbi menjawab bahawa memang ada sistem tersebut seperti habuan hari
raya serta elaun.
6.3 Ustaz Yusri juga berkongsi bahawa selain dari habuan hari raya, staf juga menerima
bonus prestasi sejak 2013, 13 bulan gaji dan manfaat flexi. Ini juga ditambah dengan
inisiatif. Sistem yang ada kini ialah dengan ‘staff contact time’ agar dapat memastikan setiap
kakitangan Pergas terus kekal bermotivasi.
2011 $523,398.71 $1,125,793.00
2015 $745,812.60 $1,057,302.00
2012 $467,777.32 $995,097.00
2013 $599,442.93 $1,112,027.00
2014 $660,310.61 $909,092.71
Tahun Ramadan Tahunan
7 6 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
6.4 Ustaz Pasuni juga mengulas, mungkin Pergas terlepas pandang akan kelayakan yang
tidak setaraf dengan gaji dan kedudukan staf. Hendaklah diberi gaji yang sesuai kepada staf.
Juga lanjutan dari Dr Husin, bagaimana dengan latihan? Kerana dari latihan, staf mendapat
manfaat dan peningkatan.
6.5 Ustaz Yusri menerangkan bahawa memang ada latihan atau kursus-kursus dari
Pergas. Pergas juga ada memperuntukan kursus-kursus dari WDA, subsisdi pemerintah dan
lain- lain. Pergas juga menghantar para petugas Pergas ke persidangan dan seminar serta
konferen di luar negara.
6.6 Tentang jawatan yang tidak dengan kelayakan Ustaz Yusri menjelaskan bahawa
ia merujuk kepada petugas di Sekretariat ARS. Di mana ia merupakan perjawatan bagi
Pembantu Admin yang tidak memerlukan kelulusan sarjana muda. Namun begitu, Pergas
akan terus menyemak perkara ini.
6.7 Ustaz Mohd Zahid Muhd Zin juga memberi pendapat bahawa ramai teman-teman kita
yang menerima ijazah dari universiti-universiti Islam dan bekerja di Pergas. Kita sedang dalam
berusaha untuk menyiapkan sistem-sistem yang sehaluan dengan organisasi-organisasi luar.
6.8 Ustazah Nadia Hanim mengesahkan penyata kewangan bagi tahun 2014. Ia
dicadangkan Ustazah Kalthom Binte Muhammad Isa serta disokong oleh Ustaz Abdul
Rahman Sahid.
7. PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN BAGI TAHUN 2014 OLEH USTAZ
MOHAMMAD YUSRI YUBHI BIN MD YUSOFF
7.1 Ustaz Yusri memulakan sesi dengan menyebutkan tentang visi dan misi Pergas serta
teras Pergas.
7.2 Teras I: Pembangunan Slaid Pendidikan Islam
1. Pembukuan Teks IRK Menengah 3.
2. Pengambilan pensyarah Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP).
3. MOU bersama Pergas dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Berkenaan Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (BIRKH), juga
perbincangan mengenai kursus Sarjana.
4. MOU bersama masjid-masjid satelit – Lanjutan dari pengajian Youth aLive
ke program Sijil Pengajian Islam (SPI), Sijil Lanjutan Pengajian Islam (SLPI)
dan seterusnya.
5. Penerbitan dan pembangunan buku maklumat penilaian bagi tenaga pengajar
IPIP – SOP IPIP, semak kertas soalan dan buku maklumat kemasukan.
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 7 7
7.3 Teras II: Pembangunan Asatizah
1. Skim anak angkat dan skim bantuan Asatizah – Yang memerlukan 6 pelajar
setiap 4 bulan. Setelah selesai 4 bulan Madrasah akan memberi nama pelajar
lain untuk memastikan ramai pelajar mendapat manfaat geran ini. Seramai 72
pelajar dari peringkat rendah hingga Pre-U. 17 asatizah telah dapat dibantu dari
kesempitan ($200-$400 sebulan) selain dari itu 5 asatizah telah dapat dibantu
pada tahun 2015.
2. Orientasi Universiti-Universiti Islam bagi pelajar-pelajar Madrasah – Taklimat dan
makluman program-program Uni dan BIRKH Pergas dibuat di Madrasah Wak
Tanjong Al-Islamiah. Antara institusi yang terlibat ialah Kolej Islam Jamiyah,
UIAM, UKM, IPIP, Universiti Yarmouk dan Universiti Jordan.
3. Pendampingan pelajar Madrasah – Program Obor Ummah, Program pembacaan
kitab yang dibimbing oleh Ustaz Muhd Saiful Adli di Madrasah Wak Tanjong dari
kalangan Pre-U seramai lebih dari 300 pelajar telah ikut serta. Dengan kerjasama
Institute Ihsan, Mujalasah dan Mudarasah.
4. Portal E-ARS – Telah bermula membangun untuk membantu dan memberi
manfaat kepada Asatizah seperti mendaftar kursus secara online.
7.4 Teras III: Kepimpinan Agama
1. Pembangunan silibus berstruktur bagi tahanan penjara – Pada 2015 telah
dibangunkan 2 fasa kerjasama dengan MUIS dan Mendaki untuk program
di penjara.
2. Advokasi dakwah bagi masyarakat Islam Singapura – Geran dakwah diberi
kepada MirrorSg.
3. Pendampingan dakwah bagi isu Hijab - Masih berterusan di NUS dan Program
Engagement dengan jururawat-jururawat.
4. Kajian analitik profil pelajar PTI, SPI & SLPI – Agar dapat mengetahui respon
dan cara pemasaran yang lebih strategik.
5.4 kenyataan media & respon – Perbincangan roundtable oleh Dr Khairudin,
Pinkdot, Gencatan Senjata dan ISIS.
6. Online Public Access Catalog (OPAC) – Dengan ini boleh diketahui buku-buku
di perpustakaan Pergas melalui aplikasi Open Biblio.
7. Penerbitan Obor Ummah kedua, terjemahan Obor Ummah pertama dan
Pameran di Perpustakaan Negara – Pameran ini pernah menerima Anugerah
geran NHB yang terbaik dalam pengelolaan.
7.5 Teras IV: Lain-lain Pembangunan
1. Korporat – Liputan media sebanyak 25 kali
2. Dokumentasi buku panduan petugas dan manual HR, khidmat pelanggan
7 8 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
dan tadbir urus korporat – Perketat procurement, meletakkan had perbelanjaan,
adakan penilaian, perbandingan harga dan mutu yang baik dan tandatangan
yang diperlukan.
3. Geran dan tajaan korporat – Sebanyak $138,000 dalam bentuk produk telah
diterima daripada Google untuk menambah kapasiti server dan domain
emel Pergas.
4. Pengumpulan zakat – Sebanyak $1,249,245.00
5. Membina rangkaian melalui majlis Gema Kesyukuran – Hasil dari majlis tersebut
kita mendapat banyak rangkaian, pungutan derma umum dari individu dan syarikat.
6. Sokongan masyarakat terhadap Pergas – Buku IRK dan pungutan tabung
Jumaat 2015 sebanyak $93,000.
8. PERKARA PELUPUSAN HUTANG PERGAS INVESTMENT HOLDINGS (PIH)
8.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa PIH berhutang sebanyak $2 juta dengan Pergas.
Disebabkan hutang ini, PIH sukar untuk bergerak. Selaras dengan itu, turunnya nilai ringgit
menghambat projek Ar-Rahn dengan syarikat di Malaysia. Dengan ini PIH meminta izin untuk
menghalalkan hutang tersebut. PIH hanya berhutang dengan Pergas dan tiada pihak lain.
8.2 MTP tidak boleh meluluskan hutang tersebut atas sebab di luar bidang kuasa MTP.
Dengan itu, Ustaz Mohamad Hasbi mewakili PIH ingin meminta ahli mesyuarat AGM agar
dapat menghalalkan hutang PIH.
8.3 Hutang proses pengambil alihan bangunan di Joo Chiat Rd adalah disebabkan
Pergas merupakan sebuah badan organisasi bukan berdasarkan keuntungan dan organisasi
amal, jadi perlu ada pihak lain untuk ambil alih bangunan tersebut. Dan dengan itu maka
tertubuhnya PIH. Oleh kerana ada catatan yang menyatakan terdapat hutang PIH dengan
Pergas, maka ia menghambat PIH untuk meneruskan mana-mana projek.
8.4 Ustaz Bahrul Ulum memberitahu bahawa hutang bangunan Pergas yang diambil
alih oleh PIH itu adalah untuk membantu. Dan kini terdapat 3 staf PIH agar projek PIH dapat
dijalankan dengan baik. Pendapatan dari PIH juga akan disalurkan kepada Pergas bukan
kepada PIH.
8.5 Ustaz Pasuni memaklumkan bahawa PIH tidak pernah mengambil duit dari Pergas.
Tetapi disebabkan Pergas menyerahkan kepada PIH bagi menguruskan pembelian hartanah
premis di Joo Chiat.
8.6 Ustaz Azmi menyuarakan pandangan beliau agar PIH mendapatkan pandangan
profesional dari akauntan untuk memberikan sedikit maklumat implikasi, kelebihan dan
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 7 9
kekurangan. Dari sudut implikasi, mungkin kelihatan agak jahil. Adalah lebih baik jika
mendapatkan pandangan profesional. Kedua, memang PIH ingin melaksanakan projek
kerana PIH mempunyai aset sendiri. Namun begitu, jika berlaku sesuatu, adakah implikasi
tersebut akan menjejas PIH atau Pergas.
8.7 Menjawab pandangan Ustaz Azmi, Ustaz Pasuni mengatakan itulah pandangan
profesional oleh juruaudit untuk iaitu bagi mendapatkan penghalalan hutang dari Pergas. PIH
ada rancangan tapi seluruhnya belum dapat dilaksanakan. Khidmat nasihat syariat dan Ar-
Rahn juga belum lagi dilaksanakan.
8.8 Ustaz Hasbi juga menerangkan bahawa meluluskan hutang ini adalah daripada
kedua-dua pihak juruaudit (Pergas & PIH).
8.9 Ustaz Azmi menanyakan adakah kita memahami dan betul tahu mengenai implikasi
terhadap Pergas? Sedangkan PIH memiliki 5 rumah kedai dan sudahkah kita mengetahui
tentang pinjaman gadai janji? Kita seharusnya melihat dari sudut pelbagai kemungkinan.
8.10 Ustaz Pasuni menjawab jika PIH lakukan cagaran, namun begitu PIH tidak ada hutang
dalam nilai dollar dan sen terhadap Pergas.
8.11 Dr Husin berkongsi pendapat beliau bahawa isu menghalalkan hutang dan reaksi
spontan beliau ialah keberatan untuk menghalalkan. Walaupun ianya atas sebab teknikal,
beliau menyokong pandangan Ustaz Azmi. Namun begitu jika ingin mendapatkan saranan
profesional, ini akan ditangguhkan lagi setahun. Harap dapat sokongan untuk menghalalkan
agar ia dapat membantu PIH dan Pergas, walaupun beliau kurang faham isu penghalalan
hutang PIH.
8.12 Ustaz Hasbi menjelaskan bahawa PIH telah merrujuk kepada yang pakar dan
profesional. Untuk situasi yang ada sekarang ini adalah menguntungkan. Menjual dan
membeli hartanah baru dan bangunan yang Pergas dapat adalah untuk PIH mengelolakan.
Ini kerana organisasi seperti Pergas tidak boleh mempunyai aset jelas Ustaz Hasbi.
8.13 Ustaz Azmi bertanya apakah perundingan dan pandangan profesional dalam perkara
ini, kerana ia merupakan perkara yang jarang berlaku.
8.14 Ustaz Pasuni menjelaskan bahawa PIH dan Pergas adalah dua identiti yang berbeza.
Pergas tidak boleh membuat sebarang urus niaga yang bertentangan dengan IRAS. Namun
tidak ada masalah untuk mendapatkan pandangan tersebut.
8 0 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
8.15 Ustaz Irwan menyarankan agar saranan ini dihalalkan terlebih dahulu oleh ahli, dan
pada masa yang sama, PIH perlu melakukan sesi khas bagi pembentangan kepada ahli
Pergas sesudah itu. Pembentangan dari PIH dapat membantu memberi kefahaman kepada
ahli Pergas tentang hutang PIH kepada Pergas.
8.16 Saranan tersebut disokong oleh Dr Husin, Ustazah Kalthom Binte Muhammad Isa
dan Ustaz Azmi.
8.17 Mesyuarat AGM sokong menghalalkan hutang dengan syarat PIH membuat
pembentangan.
9. PENGESAHAN MINIT EOGM 2015 DAN PERLEMBAGAAN PERGAS
9.1 Ustaz Zahid bertanya jika ada sebarang bantahan daripada ahli untuk meluluskan
EOGM 2015.
9.2 Ukhti Hanim merujuk kepada minit 4.1.1, berkaitan syarat ahli dan bukan ahli. Namun
begitu syarat pemilihan presiden tidak ada. Ukhti bercadang agar calon tersebut merupakan
MTP sekurang-kurangnya yang telah memegang perjawatan selama 2 penggal dan yang
mengikuti perkembangan Pergas.
9.3 Dr Husin menyuarakan pandangan beliau bahawa ukhti Hanim memberi cadangan
dengan motif yang baik, namun begitu agenda ini adalah untuk pengesahan minit bahawa
segala yang tertulis adalah benar.
9.4 Dengan itu minit mesyuarat EOGM 2015 diluluskan dengan dicadang Ustaz Saiful
Adli dan disokong Ustaz Syakir Pasuni.
9.5 Ustaz Abdul Rahman Sahid mengemukakan agar fasal 5.5 di dalam minit EOGM
2015 dengan terdapat ayat “ini saya tidak pasti sangat” harus dihapuskan.
9.6 Ustaz Yusri menjelaskan bahawa kesilapan tersebut adalah hasil dari pertanyaan
penyunting minit dan bukan dari laporan minit. Ia berlaku kerana terlepas pandang dari pihak
sekretariat.
10. PEMBUBARAN MTP (2013-2015)
10.1 Mesyuarat kemudian bersetuju membubarkan ahli Majlis Tertinggi Pergas sedia ada.
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 8 1
10.2 Ustaz Yusri dicadangkan untuk menjadi pengerusi sementara dan disokong oleh
Ustas Saiful Adli.
10.3 Ustaz Pasuni berkongsi bahawa beliau menghargai segala usaha yang dilakukan
Pergas agar dapat melahirkan rasa cinta di hati terhadap Rasulullah. Ustaz juga mengingatkan
bahawa MTP yang baru memerlukan tindakan susulan bagi isu hak asasi manusia, Pinkdot,
liberalisme akidah dan Syiah yang terus berkembang. MTP seterusnya harus dan diharapkan
dapat menangani isu Syiah. Muis yang bersifat inklusif tidak dapat menangani isu ini. Beliau
juga berharap barisan kepimpinan MTP yang akan datang diharapkan dapat membuka ruang
pekerjaan kepada graduan- graduan dengan mengadakan kursus kaunseling yang diiktiraf
dan mudah tangani isu sosial.
11. PENCALONAN PRESIDEN
11.1 Ustaz Mohamad Hasbi Bin Hassan - dicalonkan oleh Ustaz Saiful Adli dan disokong
oleh Ustaz Muhammad Zahid Bin Mohd Zin dan Ustaz Muhamad Nuzhan Bin Abdul Halim.
11.2 Ustaz Pasuni Maulan - dicalonkan Ustaz Abdul Mateen dan disokong Ustaz Hamzah
namun dibatalkan kerana Ustaz Pasuni sendiri tidak bersetuju dengan pencalonannya.
11.3 Ustaz Firdaus Yahya – dicalonkan oleh Ustaz Khaifiruddin bin Ahmad Din namun
dibatalkan atas sebab komitmen Ustaz Firdaus.
11.4 Pencalonan ditutup dengan perjawatan Presiden bagi penggal 2015-2017 dimenangi
oleh Ustaz Mohamad Hasbi bin Hassan dengan tanpa bertanding.
12. PENCALONAN MTP
12.1 Ustazah Kalthom Binte Muhammad Isa dan Ustaz Firdaus Yahya memaklumkan agar
tidak dicalonkan atas sebab tidak mampu dan komitmen lain.
12.2 Berikut adalah nama-nama yang tercalon bagi pemilihan MTP:
1. Ustaz Hasyim Bin Masnin Ustaz Syakir Bin Pasuni
2. Ustazah Rohana Binte Ithnin Ustaz Jalaluddin Hassan
No. Nama Disokong Oleh
4. Ustaz Kamaruzzaman Bin Afandi Ustaz Izal Mustafa Bin Kamar
3. Ustaz Izal Bin Mustafa KamarUstaz Azmi Bin Abdul Samad dan Ustaz Muhammad Saiful Adli Bin Ayob
5. Ustaz Muhammad Zahid Bin Mohd ZinUstazah Kalthom Binte Muhammad Isa dan Ustazah Zhahirah Binte Mohammad Saleh
8 2 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
1. Ustazah Rohana Binte Ithnin 12. Ustaz Syakir Bin Pasuni
5. Ustaz Muhammad Zahid Bin Mohd Zin 16. Ustaz Abdul Mateen Bin Abu Bakar
3. Ustaz Kamaruzaman Bin Afandi 14. Ustaz Syed Mustafa Bin Syed Ja’afar Alsagoff
7. Ustazah Nurul Izzah Binte Khamsani 18. Ustaz Muhammad Fakhrur Radzi Bin Mohd Noor
9. Ustaz Mahmoud Mathlub Bin Sidek 20. Ustazah Nurul Huda Binte Khamsani
2. Ustaz Izal Bin Mustafa Kamar 13. Ustaz Muhammad Saiful Adli Bin Ayob
6. Ustaz Muhammad Nuzhan Bin Abdul Halim 17. Ustaz Azmi Bin Abdul Samad
4. Ustaz Hasyim Bin Masnin 15. Ustaz Muhammad Ma’az Bin Sallim
8. Ustazah Nadia Hanim Binte Abdul Rahman 19. Ustaz Hamzah Bin Nordin
10. Ustaz Irwan Hadi Bin Mohd Shuhaimy
11. Ustaz Mohammad Bahrul Ulum Bin Buang
21. Ustaz Firdaus Khan Surattee
No. Senarai pencalonan akhir No. Senarai pencalonan akhir
12.3 Setelah ditutup pencalonan secara rasmi, berikut adalah senarai pencalonan akhir
bagi MTP:
6. Ustaz Muhammad Nuzhan Bin Abdul Halim Ustaz Abdul Rahman Bin Sahid
11. Ustaz Irwan Hadi Bin Mohd Shuhaimy Ustaz Muhammad Nuzhan Bin Abdul Halim
16. Ustaz Abdul Mateen Bin Abu BakarUstaz Jalaluddin Hassan dan Ustaz Hamzah Bin Nordin
10. Ustaz Mahmoud Mathlub Bin Sidek Ustazah Nurul ‘Izzah Binte Khamsani
15. Ustaz Muhammad Ma’az Bin Sallim Ustaz Hamzah Bin Nordin
20. Ustazah Nurul Huda Binte Khamsani Ustazah Diana Hanim Binte Abdul Rahman
21. Ustaz Firdaus Khan Surattee Ustaz Sanusi Bin Ahmed
7. Ustazah Nurul ‘Izzah Binte Khamsani Ustazah Nadia Hanim Binte Abdul Rahman
12. Ustaz Mohammad Bahrul Ulum Bin Buang Ustaz Syakir Bin Pasuni
17. Ustaz Azmi Bin Abdul Samad Ustazah Kalthom Binte Muhammad Isa
8. Ustazah Nadia Hanim Binte Abdul Rahman Ustaz Muhammad Zahid Bin Mohd Zin
13. Ustaz Syakir Bin Pasuni Ustaz Hamzah Bin Nordin
18. Ustaz Muhammad Fakhrur Radzi Bin Mohd Noor Ustazah Nurul Huda Binte Khamsani
9. Ustaz Syed Mustafa Bin Syed Ja’afar Alsagoff Ustaz Jalaluddin Hassan
14. Ustaz Muhammad Saiful Adli Bin Ayob Ustaz Izal bin Mustafa Kamar
19. Ustaz Hamzah Bin NordinUstaz Abdul Mateen Bin Abu Bakar dan Ustaz Jalaluddin Hassan
No. Nama Disokong Oleh
l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5 | 8 3
12.4 Ustaz Abdul Rahman Sahid & Ustaz Khaifirudin menjadi saksi semasa pengiraan undi.
12.5 MTP 2015 – 2017 Terpilih:
13. MESYUARAT BERAKHIR PADA JAM 7.01 MALAM DAN DITUTUP DENGAN
TASBIH KAFFARAH OLEH USTAZ MOHAMMAD YUSRI YUBHI BIN MD YUSOFF.
Minit disiapkan oleh:
Tarikh:
Minit disemak oleh:
Tarikh:
Minit diluluskan oleh:
Tarikh:
Ustazah Khadijah Bte Suri & Ukhti Nurlisawatie Binte Azman
25 November 2015
Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff, Pengarah Eksekutif
5 Ogos 2016
Ustaz Muhd Nuzhan Abdul Halim, Setiausaha Kehormat, Pergas
19 Oktober 2016
1. Ustaz Izal bin Mustafa Kamar 49
5. Ustaz Irwan Hadi Bin Mohd Shuhaimy 44
9. Ustaz Muhammad Ma’az Bin Sallim 40
3. Ustaz Muhammad Nuzhan Bin Abdul Halim 47
7. Ustazah Rohana Ithnin 41
11. Ustaz Muhammad Saiful Adli Bin Ayob 32
13. Ustaz Mohammad Bahrul Ulum Bin Buang 29
2. Ustaz Muhammad Zahid Bin Mohd Zin 49
6. Ustaz Syed Mustafa Bin Syed Ja’afar Alsagoff 44
10. Ustazah Nadia Hanim Binte Abdul Rahman 33
4. Ustazah Nurul Izzah Binte Khamsani 45
8. Ustaz Syakir Bin Pasuni 41
12. Ustaz Mahmoud Mathlub Bin Sidek 31
14. Ustaz Abdul Mateen Bin Abu Bakar 28
No. Nama Jumlah Undian
8 4 | l a p o r a n t a h u n a n p e r g a s 2 0 1 5
WISMa InDah448 ChanGI roaD, #03-01
SInGaporE 419975