Download - Laporan sukaneka sainmatik 2013
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SARJANA MUDA PENGAJARAN
PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
(DENGAN KEPUJIAN)
HBEF2703
PENDIDIKAN KOKURIKULUM
Tajuk Tugasan : Aktiviti T1A3
Laporan Sukaneka Sainmatik 2013
Sekolah Kebangsaan Landeh, Padawan
ANJURAN :
Kelab Sains dan Matematik
2
Laporan Sukaneka Sainmatik
Sekolah Kebangsaan Landeh, Padawan
Tarikh
13 April 2013
Masa Pelaksanaan
0730 pagi hingga 1.00 petang
Pengenalan
Sukaneka Sainmatik ini merupakan salah satu daripada program Kelab Sains dan Matematik
yang dianjurkan oleh AJK Kelab Sains dan Matematik. Pelaksanaan program ini adalah untuk
memenuhi tugasan aktiviti kokurikulum bagi subjek HBEF2703 Pendidikan Kokurikulum untuk
Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Semester Januari 2013. Kerja projek ini menghendaki
saya untuk merancang dan melaksanakan satu program aktiviti kokurikulum berupa pertandingan
yang melibatkan murid-murid di sekolah saya termasuk juga ibu bapa masing-masing serta
warga sekolah dan masyarakat setempat.
Sukaneka ini telah dilaksanakan dalam bentuk pertandingan yang melibatkan semua murid dari
Tahun Satu hingga Tahun Enam sekolah ini. Di samping itu, ibu bapa murid juga terlibat secara
langsung dalam pertandingan ini bersama-sama anak-anak mereka. Sukaneka ini dijalankan
dalam bentuk permainan sains dan matematik yang dikendalikan oleh AJK guru-guru sains dan
matematik sekolah dengan dibantu oleh rakan-rakan seperjuangan.
Ada enam aktiviti pertandingan dijalankan mengikut tahap satu dan tahap dua. Setiap aktiviti
dilakukan dalam bentuk sukaneka sebelum murid-murid menjawab soalan-soalan yang
disediakan dalam kumpulan masing-masing. Satu kumpulan murid terdiri daripada wakil murid
dari Tahun Satu, Dua dan Tiga untuk Tahap Satu dan juga Tahap Dua terdiri daripada seorang
wakil murid dari Tahun Empat, Lima dan Enam. Markah pertandingan setiap kumpulan murid
dikira berdasarkan ketepatan mereka menjawab soalan yang disediakan.
Dalam setiap aktiviti yang dirancang, murid-murid telah dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk
Tahap Satu dan 6 kumpulan untuk Tahap Dua. Satu kumpulan murid terdiri daripada 3 orang
wakil Tahap Satu dan 3 orang wakil Tahap Dua.
Objektif
1. Membina disiplin murid-murid dengan peraturan pertandingan yang perlu dipatuhi.
2. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid serta murid dan murid juga
guru dengan ibu bapa serta murid dengan ibu bapa masing-masing.
3. Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan murid dalam
kumpulan masing-masing bersama dengan ibu bapa mereka.
4. Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai
murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
5. Memupuk sikap minat murid terhadap mata pelajaran sains dan matematik.
6. Membina minda yang cerdas dan kreatif di kalangan murid untuk melaksanakan aktiviti
yang disediakan.
Penganjur
Kelab Sains dan Matematik di bawah pimpinan Ketua Panatia Sains dan Matematik sekolah.
Ahli Jawatankuasa Pelaksana :
JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : Tuan Haji Zulkipli bin Haji Amin
YDP PIBG : Encik Haratono Bin Sulaiman
Pengerusi 1 : Puan Linem ak Nyogor
(PK KK Sekolah)
Pengerusi 2 : Puan Patricia Ak Iyus
(Ketua Panitia Sains)
Pengerusi 3 : Puan Noni ak Keli
(Ketua Panitia Matematik)
Setiausaha : Cik Sarsifarila bt Usin (Guru Sains)
Bendahari : Puan Ivy ak Japloi (Guru Matematik)
AJK : Semua guru matematik dan guru sains serta ahli kelab sains dan
Pertandingan matematik sekolah.
AJK Buku Program : Cik Sarsifarila bt Usin
Pn. Annabell Delapena
Puan Zulina bt Buang,
Puan Norehan bt Ab. Aziz
Bilangan Peserta
198 0rang murid tahun 1 hingga tahun 6.
Laporan Pelaksanaan
Pada 13 April yang lalu telah diadakan satu program ala sukaneka bagi semua murid dari tahun 1
hingga tahun 6. Program ini telah dianjurkan oleh AJK Kelab Sains dan Matematik sekolah
dengan kerjasama semua warga guru, staf sokongan sekolah, serta para ibu bapa murid. Ianya
telah dijalankan di Gelanggang Mini Sekolah Kebangsaan Landeh bermula pada jam 0730 pagi
dan berakhir pada jam 1.00 petang.
Pertandingan Sukaneka Sainmatik ini adalah berbentuk permainan sukaneka yang telah
dijalankan kepada semua murid sekolah ini. Setiap permainan telah diaturkan mengikut
keperluan aktiviti yang dirancang. Terdapat 6 aktiviti yang dirancang dijalankan secara sukaneka
sebelum murid melaksanakan aktiviti pertandingan. Pada setiap aktiviti, murid-murid
dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah sains dan matematik yang disediakan secara
perbincangan kumpulan dengan bimbingan ibu bapa masing-masing. AJK pertandingan akan
menilai setiap aktiviti murid dalam kumpulan masing-masing sebelum mereka dapat
menyudahkan permainan soal jawab mereka. Kumpulan murid yang menang dinilai melalui
kepantasan masa mereka menyudahkan persoalan yang diberikan. Oleh yang demikian, murid
hanya perlu bersaing dalam permainan tersebut untuk mendapatkan jumlah masa yang terpantas.
Empat aktiviti dijalankan mengikut tahap satu dan tahap dua manakala dua aktiviti pula
melibatkan tahap satu dan tahap dua serentak. Aktiviti tersebut ialah aktiviti rekacipta dan
aktiviti rekreasi sainmatik. Empat aktiviti mengikut tahap pula ialah aktiviti permainan
sainmatik, math and sains puzzle, bantu saya selesaikan masalah dan teka silang kata. Kesemua
aktiviti dijalankan selama lebih kurang 30 minit. Walau bagaimanapun kumpulan yang menang
masih dikira mengikut masa terpantas mereka dapat selesaikan aktiviti kumpulan masing-
masing.
Antara aktiviti permainan yang terdapat dalam sukaneka tersebut ialah
a) Aktiviiti 1 (Menggelecek bola melalui skitel) diteruskan dengan Permainan Sainmatik
b) Aktiviti 2 (Membaling pundi kacang ke arah botol plastik) diteruskan dengan Bantu Saya
Selesai Masalah
c) Aktiviti 3 (Lari lompat gelung rotan) diteruskan dengan Math Sains Puzzle
d) Aktiviti 4 (Membawa bola sambil berlari zig-zag mengelilingi skitel) diteruskan dengan
Teka Silang Kata
e) Aktiviti 5 (Menarik bola menggunakan gelung sambil mengundur mengelilingi skitel)
diteruskan dengan Rekacipta
f) Aktiviti 6 (Lari Pusing Skitel) diteruskan dengan Rekreaksi Sains Maths
Acara sukaneka bermula jam 0730 pagi dimana murid-murid dan ibu bapa perlu mendaftar nama
dan diberi sedikit taklimat mengenai program sukaneka yang akan dijalankan. Selepas itu pada
jam 0800 pagi telah dijalankan aktiviti memanaskan badan iaitu senaman ringan bersama murid
dan ibu bapa masing-masing. Acara sukaneka bermula kira-kira jam 0830 pagi. Setiap murid
bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan ini. Penglibatan ibu bapa murid dalam
setiap aktiviti yang dijalankan amatlah memuaskan kerana kerjasama ibu bapa dan murid yang
padu dalam menyelesaikan setiap persoalan yang diberikan. Hampir kesemua aktiviti sukaneka
telah menyaksikan ibu bapa amat memberikan kerjasama yang jitu kepada anak masing-masing.
Sukaneka ini tamat pada jam 1.00 petang. Setelah aktiviti sukaneka tamat, murid-murid
dikehendaki melakukan aktiviti gerak kendur dan membersihkan kawasan persekitaran sekolah.
Murid-murid bersurai pada jam 1.30 petang. Sukaneka sainmatik ini telah memberikan
kemenangan kepada semua murid secara keseluruhannya.
Refleksi
Secara keseluruhan, aktiviti yang telah kami rancangkan telah berjaya dilaksanakan. Murid juga
terkawal dan mereka memberikan sepenuh komitmen terhadap aktiviti yang dijalankan.
Kerjasama yang diterima juga boleh dipuji kerana murid tidak menimbulkan sebarang bentuk
masalah dan gangguan. Murid mengikut arahan daripada guru dengan baik dan ini menyebabkan
program yang dijalankan tidak mengambil masa yang lama dan mengikut jadual yang ditetapkan.
Walaupun pada awalnya kami berasakan agak bimbang terhadap masa yang diperuntukkan tidak
mencukupi, namun demikian semuanya dapat diatasi dengan jayanya. Aktiviti yang dijalankan
secara berkumpulan ini, mendapat kerjasama daripada semua murid untuk memberi yang terbaik
untuk memenangi permainan ini. Akhir sekali, kami berharap agar usaha yang telah dilakukan
ini akan memberi manfaat terhadap semua pihak untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan
dapat diaplikasikan apabila berada di sekolah kelak.
Disediakan oleh,
Sac
Setiausaha Sukaneka Sainmatik 2013,
Sekolah Kebangsaan Landeh,
Padawan.