Download - LAPORAN Sukan Rakyat 2015
LAPORAN ‘SUKAN RAKYAT’
2 SEPTEMBER 2015PADANG SMK BEKENU
ANJURAN :PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN DAN PANITIA
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
LAPORAN EKSEKUTIF :
1.0 PENGENALANSempena sambutan Bulan Kemerdekaan SMK Bekenu, aktiviti Sukan Rakyat telah dijalankan sebagai salah satu program sepanjang bulan tersebut. Aktiviti ini telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dengan gabungan Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di bawah penyeliaan Bidang Kemanusiaan.
2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM
2.1 Tarikh : 2 September 20152.2 Masa : 8.00 pagi hingga 10.15 pagi2.3 Tempat : Padang SMK Bekenu2.4 Peserta : Semua pelajar Tingkatan 2
2.5 Matlamat :
Melibatkan pelajar dengan permainan rakyat. Mengaplikasikan pengetahuan berdasarkan Tema 4 ; Warisan
Kepelbagaian Budaya Malaysia di bawah topik Permainan Tradisional. Mengekalkan warisan permainan tradisional melalui pengalaman pelajar
sendiri. Menanam minat pelajar terhadap aktiviti yang sihat. Memupuk budaya 1 Malaysia dengan penglibatan pelajar berbilang kaum
dan agama.
2.6 Kaedah Perlaksanaan :
Terdapat 7 permainan atau Sukan Rakyat yang dipertandingkan iaitu ;o Galah Panjango Selipar Tigao Perahu Unduro Zero Pointo Teng-tengo Congkako Batu Seremban
Pelajar dibahagikan dalam kumpulan mengikut rumah sukan masing-masing.
Pelajar dari Tingkatan 2 Amanah dilantik sebagai urusetia sekaligus menjadi pengadil bagi setiap permainan.
Kiraan mata bagi setiap permainan adalah seperti berikut :o Johan - 8 matao Naib Johan - 5 matao Ketiga - 3 mata
2.7 Peralatan yang digunakan :
2.8 Keputusan Pertandingan :
Johan - Rumah Sukan Syahbandar - 513 mata Naib Johan - Rumah Sukan Laksamana - 498 mata Tempat Ketiga - Rumah Sukan Temenggung - 488 mata
3.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN
3.1 Kekuatan :
Kesemua pelajar berminat dan bersemangat dalam aktiviti permainan di luar kelas.
Alatan yang diperlukan mencukupi untuk setiap permainan. Gabungan guru PJK yang berpengalaman dan mahir dalam sukan dan
kiraan mata. Kawalan displin yang baik. Permainan yang dipertandingkan sesuai dan selamat untuk pelajar. Hadiah disediakan untuk Johan, Naib Johan dan tempat Ketiga.
BIL
PERMAINAN PERALATAN
1 Galah Panjang Tali2 Selipar 2 pasang selipar3 Perahu Undur 4 batang buluh 10 kaki4 Zero Point Getah Gelang5 Teng-teng Kapur Tulis dan batu kecil6 Congkak Congkak7 Batu Seremban Batu kecil
3.2 Kelemahan :
Masa yang singkat menyebabkan hanya 4 dari 7 permainan sahaja yang dapat di pertandingkan.
Penglibatan guru terhad kerana aktiviti dilakukan pada waktu pengajaran dan pembelajaran.
Peserta tidak mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam permainan tradisional.
4.0 LAMPIRAN
Rujuk lampiran 4.1
5.0 HURAIAN PENILAIAN
Secara keseluruhan, permainan tradisional atau Sukan Rakyat ini adalah satu aktiviti yang sangat menarik untuk pelajar.
Ia bukan sahaja menyihatkan malah memberi pengalaman baru kepada pelajar terhadap aktiviti luar rumah yang dapat menghubungkan silaturahim antara budaya dan bangsa.
Aktiviti ini mampu memberi kesedaran kepada pelajar tentang keseronokan permainan melibatkan tubuh badan berbanding dengan permainan menggunakan telefon pintar yang tidak memerlukan penggunaan psikomotor pelajar.
6.0 PENUTUP
Sukan Rakyat seperti ini boleh dijalankan lagi pada tahun hadapan dan penglibatan ibu bapa dan guru juga mampu memeriahkan lagi suasana sekaligus memberi dorogan dan motivasi kepada pelajar.
Program seperti ini boleh dijadikan program tahunan dengan penambahbaikan dari segi tambahan permainan tradisional dari setiap kaum dalam usaha mengekalkan Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia.
Disediakan Oleh :
…………………………………..MUHAMMAD FIRDAUS BIN HASHIMKetua Panitia Pendidikan Sivik dan KewarganegaraanSMK Bekenu
8 September 2015
LAMPIRAN 4.1
Syahbandar sedang diawasi oleh Temenggung dalam Pertandingan Galah Panjang
Temenggung cuba melepasi kubu pertahanan Laksamana dalam kategori perempuan.
Gelagat peserta dalam permainan Selipar Tiga
Bendahara cuba menjatuhkan selipar yang dibina Syahbandar
Penyampaian hadiah untuk pemenang.