0
LAPORAN SISTEM MERIT MAHASISWA RAHIM KAJAI (SEMARAK),
KOLEJ RAHIM KAJAI
SESI 2016/2017
Disediakan Oleh
Majlis Felo Dan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)
Kolej Rahim Kajai
4 Mei 2017
1
1.0 PENGENALAN
Kolej Rahim Kajai (KRK) merupakan antara kolej terawal yang ditubuhkan semasa
penubuhan awal Universiti kebangsaan Malaysia (UKM). Kolej yang pada awalnya
dikenali sebagai kolej F ini telah ditubuhkan pada 31 Januari 1983. Kini Kolej Rahim
Kajai mampu memuatkan 800 orang penghuni. Namun disebabkan permohonan yang
tinggi melebihi kapasiti kolej, maka terdapat mahasiswa yang akan ditempatkan ke
kolej lain. Oleh yang demikian, satu kaedah pemilihan yang lebih efisien telah dipilih
bagi membolehkan pelajar tahun 2 dan ke atas (senior) mendapatkan penginapan dan
kemudahan (seperti jenis bilik) perlu diwujudkan. Justeru, Sistem Merit Mahasiswa
Rahim Kajai (SEMARAK) diperkenalkan di KRK supaya kemudahan dan penempatan
penginapan kolej kediaman yang akan disediakan kepada mahasiswa adalah
berdasarkan kepada pencapaian, disiplin dan tahap penglibatan mereka dalam aktiviti
kolej.
2.0 LATAR BELAKANG
Sistem ini sudah bermula pada sesi 2014/2015 atas pimpinan Pengetua Prof. Madya Dr.
Roslee bin Rajikan dan Timbalan Pengetua Dr Mohd Nor Shahizan Ali. Selain itu,
sistem tersebut direka oleh Felo Kolej Rahim Kajai iaitu Encik Tee Beng Ann dan
barisan Majlis Felo sesi 2014/2015. Juga kesinambungan sistem ini oleh Majlis
Eksekutif Pelajar (MEP), Eksekutif Pentadbiran Umi Afiqah binti Abu Bakar (sesi
2014/2015), Norhafiezatul Nadzrah binti Mohd Jamil (sesi 2015/2016) dan Khairunnisa
Binti Zainal (sesi 2016/2017).
Proses pemberian markah (merit atau tolak merit) berada di bawah
tanggungjawab Majlis Felo KRK dan dikuatkuasakan sepenuhnya oleh Badan Khas
SEMARAK yang dianggotai oleh Pengetua, Timbalan Pengetua dan Felo. Kaedah
pemberian merit dilakukan melalui Borang SEMARAK Online (bermula pada sesi
2016/2017) yang perlu diisi oleh penghuni KRK untuk pengiraan Markah Prestasi
Merit pada akhir sesi. Markah prestasi merit akan dipaparkan kepada mahasiswa pada
setiap akhir sesi.
2
Pada sesi 2016/2017, sistem ini diketuai oleh Pengetua Prof. Madya Dr. Roslee
bin Rajikan dan Timbalan Pengetua Dr Mohd. Nor Shahizan Ali, dan diuruskan oleh
Cik Nur Farhanah Binti Wahid (Felo Pentadbiran), Encik Tee Beng Ann (Felo),
Khairunnisa Binti Zainal (MEP Pentadbiran), barisan felo dan barisan MEP. Terdapat
beberapa penambahbaikan dan pemindahan yang telah dilakukan pada sesi 2016/2017
iaitu sistem ini telah diuruskan sepenuhnya atas talian dari segi pengisian borang
SEMARAK, mencatatkan merit yang diberikan serta laporan pencapaian merit yang
agar mudah dan sistematik.
3.0 CADANGAN KEPADA SEMARAK
Soal selidik tentang cadangan perbaiki kepada sistem ini telah dilampirkan bersama
borang SEMARAK Online. Berikut (Rajah 3.1) adalah cadangan penghuni terhadap
SEMARAK.
Rajah 3.1 Cadangan daripada penghuni Kolej Rahim Kajai (KRK)
Nota: soal selidik diisi sebanyak 2488 kali oleh penghuni kajai sehingga 9 April 2017
Sumber: Borang SEMARAK Online
10
12
14
14
15
20
36
48
61
87
151
374
1640
0 200 400 600 800 1000 1200 1400 1600 1800
SMARAK Lebih Mesra Pengguna
Tanggungjawab Penganjur
Kemas Kini Pencapaian Merit Dari…
Kekurangan Pesanan
Tidak ADIL
Wujud Aplikasi Semarak
Borang SEMARAK
Masalah Tempoh Mengisi Borang Semarak
Kekurangan Maklumat
Memerlukan Pembaikan
Masalah Program
Baik
Cadangan Tidak Dinyatakan
3
Rajah 3.1 adalah cadangan daripada penghuni kajai (2489 kali) yang mengisi
borang SEMARAK online di website KRK. Cadangan tersebut telah disusun semula
ke dalam 13 kumpulan. Kemungkinan kandungan cadangan penghuni KRK
mempunyai maklumat yang lebih daripada satu pilihan.
3.1 Cadangan tidak dinyatakan
Sebanyak 1640 (65.92 peratus) responden tidak menyatakan sepatah cadangan untuk
SEMARAK.
3.2 Baik
Sebanyak 374 (15.03 peratus) responden menyatakan bahawa SEMARAK merupakan
satu sistem merit bersistematik dan baik untuk penghuni KRK bagi menggalakkan
penyertaan aktiviti kolej dan universiti.
Contoh cadangan penghuni:
i. Cadangan saya SEMARAK perlu diteruskan bagi membolehkan para pelajar
menyertai program yang diadakan di kolej.
ii. Semarak satu pendorong utama untuk pelajar kolej mengaktifkan diri dalam
pelbagai bidang. Terima kasih SEMARAK.
iii. Semarak kolej rahim kajai perlu diperluaskan dan disebarkan di semua kolej
kediaman untuk kemudahan kerana sistem merit yang sistematik hanya di
laksanakan di kolej rahim kajai sahaja.
3.3 Masalah Program
Sebanyak 151 (6.07 peratus) responden menyatakan bahawa aktiviti kolej tidak cukup
dan boleh bertambah baik.
4
Contoh cadangan penghuni:
i. Terapkan suasana yang ceria dan kondusif untuk para pelajar agar boleh
meningkatkan penglibatan dalam setiap aktiviti yang dijalankan sekali gus tidak
mengganggu akademik.
ii. Memperbanyakkan lagi program dan membuka lebih ramai penyertaan dalam
sesuatu program yang dianjurkan.
iii. Menambahkan lagi aktiviti kolej pada setiap bulan untuk memberi peluang
kepada rakan yang lain yang tidak berpeluang para aktiviti yang pertama
berpeluang dalam aktiviti seterusnya.
3.4 Memerlukan Pembaikan
Sebanyak 87 (3.50 peratus) responden menyatakan bahawa SEMARAK perlu lebih
bersistematik dan mudah difahamkan.
Contoh cadangan penghuni:
i. Mudahkan lagi sistem ini supaya pelajar tidak perlu mengambil masa yang lama
untuk mengisi google doc ini.
ii. Memperbaharui Sistem Semarak Kepada yang lebih kreatif supaya menarik
minat warga Krk.
iii. Mengharapkan sistem ini menjadi lebih sistematik dan mudah difahami
3.5 Kekurangan Maklumat SEMARAK
Sebanyak 61 (2.45 peratus) responden menyatakan bahawa kekurangan maklumat atau
perlu penjelasan tambahan yang berkaitan SEMARAK.
Contoh cadangan penghuni:
i. Arahan yang lebih jelas untuk mengelakkan kekeliruan semasa mengisi
dapatan. Mengklasifikasikan mengikut bahagian yang lebih mudah untuk
difahami
5
ii. Menerangkan mengenai sistem merit kepada pelajar yang tidak mengetahui,
kerana masih terdapat lagi pelajar yang tidak faham.
iii. Perlu dihebahkan lebih awal kepada pelajar dan beri penerangan jelas
3.6 Masalah Tempoh Mengisi Borang SEMARAK
Sebanyak 48 (1.93 peratus) responden menyatakan bahawa tempoh isi SEMARAK
dilanjutkan (tempoh isi borang SEMARAK adalah seminggu selepas program).
Contoh cadangan penghuni:
i. Harap masa seminggu dapat di panjangkan, kerana ada program yang bulan
lepas ikut tapi lupa nak isi semarak.. hehe , harap di pertimbangkan .Sistem yang
lebih effusion dan mesra pengguna.
ii. Meletakkan deadline mengisi borang semarak yang sesuai dengan mengikut
sem.
iii. Tempoh isi SEMARAK dilanjutkan sehingga hujung setiap semester supaya
dapat membantu pelajar yang terlupa atau tidak mengetahui tentang prosedur
pengisian borang.
3.7 Masalah Borang SEMARAK
Sebanyak 36 (1.45 peratus) responden menyatakan bahawa borang SEMARAK adalah
kesalahan ejaan dan perlu ada pilihan untuk cadangan dan masalah.
Contoh cadangan penghuni:
i. Semak ejaan dan betulkan ejaan yang salah
ii. Ruang untuk isi cadangan atau apa-apa boleh letak besar sikit sebab nak tengok
balik sudah tulis apa agak susah.(untuk phone komputer tak pasti)
iii. Menambahkan pilihan untuk cadangan dan masalah
6
3.8 Wujud Aplikasi SEMARAK
Sebanyak 20 (0.80 peratus) responden menyatakan bahawa perlu menciptakan Aplikasi
SEMARAK untuk memudahkan pengguna.
Contoh cadangan penghuni:
i. Mewujudkan satu medium application bagi memudahkan pelajar mengakses.
ii. Buat apps (boleh tahu berapa jumlah merit sedia ada dan aktiviti di kajai.
iii. Menjadikan semarak sebagai aplikasi.
3.9 Tidak Adil
Sebanyak 15 (0.60 peratus) responden menyatakan bahawa adalah masalah keadilan
dari segi peluang penyertaan program
Contoh cadangan penghuni:
i. Sistem semarak online membantu pelajar bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti,
cadangan saya ialah meletakkan had kepada seorang pelajar hanya beberapa
aktiviti yang dia boleh menyertai. Ini bagi membolehkan pelajar yang lain
berkesempatan untuk turut sama dalam aktiviti yang lain. Sekian terima kasih.
ii. Memberi peluang yang sama adil kepada semua pelajar agar tidak ada yang
memonopoli setiap program.
iii. Sentiasa update mengenai program yang ada dan memberi peluang kepada
pelajar yang berminat tetapi masih belum menyertai program.
3.10 Kemas Kini Pencapaian Merit Dari Semasa Ke Semasa
Sebanyak 14 (0.56 peratus) responden menyatakan bahawa pihak kolej tidak kemas
kini pencapaian merit dari semasa ke semasa
7
Contoh cadangan penghuni:
i. Menunjukkan senarai pelajar yang mendapat merit tertinggi supaya memberi
motivasi kepada siswa yang lain untuk lebih aktif.
ii. Kemukakan ruang untuk pelajar menyemak jumlah merit yang telah dikumpul.
iii. Membolehkan pelajar melihat merit yang diberikan untuk setiap program yang
disertai.
3.11 Kekurangan Pesanan
Sebanyak 14 (0.56 peratus) responden menyatakan bahawa adalah masalah kekurangan
pesanan terhadap penghuni untuk mengisi borang SEMARAK dan tidak menyediakan
contohnya.
Contoh cadangan penghuni:
i. Selalu mengingatkan para pelajar supaya tak lupa mengisi semarak.
ii. Setiap kali selesai setiap aktiviti, pihak pengurusan harus menyediakan contoh
pengisian SEMARAK untuk setiap jawatan.
iii. Sistem semarak perlu sentiasa diwar-warkan agar para pelajar tidak terlepas
sebarang maklumat.
3.12 Tanggungjawab Penganjur
Sebanyak 12 (0.48 peratus) responden menyatakan bahawa penganjur perlu memainkan
peranan utama dalam mengisi borang SEMARAK
Contoh cadangan penghuni:
i. Semarak sepatutnya diisi oleh pengurus program bagi mengelakkan penipuan.
Kemukakan ruang untuk pelajar menyemak jumlah merit yang telah dikumpul.
ii. Semarak diIsi oleh jawatankuasa.
iii. Cadangan saya pihak penganjur harus mengisi sistem merit untuk mahasiswa/i
kerana tidak semua mempunyai masa untuk mengisi sistem merit.
8
3.13 SEMARAK Lebih Mesra Pengguna
Sebanyak 10 (0.40 peratus) responden menyatakan bahawa SEMARAK perlu lebih
mesra pengguna.
Contoh cadangan penghuni:
i. Dikemas kini supaya lebih mesra pengguna
ii. Sistem yang lebih effusion dan mesra pengguna
iii. Akses lebih mudah
4.0 PENILAIAN KEPADA SEMARAK
Rajah 4.1 Penilaian Kepada SEMARAK
Nota: soal selidik diisi sebanyak 2488 kali oleh penghuni kajai sehingga 9 April 2017
Sumber: Borang SEMARAK Online
Rajah 4.1 adalah penilaian terhadap SEMARAK daripada pandangan penghuni kajai.
Adakah SEMARAK bersistematik? Purata indeks yang dapat adalah sebanyak 3.59 (1
kacau, 4 sistematik) boleh menyatakan secara purata SEMARAK masih boleh kata
bersistematik. Indeks ini telah meningkat 11.24 peratus berbanding dengan indeks
tahun lepas (2.90)
3.59
3.60
3.60
3.62
2.90
3.23
3.28
3.19
0.00 0.50 1.00 1.50 2.00 2.50 3.00 3.50 4.00
SEMARAK
SEMARAK telah meningkatkan tahapdisiplin anda terhadap peraturan kolej
dan universiti?
SEMARAK telah menggalakkan penyertaananda dalam aktiviti kolej?
SEMARAK telah menerapkan sikapmenunaikan tanggungjawab sosial andaterhadap aktiviti kolej dan persatuan
kolej?
Sesi 2015/2016 Sesi 2016/2017
9
Tiga objektif utama SEMARAK telah dicapai, purata indeks masing-masing
mendapat adalah sebanyak 3.62, 3.60 dan .3.60, ini menunjukkan kebanyakan penghuni
bersetuju SEMARAK telah mencapai objektifnya. Kadar perkembangan indeks
tersebut masing-masing mencapai 13.39 peratus, 9.90 peratus dan 11.47 peratus.
5.0 PENCAPAIAN SEMARAK
Proses masuk markah merit untuk sesi 2016/2017 telah ditamatkan pada 9 April 2017.
Berikut adalah hasil daripada merit sesi ini.
Rajah 5.1: Jumlah merit yang diberi mengikut Barisan Felo
Nota: Rujuk Rajah 5.1
Sumber: Merit SEMARAK Online
Rajah 5.1 menunjukkan pemberian markah merit oleh Majlis Felo sesi
2016/2017, secara kasarnya pemberian markah merit antara semester satu dan dua
adalah tidak sekata hal ini disebabkan oleh kepelbagaian program yang diuruskan oleh
felo yang bertanggungjawab. Jika dilihat pada rajah tersebut Felo Daus mencatatkan
pemberian markah yang paling tinggi pada semester pertama dan kedua, manakala pada
sem dua bilangan program telah pun berkurang berbanding dengan sem satu. Secara
keseluruhan, pemberian merit adalah seimbang antara barisan Felo.
0.00 0.41 1.032.01 2.47
3.43 3.51
6.58
11.07 11.7212.06
19.03
26.68
0.00
5.00
10.00
15.00
20.00
25.00
30.00
0
20000
40000
60000
80000
100000
120000
Aida Arif Afi Saifu ayu Iza Yaya Lan Ryan Mira Yen Ana Daus
Sem 1 Sem 2 Peratus Keseluruhan
10
Rajah 5.2: Jumlah merit yang diberi mengikut Barisan MEP
Nota: “-”: tiada penglibatan MEP dalam penilaian Merit; rujuk Jadual 5.2
Sumber: Merit SEMARAK Online
Rajah 5.2 pula menunjukkan pemberian markah oleh Majlis Eksekutif Pelajar.
Nisa adalah MEP yang memberikan markah yang paling tinggi kerana kebanyakan
aktiviti yang dia bertanggungjawab adalah melibatkan semua warga kajai seperti
mesyuarat blok. Tambahan pula, merit untuk program yang bawah Shayuti dan Anisah
akan dipertanggungjawabkan oleh nisa juga. Pemberian merit untuk MEP Goh, Farah,
Fazlan, Dayat dan Nisa sahaja melebihi 10 peratus daripada jumlah keseluruhan
pemberian merit.
Rajah 5.3 menunjukkan merit peribadi MEP. Antara Merit tertinggi adalah
Farah, Goh, Fazlan dan Nisa. Secara purata MEP yang melepasi 2000 ke atas adalah
separuh daripadanya.
0.00 0.00 0.460.88 1.25 1.45
1.99 2.01 2.593.43 3.91
10.38
14.10
17.0517.79
22.70
0.00
5.00
10.00
15.00
20.00
25.00
0
20000
40000
60000
80000
100000
120000
Sem 1 Sem 2 Peratus Merit program
11
Rajah 5.3: Merit peribadi MEP
Nota: Rujuk Rajah 5.3
Sumber: Merit SEMARAK Online
Rajah 5.4: Pencapaian merit sesi 2016/2017
Nota: Rujuk Rajah 5.4
Sumber: Merit SEMARAK Online
30232910
27202920
2085
28112662
2518
17562000
1565
19651731
1410 1390
2231
0
500
1000
1500
2000
2500
3000
3500
Merit peribadi Purata
768
621
178
43
937
473
13795
869
522
152
77
557
0
100
200
300
400
500
600
700
800
900
1000
1 2 3 4
Lelaki, Purata Merit Perempuan, Purata Merit
Keseruluhan, Purata Merit Purata Keseruluhan
12
Rajah 5.4 adalah rajah yang menunjukkan pencapaian merit bagi sesi 2016/2017
yang dapat dilihat bahawa merit yang terkumpul oleh pelajar tahun 1 adalah lebih tinggi
berbanding dengan tahun 2, 3 dan 4. Puratanya menunjukkan kurangnya penglibatan
oleh pelajar tahun 2. Bagi pencapaian untuk pelajar tahun 1, pelajar perempuan
mencatatkan pencapaian yang lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Manakala bagi
pelajar tahun 2 pula, pencapaian lelaki lebih tinggi berbanding pelajar perempuan.
Pencapaian merit keseluruhan purata adalah 557.
Jadual 5.4 menunjukkan bilangan peratusan pencapaian merit mengikut jantina
dan tahun pengajian. Jika diteliti pada jadual dapat dilihat bahawa ada segelintir pelajar
yang tidak terlibat secara langsung dalam pengisian SEMARAK iaitu sebanyak 25.1%
oleh pelajar lelaki manakala 21.8% perempuan. Secara purata bilangan yang mengikuti
dalam pengisian ini menunjukkan peratusan lelaki lebih tinggi berbanding perempuan
iaitu 39.8 peratus, lelaki; 36.1 peratus, perempuan.
Rajah 5.5: Pencapaian merit mengikut Fakulti sesi 2016/2017
Sumber: Merit SEMARAK Online
9331002
874
565
14
602
825
463
252
149137
217154
6910
77 85 64 3381
716 702
487
364
69
0
200
400
600
800
1000
1200
EP ST SK PP lain-lain
1 2 3 4 Keseluruhan
13
Rajah 5.6: Pencapaian merit mengikut Blok sesi 2016/2017
Sumber: Merit SEMARAK Online
Rajah 5.5 dan 5.6 masing-masing adalah rajah yang menunjukkan pencapaian
merit bagi sesi 2016/2017 mengikut fakulti dan blok. Sebenarnya, merit purata
penghuni daripada Fakulti Ekonomi dan Perniagaan adalah paling tinggi. Manakala,
pencapaian merit purata tertinggi adalah penghuni blok E. Jadual 5.5 menunjukkan
perbandingan pencapaian merit antara sesi 20152016 dan sesi 20162017. Dapat dilihat
bahawa wujudnya peningkatan purata merit (41.9 peratus) dan orang terlibat (45.8
peratus) dari tahun sebelumnya. Jadual 5.6 dan 5.7 adalah senarai nama penghuni yang
mencapai merit yang tertinggi (top 1 dan top 5).
761797 796
1021 1009 1012
99
757 731
881
9831045
432
353
99139
268
186
85151
184120
80140
63 34
628 622562
731 754
606
245
0
200
400
600
800
1000
1200
K16A K16B K16C K16D K16E K16F K17
1 2 3 4 Keseluruhan
14
Jadual 5.4: Bilangan pencapaian merit mengikut jantina dan tahun pengajian
Merit L P Keseluruhan
1 2 3 4 Jumlah Peratus 1 2 3 4 Jumlah Peratus Jumlah Peratus
0 11 17 35 12 75 25.1 20 30 49 12 111 21.8 186 23.0
>300 105 36 6 0 147 49.2 165 65 21 1 252 49.4 399 49.3
>500 89 32 5 0 126 42.1 151 46 5 0 202 39.6 328 40.5
>1000 44 17 3 0 64 21.4 88 22 1 0 111 21.8 175 21.6
>2000 6 6 1 0 13 4.3 15 7 0 0 22 4.3 35 4.3
>3000 0 0 0 0 0 0.0 0 2 0 0 2 0.4 2 0.2
> Purata 58 29 12 7 119 39.8 98 48 34 16 184 36.1 304 37.6
Grand Total 139 75 66 19 299 - 208 149 116 37 510 - 809 -
Sumber: Merit SEMARAK Online
15
Jadual 5.5: Jadual bandingan pencapaian merit sesi 2015/2016 dengan 2016/2017
Tahun
Merit Keseluruhan 1617 Merit Keseluruhan 1516 Kadar Pertumbuhan
Bil
Org
%
terlibat
Purata
Merit
Merit
Mak Jumlah
Bil
Org
%
terlibat
Purata
Merit
Merit
Mak Jumlah
Bil
Org
%
terlibat
Purata
Merit
Merit
Mak Jumlah
1 347 91.1 869 2910 301590 270 83.0 744 2305 200817 28.5 9.8 16.8 26.2 50.2
2 224 79.0 522 3540 117004 239 51.0 335 2370 80180 -6.3 54.8 55.6 49.4 45.9
3 182 53.8 152 2630 27640 226 30.1 140 1735 31648 -19.5 79.0 8.5 51.6 -12.7
4 56 57.1 77 381 4318 68 14.7 38 415 2560 -17.6 288.6 104.5 -8.2 68.7
Jumlah
keseluruhan 809 77.0 557 3540 450552 803 52.8 393 2370 315205 0.7 45.8 41.9 49.4 42.9
Sumber: Merit SEMARAK Online
Jadual 5.6: Merit tertinggi
Matrik Nama Jantina Bangsa F Tahun Blok Sem 1 Keseluruhan
A143924 NURIZULAINE BINTI MOHD KHARUDDIN P B KK 4 K16C 381 381
A148804 MOHAMAD FARIS BIN ABU BAKAR L B SK 3 K17A 1650 2630
A152400 SHUBATRA A/P NAHENTHARA RAJ P I ST 2 K16D 2300 3540
A159164 ELVYIANAH VICTORIA AJOS P B SK 1 K16F 1720 2910
Sumber: Merit SEMARAK Online
16
Jadual 6: Merit 5 tertinggi mengikut tahun pengajian (tahun 1 - 3)
Matrik Nama Jantina Bangsa F Tahun Blok Sem
1 Keseluruhan
A159164 ELVYIANAH VICTORIA
AJOS P B SK 1 K16F 1720 2910
A159085 HAMY NURUL HALISSA
BINTI ZAHARUDDIN P B EP 1 K16F 1953 2773
A157826 PAVITHRAN A/L V
BATUMALAI L I ST 1 K16A 1786 2708
A159467 DEVABALA A/L
BALASUNTHARAM L I ST 1 K16B 2001 2686
A159002 SITI ANISAH BINTI
MUHAMAD JOHAN P B SK 1 K16C 2200 2675
A152400 SHUBATRA A/P
NAHENTHARA RAJ P I ST 2 K16D 2300 3540
A154054* FARAH DIYANA BINTI
KHAIDIR P B SK 2 K16E 1845 3023
A155277* GOH YING XIAN L C ST 2 K16B 2050 2920
A154856* MOHAMAD FAZLAN BIN
KAMARUZAMAN L B ST 2 K17B 1860 2910
A154617* AHMAD ALIFF BIN
AHMAD SABARRUDIN L B ST 2 K16B 2241 2811
A148804 MOHAMAD FARIS BIN
ABU BAKAR L B SK 3 K17A 1650 2630
A149708 AWANGKU MUHAMMAD
FAIZ BIN HAISRON L B ST 3 K17A 1430 1990
A149521 MUHAMAD FIRDAUS BIN
RAMLI L B ST 3 K16B 1280 1960
A147481 UMMI USWA AMIRA
BINTI NGUJIR P B EP 3 K16C 916 1531
A149213 MUHAMMAD FIKRI BIN
ISNIN L B SK 3 K16A 720 720
Nota:*MEP
Sumber: Merit SEMARAK Online
6.0 PEMBAIKI SEMARAK
Selepas perbincangan antara Timbalan Pengetua Kajai, Felo dan MEP. Beberapa
tindakan akan dijalankan untuk membaiki SEMARAK pada tahun lepas
1. Ringkaskan borang online (telah dicapai pada sesi 2016/2017).
2. Mengadakan Q & A di website kajai supaya penghuni lebih senang faham tentang
SEMARAK (belum disediakan).
3. Kekalkan SEMARAK untuk sesi akan datang (telah dicapai pada sesi 2016/2017).
17
Beberapa tindakan akan dijalankan untuk membaiki SEMARAK pada tahun
depan.
1. Kekalkan SEMARAK untuk sesi akan datang.
2. Menjalankan audit untuk proses SEMARAK pada masa ke masa.
3. Top 10 merit tertinggi akan dapat memilih bilik dan roommate.
7.0 Kesimpulan
Berdasarkan borang SEMARAK online objektif-objektif SEMARAK telah pun dicapai,
tambahan pula cadangan daripada penghuni boleh menjadi rujukkan untuk membaiki
SEMARAK. Peratus penghuni Kolej Rahim Kajai yang terlibat dalam SEMARAK
telah mencapai sebanyak 77.0 peratus (52.8 peratus, sesi 2015/2016) dengan kadar
perkembangan 45.8 peratus, dan skor markah purata merit keseluruhan mencapai 557
(396 peratus, sesi 2015/2016) dengan kadar perkembangan 41.9 peratus pada sesi
2016/2017. Pencapaian SEMARAK boleh menjadikan salah satu rujukkan untuk
kelulusan permohonan penginapan kolej pada sesi depan.
18
Lampiran
Jadual 5.1: Merit yang diberi mengikut Barisan Felo
Felo Acara Sem1 Acara Sem2 Keseluruhan Sem 1 Sem 2 Keseluruhan Peratus
Daus 9 12 21 99109 21120 120229 26.68
Ana 7 4 11 78770 6990 85760 19.03
Yen 7 3 10 52355 1963 54318 12.06
Mira 12 9 21 34160 18635 52795 11.72
Ryan 10 4 14 38695 11170 49865 11.07
Lan 4 2 6 24025 5627 29652 6.58
Yaya 3 - 3 15810 - 15810 3.51
Iza 4 2 6 9175 6270 15445 3.43
Ayu 5 2 7 9200 1943 11143 2.47
Saifu 2 1 3 4935 4130 9065 2.01
Afi 3 1 4 3570 1075 4645 1.03
Arif - 1 1 - 1825 1825 0.41
Aida 0 0 0 0 0 0 0.00
Jumlah 66 41 107 369804 80748 450552 100
Sumber: Merit SEMARAK Online
19
Jadual 5.2: Merit yang diberi mengikut Barisan MEP
MEP Acara Sem1 Acara Sem2 Keseluruhan Sem 1 Sem 2 Keseluruhan Peratus Merit peribadi KPMK
Farah 12 6 18 48025 15482 63507 14.10 3023* 1
Fazlan 4 12 16 55720 21120 76840 17.05 2910* 2
Nisa 13 3 16 100310 1963 102273 22.70 2720* 3
Goh 8 4 12 32049 14715 46764 10.38 2920* 4
Dayat 6 1 7 78355 1805 80160 17.79 2085 5
Alif 2 1 3 4935 4130 9065 2.01 2811* 6
Kiru 3 2 5 8810 2880 11690 2.59 2662* 7
Kina 3 2 5 3570 2040 5610 1.25 2518* 8
Shafiq 4 1 5 9175 6270 15445 3.43 1756 9
Salwa 3 2 5 5085 3870 8955 1.99 2000 10
Afiq 3 1 4 15810 1825 17635 3.91 1565 11
Ikhmal 1 1 2 3000 978 3978 0.88 1965 12
Shayuti - - - - - - - 1731 13
Ayut 1 0 1 2080 0 2080 0.46 1410 14
Anisah - - - - - - - 1390 15
- 3 5 8 2880 3670 6550 1.45 - -
Jumlah 66 41 107 369804 80748 450552 100 33466 -
Nota: KPMK: Kedudukan Prestasi Merit keseluruhan (purata kedudukan merit program dan merit peribadi); *Merit yang lebih daripada 2231
(purata merit MEP)
Sumber: Merit SEMARAK Online
20
Jadual 5.3: Pencapaian merit mengikut jantina dan tahun pengajian
Tahun
L P Jumlah
Bil
Org
Purata
Merit
Merit
Mak
Bil
Org
Purata
Merit
Merit
Mak
Bil
Org
Purata
Merit
Merit
Mak
1 139 768 2708 208 937 2910 347 869 2910
2 75 621 2920 149 473 3540 224 522 3540
3 66 178 2630 116 137 1531 182 152 2630
4 19 43 150 37 95 381 56 77 381
Jumlah
keseluruhan 299 555 2920 510 558 3540 809 557 3540
Sumber: Merit SEMARAK Online