Download - Laporan projek Kitar Semula
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS
SBA 3033 PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR
TAJUK
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK GROUP
SITI SARAH BT MD NOR D20102044261 UPSI 07
NORZAINIS BT MOHAMAD HANAPIAH D20102043775 UPSI 07
PENSYARAH/PENYELIA: PUAN ALENE BT TAWANG
Tarikh : 23 NOVEMBER 2014
TUGASAN MINI PROJEK
PEMARKAHAN
BAB 1
PENGENALAN
1.0 PENDAHULUAN
Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar
semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan
keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang
sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-
sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan
dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul,
diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan
baru. (Laman web : http://www.ppsppa.gov.my/index.php/3r/recycle-kitar-semula)
1.1 ISU PENDORONG MELAKSANAKAN PROJEK MINI
.
Sebenarnya, program sebegini perlu dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada
murid-murid tentang kebaikan dan kepentingan mengitar semula bahan-bahan buangan
contohnya seperti kertas. Dalam kehidupan seharian sama ada di sekolah atau di rumah,
manusia menggunakan hampir berpuluh-puluh juta helai kertas untuk kegunaan sekolah,
pejabat, kedai-kedai makan dan sebagainya. Serasa tidak lengkap hidup tanpa sehelai kertas
meskipun kini penggunaan komputer semakin meluas. Bayangkan jika berpuluh-puluh juta
helai kertas dikitar semula, ia dapat menyelamatkan hampir 75,000 juta batang pokok balak
di Brazil dan juga negara kita. Ini sudah tentu dapat menjimatkan kos penebangan pokok-
pokok dan mengimbangi ekosistem bumi.
Bagi menyokong program ini, pihak berkuasa tempatan telah menyediakan tong-tong
kitar semula di sekolah kami. Tong-tong kitar semula memudahkan murid-murid untuk
mengasingkan sisa pepejal seperti kertas, botol kaca dan plastik serta tin aluminium dan ini
mempercepat kerja-kerja pihak kilang kitar semula. Sebenarnya, dengan adanya tong-tong
kitar semula dengan itu dapat mengajar dan mendidik anak-anak khususnya dan masyarakat
amnya supaya menyayangi alam sekitar dan mengelak membuang sampah secara membabi-
buta tanpa memikirkan kesan dan akibatnya kepada manusia dan hidupan yang ada di muka
bumi ini.
Program alam sekitar atau kitar semula amat baik dan sesuai dijalankan bagi
mengatasi masalah alam sekitar. Atas kesedaran dan sokongan daripada pihak sekolah itulah,
langkah-langkah yang sesuai telah di lakukan bagi menjayakan projek mini ini.
1.2 OBJEKTIF PROJEK MINI
Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan
pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin
meningkat dari semasa ke semasa.
i) Objektif utama projek ini ialah mendedahkan kepada murid pengetahuan tentang guna
semula bahan sisa pepejal . Ia termasuk pendedahan tentang apakah bahan pencemaran sisa
pepejal dan menggunakannya semula untuk menjadikannya lebih bermanfaat. Melalui aktiviti
yang dijalankan , murid diharap akan lebih menghargai alam sekelilingnya dan sekaligus
dapat menjadikan persekitaran lebih bersih dan cantik.
ii) Selain daripada itu, dapat menjadikan sekolah dan persekitarannya lebih ceria, bersih
dan cantik. Dengan adanya sudut dan wakaf kitar semula ini, secara tidak langsung ia
menjadi sumber rujukan kepada murid tentang kesan dan manfaat kitar semula bahan sisa
pepejal. Malah ini sekaligus , objektif pembangunan Lestariyang diperkenalkan dalam
pendidikan dapat dicapai.
iii) Semangat kerjasama, gotong royong dan menjana idea-idea yang kreatif sepanjang
aktiviti yang dijalankan dapat disemai. Projek mini ini dapat memupuk semangat kerjasama
antara seluruh warga sekolah , malah ia melibatkan sarana ibu bapa dan PIBG sekolah.
BAB 2
KAEDAH
2.0 KAEDAH YANG DILAKSANAKAN
Aktiviti Projek Mini kitar semula akan menjadi lebih mudah sekiranya kita tahu bagaimana
hendak mengitar semula. Kita juga perlu tahu barangan buangan sisa pepejal seperti botol-
botol plastik, kaca, surat khabar atau majalah yang kita beli sehari –hari adalah barangan
yang boleh dikitar semula sebagai langkah awal kitar semula yang efisien. Strategi awal
inilah yang perlu didedahkan kepada murid-murid supaya mereka tahu objektif dan
kepentingan projek mini ini.
PERTAMA
Mengenalpasti murid yang akan bersama-sama melibatkan diri daam projek Mini ini.
Kami telah memilih kelas 6Fikir untuk membantu sepanjang projek ini dijalankan. Murid 6
Fikir terdiri daripada 25 orang murid. Murid-murid ini dipilih kerana projek mini dilakukan
selepas UPSR dan mereka tidak terikat dengan PdP di dalam kelas.
KEDUA
Perkara pertama yang diperkenalkan kepada murid ialah menjelaskan kepada mereka
objektif projek dan mendedahkan tentang apakah Pencemaran Sisa pepejal serta cara-cara
kitar semula. Murid diperkenalkan melalui tayangan menggunakan vLE Frog. Kami membina
Bahan bantu mengajar menggunakan kaedah Pembinaan ruang Paparan di Vle Frog kerana ia
lebih mudah diteroka bukan sahaja untuk peserta Mini Projek malah oleh semua warga
sekolah. URL ke laman Vle Frog
https://saml.1bestarinet.net/module.php/core/loginuserpass.php?AuthState=_b83ce96
25bfefc8c9356fb67c6a4ebee8ba1eb8535%3Ahttps%3A%2F%2Fsaml.1bestarinet.net%2Fsa
ml2%2Fidp%2FSSOService.php%3Fspentityid%3Dhttps%253A%252F%252Fbbb7305.1bes
tarinet.net%252F%26cookieTime%3D1416626952
Murid dan guru berbincang tentang Pencemaran Bahan Sisa Pepejal dan mengaitkan
dengan kehidupan seharian dan alam persekitaran. Ini bertujuan supaya murid tahu objektif
projek dan luas pengetahuan mereka tentang Pencemaran Sisa pepejal .
KETIGA
Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan yang akan membina
Replika Menara Berkembar Petrones manakala satu kumpulan akan menceriakan wakaf.
Kami dibantu oleh beberapa guru lain untuk menjayakan projek Mini ini. Aktiviti diadakan
pada sesi pagi kerana cuaca agak redup memandangkan aktiviti dijalankan di kawasan
terbuka. Botol-botol plastik dikumpul hasil sumbangan semua murid sekolah.
KEEMPAT
Bagi menceriakan wakaf PIBG, aktiviti dimulakan dengan membuat bekas pasu
berbentuk arnab. Murid dikumpulkan di Dataran Bunga Raya untuk menjalankan aktiviti
tersebut. Kami banyak merujuk kepada laman carian bagaimana menggunakan semula bahan
terbuang seperti plastik dan tayar.
Sebagai contoh kami mengambil rujukan pada paparan ini.
http://relakssminda.blogspot.com/2013/09/kreativiti-kitar-semula-pasu-
bahan.html#axzz3JlG3PV00
Botol-botol plastik dikumpulkan dan digunting mengikut corak yang ditunjukkan oleh guru.
KELIMA
Replika Menara Berkembar Petronas dibina menggunakan botol bersaiz 1.5 liter dan bertiang
kayu. Projek ini mendapat kerjasama Cikgu Ishak b Mohd Ali dan dibantu oleh beberapa ahli
peserta projek Mini ini. Prosedur kerja:
1) membina tapak dan tiang kayu asas bagi dua menara dan laluan antara dua menara
2) Mengikat botol-botol menjadi bulatan
3) Mengikat ikatan botol kepada tiang kayu untuk membentuk menara
KEENAM
Bagi Pertandingan Ciptaan Inovasi, kami memohon kerjasama aliran Tahun 6 untuk
menganjurkan Pertandingan tersebut dalam salah satu program Pasca UPSR. Pertandingan
terbuka kepada murid tahun 6 dengan setiap kumpulan disertai oleh 3 orang murid. Bahan
untuk membuat ciptaan adalah diambil daripada bahan-bahan terbuang seperti botol dan
kertas. Masa yang diberi selama 2 jam . Pertandingan diadakan di Dewan Amal.
2.1 PENILAIAN KEBERKESANAN
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi menjayakan projek Mini ini adalah atas tujuan memberi
pendedahan baru kepada murid tentang kewajipan dan tanggungjawab memelihara Alam
sekitar. Keberkesanan Projek ini di nilai melalui temubual bersama murid dan melalui kaedah
pemerhatian. Gambar diambil sepanjang aktiviti dijalankan. Temubual adalah bersama guru
dan murid. Bukan sahaja temubual bersama murid yang terlibat malah murid dari kelas lain.
BAB 3
DAPATAN
3.1 PENDAHULUAN
Projek Mini ini adalah dibawah seliaan Guru Penolong Kanan Hal ehwal Murid iaitu Puan
Norzaini Bt Ismail. Setelah berbincang dengan beliau serta mendapat persetujuan guru besar,
kami sangat teruja untuk memulakan Projek Mini kitar semula yang mana tidak pernah
dijalankan sebelum ini.
Memandangkan sebagai guru yang bertugas di sekolah ini maka saya merasakan
adalah lebih ‘afdal’ kami dan ahli sepasukan menjalankan projek ini untuk memenuhi
kedua-dua matlamat iaitu untuk program sekolah dan pada masa yang sama kami jadikan
projek ini sebagai projek rintis di sekolah ini berkaitan kegunaan semula bahan-bahan
terbuang. Besar harapan kami semoga projek mini ini memenuhi kehendak tugasan bagi
Subjek SBA 3033 Pengenalan Sains Alam Sekitar.
Projek kitar semula ini khususnya diharapkan dapat memberi manfaat kepada warga
sekolah dan memberi sumbangan kepada kebersihan persekitaran amnya. Berikut adalah
gerak kerja yang telah dijalankan dan masih dalam pembikinan. Kami menyasarkan projek
ini dapat disiapkan mengikut perancangan walaupun menghadapi kekangan dengan tugasan –
tugasan akhir tahun persekolahan.
3.2 LAPORAN
Laporan di bawah ini adalah mengikut pemeringkatan kemajuan kerja yang kami laksanakan.
01 OKTOBER 2014
Memaklumkan secara lisan kepada guru penolong kanan Hal Ehwal Murid iaitu Puan
Norzaini Ismail berkaitan cadangan menjalankan projek Mini kitar semula ini dan
menyerahkan kertas kerja kepada Guru Besar. Beliau memberi sokongan penuh atas projek
yang dijalankan ini. Kertas kerja Projek Mini Kitar Semula pada Lampiran A
13 OKTOBER 2014
Mengumpulkan murid-murid yang akan bersama-sama melaksanakan projek mini ini dan
memberikan sedikit taklimat tentang projek tersebut. Murid sangat seronok dan teruja untuk
menjalankan aktiviti. Pelbagai soalan yang dikemukakan sepanjang sesi taklimat tersebut.
Jumlah murid seramai 25 orang dari kelas 6 Fikir.
15 OKTOBER 2014
Murid-murid mengikuti sesi pengenalan di Makmal Komputer. Kami mengumpulkan mereka
untuk menerangkan isu dan objektif projek yang akan dilaksanakan. Murid mendengar
penerangan guru melalui tayangan menggunakan vLE Frog. Sepanjang sesi ini murid didapati
sangat tertarik dengan pengetahuan yang baru diperolehi. Mereka mengutarakan pelbagai
persoalan dan pandangan tentang isu Pencemaran Bahan Sisa Pepejal ini. Malah mereka
turut memberi contoh-contoh yang diperhatikan di persekitaran mereka. Bahan bantu
mengajar untuk menyampaikan maklumat ini adalah menggunakan ruang paparan vLE Frog.
Paparan-paparan di atas adalah antara bahan bantu mengajar mengenai Pencemaran Bahan
Sisa Pepejal yang ditayangkan kepada murid sebagai pendedahan asas tentang objektif
projek mini ini dijalankan
16 - 18 OKTOBER 2014
Murid berkumpul di Bilik Kemahiran Hidup untuk memulakan aktiviti membina replika
Menara Berkembar Petronas. Projek ini dibantu oleh Cikgu Ishak, ketua Panitia Kemahiran
Hidup sekolah kami. Botol dikumpul dan diikat untuk digantung pada tiang.
Tiang yang dibina menggunakan kayu Tapak tiang diletakkan botol yang
berisi air supaya tiang lebih kukuh.
Botol-botol yang telah diikat menggunakan dawai, digantung pada tiang. Tiang
ditumbangkan supaya botol lebih mudah diikat.
Kedudukan menara di pintu masuk kawasan letak kereta guru.
Menara yang telah siap
22 OKTOBER 2014
Murid berkumpul di Dataran Bunga Raya untuk memulakan aktiviti menggunting dan
mengecat botol plastik untuk dijadikan pasu bunga. Botol-botol plastik dipotong mengikut
corak yang diberi oleh guru. Sebahagian murid lain pula mengecat botol-botol dengan warna
putih sebagai warna dasar dan disusuli warna lain.
Botol dipotong mengikut bentuk kepala arnab
Guru menunjukcara mengecat botol pada setiap kumpulan murid
Murid bersedia untuk menjalankan aktiviti.
Murid mengecat botol dalam kumpulan masing-masing
23 OKTOBER 2014
Tindakan seterusnya yang dilakukan ialah dengan membeli bahan keperluan seperti pokok
bunga hiasan gantung,tanah pelbagai jenis dan tali nylon untuk menggantung botol. Kami
turut menerima sumbangan tayar terpakai sebanyak lima buah dari seorang penjaga murid
yang bekerja di kedai tayar. Benih-benih pokok ini kami beli di sebuah kedai tanaman hiasan
di jalan Sungai Tua berhampiran persimpangan ke Ulu Yam.
Tayar yang disumbangkan oleh seorang penjaga murid.
Tayar yang disumbangkan ditanam dengan pokok bunga hiasan.
24 OKTOBER 2014
Botol-botol plastik yang diwarnakan murid ditebuk lubang di bawahnya untuk aliran air.
Bunga-bunga ditanam , tali dipasang di tepi pasu botol dan sedia untuk digantung. Cat yang
digunakan adalah cat minyak dan sangat sesuai untuk digantung ditempat terbuka. Pada masa
ini, murid sangat gembira kerana pasu yang dihasilkan sangat cantik dan comel.
Kemasan terakhir pada pasu arnab sebelum bunga ditanam
Menanam pokok bunga di dalam bekas pasu arnab.
Bunga yang telah siap digantung kelihatan sangat menarik.
25 OKTOBER 2014
Projek Mini diteruskan dengan aktiviti pertandingan Ciptaan Inovasi menggunakan bahan-
bahan yang terbuang. Pertandingan diadakan pada 27 Oktober 2014 hari Khamis. Kami
mengumumkan semula dan penyertaan pertandingan masih dibuka. Ramai murid yang
berminat untuk menyertai pertandingan ini tetapi mereka kurang mendapat gambaran tentang
ciptaan yang sesuai dan menarik. Justeru itu, kami telah membina satu lagi paparan
menggunakan vLE Frog sebagai rujukan kepada murid. Murid-murid yang berminat boleh
melayari Frog dan mencari maklumat melalui paparan Kitar Semula.
Antara contoh hasil dari bahan terbuang yang dipaparkan melalui vLE Frog
Contoh menggunakan botol air.
Beberapa paparan yang boleh dilayari pada halaman vLE Frog sebagai rujukan untuk
memberi idea-idea semasa pertandingan ciptaan inovasi tersebut.
https://bbb7305.1bestarinet.net/app/os Guru juga memberi kebenaran kepada murid
menggunakan Chrome Book untuk meneroka lebih luas lagi tentang hasil ciptaan
menggunakan bahan terbuang melalui Laman Carian Google.
27 OKTOBER 2014
Pertandingan Ciptaan Inovasi dijalankan di Dewan Amal. Terdapat 14 kumpulan yang
menyertai pertandingan ini. Mereka bebas menggunakan apa sahaja bahan terbuang.
Pertandingan bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 10.30 pagi.
Murid bekerjasama menyiapkan ciptaan mereka sepanjang pertandingan diadakan
Antara hasil ciptaan murid dalam Pertandingan Ciptaan menggunakan bahan terbuang
3.2 KEBERKESANAN PROJEK
Akhirnya , projek mini ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak. Kami berasa
sangat berbangga apabila melihat hasil kerja ini kekal dan menceriakan lagi pandangan
sekolah. Bukan itu sahaja , projek mini memberi gambaran baru kepada seluruh warga
sekolah terutamanya murid , guru dan ibu bapa bahawa bahan-bahan terbuang di sekolah
seperti botol minuman dan kertas-kertas boleh dikitar semula dan dijadikan hiasan. Ini
sekaligus merupakan langkah pertama untuk membuat lebih banyak program sebegini
sekaligus matlamat melestarikan pembangunan persekitaran sekolah tercapai.
1) Penilaian Melalui Pemerhatian
Sepanjang projek mini dijalankan, kami selaku guru penyelaras sentiasa mencatat kelebihan
dan kekurangan projek ini. Banyak perkara yang menarik perhatian kami. Murid lebih
bersikap peka dan prihatin semasa membuang sampah. Mereka bersama-sama mengasingkan
mengikut kategori di dalam tong sampah yang disediakan. Malah mereka juga menjadikan
mereka cipta menggunakan bahan terbuang sebagai satu aktiviti lapang di dalam kelas. Tahap
kesedaran mereka tentang Kitar semula lebih tinggi dari sebelum projek ini dijalankan. Kitar
semula juga penting agar alam sekitar bersih dan bebas daripada pencemaran. Kebersihan
alam akan menambah keceriaan di sesuatu kawasan. Orang ramai boleh menikmati keindahan
alam dengan sepenuhnya jika alam sekitar bersih kehidupan menjadi lebih seronok dan
selesa.
Selain daripada itu, melalui pemerhatian juga, murid-murid yang membantu
sepanjang projek ini dijalankan tidak lokek untuk berkongsi ilmu yang diperolehi dengan
rakan-rakan dari kelas lain. Mereka rasa bangga dan turut menceritakan semula bagaimana
pasu dan menara dihasilkan kepada rakan-rakan. Ini memberikan impak yang sangat
memberangsangkan apabila pendedahan tentang kebaikan kitar semula bahan sisa pepejal
berjaya disebarkan di seluruh warga sekolah. Malah, Guru Besar kami, Pn Ruhayah bt Abdul
Rahman menaruh harapan supaya projek seperti ini diteruskan dan menjadi salah satu
program tahunan yang mesti dilaksanakan. Satu lagi yang sangat mengejutkan apabila Guru
Penolong Kanan Kokurikulum memohon supaya kami menubuhkan Kelab Inovasi dan Alam
Sekitar untuk tahun 2015.
2) Penilaian Melalui Temubual
Selain melalui pemerhatian, kebrkesanan projek ini turut dinilai melalui temubual. Sebelum
projek ini dijalankan, hampir 75% murid yang dipilih untuk bersama-sama menjayakan
projek tidak tahu bahan sisa pepejal boleh dikitar semula menjadi bahan kraftangan yang
cantik. Mereka berpendapat, botol-botol kosong dan surat khabar lama yang dikumpulkan
hanya perlu dijual dan menambahkan duit saku.
Walaubagaimanapun, selepas projek ini dijalankan, keseluruhan murid yang terlibat
menyatakan rasa berbangga, seronok dan teruja untuk mempelbagaikan hasil ciptaan
menggunakan bahan terbuang ini. Kami juga turut menemubual beberapa orang murid yang
tidak terlibat dengan projek ini. Maklumat yang diperolehi amat memberangsangkan. Mereka
sangat tertarik dengan menara dan pasu-pasu bunga yang bergantungan. Justeru itu kami
telah memaklumkan semua murid boleh melayari laman Vle Frog atas tajuk Kitar semula.
Selain daripada itu, hasil temubual bersama guru pendidikan Seni dan Visual Tahun 6, En.
Norsham b Mohd Salleh, beliau tertarik untuk menggunakan modul kami sebagai bahan
rujukan untuk digunakan dalam kelas seni beliau.
Hasil Projek Mini ini juga telah membuka mata ibu bapa terutama PIBG bahawa
dengan kitar semula kita telah berjaya mengurangkan bahan buangan sekolah dan sekolah
menjadi lebih ceria. Mereka sangat gembira kerana Wakaf PIBG menjadi lebih ceria. Mereka
juga turut memberi jaminan akan bekerjasama tenaga dan kewangan jika program ini dapat
dibuat pada wakaf-wakaf yang lain.
4.0 KESIMPULAN
Secara mudahnya kitar semula membawa maksud memungut dan mengasingkan sisa
buangan pepejal untuk diproses menjadi produk yang sama atau barangan lain. Ianya bernilai
kerana dapat mengurangkan penggunaan sumber asli dan menjimatkan kos serta tenaga.
Pastinya, Kitar semula adalah cara terbaik untuk menjimatkan tenaga seterusnya
menyelamatkan bumi kita dari terus tercemar. Bukankah bumi perlu terus dikongsi untuk
generasi akan datang?
Di sekolah, guru-guru boleh menyalurkan pendidikan berkaitan dengan kitar semula
kepada pelajar. Pelajar-pelajar perlu mengetahui faedah dan kesan kitar semula supaya
mereka melibatkan diri dalam program tersebut. Mereka juga dapat mempengaruhi ahli
keluarga mereka dalam melakukan kitar semula. Dalam masa yang sama, program kitar
semula akan dijalankan oleh semua anggota keluarga yang membantu pelajar-pelajar ini dan
ini sekaligus dapat merapatkan hubungan antara sesama mereka.
Kami sangat berbangga dengan hasil yang dicapai selepas projek ini. Projek ini tidak
akan berjaya sekiranya tiada kerjasama dan sokongan dari seluruh warga sekolah. Walaupun
pada peringkat awalnya kami merasa agak terbeban dengan tugasan Mini Projek ini, tetapi
pada akhirnya projek ini telak memberi impak yang besar atas tanggungjawab kami sebagai
pendidik yang perlu menyedarkan anak-anak murid supaya menghargai alam sekitar. Azam
kami, projek ini tidak akan berhenti di sini sahaja malah akan ditambah baik dari semasa ke
semasa.
Lampiran A
KERTAS KERJA
MINI PROJEK
KITAR SEMULA
PROJEK MINI KITAR SEMULA
SEKOLAH KEBANGSAAN (1) SELAYANG BARU
TEMA :
PASCA UPSR
KITAR SEMULA ASAS PEMBANGUNAN LESTARI
TEMPAT :
SEKOLAH KEBANGSAAN (1) SELAYANG BARU
ANJURAN:
ORGANISASI TAHUN 6
SK 1 SELAYANG BARU
PENGENALAN
Penerapan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran merupakan wadah penting yang tidak
seharusnya dipandang picisan .Perlaksanaannya perlu dirancang dan dijalankan dengan
bersungguh-sungguh agar tahap kesedaran berhubung kualiti alam sekitar lebih bermakna, di
samping membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka dengan lebih
baik dalam memastikan usaha memakmurkan alam dapat dilaksanakan dengan sewajarnya.
Justeru itu, menyedari kepentingan kesedaran tentang alam sekitar di kalangan murid
khususnya, kami telah bersepakat bersama pentadbir dan warga pendidik untuk menceriakan
wakaf sumbangan PIBG SK 1 Selayang Baru dan persekitarannya dengan menghasilkan
Taman Mini Kitar Semula. Idea Taman Mini kitar Semula ini timbul hasil maklumat yang
diperolehi daripada subjek Ianya sangat berkaitan dengan tajuk Unit 11 Pembangunan
Lestari di samping penerapan nilai bagaimana menggunakan semula bahan pencemaran Sisa
Pepejal dalam Unit 8.
RASIONAL
Projek Mini ini bermatlamat untuk mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai
persekitaran yang bersih, ceria dan cantik untuk pelajar iaitu selaras dengan kehendak
sekolah di samping meningkatkan kesedaran murid tentang bahaya pencemaran sisa pepejal
serta menerapkan nilai guna semula bahan sisa pepejal tersebut
OBJEKTIF
Projek ini dijalankan berdasarkan beberapa tujuan iaitu :
i. Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan menarik malah boleh dijadikan
sumber rujukan utama murid tentang pentingnya bersama-sama memelihara alam sekitar.
Malah ia juga boleh dikongsi bersama dengan ibu bapa dan masyarakat setempat
ii. Mewujudkan kesedaran menggunakan bahan sisa pepejal terbuang yang biasanya
terdapat di persekitaran sekolah seperti kertas, surat khabar, majalah dan botol plastik yang
boleh dikitar semula bagi mewujudkan alam sekitar yang bersih, bermanfaat dan ceria.
ASAS PERTIMBANGAN
Program ini bertujuan memenuhi keperluan salah satu kerja kursus yang mana setiap
pelajar dikehendaki melaksanakan satu projek mini yang berkaitan dengan tajuk- tajuk yang
terkandung di dalam subjek SBA 3033 Pengenalan Alam Sekitar
JAWATANKUASA
Penasihat : Puan Ruhayah Bt. Abd Rahman (Guru Besar)
Pengerusi : Puan Norzaini Binti Ismail (PK Hem)
Naib pengerusi: Pn Norlaily bt Abdul Rahman (PK Kurikulum)
Ketua Projek : Siti Sarah bt Md Nor (20102044261)
Setiausaha : Norzainis bt Mohamad Hanapiah ( D20102043775)
Bendahari : Mohd Azhan B. Mat Saad
Ahli Jawatankuasa :
i. Ishak b Mohd Ali ( KP Kemahiran Hidup)
ii. Norhani bt Kamaruddin ( KP seni & visual)
iii. Abdul Hadi b Abdullah ( Penyelaras Tahun 6)
iv. Ahmad Syahiran bin Albukhari
v. Guru-guru tahun 6
AKTIVITI
Berikut merupakan butiran projek yang akan dijalankan :
1. WAKAF PIBG
Tempat : Wakaf berhampiran pondok pengawal dan persekitarannya
Huraian : Wakaf ini dan persekitarannya akan dihias dengan hasil kerja murid
berasaskan bahan terbuang seperti botol yang dijadikan pasu bunga, tayar
sebagai hiasan sudut dan lain-lain lagi. Wakaf ini juga akan dilengkapi dengan
beberapa maklumat tentang kitar semula dan menjadi sumber rujukan kepada
murid berkenaan pembangunan lestari dan kitar semula.
2 REPLIKA MENARA BERKEMBAR PETRONAS
Tempat: Laluan masuk ke tempat letak kereta
Huraian: Projek membina replika ini adalah dengan kerjasama Panitia Kemahiran
Hidup dan dibantu oleh murid-murid tahun 6. Botol-botol bersaiz 1.5 L
dikumpul atas hasil sumbangan setiap murid di sekolah ini. Replika KLCC ini
adalah lambang semangat patriotik di kalangan murid dan ia dihasilkan
menggunakan bahan buangan sisa pepejal.
3 PERTANDINGAN CIPTAAN INOVATIF MENGGUNAKAN BAHAN
TERBUANG
Tempat: Dewan Amal SK 1 Selayang Baru
Huraian: Pertandingan Ciptaan ini adalah salah satu pertandingan yang diadakan
sepanjang musim Pasca UPSR. Pertandingan adalah terbuka kepada murid
tahun 6 dan mereka bebas merekacipta menggunakan bahan terbuang dengan
idea sendiri. Bahan sisa pepejal yang boleh digunakan seperti kertas, majalah,
surat khabar dan botol plastik. Pertandingan akan diadakan pada 27 Oktober
2014.
Panduan: Murid boleh merujuk pada Laman Vle FROG bertajuk Kitar Semula
ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Unit/Bilangan Anggaran
harga seunit
Jumlah
1. Cat minyak 6
-merah
-biru
-putih
-hijau
-ungu
-oren
RM20.00 RM120.00
2 Berus cat 6 RM2.00 RM12.00
3 Tali 1 gulung RM10.00 RM10.00
4 Thinner 1 tin RM7.00 RM7.00
5 Pokok bunga pelbagai jenis 10 polybag RM8.00 RM80.00
6
7
6 Tanah pelbagai jenis 20 bag RM1.50 RM30.00
Jumlah keseluruhan RM389.00
PENUTUP
Diharapkan perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Semoga projek Kitar Semula peringkat sekolah ini dapat meningkatkan motivasi diri murid –
murid, memberi kesedaran tentang pentingnya amalan kitar semula di samping
mengindahkan lagi kawasan sekolah. Oleh itu, kerjasama dari semua pihak amat saya hargai
dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Disediakan oleh :
……………………...........
(NORZAINIS BT MOHAMAD HANAPIAH )
Setiausaha Projek Kitar Semula,
SK 1 Selayang Baru
Disahkan oleh :
...............................................
(Ruhayah Bt. Abd Rahman)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan (1)Selayang Baru
LAMPIRAN
Antara kawasan bagi aktiviti yang akan dijalankan seperti berikut :
Persekitaran wakaf yang akan diceriakan dengan tanaman dan hiasan
Wakaf sumbangan PIBG SK 1 Selayang Baru yang menjadi tempat tumpuan murid