Laporan Masalah Kerosakan Jalan Di Kampung Tegayong
Jalan merupakan salah satu jaringan perhubungan yang terpenting. Dengan adanya jalan,
aktiviti harian manusia dapat berjalan dengan lancar contohnya pengguna dapat sampai ke
destinasi masing-masing dengan cepat dan selamat. Untuk memastikan keselesaan pengguna
jalan, keadaan jalan yang baik perlu dititikberatkan. Oleh itu, untuk memastikan jalan sentiasa
berada dalam keadaan yang baik, ia perlulah dipelihara oleh pihak yang terlibat untuk menjamin
keselesaan pengguna jalan.
Namun, terdapat situasi yang amat menyedihkan apabila melihat keadaan jalan yang
rosak teruk akibat pihak yang berkenaan tidak memainkan peranan mereka mengenai
tanggunngjawab masing-masing. Sepertimana kerosakan jalan yang berlaku di Kampung
Tegayong iaitu jalan yang boleh dikatakan menjadi pilihan penduduk menuju ke Kota Bharu di
mana penduduk lebih gemar menggunakan jalan ini kerana ianya tidak terlibat dengan kesesakan
lalulintas dan lebih cepat sampai ke destinasi yang ingin ditujui. Walaupun begitu, kerap kali
terdengar rungutan para penduduk mengenai jalan yang mengalami retakan, lelubang, tidak rata,
ketiadaan lampu jalan dan sebagainya.
Secara amnya, jenis kerosakan jalan yang mengalami keretakan boleh berlaku dalam
berbagai bentuk iaitu daripada satu retakan kecil sehingga saling bersambung dan meliputi
keseluruhan turapan. Antara faktor-faktor yang mengakibatkan berlakunya keretakan ialah
tekanan daripada beban gandar, perubahan suhu dalam lapisan jalan, serta kandungan lembapan
yang berlebihan. Keretakan yang berlaku pada jalan menyebabkan pengguna tidak selesa melalui
jalan kerana keretakan yang teruk boleh menghakis permukaan tayar bagi setiap kenderaan yang
melalui jalan ini. Jadi ia akan mengundang kemalangan juga kerana, pengguna tidak dapat
mengawal kenderaan apabila melalui jalan yang mengalami keretakan. Terdapat beberapa jenis
retakan iaitu retak memanjang, retak pinggir, retak blog, retak buaya, retak pantulan, dan retak
bulan sabit. Rajah 1 menunjukkan retak buaya yang berlaku pada permukaan jalan di Kampung
Tegayong.
Rajah 1 : Jalan yang mengalami keretakan (retak buaya) akibat daripada kegagalan
patah permukaan turapan.
Selain keretakan, jalan di Kampung Tegayong ini juga turut mengalami lekukan.
Sepertimana yang diketahui, lekukan ini terjadi apabila sesuatu kawasan di mana arasnya lebih
rendah daripada kawasan sekitarnya atau deformasi yang berlaku pada laluan roda kenderaan
yang selari dengan jalanraya. Ia berlaku disebabkan oleh penggenapan subgred ataupun kerja-
kerja pembinaan jalan yang kurang baik serta akibat beban dari roda kenderaan yang dikenakan
ke atas jalanraya. Lekukan yang berlaku menyebabkan ketidakselesaan kepada pemanduan dan
air yang bertakung akan melemahkan turapan seterusnya membawa kepada kerosakan yang lebih
besar.
Rajah 2 : Lelubang yang berlaku di jalan Kampung Tegayong
Di samping itu juga, ketiadaan lampu jalan turut berlaku di Kampung Tegayong ini.
Disebabkan oleh tiadanya lampu jalan, kemalangan sering berlaku di sini. Ini menyebabkan
nyawa pengguna terancam. Hal ini berlaku kerana keadaan jalan yang gelap gelita tanpa cahaya
lampu pada waktu malam. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini pihak yang terlibat mestilah
memasang lampu jalan di kampung ini untuk memudahkan lagi pengguna melalui jalan ini dan
untuk menerangi jalan ini pada waktu malam supaya tidak terjadinya kemalangan.
Rajah 3 : Ketiadaan lampu jalan di Kampung Tegayong.
Keadaan papan tanda yang terlindung oleh semak samun juga turut berlaku di Kampung
Tegayong. Papan tanda yang terhalang oleh semak samun boleh menyebabkan pengguna ragu-
ragu mengenai jalan yang dilalui. Hal yang berlaku ini akan menghalang pandangan pengguna
terhadap papan tanda tersebut. Jadi semak samun ini mestilah dibuang supaya pengguna boleh
melihat papan tanda dengan lebih jelas dan tidak mengelirukan pengguna.
Rajah 4 : Keadaan papan tanda yang terhalang oleh semak samun yang berada di tepi jalan.
Selain itu, jambatan yang sempit di kampung ini menyebabkan hanya satu arah
kenderaan sahaja yang boleh melalui jambatan dalam satu masa. Ini akan menyebabkan
kenderaan yang datang dari arah bertentangan perlu menunggu kenderaan tersebut melepasi
jambatan dahulu sebelum melaluinya. Jadi, ia akan melambatkan lagi perjalanan para pengguna.
Oleh itu, saya cadangkan, jambatan tersebut perlulah diperlebarkan supaya dua kenderaan dari
arah bertentangan boleh melalui jalan bagi melancarkan lagi pergerakan kenderaan dan
mempercepatkan lagi pengguna melalui jambatan itu. Rajah 4 menunjukkan jambatan yang
sempit yang berada di Kampung Tegayong yang merumitkan pergerakan kenderaan untuk
melaluinya.
Rajah 5 : Jambatan yang sempit yang berada di Kampung Tegayong.
Segala yang dicadangkan adalah untuk keselamatan pengguna yang jalan ini. Jadi, saya
harap pihak tuan dapat menitikberatkan cadangan saya untuk proses menyelenggara jalan di
Kampung Bukit Tegayong seperti yang diterangkan. Jasa baik pihak tuan amat dihargai dan
semua yang dicadangkan adalah demi memastikan keselamatan pengguna terjamin.