Download - Laporan Kajian Nurseri Upm
-
8/9/2019 Laporan Kajian Nurseri Upm
1/13
LAPORAN KAJIAN NURSERI UPM
Pengenalan
Perusahaan nurseri atau semaian tumbuhan hortikultur hiasan memberi tumpuan kepadapengeluaran bahan tanaman untuk melaksanakan projek landskap.
Defenisi nurseri
Nurseri ialah tempat anak benih pokok dihasilkan dan ditempatkan sebelum ditanam di
tempat yang kekal atau dipasarkan. Ini membolehkan penjagaan yang rapi dan pemilihan
pokok dapat dilakukan dengan mudah di nurseri.
Terdapat tiga jenis nurseri
I. Nurseri runcit.
Merupakan tempat menghasilkan dan memasarkan tanaman hiasan. Biasanya
nurseri runcit dilakukan secara kecil-kecilan. Di samping itu, nurseri ini juga
menjual bahan lain seperti pasu, baja dan racun dan kadang kala anak pokok buah-
buahan.II. Nurseri borong
Nurseri jenis ini memerlukan kawasan yang luas bagi mengeluarkan bahan tanaman
hiasan dalam kuantiti yang besar. Terdapat juga nurseri borong yang memberi sub-
kontraktor kepada beberapa buah nurseri kecil untuk menampung pengeluaran
bahan tanaman hiasan. Nurseri ini biasanya memasarkan tanaman hiasan secara
besar-besaran atau pukal kepada nurseri runcit dan juga kepada kontraktor
landskap.
III. Nurseri landskap
Kebanyakan nurseri ini tidak mengeluarakan tanaman hiasan sendiri tetapi
mendapat bekalan daripada nurseri borong atau nurseri runcit. Nurseri ini lebih
memberi perkhidmatan kepada pelanggan seperti menyediakan pelan landskap,
-
8/9/2019 Laporan Kajian Nurseri Upm
2/13
menjalankan kerja pelandskapan termasuk pembinaan kolam, air pancut, air terjun
dan kerja penyenggaraan kawasan.
Struktur nurseri
Terdapat beberapa binaan yang perlu ada di dalam nurseri adalah seperti :
1. Rumah tumbuhan
2. Pejabat dan tempat jualan
3. Setor
4. Tempat penyediaan medium dan pemasuan (potting shed)
5. Tempat pembiakan
6. Tempat pengerasan
Rumah tumbuhan
Rumah tumbuhan ialah tempat untuk menyimpan tumbuh-tumbuhan yang tidak tahan
dengan pancaran cahaya matahari terik. Rumah tumbuhan boleh dibina daripada kayu
atau keluli. Ia adalah struktur untuk menyimpan pokok yang memerlukan teduhan 25%
hingga 75% mengikut keperluan jenis tumbuhan dan spesis pokok hiasan.
Pejabat dan tempat jualan
Pejabat dan tempat jualan ialah tempat pentadbiran serta tempat kawalan aktiviti dalam
dan luar kawasan nurseri. Kelengkapan asas seperti perabot adalah perlu untuk
mengendalikan urus niaga. Di samping itu, tempat jualan juga disediakan untuk urusan
jual beli.
Setor
Setor ialah tempat menyimpan peralatan dan bahan kimia pertanian. Biasanya setor bahan
kimia diasingkan dengan setor peralatan. Setor bahan kimia seperti racun dan baja dibina
jauh dari kawasan orang ramai atau pelanggan kerana ianya berbahaya. Setor peralatan
atau kelengkapan dibina untuk menyimpan peralatan seperti cangkul, sabit, beg politena,
-
8/9/2019 Laporan Kajian Nurseri Upm
3/13
tajak, kereta sorong dan pasu. Peralatan dalam setor perlu disusun rapi untuk
mengelakkan kemalangan dan memudahkan mendapat alatan dan bahan. Peralatan yang
telah digunakan perlu dibersihkan sebelum disimpan di dalam setor.
Tempat penyediaan medium dan pemasuan (Potting shed)
Tempat penyediaan medium dan pemasuan ialah ruang berbumbung bagi menempatkan
bahan medium seperti tanah, pasir dan bahan organik. Bahan tersebut diletakkan dalam
sekatan atau blok khas yang dibuat daripada konkrit atau kayu. Ruang ini juga digunakan
untuk menyediakan medium, mengisi bekas semaian atau pasu. Ruang ini memerlukan
lantai konkrit atau lantai berturap untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan.
Tempat pembiakan
Tempat pembiakan ialah ruang yang digunakan untuk menjalankan proses pembiakan
dan tempat sementara bagi bahan yang telah disemai sebelum diubah ketempat
pengerasan. Tanaman hiasan dalaman juga ditempatkan di sini. Tempat ini
berbumbungkan jaring hitam atau hijau yang boleh memberikan sehingga 80% naungan.
Penggunaan sistem siraman jenis renjisan kabus sangat sesuai di kawasan ini.
Tempat pengerasan
Tempat pengerasan ialah ruang terbuka supaya mudah untuk mendapat cahaya matahari
sepenuhnya. Lantai tempat pengerasan diperbuat daripada konkrit, berturap atau batu
kelikir bagi memudahkan kerja-kerja penyenggaraan. Tempat pengerasan menempatkan
tanaman hiasan untuk proses pengerasan bagi menyesuaikan tanaman hiasan dengan
keadaan persekitaran yang baru.
-
8/9/2019 Laporan Kajian Nurseri Upm
4/13
Faktor penting dalam pembinaan rumah tumbuhan
Orientasi
Rumah tumbuhan yang baik dibina pada kedudukan Utara Selatan. Kedudukan ini bagimembolehkan cahaya matahari sampai kepada tumbuh-tumbuhan dengan sekata.
Peratus dan bahan teduhan
Peratus teduhan berbeza mengikut tumbuhan. Tumbuhan yang memerlukan lebih cahaya
menggunakan peratus teduhan yang kurang, manakala tumbuhan yang memerlukan
kurang cahaya menggunakan peratus teduhan yang tinggi. Jaring hitam atau hijau boleh
digunakan sebagai bahan teduhan. Selain itu, pokok besar yang rendang, tumbuh tegakdan daun tidak gugur juga boleh digunakan sebagai teduhan.
Bahan binaan
Bahan binaan yang digunakan untuk membina rumah tumbuhan yang tahan lama.Bahan
binaan hendaklah dicat supaya tahan daripada karat dan kelihatan menarik.
Sistem penyiraman
Rumah tumbuhan bagi proses penyiraman yang mempunyai kawasan yang kecil,
biasanya penyiraman dilakukan secara manual iaitu dengan menggunakan tong
penyiraman atau hos getah yang disambung kepada paip, manakala bagi kawasan yang
besar, sistem penyiraman seperti sistem renjisan dan sistem pengairan titis samada
secara manual atau automatik lebih sesuai digunakan. Ini kerana sistem ini memudahkan
penyiraman dan berkesan.
Susunan tumbuhan
Susunan tumbuhan bergantung kepada saiz dan bentuk rumah tumbuhan. Tanaman boleh
disusun secara bertingkat atau di dalam barisan untuk memudahkan penyenggaraan dan
pergerakan.
-
8/9/2019 Laporan Kajian Nurseri Upm
5/13
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Pengenalan
Taman Pertanian Universiti, Universiti Putra Malaysia ditubuhkan pada 1 Disember 2001untuk menyediakan kemudahan pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan dalam
bidang pertanian untuk pelajar dan staf serta masyarakat. TPU ini bermula dengan
bahagian ladang, UPM yang berfungsi sejak tahun 1971 untuk menyediakan latihan
praktik pelajar dan memberi perkhidmatan kepada kampus seperti pengangkutan,
kebersihan dan lain-lain. Taman Pertanian Universiti menyediakan kemudahan
penyelidikan yang lengkap di makmal, ladang, dan stesen penyelidikan bagi melicinkan
perlaksanaan penyelidikan dan pembangunan. Diantara perkhidmatan yang ditawarkan
adalah perkhidmatan tapak dan kawasan penyelidikan, bahan-bahan penyelidikan alatan
dan jentera, dan pengangkutan. Taman Pertanian Universiti juga menyediakan
perkhidmatan pengurusan, penyelidikan, inkubasi dan pembangunan agroteknoprenur.
Taman Pertanian Universiti ditubuhkan di universiti ini sebagai jentera penggerak dan
pelantar bagi integrasi kesemua komponen pertanian menggunakan pendekatan
menyeluruh dalam usaha membangun dan memodenkan sektor pertanian, dan
pengeluaran makanan negara. Untuk merealisasikan Taman Pertanian Universiti sebagai
pelantar bagi meningkatkan perkhidmatan pertanian, Taman Pertanian Universiti
merupakan pusat pengiktiraf sumber dan produk pertanian, pusat pendedahan,
pengalaman dan kemahiran pertanian dan pusat perkhidmatan pakar dan pakar rujukan
pertanian.
-
8/9/2019 Laporan Kajian Nurseri Upm
6/13
Struktur penting nurseri
1. Rumah tumbuhan
Rumah tumbuhan di Taman Pertanian Universiti, UPM dibina daripada kelulimenggunakan kain nett hitam yang memberi teduhan sebanyak 25% sehingga 75%
perlindungan cahaya matahari kepada tumbuhan mengikut jenis dan spesis keperluan
cahaya kepada tumbuhan hiasan dan pokok. Di Taman Pertanian Universiti, UPM
terdapat tujuh buah rumah tumbuhan yang menyimpan tumbuh-tumbuhan yang tidak
tahan dengan pancaran cahaya matahari terik. Rumah tumbuhan ini menempatkan
pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang berbeza mengikut jenis tumbuhan dan spesis
pokok hiasan.
Rumah tumbuhan
2. Pejabat dan pusat jualan
Di Taman Pertanian Universiti, UPM terdapat satu pejabat yang dikenali sebagai bilik
operasi yang menempatkan seorang pembantu pertanian. Bilik operasi ini berperanan
sebagai pusat pentadbiran serta tempat kawalan aktiviti dalam dan luar kawasan nurseri.Dalam pejabat ini terdapat kelengkapan untuk memudahkan kerja-kerja pentadbiran
nurseri ini dijalankan.
-
8/9/2019 Laporan Kajian Nurseri Upm
7/13
Bilik operasi
3. Setor
Taman Pertanian Universiti, UPM mempunyai sebuah setor yang menyimpan pelbagai
jenis peralatan dan bahan kimia pertanian. Setor ini terletak bersebelahan dengan bilik
operasi. Setor ini menempatkan pelbagai jenis kelengkapan dan peralatan yang di simpan
seperti cangkul, kereta sorong, sabit, bekas-bekas semaian, beg politena, tajak dan
sebagainya. Di dalam setor ini juga terdapat bahan kimia dan baja di simpan tetapi ia di
asingkan dengan tempat menyimpan peralatan dan kelengkapan pertanian.
Setor
-
8/9/2019 Laporan Kajian Nurseri Upm
8/13
4. Tempat penyediaan medium dan pemasuan
Taman Pertanian Universiti, UPM terdapat tempat penyediaan medium dan pemasuan
yang lengkap yang terdapat ruang berbumbung bagi menempatkan bahan medium seperti
tanah, pasir dan bahan organik yang dinamakan sebagai ruang kerja. Di ruang kerja ini
kerja-kerja penyediaan medium dan pemasuan dilakukan. Di Taman Pertanian Universiti,
UPM terdapat lima ruangan yang menempatkan bahan medium seperti tanah, pasir dan
bahan organik. Selain itu, terdapat satu ruangan yang diletakkan pasu untuk kerja-kerja
pemasuan. Tempat penyediaan medium ini di gunakan untuk kerja-kerja menyediakan
medium, mengisi bekas semaian dan kerja-kerja pemasuan tumbuh-tumbuhan. Tempat
penyediaan medium dan pemasuan ini mempunyai lantai konkrit, ini adalah bagi
memudahkan kerja-kerja pembersihan dilakukan selepas menyediakan semaian danpemasuan dilakukan.
Tempat penyediaan medium
-
8/9/2019 Laporan Kajian Nurseri Upm
9/13
Bahan medium yang digunakan untuk proses penanaman
Bahan medium seperti tanah, pasir dan bahan organik ini diletakkan dalam satu ruangan
yang berbeza yang diasingkan, di mana terdapat satu ruangan untuk tanah, pasir dan
bahan organik. Pasu juga diletakkan dalam satu ruangan lain, di mana dalam ruangan
tersebut terdapat pelbagai jenis pasu bagi memudahkan kerja-kerja pemasuan
dijalanakan. Terdapat satu ruangan yang disediakan untuk kerja-kerja pemasuan
dijalankan.
Ruangan pemasuan
Terdapat satu ruangan yang menempatkan pasu, di mana terdapat pelbagai jenis pasu
pasu yang digunakan dalam kerja-kerja pemasuan.
Ruangan pasu-pasu
-
8/9/2019 Laporan Kajian Nurseri Upm
10/13
5. Tempat pembiakan
Taman Pertanian Universiti, UPM mempunyai tempat pembiakan yang dinamakan rumah
rumah pembiakan tumbuh-tumbuhan, di mana di dalam rumah pembiakan tersebut kerja-
kerja pembiakan tumbuh-tumbuhan dijalankan. Di Taman Pertanian Universiti,UPM
terdapat sebuah rumah pembiakan. Rumah pembiakan yang terdapat di Taman Pertanian
Universiti, UPM diperbuat daripada keluli dan berbumbung yang boleh memberikan
sehingga 80% naungan kepada tumbuh-tumbuhan.
.
Rumah Pembiakan
Rumah pembiakan ini digunakan untuk menjalankan proses pembiakan dan tempatsementara bagi tumbuh-tumbuhan sebelum diubah ketempat pengerasan.
Proses pembiakan di jalankan di rumah pembiakan
-
8/9/2019 Laporan Kajian Nurseri Upm
11/13
Di dalam rumah pembiakan di Taman Pertanian Universiti, UPM terdapat satu sistem
siraman iaitu sistem siraman jenis renjisan kabus.
Sistem siraman
6. Tempat pengerasan
Di Taman Pertanian Universiti, UPM tidak terdapat tempat khusus untuk tempat
pengerasan tumbuh-tumbuhan. Biasanya tumbuh-tumbuhan yang disemai diletakkan di
kawasan terbuka dan terdedah kepada sinaran cahaya matahari. Di Taman Pertanian
Universiti, UPM tempat pengerasan yang menempatkan tumbuh-tumbuhan selepas kerja-
kerja penyemaian dan pemasuan dilakukan, di mana tumbuh-tumbuhan itu biasanya di
letakkan di hadapan bagunan yang terbuka sebagai tempat pengerasan.
Tempat pengerasan
-
8/9/2019 Laporan Kajian Nurseri Upm
12/13
Faktor penting dalam pembinaan rumah tumbuhan
Orientasi
Rumah tumbuhan di taman Pertanian UPM ini dibina pada kedudukan Utara Selatan bagimembolehkan cahaya matahari sampai kepada tumbuh-tumbuhan dengan sekata.
Peratus dan bahan teduhan
Di taman Pertanian UPM kebanyakkannya menanam pelbagai jenis pokok hiasan dan
biasanya menggunakan jaring hitam sebagai tempat teduhan bagi tumbuhan. Peratus
teduhan berbeza mengikut tumbuhan sebagai contohnya pokok yang masih kecil
memerlukan tempah yang lebih redup berbanding pokok yang telah besar dan matang.Peratusan Jaring hitam atau hijau boleh digunakan sebagai bahan teduhan anggaran 25%
- 75%.
Bahan binaan
Bahan binaan yang digunakan untuk membina di pertanian UPM ini menggunakkan besi
yang tahan karat dan tahan lama. Rumah teduhan ini perlu dicat supaya tahan daripada
karat dan kelihatan menarik.
Sistem penyiraman
Rumah tumbuhan di taman Pertanian UPM menggunakan pam air sebagai sumber
bekalan sebagai sistem penyiraman pokok-pokok disini. Terdapat dua kaedah iaitu proses
titisan dan semburan secara kabus bagi anak-anak pokok yang baru di tanam. Sistem ini
telah dilakukan secara automatik. Ini kerana sistem ini memudahkan penyiraman dan
berkesan.
Susunan tumbuhan
Susunan tumbuhan ini boleh mempengaruhi dan ia bergantung kepada saiz, bentuk dan
rumah tumbuhan. Di taman Pertanian UPM ini pokok telah diasingkan mengikut jenis-
-
8/9/2019 Laporan Kajian Nurseri Upm
13/13
jenis supaya memudahkan kepada para pelajar membuat penyelidikkan dan memudahkan
untuk melihat penyakit yang ade pada sesuatu pokok apabila terkena seranggan penyakit.
Di samping itu, faktor susunan tanaman memudahkan bagi proses penyenggaraan dan
pergerakan.