Download - laporan amali awan.docx
-
7/27/2019 laporan amali awan.docx
1/25
TAJUK : Awan dan Cuaca
TUJUAN :Untuk mengkaji hubungan di antara cuaca dengan jenis pembentukan
awan di atmosfera
PENGENALAN/TEORI:
Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Ia
kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit.awan terjadi apabila
cahaya matahari memanaskan permukaan bumi dan udara. Udara yang telah
panas tadi akan mengembang dan naik ke atas. Udara mengandungi wap air.
Apabila wap air ini mengalami proses pemeluwapan, maka awan terbentuk.
Semakin panas udara, semakin banyak wap air terkandung di dalam uadara kerana
air lebih cepat menyejat. Udara yang panas dan sarat dengan air ini akan naik tinggi
sehingga tiba di satu lapisan dengan suhu yang lebih rendah., wap air itu akan
mencair dan terbentuklah molekul-moleku air yang tidak terhingga banyaknya yang
dipanggil awan. Umumnya,proses pemeluwapan berkait rapat dengan pembentukan
awan. Semakin tinggi kadar pemeluwapan maka semakin tebal awan yang
terbentuk. Sifat awan terbentuk adalah berbagai-bagai seperti bentuk nipis, tebal,
bergelombang, berkelompok kecil atau besar dan juga berjalur. Selain itu, terdapat
juga awan yang nipis dan cerah serta awan yang tebal dan warnanya gelap
bergantung kepada jumlah kandungan bintik-bintik air atau hablur ais yang terdapat
di dalamnya dan bergantung kepada kadar pemeluwapan yang telah berlaku di
dalam atmosfera tersebut.
Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air dalam awan akan menjadi
semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin berat. Hinggalah sampai satu
peringkat titik-titik itu akan terus jatuh ke bawah dan turunlah hujan.
Pembentukan awan berlaku hampir keseluruhannya pada bahagian bawah
atmosfera yang dikenali sebagai Troposfera. Awan terbahagi kepada dua kumpulan
besar : iaitu yang berbentuk kumulus (cumiliform) dan yang berbentuk berlapis-
lapis(stratiform). Saiz, bentuk dan warna awan berubah mengikut kandungan
kelembapan dan kesetabilan atmosfera. Atmosfera pada amnya dibahagi kepada
LAPORAN AMALI 1 (AWAN DAN CUACA)
-
7/27/2019 laporan amali awan.docx
2/25
tiga peringkat didefinasikan mengikut garis lintang, paras ketinggian dan kekerapan
kewujudan awan-awan tertentu seperti berikut :
Terdapat 10 jenis awan iaitu :
Kumpulan A: Awan tinggi (6,000 m keatas)
Sirus (CI)
Awan tipis dan kelihatan seperti sutra. Keadaannya yang tidak tersusun
menunjukkan cuaca baik akan tiba. Sekiranya tersusun rapi dan rapat bersamaawan, sirostratus dan altostratus ia menunjukkan cuaca buruk akan tiba. Ia terdiridaripada hablur ais.
Sirostratus (Cs)
Kepingan awan tipisyang melitupi langit dan biasanya menjadi tanda kedatanganribut.
Kumpulan B: Awan pertengahan(2,000 - 5,000 m)
Altostratus (As)
kepingan awan seragam kelabu atau kebiru-biruan yang biasanya menunjukkanstruktur gentian. Ia kelihatan seperti awan sorostratus yang tebal dan sering bersatudengannya. Awan ini biasanya diikuti oleh hujan yang meluas dan berterusan.
Altokumulus (Ac)
Jisim awan yang berbentuk glob yang telah terhimpit dan biasanya terdapat dalambentuk tersusun atau berderet.
Sirokumulus (Cc)
Terdapat dalam kumpulan-kumpulan kecil, atau dalambentuk garis-garis, ataupunjarak,ataupun riak-riak yangmenggambarkan kepingan awanyang beralun-alun. Iajuga dipanggilsebagai mackerel sky.
-
7/27/2019 laporan amali awan.docx
3/25
Kumpulan C: Awan rendah (2,000 mke bawah)
Stratus (St)
lapisan awan seragam yang rendah dan memyerupai kabut,tetapi ia tidak jejak
ke permukaanbumi.
Nimbostratus (Ns)
lapisan awan tumpat yang rendah yang tidak mempunyai apa-apa bentuk tertentudan biasanya ia membawa kerpasan yang berterusan.
Stratokumulus (Sc)
jisim-jisim awan kelabu yang berbentuk glob besar dan biasanya terdapat bersusun.
Kumpulan D: Awan menegak (Vertikel)
Kumulus (Cu)
awan tebal dan tumpat yang mempunyai perkembangan tegak ke atas.Permukaanatasnya berbentuk kubah dan strukturnya seakan-akan bunga kobis, sementaradasarnya hampir datar. Kebanyakan awan cumulus adalah jenis awan cuacabaik walau pun ada kalanya awan kumulusyang tinggi akan berkembang menjadiawan kumulonimbus (awan Menegak)
Kumulonimbus
(dikaitkan denganhujan lebat dan ribut petir) (Cb)-Jisim awan yang sungguh tebaldengan perkembangan tegak yang amat jelas dimana kemuncaknya kelihatanseperti gunung atau pun menara. Awan jenis ini biasanya disertai oleh hujan yanglebat, badai, ribut petir dan kadang kala hujan batu.
RAJAH 1
JENIS DAN KEDUDUKAN AWAN
-
7/27/2019 laporan amali awan.docx
4/25
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 4
Enam daripadanya tergolong ke dalam peringkat-peringkat tersebut diatas seperti
berikut :
1. Awan peringkat rendah : Stratokumulus dan stratus.
2. Awan peringkat pertengahan : Altokumulus.
3. Awan peringkat tinggi : Sirus, Sirokumulus, dan Sirostratus.
-
7/27/2019 laporan amali awan.docx
5/25
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 5
Jenis selebihnya tidak tergolong ke dalam peringkat - peringkat tersebut diatas
sepenuhnya. Awan-awan ini mempunyai kecenderungan mengembang dari satu
peringkat ke peringkat lain seperti berikut :
1. Altostratus biasanya terjadi pada peringkat pertengahan tetapi boleh
mengembang ke peringkat tinggi.
2. Nimbostratus berkembang dari peringkat pertengahan ke peringkat tinggi
dan rendah.
3. Awan-awan Kumulus dan Kumulonimbus lazimnya mempunyai tapak di
peringkat rendah tetapi mengembang ke peringkat pertengahan dan tinggi.
JENIS AWAN DAN CIRI-CIRINYA
Jenis Ciri-ciri
Stratus
Letaknya rendah < 610m di atas bumidan sangat luas, lapisannya melebarseperti kabut yang berlapis-lapis,berwarna abu-abu, pinggirnya bergerigi,menghasilkan hujan gerimis/salju.
-
7/27/2019 laporan amali awan.docx
6/25
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 6
Nimbostratus
Awan ini memiliki bentuk yang tidakmenentu, tepinya compang-camping takberaturan, tebal, berwarna putihkegelapan, menimbulkan gerimis/salju.
Stratokumulus
Awan bertompok dan membentukgulungan besar seperti gelombang,halus, lapisannya tidak begitu tebal,berwarna putih keabu-abuan dengantepian terang, di antaranya masih sedikitterlihat langit biru berselang-seling, tidakmembawa hujan.
Altostratus
Awan ini luas, tampak sepertialas/selendang, berwarna keabu-abuan,
bahagian yang menghadap sinarmatahari tampak lebih terang,mengandung hujan.
Altokumulus
Awan ini kecil-kecil tetapi banyak,biasanya berbentuk seperti bola yang
tebal atau bergulung-gulung melingkarseperti makaroni, berwarna putih atauabu-abu.
-
7/27/2019 laporan amali awan.docx
7/25
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 7
Sirus
Awan ini halus, struktur berserat, tampakseperti bulu ayam, sering tersusun
sebagai pita yang melengkung, berwarnaputih, tidak menimbulkan hujan.
Sirustratus
Tampak seperti kelambu putih halus, luasmenutupi langit sehingga tampak cerah,mempunyai struktur serat dan kadang
terlihat seperti anyaman yang tidakteratur.
Siruskumulus
Awan ini terputus-putus dan penuhkristal-kristal es, tampak sepertigerombolan domba, berwarna putih,tebal, dapat menimbulkan bayangan.
Kumulus
Letaknya rendah, terpisah-pisah, bagiandasarnya berwarna hitam dan di atasnyaputih berbentuk kubah seperti kapas,memiliki puncak-puncak berkepul-kepulmembulat agak tinggi dan memiliki dasar
horizontal, tebal, terbentuk pada sianghari dalam udara yang naik, awan inibiasanya menghasilkan hujan.
Kumulonimbus
Awan ini merupakan salah satu awanyang menimbulkan hujan disertai denganpetir. Memiliki isi padu yang besar, tebal,tampak seperti menara/gunung denganbahagian bawah yang melebar dan awan
ini menghasilkan hujan, hujan es, dankilat.
-
7/27/2019 laporan amali awan.docx
8/25
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 8
Amali ini telah dilaksanakan untuk melihat keadaan cuaca dengan
pembentukan awan dalam satu tempoh masa empat belas hari iaitu bermula pada
18 Julai 2013 hingga 31 Ogos 2013. Lokasi yang telah saya pilih adalah di sekitar
Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang sekitar jam 3:00 hingga 4:00 petang.
TUJUAN : Untuk mengkaji hubungan di antara cuaca dengan jenis
pembentukan
awan diatmosfera
PERNYATAAN MASALAH: Adakah jenis awan boleh digunakan untuk
menentukan /meramal cuaca di sesuatu kawasan
HIPOTESIS: Kajian terhadap jenis awan di sesuatu lokasi dapat menentukan
keadaan cuca pada hari tersebut
PEMBOLEHUBAH :
Dimanipulasi : Jenis awan
Bergerakbalas : Keadaan cuaca
Dimalarkan : Lokasi penyiasatan
RADAS : kamera digital DSLR 3100, termometer, jadual pemerhatian
PROSEDUR :
1. Sebelum pemerhatian awan dilakukan, maklumat mengenai awan telah
dicari dan dikumpulkan sebagai rujukan amali. Rujukan diambil daripada
mana-mana sumber bahan bacaan.
2. Lokasi pemerhatian awan dipilih. Pemerhatian telah dijalankan selama 2
minggu berturut-turut.
3. Pemerhatian dijalankan pada waktu yang sama setiap hari di lokasi yang
sama.
4. Gambar pemerhatian awan diambil menggunakan kamera digital.
-
7/27/2019 laporan amali awan.docx
9/25
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 9
5. Pemerhatian awan direkodkan. Rekod pemerhatian termasuklah perubahan
cuaca pada hari tersebut samada hujan atau tidak.
6. Data yang dikumpulkan dianalisis dan ditafsirkan.
7. Laporan lengkap amali disediakan.
8. Laporan lengkap amali turut disertakan bersama jadual, gambar dan carta
sebagai bahan sokongan pemerhatian.
9. Kepentingan dapatan amali dibincangkan.
LANGKAH BERJAGA-JAGA
1. Dalam pemerhatian awan, kesukaran untuk menentukan jenis awan adalah
masalah yang sukar dihadapi kerana bentuk awan adalah berbeza dan
maklumat mengenai awan adalah sangat sedikit.
2. Memastikan tidak terdapat halangan terhadap awan, seperti asap yang tebal.
3. Memastikan gambar di ambil di tempat yang lapang
4. Memastikan gambar diambil tepat pada masanya.
5. Memastikan gambar diambil menggunakan apperture kecil agar gambar lebih
tajam.
-
7/27/2019 laporan amali awan.docx
10/25
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 10
HARI/
TARIKH GAMBAR AWAN DATA DAN MAKLUMAT
HARIPERTAMA
14.07.2013
MASA
3.00 PETANG
Jenis : Awan rendah
Nama : kumulunimbus
Suhu : 25C
Cuaca : hujan
Kelembapan : 80%
Keadaan awan: awan yang
sungguh tebal dengan perkembangan
tegak yang amat jelas di mana
kemuncaknya kelihatan
seperti gunung ataupun menara.
HARI KEDUA
15.07.2013
MASA
3:45 petang
Jenis : Awan Pertengahan
Nama : Altrostratus
Suhu :31C
Cuaca : cerah
Kelembapan : 40%
Keadaan awan: Awan ini kecil-kecil
tetapi banyak, biasanya berbentuk
seperti bola yang tebal atau
bergulung-gulung melingkar
seperti makaroni, berwarna putih atau
kelabu.
Jadual 1: JADUAL PEMERHATIAN TERHADAP AWAN MENGIKUT HARI
-
7/27/2019 laporan amali awan.docx
11/25
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 11
HARI KETIGA
16.07.2013
MASA
3:40 petang
Jenis : Awan Rendah
Nama : Stratus
Suhu :Cuaca : cerah
Kelembapan : 50%
Keadaan awan: membentuk lapisan
awan seragam yang rendah dan
menyerupai kabut, tetapi tidak jejak
ke permukaan bumi
HARI
KEEMPAT
17.07.2013
MASA
3:00 petang
Jenis : Awan Pertengahan
Nama : NimbostratusSuhu : 29C
Cuaca : cerah
Kelembapan : 50%
Keadaan awan: berkepul-kepul seperti
lembaranLembaran dengan lapisan yang
tebal, warna kelabu dan gelap.
-
7/27/2019 laporan amali awan.docx
12/25
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 12
HARI KELIMA
18.7.2013
MASA
3:45 petang
Jenis : Awan Tinggi
Nama : Sirustratus
Suhu :28C
Cuaca : mendung
Kelembapan :60%
Keadaan awan: Tampak seperti
kelambu putih halus,
luas menutupi langit sehingga
tampak cerah, mempunyai struktur
serat dan kadang terlihat seperti
anyaman yang tidak teratur
HARI KEENAM
19.7.2013
MASA
3.30 PETANG
Jenis : Awan Pertengahan
Nama : Altostratus
Suhu : 27C
Cuaca : mendung
Kelembapan : 60%
Keadaan awan:awan kelihatan
lebih padat dan berwarna lebih
gelap atau kelabu, Nampak seperti
air dan melitupi hampir keseluruhan
langit.Awan ini akan menghasilkan
hujan apabila ia menjadi cukup.
-
7/27/2019 laporan amali awan.docx
13/25
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 13
HARI KETUJUH
20. 7.2013
MASA
3:30 petang
Jenis : Awan Tinggi
Nama : sirus
Suhu :30C
Cuaca : panas
Kelembapan : tinggi
Keadaan awan: kurang berawan.langit
cerah,awan pada kedudukan yang
rendah . Awan ini halus, struktur berserat,
tidak menimbulkan hujan
HARIKELAPAN
21.07.2013
MASA
3.30 PETANG
Jenis : Awan Tinggi
Nama : Sirus
Suhu : 31C
Cuaca : cerah
Kelembapan : 40%
Keadaan awan: Awan ini halus,
struktur berserat, tampak seperti
bulu ayam, sering tersusun sebagai
pita yang melengkung, berwarna putih,
tidak menimbulkan hujan.
-
7/27/2019 laporan amali awan.docx
14/25
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 14
HARI
KESEMBILAN
22.7.2013
MASA
3:15 petang
Jenis : Awan Pertengahan
Nama : Nimbostratus
suhu :30C
Cuaca : cerah
Kelembapan : 40%
Keadaan awan: Awan ini memiliki
bentuk yang tidak menentu,
tepinya compang-camping tak beraturan,
tebal, berwarna putih kegelapan.
HARI
KESEPULUH
23.7.2013
MASA
3:45 PETANG
Jenis : Awan rendah
Nama : Kumulus
Suhu :28C
Cuaca : mendung
Kelembapan : 60%
Keadaan awan: Letaknya rendah,
terpisah-pisah, bahagian dasarnya
berwarna hitam dan di atasnya
putih berbentuk kubah seperti
kapas, memiliki puncak-puncak
berkepul-kepul. awan ini biasanya
menghasilkan hujan.
HARI
KESEBELAS
24.7.2013
MASA
3:30 PETANG
Jenis : awan Pertengahan
Nama : Nimbostratus
Suhu :28C
Cuaca : mendung
Kelembapan : tinggi
Keadaan awan: Awan ini memiliki
bentuk yang tidak menentu,
tepinya compang-camping tak beraturan,
-
7/27/2019 laporan amali awan.docx
15/25
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 15
HARI KETIGA
BELAS
26.7.2013
3:10 petang
Jenis : Awan Pertengahan
Nama : Nimbostratus
Suhu : 30C
Cuaca : cerah
Kelembapan : 28C tinggi
Keadaan awan: 50%
Berwarna putih dan berkedudukan
rendah dari permukaan bumi.
tebal, berwarna putih kegelapan,.
HARI
KEDUA
BELAS
25.7.2013
MASA
3:30 petang
Jenis : Awan PertengahanNama : Nimbostratus
Suhu : 29C
Cuaca : mendung
Kelembapan : 50%
Keadaan awan: Nimbostratus
berwarna putih dan berkedudukan
rendah dari permukaan bumi.
-
7/27/2019 laporan amali awan.docx
16/25
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 16
Jenis : Awan rendah
Nama : stratus
Suhu :28C
Cuaca : cerah
Kelembapan : 40%
Keadaan awan:
Stratus terletak di bahagian langit rendah
tebal dan berwarna kelabu.awal
berkumpul di bahagian bawah seperti
berada di kaki langit
HARI
KEEMPAT
BELAS
27.7.2013
MASA
3.45 PETANG
-
7/27/2019 laporan amali awan.docx
17/25
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 17
ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN
Jadual2 : kekerapan kejadian jenis-jenis awan mengikut hari
HARIJENIS AWAN NAMA
AWANTINGGI PERTENGAHAN RENDAH
PERTAMA komulunimbus
KEDUA altostratus
KETIGA stratus
KEEMPAT Nimbostratus
KELIMA sirus
KEENAM sirus
KETUJUH altostratus
KE LAPAN Sirustratus
KESEMBILAN Nimbostratus
KESEPULUH Nimbostratus
KESEBELAS Kumulus
KEDUABELAS Nimbostratus
KETIGABELAS Nimbostratus
KEEMPAT
BELAS
stratus
Berdasarkan keputusan pemerhatian yang telah dijalankan selama empat
belas hari berturut-turut di dapati jenis awan pertengahan mempunyai kekerapan
yang lebih tinggi berlaku diikuti dengan awan rendah dan tinggi. Awan pertengahan
terjadi pada hari kedua kajian, ketiga, ketujuh, kesembilan, ke sepuluh, ke dua belas
dan ketiga belas. Awan yang terjadi adalah awan Nimbostratus dan juga awan
altostratus.Awan Altrostratus merupakan awan yang seolah-oleh kepingan seragam
kelabu atau kebiru-biruan yang biasanya menunjukkan struktur gentian.Kemunculan
awan altrostratus telah menunjukkan kejadian hujan akan berlaku. Pada sekitar
pukul 4:00 hujan pun telah turun dengan meluas dan berterusan selama hampir 2
jam. Nimbostratus pula adalah awan tumpat yang yang rendah yang tidak
mempunyai apa-apa bentuk tertentu dan biasanya ia membawa kerpasan yang
-
7/27/2019 laporan amali awan.docx
18/25
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 18
berterusan. Suhu pada ketika ini adalah rendah dalam 25C hingga 27C.
Kelembapan juga tinggi lebih 50%C.
Awan rendah pula terbentuk pada hari pertama, ketiga, ke dua belas dan
hari ke empat belas. Awannya adalah awan kumulus, kumulunimbus dan stratus.Awan kumulus adalah merupakan kumpulan awan rendah yang menegak. Awan ini
merupakan awan yang tebal dan tumpat. Mempunyai perkembangan tegak ke atas.
Awan kumulus menunjukkan cuaca baik pada ketika kajian dijalankan walaupun
kadangkala awan kumulus yang tinggi akan berkembang menjadi awan
kumulonimbus iaitu awan yang menegak. Awan kumulunimbus terbentuk asalnya
daripada awan-awan kumulus dan disertai dengan ribut petir yang teruk dengan ciri-
ciri istimewanya. Awan kumulunimbus pula adalah awan yang dikaitkan dengan
terjadinya hujan lebat dan rebut petir. Jisim awan yang sungguh tebal dengan
perkembangan tegak yang amat Awan jenis ini biasanya disertai oleh hujan yang
lebat, badai, ribut petir dan kadangkala hujan batu. Berdasarkan kajian yang
dilakukan, hujan telah turun dengan lebat dikuti dengan petir yang sederhana.
Cuaca adalah mendung dengan kelembapan yang sangat tinggi.
Pembentukan awan tinggi paling rendah , yang berlaku pada hari kelima,
ketujuh dan kelapan. Awan yang terbentuk adalah awan sirus dan sirustratus.Awan
Sirus yang telah diperhatikan adalah kelihatan halus, dan berstruktur seperti serat
dan bentuknya. Awan ini juga seringtersusun seperti pita yang melengkung di langit,
sehingga seakan. Kelihatan seperti sutera. Awan sirus berbentuk seperti kapas yang
tipis dan lembut. .Cuaca cerah pada ketika ini. Ini menunjukkan bahawa dengan
adanya awan ini, hujan tidak mungkin berlaku dalam tempoh yang lama. Awan ini
tidak menimbulkan hujan. Apabila keadaannnnya tidak tersusun ia dapat
menunjukkan bahawa cuaca baik akan tiba. Sekiranya ia tersusun rapad bersamaawan, sirostratus dan altostratus ia menunjukkan cuaca buruk akan tiba. Ia terdiri
daripada hablur ais.Ia menunjukkan cuaca yang baik, serta meunjukkan cuaca yang
baik pada hari berikutnya.. Awan Sirostratus yang terbentuk pula keadaannya
seperti kelambu putih yang halus dan rata menutup seluruh langit sehingga tampak
cerah, Berbeza dengan awan sirus yang memberi maklumat tidak berlaku hujan,
awan sirus pula biasanya menjadi tanda kedatangan ribut.apabila awan tersebut
tipis dan berkeping-keping apabila memenuhi ruang langit.
-
7/27/2019 laporan amali awan.docx
19/25
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 19
Rajah 2 : Carta Pai Kekerapan Pemerhatian terhadap Jenis Awan
Berdasarkan kepada jadual kekerapan jenis awan pada jadual dan carta pai di atas,
terdapat perbezaan yang ketara dapat dilihat pada kekerapan jenis awan yang
kelihatan. Jenis awan Nimbostratus mencatatkan kekerapan paling tinggi sebanyak36% sebanyak 5 kali pemerhatian. Awan ini memiliki bentuk yang tidak menentu,
tepinya compang-camping tak beraturan, tebal, berwarna putih kegelapan,
menimbulkan gerimis/salju. Awan nimbostratus ialah awan peringkat sederhana.
Awan nimbostratus berbentuk seperti lapisan-lapisan yang tebal dan gelap. Jenis
awan ini sering menimbulkan hujan lebat
Awan nimbostratus dan awan altostratus pula dilihat sebagai awan yang
berada pada kekerapan kedua tertinggi iaitu sebanyak 22% dengan 3 kali
pemerhatian.. . Awan alto stratus adalah awan berbentuk jalur-jalur berwarna
kelabu kebiru-biruan. Jenis awan ini sering menimbulkan hujan yang meluas dan
berterusan.
Awan Sirus
14% Awan Kumulus
7%
Awan
Altostratus
14%
Awan
Nimbostratus22%
Awan Sirostratus
7%
Awan
Kumulunimbus
7%
Awan Stratus
14%
Kekerapan Pemerhatian terhadap Jenis Awan
-
7/27/2019 laporan amali awan.docx
20/25
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 20
Awan sirostratus pula mempunyai jumlah kekerapan sebanyak 14 % daripada
jumlah kekerapan kemunculannya pada hari-hari kajian dijalankan dengan
pemerhatian sebanyak 2 kali Seterusnya, awan sirostratus adalah awan yang
berbentuk nipis dan halus. Bentuknya juga seperti berjalur halus dan berserabut.
Awan ini memberi petanda cuaca cerah jika susunannya tidak teratur. Namun, jika
sususan awan sirostratus ini tersusun, cuaca menunjukkan kurang baik.
Kemudian, awan yang paling sedikit kekerapannya muncul sepanjang tempoh
pemerhatian kami ialah awan sirus. Awan sirus hanya mencatat kekerapan
sebanyak 7% sahaja sepanjang tempoh pemerhatian dengan pemerhatian sebanyak
sekali sahaja dalam tempoh dua minggu. Awan sirus ini merupakan awan pada
peringkat tinggi.
Berdasarkan hasil pemerhatian kami, kebanyakan awan yang muncul ketika
waktu pemerhatian kami ialah awan yang menunjukkan cuaca yang baik dan cerah.
Ini terbukti kerana kekerapan jenis awan cumulus iaitu awan yang menunjukkan
cuaca cerah dapat dilihat sepanjang pemerhatian kami. Namun, pola kekerapan
awan cumulus ini dapat dilihat selang sehari atau dua hari. Di antara hari awan
kumulus ini dapat diperhatikan jenis awan seperti awan nimbostratus dan awan
altostratus. Jenis awan nimbostratus memberi petanda hujan akan turun manakala
awan altostratus menunjukkan bahawa hujan telah turun dan cuaca mulai cerah.
Ini menunjukkan bahawa pada bulan Mac-April ini cuaca di negeri Melaka ini
mengalami musim hujan yang tidak sekata. Dalam seminggu hujan pasti akan turun,
namun kuantiti hujan tidak sebanyak ketika musim hujan pada penghujun tahun.
Apabila kami merujuk pada Jabatan Meteorologi Malaysia mengenai ramalan kaji
cuaca di Melaka ini, hampir kesemua ramalan cuaca itu tepat pada hari tertentu.Sesungguhnya, tidak dapat disangkal lagi bahawa awan sangat membantu manusia
untuk meramal dan mengenal pasti cuaca persekitaran kita. Penyataan ini juga
disokong melalui pembacaan di Majalah Estidotmy yang mengatakan bahawa
sistem ramalan kaji cuaca di Malaysia ini boleh dipercayai 80%-90% kebenarannya.
-
7/27/2019 laporan amali awan.docx
21/25
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 21
Berdasarkan amali ini, kami telah dapat mengenal pasti kepentingannya
dalam kehidupan seharian kita. Melalui perubahan bentuk dan jenis awan, manusia
dapat meramal keadaan cuaca sehingga dalam tempoh seminggu akan datang.
Apabila pihak berkenaan dapat membuat ramalan cuaca, mereka akan
bertanggungjawab untuk menyebarkan maklumat kepada orang ramai. Seterusnya,
melalui maklumat itu, manusia dapat merancang aktiviti kehidupan seharian agar
factor cuaca tidak menjadi penghalang untuk meneruskan aktiviti. Ramalan cuaca
bukan sahaja penting kepada masyarakat di sesebuah tempat, tetapi juga memberi
kemudahan kepada sektor penerbangan, industry cari gali, perkapalan, ketenteraan
termasuk marin dan tentera udara. Tambahan lagi, dengan ramalan cuaca, pihak
berwajib dapat mengeluarkan amaran berjaga-jaga lebih awal kepada masyarakat
sekiranya bencana alam seperti banjir kilat dijangka akan berlaku.
Secara keseluruhannya, apa yang kami dapati hasil daripada pemerhatian ini
menunjukkan pembentukan awan merupakan antara faktor yang mempengaruhi cuaca
selain daripada suhu, kelembapan, hujan, angin dan sebagainya.
KESIMPULAN:
Setelah kajian dijalankan di lokasi tertentu selama empat belas hari, ia
menunjukkan pembentukan awan sentiasa berubah setiap hari. Jenis-jenis awan
yang terbentuk sama ada awan Tinggi, awan pertengahan atau pun awan rendah
saling berkait rapat dengan suhu dan kelembapan. Pada kajian ini didapati jenis
awan Rendah memberikan bacaan suhu yang paling rendah berbanding penting
untuk sistem atmosfera bumi. Awan berperanan untuk:menghasilkan hujan.
Dengan turunnya hujan ia dapat melengkapkan kitaran hujan. Air hujan sangat
penting untuk tumbuh-tumbuhan dan segala hidupan di muka bumi ini.awan juga
berperanan mengatur keseimbangan bumi dengan memantulkan dan menyerap
sinar infra-merah bumi. Awan diperlukan untuk proses pemendakan berlaku dan
penting dalam kitaran hidrologi. Awan membolehkan kita mengetahui proses
atmosfera yang berlaku. Contohnya awan cumulus menunjukkan pemanasan
permukaan dan pergolakan atmosfera. Awan membantu mengagihkan semula
haba tambahan dari katulistiwa ke kutub. Awan diperlukan untuk proses
pemendakan berlaku dan penting dalam kitaranhidrologi.Awan membolehkan kita
-
7/27/2019 laporan amali awan.docx
22/25
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 22
mengetahui proses atmosfera yang berlaku. Contohnyaawan cumulus
menunjukkan pemanasan permukaan dan pergolakan atmosfera.Awan membantu
mengagihkan semula haba tambahan dari katulistiwa ke kutub
.
0
1
2
3
4
5
6
1
2
3
-
7/27/2019 laporan amali awan.docx
23/25
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 23
LAMPIRAN:
alatan yang digunakan : Camera DSLR Nikon
Gambar : Lokasi kajian
-
7/27/2019 laporan amali awan.docx
24/25
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 24
BUKU :
Krauskopf, K. B. dan Beiser, A.. 2008. The Physical Universe, 12thEd.. New York:
TheMcGraw-Hill Companies, Inc
Rosnah Hj Salleh & Shukri Sulaiman (2011) Geografi Fizika Tingkatan 6 Rendah,
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar bakti
Yew Poi Keng et al. (2002), Geografi Fizikal STPM. Kuala Lumpur : Penerbit
Fajar Bakti
JURNAL:
Journal Keadaan Cuaca dan pengaruh awan, Kajian palak, Mahruzaman Misrah ,
(2007)http://www.free-online-private-pilot-ground-school.com/Aviation-Weather-
Principles.html.
Lai Kit Moi,(9 September 2009),STPM Geografi Fizikal,Kit Celik Konsep fizikal.
Zetty Shazlin binti Mohamed (20 April 2010) ,Durability of granite and shale for
various weathering grade,
LAMAN SESAWANG
http://www.slideshare.net/igatstanley/lgf-1013kumpulan-hujan-jenisjenis-awan-dan-
faktor-cuaca-dan-iklim
http://ms.wikipedia.org/wiki/Awan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Cuaca
http://geoenviron.blogspot.com/2011/12/pembentukan-awan-dan-jenis-jenisnya.html
http://masdiisya.wordpress.com/2011/01/10/mengapa-awan-hujan-berwarna-gelap/
RUJUKAN
http://www.free-online-private-pilot-ground-school.com/Aviation-Weather-%20Principles.htmlhttp://www.free-online-private-pilot-ground-school.com/Aviation-Weather-%20Principles.htmlhttp://www.free-online-private-pilot-ground-school.com/Aviation-Weather-%20Principles.htmlhttp://www.free-online-private-pilot-ground-school.com/Aviation-Weather-%20Principles.htmlhttp://www.slideshare.net/igatstanley/lgf-1013kumpulan-hujan-jenisjenis-awan-dan-faktor-cuaca-dan-iklimhttp://www.slideshare.net/igatstanley/lgf-1013kumpulan-hujan-jenisjenis-awan-dan-faktor-cuaca-dan-iklimhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Awanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Awanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Cuacahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Cuacahttp://geoenviron.blogspot.com/2011/12/pembentukan-awan-dan-jenis-jenisnya.htmlhttp://geoenviron.blogspot.com/2011/12/pembentukan-awan-dan-jenis-jenisnya.htmlhttp://masdiisya.wordpress.com/2011/01/10/mengapa-awan-hujan-berwarna-gelap/http://masdiisya.wordpress.com/2011/01/10/mengapa-awan-hujan-berwarna-gelap/http://masdiisya.wordpress.com/2011/01/10/mengapa-awan-hujan-berwarna-gelap/http://geoenviron.blogspot.com/2011/12/pembentukan-awan-dan-jenis-jenisnya.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Cuacahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Awanhttp://www.slideshare.net/igatstanley/lgf-1013kumpulan-hujan-jenisjenis-awan-dan-faktor-cuaca-dan-iklimhttp://www.slideshare.net/igatstanley/lgf-1013kumpulan-hujan-jenisjenis-awan-dan-faktor-cuaca-dan-iklimhttp://www.free-online-private-pilot-ground-school.com/Aviation-Weather-%20Principles.htmlhttp://www.free-online-private-pilot-ground-school.com/Aviation-Weather-%20Principles.html -
7/27/2019 laporan amali awan.docx
25/25
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=382126
http://www.islam.gov.my/e-falak/jenis-awan
http://rahmat-priyono.blogspot.com/2012/11/jenis-jenis-awan-beserta-gambar.html
http://geografifizikalpengajianam.blogspot.com/2011/05/definisi-2.html
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=382126http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=382126http://www.islam.gov.my/e-falak/jenis-awanhttp://www.islam.gov.my/e-falak/jenis-awanhttp://rahmat-priyono.blogspot.com/2012/11/jenis-jenis-awan-beserta-gambar.htmlhttp://rahmat-priyono.blogspot.com/2012/11/jenis-jenis-awan-beserta-gambar.htmlhttp://geografifizikalpengajianam.blogspot.com/2011/05/definisi-2.htmlhttp://geografifizikalpengajianam.blogspot.com/2011/05/definisi-2.htmlhttp://geografifizikalpengajianam.blogspot.com/2011/05/definisi-2.htmlhttp://rahmat-priyono.blogspot.com/2012/11/jenis-jenis-awan-beserta-gambar.htmlhttp://www.islam.gov.my/e-falak/jenis-awanhttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=382126