Download - Laporan
Laporan Pelaksanaan Latihan Kebakaran
Peringkat Sekolah Tahun 2015
1. Tarikh : 1 OKTOBER 2015
2. Masa : 9.15 pagi hingga 9.55 pagi
3. Tempat : Padang SK Pantai Prai
4. Dikendalikan oleh : Jawatankuasa Keselamatan
5. Jumlah penyertaan Murid : 199 orang
6. Jumlah penyertaan
Warga Pendidik :
20 orang
8. Senarai Aktiviti Utama : Latihan Kebakaran
Taklimat Penggunaan Alat Pemadam Api
9. Aktiviti sokongan : Aktiviti Demonstrasi Penggunaan Alat
Pemadam Api.
10
.
Cadangan/Ulasan : Latihan kebakaran berjalan lancar.
Sk Pantai Prai telah mengadakan latihan kebakaran pada 29 September 2015
dan latihan kebakaran kali kedua pada 1 Oktober 2015. Latihan kebakaran telah
diadakan kira-kira Jam 8.30 pagi. Program ini telah dijalankan oleh unit HEM. Tujuan
utama program ini dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada warga sekolah cara
bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran. Latihan kebakaran ini juga diadakan
bertujuan untuk melatih murid-murid bersedia semasa berlaku kecemasan atau
kebakaran di sekolah.
Latihan kebakaran merupakan aktiviti yang disediakan pada setiap tahun
sebagai persedian dan latihan sekiranya terjadi insiden kebakaran sekolah. Pada tahun
ini, pihak sekolah rendah telah merancang untuk mengadakan dua siri latihan
kebakaran. Semua warga SK Pantai Prai terlibat dalam aktiviti ini. Tujuan utama
program ini dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada warga sekolah cara
bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran.
Latihan kebakaran ini juga diadakan bertujuan untuk melatih murid-murid
bersedia semasa berlaku kebakaran atau kecemasan di sekolah. Setelah loceng
panjang dibunyikan, semua murid bergegas ke tempat yang ditetapkan untuk
berkumpul iaitu padang sekolah. Guru Penolong Kanan HEM telah meminta guru-guru
mengawal murid-murid ketika latihan kebakaran dijalankan. AJK Disiplin telah
memastikan semua murid berkumpul dan ada pada tempat yang ditetapkan. Guru kelas
masing-masing mengambil kedatangan untuk memastikan tiada seorang murid pun
yang tertinggal dalam kelas atau di dalam bangunan sekolah. Latihan ini adalah
sebahagian daripada program wajib sekolah pada setiap tahun bagi memastikan murid
dan kakitangan SK Pantai Prai sentiasa dalam keadaan bersedia ketika menghadapi
bencana kebakaran. Selain daripada kebakaran, murid-murid didedahkan dengan
kemungkinan-kemungkinan bencana alam yang lain seperti banjir dan ribut. Tahniah
kepada AJK Kebakaran sekolah kerana telah berjaya menjalankan latihan kebakaran
tersebut.
Cadangan :
Walau bagaimanapun ada beberapa perkara perlu diperbaiki, diantaranya
murid-murid tidak serius dalam melakukan gerakan ke kawasan selamat dimana
mereka bergurau senda dan berjalan perlahan. Ini menyebabkan mereka lewat 3 minit
daripada masa yang ditetapkan. Pihak sekolah berharap dapat mengatasi masalah ini
sebelum latihan kali kedua dijalankan
Gambar Dokumentasi
Disediakan oleh:
Ajmal Muhamad Bin Zulkiffili
Guru Pelatih
Ipg Kampus Sultan Abd Halim
Tarikh: