Download - langkah 1.ppt

Transcript
Page 1: langkah 1.ppt

Baca petikan di bawah ini dengan teliti.

Herba Khazanah Bernilai

Ahli jawatankuasa Kelab Sains Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram mengemukakan cadangan kepada Cikgu Anis untuk menanam sejenis pokok herba. Hal ini demikian kerana tanaman herba amat mujarab dalam perubatan tradisional. Tanaman tersebut akan ditanam di Taman Herba Kelab Sains. Pada masa ini, mereka menanam kacang botol, kunyit, halia dan cili. Tanaman itu dijaga oleh ahli kelab secara bergilir-gilir.

Cikgu Aris, selaku guru penasihat menyokong cadangan ahli jawatankuasa kelab. Beliau turut mencadangkan dua jenis tanaman herba, iaitu pokok ekor kucing dan pokok kesum. Beliau meminta ahli Kelab Sains memilih satu daripadanya.

Untuk membuat pilihan yang tepat, ahli jawatankuasa Kelab Sains telah melayari internet. Tujuannya supaya mereka dapat mengumpulkan maklumat mengenai setiap jenis tanaman herba yang berkenaan. Yang berikut adalah maklumat yang diperoleh.

Page 2: langkah 1.ppt

Pokok Ekor Kucing

• Ditanam dengan keratan batang• Bunganya menyerupai bulu kucing• Air rebusan batang atau ranting dapat merawat penyakit

asma• Daun pokok ini dilumatkan dan ditampal pada bisul• Air rebusan akar pokok ini diminum untuk merawat batuk

berdarah• Air rebusan bunga dapat melawaskan pembuangan air kecil

dan air besar

Page 3: langkah 1.ppt

Pokok Kesum

• Tumbuh secara menegak• Ditanam dengan keratan batang• Tidak memerlukan penjagaan yang rapi• Digunakan untuk mengharumkan masakan seperti laksa dan

asam pedas• Daunnya dilumatkan dan diperah untuk menghilangkan

kelemumur• Bauan daripada daun kesum boleh dijadikan sebagai aromaterapi

untuk menenangkan fikiran

Page 4: langkah 1.ppt

Jawab soalan-soalan yang berikut.

1. Cadangan untuk menanam tanaman herba dikemukakan oleh _______________________________

2. Tanaman herba amat mujarab dalam _____________________

3. Apakah persamaan antara pokok ekor kucing dengan pokok kesum?

4. Bagaimanakah caranya ahli Kelab Sains mendapatkan maklumat tentang tanaman herba tersebut?

5. Apakah maksud rangkai kata penjagaan yang rapi dalam petikan?


Top Related