Download - LANDSKAP KEDIAMAN
LANDSKAP KEDIAMANDi bahagikan kepada dua
Landskap kediaman luar bandar Landskap kediaman bandar
Landskap ini dipengaruhi oleh keadaan
ekonomi
dan
budaya
Landskap kediaman luar bandarMempunyai ruang yang luas, menekankan aspek pemeliharaan, pemuliharaan, dan peningkatan suasana desa. Kebanyakan tumbuhan di tanam dalam tanah.
Landskap kediaman bandarMempunyai ruang yang terhad, menekankan aspek ringkas dan selesa, selalunya landskap dirancang dengan lebih teratur dan sistematik. Kebanyakan tanaman di tanam di dalam pasu Landskap juga dipengaruhi oleh keadaan budaya Masyarakat Melayu
Menanam tumbuhan herba dan perasa contoh serai, pandan, halia, cekur, lengkuas, pokok kari, limau purut, kantan, senohong, selum, pegaga Elemen buatan seperti pagar dan wakaf
Masyarakat Cina
Menanam tumbuhan berwarna merah dan kuning contoh adenium, pinang merah, bonsai, limau, kemunting Elemen buatan pondok merah untuk upacara keagamaan, tanglung merah dan air terjun buatan
Masyarakat India
Menanam tumbuhan seperti melur, susun kelapa, tebu, pisang, sireh, pinang Elemen buatan seperti periuk tanah dan air terjun, patung
LANDSKAP INSTITUSILandskap yang mengikut kegunaan
Landskap kawasan sekolah
Menanam tumbuhan hiasan yang harmoni dan mewujudkan suasana kondusif Mengunakan elemen yang dapat digunakan seperti bangku, meja, wakaf Mengurangkan kebosanan, menanam pelbagai warna dan bentuk pokok
Landskap kawasan hospital
Wujudkan ketenangan mengunakan elemen air Penerapan unsur-unsur terapeutik Pemilihan tumbuhan yang berwarna ceria Pemilihan tumbuhan hiasan yang tersusun Pemilihan tumbuhan yang berbau harum
Landskap kawasan masjid/gereja
Utamakan fungsi estetik dan nilai Mengunakan elemen landskap seperti wakaf Penggunaan tumbuhan berbau harum
LANDSKAP KAWASAN REKREASI
Mewujudkan suasana persekitaran yang selesa dan segar Mengunakan banyak tumbuhan berwarna hijau Mengunakan banyak pokok naungan Penggunaan elemen siar kaki, laluan refleksologi, pergola, pancutan air, kolam ikan hiasan, wakaf
LANDSKAP KAWASAN BERSEJARAH
Mewujudkan kembali hasil peninggalan satu budaya Menanam tumbuhan dan membina elemen yang berkaitan budaya Mewujudkan landskap hasil peninggalan budaya Portugis , Belanda dan British Contoh Bukit Tinggi, A Famosa, Bukit larut
LANDSKAP KAWASAN PERINDUSTRIAN
Menanam tumbuhan yang khusus untuk mengawal pencemaran udara, bunyi dan mengadang pemandangan yag tidak menarik Tumbuhan yang sesuai mempunyai tekstur yang padat, permukaan daun yang berbulu dan air ini dapat membantu menyerap habuk dan bunyi.
LANDSKAP KAWASAN TAMAN TEMA
Banyak mengunakan elemen air Menanam tumbuhan naungan Menanam tumbuhan yang mempunyai nilai estetik seperti bonsai, topiary
LANDSKAP KAWASAN LALUAN / JALAN
Menanam tumbuhan yang berfungsi menunjuk arah, menghalang cahaya kenderaan/matahari, membahagi kawasan, menyerap habuk
Tumbuhan yang di pilih hendaklah yang tahan lasak pada panas, kurang penyelenggaraan dan pokok yang kuat tidak mudah tumbang.