Download - L01 dasar pendidikan dan akta pendidikan
1
EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN
EDU5905 PENDIDIKAN DAN PROFESION KEGURUAN
KULIAH MINGGU 01:DASAR DAN PERUNDANGAN PENDIDIKAN
Oleh:Dr. Ramli Bin Basri
[email protected]: 019 224 1332
3
KANDUNGAN
1. Pengenalan Kepada Dasar Awam2. Proses Dasar3. Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK):
Asas, Dasar dan Sistem Pendidikan Kebangsaan
4. Akta Pendidikan 1996
1. PENGENALAN KEPADA DASAR AWAM
ISU DAN DASAR
Dasar digubal berikutan sesuatu isu atau cabaran dalam environment dasarEnvironment dasar awam adalah masyarakat dan alam sekeliling dalam jajahan dan kedaulatan negara. Sesuatu isu atau cabaran wujud apabila timbulnya sesuatu masalah atau keadaan atau cabaran dalam masyarakat / klien yang merupakan environment kepada dasar.
DEFINISI ISURasa tidak puas hati di kalangan rakyat terhadap sesuatu perkara dalam environment negara yang mana ia merupakan masalah dan sering dipersoalkan.Sesuatu perjalanan institusi atau organisasi kerajaan yang tidak berkesan atau telah banyak mendapat kritikan rakyat.Tindakan rakyat untuk mengkritik atau mempersoalkan, aduan-aduan atau complain, sungutan terhadap sebarang tindakan. Tindakan kerajaan bagi sesuatu tujuan atau cabaran seperti meningkatkan kemajuan, kemudahan, keselamatan dan keselesaan.
ISUIsu dalam bentuk masalah, sungutan, aduan, kritikan, bangkangan, dan tuntutan atau persoalan atau cabaran yang melibatkan sejumlah besar atau sekelompok besar ahli masyarakat atau negara secara keseluruhan
Penyelesaian isu di luar kemampuan mereka
Isu yang mendapat perhatian wakil rakyat, menteri dan PM akan menjadi agenda tindakan dasar.
ISU DAN DASAR
Isu akan dikaji sama ada boleh diatasi dengan• menggunakan dasar sedia ada (jika ada), • pembaikan dasar sedia ada atau • mengadakan dasar baru atau • merupakan sesuatu masalah yang tidak
memerlukan tindakan memandangkan ianya akan berlalu begitu sahaja.
DASAR
Dasar dibentuk untuk menangani isuSetiap dasar yang dibentuk mempunyai matlamat, tujuan dan strategiDasar mesti selaras dengan dasar-dasar yang lain dan Dasar hendaklah tidak bercanggah dengan dasar-dasar yang lain
DEFINISI DASAR AWAM
Pilihan kerajaan sama ada untuk membuat sesuatu ataupun tidak membuat sesuatu Pilihan kerajaan bagi menjelaskan, menerang, mempertahankan, memimpin atau menggariskan sesuatu tindakan sama ada yang nyata atau bertujuan Sesuatu yang digubal untuk menyatakan atau memperihalkan hasrat, tujuan dan matlamat kerajaan
DEFINISI DASAR AWAM
Nilai peruntukan pihak berkuasa bagi keseluruhan masyarakat dan persekitaran/ teritori /jajahan
Program bagi nilai, amalan dan matlamat yang telah diunjurkan
PEMBENTUKAN DASAR AWAMPEMUTUSAN DASAR• Majlis Raja-Raja• Parlimen• Kabinet
PENGGUBAL DASAR• Profesional dan Pentadbir
PEMBENTUKAN DASAR AWAM
PELAKSANA DASAR• Profesional dan Pentadbir
SASARAN DASAR• Rakyat dan environment (Kumpulan
Berkepentingan dan Penanggung Risiko)
BENTUK-BENTUK DASAR
PERLEMBAGAAN, UNDANG-UNDANG & PERATURANDASAR RANCANGANPROGRAMPROJEKSKIM
PELAKSANAAN DASAR
PROGRAMPROJEKRANCANGANAKTIVITISKIMSTRATEGIINTERVENSI
PENJELASAN DASAR
PEKELILING SURAT SIARAN MEKANISME GARIS PANDUAN
2. PROSES DASAR
PROSES DASAR
1. Mengenalpasti masalah, cabaran2. Menstrukturkan masalah, cabaran kepada isu,
matlamat dasar 3. Mengemukakan alternatif untuk kelulusan4. Pernyataan Dasar5. Merancang tindakan dasar: Program, Aktiviti,
Mekanisme Pelaksanaan6. Outcome Dasar7. Penilaian Dasar: Teruskan @ Hentikan @
Penambahbaikkan 8. Intervensi Dasar
PEMBENTUKAN DASAR
Cadangan Dasar Perlu Mengambilkira
1. Political Expediency/Support2. Financial Capability3. Professional Capacity 4. Administrative Operability
Mengambilkira Kepentingan1. Policy Actors/Advocators2. Policy Stakeholders3. Policy Risk Groups
PEMBENTUKAN DASAR PENDIDIKAN
Kertas Cadangan Dasar
1. Mesyuarat Jabatan/Bahagian2. Mesyuarat Hal-Hal Profesional KPM3. Mesyuarat Pengurusan KPM4. Mesyuarat JK Perancangan Pendidikan5. Mesyuarat Jemaah Menteri6. Rang Undang-Undang7. Majlis Raja-Raja
3. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
ENVIRONMENT DASAR PELAJARAN
• Sek Ren• Sek Men• Jumlah Sek• Murid Rendah• Murid Men• Jumlah Murid
• Guru Ren• Guru Men• Jumlah Guru• Bajet
PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
• Pelbagai jenis atau orientasi sekolah• Pelbagai jenis bahasa pengantar• Pelbagai bentuk kurikulum• Kelayakan guru tidak seragam
ASAS DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN SEDIA ADA
PENYATA BARNES 1950 PENYATA FENN-WU 1951 ORDINAN PELAJARAN 1952 PENYATA RAZAK 1956 ORDINAN PELAJARAN 1957 PENYATA RAHMAN TALIB 1960 EDUCATION ACT 1962 LAPORAN JK KABINET 1979
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
AKTA PENDIDIKAN 1996 SEBAGAI AKTA IBU KEPADA PENDIDIKAN
AKTA PENDIDIKAN 1996
SUATU AKTA UNTUK MENGADAKAN PERUNTUKAN
BAGI PENDIDIKAN DAN BAGI PERKARA-PERKARA YANG
BERKAITAN DENGANNYA
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
• ADALAH BERPAKSIKAN AKTA PENDIDIKAN 1996 & FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN; DAN
• PELAKSANAAN SEMASA DIGUBAL SELARAS DENGAN DASAR WAWASAN NEGARA
PELAKSANAAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
• RANCANGAN MALAYSIA KE- 9
• PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006 - 2010
PERAKUAN DASAR DI BAWAH AKTA PENDIDIKAN 1996
• ILMU itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa
• TUJUAN PENDIDIKAN adalah untuk penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.
PERAKUAN DASAR DI BAWAH AKTA PENDIDIKAN 1996
• PERANAN PENDIDIKAN menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi idividu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, beraklak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAN
Dilaksanakan melalui Sistem Pendidikan Kebangsaan yang memperuntukkan
• Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama
• Kurikulum Kebangsaan• Peperiksaan yang sama
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAN
• Pendidikan yang komprehensif dan pelbagai skop yang akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara
MISI PENDIDIKAN
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.
MATLAMAT PENDIDIKAN• Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan
bersatu padu
• Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera
• Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
• Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara
4. PERUNTUKAN AKTA PENDIDIKAN 1996
(PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA)
Seksyen 15: Sistem Pendidikan Kebangsaan
Terdiri daripada:a) pendidikan prasekolahb) pendidikan rendahc) pendidikan menengahd) pendidikan lepas menengahe) pendidikan tinggitetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah
ekspatriat.
Seksyen 2: TAKRIFAN
• Bahasa Kebangsaan (ms 15)• Guru (ms 15)• Ibu bapa (ms 15)• Institusi pendidikan (ms 15)• Murid (ms 16)• Premis (ms 18)
Pendidikan Prasekolah
• Pendidikan prasekolah ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun
Pendidikan Rendah
• Pendidikan rendah ertinya kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun
Pendidikan Menengah Rendah
• Pendidikan menengah rendah ertinya kursus tiga tahun yang sesuai bagi seseorang murid yang sudah tamat mengikuti pendidikan rendah
Pendidikan Menengah Atas• Pendidikan menengah atas ertinya
pendidikan yang sesuai dengan kebolehan dan bakat seseorang murid yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah
Pendidikan Lepas Menengah• Pendidikan lepas menengah ertinya pendidikan
yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.
Pendidikan Tinggi• Pendidikan tinggi ertinya pendidikan
yang disediakan oleh institusi pendidikan tinggi (diploma & ijazah)
Sekolah • Sekolah ertinya tempat di mana 10
orang atau lebih lazimnya diajar sama ada di dalam satu kelas atau lebih.
Seksyen 16: SekolahTiga kategori institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan iaitu:
a) Sekolah kerajaan b) Sekolah bantuan kerajaan; danc) Sekolah swasta.
Sekolah Kerajaan• Sekolah kerajaan ertinya sekolah
yang ditubuhkan dan disenggarakan sepenuhnya oleh Menteri
Sekolah Bantuan Kerajaan • Sekolah bantuan kerajaan ertinya
sekolah yang menerima sumbangan modal dan sumbangan bantuan penuh
Sumbangan (Grant)1.Sumbangan modal
Bayaran daripada wang awam kepada sesebuah institusi pendidikan bagi mengadakan bangunan, Ubahsuai dan tambah premis,Perabot dan kelengkapan, atauMaksud lain yang ditetapkan.
Sumbangan2. Sumbangan Bantuan
Apa-apa bayaran daripada wang awam selain daripada sumbangan modal kepada sesebuah institusi pendidikan
Sekolah Kebangsaan
SK ertinya sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan
a) yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam tahun
b) yang menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama
c) yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib; dan
Sekolah Kebangsaan
d) di mana kemudahan bagi pengajarani. Bahasa Cina atau Bahasa Tamil
hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya
ii. Bahasa-bahasa kaum asli hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya
Sekolah Jenis Kebangsaan• SJK ertinya sekolah rendah kerajaan atau
sekolah bantuan kerajaana) yang menyediakan pendidikan rendah yang
sesuai bagi murid dari umur enam tahunb) yang menggunakan Bahasa Cina atau Tamil
sebagai bahasa pengantar utama; danc) yang menjadikan Bahasa Kebangsaan dan
Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
sekolah menengah kerajaan atau sekolah menengah bantuan kerajaan-a) yang menyediakan kursus pendidikan menengah selama lima tahun yang sesuai bagi murid yang baru sahaja tamat mengikuti pendidikan rendah;b) yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama;c) yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib;
d) di mana kemudahan bagi pengajaran –
i. bahasa Cina atau Tamil hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang orang murid di sekolah itu memintanya; dan
ii. bahasa-bahasa kaum asli hendaklah diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian dan jika ibu bapa bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya;
iii. bahasa Arab, Jepun, Jerman atau Perancis atau mana-mana bahasa asing lain boleh diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian; dan
e) yang menyediakan murid bagi apa-apa peperiksaan yang ditetapkan.
Seksyen 41: Pendidikan Khas
• Tempoh yang ditetapkan oleh Menteri tidak boleh kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah atau menengah
• Kurikulum yang ditetapkan hendaklah mematuhi kehendak kurikulum kebangsaan setakat yang semunasabahnya praktik
Seksyen 50: Pengajaran Agama Islam
• Jika terdapat dalam satu-satu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri
Seksyen 51: Pengajaran Agama Selain Dari Agama Islam
Pengelola institusi pendidikan bantuan kerajaan boleh mengadakan peruntukan bagi pengajaran agama selain daripada agama Islam untuk murid institusi pendidikan itu atau mana-mana daripada mereka tetapi -
a) peruntukan sedemikian tidak boleh dibiayai dengan wang yang diperuntukkan oleh parlimen; dan
b) tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain daripada agama yang dianutinya, kecuali dengan keizinan bertulis ibu bapanya
Seksyen 17: Bahasa Kebangsaan
1) Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan
Seksyen 17: Bahasa Kebangsaan
2) Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib
Seksyen 18: Kurikulum Kebangsaan
1) Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam sistem pendidikan kebangsaan.
Seksyen 18: Kurikulum Kebangsaan
3) Dalam hal sekolah swasta - hendaklah disifatkan telah dipatuhi jika mata pelajaran teras Kurikulum Kebangsaan - diajarkan di sekolah itu.
Seksyen 19: Peperiksaan
Tiap-tiap sekolah hendaklah menyediakan murid-muridnya bagi peperiksaan yang ditetapkan oleh atau dibawah akta ini.
SEKSYEN 29A: PEND RENDAH WAJIB (Mulai 2003)
2) Tiap-tiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib.
SEKSYEN 64: BANTUAN MURID
Menteri boleh memberikan sama ada bantuan kewangan atau selainnya berkenaan dengan murid atau mana-mana golongan murid di institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan dan bantuan itu boleh termasuk –
a) pemberian dermasiswa, biasiswa, pinjaman atau bantuan lain; danb)penyediaan -i.tempat tinggal;ii.pengangkutan;iii.buku; dan iv.perkhidmatan perubatan dan pergigian,
11 JENIS BANTUAN MURID DI SEDIAKAN
bagi maksud membolehkan murid itu menggunakan sepenuhnya kemudahan yang tersedia bagi mereka atau bagi maksud memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan hidup mereka.
Thank You…
70