Download - Kursus Keberkesanan Pendidikan Moral
-
8/13/2019 Kursus Keberkesanan Pendidikan Moral
1/25
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Latar Belakang KajianPendidikan Moral ini telah dimasukkan dalam pelajaran Sivik pada 1974. Draf Sukatan
Pelajaran Pendidikan Moral tahun 1978 cuba memberi definisi pendidikan moral serta
menyatakan objektif-objektif am mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah-sekolah di
Malaysia. Draf 1978 ini juga mengenalpasti 16 nilai teras iaitu kebersihan, baik hati,
kesederhanaan, kerajinan, kesyukuran, kejujuran, keadilan, kasih sayang, hormat-menghormati
dan semangat bermasyarakat. Tiga lagi nilai teras diperkenal iaitu nilai kebebasan, hemah tinggi
dan kerjasama pada tahap kedua sekolah rendah. Pada 20 Julai 1981, dua belas nilai dimasukkan
ke dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Baru Sekolah Rendah iaitu sikap
bersih dari segi fizikal dan mental, sikap belas kasihan, sikap sederhana, sikap rajin, sikap
berterima kasih, sikap jujur, sikap adil, sikap kasih saying, sikap hormat-menghormati, sikap
bermasyarakat, sikap tidak angkuh dan kebebasan.
Menurut Kohlberg, beliau menganggap bahawa kebaikan dan keadilan adalah bersinonim
dan pengajaran tentang keadilan atau kebaikan dilakukan melalui aktiviti mengemukakan soalan
dan membantu murid untuk mencapai penyelesaian, dan bukan membekalkan jawapan. Dengan
kata lain, pendidikan moral membabitkan pross membantu murid untuk maju kehadapan, dan
bukan proses meletakkan sesuatu dalam fikiran mereka. Teori kognitif dan perkembangan moral
mengkonsepsikan manusia sebagai organisma proaktif dan bukan organisma reaktif. Kohlberg
berpendapat bahawa unit keberkesanan pendidikan adalah kumpulan sosial dan bukan murid
secara individu.
-
8/13/2019 Kursus Keberkesanan Pendidikan Moral
2/25
1.2 Masalah KajianKajian ini adalah berkaitan dengan keberkesanan kursus Pendidikan Moral di Sekolah
Menengah serta memahami Motivasi Pembelajaran Pendidikan Moral di Malaysia. Kajian ini
juga dijalankan kerana mata pelajaran ini dikenali sebagai mata pelajaran yang paling
membosankan serta kurang penting untuk diajar. Perkara ini dapat dilihat apabila kebanyakan
pelajar tidak mengambil berat mengenai subjek ini terutamanya sekali pada waktu peperiksaan.
Tidak kurang juga pada guru yang mengambil mudah terhadap mata pelajaran
Pendidikan Moral ini. Cara pengajaran yang membosankan serta hanya menghafal fakta
menyebabkan pelajar cepat bosan. Ketika hampir waktu peperiksaan, kebanyakan sekolah akan
menggunakan waktu kelas Pendidikan Moral sebagai kelas tambahan untuk mata pelajaran lain.
Ini kerana Pendidikan Moral dikatakan mudah dan hanya perlu menghafal fakta-fakta yang ada
di dalam buku teks. Ini menyebabkan terdapat beberapa isu yang mengatakan bahawa
Pendidikan Moral ini perlu dimansuhkan dari sekolah.
Oleh itu, kajian yang dijalankan ini diharap dapat membantu sedikit sebanyak tentang
masalah dan isu yang dihadapi dalam mata pelajaran Pendidikan Moral ini serta memberikan
kesedaran terhadap kepentingan Pendidikan Moral di sekolah.
1.3 Objektif KajianSecara umumnya, kajian ini dijalankan adalah untuk :
Mengenalpasti pemahaman kurikulum Pendidikan Moral dalam membina motivasipelajar.
Mengkaji pelaksanaan moral dan nilai di dalam kehidupan seharian pelajar. Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi motivasi pembelajaran pelajar. Mengetahui peratus pendapat pelajar tentang memansuhkan mata pelajaran Pendidikan
Moral.
-
8/13/2019 Kursus Keberkesanan Pendidikan Moral
3/25
1.4 Kepentingan KajianKajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji keberkesanan perlaksanaan kursus Pendidikan
Moral di sekolah Menengah serta memahami Motivasi Pembelajaran Pendidikan Moral di
Malaysia.
Secara umumnya, dalam melaksanakan kajian ini, kepentingan yang ingin dicapai ialah :
i. Mengenal pasti tahap minat pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.ii. Mengetahui kepentingan Pendidikan Moral di sekolah.
iii. Mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.iv. Mengenal pasti pendapat pelajar dalam pengajaran Pendidikan Moral di sekolah.v.
Mengenal pasti peranguh Pendidikan Moral dalam kehidupan seharian pelajar.
1.5 Batasan KajianSkop kajian ini memfokuskan kepada para pelajar di sekolah Menengah. Batasan kajian
ini meliputi pemahaman kurikulum Pendidikan Moral dalam membina motivasi pelajar. Pelajar-
pelajar juga menjadi tumpuan kerana mereka yang mempelajari subjek ini sepanjang mereka
bersekolah. Tidak ketinggalan juga guru-guru yang mempengaruhi minat pelajar dalam
matapelajaran ini dari segi pengajaran yang berkesan. Di sepanjang kajian ini dijalankan,
terdapat limitasi dan batasan terhadap beberapa perkara :
Di antaranya ialah :
i. Kajian ini hanya mengambil responden seramai 30 orang pelajar.ii. Kajian ini juga meliputi jantina lelaki dan perempuan yang berbilang bangsa.
iii. Kajian ini menumpukan kepada antara pelajar tingkatan dua sehingga tingkatan lima.
-
8/13/2019 Kursus Keberkesanan Pendidikan Moral
4/25
1.6 Definisi
1. MoralMoral pada dasarnya berasal daripada perkataan Latin mores yang membawa maksud
sama seperti etika (Ashmore, 1987). Namun, moral merupaka satu perkara yang lebih merujuk
kepada tingkah laku manakala etika merujuk kepada peraturan-peraturan yang ditentukan untuk
memperbaiki sesuatu keadaan. Moral juga bersifat praktikal kerana moral merupakan disiplin
yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat dan etika pula
bersifat teoretika kerana etika mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut.
Perkara ini menerangkan moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala etika adalah
ilmu yang mengkajinya.
Mengikut kamus Oxford Advanced Learners, Edisi keenam, moral bermaksud kesedaran
tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta bersifat praktikal.
Moral juga bermaksud sebagai tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila atau peraturan
masyarakat setempat di mana masyarakat bertindak sebagai penentu. Pertimbangan moral juga
bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu contohnya seperti sistem
sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti. Kesedaran moral mempunyai hubung kait
dengan hati nurani atau dalam bahasa asing disebut conscience, conscientia, gewissen,
gewetendan dalam Bahasa Arab disebut qalb, fuad. Kesedaran moral ini merangkumi tiga
perkara iaitu kewajipan untuk melakukan tindakan bermoral, wujud berasaskan rasional dan
objektif iaitu sesuatu perbuatan secara umum dapat diterima oleh masyarakat dan ketiga ialah
muncul dalam bentuk kebebasan.
Sebagai contoh, dalam kehidupan bermasyarakat, kesedaran moral dapat mewujudkan
masyarakat yang harmoni dan progresif. Hal ini kerana, kesedaran moral yang wujud dalam
setiap diri masyarakat dapat memupuk persefahaman, bertimbang rasa, tolong-menolong dan
lain-lain nilai yang baik. Perkara ini seterusnya akan membantu dalam melahirkan sebuah negara
yang aman dan tenang di mana setiap rakyat akan sentiasa berasa selamat dan sejahtera dengan
adanya masyarakat yang mempunyai kesedaran moral yang tinggi.
-
8/13/2019 Kursus Keberkesanan Pendidikan Moral
5/25
Contoh diatas jelas menyokong kata-kata Thomas Hobbes yang telah menggambarkan
kepentingan hidup bermoral seperti berikut,
Tanpa peraturan sosial (moral), akan wujud satu keadaan konflik yang
tidak berkesudahan dan persengketaan yang mengakibatkan kehidupan manusia
menjadi jahat, bersifat buas dan angkuh.
(Mohd. Janib Johari, 1994)
2. Pendidikan MoralPendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan yang
bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral,
perasaan moral dan tingkah laku moral. Pendidikan Moral dijadikan mata pelajaran wajib bagi
pelajar-pelajar bukan Islam.
Pendidikan Moral ini telah dimasukkan dalam pelajaran Sivik pada 1974. Draf Sukatan
Pelajaran Pendidikan Moral tahun 1978 cuba memberi definisi pendidikan moral serta
menyatakan objektif-objektif am mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah-sekolah di
Malaysia. Draf 1978 ini juga mengenalpasti 16 nilai teras iaitu kebersihan, baik hati,
kesederhanaan, kerajinan, kesyukuran, kejujuran, keadilan, kasih sayang, hormat-menghormatidan semangat bermasyarakat. Tiga lagi nilai teras diperkenal iaitu nilai kebebasan, hemah tinggi
dan kerjasama pada tahap kedua sekolah rendah. Pada 20 Julai 1981, dua belas nilai dimasukkan
ke dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Baru Sekolah Rendah iaitu sikap
bersih dari segi fizikal dan mental, sikap belas kasihan, sikap sederhana, sikap rajin, sikap
berterima kasih, sikap jujur, sikap adil, sikap kasih saying, sikap hormat-menghormati, sikap
bermasyarakat, sikap tidak angkuh dan kebebasan.
Menurut Kohlberg, beliau menganggap bahawa kebaikan dan keadilan adalah bersinonim
dan pengajaran tentang keadilan atau kebaikan dilakukan melalui aktiviti mengemukakan soalan
dan membantu murid untuk mencapai penyelesaian, dan bukan membekalkan jawapan. Dengan
kata lain, pendidikan moral membabitkan pross membantu murid untuk maju kehadapan, dan
bukan proses meletakkan sesuatu dalam fikiran mereka. Teori kognitif dan perkembangan moral
mengkonsepsikan manusia sebagai organisma proaktif dan bukan organisma reaktif. Kohlberg
-
8/13/2019 Kursus Keberkesanan Pendidikan Moral
6/25
berpendapat bahawa unit keberkesanan pendidikan adalah kumpulan sosial dan bukan murid
secara individu.
3. PelajarIstilah pelajar atau murid merujuk kepada sesiapa yang sedang atau dalam
keadaanbelajar.Kadangkala istilah ini diertikan dalam maksud berbeza dalam sesetengah negara
atau kes-kes tertentu. Sebagai seorang pelajar, terdapat pelbagai tanggungjawab yang perlu
dipikul termasuklah tanggungjawab terhadap diri sendiri, guru, negara, ibu bapa dan sebagainya.
Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri adalah seperti menjaga kebersihan diri, termasuklah
kebersihan fizikal, mental dan rohani. Selain itu perlulah bersopan,jujur dan amanah. Pelajar juga
perlu menghargai masa dan menepati masa, menghormati hak asasi orang lain, berani dan cekal
hati, berdedikasi dan berdikasi, serta berjuang mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.
Kemudian, tanggungjawab pelajar terhadap agama pula adalah seperti taat kepada
perintah Tuhan, mempertahankan kesucian agama, mendalami dan mengamalkan ajaran agama
dalam kehidupan harian, menuntut ilmu sebagai memenuhi tuntutan agama, dan
menyebarluaskan nilai-nilai murni keagamaan di kalangan masyarakat. Seterusnya ialah
tanggungjawab terhadap keluarga iaitu, memupuk hubungan yang baik sesama ahli keluarga,
memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadi seorang yang berpendidikan dan bermoral
tinggi, menjaga nama baik keluarga serta menghormati sahabat / kenalan keluarga.
Tanggungjawab seterusnya adalah pada masyarakat iaitu tolong menolong dan
bekerjasama, menghormati orang-orang yang lebih tua, bertolak ansur, pantang larang dan adat
resam suku bangsa lain, persefahaman dan sabar, melibatkan diri dalam aktiviti khidmat
masyarakat atau kebajikan, bersifat kasihan terhadap sesama manusia dan haiwan serta alam
sekitar, memelihara kerukunan hidup berjiran dan mempertahankan nilai-nilai murni masyarakat
Malaysia daripada pencemaran budaya.
Kemudian, tanggungjawab pelajar juga terhadap guru seperti menghormati guru sebagai
sumber pengetahuan, bersopan terhadap guru, bersedia memberi kerjasama dan bantuan
mematuhi arahan guru (yang tidak bertentangan dengan kehendak agama), menjaga perasaan
guru, dan menerima teguran guru dengan positif. Dan akhir sekali tanggungjawab pelajar
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Belajar&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Belajar&action=edit&redlink=1 -
8/13/2019 Kursus Keberkesanan Pendidikan Moral
7/25
terhadap negara seperti mencintai negara dan bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan
Negara, mematuhi undang-undang, mengamalkan Prinsip Rukunegara, menjaga kemudahan-
kemudahan awam, menjaga dan menaikkan imej negara memelihara perpaduan dan kerukunan
hidup rakyat Malaysia serta memelihara dan mempertahankan keindahan semulajadi Negara.
4. GuruMenurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Seorang
guru ialah merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Menurut Mok Soon Sang (1990)
pula, guru merupakan seorang ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling
berkait rapat dengan masyarakat berstatus. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang
perguruan yang dipertanggungjawab untuk mendidik pelajar di sekolah. Guru juga sebagai
anggota masyarakat, harus pandai bergaul dengan masyarakat. Untuk itu, guru harus menguasai
psikologi sosial, memiliki pengetahuan tentang hubungan antara manusia dan sebagai anggota
masyarakat, guru mempunyai keterampilan membina kelompok, berkerjasama dalam kelompok
untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Dalam bahasa Arab pula dipanggil sebagai mudarris yang bermaksud sebagai pengajar.
Walau bagaimanapun dalam islam guru itu bukan sahaja bertugas sebagai pengajar sahaja.
Mereka akan dipanggil dengan pelbagai penggilan yang merujuk kepada tanggungjawab guru
yang sebenar. Antara pnggilan tersebut ialah al-Muallim, al-Murabbi, al-Muaddib dan al-
Mursyid. Al-Muallim bermaksu menyampaikan ilmu yang benar. manakala al-Murabbi pula
merujuk kepada menjayakan proses tarbiah atau mendidik. Al-Muaddib pula bermaksud
mengajar adab dan budi pekerti dan al-Mursyid yang bermaksud membentuk kepimpinan insan.
Antara fungsi dan peranan guru ialah guru sebagai pendidik dan pengajar haruslah
memiliki kestabilan emosi, ingin memajukan pelajar, bersikap realistik, bersikap jujur dan
terbuka, peka terhadap perkembangan terutamanya dalam inovasi pendidikan. Maka guru harus
memiliki dan menguasai berbagai jenis bahan pelajaran, menguasai teori dan praktikal
pendidikan, menguasai kurikulum dan metodologi pengajaran.
-
8/13/2019 Kursus Keberkesanan Pendidikan Moral
8/25
BAB 2
METODOLOGI KAJIAN
2.0 Pengenalan
Kajian ini dijalankan untuk memahami motivasi pembelajaran Pendidikan Moral di
Malaysia melalui bilangan responden yang terdiri daripada pelajar yang berbilang kaum dan
pelbagai peringkat umur. Kajian ini juga dijalankan di dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah
Kebangsaan Sungai Karangan, Padang Serai dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim,
Sungai Petani.
Bab ini akan menyelidik dengan lebih jelas dan terperinci mengenai keberkesanan
perlaksanaan Kursus Pendidikan Moral di sekolah. Kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkan
hasil-hasil data mengenai kajian yang ingin dikaji.
Perkara-perkara yang disentuh ialah :
1. Reka bentuk kajian.2. Tempat kajian.3. Populasi kajian.4. Alatan kajian.
2.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian yang dijlankan ini adalah berbentuk soal selidik, diedarkan kepada 30 orang
responden iaitu 14 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Karangan dan 16
pelajar lagi dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim. Daripada 30 orang responden tersebut,
8 orang adalah lelaki dan 22 orang adalah perempuan. Kajian ini adalah mengenai mata pelajaran
Pendidikan Moral dan pelajar yang berkaitan juga kesemuanya beragama selain agama Islam.
Berdasarkan maklumat yang diterima melalui soal selidik yang dijalankan, pengkaji dapat
mentafsirkan dengan lebih mendalam tentang keberkesanan kursus Pendidikan Moral di sekolah.
-
8/13/2019 Kursus Keberkesanan Pendidikan Moral
9/25
2.2 Tempat Kajian
Kami telah memilih dua buah sekolah di Kedah untuk membuat soal selidik. Sekolah yang
terlibat tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Karangan, Padang Serai dan
Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani. Kami memilih sekolah menengah
sebagai bahan kajian kerana pelajar sekolah menengah lebih matang dan memahami tentang apa
yang kami kaji dan boleh memberikan pendapat yang lebih jelas. Hal ini memudahkan kami
untuk menyelidik tentang keberkesanan kursus Pendidikan Moral di sekolah.
2.3 Populasi Kajian
Kajian mengenai keberkesanan kursus Pendidikan Moral di sekolah melibatkan 30 orang
respoden yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran Pendidikan Moral
dari dua buah sekolah. Daripada 3o orang responden tersebut 8 orang adalah lelaki dan 22 orang
lagi adalah wanita.
Kajian ini juga mengkaji sebab-sebab mata pelajaran Pendidikan Moral ini kurang
mendapat perhatian pihak sekolah serta pelajar-pelajar. Kebanyakan dari mereka menganggap
Pendidikan Moral ini tidak perlu diberi perhatian yang penuh kerana ia adalah satu kursus yang
mudah serta tidak penting. Mereka berpendapat perkara-perkara yang dipelajari ini boleh
dipelajari secara tidak formal sepeti di rumah.
-
8/13/2019 Kursus Keberkesanan Pendidikan Moral
10/25
2.4 Alatan Kajian
Kajian keberkesanan kursus Pendidikan Moral ini telah dijalankan dengan menggunakan
borang soal selidik. Borang ini terdiri daripada beberapa soalan yang akan diajukan kepada para
responden berkenaan.
Dalam borang soal selidik tersebut, terdapat 4 bahagian iaitu bahagia A, bahagian B,
bahagian C dan bahagian D. Sebelum itu terdapat satu bahagian yang mengandungi maklumat
peribadi responden seperti nama sekolah, negeri sekolah, lokasi sekolah, jantina, tingkatan, etnik,
agama, serta pencapaian markah dalam mata pelajaran Pendidikan Moral yang terkini. Bahagian
A adalah tentang Motivasi Pembelajaran Pendidikan Moral. Kemudian bahagian B adalah
mengenai Pencapaian Objektif Pendidikan Moral. Seterusnya bahagian C bertanyakan tentang
Faktor-Faktor Mempengaruhi Motivasi Pembelajaran dan akhir sekali bahagian D tentang
pendapat pelajar tentang pemansuhan matapelajaran Pendidikan Moral dari sekolah.
-
8/13/2019 Kursus Keberkesanan Pendidikan Moral
11/25
BAB 3
HASIL KAJIAN
Hasil kajian merupakan dapatan kajian yang diperolehi setelah menjalani kajian tentang
memahami motivasi pembelajaran Pendidikan Moral di Malaysia. Oleh itu, kajian yang
diperolehi dan ditunjukkan berdasarkan jadualjadual di bawah.
3.1 Persampelan dan populasi kajian
Sample yang digunakan di dalam kajian ini adalah pelajar pelajar sekolah menengah
yang mengambil subjek Pendidikan Moral di dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah
Kebangsaan Ibrahim, Kedah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Karangan, Kedah.
Populasi bagi kajian dan sample yang dibuat adalah sebanyak 30 orang.
3.2 Instrumen Kajian
Soal selidik dan kaedah temu bual secara bersemuka digunakan. Menurut Burke Johnson
dan Larry Christensen (2000), borang soal selidik adalah instrumen pengumpulan data berbentuk
self-report iaitu suatu tahap yang memerlukan setiap responden perlu mengisi sebahagian
daripada kajian. Setiap persoalan yang dikemukakan di dalam borang soal selidik ini mempunyai
tahap yang telah dipiawaikan yang bertujuan untuk menilai sesuatu item. Terdapat tiga bahagian
utama di dalam borang soal selidik yang dibina iaitu bahagian: A maklumat responden dan
motivasi pembelajaran Pendidikan Moral berdasarkan ya atau tidak. Bahagian B mengenai
pencapaian objektif, bahagian C pula faktorfaktor yang mempengaruhi, manakala bahagian D
di mana responden memberi pendapat mengikut arahan yang dinyatakan.
-
8/13/2019 Kursus Keberkesanan Pendidikan Moral
12/25
3.3 Dapatan Kajian
Dalam bahagian ini ditunjukkan demografi responden berkaitan tajuk Motivasi
pembelajaran Pendidikan Moral di Malaysia iaitu di dua buah sekolah yang terpilih.
Jadual 3.3: Bilangan dan Peratusan Populasi Pelajar Sekolah di dua Buah sekolah Yang Dipilih.
Sekolah Bilangan (orang) Peratus (%)
SMK Ibrahim, Kedah 16 53.3
SMK Sungai Karangan, Kedah 14 46.7
Jumlah 30 100
Jumlah pelajar sekolah di kedua dua sekolah yang dipilih ialah seramai 30 orang
pelajar. Bilangan ini meliputi 16 orang dari SMK Ibrahim seramai 16 orang pelajar dan SMK
Sungai Karangan seramai 14 orang pelajar. Kajian ini juga dibuat secara rawak untuk melihat
keberkesanan soal selidik ini.
3.4 Taburan Responden Mengikut Jantina
Responden adalah terdiri daripada kumpulan jantina yang berbeza. Jadual 3.4menunjukkan bilangan dan peratusan responden mengikut jantina yang menjawab borang soal
selidik yang telah diedarkan kepada responden.
Jadual 3.4 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina Bagi Pendidikan Moral di dua
buah sekolah
Jantina Bilangan (orang) Peratus (%)
Lelaki 8 26.7
Perempuan 22 73.3
Jumlah 30 100
Berdasarkan Jadual 3.4 didapati bahawa bagi Pendidikan Moral responden
perempuan adalah seramai 22 orang (73.3%) dan responden lelaki seramai 8 orang (26.7%).
-
8/13/2019 Kursus Keberkesanan Pendidikan Moral
13/25
3.5 Taburan Responden Mengikut Bangsa
Bagi kategori bangsa, responden yang mengambil subjek Pendidikan Moral adalah terdiri
daripada Cina, India dan lain-lain. Jadual 3.5 menunjukkan bilangan dan peratusan responden
mengikut bangsa.
Jadual 3.5: Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa Bagi Pendidikan Moral
Bangsa/ Etnik Bilangan (orang) Peratus (%)
Cina 16 53.3
India 12 40
Lain - lain 2 6.7
Jumlah 30 100
Berdasarkan Jadual 3.5 didapati bahawa separuh responden adalah terdiri daripada
bangsa Cina bagi responden yang mengambil subjek Pendidikan Moral iaitu seramai 16 orang
dengan kadar peratusan 53.3%, manakala 12 orang (40%) India, manakala dua orang (6,7%)
adalah lain-lain iaitu Kenyan dan Siam.
3.6 Taburan Responden Mengikut Agama
Bagi kategori agama, responden yang mengambil subjek Pendidikan Moral adalah terdiri
daripada Buddha, Hindu dan Kristian. Jadual 3.5.1 menunjukkan bilangan dan peratusan
responden mengikut bangsa.
Jadual 3.6: Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Agama Bagi Pendidikan Moral
Bangsa/ Etnik Bilangan (orang) Peratus (%)
Buddha 14 46.7
Hindu 11 36.7
Kristian 5 16.6
Jumlah 30 100
Berdasarkan Jadual 3.6 didapati bahawa keseluruhan responden adalah terdiri daripada
agama Buddha iaitu seramai 14 orang dengan kadar peratusan 46.7%, manakala seramai 11
orang (36.7%) adalah Hindu dan 5 orang (16.6%) Kristian.
-
8/13/2019 Kursus Keberkesanan Pendidikan Moral
14/25
3.7 Taburan Responden Mengikut Gred Diperolehi
Kategori ini pula menunjukkan bilangan dan peratusan responden mengikut gred yang
diperolehi bagi subjek Pendidikan Moral.
Jadual 3.7: Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Gred Yang Diperolehi bagi Pendidikan
Moral
Pencapaian markah Bilangan (orang) Peratus (%)
A (100%-80%) 22 73.3
B (79%- 60%) 5 16.7
C (59%- 40%) 3 10
D (39%-20%) 0 0
E (19%- 0%) 0 0
Jumlah 30 100
Berdasarkan Jadual 3.7 jumlah responden yang memperoleh gred A sehingga C bagi
subjek Pendidikan Moral adalah seramai 30 orang. Sebanyak 22 orang (73.3%) memperoleh gred
A, lima orang (16.7%) gred B dan tiga orang (10%) gred C. Kebanyakan responden yangmendapat gred antara 80 100 % merupakan sebahagian besar pelajar Cina yang belajar di
sekolah bandar dan beragama Buddha.
-
8/13/2019 Kursus Keberkesanan Pendidikan Moral
15/25
3.8 Motivasi Pembelajaran Pendidikan Moral di Malaysia
Kajian ini pula merujuk kepada peratusan responden mengenai motivasi pembelajaran
dan keberkesanan pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah yang berkaitan dengan kehidupan
harian pelajar dan pembentukan nilainilai murni.
Jadual 3.8 : Motivasi Pembelajaran Pendidikan Moral
Bil Soalan Ya
(%)
Tidak
(%)
1 Saya menunjukkan prestasi yang baik dalam subjek Pendidikan Moral 96.7 3.3
2 Saya merupakan salah seorang yang mendapat pencapaian baik dalam
subjek pendidikan moral dalam kelas
86.7 13.3
3 Keputusan subjek pendidikan moral saya lebih bagus daripada subjek
lain
70 30
4 Saya selalu jangka akan mendapat pencapaian yang bagus dalam
Pendidikan Moral.
93.3 6.7
5 Saya selalu dapat menguasai topik baru dalam pendidikan moral 83.3 16.7
6 Pendidikan Moral penting dalam pembinaan peribadi saya 70 307 Pengetahuan pendidikan moral adalah sangat berguna jika dibandingkan
dengan subjek lain
76.7 23.3
8 Saya berpendapat adalah penting untuk mendapat pencapaian yang baik
dalam subjek Pendidikan Moral
80 20
9 Saya berminat dengan subjek Pendidikan Moral 76.7 23.3
10 Aktiviti yang melibatkan mata pelajaran moral lebih baik berbanding
aktiviti yang melibatkan subjek lain
63.3 36.7
11 Secara keseluruhannya, saya suka membuat latihan pendidikan moral 76.7 23.3
12 Saya suka menghadiri kelas pendidikan moral. 76.7 23.3
-
8/13/2019 Kursus Keberkesanan Pendidikan Moral
16/25
Berdasarkan Jadual 3.8, didapati bahawa motivasi pembelajaran Pendidikan Moral dalam
beberapa persoalan adalah berlainan nilai peratusannya. Peratusan yang paling tinggi dalam
jawapan ya adalah dimana apabila persoalan mengenai prestasi akademik pelajar dalam
Pendidikan Moral menunjukkan jumlah yang tinggi iaitu sebanyak 96.7 %. Responden yang
memperolehi gred cemerlang berpendapat bahawa subjek Pendidikan Moral ini merupakan
subjek yang mudah untuk skor kerana sukatan pelajaran Moral menerapkan nilai murni yang
mudah dihafal tanpa perlu memahaminya. Manakala peratus rendah jawapan ya adalah 70 %
mengatakan bahawa keputusan Pendidikan Moral lebih bagus berbanding subjek lain dan
Pendidikan Moral penting dalam pembentukan peribadi pelajar kerana sesetengah pelajar yang
mendapat gred yang kurang memuaskan sedangkan subjek Moral ini lebih kepada konsep
KBKK. Nilainilai murni juga boleh dipelajari secara tidak formal seperti didikan ibu bapa di
rumah.
Seterusnya pada jawapan tidak peratusan yang paling tinggi adalah dimana aktiviti
yang melibatkan mata pelajaran moral lebih baik berbanding aktiviti yang melibatkan subjek lain
iaitu sebanyak 36.7%. Sebahagian responden berpendapat bahawa subjek Moral kekurangan
aktiviti yang bersesuaian dengan subjek Moral. Daripada Jadual 3.8 dapat disimpulkan bahawa
peranan Pendidikan Moral dalam pembelajaran dan pembinaan sahsiah pelajar berkualiti di
sekolah adalah penting namun perlu ada pemantauan terhadap pelaksanaan pembelajaran dan
pengajaran subjek Moral.
3.9 Pencapaian Objektif Pendidikan Moral
Kajian ini pula merujuk kepada peratusan responden mengenai pencapaian objektif
Pendidikan Moral di sekolah berdasarkan pengalaman responden sendiri. Di dalam jadual ini
terdapar ruang soalan, ruang jawapan iaitu setuju, kurang setuju dan tidak setuju. Selain itu,
persoalan ini menumpukan kepada nilai tanggungjawab, kepercayaan agama, keprihatinan, hak
asasi dan semangat patriotisme.
-
8/13/2019 Kursus Keberkesanan Pendidikan Moral
17/25
Jadual 3.9 Pencapaian Objektif Pendidikan Moral
Soalan Setuju
(%)
Kurang
Setuju
(%)
Tidak
Setuju
(%)
1 Pendidikan Moral dapat mendidik pelajar menjadi seorang yang
bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain
93.3 6.7 0
2 Pendidikan Moral dapat memberi kefaham tentang kepercayaan
kepada agama.
93.3 3.35 3.35
3 Pendidikan Moral dapat mendidik pelajar menjadi seorang yang
prihatin terhadap alam sekitar.
90 10 0
4 Pendidikan Moral dapat mendidik pelajar tentang pentingnya
keamanan dan keharmonian hidup.
93.3 6.7 0
5 Semangat patriotik boleh dipupuk melalui Pendidikan Moral. 86.7 10 3.3
6 Pendidikan Moral dapat mendidik pelajar untuk lebih memahami
hak asasi manusia.
83.3 13.4 3.3
7 Pendidikan Moral dapat mendidik pelajar tentang prinsipdemokrasi dalam kehidupan
80 16.7 3.3
Berdasarkan jadual 3.9 menunjukkan dimana persoalan yang berkaitan dengan
pencapaian objektif Pendidikan Moral dalam penyampaian nilainilai murni berdasarkan kaitan
dengan pengalaman pelajar sendiri. Jika dilihat pada ruangan setuju, peratusan yang paling tinggi
menunjukkan persoalan mengenai Pendidikan Moral dapat mendidik pelajar menjadi seorang
yang bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain, Pendidikan Moral dapat memberi
kefahaman tentang kepercayaan kepada agama dan Pendidikan Moral dapat mendidik pelajar
tentang pentingnya keamanan dan keharmonian hidup sebanyak 93.3 %.
-
8/13/2019 Kursus Keberkesanan Pendidikan Moral
18/25
Ini menunjukkan bahawa nilai nilai murni yang ada pada Pendidikan Moral sedikit
sebanyak dapat mendidik pelajar supaya menjadi seorang yang bertanggungjawab moral dan
sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan. Pada ruangan kurang setuju
peratusan paling tinggi merujuk kepada Pendidikan Moral dapat mendidik pelajar tentang prinsip
demokrasi dalam kehidupan (16.7%). In menunjukkan bahawa nilai berkaitan dengan demokrasi
seperti kebebasan bersuara dan sikap keterbukaan kurang diberi perhatian semasa proses
pembelajaran di sekolah. Mereka mengatakan nilai demokrasi ini kurang dipraktikkan di
sekolah. Manakala pada ruangan tidak setuju peratus yang tinggi (3.35%) Pendidikan Moral
dapat memberi kefahaman tentang kepercayaan kepada agama. Menurut responden, agama dan
moral merupakan dua istilah yang berbeza kerana agama lebih kepada kepercayaan, manakala
moral merupakan satu set tingkah laku sama ada betul atau salah.
3.10 FaktorFaktor Mempengaruhi Motivasi Pembelajaran
Kajian ini pula merujuk kepada peratusan responden mengenai faktor faktor
mempengaruhi motivasi pembelajaran berdasarkan pengalaman responden sendiri. Di dalam
jadual ini terdapar ruang soalan, ruang jawapan iaitu pengaruh positif (menggalakkan), pengaruh
negatif (tidak menggalakkan) dan tiada pengaruh. Selain itu, persoalan ini menumpukan kepada
nilai tanggungjawab, kepercayaan agama, keprihatinan, hak asasi dan semangat patriotisme.
No Soalan Pengaruh
Positif
(%)
Pengaruh
Negatif
(%)
Tiada
Pengaruh
(%)
1 Kaedah pengajaran Pendidikan Moraldi sekolah. 90 0 10
2 Cara peperiksaan Pendidikan Moral 76.7 0 23.3
3 Cara menjawab soalan Pendidikan Moral 80 0 20
4 Tugasan projek Pendidikan Moral 90 3.3 6.7
5 Isi kandungan buku teks subjek Pendidikan
Moral
93.3 0 6.7
-
8/13/2019 Kursus Keberkesanan Pendidikan Moral
19/25
6 Cara komunikasi guru Pendidikan Moral dengan
anda
93.3 0 6.7
7 Sukatan kurikulum Pendidikan Moral (36 nilai) 86.7 6.65 6.65
8 Pandangan kawan anda terhadap subjek
Pendidikan Moral
76.7 16.7 6.6
9 Suasana pembelajaran Pendidikan Moral di kelas
anda
86.7 10 3.3
10 Aktiviti pembelajaran Pendidikan Moral yang
dilaksanakan oleh guru Pendidikan Moral anda
96.7 0 3.3
Berdasarkan jadual 3.10 menunjukkan dimana persoalan yang berkaitan dengan faktor
faktor mempengaruhi motivasi pembelajaran dengan pengalaman pelajar sendiri. Jika dilihat
pada ruangan pengaruh posititf, peratusan yang paling tinggi (96.7%) menunjukkan persoalan
mengenai aktiviti pembelajaran Pendidikan Moral yang dilaksanakan oleh guru Pendidikan
Moral mempengaruhi motivasi pembelajaran. Contoh aktiviti pembelajaran seperti perbincangan
kumpulan, tayangan video yang berkaitan, lakonan dan sebagainya.
Pada ruangan pengaruh negatif peratusan paling tinggi (16.7%) merujuk kepada
pandangan kawan terhadap subjek Pendidikan Moral yang mempengaruhi faktor motivasi
pembelajaran responden. Ini menunjukkan bahawa rakan mempunyai pengaruh yang kuat dalam
mempengaruhi pemikiran pelajar selain daripada ibu bapa. Manakala pada ruangan tiada
pengaruh peratus yang tinggi (23.3%) cara peperiksaan Pendidikan Moral tiada pengaruh dalam
motivasi pembelajaran. Reponden berpendapat peperiksaan sememangnya tiada pengaruh
terhadap motivasi pembelajara kerana peperiksaan merupakan alat yang digunakan untuk
menguji sejauh mana kefahaman pelajar terhadap topik pembelajaran tanpa melibatkan pengaruh
motivasi dan nilai.
-
8/13/2019 Kursus Keberkesanan Pendidikan Moral
20/25
3.11 Pandangan Responden Mengenai Pendidikan Moral Wajar Dimansuhkan
Kajian ini pula merujuk kepada peratusan responden mengenai pandangan mereka
mengenai adakah wajar pendidikan moral dimansuhkan. Di dalam jadual ini terdapar ruang
soalan, ruang jawapan iaitu ya dan tidak.
Jadual 3.11 Pandangan Responden Mengenai Pendidikan Moral Wajar Dimansuhkan
Ya(%) Tidak (%)
1 Pendidikan Moral wajar dimansuhkan 60 40
Berdasarkan jadual 3.11 menunjukkan dimana persoalan yang berkaitan dengan
pandangan responden sendiri mengenai wajarkah Pendidikan Moral wajar dimansuhkan. 60 %
mengatakan ya Pendidikan Moral wajar dimansuhkan manakala 40 % mengatakan tidak wajar
Pendidikan Moral dimansuhkan. Pengkaji mendapati peratusan ya yang mengatakan wajar
subjek Moral dihapuskan merupakan dari kalangan pelajar yang mendapat gred A atauinta
cemerlang yang mendapati subjek ini semata mata menghafal fakta atau nilai tanpa perlu
memahami lebih mendalam dan melaksanakannya. Ini menunjukkan perlunya perubahan dalam
sistem pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Moral.
-
8/13/2019 Kursus Keberkesanan Pendidikan Moral
21/25
BAB 4
KESIMPULAN DAN CADANGAN
4. 0 PENGENALAN
Dalam bab ini, kajian lebih menjurus kepada aspek kesimpulan dan cadangan atau
saranan. Maklumat maklumat yang diperoleh daripada kajian ini memberi gambaran secara
menyeluruh mengenai keberkesanan perlaksanaan kursus Pendidika Moral. Rumusan akan
dibuat berdasarkan hasil daripada kaji selidik yang telah diperoleh dalam bab sebelum ini.
4.1 KESIMPULAN
Daripada analisis data dan perbincangan terhadap dapatan kajian, secara keseluruhannya,
didapati maklum balas responden beranggapan Pendidikan Moral sebenarnya mengatakan
Pendidikan Moral wajar untuk dihapuskan berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Jika dikaji
semula, kemungkinan besar berlaku kekurangan yang besar khususnya dalam sistem
pembelajaran dan pengajaran. Oleh itu, guru perlulah bijak dan kreatif dalam menguruskan para
pelajar dan menjadikan subjek Pendidikan Moral itu adalah satu subjek yang penting.
Sesetengah responden mengatakan pelajaran Moral kadang kala membosankan kerana
guru hanya menjelaskan dengan huraian panjang lebar dan berpandukan buku teks, yang
membuatkan murid terpaksa mengikuti pelajaran. Ini adalah kerana dari segi proses
pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas, hanya lebih berteraskan kepada guru kerana hanya
guru sahaja yang mengajar dan murid hanya mendengar. Pembelajaran berteraskan murid juga
kurang dititikberatkan. Menurut Koh Boh Koon (1992) proses pengajaran di dalam kelas
seharusnya melibatkan dua pihak guru-pelajar.
Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah
laku juga akan memberikan pengaruh secara tidak langsung kepada perlaksanaan pembelajaran
moral pelajar di sekolah.
-
8/13/2019 Kursus Keberkesanan Pendidikan Moral
22/25
4.2 CADANGAN
Berdasarkan hasil kajian yang telah dieprolehi, pengkaji ingin beberapa saranan yang
difikirkan perlu agar pihakpihak tertentu mengambil langkahlangkah yang difikirakn dapat
menambahkbaikan kursus perlaksanaan kurikulum Pendidikan Moral di sekolah.
1) MENAMBAH SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Terdapat pelbagai kekurangan bagi mendapatkan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Moral. Oleh itu, pihak sekolah perlu lebih banyak
menghabiskan peruntukan yang diberikan bagi menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran
bagi subjek-subjek teras. Guru-guru Pendidikan Moral perlu berusaha menyediakan bahan-bahan
bantu mengajar bagi membantu mereka di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru
ini juga perlu mengadakan pelbagai aktiviti pertandingan di kalangan pelajar bagi menambah
bahan pembelajaran seperti pertandingan mereka model rumah ibadat, buku skrap dan
persembahanpower pointbagi topik-topik yang diajar di dalam silibus Pendidikan Moral.
2) SISTEM PEPERIKSAAN MENGIKUT KEUPAYAAN
Konsep baru peperiksaan yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan yang
memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan, dikira
akan memberi kesan yang luas kepada sistem penilaian dan sistem pelajaran di sekolah. Pelajar
sekolah sememangnya berbeza dari segi kebolehan dan kecerdasan mereka. Ini menyebabkan
sebilangan murid didapati lebih mudah dan cepat menguasai sesuatu pelajaran dan kemahiran
berbanding dengan segolongan lagi murid yang lemah dan lembab. Banyak faktor yang
menyebabkan mengapa perbezaan ini wujud dan memberi kesan pada pencapaian pelajar.
3) MEMPELBAGAIKAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
-
8/13/2019 Kursus Keberkesanan Pendidikan Moral
23/25
Kepentingan mempelbagaikan sumber pengajaran dan pembelajaran adalah penting bagi
memastikan pelajar meminati subjek yang diajarkan. Ini juga jelas dinyatakan di dalam Fokus
dan Strategi Membangunkan Modal Insan iaitu untuk memantapkan kurikulum dengan
meneruskan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral serta
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Selain itu juga, guru tidak hanya memfokuskan untuk
menghabiskan silibus di dalam buku teks, malahan guru boleh mengaitkan nilai nilai murni
yang ada dalam pengajaran, malahan guru juga boleh mengaitkannya dengan kehidupan seharian
pelajar.
4) PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL
Guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektif-objektif
seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral dalam kalangan pelajar. Di bawah
rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan sahaja dalam mata pelajaran
Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata pelajaran yang lain. Justeru itu, pelajar-pelajar
sekolah perlu diberi peluang dalam menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam
kehidupan seharian mereka. Keadaan ini sejajar dengan perkembang moral kognitif pelajar
berkenaan dengan pertimbangan moral (moral judgement) yang mengklasifikasikan
terdapatnya tiga ciri pertimbangan moral bagi golongan pelajar iaitu pertimbangan tentang nilai
bukan fakta, pertimbangan sosial yang melibatkan pertimbangan tentang manusia dan
pertimbangan normatif atau preskriptif, pertimbangan tentang patut, hak dan tanggungjawab dan
bukan pertimbangan nilai tentang kecenderungan sendiri.
BIBLIOGRAFI
-
8/13/2019 Kursus Keberkesanan Pendidikan Moral
24/25
Chang Lee Hoon (2005).Konsep Asas Dalam Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: PenerbitUniversiti Malaya.
Loganathan, R. (1995). Peringkat perkembangan moral di kalangan pelajar sekolah menengah
bandar dan luar bandar. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya.
C. K. Cheung. The Teaching of Moral Education through Media Education. Vol. 16 No. 1. The
University of Hong Kong, Hong Kong. The Asia Pacific-Education Researcher.
Chang Lee Hoon (2002). Perkembangan domain moral dalam pengajaran dan pembelajaran
sains sosial. Kertas yang dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran
Sains Sosial, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya pada 19 Januari, 2002
Colby, A., Kohlberg, L. (1987). The measurement of moral judgement. Volume I:
Theoretical foundations and research validation. Cambridge: Cambridge University Press.
Ahmad Zabidi Abdul Razak. (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap
Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan 31 (2006) 319.
Liang Mingyue.Problems, causes and solutions in a school moral education course.Faculty of
Education, BNU, China
LAMPIRAN
-
8/13/2019 Kursus Keberkesanan Pendidikan Moral
25/25