MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI
KUMPULAN NINEPRO
LAPORAN
KUMPULAN INOVATIF
DAN KREATIF (KIK) 2019
MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI
MENARA MPSP
JALAN PERDA UTAMA
BANDAR PERDA
14000 BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG
1
BAB 1
PENGENALAN KUMPULAN DAN PROJEK
a. Pengenalan Kumpulan
Nama Kumpulan : NinePro
Nama Organisasi : Majlis Perbandaran Seberang Perai
Alamat : Menara MPSP, Jalan Perda Utama, Bandar Perda
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
No. Telefon : 04-5497555
E-Mail : [email protected]
Tarikh Kumpulan Ditubuhkan : November 2018
Bilangan Ahli : 9 Orang Dari Jabatan Kejuruteraan.
Pemilihan Ahli Kumpulan : Mengikut latar belakang teknikal dan unit dalam MPSP
Moto Kumpulan : Progresif, Produktif, Profesional
Misi Kumpulan : Menjamin Keselamatan dan Kesejahteraan
Masyarakat Seberang Perai
(Borang Pencalonan – Lampiran 1)
(Surat Pelantikan – Lampiran 2)
b. Butiran Projek
Nama Projek: : SAFETY TOP AND RESIZABLE GRATING(STAR-G)
Keterangan / Rasional / Ringkasan Eksekutif :
Majlis Perbandaran Seberang Perai dengan moto Seberang Perai Aspirasi Bandar
Masa Hadapan sentiasa menambah baik kualiti perkhidmatan berteraskan ‘People
Centric’. Demi kepuasan pelanggan dari aspek keselamatan dan kesejahteraan,
MPSP melalui Jabatan Kejuruteraan sentiasa memastikan proses penyelenggaraan
dilaksanakan dengan pantas dan berkesan.
Kerosakan dan kehilangan penutup longkang (grating) di lapangan adalah aduan
yang sering diterima oleh Jabatan Kejuruteraan. Perkara ini merupakan punca
berlakunya kes kemalangan fizikal dan kematian. Jabatan Kejuruteraan ambil
perhatian dan memandang serius perkara ini. Jabatan telah mengenalpasti punca
kelewatan penggantian grating ialah di bahagian fabrikasi grating. Grating tersebut
perlu ditempa khas berdasarkan saiz yang berlainan di tapak kerana tiada spesifikasi
khusus ditetapkan di Unit Kawalan Pembangunan.
2
Sekiranya, masalah grating ini tidak dapat diatasi, perkara yang lebih serius boleh
terjadi seperti:
a. Kemalangan fizikal dan boleh mengundang kematian.
b. Persekitaran yang tidak selamat kepada masyarakat Seberang Perai.
c. Imej MPSP sebagai Pengurus Harta akan terjejas
d. Kepuasan Stakeholder akan menurun dengan peningkatan aduan yang
lambat selesai.
Bagi mengatasi masalah ini, kumpulan telah mengadakan sesi percambahan fikiran
bersama semua ahli kumpulan bagi mewujudkan satu tindakan penyelesaian ke atas
masalah ini. Kumpulan telah menghasilkan satu inovasi penciptaan bagi
meningkatkan mutu penyampaian dalam perkhidmatan dengan mencipta Safety Top
and Resizable Grating (STAR-G) yang mampu mengubah perspektif dan cara
mengatasi aduan grating rosak dan hilang.
Penumpuan projek ini adalah kepada reka bentuk dan kebolehlaksanaan di tapak.
Inovasi ini juga turut menumpukan ke arah tindakan pantas dan segera sebelum
penggantian grating yang baru di tapak.
Cadangan ini dilihat mampu menyelesaikan masalah utama yang melibatkan
keselamatan masyarakat setempat dan mengurangkan tuntutan pampasan akibat
kemalangan di lapangan.Selain itu, aduan dapat diselesaikan dengan lebih pantas
berbanding sebelum inovasi dihasilkan serta produktiviti pegawai juga dapat
ditingkatkan.
Secara keseluruhan, projek ini memberikan impak yang amat besar khususnya
kepada kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat Seberang Perai selaras dengan
misi dan visi MPSP.
Diharapkan bermula tahun 2019, masalah kelewatan penggantian dan kesukaran
mendapatkan grating baru dapat diselesaikan seterusnya dapat memberi faedah
kepada masyarakat Seberang Perai dalam kesejahteraan dan kualiti hidup.
c. Kategori Projek
Jenis/Bidang Inovasi : Inovasi Penyampaian Perkhidmatan (Inovasi
Penciptaan)
Penyataan Masalah : Kelewatan penggantian grating dan kesukaran
mendapatkan alat ganti kekal dengan segera.
d. Sokongan dan Kelulusan Pihak Pengurusan:
Pelaksanaan projek ini telah mendapat kelulusan daripada Pengarah Kejuruteraan. Surat
permohonan dan kelulusan pelaksanaan projek adalah seperti di Lampiran 3. (Surat
permohonan dan kelulusan: MPSP/50/1-83/1).
3
BAB 2
SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK
a. Kaitan Dengan Fungsi Utama Agensi / Jabatan :
Jabatan Kejuruteraan merupakan salah satu jabatan di bawah Majlis Perbandaran
Seberang Perai. Antara fungsi utama Jabatan Kejuruteraan adalah:-
Menyediakan dan menyelenggara kemudahan awam dan infrastruktur.
Menyelenggara jalan-jalan taman perumahan di seluruh kawasan Seberang Perai.
b. Memenuhi Kehendak Pelanggan dan ‘Stakeholder’
Inovasi ini dicipta untuk memenuhi kehendak pelanggan dan stakeholder berdasarkan
Misi dan Visi MPSP (Lampiran 4) serta Seberang Perai Corporate Priorities (SPCP)
(Lampiran 5) seperti berikut:-
SP01 – Persekitaran Yang Selamat
SP02 – Kemudahan dan Infrastruktur yang Berkualiti
SP08 – Bandar Yang Berdaya Tahan dan Berdaya Huni
c. Kaitan Dengan Agenda Nasional
Inovasi ini dicipta untuk memenuhi beberapa agenda nasional seperti berikut:-
Dasar Keselamatan Negara
o Nilai Teras 8 - Keselamatan Rakyat (Lampiran 6)
RMK11 (Rancangan Malaysia Ke-11)
o Strategi Tumpuan Kedua – Kesejahteraan Rakyat (Lampiran 7)
Sustainable Development Goals
o Goal 3 – Good Health and Well Being (Lampiran 8)
o Goal 11 – Make cities inclusive, safe, resilient and sustainable
(Lampiran 9)
d. Kaitan Dengan Ekosistem Semasa
Idea ini tercetus ekoran daripada masalah dan situasi berikut :
Keadaan grating yang masih ada di lapangan yang tidak seragam.
Kelewatan penggantian grating yang perlu ditempa khas berdasarkan saiz
yang berlainan di tapak.
Aduan penyelenggaraan tidak dapat disiapkan mengikut tempoh yang
ditetapkan disebabkan grating yang perlu ditempa khas dan mengambil
masa yang lama. Ini menimbulkan persepsi negatif orang awam kepada
pihak Majlis.
Kontraktor perlu hadir ke tapak untuk mengukur saiz grating sebelum
menggantikan dengan grating yang baru.
Tiada syarat khusus yang ditetapkan oleh Jabatan Kejuruteraan pada
pemaju berhubung saiz grating untuk pembangunan.
4
Maklumat- maklumat yang berkaitan sebelum pelaksanaan inovasi:
Bil Perkara Sebelum Inovasi
(Tahun 2017)
1 Bilangan Aduan Kerosakan Penutup Longkang (Lampiran 10)
2 Rekod kecederaan dan kemalangan melibatkan
grating (Lampiran 11)
3 Bilangan aduan grating yang dikumpul oleh panel
kontraktor sebelum ditempa khas (Lampiran 12)
4
Saiz grating tidak diseragamkan di bahagian Syarat
Khusus (Pemaritan) dalam Borang Semakan Pelan
Jalan dan Parit (PK-JP/KJT Lamp. 2 Keluaran 1
(01/05/2017))
(Lampiran 13)
e. Projek Memenuhi Lima Kriteria.
I. Kreatif Dan Inovatif
Inovasi ini adalah hasil cetusan idea semua ahli yang mana konsep dan
rekabentuk ini tidak pernah dilaksanakan / dihasilkan oleh mana-mana agensi
dan individu.
II. Impak Positif Yang Tinggi Dan Menyeluruh
Organisasi –MPSP dapat membuat tindakan pembetulan dengan segera.
Selain itu, kepuasan pelanggan dapat ditingkatkan sejajar dengan moto
MPSP ‘Seberang Perai Aspirasi Bandar Masa Hadapan’.
Masyarakat – Masyarakat atau orang awam akan berasa selamat dan selesa
ketika berada di Kompleks Makanan, Pasar Awam dan jalan-jalan MPSP
kerana kurangnya risiko kemalangan dikawasan tersebut. Aduan tentang
masalah penyelenggaraan infrastruktur awam juga dapat diatasi dengan lebih
cepat.
III. Pulangan Nilai Terbaik
Dengan adanya inovasi ini, aduan dapat diselesaikan dengan cepat dan
keselamatan masyarakat lebih terjamin kerana penggantian grating
dilaksanakan dengan segera setelah aduan diterima. Selain itu, semua
permohonan pembangunan baru bermula tahun 2020, pemaju dikehendaki
5
untuk mengikut saiz grating yang telah ditetapkan di dalam Syarat Khusus
Borang Pelan Jalan dan Parit (JP1).Inovasi ini juga dijangka akan menjana
pendapatan tambahan kepada Majlis apabila ianya berjaya dipatenkan.
IV. Replikasi
Rekaan grating ini juga boleh digunapakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT), dan juga agensi yang berkaitan.
V. Pengkomersialan
Boleh digunakan oleh pihak atau agensi berkaitan diseluruh Malaysia.
MPSP dapat memasarkan inovasi ini dan ianya sekaligus menjana
pendapatan tambahan kepada MPSP.
BAB 3
TINDAKAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN
a. Cadangan Penyelesaian dan Strategi Pelaksanaan
Kumpulan menggunakan kaedah Design Thinking bagi menjana idea inovasi dengan
mencipta nilai ke atas STAR-G.
Rajah 1: Design Thinking
Kumpulan membuat sesi Brainstorming berdasarkan analisa kaji selidik bagi memilih dan
menentukan halatuju untuk penambahbaikan keatas masalah yang dihadapi MPSP.
Melalui kaedah ini sebanyak lima (5) cadangan kaedah penyelesaian yang terbaik telah
dikenalpasti.
Kaji selidik dengan
Penduduk Taman
Perumahan sekitar
Seberang Perai
(Lampiran 14)
Menganalisa
kaji selidik
(Lampiran 15)
Sesi
Brainstorming
Kumpulan
(Lampiran 16)
Lakaran
Prototaip dan
AUTOCAD
design
(Lampiran 17)
Ujicuba dan
Pelaksanaan
(Lampiran 18)
6
BIL KAEDAH PENYELESAIAN
1 Meletakkan barrier atau kon keselamatan sementara di lokasi aduan.
2 Menutup longkang dengan papan terlebih dahulu sebelum grating baru
dipasang.
3 Meletakkan plat besi biasa sementara di lokasi aduan.
4 Membuat program kesedaran berkenaan penjagaan kemudahan awam kepada
masyarakat Seberang Perai.
5 Mewujudkan adjustable grating sebagai tindakan awal selepas aduan diterima.
Hasil daripada sesi tersebut, kumpulan telah memilih untuk melakukan penciptaan baru
adjustable grating yang dinamakan Safety Top and Resizable Grating (STAR-G) bagi
mempercepatkan penyelesaian aduan.
b.Pelan Tindakan Penyelesaian.
Carta PDCA (Plan-Do-Check-Action)
Berikut adalah carta PDCA:
Rajah 2: Carta PDCA STAR-G
PLAN
Tempoh :
2 bulan
(Mei - Jun 2018)
DO
Tempoh :
3 bulan
(Jul - Sept 2018)
CHECK
Tempoh :
4 bulan
(Okt 2018 – Jan 2019)
ACTION
Tempoh :
2bulan
(Feb–Mac 2019)
1. Perbincangan spesifikasi
yang telah dirancang
(Lampiran 19)
a. Penggunaan bahan
b. Kos bahan
c. Analisis bahan
d. Prototaip inovasi
1. Proses Pembuatan
Grating (Lampiran 20)
a. Fasa 1 b. Fasa 2 c. Fasa 3
1. Ujicuba Pertama (Lampiran 21)
a. Masalah yang dihadapi
b. Penambahbaikan c. Maklum balas daripada
kakitangan jabatan
2. Ujicuba Kedua (Lampiran 22)
a. Verifikasi daripada
agensi kerajaan
b. Final product
1. Tindakan
penyeragaman untuk
dalaman dan luaran
(Lampiran 23)
a. Penambahbaikan
proses kerja di
dalam SOP dan
prosedur Jabatan
b. Penambahbaikan
Syarat Khusus
Pemaritan dalam
Borang JP1
7
Carta Perbatuan (Gantt Chart) STAR-G
Berikut adalah jadual perancangan tindakan penyelesaian pelaksanaan inovasi:
Keterangan Mei
‘18
Jun
‘18
Jul
‘18
Ogo
‘18
Sep
‘18
Okt
‘18
Nov
‘18
Dis
‘18
Jan
‘19
Feb
‘19
Mac
‘19
Perbincangan spesifikasi
yang telah dirancang
a. Penggunaan bahan
b. Kos bahan
c. Analisis bahan
d. Prototaip inovasi
1. Proses Pembuatan Grating a. Fasa 1 b. Fasa 2 c. Fasa 3
1. Ujicuba Pertama a. Masalah yang dihadapi
b. Penambahbaikan c. Maklum balas daripada
kakitangan jabatan
2. Ujicuba Kedua a. Verifikasi daripada
agensi kerajaan
b. Final product
1. Tindakan penyeragaman
untuk dalaman dan luaran a. Penambahbaikan
proses kerja di dalam
SOP dan prosedur
Jabatan b. Penambahbaikan
Syarat Khusus
Pemaritan dalam
Borang JP1
8
Strategi pelaksanaan projek adalah seperti berikut :-
Uji Cuba Pertama (Oktober 2018) (Lampiran 18)
i. Mudah dipasang dimana sahaja.
ii. Air tidak dapat menerusi grating.
iii. Menggunakan MS Plate dengan ketebalan 2mm.
Uji Cuba Kedua (Disember 2018) (Lampiran 18)
i. Mudah dipasang di mana sahaja.
ii. Mempunyai lubang untuk aliran air.
iii. Mempunyai pemegang bagi memudahkan proses memasang dan
menanggal grating.
iv. Dipasang dengan kunci khas bagi mengelakkan kes kecurian.
v. Menggunakan MS Plate dengan ketebalan 2mm.
Penggunaan STAR-G di tapak bermula Januari 2019.
Pelan Lakaran
Rajah 3: Pandangan Atas Safety Top and Resizable Grating (STAR-G)
9
Rajah 4: Pandangan Bawah Safety Top and Resizable Grating (STAR-G)
Rajah 5: Pandangan Hadapan Safety Top and Resizable Grating (STAR-G)
10
Rajah 6: Pandangan Isometric Safety Top and Resizable Grating (STAR-G)
Rajah 7: Load Test (Displacement) Safety Top and Resizable Grating (STAR-G)
Load test ini dijalankan berdasarkan program Solidworks. Beban maksimum yang diletakkan
adalah 3000kg di titik tengah.
11
Rajah 8: Fatigue Test Safety Top and Resizable Grating (STAR-G)
Fatigue test ini dijalankan berdasarkan program Solidworks. Beban maksimum yang
diletakkan adalah 3000kg secara konsisten dengan tekanan selama 1000 saat sebanyak 50
tekanan di titik tengah.
Rajah 9: Load Test (Ultimate Stress) Safety Top and Resizable Grating (STAR-G)
12
Load test ini dijalankan berdasarkan program Solidworks. Berdasarkan beban maksimum
yang dikenakan iaitu 3000kg di permukaan, ultimate stress untuk STAR-G adalah 1000
Newton per milimetre square.
Sehubungan itu, berdasarkan ujian yang telah dijalankan menggunakan program Solidworks,
tahap kelenturan STAR-G adalah 2.991 x e0.01mm.
Hasil daripada sesi uji cuba yang telah dilakukan, kumpulan mendapati reka bentuk Uji Cuba
Kedua adalah lebih praktikal. Sehubungan dengan itu, kumpulan bersetuju untuk
melaksanakan projek ini bermula bulan Disember 2018.
BAB 4
KEBERHASILAN PROJEK – OUTCOME PROJEK DAN PEMBUKTIAN
a. KESAN JANGKA PENDEK
Masa
Masa untuk memberi maklum balas dalam Sistem Aduan MPSP lebih pendek.
(Lampiran 24)
Tindakan penggantian grating menggunakan STAR-G dapat dilaksanakan dengan
segera. (Lampiran 25)
Produktiviti
Pegawai lebih responsif dalam keberkesanan memberikan maklum balas aduan.
Keselamatan
Mengurangkan risiko kemalangan dan kecederaan di lokasi aduan. (Lampiran 26)
b. NILAI TAMBAH
Sosial
Inovasi ini dapat membantu menyelesaikan aduan sivil yang diterima di Seberang
Perai dengan segera.
Dapat mengurangkan kerosakan harta benda penduduk seperti kenderaan akibat
kemalangan di lokasi aduan.
Penduduk setempat akan berasa lebih selesa dan selamat dalam menjalani
kehidupan seharian.
Meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.
Ekonomi
Dapat meningkatkan ekonomi setempat dengan keyakinan Stakeholders dan pelabur
dengan komitmen MPSP dalam menyelesaikan masalah keselamatan infrastruktur /
fasiliti.
13
Menarik minat Pihak Berkuasa Tempatan lain, memandangkan mereka juga
mempunyai masalah yang sama seterusnya MPSP dapat menjana hasil baru dari
inovasi ini setelah dipatenkan.
Ekonomi kejuruteraan di kawasan Seberang Perai akan lebih lancar.
Keselamatan
Mengelakkan daripada berlakunya kemalangan yang boleh mengakibatkan
kecederaan serius atau kematian.
Seberang Perai akan lebih selesa dan selamat.
Kepuasan Pelanggan
Masyarakat atau orang awam akan berasa lebih selamat ketika berada di Kompleks
Makanan, Pasar Awam dan jalan-jalan MPSP kerana kurangnya risiko kemalangan di
kawasan tersebut dan juga aduan tentang masalah penyelengaraan infrastruktur
awam dapat diatasi dengan lebih cepat. (Lampiran 27)
Membantu mempercepatkan tindakan penyelesaian ke atas aduan sivil.
BAB 5
IMPAK PROJEK DAN PEMBUKTIAN
a. Kesan Jangka Panjang Serta Kesan Kepada Pembangunan Negara.
Keharmonian sosial - Meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.
Mewujudkan amalan pembudayaan inovasi dalam kalangan pegawai sektor awam.
Meningkatkan imej negara di mata dunia.
Peningkatan keselamatan awam – Tindakan pembetulan dapat dilaksanakan segera
selepas aduan diterima sekaligus mengurangkan risiko kemalangan.
STAR-G diletakkan di setiap Rumah Pam dan Depoh Operasi Pembersihan MPSP di
sekitar kawasan Seberang Perai untuk mempercepatkan proses pemasangan di
kawasan sekitar sekiranya aduan diterima oleh Jabatan Kejuruteraan.
b. Impak Projek (Hasil Luar Jangka)
Menjana pendapatan kepada MPSP apabila inovasi dipaten dan dikomersialkan.
BAB 6
POTENSI PENGEMBANGAN PROJEK
a. Penyeragaman SOP
Penyeragaman saiz di bahagian Syarat Khusus (Pemaritan) akan dilaksanakan untuk
pembangunan baru masa hadapan. (Lampiran 23)
Perbincangan bersama Unit Kawalan Pembangunan, Jabatan Kejuruteraan telah
dilakukan pada 4 Mac 2019. (Lampiran 23)
14
b. Tahap Ketersediaan Teknologi / Inovasi
Tahap kesiapsiagaan (Readiness):
i. Inovasi ini dapat digunakan dengan serta merta kerana kosnya yang rendah
dan mudah dikendalikan.
ii. Inovasi ini telah menambahbaik serta mewujudkan nilai baru dalam proses
kerja sedia ada.
iii. Inovasi ini sentiasa bersedia menerima pembaharuan serta dinaiktaraf
mengikut peredaran masa serta teknologi semasa.
c. Tahap Pengkomersialan / Replikasi
Inovasi ini dapat menarik minat serta boleh digunapakai di PBT serta agensi lain.
Inovasi ini dapat mengurangkan kes kemalangan di lokasi aduan.
Idea dan inovasi yang dapat dikembangkan dan dikomersialkan ke negeri-negeri lain
memandangkan masalah yang sama dihadapi.
d. Usaha Untuk Mempatenkan Inovasi
a. Kumpulan telah menghantar surat permohonan kelulusan mempatenkan inovasi
kepada Yang Dipertua MPSP dan telah diluluskan pada 12 Jun 2019. (Lampiran 28)
b. Surat Permohonan Paten Untuk Safety Top And Resizable Grating (STAR-G) MPSP
ke MyIPO telah dihantar pada 25 Jun 2019. (Lampiran 29)
e. Way Forward
Kumpulan NinePro berhasrat untuk menambahbaik inovasi yang sedia ada:-
i. Menyeragamkan saiz grating di bahagian Syarat Khusus (Pemaritan) dalam
Borang Semakan Pelan Jalan dan Parit (JP1).
Pemaju perlu mengikut saiz grating yang telah ditetapkan dalam
pembuatan grating di taman perumahan.
ii. Saiz bingkai untuk grating akan dimodifikasikan secara berperingkat
berdasarkan Syarat Khusus (Pemaritan) bermula dengan grating yang rosak
supaya bajet tahunan tidak terjejas.
Penyeragaman saiz di bahagian Syarat Khusus (Pemaritan) dijangka akan
dilaksanakan untuk permohonan pembangunan baru pada tahun 2020.
Pengubahsuaian saiz bingkai untuk grating secara berperingkat berdasarkan Syarat
Khusus (Pemaritan) dijangka akan dilaksanakan bermula penghujung tahun 2019.
Penggunaan bahan yang lebih ringan dan tiada nilai jualan lusuh bagi mengelakkan
STAR-G dicuri.
Majlis juga terbuka untuk mengkaji dengan lebih lanjut bersama agensi pakar yang
lain untuk penambahbaikan reka bentuk.