KUIS telah dilantik oleh PWS menjadi Ejen Terimaan Saham Wakaf Selangor (Wakaf Ilmi).
Manakala PWS sendiri berfungsi sebagai badan penyelaras di dalam melaksanakan pembangunan harta dan produk wakaf di Selangor.
KONSEP WAKAF PENDIDIKAN
Wakaf pendidikan adalah sesuatu yang disumbangkan dalam bentuk barangan, aset atau tunai yang akan dimanfaatkan secara berterusan dalam sektor
pendidikan demi untuk kepentingan awam. Ianya merupakan satu komponen wakaf yang konstruktif dan berpanjangan. Ianya juga selari dengan maksud “amal
soleh” dan “sedekah jariah” yang berterusan pahala kebaikannya selagi ia dimanfaatkan.
Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Apabila mati anak Adam akan terhentilah amalannya kecuali tiga
perkara: sedekah jariah (harta yang diwakafkan), ilmu yang dimanfaatkannya dan anak soleh yang mendoakannya”.
-Hadith Riwayat Muslim-
PERPUSTAKAAN
BANGUNAN AKADEMIK BAHARU
PUSAT PELAJAR
MASJID AL-AZHAR
KOLEJ KEDIAMAN
BANGUNAN PENTADBIRAN
Sumbangan yang diperolehi daripada wakaf pendidikan ini bukan sahaja mampu membina sebuah institusi ilmu yang mendidik
generasi kita menjadi insan yang soleh dan cemerlang malahan pahala dan ganjaran yang diterima oleh pewakaf adalah
berpanjangan.
Sumbangan wakaf dapat membantu membangunkan ummah khususnya bidang pendidikan
Sumbangan Wakaf KUIS boleh disalurkan ke Akaun Wakaf Khas-KUIS
12038010117598 (Bank Islam Malaysia Berhad)
PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN
Setiap penyertaan Skim Saham Wakaf Selangor akan melayakkan peserta menerima pengecualian cukai di bawah "Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967
(No Rujukan:LHDN 01/35/42/51/179-1) pada tahun semasa.
Pertanyaan berkenaan Saham Wakaf KUIS hubungi:-
Bahagian Pengurusan Yayasan, Wakaf & Zakat
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
03 8925 4251 sambungan 1106
03 8926 6937