Download - Kompetensi Jurulatih Di Sekolah
-
8/4/2019 Kompetensi Jurulatih Di Sekolah
1/25
PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN
KOLEJ SASTERA DAN SAINS
SGDU4153 Pengurusan Dan Pentadbiran Gerakerja Kokurikulum
TAJUK:
Kompetensi Jurulatih Sukan Di Sekolah
Disediakan Oleh :
NAMA : Nazzir Hussain Bin Haji Mydeen (201400)
PENSYARAHEn. Mohd Rosli Bin A Rahman
1
-
8/4/2019 Kompetensi Jurulatih Di Sekolah
2/25
Kandungan
1. Pengenalan 3
2. Definisi Kokurikulum 5
3. Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia 7
4. Peranan Ibu Bapa 9
5. Punca-punca Kemerosotan Mutu Sukan Di Negara Kita 12
6. Kompetensi Jurulatih di sekolah 16
7. Ciri-Ciri Seorang Jurulatih Yang Profesional 18
8. Rumusan 21
9. Rujukkan 24
2
-
8/4/2019 Kompetensi Jurulatih Di Sekolah
3/25
PENGENALAN
Kokurikulum merupakan aktiviti berfaedah yang mendatangkan banyak
manfaat kepada pelajar terutama dalam membentuk keterampilan pelajar
melalui penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum.
Semua pelajar adalah diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum iaitu
aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di
sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab
dan persatuan serta sukan dan permainan.
Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah aktiviti itu dapat memenuhi
masa lapang para pelajar. Mereka tidak akan ada masa untuk terlibat
dengan gejala sosial. Mereka akan sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti
di sekolah. Sebagai contoh, jika mereka aktif dalam bidang sukan,
mereka akan berlatih hampir setiap petang. Oleh itu, kegiatan
kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang
berfaedah.
Selain itu, penglibatan dalam kegiatan kokurikulum juga dapat
mencungkil dan mengasah bakat kepimpinan di kalangan para pelajar.
Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan. Sebagai contoh, jawatan
pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa.
Apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar
menjadi ketua. Ahli jawatankuasa juga belajar menguruskan aktiviti
3
-
8/4/2019 Kompetensi Jurulatih Di Sekolah
4/25
persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada
jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum,
pelajar akan belajar memimpin, berkerjasama dan berfungsi dalam satu
kumpulan dan pasukan.
Penglibatan di dalam kegiatan kokurikulum juga akan dapat membentuk
disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar
yang tidak berdisiplin hampir mustahil untuk berjaya. Kegiatan
kokurikulum akan membina dan mengukuhkan perpaduan antara kaum.
Setiap persatuan dan kelab akan ada ahli-ahlinya yang terdiri dari
pelbagai kaum. Dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan
berkumpul, berbincang dan berkerjasama. Ini akan mengeratkan
perhubungan antara kaum dan membantu mencapai Gagasan
1Malaysia.
4
-
8/4/2019 Kompetensi Jurulatih Di Sekolah
5/25
DEFINISI KOKURIKULUM
"Kegiatan Kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan
daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang
memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik
darjah.
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan
Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai KEGIATAN
KUMPULAN
Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan
daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang
memberi murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.
Rujuk Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum
Kebangsaan) 1997; seperti dalam Warta Kerajaan, PU (A) 531/97
Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan
mengandungi yang berikut ;
a) Penyertaan dalam Sukan dan Permainan
b) Penyertaan dalam Persatuan dan Kelab
c) Penyertaan dalam Pasukan Pakaian Seragam
d) Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26,
Tambahan No.94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996,
5
-
8/4/2019 Kompetensi Jurulatih Di Sekolah
6/25
Peraturan-Peraturan
( Kokurikulum Kebangsaan ) telah memberi difinisi Kokurikulum.
Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan
gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada
proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu aktiviti-
aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk
menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan
nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah.
Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan
kokurikulum di sekolah adalah wajib. {Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan
1996(Akta 550)} Kegagalan atau keenganan melaksanakan kegiatan
kokurikulum di sekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya {Rujuk Subseksyen
135(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)} dan jika kesalahan itu dilakukan
secara berterusan, maka apabila disabitkan sedemikian, seseorang itu
dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit
sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan
kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap
hari kesalahan itu terus dilakukan. {Rujuk Subseksyen 135(2) Akta 550}
Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan
itu kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum mestilah
direkodkan. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1986, KP(BS)8591/jld.
11/(41) bertarikh 15 Januari 1986)
6
-
8/4/2019 Kompetensi Jurulatih Di Sekolah
7/25
7
-
8/4/2019 Kompetensi Jurulatih Di Sekolah
8/25
DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Kementerian Pelajaran telah memulakan pelaksanaan beberapa langkah
bagi memperkukuhkan pembangunan sukan di sekolah. Dasar ini akan
memastikan setiap pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
sukan di sekolah masing-masing. Usaha ini pastinya akan meningkatkan
penyertaan menyeluruh di kalangan pelajar sekolah yang berjumlah 5.4
juta di 10,000 buah sekolah di dalam negara.
Menurut Tan Sri Dato Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom, Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia, pihak Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran
Daerah dan sekolah telah diminta untuk membuat perancangan rapi
berkaitan pembangunan sukan di sekolah-sekolah dengan menjadualkan
program sukan sepanjang tahun supaya memberi peluang yang luas
untuk setiap pelajar menyertai pelbagai jenis sukan di sekolah.
Bagi memastikan hasrat ini dicapai, Kementerian telah
menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pembangunan Sukan di Sekolah yang
mana ahli-ahlinya terdiri daripada wakil pelbagai pihak yang
berkepentingan dalam sukan di negara kita. Jawatankuasa ini, yang
dipengerusikan oleh YAB Menteri Pelajaran sendiri akan merancang,
melaksana dan memantau program membangunkan sukan di sekolah ini.
Beberapa strategi telah dikenal pasti untuk melaksanakan program
ini. Perincian strategi ini akan dilakukan apabila data dan maklumat
8
-
8/4/2019 Kompetensi Jurulatih Di Sekolah
9/25
berkaitan diperolehi daripada sekolah-sekolah bagi menentukan supaya
strategi yang dikenal pasti menepati sasaran yang dikehendaki.
Semua pengetua, Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri
telah diarahkan supaya mengambil tindakan di atas pelaksanaan dasar ini
sejajar dengan hasrat kita untuk melaksanakan Konsep 1Malaysia dan
mengembalikan kegemilangan sukan di sekolah.
Kegiatan sukan akan dikelolakan dan diuruskan oleh satu bahagian
khusus yang mempunyai pengarah dan timbalan pengarah yang akan
dilantik seramai empat orang, di samping memisahkan bahagian sukan
yang sebelum ini dicantum dengan seni dan kokurikulum.
Kementerian juga memutuskan bahawa pemarkahan kepada pelajar yang
menyertai aktiviti sukan adalah lima peratus berbanding 10 peratus yang
diperuntukkan di bawah aktiviti kokurikulum sebelum ini yang tidak
memberikan sebarang penekanan terhadap sukan. Langkah ini adalah
selaras dengan dasar 1Murid 1Sukan yang akan dikuatkuasakan.
Penambahan tenaga kerja seperti guru khas untuk melaksanakan
pembangunan sukan di sekolah juga akan dibuat secara berperingkat.
Peruntukan untuk aktiviti sukan juga akan ditambah bagi setiap pelajar
iaitu RM4 bagi pelajar sekolah rendah dan RM6 untuk pelajar sekolah
menengah, berbanding peruntukan RM2.40 bagi setiap pelajar sekarang
ini. memperkemaskan pengurusan sukan sekolah dan menambah waktu
9
-
8/4/2019 Kompetensi Jurulatih Di Sekolah
10/25
yang diperuntukkan untuk murid menjalani aktiviti bersukan. Melalui cara
ini, kerajaan berharap generasi muda kita dapat menghayati semangat
kesukanan dan dengan itu memupuk perpaduan di kalangan mereka.
Oleh yang demikian, kesungguhan pihak kementerian bagi melihat
pembangunan bidang sukan di sekolah adalah jelas. Usaha gigih untuk
mengembalikan kegemilangan sukan di sekolah adalah kerana ia mampu
menjadi wadah bagi merobohkan tembok perkauman, sekali gus
memperkukuhkan perpaduan rakyat. Kini ia berada di tangan pihak
sekolah dan ibubapa untuk mempastikan kejayaannya.
10
-
8/4/2019 Kompetensi Jurulatih Di Sekolah
11/25
PERANAN IBU BAPA
Bidang sukan merupakan salah satu topik perbincangan yang sering
menjadi perbualan hangat di negara kita. Hal ini demikian kerana, aktiviti
sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan
negara kita. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang sukan
perlulah memainkan peranan yang berkesan dengan kerjasama semua
pihak seperti ibu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan galakan dan
sokongan moral, sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang sukan di
negara kita akan lebih mudah tercapai.
Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam
bidang sukan dengan aktif. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya
memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan
dan permainan. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan akan menyihatkan
dan mencergaskan badan. Di samping itu, anak-anak yang berbakat dan
berminat dalam sukan dan permainan tertentu bolehlah melibatkan diri
dengan lebih aktif untuk mencipta kejayaan yang cemerlang. Bakat dan
minat tersebut perlulah dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk
dikembangkan agar dapat mengharumkan nama negara di persada dunia.
Selain itu, ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan
menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan
tersebut dijalankan. Dengan cara itu, anak-anak mereka lebih
bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan tersebut. Mereka
11
-
8/4/2019 Kompetensi Jurulatih Di Sekolah
12/25
juga boleh menemani anak-anak dan menyaksikan anak-anak mereka
berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan.
Sudah tentulah perkara ini akan memberikan kesan yang lebih mendalam
kepada anak-anak dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu
permainan. Seterusnya, mereka akan berasa lebih yakin untuk mencipta
kemenangan pada peringkat yang lebih tinggi lagi.
Secara keseluruhannya, peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan
dalam usaha untuk menggalakkan anak-anak bersukan. Oleh itu, ibu bapa
perlulah diberikan kesedaran supaya memainkan peranan yang
sepatutnya dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak ahli sukan di
negara kita. Ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek
kecemerlangan akademik semata-mata dan mengetepikan kepentingan
sukan kepada anak-anak mereka. Kita mahu agar kecemerlangan
akademik dan kecemerlangan sukan bergerak seiring sekiranya mahu
negara kita maju dalam bidang sukan. Perkara ini akan menjadi realiti jika
pepatah, "genggam bara api biar sampai jadi arang" sentiasa menjadi
amalan dalam diri setiap orang yang ingin akan kejayaan.
12
-
8/4/2019 Kompetensi Jurulatih Di Sekolah
13/25
PUNCA-PUNCA KEMEROSOTAN MUTU SUKAN DI NEGARA KITA
Mutu sukan negara kita memang tidak begitu konsisten baik dalam sukan
bola sepak, hoki dan badminton. Situasi ini menyebabkan pelbagai pihak
memberikan pendapat mereka tentang kelemahan dan pelbagai punca
yang menyebabkan mutu sukan negara kita terus merosot.
Alasan utama yang menyebabkan mutu sukan Negara kita merosot ialah
para pemain kurang memiliki semangat cinta akan negara. Ketika
bermain, ahli sukan negara tidak bermain dengan bersungguh-sungguh
kecuali mereka ditawarkan pelbagai imbuhan sebelum ini. Maka, mutu
sukan kita terus merudum kerana ketiadaan rasa patriotik dalam jiwa
pemain negara.
Tambahan pula, kebanyakan ahli sukan Negara menganggap bidang
sukan yang mereka ceburi itu sebagai kerjaya sampingan sahaja. Persepsi
sebegini menyebabkan mereka tidak memberikan tumpuan penuh ketika
menjalani latihan atau ingin meninggikan kualiti permainan mereka itu.
Sesungguhnya, konsep sukan aktiviti sampingan menjejaskan minat
seseorang untuk meninggikan mutu permainan mereka.
Bukan sahaja ketiadaan semangat cinta akan negara dan menganggap
sukan satu aktiviti sampingan sahaja tetapi mutu sukan negara kita
13
-
8/4/2019 Kompetensi Jurulatih Di Sekolah
14/25
merosot kerana kurangnya sekolah-sekolah sukan di negara ini. Ketiadaan
sekolah-sekolah sukan menyebabkan negara ini tidak mampu mencungkil
bakat-bakat baru atau mencari pelapis untuk ahli sukan veteran negara
lalu menjejaskan kualiti mutu sukan pada jangka masa panjang pula.
Justeru, mutu sukan kita merosot kerana negara ini tidak memiliki
sekolah-sekolah sukan yang baik.
Malah, negara ini juga kekurangan kemudahan sukan berbanding dengan
negara-negara yang maju industri sukannya. Kita tidak membina banyak
kawasan sukan seperti gelanggang tenis, badminton, bola keranjang, dan
stadium bola sepak yang boleh digunakan untuk menganjurkan kejohanan
bertaraf dunia juga. Sesungguhnya, kekurangan kemudahan sukan
menyebabkan rakyat negara ini tidak berpeluang untuk bermain
permainan tertentu pula.
Persoalan besar adalah, apakah mutu sukan terutama bolasepak memang
rendah dari dahulu?
Pada zaman kegemilangan Datuk Abdul Ghani Minhat, Raja Bola yang
mengharumkan nama Malaysia dalam arena bola sepak Asia pada tahun
1950-an hingga penghujung 1960-an, pasukan bola Malaysia hebat, selalu
di tempat teratas dalam carta bola sepak Asia dan selalu meraih
kejuaraan Pesta Bola Merdeka.
14
-
8/4/2019 Kompetensi Jurulatih Di Sekolah
15/25
Setiap kampung pasti ada pasukan bolanya sendiri. Padang bola di
padang ragut dengan tiang gol yang diperbuat daripada buluh. Pada
waktu itu orang bermain bola kerana minat dan kerana hendak naikkan
nama kampung. Setiap kampung biasanya ada persatuan belia, ada
pasukan bola dan ada gelanggang silat. Pertandingan juga sering disertai
oleh pasukan-pasukan estet yang rata-ratanya berbangsa India.
Persaudaraan dan muhibah dipupuk tanpa sedar melalui bola sepak.
Sekarang kampung tidak ada padang bola lagi. Kalau ada pun ditumbuhi
rumput dan lalang. Padang ragut sudah dipugar menjadi sawah atau
kampung. Paling tidak pun padang sekolah dan padang di kompleks sukan
daerah.
Pada masa ini, Sistem pendidikan kita terlampau mengutamakan
peperiksaan dan pencapaian akademik semata-mata. . Kedudukan dan
keutamaan sukan yang sekadar melepas batuk di tangga dalam sistem
kokurikulum. Sistem persekolahan juga sering tidak memberi
pengiktirafan yang secukupnya kepada kebolehan dan bakat istimewa
murid. Sistem pendidikan dan latihan sukan tidak memberi perhatian
yang secukupnya kepada aspek-aspek saintifik seperti psikologi,
perubatan dan pemakanan menyebabkan ahli sukan kita kurang kekuatan
fizikal dan ketahanan mental.
15
-
8/4/2019 Kompetensi Jurulatih Di Sekolah
16/25
Konklusinya, semua faktor yang dinyatakan tadi telah menyebabkan
kualiti sukan negara ini terus tidak konsisten. Semua pihak terutama
pihak kerajaan perlulah memberikan kerjasama yang jitu untuk mengatasi
kelemahan dalam program sukan negara itu. Slogan majulah sukan
untuk negara perlu diteliti untuk memastikan sukan di negara ini terus
berkembang dengan baik. Mungkin kita perlu bermula dari asas semula,
mungkin kita harus memulakan usaha di sekolah rendah dan menengah.
Di setiap sekolah sudah tersedia bakat yang terpendam yang sedia untuk
dicungkil, diasah dan digilap menjadi bintang-bintang sukan negara masa
depan. Apa yang diperlukan kini adalah jurulatih yang terlatih dan
berkaliber bagi memikul dan menunaikan amanah negara ini.
16
-
8/4/2019 Kompetensi Jurulatih Di Sekolah
17/25
KOMPETENSI JURULATIH DI SEKOLAH
KOMPETENSI membawa maksud A clusterofrelatedabilities,
commitments, knowledge, andskills that enable a person (or an
organization) to acteffectively in ajob or situation.
Ia menggambarkan adunan kebolehan, komitmen, pengetahuan dan
kemahiran yang membolehkan seseseorang atau sesebuah organisasi
menjalankan tugas atau situasi secara efektif.
Dalam hal ini guru harus mempunyai kompetensi yang selengkapkannya
bukan hanya untuk tujuan penilaian tetapi yang lebih penting ialah agar
kredibiliti profesion keguruan dapat dikekalkan ke peringkat yang
maksimum.
Guru harus membuat persiapan diri dalam pelbagai aspek kemahiran dan
pengetahuan yang berasaskan workplace dan job based.
Walaupun tugas seorang guru ialah dalam bilik darjah tetapi penguasaan
ilmu dan kemahiran dalam pelbagai domain harus diberi perhatian kerana
ia menjadi nilai tambah bagi memperkukuh serta memperlengkapkan
proses pengajaran dan pembelajaran.
Kompetensi seseorang guru itu harus dimantapkan sepanjang masa
melalui pelbagai aktiviti, projek atau program yang diatur sama ada
daripada pihak pentadbiran ataupun daripada inisiatif sendiri. Antara
domain yang utama yang perlu diberi perhatian untuk memantapkan
kompetensi guru ialah bidang Kokurikulum.
Pelaksanaannya haruslah mencapai tujuan dan sasaran dan bukannya
untuk matlamat penilaian semata-mata. Bagaimanapun penilaian
17
http://www.businessdictionary.com/definition/cluster.htmlhttp://www.investorwords.com/10870/related.htmlhttp://www.businessdictionary.com/definition/ability.htmlhttp://www.businessdictionary.com/definition/commitment.htmlhttp://www.businessdictionary.com/definition/knowledge.htmlhttp://www.businessdictionary.com/definition/skill.htmlhttp://www.businessdictionary.com/definition/organization.htmlhttp://www.businessdictionary.com/definition/act.htmlhttp://www.businessdictionary.com/definition/job.htmlhttp://www.businessdictionary.com/definition/cluster.htmlhttp://www.investorwords.com/10870/related.htmlhttp://www.businessdictionary.com/definition/ability.htmlhttp://www.businessdictionary.com/definition/commitment.htmlhttp://www.businessdictionary.com/definition/knowledge.htmlhttp://www.businessdictionary.com/definition/skill.htmlhttp://www.businessdictionary.com/definition/organization.htmlhttp://www.businessdictionary.com/definition/act.htmlhttp://www.businessdictionary.com/definition/job.html -
8/4/2019 Kompetensi Jurulatih Di Sekolah
18/25
terhadap pelaksanaannya harus juga diberi perhatian untuk
penambahbaikan.
Manakala elemennya pula merangkumi aspek proses perancangan dan
pelaksaaan kokurikulum, pengaplikasian dan pengintegrasian teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT), penyelidikan serta penglibatan dan
sumbangan kepakaran warga dalam dan luar organisasi.
Pelantikan jurulatih bertauliah sukan dan kokurikulum di sekolah rendah
dan menengah adalah kena pada masanya kerana tindakan drastik ini
dapat mencungkil bakat baru atlit tahap akar umbi untuk diketengah ke
persada nasional dan antarabangsa. Negara kekeringan bakat atlit
kerana murid berbakat sukan selama ini tidak terdedah kepada jurulatih
bertauliah dan profesional sehingga lahirnya keadaan menepati maksud
peribahasa Melayu berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak
jadi.
Kementerian Pelajaran sedang dalam proses mewujudkan Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bagi melahirkan jurulatih sukan dalam
masa terdekat. Seramai 320 calon jurulatih akan menjalani latihan, yang
merangkumi lapan bidang sukan bermula pertengahan tahun 2011
18
-
8/4/2019 Kompetensi Jurulatih Di Sekolah
19/25
CIRI-CIRI JURULATIH YANG CEMERLANG
Seorang jurulatih yang cemerlang haruslah menepati beberapa ciri
kecemerlangan yang bersifat universal. Beliau seharusnya mengamalkan
satu falsafah kejurulatihan yang menjurus ke arah kejayaan. Beliau juga
harus berupaya membangunkan personaliti sukan dengan tidak
mengenepikan etika dan keseronokkan zaman kanak-kanak dan remaja.
Seorang Jurulatih mesti bertindak sebagai seorang pendidik dan seorang
pendisiplin dalam membentuk seorang atlet yang baik. Beliau juga
seorang pekerja sosial yang mampu membimbing, menasihat dan
membantu jagaannya.
Sebagai jurulatih yang terlatih, beliau adalah juga seorang saintis yang
akan menganalisa, mentaksir data dan membuat keputusan bagi
meningkatkan prestasi atlet jagaannya.
Sebagai antara orang yang paling rapat dengan pelajar, beliau harus
menjadi seorang rakan kepada atlet dengan memberi ruang dan masa
untuk mengeratkan perhubungan antara mereka. Beliau harus menjadi
contoh yang baik, membuka ruang komunikasi dua hala yang sihat. Beliau
harus bersikap objektif dalam membina satu persahabatan yang positif.
Jurulatih seharusnya memiliki personaliti yang disenangi seperti sifat suka
berjenaka, tegas, sifat penyayang, bersemangat tinggi, kerap memberi
motivasi, dan bersikap adil terhadap semua atletnya. Interaksi secara dua
19
-
8/4/2019 Kompetensi Jurulatih Di Sekolah
20/25
hala antara jurulatih dengan pasukannya boleh membantu kejayaan
pasukannya.
Seorang jurulatih adalah pembimbing cara yang berkemahiran untuk
menunjukcara semasa latihan terutama kepada atlet-atlet baru. Tidak
semestinya mempunyai kemahiran tinggi, namun beliau sentiasa
menggunakan kemahiran tersebut mengikut situasi dan tahap atlet
bimbingannya.
Jurulatih mesti mempunyai pengetahuan dalam bidang tertentu seperti
fisiologi senaman, kompenen kecergasan, pemakanan, kecederaan sukan
serta boleh menganalisis pelbagai situasi latihan dan ketika real time.
Dalam hal ini, nilai tambahnya ialah arif dalam peraturan dan undang-
undang permainan.
Juga mesti mempunyai kebolehan mengendali dan mengelola sesi latihan
yang berkesan agar berlaku ansur maju dalam latihan dan berkeupayaan
memupuk penglibatan maksimum pemain dalam latihan serta berlaku
situasi seronok dan bukan paksaan.
Jurulatih perlu memiliki pelbagai kebolehan yang berkaitan dengan
bidangnya iaitu boleh bertindak sebagai guru dan pentadbir kepada
pasukannya, sentiasa bijaksana, mematuhi peraturan, prihatin terhadap
keselamatan, alatan dan kemudahan. Juga memiliki keupayaan sebagai
20
-
8/4/2019 Kompetensi Jurulatih Di Sekolah
21/25
pengerah dan penggerak iaitu mampu mencari dan mengenal pasti atlet
berpotensi.
Selain itu mampu bertindak sebagai perancang strategi serta taktik.
Strategi merupakan perancangan jangka panjang untuk mencapai sesuatu
sasaran manakala taktik ialah tindakan jangka pendek bagi memastikan
kejayaan strategi yang ditetapkan.
Satu ciri yang penting tetapi sering diketepikan adalah seorang jurulatih
juga harus menjadi seorang pelajar. Beliau harus sentiasa belajar,
berdisiplin, bersikap positif, sentiasa meningkatkan diri, mengikuti
perkembangan sukan dan menambahkan ilmu dalam teknik dan strategi
terkini. Beliau harus sentiasa mendengar, mempelajari dan berfikir untuk
kebaikan atlet-atlet dan pasukannya.
21
-
8/4/2019 Kompetensi Jurulatih Di Sekolah
22/25
RUMUSAN.
Langkah untuk menangani kemerosotan mutu sukan tanahair harus
bermula di akar umbi iaitu di sekolah. Perubahan minda ibu bapa harus
berlaku terutama persepsi mereka terhadap sukan. Anggapan bahawa
sukan tidak memberi apa-apa kesan dan tiada prospek masa depan
ekonomi harus dikikis dengan segera. Sukan adalah sama seperti bidang
kerjaya lain apabila dilakukan dengan betul, sistematik dan tabah
berupaya menyumbangkan sumber kewangan yang lumayan kepada
penggamalnya. Oleh itu, anjakkan paradigma masyarakat harus berlaku
selaras dengan perubahan zaman yang mengutamakan sukan di
peringkat global.
Kerajaan harus menyediakan insentif yang setimpal kepada para atlet
yang berjaya di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Sumbangan
dalam bentuk kewangan atau pemberian latihan berupaya menyuntik
semangat baru kepada para atlet sukan untuk berusaha mencapai
kejayaan yang lebih cemerlang. Pemberian insentif ini juga memberi satu
harapan kepada golongan muda terutama kanak-kanak untuk mempunyai
impian menjadi ahli sukan dan menerima ganjaran itu. Jadi, ganjaran
kepada ahli sukan perlulah wujud dan usahlah kita menganggap
pemberian ganjaran ini tidak penting dalam pembangunan sukan negara.
Jika Negara kita mahu memiliki kelompok atlet yang ramai dan baik,
sudah pasti pembinaan kemudahan sukan ditingkatkan. Pembinaan
22
-
8/4/2019 Kompetensi Jurulatih Di Sekolah
23/25
stadium, gelanggang dan padang menjadikan acara sukan lebih mudah
dan murah untuk disertai oleh masyarakat di negara ini. Keadaan ini
menyebabkan kemahiran asas dalam sesuatu asas sukan itu sudah
dimiliki oleh masyarakat di negara ini dan hanya perlu digilap sahaja oleh
jurulatih negara apabila tiba masanya. Sesungguhnya, pembinaan
kemudahan sukan menjamin negara memiliki satu kelompok ahli sukan
yang berwibawa.
Disamping wujudnya praserana sukan, pembudayaan sukan harus
dimulakan. Penganjuran sukan peringkat tempatan, daerah, negeri dan
kebangsaan m,esti digalakkan bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam
bidang sukan. Pertandingan tinju remaja amatur Golden Gloves di
Amerika Syarikat adalah contoh yang baik. Tambahan pula, negara boleh
menganjurkan kejohanan sukan bertaraf dunia di negara ini. Penganjuran
sukan sebegini memberi peluang kepada ahli sukan negara untuk
bersaing dengan ahli-ahli sukan dunia yang sememangnya lebih baik.
Persaingan yang hebat ini menjadikan ahli sukan kita lebih fokus dan
menyedari kelemahan serta mampu meningkatkan kualiti diri mereka
sejajar dengan pengalaman yang diperoleh. Maka, penganjuran acara
sukan dunia di negara ini, akan menjadi satu makmal bagi mengenal-pasti
kelemahan dan cara menambah-baik mutu sukan kita.
Pengambilan jurulatih berpengalaman terutama dari negara luar berupaya
menyuntik teknik baru kepada latihan para atlet kita. Jurulatih asing yang
berpengalaman ini mampu melihat kelemahan dan mengatasi kelemahan
23
-
8/4/2019 Kompetensi Jurulatih Di Sekolah
24/25
atlet kita. Dalam masa yang sama, mesti dijalankan program Training of
Trainers oleh jurulatih asing ini untuk melatih jurulatih tempatan atau
berkongsi pengalaman dengan mereka untuk merangka satu sistem
latihan yang baik dan sesuai dengan iklim Negara kita. Jadi, jurulatih asing
boleh membawa perubahan drastik terhadap mutu sukan kita.
Konklusinya, mutu sukan di negara ini boleh berubah. Kerjasama antara
semua stake holder harus digembeling dengan penuh etika dan atas
semangat patriotism tanpa kepentingan politik. Dengan kerjasama yang
jitu, impian masa depan sukan Negara akan mula keluar dari kepompong
kegagalan dan muncul sebagai kuasa sukan serantau dan global.
24
-
8/4/2019 Kompetensi Jurulatih Di Sekolah
25/25
Rujukkan
a. http://www.cikgusham77blogspot.com
b. http://www.bharian.com.my/bharian/articles
c. http://sksf-data.blogspot.com
d. http://smartteknologigeneration.blogspot.com
e. http://kadirjasin.blogspot.com
f. http://www.unitsukansmksemerah.blogspot.com
g. http://noorazmanmahat.blogspot.com
http://www.cikgusham77blogspot.com/http://www.bharian.com.my/bharian/articleshttp://sksf-data.blogspot.com/http://smartteknologigeneration.blogspot.com/http://kadirjasin.blogspot.com/http://www.unitsukansmksemerah.blogspot.com/http://noorazmanmahat.blogspot.com/http://www.cikgusham77blogspot.com/http://www.bharian.com.my/bharian/articleshttp://sksf-data.blogspot.com/http://smartteknologigeneration.blogspot.com/http://kadirjasin.blogspot.com/http://www.unitsukansmksemerah.blogspot.com/http://noorazmanmahat.blogspot.com/